20120831
‘Kakitangan TNB’ periksa pendawaian curi duit raya
31 Ogos 2012
REMBAU: Lagak dua lelaki menyamar
kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membaiki sistem
pendawaian elektrik memperdayakan seorang warga emas sebelum suspek
mencuri wang milik mangsa di Kampung Nerambai, Lubok Cina, dekat
sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu,
Kamariah Derauh, 84, yang tinggal seorang diri didatangi dua lelaki
yang memakai uniform berwarna biru dan meminta membaiki sistem
pendawaian elektrik dalam rumahnya.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki
sesuatu yang buruk dan membenarkan kedua-dua lelaki itu memasuki
rumahnya untuk melihat lebih dekat meter elektrik di ruang tamu.
“Mereka meminta kad pengenalan untuk
menulis butiran diri saya sebagai rekod. Kemudian, seorang daripada
lelaki itu meminta saya menunjukkan meter elektrik manakala seorang
lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur
saya yang mana beg duit disimpan,” katanya ketika ditemui di
rumahnya, semalam.
Kamariah berkata, selepas selesai
memeriksa kira-kira 30 minit kedua-dua lelaki itu beredar sebelum dia
berasa tidak sedap hati lalu memeriksa beg duit yang diletakkan di
kabinet baju.
“Saya terkejut apabila mendapati duit
raya RM450 yang disimpan dalam beg duit lesap. Saya menghubungi polis
untuk memaklumkan kejadian,” katanya yang membuat laporan di Balai
Polis Kota.
Menurutnya, empat tahun lalu barang
kemasnya berjumlah RM6,000 dilarikan pencuri yang memecah masuk rumah
dan tidak menyangka kejadian sama berulang cuma kali ini hanya wang
tunai dicuri.
Duit raya warga emas dikebas
31 Ogos 2012
LUBUK CHINA – Seorang warga emas
tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti
kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah
penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat
sini, petang kelmarin.
Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh,
84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3
petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah
menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian
elektrik di kediamannya.
Menurutnya, dia kemudiannya membenarkan
dua lelaki berkenaan memasuki kediamannya untuk melihat dengan lebih
dekat meter elektrik yang terletak betul-betul di ruang tamu dan
telah diminta untuk mengambil kad pengenalan sebagai rekod bagi
tujuan baik pulih berkenaan.
“Selepas itu, salah seorang daripada
lelaki berkenaan meminta mak cik menunjukkan meter elektrik, manakala
seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat
tidur yang turut menempatkan beg duit.
“Dua lelaki berkenaan membuat kerja
dan pemeriksaan di rumah mak cik kira-kira setengah jam dan akhirnya
meminta diri untuk pulang setelah selesai memeriksa sistem pendawaian
elektrik,” katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat sini,
semalam.
Kamariah berkata, dia yang merasa tidak
sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju
dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang.
"Walaupun tidak diapa-apakan dua
lelaki berkenaan, mak cik terkilan kerana duit raya pemberian anak
dan cucu hilang begitu sahaja.
"Mak cik terus membuat laporan di
Balai Bolis Kota berhubung kejadian," katanya.
Walau bagaimanapun katanya, selepas
menunaikan solat maghrib, dia memeriksa beg tangan yang diletakkan di
atas katil yang tersimpan wang hasil jualan kelapa sawit berjumlah
RM450 dan mendapati ia turut hilang.
"Selepas ini mak cik akan lebih
berhati-hati memandangkan ini adalah kejadian kali kedua berlaku di
mana kali pertama barangan kemas bernilai RM6,000 hilang selepas
rumah makcik dipecah masuk beberapa tahun lalu," katanya.
Pertubuhan Peladang Selangor keluarkan balak Gunung Angsi
Susulan daripada lawatan ke jajaran
Gunung Angsi untuk melihat aktiviti pembalakan secara lebih dekat
didapati papantanda lesen pembalakan diberi kepada Pertubuhan
Peladang Negeri Selangor yang beralamat di Menara PPNS, Pusat
Dagangan UMNO, Shah Alam. Manakala Pengerusi Pertubuhan Peladang
Negeri Selangor ialah Dato' Hj. Zainal b. Dahalan yang merupakan AJK
Umno Sabak Bernam, pernah menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar pada 14 Disember 1999 , juga pernah menjadi Speaker
DUN Selangor dan Ahli Parlimen Sabak Bernam
Kontraktor yang dilantik untuk
melakukan aktiviti pembalakan pula ialah Deilek Putso Timber Trd,
dengan keluasan kawasan lesen seluas 445.5 hektar (1100.8
ekar).
Utusan Malaysia pada 13 Jun 2012 melaporkan Menteri Besar,
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu
bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau
koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat
pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.
''Kawasan itu sebenarnya yang telah
diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan
telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan
awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi
dari Selangor.
Rujukan :
20120830
Pencemaran Sg Linggi
Ahli Parlimen Telok Kemang menyusuri Sungai Linggi bagi
menyaksikan pencemaran yang semakin ketara.
Puasa 6 , boleh campur niat Qodha Ramdhan?
Petikan blog Tuan Guru Ustaz Abdul Raof dari Pondok Tampin
Soalan: Assalamualaikum Ustaz.
Bolehkah Niat qadha Ramdhan disekalikan dengan niat berpuasa 6?. Sahkah puasa
qadha tu?.
Jawab : Boleh dan Sah.
Nasnya: kitab Kasful Litham juzuk
1, muka surat
107, Bab Puasa Sunat.
(Far'un) Maka jika meqadha oleh
seorang itu bulan Ramdhan didalam bulan Syawwal maka sunat ia Qadha puasa
Syawwal itu pada bulan Zul Qa'dah . Dan jika diqashadkan pada Niat serta bulan
Ramdhan itu sunat Syawwal, masuk ia dengan ITTIFAQ . Dan jika ia Itlaq,
demikian jua masuk sertanya atas yang
dimuktamad oleh Sheikh Ramli.
Huraian dan Ringkasan:
1. Jika seseorang Qadha untuk puasa Ramdhan selama sebulan sepanjang bulan Syawwal, maka dia sunat pula
mengqadhakan puasa 6 Syawwal itu dibulan Zul Ka'dah , iaitu bulan yang
berikutnya selepas Syawwal.
2. Jika sesesorang mencampurkan
niat puasa untuk Qadha puasa Ramdhan
dengan Niat puasa 6 , maka harus dan puasanya itu sah menurut pendapat kedua
Sheikh iaitu : Sheikh Ibnu Hajar al Haitami dan Sheikh Romli. Maksudnya , puasa
tersebut boleh disekalikan dengan 2 niat, tanpa perlu diulang berpuasa lagi untuk puasa 6.
3. Sebaliknya , jika seseorang itu
mengitlaqkan ( iaitu tidak kaitkan ) niat Qadha puasa Ramdhannya dibulan
Syawwal dengan disertakan niat puasa 6 semasa berniat puasa, maka khilaf pendapat
antara Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli,
Jika menurut pendapat Sheikh Ramli
dalam kitab Nihayah, SAH. Iaitu sudah
termasuk Niat berpuasa 6 itu kedalam Puasa Qadha Ramdhan yang dibuat dalam
bulan Syawwal, sekalipun tidak disertakan niat
puasa 6 itu Maka tidak perlu lagi diulangi melakukan puasa 6 pula
selepas puasa Qadha Ramdhan tersebut.
Adapun menurut pendapat Sheikh
Ibnu Hajar, tidak boleh dianggap memadai puasa 6 tersebut dengan hanya niat
berpuasa Qadha jika tidak disertakan niat puasa 6. Maka
keadaan begitu menurut Ibnu Hajar, puasa 6 perlu di lakukan selepas
berpuasa qadha Ramdahan tersebut, kerana ketiadaan niat puasa 6 .
Harus untuk kita memilih salah
satu dari kedua pendapat Sheikh ini jika kita hanya berNiat Qadha sahaja.
Tetapi nampaknya pendapat Sheikh Ramli adalah lebih memudahkan dan ringan untuk
diikuti bagi mereka yang hanya berniat qadha dan terlupa pula berniat puasa 6.
Wallahu a'lam.
Bekalan air mentah N.Sembilan tercemar membahayakan rakyat
Laporan audit negara pada tahun 2009 dan 2010 telah mendedahkan beberapa kelemahan pengawasan di Sg Linggi yang menyebabkab pencemaran. Engineering Journal tahun 2011 mendedahkan Sg Linggi tercemar akibat dari pembuangan sisa kumbahan dan aktiviti pertanian.
Di Malaysia, paras konsentrasi Ammonia untuk bekalan air
domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Berapakah kandungan kadar Ammonia dan
apakah Kelas Indeks Kualiti Air Sg Linggi pada ketika ini? Sebagai rakyat di
Negeri Sembilan kita berhak tahu semua ini untuk menjaga kesihatan diri dan
keluarga kita.
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri
terhadap pengusaha ternakan, pengusaha ladang, industri, perlombongan pasir yang
beroperasi di sepanjang Sg Linggi jika didapati mereka melanggar peraturan
Jabatan Alam Sekitar?
Laporan Audit 2009 dan 2010 boleh didapati di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html
dan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/10/laporan-audit-negara-2010-untuk.html
AIR MENTAH TERLEBIH CEMAR PUNCA GANGGUAN BEKALAN
SEREMBAN 29 Ogos 2012 - Gangguan kualiti air yang dilaporkan
di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca
daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri
Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar
kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut
meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.
"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut
menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air
Sungai Linggi terjejas.
"Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara
punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan
terbabit," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan
kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk
mengurangkan kadar iron dan manganese.
Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan hydrated lime,
mengaktifkan pengedosan activated carbon bagi mengurangkan bau serta
menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap.
Azlan berkata, pihaknya telah dan sedang melaksanakan
pencucian paip scouring dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.
"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air
mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya.
Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap
pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air,
terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada
berulang. — BERNAMA
Engineering Journal, Vol 15, No 4 (2011)
Study on Water Quality Parameters
of Linggi and Melaka Rivers Catchments in Malaysia
To sum up, it should be highlighted that TSS and NH3-N are
the primary causes for water quality impairment in Linggi catchment.
Agricultural and farming are the leading non-point sources
of water quality impacts in both watersheds.
Agricultural and farming are the leading non-point sources
of water quality impacts in both watersheds. Non-point water pollution by
agricultural activities is mainly from leaching or run-off of fertilizers used
in the oil palm and rubber plantations nearby the watersheds. The primary
sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from urban areas
including septic tanks, sewage treatment plants and untreated sullage
discharges.
The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater
discharges from urban areas, including septic tanks, sewage treatment plants
and untreated sullage discharges. Based on the overall outcomes from this
study, it is suggested that TSS and NH3-N are cited as the leading causes of
impairment/violations in both rivers and top sources of impairment included
agricultural activities, hydrologic modifications (such as dredging, water
diversions and channelization) and sewages.
Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian
pendapat ahli ikhtisas.
Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan
kepada lima
kelas iaitu;
Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa
Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya
tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
Kelas 4 - sedikit tercemar *
Kelas 5 - sangat tercemar *
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk
dan berwarna hitam.
Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk
utama kepada kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar
dan industri serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi
akan mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan
hidupan akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air
semulajadi mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia,
paras konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang
daripada 0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah
ialah 1 mg/l.
Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Sedimen
merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan
dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah
pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma
mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal
Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik
mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard
interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan
berekreasi.
20120829
Harga getah jatuh merudum, penoreh ikat perut.
Bagaimanakah keadaan para penoreh kita di Negeri Sembilan pula?
Baling, 29 Ogos 2012 : Seorang penoreh getah dari Kampung
Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara
ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh
merudum.
Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70
sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.
Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat
perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan
2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.
"Saya cabar media massa
di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk.
Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh
tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN)
bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga
pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang
getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para
penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.
Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang
menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara
golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan
BN.
Tidak dinafikan tambah beliau, dulu terdapat kakitangan
kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh
semata-mata mahukan pendapatan lebih.
"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan
menoreh di sebelah pagi manakala bagi
mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah
petang.
Malaysia dah jadi pekan koboi angkara jenayah meningkat
29 Ogos 2012 , KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka.
Mereka yang merupakan peniaga alat ganti kenderaan di Jalan
Selingsing di sini terpaksa berbuat demikian berikutan peningkatan kes jenayah
samun bersenjata di kawasan itu sejak dua bulan lalu yang adakalanya sampai
empat kes dalam sehari.
Tinjauan Kosmo! mendapati setiap peniaga berada dalam
keadaan berwaspada dan akan melihat ke luar pintu kaca dan jeriji premis
perniagaan setiap kali mereka ternampak kelibat orang yang lalu di hadapan
kedai mereka.
Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lau,
40, berkata, dia kini terpaksa menjalankan perniagaan dengan mengunci pintu
jeriji kerana masih trauma dengan kejadian disamun pada 26 Jun lalu.
“Kedai saya diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang
kira-kira pukul 5.30 petang dua bulan lalu ketika saya hendak menutup kedai.
“Mereka langsung tidak takut walaupun kegiatan jenayah itu
dilakukan pada siang hari malah mereka menyamun tiga buah lagi kedai lain
selepas berjaya melarikan RM6,000 dari kedai saya,” katanya ketika ditemui Kosmo!
di sini semalam.
Jelasnya, keadaan jenayah di kawasan itu sangat teruk
berbanding dua tahun lalu.
“Jika sebelum ini hanya jenayah ragut dilaporkan berlaku
namun kini penjenayah berani menyamun premis perniagaan,” ujarnya.
Menurutnya, bukan sahaja golongan peniaga, malah pekerja di
kawasan tersebut turut disamun dan diragut ketika mereka pergi dan pulang
daripada bekerja.
“Perniagaan saya terjejas teruk apabila saya nekad berniaga
dengan keadaan pintu kedai berkunci bagi mengelakkan disamun buat kali kedua.
“Jumlah pelanggan pula semakin kurang kerana siapa yang mahu
membeli barang dari kedai yang berkunci kerana mereka perlu memilih dan melihat
barangan yang diperlukan,” ujarnya.
Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang
yang terletak kira-kira 4.1 kilometer dari taman itu pada hari kejadian.
Seorang lagi peniaga alat ganti jentera berat, Ng Chee Heng,
40, berkata, dia terpaksa berniaga dengan mengunci pintu kaca kedainya demi
keselamatan.
20120828
Doa sebagai usaha cegah jenayah
Memandangkan kadar jenayah yang semakin membimbangkan, sebagai umat Islam disamping kita berusaha, kita hendaklah banyak memohon doa.
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: “Sesiapa
membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS
SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan
berbahaya sesuatu yang ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa
musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak
akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (HR Ahmad no 497)
MALANG
BERTIMPA
28 Ogos 2012 - “Ia bagaikan 15 minit paling malang dalam hidup saya.
Saya bukan saja ditikam dan kereta dilarikan, malah tiga lelaki yang menawarkan
diri untuk membantu sebenarnya mahu menyamun, menyebabkan saya nekad terjun
semasa kereta bergerak,” kata mangsa samun, M Kamal, 30, semalam.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi Sabtu
lalu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura sebelum singgah di
sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini.
Katanya, ketika mahu mengisi petrol pada Proton Waja
miliknya, seorang lelaki berjaket hitam menghampiri dan bertanya sama ada dia
berasal dari Melaka, memandangkan keretanya menggunakan nombor pendaftaran
negeri itu.
Selepas menjawab dia adalah penduduk Johor, katanya, dia cuba memasuki
kereta kerana bimbangkan keselamatannya.
Bukan 7, 12 tetapi Jengka 10, 11 dan 16 juga tiada air
Harakahdaily, 27 Ogos 2012
JENGKA: Masalah ketiadaan air di Jengka 7 dan 12 pada hari
raya baru-baru ini juga berlaku di Jengka 10, 11 dan 16.
Demikian beritahu seorang pembaca Harakahdaily melalui
emailnya hari ini.
Beliau memberikan maklum balas itu hasil laporan
Harakahdaily hari ini berdasarkan laporan khas yang dibuat oleh sebuah akhbar
harian.
Dalam laporan itu, Sinar Harian melaporkan, penduduk Jengka
7 dan 12 sentiasa sahaja menghadapi masalah ketiadaan air pada setiap sambutan
hari raya.
"Ini berlaku semenjak kami mula menetap di Felda tahun
70an," kata Khairi Muzakir
dalam emailnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, "kerajaan yang ada buat tak tahu
je."
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, penduduk beberapa
kawasan di Temerloh termasuk taman perumahan juga menghadapi masalah ketiadaan
bekalan air bersih.
Ia bukan sahaja berlaku semasa hari raya bahkan pada
hari-hari lain juga.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin
Yasin berkata, masalah air di Kelantan akan diselesaikan jika BN memerintah
negeri itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga berkata, ia akan
menyelesaikan masalah air di Kelantan jika BN diberikan mandat.
Sehubungan itu, ramai antara mangsa masalah air di Pahang
ini meminta Najib menyelesaikan masalah air di Pahang ini sebelum sibuk
memperkatakan masalah di negeri lain yang mempunyai masalah sendiri.
Ini kerana, Pahang dikatakan mempunyai sumber air yang
banyak iaitu Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia itu.
Pihak BN pula sedang melobi agar kerajaan negeri Selangor
meluluskan projek Langat 2, iaitu projek penyaluran air sungai Pahang ke
Selangor melalui terowong dan sungai buatan manusia.
Namun kerajaan negeri Selangor tidak berapa bersetuju kerana
ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Jika dilaksanakan, kerajaan negeri yakin, tarif air akan
dinaikkan di Selangor dan bakal membebankan rakyat.
20120827
Ceramah Umum 29 Ogos 2012 di Johol
CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Ng Sue Lim - ADUN Sekinchan
Adly Zahari - Pesuruhjaya PAS Melaka
Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N9
Tarikh : 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PR, Simpang Ulu Yoh, Air Mawang, Johol,
N.Sembilan
Berhati-hati apabila mengeluarkan wang dari mesin ATM
Berhati-hati apabila mengeluarkan wang dari mesin ATM,
terutama di waktu malam atau awal pagi serta di tempat yang sunyi dan tersorok.
27 Ogos 2012 , KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan saja
dipaksa memberi kata laluan kad mesin juruwang automatik (ATM), malah turut
dipukul sehingga pengsan oleh tiga lelaki sebelum wangnya RM3,000 dilarikan
dalam kejadian samun di sebuah bank di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.
Dalam kejadian jam 8.10 malam, Jumaat lalu itu, mangsa yang
berusia 32 tahun baru keluar dari bank terbabit terkejut apabila didatangi tiga
lelaki yang terus memukul kepalanya dan memaksanya masuk ke dalam kereta Proton
Wira.
Menurut sumber, di dalam kenderaan itu, mangsa dibelasah
sebelum diminta menyerahkan kata laluan kad ATM.
20120826
Judi Musuh No 1 umat Islam dan bangsa Melayu
Akhbar sudah mula memainkan peranan
betapa judi ketika ini menjadi barah yang semakin hilang kawalan di
kalangan umat Islam khususnya orang Melayu. Pemimpin negara, pihak
berkuasa bila lagi hendak bertindak secara terancang dan bersepadu
agar memenuhi pencapaian NKRA yang telah ditetapkan, sekiranya ada?
Akhbar berbahasa Melayu juga , haruslah reti bahasa dengan tidak
menyiarkan lagi iklan keputusan judi dan apa-apa yang berkaitan
dengannya.
Ketagih selepas menang RM300
25 Ogos 2012 - “SAYA mula bermain
judi roulette sejak awal tahun lalu selepas mengikut rakan ke pusat
siber. Pada mulanya saya ingat dia mahu saya menemaninya melayari
Internet. Bagaimanapun, saya terkejut sebaik melangkah masuk ke kafe
siber itu kerana di dalamnya memang ada komputer tetapi semuanya
untuk tujuan berjudi dengan menawarkan permainan berlainan. Rakan
mengesyorkan saya mencuba judi roulette dan percubaan pertama
menyebabkan saya habis RM50. Tidak puas hati, saya kembali ke pusat
siber itu keesokannya dan bertuah apabila menang lebih RM300 dengan
hanya bermodalkan RM30.
Melayu gila judi ‘on-line’
25 Ogos 2012 - Sebelum 2009, majoriti
tahi judi gilakan ‘mesin kuda’ yang menawarkan pertaruhan meneka
urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap
perlumbaan. Semua enam kuda bernombor dan berlari hanya ilustrasi
grafik di atas skrin komputer. Bagaimanapun, keuntungan diraih jika
menang dikatakan kurang lumayan. Cita rasa kini berubah, begitu juga
teknologi. Kini perjudian ‘on-line’ pilihan mereka, terutama
Melayu.
Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak
elak terjebak pertaruhan siber
25 Ogos 2012 - “Kebanyakan pusat judi
siber menawarkan pertaruhan serendah RM1. Jadi remaja terbabit
berjudi secara kecil-kecilan antara RM5 hingga RM10. “Walaupun ada
ketikanya mereka menang, kekerapan itu terlalu sedikit dan tanpa
sedar, mereka sudah berbelanja ribuan ringgit,” katanya.
Mercun bola harus dikategori sebagai bahan senjata api
Mercun bola adalah umpama bom atau
jerangkap samar sepertimana yang berlaku di Afghanistan dimana pihak
musuh telah menaburkan pelbagai jerangkap samar dalam bentuk mainan
yang menyebabkan kanak-kanak di sana cedera parah atau terbunuh.
Mercun bola adalah amat merbahaya kerana ianya dibalut dengan plastik
keras yang bertindak sebagai serpihan bom (sharpnel) yang boleh
menembus mata, kulit dan daging apabila meletup.
Pada pandangan saya mercun bola ini
harus dikategorikan sebagai bahan senjata api dan diletak di bawah
Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa
hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam
sebatan agar sesiapa sahaja yang memiliki, mengedar atau menjual
mercun bola akan dikenakan hukuman yang berat.
Budak hilang dua jari
25 Ogos 2012
SUNGAI PETANI - Keinginan seorang budak
lelaki untuk bermain mercun membawa padah apabila dua jari kirinya
terpaksa dipotong akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian
di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini Rabu lalu.
Kejadian pada pukul 5 petang itu
berlaku ketika Wan Muhammad Anas Amar Rosyam, 10, menyalakan api pada
sumbu sebiji mercun bola yang ditemui tidak jauh dari rumah sebelum
ia meletup di tangan.
Menurut Moh Rosyam Hanafiah, 39, ketika
kejadian, dia menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah jiran dan
dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk perumahan terbabit.
"Saya terus bergegas pulang ke
rumah dan melihat muka anak sulung saya berlumuran darah manakala
beberapa jari tangan kiri hancur," katanya ketika ditemui di
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.
20120825
Judi Monyet Ceria mengancam akidah dan keluarga muslim
Nampaknya tidak ada usaha bersepadu
yang benar-benar dapat membanteras aktiviti judi di kalangan umat
Islam, khususnya judi siber. Serbuan ke atas pusat judi tanpa
tindakan susulan berlandaskan syariat Islam, khidmat nasihat,
kaunseling, rawatan ketagihan judi dan sebagainya mengakibatkan pusat
judi ini akan semakin rancak selepas diserbu umpama memotong atau
membakar lalang. Lalang hilang sementara, tapi hidup semula dengan
lebih subur.
Mereka yang ketagihan judi ketika ini
bukanlah mereka yang menganggur, malah mereka yang sudah berkeluarga
dengan anak yang ramai, para pelajar sekolah hinggakan ke warga emas
yang menunggu panggilan kubur.
‘Monyet Ceria’ bawa bencana
25 Ogos 2012
KUALA LUMPUR: Permainan judi mesin slot
‘Funky Monkey’ atau lebih dikenali sebagai ‘Monyet Ceria’
kini antara yang menjadi kegilaan kebanyakan kaki judi di sekitar ibu
kota untuk bertaruh bagi memenangi wang tekaan.
Berselindung di sebalik kafe siber dan
pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini
mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada
pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.
Tinjauan di beberapa pusat siber di
Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu
menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1,
mereka layak memenangi sehingga RM800.
Bukan hanya dikunjungi pelanggan
dewasa, malah permainan terbabit turut disukai pelajar dan remaja
yang terjebak gejala sosial itu selepas diajak rakan.
Wartawan yang memasuki pusat judi di
Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit
dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk
dipertaruh.
Selain Funky Monkey antara menjadi
pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House,
Magic Scots dan Real Classic.
Melalui perbualan bersama penjaga
premis judi di Kepong, difahamkan pemilik perniagaan itu meraih
hampir ratusan ribu ringgit sehari selepas pusat judi terbabit
dikunjungi ramai pelanggan.
“Sekarang ini, ramai bertaruh Funky
Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit
boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak,
puluhan ribu boleh menang,” katanya.
Funky Monkey adalah permainan judi
memerlukan setiap barisan slot menyamai urutan objek dikehendaki
antaranya 1Bar, 2Bar, 3Bar, objek pisang, cermin mata, kelapa muda,
pokok dan gendang.
Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua
gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan
seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya
menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.
Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir,
52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat
judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.
“Kalau diikutkan bermain judi
komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar
meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau
sekali,” katanya.
Pak Kadir ketika ditemui di sebuah
premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah
berbanding menang.
Penjenayah semakin kreatif dan inovatif mencari mangsa
Bagaimana suri rumah, warga emas hendak
membezakan antara polis sebenar dengan polis palsu, staf TNB sebenar
dengan staf TNB palsu, pegawai JKM sebenar dan pegawai JKM palsu?
Penjenayah di negara kita semakin hari semakin kreatif dan inovatif,
sedangkan usaha pencegahan jenayah oleh semua pihak masih di takuk
lama.
‘Staf TNB’ kelar tangan suri rumah
25 Ogos 2012
JOHOR BAHRU: “Ketika kami berbual
termasuk menyiasat aduan kerosakan meter elektrik di rumah, tiba-tiba
seorang daripada dua lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga
Nasional Berhad (TNB) mengugut dan meminta saya menyerahkan semua
barang kemas.
“Apabila saya menjerit meminta
tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar
pergelangan tangan saya berulang kali,” kata suri rumah dikenali
sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya
di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.
Ibu tiga anak itu berkata, kejadian
berlaku jam 4 petang apabila dia bersama anak perempuan sulungnya
berusia belasan tahun berada di rumah, manakala suaminya keluar
bekerja. Dua lagi anaknya berada di rumah saudara di kawasan
berhampiran.
Menurutnya, ketika itu, dia didatangi
dua lelaki memakai seragam TNB dan berpura-pura mahu memeriksa meter
serta bil elektrik rumahnya.
Katanya, secara kebetulan suaminya
membuat aduan kepada TNB berkaitan masalah pada meter elektrik.
Katanya, sebaik masuk dalam rumah, dia
terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba mengugut mahu mencederakannya
sekiranya tidak menyerahkan barang kemas.
Terkejut dengan permintaan lelaki
terbabit, katanya, dia menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu
bertindak agresif dengan mengelar pergelangan tangan kanannya.
“Melihat kejadian itu, anak perempuan saya lari ke tingkat atas dan
mengunci pintu sementara saya melarikan diri dengan keluar dari rumah
dan menjerit meminta bantuan jiran.
“Dua lelaki itu yang cemas melarikan
diri,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Regency
di Masai di sini, sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai di
sini, petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis
Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abd Hamid mengesahkan
kejadian itu.
“Kami masih menyiasat kejadian itu
dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik kumpulan
penjenayah. “Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai
boleh menghubungi TNB bagi mendapatkan kepastian sebelum membenarkan
pemeriksaan meter di rumah mereka,” katanya ketika dihubungi,
semalam.
20120824
Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Bersama Anak Rembau di Perantauan
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta
pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila
hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690
CERAMAH UMUM
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta
pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
20120822
Judi perosak akidah umat Islam, pemusnah bangsa Melayu
Judi berlesen, judi tidak berlesen,
judi online adalah merupakan perosak akidah umat Islam serta pemusnah
perpaduan keluarga Melayu pada ketika ini. Walaupun operasi demi
operasi dilakukan oleh pihak berkuasa, namun ia tumbuh semula bagai
cendawan. Semua pihak harus memainkan peranan, akhbar berbahasa
Melayu harus menghentikan iklan keputusan judi. Lebih banyak
kaunseling dan khidmat nasihat percuma harus disediakan untuk kaki
judi yang ingin meninggalkan ketagihan judi.
Pinjam bank untuk judi
22 Ogos 2012
SHAH ALAM: “Saya hanya fikir nak
bunuh diri saja,” kata Hashim, 48, (bukan nama sebenar) yang kini
mengalami tekanan hidup selepas berhutang hampir RM160,000 termasuk
dengan along selepas ketagih bermain judi dengan mesin slot sejak dua
tahun lalu.
Hashim ketika ditemui berkata, dia mula
ketagih dengan aktiviti itu selepas mengikut beberapa rakannya
sebelum mula menghabiskan masa di pusat perjudian haram di sekitar
Kuala Lumpur, Damansara, Cheras dan Kuala Selangor.
Malah, bapa kepada seorang anak ini
pernah menghabiskan RM8,000 sehari dengan bermain mesin slot.
“Judi ini memang ‘berhantu’. Kita
akan terus main selagi tak menang. Bila kalah nak menang, bila menang
pula, nak menang lagi banyak,” katanya.
Ancaman keselamatan negara pada ketika ini
Penjenayah adalah merupakan ancaman
utama keselamatan negara pada ketika ini. Warga asing sekarang ini
tidak takut-takut lagi melakukan jenayah serta mengancam keselamatan
negara. Semua pihak harus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap
pengancam keselamatan negara kita Malaysia di alaf baru ini, bukan
hanya mendendangkan pengancam keselamatan negara di alaf atau dekad
yang lampau.
Awang Hitam baling 'bom'
22 Ogos 2012
KUALA LUMPUR: “Ketika itu, saya dan
lima rakan hendak melintas jalan sebelum seorang lelaki warga Afrika
tiba-tiba membaling beg plastik hitam mengandungi molotov koktel ke
arah kami,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Shirlie.
Wanita berusia 27 tahun itu cedera
kedua-dua kakinya selepas molotov koktel dilempar lelaki itu meletup
di hadapannya di Jalan Tun Razak, di sini, jam 5 petang kelmarin.
Shirlie berkata, ketika kejadian dia
bersama lima rakannya ingin ke restoran bertentangan dengan Menara
Icon di selepas menghadiri satu persembahan hiburan.
Menurutnya, ketika itu mereka nampak
seorang lelaki Afrika memegang bungkusan makanan di tangannya yang
berjalan di belakang mereka dan pakaian suspek yang kemas membuatkan
mereka tidak mengesyaki apa-apa.
“Ketika melintas jalan, tiba-tiba
lelaki itu berlari ke arah kami dari arah belakang dan membaling
bungkusan berkenaan sebelum ia meletup di depan saya.
“Kemudian, lelaki itu yang juga
cedera pada kaki melarikan diri ke dalam hotel berdekatan,”
katanya.
Menurutnya, akibat jalan itu sunyi
tiada sesiapa menyaksikan kejadian berkenaan dan mereka juga tidak
mampu mengejar suspek.
Katanya, akibat kejadian itu, dia
cedera di kedua-dua kakinya manakala dua lagi rakannya terkena kaca
di lengan kanan mereka.
“Saya yang tidak mampu berjalan
terpaksa dipapah rakan menaiki teksi sebelum kami mendapatkan rawatan
di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Selepas itu saya membuat laporan di
Pondok Polis HKL untuk tindakan lanjut,” katanya.
Nyaris maut ditembak
22 Ogos 2012
IPOH: Seorang anggota polis nyaris maut
apabila ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penjenayah yang
cuba merompak seorang ahli perniagaan di kawasan industri IGB,
Kampung Tawas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, satu
das tembakan dilepaskan terhadap anggota terbabit, tetapi tersasar
sebelum tiga penjenayah lelaki termasuk seorang wanita melarikan diri
menaiki Proton Waja.
Timbalan Ketua Polis Daerah,
Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, kejadian berlaku ketika
anggota polis itu cuba membantu mangsa wanita berusia 39 tahun yang
dirompak kumpulan penjenayah.
Menurutnya, kejadian berlaku sejurus
ahli perniagaan itu selesai mengutip wang sewa lori dari pemiutang di
kawasan industri itu.
“Seorang anggota polis yang kebetulan
berada di restoran itu dikatakan cuba menangkap seorang penjenayah.
“Bagaimanapun, suspek mengeluarkan
sepucuk pistol dan melepaskan tembakan bagi menghalang anggota polis
terbabit,” katanya.
20120821
Pesawat Pengebom Amerika terhempas di Rembau
Mungkin ramai antara kita, khususnya
orang Negeri Sembilan tidak mengetahui sejarah bahawa sebuah pesawat
pengebom Amerika Syarikat jenis B-29 telah terhempas di Kg. Astana
Raja, Rembau pada 11 Januari 1945 selepas melakukan misi pengeboman
ke atas pangkalan laut tentera Jepun di Singapura. Beberapa tentera
Amerika telah terselamat apabila terjun menggunakan payung terjun
dari pesawat tersebut.
Orang-orang kampung antaranya Ujang bin
Mat Seh, Ibrahim bin Wahab, Talif bin Ali, Sudin bin Sidek, Karim
serta dibantu oleh orang Cina dan India dari sekitar Astana Raja,
Semerbok, Kendong dan Kota telah menyelamatkan tentera Amerika dari
buruan tentera Jepun dengan menyerahkan tentera Amerika ini kepada
gerila komunis pada ketika itu yang berada di sekitar Rembau.
Bagaimana pun, dua orang tentera
Amerika telah berjaya ditangkap oleh tentera Jepun hasil maklumat
dari seorang anggota polis berbangsa Melayu.
Menarik bukan sejarah di Rembau ini,
kita harapkan pihak kerajaan negeri khususnya pihak Lembaga Muzium
Negeri Sembilan dapat menjejak kembali tapak pesawat ini terhempas
serta keturunan mereka yang telah menyelamatkan tentera Amerika ini
samada terdiri dari orang kampung mahu pun gerila komunis.
Rujukan di bawah ini :
In 1998, an American visited Malaysia
with his father diary and he contacted one of our team members Mr
Sager Ahmad and told that his father bailed out from a B-29 bomber in
Negeri Sembilan during World War 2. Mr. Sager met the son of the
aircrew from the famous B-29 bomber ‘Postville Express’ which
crashed in Rembau and they visited the crash site together.
Mr.Shaharom later took some pictures to put it in our website, Malaya
Historical Group
B-29 42-24704 which was the third
aircraft in the formation, managed to avoid the flaming wreckages to
carry out their mission. The Japanese subsequently salvaged and
developed the film from a camera taken from a B-29’s wreckage and
one of the photos developed showed “Postville Express” flying
alongside the doomed B-29. The US Army Air Corp lost 14 B-29 bombers
in that mission.
On the fateful day of 11 January 1945,
the ‘Postville Express’ (the aircraft was named "Postville
Express" after the pilot’s hometown of Postville, Iowa) was
overhead their target –The Singapore Naval Dry Dock facilities at
8:54 am. After dropped their bombs, accurate and heavy anti-aircraft
shells from the ground and a floating anti-aircraft platform (the
badly damaged Japanese cruiser Myoko) filled the sky. The Japanese
fighters which included Zero, Frank, Oscar, Tony and others flew in
like swarm of angry hornets from their nest, pumping bullets and
cannon shells into the B-29 bombers, some even dropped aerial bombs
on the B-29 formation. While the pilot Major Humprey tried to help
Col Billing, suddenly the wing gave away and snapped, flipped the
B-29 on its right side and tossing them about in the nose cabin. Maj
Humprey cannot recall how he managed to get out from the spinning
wreckage but he landed safely on Rembau, after opened his parachute
at about 4000 feet.
20120820
Kerajaan tidak menyokong penerbitan filem sejarah?
Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan
Hari Malaysia 16 September nanti , kita harapkan kementerian
berkaitan menyokong penuh filem sejarah di bawah ini yang hampir
dilupakan oleh generasi masa kini.
Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011 : Berita Harian
Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu
lampu hijau dapatkan dana
WALAUPUN kerja pra-produksi bagi
pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem
terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat
dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu
keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas
cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil
lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka
belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS).
Jika tiada kata putus, filem
bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau,
sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan
askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih
tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik
Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan
Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta
Sarawak.
“Ikut perancangan asal jika
penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat
menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari
Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah ‘lari’
jauh,” katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat
mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak
melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi
pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit
hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
Kami mahu generasi masa kini mengetahui
semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak
bangsa dari perspektif sebenar. “Sekurang-kurangnya geran ini juga
menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini
apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga
sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan
direalisasikan,” katanya.
20120819
Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air
oleh : Aspan Alilan
19 Ogos 2012 - Pagi tadi saya
menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya
pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di
Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya
tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya
sudah tiada di dunia ini.
Saya juga menziarahi bapa saudara saya
di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara
di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa
beliau di hari dan bulan yang baik ini.
Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu
hingga sekarang dikampung saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali
ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air
dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya
itu.
Tetapi nyata harapan saya itu tidak
kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air
sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus
sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor,
Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di
Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu
lama tidak diperbesarkan?
Saya terdengar Menteri Besar NS pernah
berkata yang NS tidak mempunyai masalah untuk menjual air ke
Selangor, tetapi beliau (MBNS) tidak menyedari yang NS sudah
menghadapi krisis air ini semasa perayaan seperti ini sudah
berlarutan begitu lama. Elok Mohammad selesaikan kes kekurangan air
di NS ini dahulu sebelum hendak menjual air kepada mana-mana pihak.
Oleh kerana masalah keputusan air
dikampung asal saya itu maka saya kembali ke rumah saya di Selangor
yang masih mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Saya
cadangkan agar Jawatankuasa Khas, tentang isu air yang dipengerusikan
oleh TS Muhy agar memasukkan isu air di NS sebagai agenda dalam
mesyuarat J/K itu kerana isu keputusan bekalan air di Kuala Pilah
merupakan isu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.
Hari ini adalah pengalaman biasa setiap
tahun yang saya hadapi dikampung saya itu, maka saya terpaksa kembali
ke Subang Jaya di dalam negeri Selangor yang mempunyai bekalan air
bersih yang masih tidak terganggu itu.
Saya baru sahaja mandi manda dengan
selesa di sebuah negeri yang di isukan bekalan air bersih oleh pihak
yang berkepentingan politik itu.
20120818
Bertelagah ketika menyamun
Saban hari ada saja kes samun pecah
rumah. Saya diberitakan di Kg Daching, Lenggeng terdapat 3 kes samun
pecah rumah sebelum waktu sahur beberapa hari lepas. Salah seorang
mangsa menurut ceritanya ialah bilal Masjid Kg Daching, dimana
perompak tersebut turut melarikan duit kutipan zakat yang diuruskan
oleh bilal tersebut.
Perompak tolong balut luka mangsa
18/08/2012
Rembau: Seorang warga emas menerima 29
jahitan di muka selepas dilibas dengan besi paip oleh perompak yang
memecah masuk rumahnya di Kampung Anak Air Kundur di sini, pagi
semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Ismail
Yunus, 65, dipercayai diserang ketika sedang tidur di ruang tamu
bersama anaknya, Mohd Izuan, 31.
Mohd Izuan berkata, dia tertidur di
ruang tamu bersama bapanya selepas menghantar pakaian untuknya dan
ibu tirinya, Jainon Jais, 55, sebaik pulang dari solat Tarawih. “Saya
hanya tersedar apabila dikejutkan seorang daripada lima perompak yang
secara tiba-tiba melibas besi paip ke muka bapa menyebabkan rakan
lain memarahinya.
“Semua perompak menutup muka dengan
kain dan berdasarkan loghat mereka, saya yakin mereka bukan warga
tempatan. Bagaimanapun, mereka membantu membalut luka ayah.
“Mereka kemudian melarikan diri
dengan kereta Perodua Alza milik saya. Saya tidak berani melawan
kerana mereka membawa kayu, parang dan batang besi,” katanya ketika
ditemui di rumahnya di Tama Desa Permai, Pedas di sini, semalam.
Diikat guna selimut
Mohd Izuan berkata, walaupun dia dan
ibu tirinya tidak diapa-apakan dalam kejadian itu, tetapi mereka
sekeluarga diikat menggunakan selimut sebelum berjaya melepaskan diri
dan mendapatkan pertolongan orang ramai.
Mangsa mendakwa kehilangan tiga telefon
bimbit, pakaian raya yang dibeli untuk bapanya dan sejumlah wang
tunai dalam kejadian itu.
Penjenayah dipercayai memasuki rumah
itu melalui tingkap depan rumah yang diumpil dan dipecahkan.
“Ibu dan bapa trauma sehingga tidak
sanggup tinggal di rumah itu lagi kerana bimbang kejadian sama
berulang. Aidilfitri yang akan berlangsung esok pasti menjadi hambar
bagi kami sekeluarga,” katanya yang sepatutnya pulang beraya ke
rumah isterinya di Pahang.
Bertelagah ketika menyamun
18 Ogos 2012
REMBAU – Tindakan seorang perompak
memukul kepala mangsa dengan batang paip besi menyebabkan dia
dimarahi salah seorang daripada empat ahli kumpulan yang lain dalam
kejadian samun di Kampung Anak Air Kundur, di sini, awal pagi
semalam.
Rakan perompak berkenaan memarahinya
kerana tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan itu, malah salah
seorang ahli kumpulan sempat beristighfar apabila melihat mangsa
samun berkenaan cedera.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu,
sekumpulan lima perompak bertindak memecah masuk rumah didiami
seorang pesara tentera, Ismail Yunus, 65. di kampung berkenaan.
Ismail berkata, ketika kejadian, dia
bersama anak lelakinya tidur di ruang tamu rumah, sementara isteri
Ismail, Jainon Jais, 55, tidur dalam bilik.
Menurutnya, dia terpinga-pinga apabila
dikejutkan dari tidur oleh lima perompak terbabit.
"Berdasarakan dielek percakapan,
perompak itu merupakan warga asing. Kumpulan perompak itu menutup
sebahagian muka saya dan anak saya dengan kain itu, namun saya tidak
sedar perompak itu mengarahkan kami diam.
“Saya bertanya 'kenapa?', menyebabkan
mereka terkejut dan secara tiba-tiba salah seorang daripada perompak
berkenaan memukul kepala saya dengan batang besi paip sehingga darah
bercucuran membasahi baju saya," katanya.
Katanya, tindakan perompak itu
menyebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan memarahi tindakannya
itu.
"Dengan keras, dia mengingatkan
rakannya bahawa tujuan datang ke rumah adalah untuk merompak dan
bukan membunuh orang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di satu
lagi kediamannya di Desa Permai Pedas, di sini, semalam.
Menurut Ismail, dia turut melihat salah
seorang perompak beristighfar kerana tidak setuju dengan tindakan
meluru rakannya itu.
Perompak bantu hentikan darah
ANAK lelaki Ismail, Mohd Izzuan Ismail,
31, menceritakan, selepas ayahnya dipukul, salah seorang perompak
sempat membantu menghentikan pendarahan di kepala ayahnya dengan
mengikat menggunakan kain pelikat.
"Ketika itu, selimut yang
digunakan menutup muka saya terjatuh dan nampak perompak berkenaan
bersungguh-sungguh mengikat kepala ayah saya.
“Selepas itu, perompak berkenaan
dengan pantas menutup kembali muka saya dan mengarahkan kami diam.
Masa itu, saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan ayah yang
cedera di kepala," katanya.
Izzuan berkata, kira-kira 3.45 pagi,
perompak berkenaan melarikan diri sebelum dia bersama ayah dan ibu
tirinya itu berjaya melepaskan ikatan.
"Disebabkan semua telefon bimbit
dilarikan perompak itu, kami bergegas keluar dari rumah menahan
kenderaan orang awam untuk mendapatkan bantuan," katanya.
Izzuan yang merupakan kakitangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berkata, dia tidak menyangka gerak
hati datang ke rumah ayahnya dan mengambil keputusan untuk bermalam
akibat keletihan, membantu mengurangkan
keresahan ayahnya yang mungkin panik
jika berhadapan situasi berkenaan berseorangan.
"Malam tadi (kelmarin), saya
tergerak datang ke rumah ibu tiri saya untuk menghantar sehelai baju
kemeja dan kain pelikat baru, sebagai hadiah hari raya.
“Biasanya saya tidur lewat, namun
selepas solat Terawih sekitar 10 malam, saya mengantuk menyebabkan
saya ambil keputusan untuk tidur bersama ayah," katanya.
Katanya, dia tidak sedar ketika
perompak berkenaan masuk ke rumah menerusi tingkap yang dipotong
besinya dan beberapa kepingan cermin dikeluarkan.
"Sebelum perompak melarikan diri,
mereka meminta kunci kereta saya menyebabkan saya terpaksa
menyerahkan kunci berkenaan kerana bimbang diapa-apakan,"
katanya yang kehilangan kereta jenis Perodua Alza biru bernombor
pendaftaran NCP 2558.
Hanya ambil wang RM50
SEMENTARA itu, Jainon berkata, buat
masa ini barangan yang dikesan hilang adalah wang tunai kira-kira
RM50, tiga telefon bimbit milik mereka tiga beranak, baju raya Ismail
yang baru dibeli anak tirinya itu, serta kereta milik
Izzuan.“Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri kami tidak dilarikan
perompak.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah
Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan insiden
berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah
Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal,
perompak berkenaan memecah masuk rumah dengan bersenjatakan parang,
kayu dan batang besi paip yang digunakan memukul kepala mangsa.
“Mangsa dikejarkan dengan ambulans
bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja'afar, beberapa jam
selepas kejadian," katanya.
Akibat pukulan berkenaan, Ismail
menerima 29 jahitan di kepala.
Empat konstabel polis ditahan kerana merogol
Pendekatan Islam dengan peningkatan
iman harus diperhebatkan di kalangan anggota keselamatan kita agar
ianya sebagai aspirasi sebenar ciri-ciri anggota keselamatan dalam
sebuah negara Islam.
4 polis durjana
18 Ogos 2012
SEREMBAN: Harapkan pagar, pagar makan
padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat
konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa
merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah
rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.
Turut diberkas, seorang lagi rakan
serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.
Difahamkan, remaja terbabit berkenalan
dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian
rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber
berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang
ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri,
Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai
salah laku anggotanya itu.
Empat konstabel polis ditahan kerana
merogol
18 Ogos 2012
SEREMBAN – Lima lelaki termasuk empat
polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang
remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.
Kesemua mereka dikatakan mengenali
antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara
bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.
Menurut sumber, wanita berusia 19
tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua
hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke
rumah.
Katanya, selepas berkenalan dengan
lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara
bergilir-gilir.
“Empat lelaki berusia 20 hingga 28
tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian
seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini,
semalam.
Menurut sumber, selepas lima hari
kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis
Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam.
“Bertindak atas laporan itu,
kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis
tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di
sekitar Port Dickson, hari yang sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri,
Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan.
“Semua anggota polis berkenaan kini
ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari
segenap aspek," katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak akan
berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang.
Langgan:
Catatan (Atom)






























