20120930
Maklumbalas Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Adakah sistem baru yang diperkenalkan
Kementerian Pelajaran iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) akan memberi manafaat kepada guru, pelajar dan ibu bapa. Dengar
ceritanya mulai tahun 2013 nanti pelajar di Tingkatan 1 dan Tingkatan
2 perlu membeli satu buku laporan untuk setiap matapelajaran yang
berharga RM8.50 setiap satu. Jika ada 11 matapelajaran bermakna
seorang murid akan memerlukan RM93.50. Bolehlah gunakan RM100 dari
Bajet 2013 untuk membeli buku tersebut.
Bersama Aisyah 1 Okt 2012 di DUN Paroi
CERAMAH PERDANA
Bersama : Aisyah (artis/penyanyi), Siti
Fareedah, YB Taufek dan Ustaz Kamaruddin Sidek
Tarikh : 1 Okt 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : No 537, Taman Seri Pagi,
Senawang (berhampiran padang sebelah Sekolah Tmn Seri Pagi)
Maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol
019-3440826
Velodrom Basikal, jangan jadi macam Stadium Bowling Paroi
Semasa pembentangan Bajet 2013 oleh PM
pada 29 Sep 2012, diumumkan Velodrom Tertutup yang pertama di
Malaysia akan dibina di Seremban pada kos RM80 juta. Harap ianya
tidak jadi seperti Stadium Bowling yang pertama di Asia satu ketika
dulu yang bernilai RM14 juta dibina atas tanah seluas 1.5 hektar
berhampiran Masjid Taman Paroi Jaya yang kini terbiar. Menjadi
persoalan, kenapa Velodrom Tertutup untuk lumba basikal ini dibina di
Seremban, bukannya di Terengganu, kerana Terengganu mempunyai ramai
pelumba basikal bertaraf dunia sedangkan tidak kedengaran pelumba
basikal bertaraf dunia dari N.Sembilan.
Malaysia anjur Kejohanan Berbasikal
Trek Piala Dunia Klasik
29 Sep 2012 - Malaysia bakal
menganjurkan Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia Klasik apabila
velodrom tertutup di Seremban siap sepenuhnya, kata Presiden
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abdul
Wahab. "Pengumuman Belanjawan 2013 tentang pembinaan velodrom
tertutup bernilai RM80 juta di Seremban itu, saya percaya hasrat ini
boleh segera direalisasikan.
STADIUM BOWLING NEGERI YANG TERBIAR
4 Jan 2012 - BANGUNAN yang menempatkan
gelanggang sukan boling di Pusat Sukan Paroi, Seremban yang terletak
berhampiran dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kini sudah lama
ditutup dan terbiar begitu sahaja. Kemungkinan ia sudah menjadi
tempat penagih dadah lepaskan gian mereka serta untuk muda-mudi
melakukan maksiat di situ. Pusat yang suatu ketika dahulu diuruskan
oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kini sudah tidak terurus
lagi, berkemungkinan kurangnya sambutan atau pengurusan kurang cekap
dan memuaskan kepada peminat sukan tersebut.
STADIUM BOWLING TERBIAR
18 Mei 2010 - Stadium Bowling Negeri
yang terletak berhampiran Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, di sini,
baru dibina tetapi sudah tidak lagi digunakan menjadikannya lokasi
sesuai untuk pelbagai kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah
dan maksiat, jika dibiarkan begitu saja. Apa yang lebih merunsingkan
penduduk setempat, bangunan bernilai RM14 juta itu yang sudah lebih
dua tahun tidak digunakan, kini dilihat mencacatkan pemandangan malah
ada yang tersalah dengan menganggap ia sebagai masjid.
NEGRI TO BUILD ASIA’S FIRST BOWLING
STADIUM
11 June 2003 - The first bowling
stadium in Asia will be built at the Seremban Sports Complex in Paroi
soon. The stadium, to be built on a 1.5ha land near the Tuanku Abdul
Rahman Stadium at a cost of RM14mil, will have various facilities,
including a multi-purpose hall, a food court and a gallery.
An agreement signing ceremony for the
construction of the stadium between NS Superbowl Sdn Bhd and IZ-AN
Corporation (M) Sdn Bhd was held on Monday and witnessed by Mentri
Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. The NS Superbowl was
represented by its chief executive officer, Badruddin Sheikh Ahmad,
while IZ-AN was represented by its managing director, Abdul Halim
Mohd Salleh.
The Mentri Besar, who is the patron of
NSTBA, also called on the appointed contractor to complete the
construction of the stadium on schedule.
He said the stadium would be used as
the venue for the Sukma (Malaysia Games) bowling competition next
year. Negri will host the 11th edition of the Games from May 28-June
6. – Bernama
Rujukan :
20120929
Baiki Komputer, TV, LCD, Barangan Elektrik dan Elektronik
Perkhidmatan membaiki komputer, TV,
Radio, LCD/LED/Plasma dan sebarang peralatan elektrik serta
elektronik
Sila hubungi : AMMAR NAJWAN RESOURCES
No 5, Tingkat 1, Lorong Alamanda
2/1,Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan
Tel : 06-6773371
Perkhidmatan lain yang disediakan :
Format hard disk
Perkhidmatan Internet
Fotostat
20120928
Kg Bogel dan Kg Penajis
Jika nama Kg Bogel boleh ditukar ke Kg Beliku, takkan nama Kg Penajis di Rembau tak boleh ditukar nama atau ditukar ejaannya ke Kg Penajeh?
Kampung Bogel bertukar nama 'Beliku'
28 September 2012
BESUT – Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut
telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi
penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya. Peneroka asal
kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata, nama Kampung Bogel dikenali sejak
zaman sebelum merdeka lagi.
Kemiskinan ada di mana-mana
Kemiskinan ada di mana-mana. Sama-samalah kita menjadi umat yang prihatin, lebih-lebih terhadap sanak saudara dan jiran tetangga serta masyarakat keseluruhan secara amnya.
Lima
sekeluarga terpaksa ikat perut
KOTA KINABALU 27 Sept. 2012 - Akibat kesempitan hidup,
seorang ibu, Fatimah @ Suria Jamrin, 41, bukan hanya terpaksa mengikat perut,
malah dia dan empat anaknya sering makan nasi berlaukkan garam dan gula.
Akibat tiada mata pencarian dan hanya mengharapkan bantuan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, dia juga
terpaksa memberi minuman milo cair bagi menggantikan susu kepada anaknya yang
berusia dua bulan.
"Apabila kesemua anak saya tidur, saya sering menangis
sendirian mengenangkan nasib diri dan anak-anak," katanya ketika ditemui
di Perumahan Rakyat Telipok Ria, di sini hari ini.
Fatimah kini tinggal bersama empat anaknya termasuk seorang
bayi yang berusia dua bulan selepas suaminya ditahan akibat penyalahgunaan
najis dadah baru-baru ini.
Kanak-kanak masalah jantung perlukan bantuan
Sama-samalah kita bantu sekiranya mampu melalui akaun BSN ibu kepada kanak-kanak ini yang mempunyai masalah jantung yang kritikal
Salur terbalik
REMBAU 27 Sep 2012 : Seorang ibu kepada lima anak di Kampung Sungai Layang, dekat
sini, buntu memikirkan kos pembedahan anaknya yang menghidap penyakit salur
jantung terbalik sejak dilahirkan.
Noraini Akin, 37, berkata anak bongsunya itu Muhammad Nazrul
Zaquan Adha Mohd Zahid, 2, mengalami masalah salur jantung terbalik sehingga
menjejaskan perkembangannya seperti kanak-kanak lain.
Menurutnya, walaupun sudah menjangkau usia dua tahun,
anaknya itu tidak mampu berjalan dan mengalami kebiruan di jari kaki dan tangan
dan perlu menjalani rawatan susulan tiga bulan sekali di hospital.
Menurutnya, masalah anaknya sudah dirujuk ke Institut
Jantung Negara (IJN) dan akan menjalani pembedahan bulan depan kerana anaknya
itu didiagnosis memiliki dua lubang di salur jantungnya yang boleh membahayakan
nyawa.
“Kos pembedahan sebanyak
RM15,000 dan kami hanya perlu membayar RM4,000 bagi memastikan pembedahan ini
dapat dijalankan. Buat masa ini, saya sudah mendapat bantuan RM1,000 dari
Baitulmal dan wang sedia ada belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan kos,”
katanya.
Noraini berkata, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan
pendapatan kurang RM500 sebulan serta perlu menanggung tiga lagi anak yang masih
bersekolah. menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga amat sukar.
“Dua anak perempuan saya masing-masing berumur sembilan dan
11 tahun mengalami masalah lembam dan bersekolah di kelas khas. Kami anak
beranak menumpang tinggal di rumah orang tua kerana tidak mampu menyewa rumah,”
katanya yang turut mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) sebanyak RM400.
Noraini berharap, ada pihak prihatin dengan masalah dihadapi
dan membantu meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya untuk
menampung kos pembedahan anaknya.
“Sebelum ini, doktor ada memberitahu tiga atau empat tahun
lagi anak saya perlu menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan
sebanyak RM60,000 tetapi buat masa ini anak saya perlu dibedah segera kerana
terdapat lubang di salur jantung,” katanya.
Sumbangkan boleh disalurkan ke akaun Noraini Akin, Bank
Simpanan Nasional 0530041000045803.
Hati-hati memakai barang kemas
Semoga para wanita lebih-lebih lagi warga emas lebih berhati-hati. Sebaiknya barang kemas yang dipakai tidak peragakan. Penjenayah sentiasa mencari peluang apabila mangsa memberi sedikit ruang.
Peragut bertanya
LEDANG 27 Sep 2012 : “Lelaki itu bertanya sama ada saya
mengenali Aziz. Tiba-tiba, rakannya turun dari motosikal dan merentap rantai
emas berharga RM3,000 yang saya beli bagi menggantikan rantai pusaka yang
dilarikan pencuri dua bulan lalu,” kata Saminam Md Alias, 71, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, Saminam membasuh lantai
beranda rumahnya di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, sebelum
didatangi dua lelaki berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal Honda EX5.
Seorang daripada lelaki terbabit menghampiri Saminam dan
bertanyakan perihal Aziz. Menurutnya, ketika kejadian, suaminya, Musian Abu,
78, berada di bilik air dan baru pulang dari menziarah jiran yang kematian
bapa.
“Lelaki itu turut meminta saya menunjukkan lokasi rumah
Aziz. Saya memaklumkan tidak kenal dengan nama individu dicarinya.
“Tiba-tiba rakan lelaki terbabit turun daripada motosikal
lalu menarik tangan kanan yang sedang memegang penyapu sambil merentap rantai
leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya. Saminam berkata, kedua-dua
penjenayah terbabit gagal dikejar dan dia melaporkan kejadian di Balai Polis
Bukit Gambir.
20120927
MAJLIS BACAAN HADIS SOHIH MUSLIM
Bersama Sheikh Samir Al Nash dan Sheikh Firas Salu
Di Madrasah Islamiah Haji Ibrahim
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh : 11 -19 Nov 2012
Majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, lelaki
dan wanita, terhad kepada 300 peserta sahaja,pengajian sepenuhnya dalam Bahasa Arab,boleh
menginap di madrasah atau berulang alik ke rumah atau hotel berhampiran untuk
lebih selesa.
Jadual Pengajian :
Sesi 1 : 6.30 pagi-8.30 pagi ,
Sesi 2 : 10.30 pagi- 1 tengahari,
Sesi 3 : 5 petang - 7 malam,
Sesi 4 : 9 malam – 11 malam,
Yuran penyertaan RM 200, selama 9 hari, makanan dan
penginapan disediakan
Kitab Sohih Muslim lengkap untuk ditempah RM110 satu set (Jami’
Tirmizi pun boleh didapatkan dengan harga yang sama)
Untuk penyertaan, sila hubungi :
Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff 012-3752240
Saudara Mohd Faizal bin Abdullah 013-2300595
Saudara Ismail bin Osman 013-6055875
Faks : 06-6858468
NO AKAUN CIMB ISLAMIC
MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
0501-0000157-10-5
MAJLIS PERIWAYATAN DAN PENGIJAZAHAN SANAD HADIS-HADIS SOHIH
MUSLIM SERTA SYARAHAN HADIS PILIHAN
Ikutilah Pengajian Jami’ Tirmizi bersama Sheikh di Pondok Tuan
Guru Haji Abdul Raof, Repah, Tampin pada 20 November 2012 hingga 30 November
2012
Kurang dana untuk mengkaji piramid di Malaysia
Pada tahun 1998, ahli arkeologi Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dari UK telah menjalankan kajian mengenai piramid di Tasik Chini, Pahang. Namun disebabkan kekurangan dana, eksplorasi selama 2 minggu tidak dapat diteruskan.
Ancient Khmer city discovered in Malaysia?
The pyramid-like hills near Tasik Chini have sparked
interest in the legend of a lost civilisation.
Monday, December 10, 2007
Lost city of Khmer
empire?
The New Straits Times (Malaysia)
PEKAN: The existence of seven pyramid-like hills near Tasik
Chini has again sparked interest in the legend of a lost civilisation in the
area that could date back to the 12th century.
While there is no proof that the hills are man-made, there
is a possibility that it is part of a lost city or may at least shed some light
on the mystery.
It is long believed that the ancient city could only be
found in the depths of the lake. This is based on a theory that the area was
inundated with water after the fall of the Khmer empire, of which the city was
a part of in the 15th century.
Although many people have made claims of a sunken city,
little effort has been made to unravel the mystery. Based on pieces of
porcelain found in the area, the city could have been built when the Khmer
empire was at the height of its power.
The Khmer empire was ruled, between 802 and 1432, by a
succession of "god kings" and had its capital in Siem Reap, Cambodia,
where the famed Angkor Wat temple complex stands.
According to a villager, the "pyramid" was more
evident when one of the unique hills in Padang Kerbau was cleared by a
plantation company recently.
"Before this, all the hills looked normal. However, the
way they were 'positioned' is not natural and that is quite interesting,"
said Ahmad Najib Mohd Don of Kampung Melayu, Chini.
Ahmad Najib, 57 and his wife, Pauziyah Abdullah, 49, later
drove their pick-up truck to the hills and found that the formations stood in a
swampy area.
Although she was born in Kampung Melayu, Pauziyah said she
never realised the peculiar shape of the hills as they were covered by vegetation.
"The hills are also inaccessible because of the swampy
land which surrounds them."
The new development has excited archaeologist, Professor
Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, who was known for his leading
role in the expedition to locate the lost city in 1998.
"There's a possibility as we cannot say for sure its
exact location. It can be in the lake or on land," said the senior
research fellow at Universiti Kebangsaan Malaysia when contacted.
He said there was no conclusion during the two-week
exploration nine years ago as the team had lacked funds.
"We managed to drain a small part of the lake but the
compartment walls collapsed when we were about to clear a layer of mud on top
of a rocky base."
Larang makan makanan ringan rahsia pelajar tahfiz hafaz al-Quran
27 Sept 2012
SEREMBAN - Pelajar tahfiz dilarang sama sekali makan makanan
ringan. Ia bukan penderaan tetapi sebagai amalan yang harus menjadi disiplin
supaya pelajar mudah untuk menghafaz al-Quran.
Seorang tenaga pengajar Maahad Tahfiz Darul Huffah ( http://darulhuffaz.blogspot.com ),
Azri Awang berkata, pihaknya sentiasa memantau aspek pemakanan pelajar.
Menurutnya, tukang masak turut diingatkan supaya tidak
meletakkan serbuk perasa dalam makanan yang dimasak kerana ia menjejaskan daya
ingatan.
“Selain itu, pelajar yang mengingkari larangan memakan
makanan ringan akan dikenakan denda seperti ketuk ketampi.
"Makanan lain yang dilarang adalah memakan kepala
ikan," katanya.
Azri berkata, jadual makan turut ditetapkan iaitu sarapan
pagi pada jam 8, makan tengah hari selepas waktu Zuhur dan makan malam pula
pada jam 6.30 petang.
"Manakala sebelah malam, pelajar diberi minuman panas
sekitar jam 10 malam, usai tamat kelas malam," katanya.
Dari segi yuran menurutnya, pihaknya mengenakan yuran RM200
sebulan kepada setiap pelajar, ia termasuk untuk perbelanjaan makan minum,
pengajian dan penginapan.
"Manakala anak yatim pula tidak dikenakan sebarang
yuran. Dari segi dana, kita banyak menerima sumbangan daripada penderma yang
terdiri daripada orang perseorangan atau syarikat korporat," katanya.
Bagaimanapun katanya, ketika pendaftaran pihaknya mengenakan
bayaran sebanyak RM400 iaitu RM200 adalah bayaran pendaftaran dan selebihnya
yuran bulan pertama.
Azri berkata, silibus pengajian tahfiz dipantau Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan (MAINS).
"Selain itu, proses mendapatkan kebenaran dan lesen
membuka tahfiz juga perlu merujuk MAINS.
"Ia perlu bagi memantau aktiviti sekolah tahfiz, selain
mengelak daripada berlaku penyelewengan dalam pengajian," katanya.
Katanya, terdapat perbezaan antara pusat tahfiz dan sekolah
pondok, di mana ramai yang tidak tahu pusat tahfiz fokus hafaz al-Quran dan
asas Fardu Ain.
"Sekolah pondok lebih kepada pengajian ilmu hadis dan
tiada hafalan al-Quran," katanya.
Maahad Tahfiz Darul Huffaz yang ditubuhkan sejak 2009
asalnya bertapak di Puchong, Selangor.
Bagaimanapun, pusat tahfiz itu berpindah ke Kampung Kapal di
Mukim Ulu Beranang, Lenggeng pada 15 Mac tahun lalu dan mempunyai 20 pelajar
yang mengikuti pengajian sejak ia dibuka.
Anggota Polis ponteng solat Jumaat mahu ambil rasuah
26 Sep 2012 - Dua anggota polis dari salah sebuah balai di Raub sanggup ponteng solat Jumaat hanya kerana RM300 yang dijanjikan seorang pesalah jalan raya sebagai balasan kerana melepaskan lelaki itu setelah ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana memandu kereta dengan cukai jalan tamat tempoh, kelmarin.
Anggota berpangkat Konstabel dan Lans Koperal berusia 26 dan
56 tahun itu datang menemui lelaki
berusia 37 tahun di salah sebuah
restoran di pekan Dong Raub kira-kira jam 1.20 tengah hari Jumaat lalu tanpa
menyedari pertemuan itu turut disertai beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Lebih mengejutkan, pengadu dalam kes ini memaklumkan, dia
mempunyai pertalian keluarga dengan salah seorang anggota polis terbabit namun
mereka sanggup mengambil kesempatan
meminta suapan daripadanya.
Sumber SPRM memaklumkan, dua anggota polis itu merampas kad
pengenalan pengadu dan hanya akan
menyerahkan dokumen itu setelah ‘mangsa’ menjelaskan wang yang diminta.
Berdasarkan maklumat yang diterima, beberapa pegawai dari
SPRM daerah Raub membuat pemantauan di restoran terbabit sebelum mendapati pertemuan dan perbuatan
menerima rasuah itu benar-benar berlaku.
Berdasarkan bukti yang ada, dua anggota terbabit ditahan
pegawai SPRM untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009
sebelum dibebaskan dengan jamin RM1,000 setiap seorang.
Sumber memaklumkan, kes tersebut masih dalam siasatan dan
tindakan pendakwaan akan diambil setelah semua proses dilengkapkan.
Pengadu dalam kes ini difahamkan ditahan dalam satu sekatan
jalan di kampung Sega, Raub kira-kira jam 4.30 pagi 17 September lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati cukai jalan kereta jenis Proton
Saga model lama yang dipandunya sudah tamat tempoh dan terpaksa ditahan untuk
tindakan.
Bagaimana pun, dua penjawat awam itu cuba mengambil
kesempatan meminta suapan sebagai dorongan melepaskan lelaki itu daripada
kesalahan yang dilakukan.
Kes jenayah semasa
Ini sebahagian daripada berita jenayah yang dilaporkan di
dada akhbar hari ini.
2 ANGGOTA POLIS PARAH DITEMBAK
26 Sept. 2012 - Tindakan dua anggota polis peronda mengejar
sebuah kereta dinaiki empat lelaki berakhir dengan kedua-dua mereka cedera
parah akibat ditembak penjenayah terbabit di Jalan Kuchai Lama, di sini hari
ini. Kedua-dua anggota polis berpangkat koperal itu yang berusia 41 dan 52
tahun kini stabil walaupun terkena tembakan masing-masing di leher dan perut. Difahamkan,
pemandu kereta peronda jenis Proton Waja itu terkena tembakan di leher manakala
rakannya cedera di perut setelah terkena tembakan dipercayai pistol.
PENGAWAL KESELAMATAN MAUT DITEMBAK PEROMPAK
26 Sept. 2012 - Seorang pengawal keselamatan maut ditembak
seorang daripada tiga lelaki yang merompak sebuah kedai emas dalam tempoh tidak
sampai dua minit di Jalan Othman, di sini hari ini. Mangsa, P. Krishnan, 44,
terbunuh dalam rompakan nekad tiga penjenayah itu yang difahamkan melarikan
sejumlah barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000.
Berbuat baiklah kepada ibu bapa yang masih hidup atau yang telah pergi
Nabi SAW bersabda : “Apabila seorang anak Nabi Adam AS meninggal dunia maka terputuslah (pahala) amalannya kecuali dari (pahala) tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu (yang dicurahkan) yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan (rahmat dan keampunan) untuknya.” HR al-Imam Muslim (261H).
Bapa disaman anak meninggal
27 Sept 2012
SEREMBAN: Bekas jutawan Felda LBJ, Labu, yang disaman anak
perempuannya Februari lalu berhubung harta sepencarian bernilai RM160,000
meninggal dunia kerana sakit tua, di sini, petang kelmarin.
Rashid Jani, 75, meninggal dunia di rumahnya di Kampung LBJ
pada jam 5 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan pada jam 10.30
malam.
Isterinya, Wae Aesoh Jehteh, 33, berkata, lima daripada tujuh anak arwah dengan isteri
pertama dari sekitar negeri ini hadir dan sempat mengucup wajah arwah buat kali
terakhir. “Saya akan meninggalkan rumah ini selepas tamat edah dan menyerahkan
kepada peguam berhubung isu tuntutan saman anak keenam arwah suami untuk
diselesaikan,” katanya.
Sebelum ini, anak keenam jutawan Felda itu, Nozay, 44,
menyamannya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini dan memohon mahkamah
mengisytiharkan setengah daripada kepentingan tanah milik bapanya sebagai harta
sepencarian arwah ibunya, Kering Aman. Dia juga memohon bahagian ibunya
dibahagikan mengikut faraid kepada waris lain. Selain itu, anaknya memohon
supaya nama ibunya didaftarkan sebagai pemilik bersama dalam surat hak milik hartanah itu.
Rashid yang kecewa dengan tindakan anaknya, memfailkan
pembelaan dan membuat enam tuntutan balas. Perbicaraan kes itu yang bermula
sejak Mac lalu sepatutnya bersambung pada 12 Oktober ini.
Wae Aesoh yang berasal dari Narathiwat, Thailand
berkata, dia berharap isu tuntutan itu diselesaikan secara baik dan menyerahkan
kepada peguam arwah suaminya untuk tindakan selanjutnya.
20120926
Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1433 H
PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1433 H
Tahun 2012, Tahun ke 5
Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak
serta memerlukan
- Korban akan dilakukan di 5 lokasi sekitar DUN Paroi
- Sasaran agihan, 1000 keluarga yang memerlukan
1 bahagian RM 400 (lembu)
Maklumat lanjut sila hubungi : Hj Fisol 019-3440826 , Sdr
Hassan 019-2171942
Bayaran atau sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek
melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia
Bhd (BIMB)
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan
Jika Malaysia ada Piramid Kuno kenapa dirahsiakan?
Jika benar ada Piramid Kuno di tengah-tengah hutan belantara Malaysia, kenapa ianya perlu dirahsiakan dan dikawal rapi pasukan keselamatan? Kenapa ianya tidak dijadikan bahan kajian serta sebahagian dari produk pelancongan yang boleh memberi manafaat kepada bidang pendidikan dan menambahkan sumber pendapatan negara?
Pyramids: Descendents of the Tower of Babel?
Ancient pyramids are found in Egypt
and Mexico.
They are also found in Peru,
Nubia, Malaysia, Iraq
and China.
A pyramid in the Malaysian jungle and a pyramid in Central America are virtually identical. Sumber : http://achievebalance.com/genesis/pyramids.htm
PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU
September 25, 2012
Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan
pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara
dalam Semenanjung Malaysia.
Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir,
yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.
Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih
besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.
Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan
yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh unit-unit khas dari angkatan tentera
kita.
Ada
tentera yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan
pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.
Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga
oleh unit-unit komando kita.
The Mayan pyramids and the Egyptian pyramids have no
discernible connection that I know of. The Mayans appear to have migrated to
Central America from Malaysia.
There are many similar looking ancient temples and pyramids in Malaysia that
resemble the Mayan ones.
The Egyptians may have built pyramids based on travels to
the orient, perhaps to Indonesia
and Malaysia.
That could be a connection, but no one has tried that theory.
KLCC bukan lagi kebanggaan orang Melayu
Ini bukan kes pertama peniaga Melayu tidak disambung kontrak berniaga di Suria KLCC. Sebelum ini beberapa peniaga Melayu telah mengalammi nasib yang serupa bukan sahaja di Suria KLCC di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya. Haruskah orang Melayu memboikot Suria KLCC dan KLCC, atau kita hanya sekadar “Menang Sorak, Kampung Tergadai”? KLCC ni milik siapa sebenarnya?
USAHAWAN WANITA DAKWA DIARAH KOSONG PREMIS
25 SEP 2012 - Seorang usahawan wanita yang menjalankan
perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah
mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh. "Saya tidak
menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat
pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya.
Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung
sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap
mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.
PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN, AKHIRNYA 'DITENDANG'
10 OGOS 2010 - NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah
seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di
Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya
Distro. Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak
dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan
mereka turun.
LAGI KES PENIAGA MELAYU DISISIH DI KLCC
9 JULAI 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia
menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi’s/Dockers yang
berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria
KLCC tanpa sebab. Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan
membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun. Inilah hakikat keadaan yang dihadapi
ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC. Daripada 325 premis perniagaan di
Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera. Kadar penutupan
premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama
ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.
Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan
Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC
akan ditamatkan pada Ogos 2007.
Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa
yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada.
Antaranya ialah:
“Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000
setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus
dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang
RM360,000 setahun).
“Kos mengubah suai
keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan
antara RM600,000 hingga RM700,000).
Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk
‘menghalau’ perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.
Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak
mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang
besar untuk berniaga di Suria KLCC.
Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan
tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara
dan rakyat Malaysia.
Ini satu senario yang memalukan.
Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan
Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.
Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan
menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga
bumiputera di Suria KLCC.
Rujukan :
Wabak Tibi melanda Malaysia
Kebanjiran warga asing di Malaysia walaupun memberi manafaat tapi dari sudut yang lain membawa bersama masalah sosial, jenayah, keselamatan serta juga masalah kesihatan. Wabak tibi atau batuk kering akhir-akhir ini makin ketara.
SEKOLAH DISERANG TIBI
26 SEP 2012
IPOH: Wabak penyakit batuk kering atau tibi mencetuskan
panik kepada ratusan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan
Tasek, di sini, apabila lebih 200 daripada mereka diarahkan menjalani saringan
kesihatan selepas disyaki mengalami simptom awal penyakit itu.
Sehingga kini, seramai 34 guru dan pelajar disyaki mengalami
simptom tibi berdasarkan pemeriksaan dan saringan kesihatan dilakukan.
Difahamkan, wabak berkenaan mula dibawa seorang pelajar
tingkatan lima
sekolah itu selepas menerima jangkitan itu daripada bapanya yang juga seorang
kontraktor berusia 47 tahun.
Pelajar itu dikesan menghidap penyakit itu selepas menjalani
pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta pada 3 September lalu akibat
menghidap batuk teruk, demam dan susut badan dua minggu sebelum itu.
Siasatan awal mendapati, bapa mangsa disahkan menghidap
penyakit tibi pada April lalu dan dipercayai berpunca akibat kerap
mengendalikan warga asing di tempat kerjanya.
PATI PUNCA TIBI SUKAR DIKAWAL
5 Jun 2012 - Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di
negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis
(Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori
(IPR) Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.
PATI PUNCA PENYAKIT TIBI
20 Jun 2011 - Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai
berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap
kesihatan mereka memang diragui. Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi
membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan
berkenaan.
TIBI: KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU BERTINDAK SEGERA
10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera
untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang,
terutama di kawasan Ampang Jaya.
KES PENYAKIT TIBI MENINGKAT
April 1, 2011– Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami
penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru,
Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit
TUBERCULOSIS RISES AGAIN IN MALAYSIA
22 Aug 2010 - Tuberculosis, once under control in Malaysia, is
spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has
re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries.
KNOWING THE DISEASE
24 Oct 2010 - UNLIKE diseases that attack the lungs such as
SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), not everyone infected with the
tuberculosis (TB) bacteria becomes sick.
“We are facing a silent spread of the disease, because if I
infect you, you only have a 5-10% of chance of becoming sick,” says World
Health Organisation (WHO) Western Pacific adviser for TB Dr Catharina van
Weezenbeek.
TIBI TIDAK MENGENAL MANGSA
22 Mac 2009 - KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat
memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan
daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan
tidak mengenal mangsa.
Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan
dengan penyebaran tibi secara meluas.
Rujukan :
20120924
Kes samun, pecah rumah berleluasa di Lenggeng?
Ada pengunjung blog saya meninggalkan komen yang amat risau keselamatan dia sekeluarga di mana kes samun dan pecah rumah semakin berleluasa di Lenggeng, N.Sembilan. Mungkin pihak berkaitan dapat menyiasat komen tersebut. Saya sebelum ini juga ada mendapat perkhabaran serupa, bahkan diberitakan Masjid Kg Daching yang baru mendapat peruntukan Menteri Besar N.Sembilan sebanyak RM20,000 katanya untuk tukar sistem PA baru telah dicuri sistem PA tersebut tidak lama selepas itu. Jika benar , kita harapkan pihak polis dapat mempertingkatkan rondaan di kawasan tersebut.
Komen pengunjung tersebut seperti di bawah ini :
sy dr kg sesapan batu minangkabau beranang sebelah dari kg
daching mengalami mslh yg serupa pd bln puasa yg lalu.pencuri cuba masuk ke
rumah pd waktu sahur.kebetulan suami belum tidor lg.
dia sempat ikot jejak pencuri keliling rumah cubaan utk
umpil tingkap.
kebetulan bapa saya hj zamzuri merangkap ketua kg dan imam
kg serta amil meninggal dunia sebelum bulan puasa.mungkin perompak berkenaan
sudah tahu mengenai kematian ayah sy.
alhamdulilah perompak tu tak sempat masuk ke dlm rumah sbb
polis beranang smp.perompak tu tinggalkan kayu panjang dan sebatang test pen
tersangkut pd frame tingkap.sehingg kini tiada tangkapan dibuat.
ape yg merisaukan sy ialah baru2 nih kejadian merompak sgt
berleluasa di kawasan beranang hingga ke lenggeng.kali ni perompak dlm bentuk
berkumpulan 8 org ramainya.
dgr cerita ade mngsa dibunuh dan dirogol.keadaan ni buat sy
sekeluarga ssh nak tido lena.suami pula keje kilang.kalau dia shift mlm
tinggallah sy, mak sy serta anak2 dan juga atok dirumah.
minta sgt jasa baik pihak berwajib bertindak sesuatu sebelum
nyawa org kg melayang lagi..
yang sgt trauma...sarah
Air mayat dalam bekalan air paip
Cuba bayangkan jika perkara ini berlaku di Selangor di mana air paip yang dibekalkan bukannya berlumpur tetapi adalah air mayat.
337 penghuni "minum air mayat" tuntut RM100 juta
TAWAU 20 Sept. 2012 - Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman
Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta
terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding
Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput
dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei
2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air
paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan
menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air
perumahan itu.
Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari
perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki
simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki
yang dicemari mayat hampir reput itu.
Perhatian kepada anggota Jabatan Amal N.Sembilan
JAMBORI AMAL MALAYSIA KE-16
Jambori AMAL Malaysia
ke-16 peringkat kebangsaan akan diadakan pada :
Tarikh : 5 ke 7 Oktober 2012 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Pantai Balok, Pahang
Penyertaan : Anggota Unit Amal berumur 18 tahun ke atas.
Setiap anggota ke jambori sila pastikan kelengkapan &
persiapan barang cukup dan selamat untuk digunakan.
Untuk pendaftaran nama dan keterangan lanjut sila hubungi
Pengarah Amal N.Sembilan Sdr. Izamri di 013-2124086 @ 010-8097879
Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com
20120923
Patut buat operasi banteras judi siber, bukan turun bendera
Sepatutnya MPS, MPN, PBT dan pemimpin
Umno buat operasi banteras judi siber, bukan buat operasi turun
bendera PAS, PKR dan DAP
AMK persoal lambakan judi siber
23 September 2012
SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan
(AMK) negeri mempertikai kredibiliti dan tanggungjawab polis dalam
usaha menangani masalah lambakan judi siber di negeri ini.
Ketuanya, Mohd Nazree Mohd Yunus
berkata, pihaknya mempunyai maklumat terdapat banyak premis judi
haram masih beroperasi dan ada yang bakal dibuka dalam tempoh masa
terdekat.
“Berdasarkan pemerhatian dan aduan
diterima, kita mendapati sebanyak 20 pusat judi siber haram
beroperasi di Seremban Jaya, di sini.
“Bagitu juga di Simpang Pertang,
Jelebu terdapat sembilan premis dan kita turut menerima maklumat
bahawa terdapat 12 premis akan dibuka dalam tempoh terdekat.
“Kawasan Bahau juga dijangka akan
berlaku penambahan premis judi haram yang mana sekarang sudah ada
empat premis beroperasi,” katanya kepada pemberita pada sidang
media di Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan, di sini, semalam.
Hadir sama, Exco AMK Pusat, Ramlan
Roes dan Exco AMK negeri, Sanjeevan.
Mohd Nazree berkata, lambakan premis
judi haram tersebut dikhuatiri akan merosakkan akhlak generasi muda
kini.
“Kita ingin persoalkan tanggungjawab
polis dalam menangani masalah ini kerana masih terdapat banyak premis
judi haram beroperasi.
“Saya percaya mungkin berlaku
kebocoran maklumat di peringkat bawahan sehingga polis gagal
menangani masalah ini. Namun, usaha giat perlu dilakukan segera agar
ia tidak menjadi barah,”katanya.
Sehubungan itu juga, katanya, AMK
sedia menjalin kerjasama dengan polis dalam menangani masalah
lambakan premis judi haram di negeri ini.
"Kita bersedia berkongsi maklumat
dengan polis. Kita sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Polis
Negeri, Datuk Osman Salleh pada Oktober ini, dengan niat untuk
membanteras masalah judi haram dan menyuarakan kebimbangan rakyat
terhadap gejala ini,” katanya.
DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.
Jika kita sayangkan Rasulullah saw dan
tidak suka Baginda saw dihina banyakkanlah hadir majlis ilmu,
memuliakan majlis ilmu dan menghormati para ulama
DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.
Oleh : al-Allamah al-Sheikh Samir
an-Nash (Ulama dari Syria)
Daurah pembacaan /periwayatan kitab
hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012
Tempat : Madrasah Islamiah (Pondok) Kg
Bongek Acheh, Rembau dan Pondok Tampin
OBJEKTIF DAURAH
Antara objektif majlis ini diadakan
adalah seperti berikut:
•Menghidupkan tradisi berhimpun
bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
•Menambah keperihatinan di kalangan
penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan
cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan
penuntut ilmu di negara ini masa kini.
•Meriwayatkan hadith-hadith
Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i
yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan
ijazah, wijadah dan sebagainya.
•Menghasilkan sanad periwayatan
hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat
yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan
menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu
ibadah di kalangan muhaddithin.
•Memberi peluang silaturrahmi di
kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar
negara.
JANGKAMASA MAJLIS
Kaedah periwayatan secara mutlak
(mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya
melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang
panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan
suatu kitab tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga
ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh kerana syarat periwayatan adalah
dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang
berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka
secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar
universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah,
guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.
Tentatif program daurah hadis 2012 (
tertakluk kepada pindaan)
SESI PERTAMA.
KITAB : SAHIH MUSLIM.
TEMPAT: MADRASAH ISLAMIAH (PONDOK TUAN
GURU HAJI IBRAHIM BONGEK).
Sabtu 10/11/2012 malam
1.Perasmian
2.Pertandingan Nasyid
3.Ceramah
Ahad 11/11/2012
Pengajian bermula
10 pagi - 1 petang
4.30 ptg – 6.30 ptg
8.30 mlm – 10.30 mlm
Isnin 12/10/2012
6.30 pg – 8.30 pg
11.30 pg – 1 ptg
4.30 ptg – 6.30 ptg
8 mlm – 10.30 mlm
dan seterusnya
TAMAT SAHIH MUSLIM PADA 19 /11/2012
Yuran Pendaftaran : RM200
Penginapan : Asrama disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan,
dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).
Makanan: Disediakan oleh penganjur.
SESI KEDUA
KITAB: TARMIZI.
TEMPAT: PONDOK TAMPIN.
TARIKH : 20/11/2012.
TARIKH TAMAT: 30/11/2012
Yuran penyertaan:
Penginapan : TIDAK disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan,
dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).
Makanan: TIDAK Disediakan oleh
penganjur / atau disediakn mengikut keadaan ala kadar termampu.
Syarat-syarat .
1. Berumur 17 tahun keatas.
2. Boleh menguasai bahasa arab atau
nahu sharaf.
3. Mempunyai asas-asas pengajian
Ilmu-ilmu Agama Islam.
4. Tiada masalah penyakit kronik atau
penyakit sosial.
5. Jumlah perserta adalah terhad.
Sebarang masalah sila hubungi urusetia.
Maklumat lanjut di
http://pondoktampin.blogspot.com
atau http://madrasahbongek.blogspot.com
Mana utama, turun bendera PR atau selesai masalah rakyat?
Mana lebih patut didahulukan oleh
Majlis Perbandaran Seremban serta Majlis Perbandaran Nilai,
selesaikan banyak masalah penduduk seperti di bawah ini atau
menurunkan bendera-bendera PAS, PKR dan DAP sekitar Seremban,
Senawang, Rasah serta Nilai?
Penduduk berang air kumbahan melimpah
dalam rumah
22 Sep 2012
Penduduk mendakwa masalah ini sudah
berlarutan sejak setahun yang lalu dan sejak enam bulan lepas keadaan
semakin tidak terkawal.
SENAWANG: Lapan keluarga dari Taman
Tuanku Najihah di sini berang apabila air kumbahan dari lubang tandas
di rumah mereka sering kali melimpah dan memenuhi kediaman mereka.
Penduduk mendakwa masalah ini sudah
berlarutan sejak setahun yang lalu dan sejak enam bulan lepas keadaan
semakin tidak terkawal.
N Sarojah, 58, seorang surirumah
berkata walaupun aduan pernah dibuat dengan Indah Water Konsortium
Sdn Bhd beberapa kali, tetapi masalah tersebut masih berlarutan.
“Memang ada pekerja dari Indah Water
datang dan menjalankan kerja berkaitan di saluran najis utama di luar
kawasan rumah, tetapi masalah limpahan air kumbahan dari lubang
tandas hanya selesai untuk seminggu dua sahaja, selepas itu air
kumbahan tetap melimpah dan membanjiri dapur saya. Keadaan menjadi
lebih teruk kalau hari hujan, kerana lagi cepat air kumbahan ini akan
melimpah.
“Bayangkan keadaan dapur rumah sudah
dipenuhi air najis. Bagaimana hendak bersihkan? Kerana tidak tahan
dengan masalah ini saya telah membelanjakan RM2,000 untuk meninggikan
paras lantai tandas rumah saya, untuk mengelakkan air ini melimpah
masuk ke dalam kawasan dapur,”, kata Saroja.
Tiong Fook Moi, 74, pula mengadu salah
satu saluran najis utama di taman perumahan itu yang hanya terketak
lebih kurang dua meter daripada rumah beliau sering melimpah.
“Ini membuatkan kami hidup dengan
keadaan yang tidak selesa kerana terpaksa menghidu bau busuk.
“Tidak kira hari hujan atau tidak,
air kumbahan dari saluran bawah tanah ini sering kali melimpah dan
mengeluarkan bau yang amat busuk,” ujar beliau.
Sementara itu Soo Tian Loo, 70, pula
mengadu masalah tembok longkang di hadapan rumah beliau yang runtuh
dan longkang tersebut menjadi sarang sampah sarap.
“Tembok ini sudah runtuh sejak enam
bulan yang lalu. Maka longkang ini turut tersumbat. Sampah sarap yang
dibawa di dalam longkang ini kini tersangkut di bahagian runtuh ini
dan menjadi sarang sampah sarap pula.
Ahli Dewan Undangan Negeri
DAP-Senawang, P Gunasekaran yang membawa rombongan wartawan meninjau
permasalahan dan mengatur pertemuan dengan penduduk setempat berkata,
beliau telah mengutarakan masalah yang dihadapi oleh penduduk kepada
Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Indah Water.
“Saya sudah lama menulis surat kepada
MPN dan Indah Water. Walaupun Indah Water ada menghantar pekerja
untuk membuat kerja penyelengaraan tetapi ia tetap tidak
menyelesaikan masalah air kumbahan melimpah.
“Saya meminta pihak Indah Water
menghantar pegawai mereka dan datang berjumpa dengan penduduk untuk
benar-benar memastikan apakah masalah di sini. Indah Water perlu
membuat sesuatu agar masalah limpahan air kumbahan ini tidak
membelenggu penduduk di sini.
“Sementara MPN pula harus menjalankan
kerja-kerja membaiki longkang dengan segera kerana masalah longkang
tersumbat ini boleh mengundang masalah pembiakan nyamuk Aedes pula.
Saya kesal MPN masih tidak mengambil serius masalah longkang sumbat
ini” katanya.
20120921
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 29 Sep 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD Chembong, Kg Mulia, Rembau (sebelah
Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato Tamrin Ghafar
~ Wan Aisyah Wan Ariffin
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Vincent Lee & Suryanarayanan, Dewan Himpunan Penyokong
PAS
Anjuran MTD PAS Chembong
Semua dijemput hadir
20120920
YDP MPS diberi tempoh seminggu jawab isu turun bendera
Ketua Pemuda PAS N.Sembilan memberi amaran akan menggerakkan semua pemuda Pakatan Rakyat membuat protes besar-besaran di hadapan pejabat Majlis Perbandaran Seremban sekiranya Yang Dipertua MPS tidak memberi alasan kukuh dalam tempoh seminggu kenapa MPS melakukan operasi menurunkan bendera dan kain rentang PAS, PKR dan DAP.
MPS president gets a week’s deadline
September 20, 2012
Pakatan Rakyat may stage a protest if MPS fails to explain
why its enforcement officers tore down only Pakatan flags.
SEREMBAN: Seremban Municipal Council (MPS) president, Abdul
Halim Abdul Latif, has been given a week to clarify his “no comment” on the
double standard of his enforcement officers.
His enforcement team recently pulled down Pakatan Rakyat
component parties’ flags and left Umno-BN flags untouched.
Negeri Sembilan PAS Youth chief, Mohd Khairil Anuar Wafa,
said if Abdul Halim fails to give an explanation, the opposition coalition may
organise a protest in front of the MPS building.
“We will give him a week and see what explanation he comes
up with on this matter. He must take responsibility for the unprofessional
conduct of his men.
“He is duty-bound to give a valid reason why we [Pakatan]
cannot put up flags but Umno and BN are allowed to do so,” said Mohd Khairil.
“If he remains silent, PAS Youth, together with PKR and DAP,
might organise a protest in front of the MPS building in Jalan Yam Tuan.”
Halim should contest in GE-13
Meanwhile, Seremban PKR deputy chief, Dr Mohamad Rafie Abdul
Malek, challenged Abdul Halim to resign immediately as MPS president and
contest in the general election.
“Abdul Halim must respond to all parties. His unwillingness
to comment and the fact his staff removed only PKR, PAS and DAP flags shows
he’s playing partisan politics.
“Government servants must be fair to all. He should resign
and get involved in Umno and perhaps contest in the general election,” said
Mohamad Rafie.
He also ticked off Negeri Sembilan Umno secretary, Hasim
Rusdi, for saying MPS not only brought down Pakatan component parties’ flags
but Umno and BN flags as well.
Rusdi made this claim in the Negeri Sembilan edition of
Sinar Harian Malay daily yesterday.
“I’ll say Hasim is an immature politician as his statement
is not based on facts. Umno and BN flags still remain and only Pakatan
component parties’ flags were brought down.
Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan
http://www.jkr.gov.my/tender/index.php
Semakan di laman web JKR menunjukkan setakat 13 September
2012 tender kerja-kerja bangunan hospital Rembau masih belum dikeluarkan. Yang
ada hanyalah kerja-kerja tanah. Sedangkan laporan akhbar pada 7 Mac 2008,
Mohamad Hasan berkata hospital Rembau akan dibina pada tahun tersebut (2008).
Juga laporan akhbar 29 Mac 2012 Menteri Kesihatan berkata tender kerja bangunan
akan dibuka pada hujung Mei 2012.
JANJI DITEPATI
HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU
7 MAC 2008
Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan
dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang
lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan
di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun
ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap
daerah..
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012
Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan
dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan
bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR)
sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka
pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja
bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini,".
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
PEMBINAAN
HOSPITAL REMBAU BERMULA
APRIL INI
25 JAN 2012
Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah
mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh
ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan
hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu
gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
TANAH
HOSPITAL REMBAU RM22
SEKAKI
15 MAC 2012
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian
dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah
pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila
kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS
ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi
kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22
sekaki.
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012
Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan
dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan
bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau
akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76
katil.
20120919
Prosedur bawa banduan oleh polis perlu dikaji
Prosedur membawa banduan terutama mereka yang dikaitkan dengan kes jenayah berat perlu dikaji semula. Dalam kes ini terdapat 3 anggota polis dalam satu kereta peronda bersama banduan tersebut. Ini bermakna wujud risiko, polis yang duduk di tempat duduk belakang kereta bersama banduan. Apakah perlu kereta peronda polis diletakkan penghadang besi dan kalis peluru antara tempat duduk hadapan dan belakang, serta tiada anggota polis duduk bersama banduan di tempat duduk belakang?
Kereta terbabas, banduan hilang
19 Sep 2012
KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara
atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota
polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas
dan merempuh belakang sebuah lori.
Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass
dekat Taman Dato Rashid di sini itu
menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya
melarikan diri.
Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis,
Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal
Abd. Rashid Ahmad, 51.
Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan
Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani
Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan
membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut
Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Mereka bertolak dari Ibu Pejabat
Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.
"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan
Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis
sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan.
Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu
kiri jalan menghala ke Kuantan.
"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak
melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman
berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini.
Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian
cuba
mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia
tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.
Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul
Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di
situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang
membawa banduan itu.
"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah
Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata
beliau.
Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula
banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato
Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.
Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman
penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.
20120918
Perkhidmatan Kumpulan Kompang
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan
perkhidmatan kumpulan kompang sekitar Seremban atau Senawang sila
hubungi Sdr Zairul 013-6000239
Jawatan Kosong Guru PASTI
PASTI Al-Ain di Pedas, Rembau memerlukan Guru atau Pembantu Guru (muslimah ahaja) untuk persediaan sesi pembelajaran tahun 2013.
Tempat tinggal dan makanan disediakan
Keutamaan kepada yang belum berkahwin
Mereka berminat untuk memohon, sila hubungi Pn Norwani
013-3851202 atau e-mel ke halwan9@yahoo.com
20120917
SIDANG AKHBAR ISU TURUN BENDERA PAKATAN RAKYAT
Susulan tindakan tidak adil dan berat
sebelah oleh para penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban yang
menurunkan bendera PAS dan PKR di kebanyakan tempat.
Tarikh sidang akhbar : 18 Sept 2012,
Selasa
Masa : 11 pagi
Tempat : Pejabat PAS N.Sembilan,
Betaria Business Park, Seremban
Bersama : Khairul Anuar Mohd Wafa,
Ketua Pemuda PAS N.Sembilan dan Dr Mohd Rafie, Timbalan Ketua Cabang
PKR Seremban
Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Faiz
016-2325689
Tembakan pistol oleh ADUN di N.Sembilan
ADUN mana yang berjawatan EXCO
N.Sembilan yang melepaskan tembakan ini? Ianya mengingatkan kita
kepada apa yang berlaku di Gemencheh pada ketika kehangatan
Pilihanraya Umum 1982 yang melibatkan Speaker DUN N.Sembilan dan
Menteri Kabinet juga dari N.Sembilan
Polis siasat ADUN lepaskan tembakan
17 September 2012 - Seremban: Polis
sedang menyiasat aduan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di
negeri ini yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di
Rasah Kemayan di sini, malam Jumaat lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 8
malam selepas beliau bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di
kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian
itu.
Semalam, Pengerusi DAP negeri ini,
Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan beliau mendapat
maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa
hari lalu.
SEREMBAN 16 Sept. - Polis sedang
menyiasat dakwaan seorang ahli politik yang melepaskan tembakan ke
arah seorang lelaki di Rasah Kemayan di sini kelmarin.
Kejadian itu dipercayai berlaku di
kediaman ahli politik berkenaan kira-kira pukul 8 malam.
Difahamkan ahli politik berkenaan
melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya
selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku
apabila ahli politik bergelar datuk itu baru pulang ke rumahnya dan
terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di rumahnya.
Negeri Umno exco in gun shot scandal
September 17, 2012
SEREMBAN: A Negeri Sembilan state exco
member is under police investigation for allegedly firing his pistol
at his home in Seremban on Thursday night.
It could not be ascertained if anyone
was injured as a result of his action but FMT learnt that the Umno
politician fired his weapon following a personal problem involving a
close relative.
The matter was revealed to the media
today (Sunday) by DAP’s MP for Rasah Anthony Loke who questioned
the delay of police action against the Umno exco man.
“I got to know that the exco member
fired a shot at his home. The police took swift action when
Opposition Leader Anwar Ibrahim’s bodyguard aimed his gun at
individuals who provoked by trying to stop the latter’s car in
Jasin last week.
Langgan:
Catatan (Atom)































