20121030

Check point Konvoi HKR 3 Nov 2012



TITIK TEMU (Check Point) KONVOI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT :
Tarikh : 3 Nov 2012, SABTU

Lokasi 1- Ulu Bendul, jam 2.00 petang ; untuk dari Kuala Pilah/Jempol.

Lokasi 2 - Markas PAS Chembong, Kg. Mulia, Rembau , jam 2.00 petang ; untuk dari Rembau/Tampin.

Lokasi 3 - Depan Jusco Seremban 2, jam 2.30 petang ; untuk dari Rasah/Teluk Kemang.

Lokasi Utama - Stadium Paroi, jm 3.00 ptang ; untuk dari Seremban/ Jelebu bersama Anak Muda ARC.

YB Mahfuz Omar 4 Nov 2012 di Rembau


Kementerian Kewangan kesan kes penipuan BR1M


2012/10/29

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesan kes penipuan membabitkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang cuba memohon bantuan wang tunai sebanyak RM500 itu di beberapa negeri lain.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai berkata, penerima sama dikesan cuba memohon bantuan itu di lima negeri.

"Perbuatannya dapat dikesan menerusi nombor kad pengenalan yang terdapat di dalam sistem. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya cuba untuk menipu. Jika layak, anda boleh memohon sekali saja," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Mengenai pengagihan BR1M 2.0 mulai Januari depan, Lim berkata kementerian menjangkakan pemohonan meningkat 10 peratus kali ini yang turut membabitkan kira-kira 2.7 juta ibu tunggal dan individu belum berkahwin.

Beliau berkata, pendaftaran akan bermula pada 1 November dan borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Aturcara Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov 2012 di Seremban

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
Tarikh :  3 NOV 2012, SABTU
Masa : 3 ptg – 12 mlm
Tempat : Taman Seremban Jaya, Seremban  
Bersama : YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang


ATURCARA PETANG
3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di perkarangan Stadium Paroi
3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju  ke tapak Himpunan
4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan, Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa
4.30 ptg - Karnival Rakyat Bermula
  1. Pidato Rakyat
  2. Bakat Seni  @ Konsert Rakyat
  3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
  4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
6.30 ptg - Tamat program petang

ATURCARA MALAM
8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan (sehingga pukul 12.00 mlm)
8.30 mlm - Aluan Pengerusi Majlis, YB P. Gunasekaran
8.35 mlm - Ucapan YB Mohd Taufik Abdul Ghani
8.45 mlm - Ucapan YB Loke Siew Fook
8.55 mlm - Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abbas
9.05 mlm - Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman PR N9
9.10 mlm - Ucapan YB Mohd Azmin Ali
9.30 mlm - Ucapan Sdr Mohamad Sabu (Pengarah Program)
9.50 mlm - Ucapan Wakil Hijau (Lynas)
9.55 mlm - Ucapan Wakil Kuning (Bersih)
10.00 mlm - Ucapan Wakil Merah (Royalti)
10.05 mlm - Ucapan Wakil Oren (Felda)
10.10 mlm - Deklamasi Sajak: A. Samad Said
10.15 mlm - Ucapan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
10.45 mlm - Ucapan YB Lim Kit Siang
11.15 mlm - Gimik Muzikal  ‘Ubahlah Sekarang’
11.20 mlm - Ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim
12.00 mlm - Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

KONVOI KEBANGIKTAN RAKYAT


PIDATO PERDANA


20121029

CERAMAH PERDANA 31 Okt 2012 di Seremban


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Okt 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan (Fasa 1)
Penceramah : Chegubard, YB Hj Taufek, Dr Ahmad Suhaimi, Fareedah Samad, Ustaz Nor Azman Mohamad

********
Polis jadikan ahli DAP ‘tebusan’ untuk dapatkan kamera- Chegu Bard

Johor 28 Okt 2012 :  Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

“Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

“Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi.

Katanya,  beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

“Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya.

Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.

“4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu,” katanya lagi.


20121028

CERAMAH HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT

Tarikh :29 hb Okt 2012 (Isnin)
Waktu : Jam 9.00mlm
Tempat: Kg Batu Serambai, Jambatan Serong, Ulu Klawang,Jelebu. (Rumah Along Mie)
Penceramah Jemputan : Che'gu Bad (PKR), YB Taufek Ghani (PAS), YB Anthony Loke (DAP),
Rahman Ramli (PAS)

20121026

Derita barah darah putih

26 Okt 2012

REMBAU: “Antibodi anak lemah dan tidak boleh luka, jika tidak darahnya akan mengalir tanpa henti. Setiap masa dia perlu memakai penutup mulut bagi mengelak jangkitan kuman.

“Tahun ini saja anak saya menjalani dua pembedahan memasukkan tiub di dalam badannya,” kata Norlizahwati Zakaria, 28, ibu kepada Muhammad Hafizzuddin Azizi, 6, yang mengalami penyakit T Cell Lymphoma atau kanser darah putih sejak lapan bulan lalu.

Norlizahwati ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Rumah Rakyat Lubok China, dekat sini, semalam, berkata, keadaan itu menyebabkan kehidupan kanak-kanak yang aktif itu berubah sekali gus terpaksa memerapkan diri di dalam rumah jika tidak menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, sebelum disahkan menghidap penyakit itu awal tahun lalu, Muhammad Hafizzuddin sempat menerima pendidikan awal di tabika selama dua bulan. Kini dia terpaksa melupakan keinginan untuk belajar buat sementara waktu kerana perlu menerima rawatan kemoterapi di Unit Hematologi dan Onkologi Kanak-Kanak, Institut Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur.

“Saya mula menyedari perubahan pada anak kedua daripada tiga beradik itu apabila melihat mukanya membengkak yang berlanjutan beberapa hari,” katanya.

Bimbang keadaan itu, dia dan suami, Mohd Azizi Khamis, 32, membawa anaknya menemui doktor di Hospital Melaka dan dimaklumkan anaknya hanya mengalami bengkak biasa.

“Bagaimanapun, selepas beberapa hari bengkak tidak surut dan Muhammad Hafizzuddin demam teruk. Akhirnya saya dan suami nekad membawa ke hospital swasta dan kami diberitahu anak menghidap penyakit kanser darah putih.

“Bagai nak pitam apabila diberitahu penyakit anak kerana pada usia yang masih muda dia terpaksa menderita dan melalui kehidupan tidak sempurna seperti kanak-kanak seusianya,” katanya.

Menurutnya, kehidupan mereka sekeluarga sekali lagi diduga apabila suami yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa berhenti kerja apabila sering cuti ekoran perlu menghantar dan menemani anak berhari-hari di hospital.

“Kini suami hanya melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu. Saya pula tidak bekerja kerana perlu memantau dan menjaga rapi Muhammad Hafizzuddin selain dua anak lain. Anak sulung bersekolah di darjah dua dan anak perempuan berumur empat tahun,” katanya.

Namun dia bersyukur permohonan bantuan bulanan diluluskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan begitu juga bantuan perubatan RM500 daripada Baitulmal.

“Saya mohon bantuan ini dengan harapan dapat digunakan untuk perbelanjaan perubatan anak memandangkan keluarga tiada pendapatan tetap. Duit bantuan itu boleh digunakan sebagai kos pengangkutan dan perubatan anak, tetapi memang tidak mencukupi.

“Buat masa ini, suami terpaksa meminjam kereta kawan untuk membawa anak ke hospital kerana saban minggu kami berulang-alik ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami tidak mampu melunaskan bil perubatan lebih RM600 dan pihak hospital meminta menjelaskan bayaran itu selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

“Saya harap orang ramai yang prihatin dengan nasib menimpa kami dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung. Bukan niat saya untuk meraih simpati, tetapi kami sangat sayangkan Muhammad Hafizzuddin,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menggunakan akaun Maybank (154101138459) milik Norlizahwati.

20121022

HARGA ROKOK NAIK 20 SEN


Adakah dengan menaikkan cukai rokok akan berkurangan orang hisap rokok di Malaysia terutama di kalangan para pelajar atau akan menggalakkan lagi para perokok terutamanya pelajar membeli rokok seludup? Dengar cerita sebuah kilang rokok antarabangsa yang terkenal di Seremban telah ditutup, sejauh mana kesahihan berita ini dan adakah ianya berkaitan cukai rokok yang naik saban tahun serta persaingan dengan rokok seludup belum dapat disahkan lagi.

Isnin Oktober 22, 2012

KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baharu rokok, bermula Isnin, 22 Oktober 2012, adalah seperti berikut:
Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

20121019

Sejarah Rembau yang semakin dilupai

Satu pandangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan Negeri Sembilan dari blog A.F. Yassin.

Rembau adalah merupakan sebuah kerajaan yang telah lama bertapak di tanah Melayu. Tapi ramai orang Melayu khususnya anak-anak Rembau tidak mengetahui sejarah ini. Rembau juga mempunyai perlembagaan sendiri sejak beratus-ratus tahun dahulu. A.F. Yassin menegaskan betapa perlunya pihak yang berwajib menulis semula buku ini dari tulisan jawi ke tulisan rumi.

Berikut petikan beliau :
Buku ini, Rembau, Sejarah dan perlembagaan (terbitan 1953) ditulis dalam Jawi. Ia diterjemah, dipinda dan dpadankan oleh Abbas bin Haji Ali, Guru Kanan di Sekolah Menengah King George V, Seremban. Cikgu Abbas berasal dari Chengkau, Negeri Sembilan. Buku ini dipadankan daripada karangan C.W.C Parr dan W.H. Mackerry yang tersiar dalam jurnal "Straits Branch Roral Asiatic Society, Bilangan 56," Disember tahun 1910 dan dikeluarkan oleh Jabatan Undang Dan Perlembagaan Adat dan Istiadat Melayu Rembau.

Sejarah yang dipaparkan dalam buku ini mengikat erat hubungan antara penduduk Rembau dengan masyarakat zaman lampau yang berpusat di Melaka dan kemudian berhijrah ke Johor.

Buku ini juga meninjau bagaimana negeri ini telah maju dan mempunyai peradaban dan kebudayaan , semenjak runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Masjid daif perlu dibaiki segera di Sabah

19 Okt 2012

KOTA MARUDU 18 Okt. - Meskipun keadaan Masjid Nurhikmah Kampung Bintasan Laut di sini agak uzur, namun, para jemaahnya tetap mengerjakan ibadah solat di situ tanpa ragu-ragu.

Selain itu, mereka juga terdedah kepada bahaya apabila sesetengah bahagian lantai masjid reput dan beberapa bahagian masjid yang berusia lebih 30 tahun itu juga dimakan anai-anai.

Pengerusinya, Zaton Mumin, 40, berkata, setiap kali hujan para jemaah juga terpaksa beralih tempat untuk bersembahyang kerana hujan menitis di ruang solat akibat bumbung dan siling usang turut bocor.

"Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa agama di Daerah Kecil Matunggong untuk pembaikan masjid tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan.

Pembeli rumah tuntut geran rumah

18 Okt 2012

SENAWANG: Lebih 30 pembeli rumah pangsa di Taman Sri Mawar di sini kecewa dengan Kerajaan Negeri Sembilan kerana kegagalan kerajaan negeri menyerahkan geran hak milik rumah walaupun telah selesai membuat pembayaran.

Selain daripada itu pembeli juga tidak puas hati apabila harga rumah dinaikkan tanpa dimaklumkan kepada pembeli.

Pembeli rumah Mohd Nawi Ibrahim, 55, berkata beliau membeli rumah pangsa secara sewa beli pada tahun 1991.

“Dalam surat perjanjian rumah ini berharga RM25,000. Saya membayar ansuran sebanyak RM138.22 selama 20 tahun.

“Bagaimanapun beberapa tahun lepas secara tiba-tiba saya mendapati harga rumah dinaikkan menjadi RM33,000. Kami tidak dimaklumkan dan saya hanya mendapat tahu ketika membuat pembayaran ansuran bulanan.

“Walaupun tidak puas hati atas kenaikan harga rumah tanpa alasan kukuh, saya tetap membayar ansuran bulanan dan mengikut kiraan ansuran saya sejak 1991, sepatutnya hutang saya sudah habis.

“Saya ada menuntut geran hak milik tetapi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberi alasan geran hanya akan diberi selepas kesemua 48 pembeli rumah selesai membuat pembayaran.

“Ini tidak adil kepada pembeli rumah seperti saya yang membayar ansuran secara tetap dan sudah melangsaikan keseluruhan kos pinjaman rumah tersebut.

“Bayangkan ada beberapa pembeli rumah (sewa beli) di blok ini yang baru setahun tinggal. Tak kan saya kena tunggu dua puluh tahun lagi (tunggu pembeli ini melangsaikan pembayaran penuh) untuk dapatkan geran hak milik saya? Sedangkan saya tidak ada sumber pendapatan tetap lagi kerana telah bersara. Ini tidak adil kepada pembeli rumah yang sudah melangsaikan pembayaran secara sepenuhnya,” kata Mohd Nawi.

S Xavier , 42, turut menyatakan perasaan kecewa beliau apabila Kerajaan Negeri menaikkan harga rumah yang asalnya RM25,000 kepada RM33,000 tanpa perbincangan dengan pembeli rumah.

“Saya juga tidak puas hati dengan alasan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkata geran hak milik hanya akan diberi kepada apabila semua pembeli rumah selesai melunaskan kos rumah tersebut.

Tunggu semua bayar

“Bayangkan ada 48 pembeli rumah dalam satu blok. Logikkah kalau saya kena tunggu kesemua 48 pembeli rumah ini selesai membuat pembayaran untuk menerima geran hak milik? Bagaimana dengan keadaan ada kes pembeli rumah lari begitu sahaja?

“Apakah kerana ada pembeli rumah yang liat tidak mahu membayar ansuran maka pembeli rumah yang selesai pembayaran jadi mangsa?

Xavier berkata ada tujuh blok rumah pangsa dan setiap blok mempunyai empat tingkat dengan 48 unit rumah.

20121018

Henti tindakan zalim kepada warga pendidik


Harakahdaily  18 Okt 2012 

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mendesak kerajaan menghentikan tindakan tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman kepada warga pendidik.

Presiden Pendidik Normala Sudirman berkata, wujud penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya di peringkat Jabatan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pentadbir sekolah iaitu pengetua dan guru besar.

Malah katanya, Kementerian Pelajaran seolah-olah gagal mengawal pegawai-pegawai tertinggi dari segi penurunan kuasa, pelaksanaan peraturan dan prosedur dalam melaksanakan tindakan.

Menurut Normala, beberapa kes telah dikenal pasti, antaranya seorang guru Omar Bakar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Perah, Parit Perak telah dibuang kerja hanya kerana tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Pelajaran Perak menukarkannya ke SK Sungai Samak Hutan Melintang.

"Beliau tidak setuju kerana tidak tahan menurut arahan bertukar sebelum ini sebanyak lima kali. Beliau diarahkan bertukar pada 16 Jun 2006 namun beliau telah dibuang kerja ketika kesnya masih dalam proses rayuan supaya tidak dipindahkan," katanya.

Kes kedua katanya, melibatkan suami isteri yang meraikan rakannya yang merupakan ahli keluarga Adun Paroi (PAS) datang menziarahi dan minum petang dirumahnya.

"Kedua-dua mereka Abdul Latif Aminon dipindahkan dari SMK Felcra Bukit Kepong Muar ke SMK Kota Masai Pasir Gudang dan isterinya Hasmah Mohamad Jaiz dari sekolah sama ke SMK Kota Masai 2 pada Febuari 2011," katanya ketika dalam sidang media di lobi Parlimen.

Malah katanya, ada kes yang cukup memalukan apabila seorang guru ditumbuk dan diterajang pada Hari Guru 16 Mei 2012 di hadapan pelajar sekolah.

Guru terbabit, Azman Mohamad Nadzir, katanya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri, lebam di bahagian badan serta anak matanya akibat diserang oleh seorang guru yang merupakan penyokong Umno di sekolah yang sama.

Jelas Normala, wujud sikap 'double standard' dalam pelaksanaan tindakan terhadap guru-guru yang menyokong parti pembangkang tetapi di satu pihak yang lain, penglibatan guru-guru dalam politik dan memegang jawatan tidak pula dikenakan sebarang tindakan bahkan terus dipertahankan.

Sehubungan itu, Pendidik meminta kerajaan mengambil tindkan tegas terhadap pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD dan sekolah yang bertindak tidak profesional tidak mengikut prosedur dan mengikut telunjuk orang politik Umno BN yang ada agenda tertentu.

Pendidik juga mencadangkan agar kementerian membentuk satu jawatankuasa bebas di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan  kes-kes penganiayaan yang melibatkan guru.

Ekoran itu, Pendidik turut menyerahkan memorandum 'Desakan Menghentikan Tindakan Tidak Profesional ke atas Warga Pendidik' kepada wakil Ahli Parlimen Kota Raja dan Sik, Dr Siti Mariah Mahmud dan Che Uda Che Nik.

Kerajaan buat program cegah seks kerana masih pelajar


Satu lagi tajuk berita yang sepatutnya merisaukan semua ibu bapa yang beragama Islam dalam usaha kerajaan untuk mencegah hamil luar nikah. Tajuknya : “No sex please...we’re students” bukankah tajuknya sepatutnya “No illegal sex please…we’re Muslim”?  Jelas di bawah bahawa objektif program ini ialah “ways to address the problem of teen pregnancies” iaitu untuk mencegah kehamilan di kalangan remaja bukan mencegah zina di kalangan remaja.

No sex please... we’re students
17 October 2012

KUALA LUMPUR (Oct 17, 2012): The government has since last month begun a pilot project, called Reproductive Health and Social Education, which teaches students about the risks of premarital sex.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said the programme, introduced as part of the school curriculum, is one of the ministry's ways to address the problem of teen pregnancies.

With these programmes, he said, the ministry hopes that the public would also cooperate to curb the problem of out-of-wedlock pregnancy among teenagers.

Kerajaan nak cegah zina atau nak cegah hamil luar nikah?


Tajuk berita berikut perlu menimbulkan kerisauan yang amat sangat terhadap umat Islam yang prihatin iaitu : “Modul Cegah Hamil Luar Nikah Dalam Kokurikulum Tahun Enam, Tingkatan Tiga”. Adakah ianya program untuk mencegah zina atau bagaimana untuk mengelakkan hamil jika berzina? Apakah modul ini telah mendapat kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan?

MODUL CEGAH HAMIL LUAR NIKAH DALAM KOKURIKULUM TAHUN ENAM, TINGKATAN TIGA
17 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Satu projek perintis untuk mendidik pelajar mengenai bahaya seks luar nikah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum sekolah pada bulan lepas, yang merupakan cara untuk mencegah kehamilan di kalangan gadis di bawah 16 tahun.

Pelaksanaan itu merupakan antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu sosial yang mencatatkan lebih 6,000 kehamilan dan kelahiran yang melibatkan gadis di bawah usia 16 tahun sejak tahun 2000.

Projek perintis itu merupakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, mengajar murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga mengenai risiko dan bahaya seks menerusi program Kesihatan Reproduktif dan Sosial.

Program itu berdasarkan modul Kesihatan Reproduktif Remaja oleh Persatuan Kesihatan Reproduktif Persekutuan.


Jenayah di mana-mana, bas awam pun tak selamat


DISAMUN DALAM BAS.

KUALA LUMPUR 18 Okt 2012 - “Saya diacu parang sebelum diarah menyerahkan wang dan telefon bimbit,” kata Nurhidayah Muhammad, 23, mangsa samun dua lelaki dalam bas awam di ibu kota, baru-baru ini.

Menceritakan semula detik cemas itu, Nurhidayah yang bekerja sebagai operator telefon berkata, dia menaiki bas berkenaan untuk pulang ke rumahnya di Setapak sebaik tamat kerja, kira-kira jam 8 malam. Menurutnya, ketika kejadian bas berkenaan berhenti di Masjid Jamek, di sini, apabila tiba-tiba dua lelaki meluru masuk ke dalam kenderaan awam itu dan menuju ke arahnya.

“Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu apabila seorang daripada lelaki terbabit mengugut mahu menikam saya jika melawan. “Saya diarahkan duduk dan mengeluarkan segala barang yang ada dalam beg tangan sambil diacu parang. Dalam keadaan panik, saya terpaksa menyerahkan wang RM200 dan telefon bimbit kepada lelaki itu,” katanya.

Katanya, bukan dia seorang saja yang disamun penjenayah terbabit, malah seorang lagi penumpang lelaki warga asing yang duduk di sebelahnya turut menjadi mangsa.

“Namun, penumpang warga asing itu enggan menurut arahan lelaki terbabit supaya menyerahkan wang dan barangan berharga mengakibatkan dia dibelasah.

“Kejadian ini turut disaksikan pemandu dan penumpang lain, tetapi mereka tidak berani membantu kerana bimbang turut menerima nasib sama.,” katanya. Nurhidayah berkata, ketika seorang lelaki terbabit menyamunnya dan penumpang warga asing itu, rakannya pula mengawasi keadaan dengan berkawal di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

“Kedua-duanya tidak mengganggu penumpang lain dan terus melarikan diri selepas memperoleh wang daripada saya.

“Akibat kejadian itu, saya mengalami trauma untuk menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja setiap hari,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi sejurus kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sukarnya untuk mendapat lesen memandu di Malaysia


200,000 TIADA LESEN

17 Okt 2012 - Kira-kira 200,000 penunggang motosikal khususnya golongan belia yang berusia antara 17 sehingga 40 tahun di seluruh negara didapati tidak mempunyai lesen memandu. Antara faktornya ialah golongan itu tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan.

Jika dibiarkan perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk seperti pengunaan lesen palsu atau tindakan mahkamah bakal diambil terhadap mereka.

Terdapat syarikat-syarikat besar yang mengambil penghantar surat yang tidak berlesen dan menggunakan lesen palsu.


20121017

CERAMAH PENERANGAN


Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat, Senawang 3 Nov


17 Okt 201

Pakatan Rakyat akan mengadakan Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban pada 3 November ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu, lapor Keadilandaily.

Program tersebut dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Antaranya termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

Ianya telah diumumkan ditunda ke Januari Tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan.

Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula katanya akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri.

Menurut Mohamad, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan.

Himpunan kali ini katanya adalah bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Sambutan Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim 8 ke 10 Nov 2012



SAMBUTAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
               
Tarikh :
8, 9  & 10 Nov 2012 (Majlis Umum)
11 - 19 Nov  2012 (Majlis Tertutup)

Tempat  : Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim & Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh
               
Aktiviti : Ceramah Umum, Forum Perdana, Majlis Perasmian, Majlis Bacaan Hadis Sohih Muslim, Pertandingan Qosidah,  Pameran dan Gerai Jualan, Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak, Lain-lain

TENTATIF PROGRAM

(KHAMIS) 8 NOVEMBER 2012
9.00 mlm - 10.30 mlm : CERAMAH UMUM
Penceramah : Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama)

(JUMAAT) 9 NOVEMBER 2012
8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

8.30 mlm - 11 mlm : Forum Perdana “Bertuahnya Diriku Seorang Muslim”
Moderator : Ustaz Soffhan bin Abdul Halim – Mudir Madrasah Aliyah,Seremban
Ahli Panel : Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Naim bin Haji Muhammad – Pengerusi Lajnah Akhlak dan Ibadat Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan  & Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Alias – Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
      
(SABTU) 10 NOVEMBER 2012
6.30 pg - 8 pg : Solat Fardhu Subuh Berjemaah
 - Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi

8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

2.30 ptg - 4.30 ptg :  PERTANDINGAN QOSIDAH
5.30 ptg : PERTUNJUKAN SILAT
8.30 mlm - 11 mlm : MAJLIS PERASMIAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
- Bacaan al-Quran
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011
- Ucapan Aluan
- Ucapan Perasmian
- Ucapan Nasihat – Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad
- CERAMAH – SHEIKH SAMIR AL-NASH DARI SYRIA (DENGAN TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU)
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Minum Malam

(AHAD) 11 NOVEMBER 2012 HINGGA ( ISNIN ) 19 NOVEMBER 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja )
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh Samir al-Nash dan murid beliau Sheikh Firas Salu

6.30 pg - 8.30 pg : Sesi 1 , Minum pagi
 10 pg - 1.00 tgh : Sesi 2 , Makan Tengahari , Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
4.30 ptg - 6.30 ptg : Sesi 3 ,  Makan Malam , Solat Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah
8.30 mlm - 10.30 mlm : Sesi 4 , Minum Malam


Lagi kemusnahan pantai di Port Dickson

Lagi kemusnahan pantai di Port Dickson yang dibiarkan sejak tahun 2009 yang melibatkan projek penambakan pantai.

Resort's residents fear losing beach
16 October 2012

PORT DICKSON: Residents at the Regency Tanjung Tuan Beach Resort are appealing to the authorities after a broken perforated pipe left them without a beach.

It is understood that the sand-reclamation pipe broke down three years ago and is yet to be put right. It was used to retain sand and pump out water after sand-reclamation work nearby.

Businessman Prabakaran Selvarajah, 60, said the pipe was built in 2005 to prevent sand being washed away, but it broke down in 2009.

He said that caused the eroding which not only left residents without a beach but also created an ugly sight.
"You can see the roots of trees exposed because the sand underneath has been washed away," he told the New Straits Times.

He said the place was known to have one of the best beaches in the country and therefore the resort was touted as a good investment.

"Even though the price of real estate here has gone up, what is going to happen when there is no beach left at all? The main draw of the resort will be gone."

He said at one point, the sea water had flooded the car park and even reached the swimming pool.

Prabakaran said residents wanted the broken pipe to be fixed and the extraction of sand from nearby hotels halted as a temporary measure to end the flooding.

"We are taking sand from the hotel next to us because after the reclamation, the sand that is supposed to be at the Regency ends up being diverted to the other hotels."

Businessman Daniel Charles, 52, said the government should take care of the beach in Port Dickson since it drew huge crowds because it was close to Kuala Lumpur.

"The pipe that was working before should be maintained well along with the other facilities around the beach."



Projek Tambak Pantai Port Dickson Terbengkalai

Apakah Port Dickson bukan sahaja akan dikenali sebagai Bandar Tentera Darat tetapi akan juga dikenali sebagai Bandar Terbengkalai. Projek jalan Pasir Panjang – Linggi yang bernilau ratusan juta ringgit juga telah terbengkalai sebelum ini.

Kaji semula tambak pantai

Utusan Malaysia 17 Okt. 2012 - Para peniaga dan pengusaha bot pantai mendesak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengkaji semula projek penambakan pantai yang kini terbengkalai di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, dekat sini.

Setiausaha Persatuan Peniaga dan Pengusaha Pantai Telok Kemang, Borhan Gembor berkata, pihaknya difahamkan, projek tersebut dilaksanakan dengan tujuan menampung bilangan pengunjung yang semakin ramai di pantai peranginan popular itu.

"Apa yang membimbangkan kami ialah apabila projek ini siap, bilangan pengunjung akan berkurangan disebabkan air laut menjadi dalam kerana jarak antara pantai dan laut menjadi tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini


Projek Jalan Pasir Panjang - Linggi di Port Dickson adalah antara projek yang bermasalah besar di Negeri Sembilan. Sebelum terbengkalai kosnya RM118 juta . Bila terbengkalai hendak dipulihkan semula kos tambahan ialah RM 200 juta pula. Selepas tambah RM 200 juta tersebut, adakah projek tersebut kini berjalan mengikut jadual? Maklumat lanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/janji-ditepati-jalan-pasir-panjang.html

Projek tergendala, peniaga susah
15 Oktober 2012

TELOK KEMANG – Pakatan Rakyat (PR) bercadang mengadakan protes besar-besaran di Pantai Telok Kemang, di sini sekiranya tiada usaha mempertahankan peniaga yang mendakwa tertindas akibat projek menambak pantai yang tergendala.

Hasrat itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi yang mendakwa partinya ada pengalaman mengendalikan protes berkenaan seperti mana Perhimpunan Hijau 2.0 Lynas di Kuantan.

“Dalam masa 14 hari mulai daripada tarikh hari ini (semalam), jika Kerajaan Negeri tidak mengambil inisiatif membantu peniaga di Pantai Telok Kemang ini, kita akan melakukan protes bagi memperjuangkan hak rakyat sama seperti pernah kita lakukan seperti Perhimpunan Hijau 2.0 Lynas di Kuantan," katanya.

Menurutnya, peniaga di kawasan itu menghadapi pelbagai masalah berlarutan sejak sekian lama, namun gagal diselesaikan dengan baik oleh kerajaan.

Katanya, antara yang menjadi rungutan adalah keadaan gerai daif dan tidak setanding dengan jenama Telok Kemang sebagai kawasan tumpuan pelancong.

“Terbaru, berkaitan isu projek tambak laut terbengkalai. Akibat daripada kegagalan projek ini, kehadiran pengunjung berkurang sekaligus menjejaskan pendapatan peniaga,” katanya ketika mengadakan sidang media Selamatkan

Pantai Kita anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Telok Kemang, di Pantai 2 Telok Kemang, di sini semalam.

Sebaik sidang media berakhir, sekitar 30 anggota SAMM, AMK serta peniaga pantai berarak membawa kain rentang berkempen mengajak peniaga dan pengunjung pantai menjayakan program Selamatkan Pantai Kita.