20120731

Sarjan Hassan berasal dari Negeri Sembilan

Tahukah kita semua filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.

Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia.

Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Kisah sepenuhnya mengenai Sarjan Hassan di http://www.nagarinantuo.com/?p=1520#more-1520

Selamat Menyambut Hari Pahlawan

REMAJA RAIKAN RAMADHAN


JADUAL IFTAR JAMAIE

JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN

Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 1 OGOS 2012 / 12 RAMADHAN 1433 ( RABU)
Tempat : Markas MTD Labu, Lot 7772, Bt 16 1/2 , Jln Nilai-Salak/Sepang
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : Ustaz Hadi 019-6627374

Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 5 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN

Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 10 OGOS 2012 / 21 RAMADHAN 1433 (JUMAAT)
Tempat : Teratak Amal. Kg Sg Layang, Rembau
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA

Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

20120730

Kerja mengganti bumbung SMKA Pedas

Sesiapa yang mengetahui status terkini projek di bawah ini harap dapat maklum perkembangannya. Kerana dikhabarkan sebelum ini , projek ini masih belum berjalan dan telah mendatangkan kesulitan kepada para pelajar.

Tajuk Projek : Cadangan Kerja-Kerja Mengganti Bumbung Bangunan Asrama Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Bin Haji Sail, Daerah Rembau, NSDK.
Tarikh Iklan : 01/03/2012
Tarikh ditutup : 06/04/2012

Pembeli rumah desak pemaju selesaikan masalah CF

30 Julai 2012

Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

SENAWANG – Suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri dua minggu lagi mungkin suram kepada pembeli rumah Taman Tuanku Jaafar (Fasa 3), Senawang, apabila hasrat mereka untuk mendiami rumah baru masih tidak kesampaian apabila pemaju masih gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF).

Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Walaubagaimanapun sehingga kini, belum ada sebarang berita gembira buat pembeli rumah terbabit.

“Kalau ikutkan perjanjian kami dapat menduduki rumah ini selepas dua tahun. Adalah menjadi hasrat saya untuk menyambut bulan Ramadhan dan Aidil Fitri tahun ini di rumah baru ini.

“Anak saya juga mahu berkahwin dan menjadi impian saya untuk adakan majlis perkahwinan anak saya di rumah baru ini, tetapi semua impian saya ini sudah terbantut kerana rumah tidak boleh didiami tanpa CF.

“Saya ada hubungi pemaju beberapa kali dan bertanya status rumah ini, tetapi pemaju meminta saya bersabar”, kata Abu Bakar Ujang yang berusia 59 tahun.

Zurina Maxtar, 34 pula membuat keputusan drastik dengan menduduki rumah ini sejak sebulan yang lalu walaupun rumah ini masih belum memiliki CF.

`Tinggal di rumah sewa’

“Saya terpaksa mengambil keputusan ini kerana tidak mampu lagi menanggung kos perbelanjaan hidup yang tinggi dan perlu membayar sewa rumah lain.

“Saya tiada pilihan lain kerana gaji saya sudah dipotong untuk bayar ansuran rumah. Pada masa yang sama saya dan suami terpaksa membayar duit sewa rumah jika terus tinggal di rumah sewa.

“Kami sudah putus asa dan oleh sebab itu kami mengambil keputusan nekad untuk berpindah ke rumah baru ini walaupun rumah ini belum mempunyai bekalan air dan CF”, jelas Zurina.

Mehrad Sulaiman, 41, berharap ada pihak yang dapat campur tangan menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sekian lama.

“Kami bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini”.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) berkata beliau difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan CF kepada pemaju kerana ada masalah lereng bukit yang pemaju perlu selesaikan terlebih dahulu di lorong 7 hingga 10.

“Walaubagaimanapun pemaju pula berkata lereng bukit yang bermasalah (hakisan tanah) itu berada di luar kawasan perumahan yang mereka bangunkan.

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan dan pemaju dapat duduk berbincang dan selesaikan masalah ini dengan segera demi kepentingan pembeli rumah.

“Rata-rata pembeli rumah yang menemui saya menghadapi kesukaran kewangan apabila terpaksa membayar pinjaman perumahan kepada pihak bank dan pada masa yang sama terpaksa juga membayar sewa rumah kerana masih tinggal di rumah sewa sementara rumah baru ini boleh diduduki”, kata Mohd Taufek.

Sesuaikah Hospital Rembau dibina di kawasan industri?

Jika kita lalu kawasan projek Hospital Rembau di Chembong pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi dengan tingkap kereta dibuka, selalunya kita akan dapat menghidu bau busuk yang dikhabarkan datangnya dari kilang memproses ayam atau kilang lain yang berhampiran yang melepaskan air terawat ke parit atau sungai berhampiran.

Untuk pengetahuan, projek hospital Rembau ini didirikan atas tanah industri yang dikelilingi oleh beberapa kilang. Apakah Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas kilang-kilang berhampiran untuk mempastikan semua kilang sekitar Hospital Rembau ini akan mematuhi peraturan pelepasan asap, pelepasan air terawat, pembuangan bahan buangan dan sebagainya?

Sudah pasti penduduk di kampung dan taman perumahan berasa sangsi akan tahap pematuhan kilang-kilang di sini memandangkan sesiapa sahaja yang lalu jalan utama Seremban-Tampin akan pasti terbau bau yang amat kurang menyenangkan apabila lalu di kawasan ini pada waktu-waktu tertentu, terutamanya pada waktu pagi.

BAU BUSUK GANGGU PENDUDUK

REMBAU 12 Julai 2012 - Penduduk di Kg Merbau Sembilan dekat sini mendakwa sebuah kilang memproses ayam yang beroperasi sejak enam tahun lalu membawa pelbagai masalah khususnya dari segi pencemaran bau yang turut menjejaskan kesihatan mereka.

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong. enteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini.

SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.

BERITA HARIAN 15 Mac 2012 -Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.

Nota :
1 ekar = 43,560 kaki persegi
1 hektar = 2.47105 ekar
1 hektar = 107639.104 kaki persegi



20120729

Bendera PAS dikoyakkan

Lagi provokasi mengoyakkan bendera PAS di kawasan Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan

20120728

Lusuh: Mutu wang kertas baru dipersoal

Harakahdaily, 28 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Demikian ulasan di dalam blog http://greenboc.blogspot.com

Berikut adalah ulasan penuh.

Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.

Sementara itu, komen yang diberikan pada blog itu berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak terutamanya penjual kuih muih.
Satu lagi komen ialah mengenai duit syiling baru.

“Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!” tulis pelayar blog tersebut.

20120727

Pengawal keselamatan anjur piket aman selepas gagal capai kata sepakat

27 Julai 2012

SEREMBAN – Tindakan sebuah syarikat pengawal keselamatan yang didakwa mengabaikan kebajikan menyebabkan 20 pekerjanya mengadakan piket aman, semalam.

Kesemua mereka yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di sebuah kilang elektronik di sini mendakwa kecewa apabila syarikat terbabit membuat pemotongan elaun pekerja sebanyak 10 peratus tanpa sebarang alasan kukuh.

Wakil pekerja, Ishak Saodah, 51, berkata, beberapa perbincangan sudah diadakan antara pekerja dan syarikat, malangnya sehingga kini, belum ada satu kata putus yang memuaskan hati pekerja.

“Syarikat dilihat mengenepikan kebajikan apabila membuat pemotongan elaun pekerja sesuka hati tanpa dimaklumkan.

“Malah, tuntutan kerja lebih masa juga tidak dibayar sejak beberapa tahun lalu sehingga kami sudah tidak boleh sabar lagi," katanya.

Paling mengecewakan, katanya, syarikat turut memberi kata dua kepada pekerja yang tidak berpuas hati supaya berhenti dari berkhidmat di syarikat terbabit.

"Tindakan itu jelas menunjukkan syarikat mahu lepas tangan dan langsung tidak pedulikan kebajikan dan hak pekerja yang sudah berkhidmat lama dengan mereka.

“Siapa yang boleh sabar, bayangkan dalam tempoh setahun elaun kami yang sudah dipotong mencecah RM2,500 selain tuntutan elaun lebih masa tidak dilayan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Ishak berkata, mereka tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan, bagaimanapun mereka tidak boleh bersabar lagi kerana tiada pihak sama ada wakil syarikat dan kilang tampil mahu menyelesaikan masalah dihadapi secara serius.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati wakil kilang cuba mahu berunding dengan pekerja dan meminta untuk berbincang.

Bagaimanapun, pekerja terbabit yang pada awalnya berkeras, akhirnya akur sebelum masing-masing bersurai dan meneruskan kerja seperti biasa.

20120726

KHIDMAT PERUBATAN DARUSYIFA

KHIDMAT PERUBATAN DARUSYIFA
Hari : Setiap Rabu (sepanjang Ramadhan)
Masa : 2.30 ptg – 6.00 ptg
Tempat : Markas MTD Labu, Lot 7772, Bt 16 1/2 , Jln Nilai-Salak/Sepang
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374 , Ustaz Ghani 012-6761187

KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK

KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
Bersama : Dr Khairuddin dan Dr Azrul
Tarikh : 28 Julai 2012, Sabtu
Masa : 8.30 pg – 11.30 pg
(Yuran : RM 10 seorang bagi setiap sesi)

Penyertaan :
PAS kawasan-3 ahli, Dewan Pemuda PAS kawasan-3 ahli dan Dewan Muslimat PAS kawasan-3 ahli.
Tempat : Dewan D’Ark ( Siri 1) , Gedung Lalang ( 3 Siri berikutnya )

Rujukan :
1. Us. Sofi 019-4766747
2. Us. Hadi 019-6627374
3. Us. Ghani 012-6761187

JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M


JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN

Kawasan : SEREMBAN
Tarikh & Hari : 28 JULAI 2012 / 08 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : PASTI WILDAN / AMPANGAN
Hadir Wakil Perhubungan : Hj. Anuar (Timb. PJ2) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan,Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : PELANCARAN MADRASAH RAMADHAN OLEH TN HJ MOHAMAD SABU

Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 1 OGOS 2012 / 12 RAMADHAN 1433 ( JUMAAT )
Tempat : Markas MTD Labu, Lot 7772, Bt 16 1/2 , Jln Nilai-Salak/Sepang
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 4 OGOS 2012 / 15 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : DUN CHEMBONG @ DUN KOTA
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 5 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN

Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA

Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat

85 peratus orang kita berpuasa, tapi tak solat

Marilah kita sama-sama ingat mengingati mereka yang alpa untuk kebaikan kita bersama.

***********
Puasa Tapi Tak Solat

Amalan puasa orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat.

Pakar motivasi, Halim Din, berkata 80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat kerana berasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan.

Sedangkan katanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaan solat mereka.

Untuk melihat ibadah lain, Allah akan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat. Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanya dapat lapar dan dahaga saja, katanya pada majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).

UiTM Nilai akan dibina, janji bina UiTM Rembau belum ditepati

UiTM Raub, Nilai dibina

25 Julai 2012 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Raub, Pahang dan Institut Latihan UiTM Nilai di Negeri Sembilan.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, kedua-dua projek pembangunan itu adalah kesinambungan agenda negara untuk menambah pengambilan pelajar daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015.

Katanya, projek tersebut adalah yang ketiga dan keempat daripada enam projek fasa dua pembangunan kampus UiTM di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) menerusi Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10).


Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau
31 Jan 2008

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

20120725

Jerat tidak pernah melupakan pelanduk

Penjenayah semakin kreatif serta inovatif nampaknya untuk mencari mangsa. Pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Hanya kepada Allah tempat kita mohon perlindungan dan pertolongan.

Menyamar suami isteri, samun guru
25 Julai 2012

SEREMBAN – Dua penjenayah sanggup menyamar sebagai suami isteri yang mahu menghantar anak ke sebuah Tabika Perpaduan di Mantin, di sini semalam, sebelum bertindak menyamun dua guru wanita membabitkan RM37,000.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, suspek wanita datang ke tabika berkenaan dan bertanyakan prosedur penghantaran anak kepada kedua-dua guru terbabit sebelum memanggil pasangannya yang menunggu di luar.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kedua-dua suspek yang memakai helmet penuh serta bersenjatakan parang kemudian menyerbu masuk dan mengugut dua guru berkenaan supaya menyerahkan barang berharga.

“Bimbang dicederakan, guru berkenaan kemudian menyerahkan barangan kemas, dua telefon bimbit bernilai lebih RM500.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mencederakan kanak-kanak yang berada di dalam tabika itu dan kebetulan dua guru berkenaan berada di pejabat mereka,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak meminta kunci kereta jenis Perodua Myvi milik salah seorang guru yang berada di luar kawasan tabika itu. 

“Kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan kereta berkenaan dan meninggalkan motosikal jenis Honda di tabika berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal kita mendapati, motosikal berkenaan dicuri di Klang dan siasatan sedang dilakukan untuk memburu suspek,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta jenis Toyota Camry milik seorang guru dilarikan enam lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Taman Desa Indah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa berusia 30-an didatangi sebuah kereta jenis Toyota Estima dinaiki enam lelaki berhenti di hadapan rumah sejurus pulang dari bekerja.

“Tiga daripada suspek kemudian bertindak mengugut mangsa supaya menyerahkan semua barangan berharga seperti komputer riba, barang kemas, broadband, dan telefon bimbit.

“Suspek turut bertindak melarikan kereta Toyota Camry mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM117 000,” katanya.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

“Kita sedang mengesan kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Iftar dan Ceramah


Sudah 4 bulan jambatan runtuh belum dibaiki

Dikhabarkan sebuah jambatan di Kg Sekolah Lama, Batu 8, Labu, Negeri Sembilan telah runtuh dilanda banjir besar sejak 4 bulan yang lalu masih belum dibaiki. Sebahagian penduduk yang terputus hubungan dengan dunia luar terpaksa mengunakan lintasan keretapi untuk ke pekan. Kalau adapun jalan alternatif, jaraknya 2 km dari jalan sedia ada.


6 kampung terputus hubungan
9 April 2012

LABU – “Kami tiada cara lain, selain melintas landasan keretapi,” kata Ropiah Omar, 54, penduduk asal Kampung Batu 8, di sini.

Biarpun menyedari tindakannya boleh mengundang bahaya, namun mereka tidak ada pilihan lain selain terpaksa menyabung nyawa untuk ke pekan atau ke tempat kerja,

Semuanya kerana jambatan dan jalan menghubungkan enam buah kampung ke jalan utama runtuh akibat kejadian banjir, Selasa lalu sehingga menjejaskan hampir 1,000 penduduk.

“Kami ingin persoalkan berkenaan kualiti projek infrastruktur di kampung ini dilihat tidak memenuhi piawaian sepatutnya.

“Bagaimana jambatan yang dibina mempunyai kualiti yang amat teruk apabila mudah mendap dan rosak,” katanya.


TAZKIRAH RAMADHAN

Tarikh : 28 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Senama Tengah, Rembau (rumah cikgu Zul)
Bersama : Ustaz Nasarudin Tantawi, Dr. Rosli Yaakop, Sdr Nazree Yunus dan Sdr Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)

Semua dijemput hadir

Jawatan Kosong Guru Agama

Tawaran sebagai guru agama (tetap) untuk sebuah syarikat pelancongan dan pengurusan umrah di Tampin, Negeri Sembilan. Berminat sila hubungi Ustaz Ghani di 012-6761187.

Tarikh tutup permohonan pada 6 Ogos 2012

20120724

Polis pukul orang awam di Seremban bukan kes pertama

Kes polis amuk di sebuah hotel di Seremban tempoh hari mengejutkan semua pihak. Namun ini bukan kali pertama aksi polis memukul orang awam di rakam. Dikhabarkan sebelum ini 5 orang anggota polis telah memukul pekerja kedai telefon bimbit di Sikamat, Seremban.


Sidang akhbar kes ini dilaporkan di http://www.kwongwah.com.my/news/2011/11/02/120.html

Seorang pegawai polis sepatutnya melindungi orang awam, bukan memukul atas dasar anda mempunyai kuasa. Sekalipun diprovokasi, anda perlu bersikap profesional. Sebelum kejadian ini berlaku, juga telah ada satu lagi insiden membabitkan anggota polis di mana 5 orang anggota polis telah memukul pekerja kedai telefon bimbit di Sikamat, Seremban, negeri Sembilan. Sumber http://facebookaans.blogspot.com/2012/07/video-polis-pukul-orang-awam-disebabkan.html

Lagi kes culik, rompak wanita di tempat letak kereta

Farra Suhanna 25 tahun, dilaporkan telah diculik di tempat letak kereta di Kuala Lumpur oleh 3 orang lelaki yang memandu BMW. Farra kemudian ditinggalkan di Templer Park. Kereta Kia Forte beliau dengan beberapa barangan lain termasuk cincin pertunangan telah dilarikan oleh penculik tersebut. 

Woman executive abducted and robbed
NST 23 July 2012

KUALA LUMPUR: A young female executive became the latest victim of shopping mall attacks after she was abducted in front of Publika, Solaris Dutamas, near here, on Friday.

Sentul police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan said police are investigating the case and would meet the mall management to discuss boosting security in the area.

The 25-year-old victim was attacked by three men who got out of a white BMW as she parked her Kia Forte, and alighted to go for a snack at 11pm.

She endured a terrifying experience as two of the men, armed with a knife, forced her back into her car and drove her to Templer's Park in Rawang before leaving her there.

When contacted yesterday, the victim, who wished to be known only as Farra Suhanna, said as she parked her car in front of the BMW, two men got out, crossed to her car and forced her into the front passenger seat.

"One got into the driver's seat while the other got into the rear seat. and we drove off, behind the BMW.

"I pleaded with them to let me go but they refused. They told me they would release me later.

"There were many cars around us and I tried to shout for help but the windows were shut.

"After a while, they blindfolded me with my shawl and later left me at a secluded area near the park.

"They then drove off with my car and belongings, including my engagement ring."

Farra Suhanna later sought help from the nearby village and a police team took her to Rawang police station where she lodged a report.

Sentul police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan said they were investigating the case and would meet the mall management to discuss boosting security in the area.

"We will find ways to step up security," he said.

This is the fifth case involving patrons being attacked and robbed at shopping complexes in the past two months.

20120723

Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Luar Negara

Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, QAS Management (M) Sdn Bhd  telah berjaya menempatkan pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam pengajian perubatan di negara-negara seperti Indonesia, Mesir & Russia.

Kesemua universiti tersebut telah diiktiraf oleh JPA dan Malaysian Medical Council (MMC).

Ramai pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM berlumba-lumba mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di IPTA.Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA 4.00.

Pada Tahun 2011, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi mendapat CGPA 4.00 sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung 1200 tempat sahaja.

Bagaimana pula dengan yang mendapat CGPA 3.0 ? Persaingan yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS tempatan yang mana kos pengajiannya pula ada yang  mencecah hampir RM 400,000

KENAPA MESIR?
1. Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu dimana ramai pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan agama Islam di universiti Al-Azhar
2. Rakyat Mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu dan sahabat mereka
3. Kos sara hidup yang rendah,iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia .RM0.5 =1L.E (sila semak matawang semasa)
4. Yuran pengajian adalah TERMURAH jika dibanding dengan Universiti di Malaysia , Indonesia  dan Russia
 5. Majoriti Masyarakat Mesir adalah Muslim , budaya ,mendapatkan makanan halal dan menjalankan aktivit ibadah tidak menjadi sebarang masalah kepada pelajar Malaysia
6. Rakyat Malaysia di Mesir seramai sehingga 2011 adalah lebih kurang 9500 orang.
7. Program Perubatan,Pergigian dan farmasi hanya dibuka untuk golongan Bumiputra Muslim sahaja
8. MARA, JPA juga menghantar pelajar tajaan mereka ke Universiti di Mesir.

SYARAT KELAYAKAN
• BUMIPUTRA MUSLIM
• Dengan mendapat B dalam semua subjek BIOLOGI, FIZIK, KIMIA, MATEMATIK MODEN & MATEMATIK TAMBAHAN dalam SPM

Untuk pertanyaan serta maklumat lanjut sila hubungi :
QAS Management (M) Sdn Bhd
14-2, Jalan USJ 9/5R,Subang Business Centre,
47620, Subang jaya, Selangor Darul Ehsan.
Talian Bebas Toll   1-800-888-727

019-332 6583 (Zaini) , 019-939 9360 (Norizah) , 019-727 2362 (Anwar)

Laman web : www.qas.com.my
Pengiktirafan JPA  : http://pengiktirafan.jpa.gov.my

Kenapa tempat ke IPTA berkurangan, kesian pelajar kita

Satu fakta yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang. Pada tahun 2011 seramai 41,267 orang layak memasuki IPTA. Akan tetapi pada tahun 2012 ianya berkurangan kepada hanya 38,549 orang sahaja. Kenapa? Ke mana 24,918 lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi ini hendak pergi? Ke IPTS dengan bantuan PTPTN yang kosnya jauh lebih mahal dari IPTA? Sepatutnya semakin tahun semakin banyak peluang ditawarkan ke IPTA, bukan ke IPTS.

Julai 17, 2012 - Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama berkurangan pada tahun ini.

Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama.

"Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan tempat di 20 IPTA," katanya lagi.


20 Ogos 2012 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012

MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC)
Tema: ‘Saudara Baru Saudara Kita’
Tarikh : 4 Ogos 2012/ 15 Ramadhan 1433 H , SABTU
Masa : 5.30 petang – 9.30 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan

Jualan Kerusi: RM 100 (biasa), RM500 (VIP)

Hubungi: 012-3725283 (Hj Wahid), 019-3855169 (Hj Hisam) , 019-257-5486 (Hj Asri Loke )

Hidup ibu tinggal lebih susah dari ibu tunggal

Ada kalanya nasib ibu tinggal lebih perit dibandingkan dengan nasib ibu tunggal. Ada kalanya nasib anak-anak yang ditinggalkan bapa lebih perit berbanding dengan nasib anak-anak yatim. Semoga Ramadhan ini kita menyeimbangkan sumbangan kepada ibu tinggal dan ibu tunggal, juga anak yang ditinggalkan dengan anak yatim.

Si cilik sara keluarga
Harian Metro 23 Julai 2012

JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.

Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ sejak lima tahun lalu.

JPA lengah naik gred guru. Janji Ditepati?

Semoga janji kepada guru di bawah ini dapat ditepati. Janji perlu ditunaikan dan perlu ditepati pada masa yang telah ditetapkan.

JPA lengah naik gred guru
Berita Harian 23 Julai 2012

Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu.

Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit.

Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.

Menangani Isu Saudara Baru – Idea Lapok Perlu Diubah

Satu pandangan yang baik dari laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengenai pengurusan saudara baru ketika ini yang perlu diperkemaskan. Hanya saudara baru yang lebih memahami masalah saudara baru.

Menangani Isu Saudara Baru – Idea Lapok Perlu Diubah
22 Julai 2012

1. Masyarakat perlu serius dalam menjalankan usaha mendidik mereka yang memeluk agama Islam  . Mereka yang memeluk agama Islam dalam sesuatu tempoh hendaklah melalui pemantauan berterusan tentang  amalan atau praktisnya sebagai orang Islam.

2. Sekadar kita membiarkan mereka mengucap dan memiliki kad akuan pengislaman tidak mencukupi. Mereka perlu belajar mengenai ilmu agama dan menjalani praktis secara serius. Oleh itu kita perlu mewujudkan mekanisme pendidikan untuk mereka, sesuatu yang mudah dan fleksibel. Kita hendaklah mentadbirurus saudara baru untuk mempraktikkan amalan agama secara bersungguh-sungguh.

3. Kalau dalam soal-soal dunia kita begitu prihatin untuk menubuhkan atau memperkenalkan akta tertentu bagi mewajibkan mereka melalui atau menjalani ataupun mengikuti kursus dalam tempoh tertentu, apa salahnya kalau mereka yang memeluk agama Islam diwajibkan melalui kursus seperti PLKN selama 3 ke 6 bulan bagi memantapkan akidah dan kefahaman mereka.

4. Melalui cara ini, kita dalam memberi pendedahan tentang agama Islam adalah sebuah agama yang sempurna dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia daripada sebelum lahir hingga ke liang lahad dan selepas itu.

5. Pada waktu ini, kaedah kursus bulanan ataupun mingguan yang digunapakai tidak begitu berjaya untuk melahirkan saudara baru yang mantap pegangan akidah terutama dalam menempuhi suasana kehidupan yang mencabar. Persekitaran hidup mereka yang penuh dengan cabaran, memiliki kepercayaan yang lemah mengakibatkan mereka hanyut apabila berhadapan dengan ahli keluarga ataupun masyarakat asal mereka.

6. Kajian hendaklah dilakukan terhadap kaedah dan tatacara yang menjadi amalan kini yang dipraktis untuk memperoleh data mengenai sejauhmana program, latihan dan kursus yang dijalankan berjaya membentuk komuniti saudara baru dalam mencapai KPI kita.

7. Pengurusan saudara baru tidak boleh berhenti setakat mendaftarkan mereka, memberikan kad akuan Islam dan selanjutnya memberikan bantuan-bantuan kewangan dan makanan ( belaian fizikal ) tanpa mempedulikan praktis mereka. Terdapat saudara baru yang sudah lebih 5 tahun memeluk Islam tetapi masih tidak tahu membaca fatehah. Kita faham bahawa kalau inilah kualiti diri mereka sehingga tidak mengerti untuk membaca fatehah, sudah pasti amalan solat waktu lebih membimbangkan. Tetapi kalau kita lihat kekerapan permohonan dan kelulusan bantuan, golongan ini berada pada paras yang tinggi.

8. Kita berhemah tinggi dengan meluluskan bantuan dan menyelesaikan keperluan mereka. Usaha kita menyebabkan masalah fizikal mereka selesai tetapi kita tetap gagal untuk mengasuh dan mendidik. Kebanyakan yang kita temui merasakan bahawa dengan mengagihkan zakat dapat menyelesaikan kemelut sosial, soal kehidupan mahupun kemurtadan tetapi duit habis diagihkan tetapi masalah tetap tidak selesai.

9. Ada pihak berpendapat bahawa kita perlu jinakkan mereka dengan berhemah, berhikmah dan berlembut. Hasilnya ialah kita diperkotak-katikkan. Hukum dilanggar sesuka hati. Nasihat tidak diendahkan.Hubungan yang tidak baik antara pegawai dengan pegawai dan antara pegawai dengan NGO menyebabkan saudara baru ini mengambil peranan memanipulasi dan melaga-lagakan mereka. Akhirnya tercetus situasi yang menyedihkan – kedengaran kata-kata dan ungkapan-ungkapan termasuk ugutan-ugutan yang tidak profesional. Semua pihak termasuk saya suka kepada pujian. Hati kita pula tidak sanggup menerima kritikan. Telinga kita pula suka mendengar keburukan orang. Akhirnya kita layan orang yang suka memburukkan pesaing kita menyebabkan masalah tidak dapat diselesaikan, masalah tinggal masalah dan berkubur tanpa batu nesan kemudian muncul balik secara berkala.

10. Kita mesti berhentikan kaedah ini dengan merapatkan hubungan dan silaturrahim antara kita. Malangnya sudah lebih 10 tahun saya berada dalam bidang pengurusan baru tetapi ‘mereka’ tidak begitu mesra untuk bekerjasama apalagi untuk brainstorming idea ataupun berbincang dan mengajak bersama-sama untuk menyelesaikan permasalahan. Masing-masing dengan sikap kepegawaian mereka menyebabkan keadaan menjadi lebih malang.

11. Ada pula yang mencetuskan persaingan yang tidak sihat di antara NGO. Sikap melaga-lagakan sukarelawan jua suatu penyakit parah yang memerlukan pembedahan. Sesuai dengan niat mereka masalah tetap melanda kita semua.

12. Cubalah kita ukur kualiti saudara baru yang kita hasilkan. Kami pun masih gagal mentarbiah mereka.

13. Penguatkuasaan pula tidak dapat dilakukan atas alasan mereka saudara baru. Sekali dua dinasihat dan diberikan peluang masih tetap tidak berubah maka hukuman dan penguatkuasaaan perlu dilaksanakan secara serius. Kita tidak mahu status muallaf dijadikan lesen untuk melanggar peraturan dan hukum hakam.

14. Institusi mahupun individu yang menjaga saudara baru hendaklah bermuafakat dan duduk semeja untuk membincangkan dan menyelesaikan permasalahan ini. Pendekatan hendaklah bersepadu dan ada penyelarasan supaya kita dapat menunaikan tanggungjawab mendidik saudara baru secara menyeluruh.

15. Pentadbiran dan pengurusan saudara baru hendaklah diprofesionalkan dengan diberikan laluan kepada mereka yang berlatarbelakangkan kelulusan pelbagai disiplin ilmu selain daripada  diberikan peluang kepada saudara baru sendiri.

16. Saudara Baru lebih memahami dan mengetahui permasalahan dan soal kebajikan saudara baru. Pihak atasan hendaklah memantaukan dan menasihat segala gerakerja. Saudara Baru hendaklah dilibatkan dalam penggubalan modul, perlaksanaan latihan, gerakerja kebajikan dan pemulihan.

17. Kita juga hendaklah membentuk jaringan kerjasama dengan semua jabatan agama di seluruh Malaysia bagi memantau dan menyelaraskan aktiviti saudara baru terutama pengurusan kebajikan mereka.

18. Walaupun saya bersetuju bahawa kerja yang paling senang ialah memecat dan membangkang tetapi kalau ada makna dan isinya maka kita perlu bersikap berani untuk berubah.

19. Dengan usaha-usaha ini, marilah kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang yang cukup serius dewasa ini.

20120722

Laporan polis terhadap ADUN Kota



21 Julai 2012 - Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf.

Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau selepas kejadian berlaku 17 Julai lalu.
Ketika dihubungi hari ini, Zamri berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang permohonan maaf kepadanya.

“Beliau sebagai wakil rakyat mesti menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN.

“Tindakan Awaluddin menurunkan bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh diterima.

“Apa kena mengena menurunkan bendera PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?”

Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya.

Beliau menambah, sebagai wakil rakyat beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang.

“Bendera kami banyak yang hilang tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka menjawab apa boleh buat?” kata Zamri lagi.

Iftar Amal


20120721

KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK

KULIAH TAFAKKUH FIDDIN RAMADHAN MUBARAK
Tarikh : 21/07/12 & 28/07/12 & 04/08/12 & 11/08/12
Setiap Sabtu sepanjang Ramadhan ( 2 sesi) iaitu
8.30 pg – 10.00 pg
10.30 pg – 12.00 tgh
(Yuran : RM 15 seorang bagi setiap sesi)

Penyertaan :
PAS kawasan-3 ahli, Dewan Pemuda PAS kawasan-3 ahli dan Dewan Muslimat PAS kawasan-3 ahli.
Tempat : Dewan D’Ark ( Siri 1) , Gedung Lalang ( 3 Siri berikutnya )

Rujukan :
1. Us. Sofi 019-4766747
2. Us. Hadi 019-6627374
3. Us. Ghani 012-6761187

JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M

JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN 

Kawasan : TELOK KEMANG
Tarikh & Hari : 24 JULAI 2012 / 4 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat : BANDAR SPRINGHILL
Hadir Wakil Perhubungan : Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : Tel 019-3369290 

Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 27 JULAI 2012 / 07 RAMADHAN 1433 ( JUMAAT )
Tempat : SRIIDU
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : SEREMBAN
Tarikh & Hari : 28 JULAI 2012 / 08 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : PASTI WILDAN / AMPANGAN
Hadir Wakil Perhubungan : HJ. Anuar (Timb. PJ2) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan,Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : PELANCARAN MADRASAH RAMADHAN OLEH TN HJ MOHAMAD SABU

Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 04 OGOS 2012 / 15 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : DUN CHEMBONG @ DUN KOTA
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 05 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN

Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA

Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat

20120720

Susulan pegawai polis mengamuk di Seremban dan penyelesaiannya

Dengan angka 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta orang rakyat Malaysia sakit mental dan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia, sebagai orang Islam, jalan penyelesaian kepada semua permasalahan ini ialah kembali kepada Islam sepenuhnya. Buat semua yang diperintahkan Allah, serta tinggalkan semua yang ditegah Allah.


TERTEKAN MASALAH KELUARGA
Harian Metro 20 Julai 2012

SEREMBAN: Tekanan akibat menghadapi masalah keluarga dikatakan menjadi punca seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengamuk dan menyerang dua pekerja hotel Seremban 2, di sini, gara-gara ais krim dibeli di hotel berkenaan dikatakan mahal dalam kejadian Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan, berkata berdasarkan soal siasat terhadap pegawai polis itu, dia didapati berada dalam keadaan tertekan akibat masalah keluarga.

“Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan ‘stress’ menyebabkan dia mengamuk.


POLIS MENGAMUK DIDAKWA
Sinar Harian 20 Julai 2012

SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan, berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban.

“Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun.

"Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadinya,” katanya.


POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Malah, sesetengah kes yang disiasat SEPERTI KES BUNUH ATAU YANG MEMBABITKAN GOLONGAN BERPENGARUH ADA KALANYA MEMBERIKAN TEKANAN terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.

MALAH, DIKHUATIRI, JIKA TAHAP TEKANAN YANG DIHADAPI BEGITU KRITIKAL, SENJATA YANG DIMILIKI DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MELAKUKAN UGUTAN ATAU SEBARANG AKTIVITI JENAYAH TERMASUK RASUAH, katanya.


NEGERI SEMBILAN PALING RAMAI SAKIT MENTAL
Kosmo 27 Nov 2008

Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.


11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL
Berita Harian 14 Nov 2010

MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.

Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa.


KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS
21 hb November 2004

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psaikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di Negara ini bagaikan bom jangka.


ONLY 233 PSYCHIATRISTS TO TREAT 28 MILLION MALAYSIANS
The Star November 8, 2010

IPOH: Malaysia is running short of psychiatrists. Health Ministry technical adviser on psychiatry Datuk Dr Suaran Singh Jasmit Singh said the country only has 233 psychiatrists to treat the population, which works out to a ratio of 0.8:100,000.

“The ideal ratio is 1:50,000,” he said after the opening of a public forum on handling stress at Ipoh City Hall yesterday.

Dr Suaran, who is Hospital Bahagia Ulu Kinta director, said of the 233 psychiatrists available, 15 were attached with the Health Ministry and three with the Defence Ministry.

Rujukan :

Program Ramadhan 1433 H Surau Taman Pinggiran Senawang


Program Ramadhan 1433 H Madrasah Islamiah



20120718

Wakil Rakyat Umno sendiri turunkan bendera PAS?

Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato’ Dr yang dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.

Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu.

Apa sudah jadi dengan anggota polis kita? Adakah mereka terlalu stres, sakit mental?

Pegawai Polis Maut Terjun Daripada Menara Telekomunikasi
Rabu Julai 18, 2012 MYT 1:48:00 PM

SEPANG: Seorang pegawai polis membunuh diri dengan terjun daripada menara telekomunikasi berhampiran ibu pejabat polis daerah Sepang di sini, Rabu.

Pegawai polis yang berasal daripada Sabah itu dipercayai memanjat menara setinggi 60 kaki (18 meter) pada pukul 10.15 pagi sebelum terjun ke bawah 15 minit kemudian.

Bagaimana motif kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.


“Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.” – Berita Harian

POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011

Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.

Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.

Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Bendera Pas, PKR disabotaj

18 Julai 2012

REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.

Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik saja berjaya  menurunkan bendera kedua-dua parti berkenaan.

Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam.

"Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang. “Masa itu memang saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan pengecut kerana  menurunkannya semasa kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah kejadian baru di kawasan berkenaan.

"Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan.

"Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat.

Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat  semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal.

"Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. “Kita tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan  bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis  Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang mengenai tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti.

Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera yang diturunkan tanpa sesekali  mengambilnya. “Memang kita tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan.

“Dalam kejadian terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut dengan populariti PR yang semakin  meningkat," katanya.