20120629

Forum Menjelang Ramadhan 7 Julai 2012 di Rembau

FORUM PERDANA
Tajuk : Persiapan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 7 Julai 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 955, Kg Bongek, Rembau (rumah Hjh Rokiyah)
Ahli Panel :
1. Ustaz Mohd Fuad Othman , Pendakwah
2. Ustaz Nazree Yunus , mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
3. Ustaz Fairuz Isa , mantan YDP Badan Kebajikan Anak N.Sembilan Mesir (BAKANS)
4. Moderator : Sdr Sahrizal Masrudin , AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Turut diadakan Pelancaran Dana Pembangunan Kompleks Pusat Dakwah Serantau www.pusatdakwahserantau.net

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

PUSAT DAKWAH SERANTAU

Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam pengetahuan agama. 

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.

20120628

Seminar Fatwa Muamalat N.Sembilan Julai 2012

SEMINAR FATWA MUAMALAT
Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Masa : 8 pg – 4 ptg
Yuran :
RM130
RM 10 untuk pelajar
(termasuk kertas pembentangan, makan dan sijil)

Pembentang :
Dr Zaharudin Abd Rahman
Dr Zulkilfli Albakri
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Azman Mohd Noor
Dr Amir Shaharuddin
Ust Abdullah Jalil
Ust Azrul Azlan Iskandar

PENGANJUR
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Muamalah Events

PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan AKPK

YB Salahuddin Ayub 30 Jun 2012 di Rembau

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Pedas Hilir, Rembau
Penceramah :
~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
~ Ustazah Nuridah Salleh , AJK Muslimat PAS Pusat
~ S. Suria Narayanan , Naib Pengerusi DHPP Malaysia
~ Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
~ Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Ceramah Umum


20120627

Seminar Semarak Ramadhan


Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

27 Jun 2012

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.
1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20
2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80
3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00
JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....

Mohd Fazli Hasan,
Taman Meru Damai, Kapar Klang.

Air di Kuala Pilah bermasalah sudah lebih 2 tahun

Aduan Rakyat - 27 Jun 2012

Masalah keperluan asas utama iaiatu bekalan air bersih di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga kini sejak diswastakan dan dikendalikan oleh SAINS, tidak dapat didiselesaikan. Saya tidak duduk di sana tapi sering pulang ke sana dan mendengar keluhan rakyat terutama sewaktu mendengar ceramah pihak pembangkang.

Rakyat setempat berasa kecewa kerana bukan sahaja tiada tindakan di ambil malah mereka akan blacklist kepada orang yang membuat aduan. Sebagai sebuah pekan besar yang menempatkan Bandar Diraja Seri Menanti, perkara ini sepatutnya tidak wujud dan kita sudahpun hidup di alaf baru bukan di zaman 70an lg.

SAINS ingin membekalkan air ke Selangor tapi kawasan utama di Negeri Sembilan seperti di sini mempunyai masalah bekalan air. ini menjejaskan kualiti kehidupan, dan kesihatan penduduk setempat. bayangkan, pengusaha restoran tdk dpt mencuci pinggan setiap masa etc.

Bukan ini sahaja penduduk Negeri Sembilan sering mengalami gangguan tenaga elektrik terutama di kawasan Terachi, bermula dari Seremban ke atas, apakah puncanya?

Dengan harapan melalui pendedahan ini, Exco2, dan Ahli Parlimen dpt buka mata bukan tah berpegang pd status semata2.

By: karteena

PUSAT DAKWAH SERANTAU

Objektif - Melahirkan para pendakwah dari kampung asal terutamanya kawasan pedalaman untuk berkhidmat di tempat asal mereka sendiri dengan pengetahuan asas agama serta dibantu atau dibimbing oleh pendakwah luar yang pakar dalam pengetahuan agama. 

Usaha menggerakkan kerja dakwah di pedalaman memerlukan gerak kerja strategik dan proaktif, serta tenaga pendakwah yang komited.

Bagi merealisasikan hasrat yang murni ini, Yayasan Amal Malaysia telah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS).

PDS sudah mula dibuka sejak Julai 2010 dengan seramai 30 orang pelajar dari pedalaman Sabah dan Sarawak terpilih untuk menjalani latihan selama setahun di kampus sementara Pusat Dakwah Serantau di Kompleks Darul Irsyad, Sungai Merab Luar, Kajang.

Selepas tamat pengajian selama setahun, para pendakwah keluaran PDS ini akan dihantar ke lokasi asal mereka bagi melaksanakan kerja dakwah di sana.

Pusat Dakwah Serantau diurus tadbir sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

CADANGAN KOMPLEKS PDS

Cadangan penubuhan Kompleks Pusat Dakwah Serantau yang lengkap dengan segala kemudahan akan dibangunkan di Dengkil, Sepang, Selangor yang memerlukan dana sebanyak 10 juta ringgit.

DANA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PDS

Semua perbelanjaan pengurusan dan pembangunan PDS dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui derma dan sumbangan orang ramai. Jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar sebulan ialah RM 500.00 (meliputi wang saku, makan minum, tempat tinggal, rawatan, buku, alat tulis dan lain-lain).

Jika anda berhasrat untuk berkongsi sama dalam usaha untuk melahirkan para pendakwah ini, anda boleh menyampaikan sumbangan dalam apa jua bentuk atau menaja seperti berikut:

- Makan minum (katering atau barang mentah, seperti beras dan lain-lain)
- Wang saku (RM 60.00 sebulan bagi setiap pelajar)
- Buku dan alat tulis

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke pusat ini atau melalui:
Akaun Pengurusan (CIMB ISLAMIC) 14680000191108
Akaun Pembangunan Kompleks PDS (Bank Muamalat Malaysia Berhad)
13010002499715

Alamat :

Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Kompleks Darul Irsyad
Lot 4459 Jalan Haji Muhammad Amin
Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
03-8925 4806 (Pejabat)
014-5963748 (Ustaz Izzuddin, Timbalan Mudir - Pentadbiran)

Maklumat lanjut di www.pusatdakwahserantau.net

JOM UBAH


Lagi kes cubaan culik anak gadis di Malaysia

VAN PUTIH MUNCUL LAGI ; 27 Jun 2012 - Satu lagi kejadian cubaan culik dilaporkan, menjadikannya kes ketujuh sepanjang tahun ini dan kali ini berlaku di kawasan perumahan polis di Setiawangsa, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Khamis lalu, mangsa adalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ida.

Daripada tujuh kejadian sebelum ini, dua mangsa berjaya dilarikan penculik, termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar dan dalam kebanyakan kes, kumpulan penjenayah menggunakan van berwarna putih.

Dalam kejadian membabitkan Ida, Khamis lalu, remaja itu terselamat apabila berjaya meloloskan diri selepas menjerit sekuat hati ketika seorang lelaki cuba menekup mulutnya sebelum cuba membawanya masuk ke dalam van putih.

Ida berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan berjalan kira-kira dua kilometer bersama rakannya sebelum berpisah.

Sekumpulan Pemuda Kecewa Pos Malaysia Gagal Sediakan Kemudahan Daftar Undi

Jun 26, 2012 - Seramai 15 orang anak muda mendakwa hak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi baru telah dinafikan oleh Pos Malaysia Berhad.

Wakil kumpulan berkenaan, Tengku Arief Tengku Hamid berkata, dia bersama-sama 14 rakannya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah namun ketika mereka meminta borang untuk mendaftar sebagai pengundi, pegawai yang bertugas memaklumkan cawangan tersebut telah kehabisan borang.

“Saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke pejabat pos cawangan Pandan Indah pada pukul 2.30 petang pada hari Jumaat, 8 Jun yang lalu untuk mendaftar sebagai pengundi. Apabila kami tiba di sana borang yang diperlukan tiada.

“Seorang pegawai wanita yang bertugas di kaunter 2 pejabat pos berkenaan memaklumkan bahawa borang telah habis. Kami bertanya kembali di manakah cawangan paling hampir untuk kami mendaftar namun agak memeranjatkan apabila pegawai tersebut berkata kemungkinan pejabat pos yang lain juga tiada borang.

"Dia menyarankan kepada kami supaya pergi ke pejabat Umno bahagian yang berhampiran untuk mendaftar sebagai ahli..itu lebih mudah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkam bahawa rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendafar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mereka mendaftar sebelum 30 Jun ini sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata, bulan Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pengumuman SPR itu telah menyebabkan ramai golongan muda yang belum mendaftar berpusu-pusu dan menyerbu pejabat pos untuk mendaftar sebagai pemilih pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini saya telah menggesa SPR menyediakan borang daftar pemilih secukupnya di semua pejabat pos dan agen-agen yang dilantik. Ini kerana tidak mahu perkara yang sama terjadi sebelum ini di mana borang-borang ini turut habis dan akhirnya menyebabkan anak-anak muda ini kecewa,” katanya.

Beliau mendakwa apa yang berlaku menunjukkan SPR tidak serius dalam usaha menambah jumlah pengundi baru ini.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menyarankan kepada Arief dan rakan-rakannya membuat aduan rasmi kepada SPR dan pihak polis dalam tempoh terdekat.

“Saya minta Tengku Arief pergi ke pejabat pos berkenaan untuk mengenal pasti siapa pegawai wanita berkenaan untuk kita buat laporan polis. Hal ini bagi mengelakkan tidak ada salah guna kuasa yang digunakan orang pihak tertentu dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya pula menggesa SPR dan Pos Malaysia memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana telah menafikan hak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih.

Dalam perkembangan lain, Arief bersama-sama 14 rakannya yang lain turut menyerahkan borang untuk menyertai PKR.

Borang tersebut diserahkan kepada Zuraida yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

19 kematian, 21 cacat kekal sejak PLKN dilaksana

26 Jun 2012 - KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sejumlah 19 kematian direkodkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Selain itu, 21 kes lagi melibatkan kecederaan kekal ke atas pelatih dalam tempoh sama.

Kematian pelatih adalah disebabkan pelbagai punca termasuk masalah kesihatan yang dihidapi pelatih.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis hari ini terhadap soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Dewan Rakyat.

Nizar dalam soalannya bertarikh 12 Jun lalu meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalami kecacatan kekal semasa tempoh latihan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat itu juga mahu penjelasan menteri berhubung berapakah jumlah pampasan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Menjawab jumlah pampasan, kerajaan memaklumkan sejumlah RM8.3 juta telah dibelanjakan melalui perlindungan insurans kepada pelatih meliputi kemalangan, kecederaan, kesakitan dan kematian.

20120626

ALC SENAWANG

ALC SENAWANG - Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi
1) Kelas Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Kanak-Kanak) - Selasa/Jumaat - 8.00-10.00 malam
2) Kelab Tajwid Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa - 8.00-10.00 malam
3) Kelab Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa - 8.30 malam
4) Kelas Hafazan Al-Quran Teknik Al-Huffaz - Jumaat - 8.00 malam
5) Kelas Bahasa Arab - Rabu - 8.30 malam

Tempat: No. 53-1, Jalan Komersil 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan

Hubungi ALC Senawang Care-Line 019-2125301/013-3439350

ALAMAT URUSAN AL-BAGHDADI LEARNING CENTER SENAWANG (ALC Senawang)
No. 53-1, Jalan Taman Komersil Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan.
(Dataran Taipan Senawang - Berhampiran Giant Senawang - Atas Kedai RM 2)

Projek hibrid solar angin, Projek Gajah Putih?

Adakah ini sebahagian daripada janji yang tidak atau belum ditepati? Berapa banyak wang kerajaan (rakyat) yang telah dibelanjakan untuk projek ini? Kontraktor mana yang dapat projek ini dan berapa nilai projek ini?

Apa dah jadi dengan kincir angin di Bario?
Aduan Rakyat 26 Jun 2012

Salam sejahtera. Saya mewakili masyarakat yang tinggal di dataran tanah tinggi Bario ingin menyuarakan rasa kesal kami terhadap kincir angin yang telah didirikan di kampung kami sejak lebih 4 tahun yang lalu.

Semasa kincir angin itu didirikan, kami berasa sangat gembira kerana pada kami ianya satu rahmat untuk merasai letrik 24 jam yang berterusan. Tetapi malangnya hingga ke hari ini dan sudah lebih 4 tahun, benda itu tidak pernah berfungsi apatah lagi membekalkan letrik kepada kami. Ini sangat mendukacitakan kami.

Kami sering bertanya kepada wakil rakyat dan YB-YB yang berkunjung ke kampung kami akan kesudahan projek itu. Tetapi tidak seorangpun yang dapat memberi penjelasan kepada kami BILA kincir angin itu akan berfungsi? Yang dapat kami dengar hanyalah bersabar…bersabar dan bersabar…

Kini sudah 4 tahun berlalu, sudah terdapat alat yang rosak dan tidak mungkin ianya akan dapat berfungsi lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak sungguh-sungguh melaksanakan projek itu sehingga selesai dan menguntungkan rakyat sebaliknya ia satu pembaziran wang rakyat..dan yang lebih malang lagi, kami penduduk di Bario seolah-olah ditipu bulat-bulat oleh projek yang langsung tidak berfaedah ini..

Setiap hari kami melihat kincir angin itu setiap hari jugalah kami sakit hati dibuatnya..akibatnya calon BN telah tewas dalam pilihanraya yang lalu..tidak lama lagi PRU akan berlangsung dan jika masalah ini tidak diatasi, kami yakin calon BN pasti akan tewas lagi kerana kami sudah lama terseksa dengan janji-janji kosong BN yang seolah-olah meminggirkan kami yang terletak nun jauh di dataran yang tinggi..kalau begini lah nasib kami, lebih baik kami tidak mengundi calon BN kerana ianya sia-sia sahaja dan sangat mengecewakan…

By: Mat Bario


Sarawak pelopori projek hibrid solar dan angin di Bario
02/06/2009

MIRI 2 Jun — Kerajaan akan mempelopori projek perintis menjana tenaga elektrik hibrid menggunakan kuasa kincir angin dan solar di Bario, satu kawasan tanah tinggi pedalaman di utara Sarawak, kata Menteri Kemudahan Awam negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan malam tadi.

Beliau berkata rancangan penjanaan tenaga itu diluluskan Kabinet Sarawak baru-baru ini dan dijangka dapat membekalkan tenaga elektrik ke beberapa kampung di Bario, satu kawasan yang hanya boleh dikunjungi dengan pengangkutan udara dari sini.

Berucap semasa menutup karnival sukan masyarakat tanah tinggi di sini, beliau berkata keputusan untuk melaksanakan projek penjanaan tenaga menggunakan kuasa kincir angin dan solar dilakukan berikutan kegagalan projek mikro hidro-elektrik di kawasan itu. — Bernama


State approves solar-wind power plant for Bario Highlands
Wednesday June 3, 2009

MIRI: The state government has given the green light for a pioneer plant in the Bario Highlands to generate electricity from sunlight and wind – to replace a RM10mil hydro-electric dam which failed for lack of water.

The project, the first of its kind in the state, will use a combination of solar and wind energy to generate power for use in the 2,000m-high mountainous region at the Sarawak-Kalimantan border.

State Public Utilities Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan said the state Cabinet had recently decided that solar-wind power was the best option for the highlands.

“The failed hydro-electric dam project will be replaced by this hybrid plant,’’ he told a gathering at the Kelabit and Lun Bawang Highlanders Club here on Monday night.

“However, there may be a need to build a few micro-hydrodams to generate power for villages that are far away.”

The Bario Highlands, located some 300km from Miri, is home to 6,000 people.

In the early 1990s, the state government built the dam to generate electricity for the folks there who had to rely on diesel fuel to power their generators.

However, the dam failed to function due to low river water pressure. The state authorities tried in vain to revive the project, including enlisting the help of dam experts.

Two years ago, a proposal was made to build another hydro-electric dam to replace the one which failed.

However, the state Cabinet has now decided that the best option would be the hybrid solar-wind plant because the highlands have plenty of sunshine and wind for most of the year.

Pakatan Rakyat komited dalam isu adat dan tanah terbiar

Pada Tonggak ke 9 Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyentuh bab Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat. Ianya antara lain menyebut untuk  menaikkan elaun Datuk Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak. Bukannya satu usaha yang mudah untuk Datuk Lembaga untuk memanggil semua anak buah untuk menyelesaikan isu tanah adat terbiar, apatah lagi jika satu geran ada sehingga 50 penama.

Sudah pasti 50 penama ini mungkin ada yang sudah meninggal dunia, ada yang tinggal di luar Negeri Sembilan dan sebagainya.

Tapi yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula dalam kes tanah adat yang diambil kerajaan untuk projek pelebaran jalan, pembinaan landasan keretapi berkembar, pembinaan loji rawatan air dan sebagainya, isu tanah adat ini boleh diselesaikan?

Perincian Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html

Pulih tanah adat terbiar
Sinar Harian 26 Jun 2012

SEREMBAN – Datuk Lembaga Adat di negeri ini disarankan memain peranan membantu Kerajaan Negeri memulihkan tanah adat terbiar. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kerajaan Negeri berdepan kesukaran membangunkan tanah terbiar berikutan sukar mendapat kerjasama pemilik tanah adat.

“Terdapat dua kategori tanah terbiar iaitu tanah terbiar daratan dan tanah terbiar sawah. Tanah terbiar daratan seperti kebun dan ladang berjaya kita selesaikan dengan kerjasama Risda, Felcra dan unit peladang.

“Namun, tanah terbiar sawah sukar dibangunkan kerana ia tanah adat dan rata-rata tuan tanah enggan memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, kebanyakan tanah adat di negeri ini terbiar dan tidak diusahakan pemilik. “Ia menjadi masalah kepada Kerajaan Negeri. Masalah ini berlaku kerana geran tanah adat mempunyai banyak nama dan adakala satu geran  sehingga 50 penama.

“Kita mahu Datuk Lembaga memainkan peranan dengan mengumpulkan anak buah dan waris supaya ambil kuasa dan tindakan terhadap tanah terbiar dengan mengusahakannya.

“Kita sentiasa berharap tanah adat dapat dipulihkan dan diusahakan dengan baik selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memulihkan tanah terbiar,” katanya.

Mohamad berkata, sehingga kini, Kerajaan Negeri berjaya memulihkan 30 peratus masalah tanah terbiar di negeri ini.

Mangsa ISA diugut edar gambar bogel di internet

25 Jun 2012 

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mendesak agar Menteri Dalam Negeri (KDN) segera memberi maklum balas atas kejadian mogok lapar tahanan ISA yang telah pun berlangsung selama enam hari.

Dalam sidang medianya, GMI menuntut agar kesemua tahanan ISA dibebaskan dengan kadar segera; Menteri Dalam Negeri diminta menjawab segera tuntutan tahanan ISA; dan menuntut jawapan segera isu penderaan tahanan ISA.

Tuntutan ini berikutan kempen bebaskan 45 tahanan yang masih berada di Kem Kamunting (Kemta) dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan dibebaskan.

Dalam sidang media ini juga, peguam Farhana Abdul Halim dan Fadiah Nadwa Fikri mendedahkan keterangan yang diberi oleh Sami Hammd, salah seorang tahanan ISA yang kini mengadakan mogok lapar.

Sami Hammd berasal dari Iraq telah ditangkap pada 21 Januari 2011. Beliau ditahan atas pertuduhan pemerdagangan manusia.

Sami disoal siasat di PRC selama 20 hari dan di Bukit Aman selama 39 hari, kemudiannya ditahan di Kemta pada 18 Mac 2011.

Dalam pertemuannya dengan peguam, Sami menceritakan penderaan fizikal dan mental yang diterimanya.
Antara bentuk penderaan fizikal yang dikenakan  termasuklah dipukul dengan paip getah, dibogelkan dan gambarnya diambil dan diugut akan disebarkan diinternet.

Badan beliau juga dibasahkan dengan air sejuk kemudian diletakkan di dalam bilik kecil yang suhunya paling rendah, dan sepanjang masa tangannya digari.

Selain itu, Sami turut ditumbuk dan ditendang oleh anggota penyiasat berulang kali, dicabut bulu dada, dicucuh puntung rokok, dipaksa memakan cili kisar beberapa lagi jenis penderaan.

Sehingga kini Sami masih tidak berganjak dan tidak mengaku akan pertuduhan yang dikenakan kepadanya.
Tahanan beliau dilanjutkan sehingga Mac 2013. Semua butiran tersebut dinyatakan dalam pertemuannya dengan peguam pada 22 Jun 2012 di bawah pengawasan Pegawai Kemta.

Dalam pada itu, Pengerusi GMI bimbang dengan nasib tahanan yang melakukan mogok lapar tersebut.

Beliau menggesa agar KDN bertindak segera sebelum berlaku kematian atau sebagainya.

Merujuk kepada isu penderaan terhadap tahanan sama ada yang masih ditahan atau pun yang telah dibebaskan.

“Kebanyakan tahanan menghadapi trauma sehingga mereka tidak tampil menceritakan kisah sebenar walaupun lebih setahun telah berlaku,” ujar Syed Ibrahim. 

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Peguam yang bertemu dengan Sami Hammd iaitu Farhana dan Fadiah Nadwa serta keluarga tahanan Mohamad Fadzullah Abdul Razak.

Naik saman, adakah akan naik kadar rasuah?

Mungkin ini boleh dijadikan tajuk debat selepas ini. Apakah dengan menaikkan kadar saman melebihi had laju ke RM 2,000 akan menaikkan kadar rasuah? Apakah kadar kemalangan jalanraya akan menurun jika kadar saman dinaikkan? Sebelum ini denda maksimum ini telah dinaikkan beberapa kali. Adakah statistik menunjukkan pengurangan kemalangan jalanraya dengan kenaikan kadar saman yang sebelum ini?

Cuba buat soalan rambang kepada pengguna jalanraya, mahu bayar saman RM2000 atau mahu beri hadiah RM50, RM100 atau RM200?

Denda minimum RM300 pandu lebih had laju
Berita Harian 26 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Denda minimum kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan RM300, manakala had maksimum dinaikkan sehingga RM2,000 atau boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ia adalah kenaikan sekali ganda bagi kesalahan itu apabila Subseksyen 26(2) dalam Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dijangka diluluskan Dewan Rakyat minggu ini berbanding denda maksimum RM1,000 sekarang.

Ketika ini, tiada had denda minimum ditetapkan untuk kesalahan berkenaan. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pada sidang Dewan Rakyat, semalam. Ia bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, pindaan Subseksyen 26(2) Rang Undang-undang terbabit memperuntukkan denda minimum dan maksimum yang sama bagi kesalahan memandu tanpa lesen atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Pemandu atau pejalan kaki yang mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas diberikan anggota polis atau warden lalu lintas pula boleh didenda minimum dan maksimum yang sama melalui pindaan Subseksyen 79(2) berbanding denda maksimum RM500 sekarang.

Selain itu, Seksyen 76A yang baru diperkenalkan dalam rang undang-undang itu membenarkan pemandu membelok ke kiri di simpang lalu lintas yang ada dipasang isyarat membenarkan membelok ke kiri jika pemandu mendapati selamat untuk berbuat demikian.

Sesiapa melanggar seksyen berkenaan boleh didenda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.

Rang undang-undang itu turut memasukkan takrif baru ‘basikal elektrik’ yang diistilahkan ‘sikal’ dengan bantuan kayuh dilengkapi motor elektrik sokongan yang ada kuasa berkadar berterusan maksimum 0.25kW.

Output basikal elektrik itu berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang berhenti mengayuh.

20120625

Aspan Alias di Senawang 29 Jun 2012

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Jun 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor (sebelah Balai Bomba Senawang)
Penceramah :
Dr Ahmad Suhaimi, Penyelaras SAMM
Ustaz Fakrulrazi, Penceramah Bebas
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia
Pn Norwani Ahmat, Ketua Muslimat PAS Rembau

Seorang Lagi Wanita Diserang Dan Dirompak

25 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri kereta mereka kini menjadi sasaran perompak bersenjata. Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes melibatkan wanita yang berseorangan dan mereka diserang oleh penyerang yang memiliki senjata.

Terbaru kes melibatkan seorang wanita apabila jarinya hampir terputus diserang oleh perompak yang memiliki senjata dan ia berlaku berhampiran Taman Tun Dr Ismail di sini.

Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi, Ahad.

"Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan mereka.

"Kejadian berlaku apabila wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di Jalan Datuk Sulaiaman dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal menghampirinya," Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Wan Abdul Bari berkata dalam pergelutan tersebut perompak berjaya melarikan diri dan dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak mangsa. Perompak tersebut akhirnya berjaya membawa lari beg tangan mangsa.

Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.

"Kami menerima laporan bahawa wanita yang berusia dalam linkungan 20 an itu dikelar di kepala ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat," katanya,

Beliau berkata ketika kejadian wanita wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang pada pukul 10 malam apabila dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki bersenjata dengan objek yang tajam.

"Mangsa bergelut dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu kepada perompak berkenaan supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala," katanya sambil menambah bahawa wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4 pagi Ahad.

Wan Abdul Bari berkatapolis kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.

Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata wanita berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menaiki ambulans 25 minit selepas kejadian itu berlaku. Mangsa dibenarkan pulang keesokan paginya.

"Manga kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak menjadi perhatian apabila seorang pedagang saham Internet Chin Xin-Ci memaklumkan di laman sosial Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik yang dilakukan oleh dua lelaki terjadi ke atasnya di pusat membeli belah berkenaan pada 27 Mei lalu.

Kenapa banyak kejadian lemas di pantai Port Dickson?

Pantai Port Dickson lautnya tidaklah begitu bergelora dan dalam jika dibandingkan dengan kawasan di pantai timur yang mengadap Laut China Selatan. Namun dari masa ke semasa kedengaran kes lemas di PD. Apakah puncanya? Adakah pantai di PD tidak selamat disebabkan aktiviti penambakan pasir yang menyebabkan dasar laut tidak landai, justeru mewujudkan banyak kawasan pasir jerlus dan kawasan pusaran air? Lebih banyak papantanda amaran perlu diletakkan sekiranya ada kawasan seperti ini antaranya dasar laut tidak landai, pasir jerlus dan pusaran air.

Aktiviti riadah undang tragedi
25 Jun 2012

BAGAN PINANG – Seorang pekerja kontrak bahagian penyelenggaraan dalaman di sebuah hotel, di sini, lemas ketika beriadah di Pantai Bagan Pinang, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Wahab Harun berkata, mangsa, Mohamad Shahizul Azwan Kamaruzzaman, 19, disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson, di sini.

“Siasatan awal mendapati, sekitar jam 5.45 petang mangsa bersama rakan-rakannya beriadah di kawasan pantai berkenaan dan berenang dengan jarak sehingga 100 meter dari pantai.

“Satu jam kemudian mereka kembali berenang ke darat, namun sebaik tiba di pantai rakan-rakannya menyedari kehilangan mangsa,” katanya.

Abdul Wahab berkata, rakan-rakan mangsa kemudian meminta bantuan nelayan di Pengkalan Nelayan Bagan Pinang dan dua bot berserta anak kapal membantu mencari mangsa.

“Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 7.10 malam sekitar 50 meter dari kawasan pantai dan orang awam yang berada di situ turut membantu membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak dituntut keluarganya, semalam.


Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah Di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Sabtu Januari 14, 2012

PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan, Sabtu.

10 minit tenggelam di laut
Harian Metro 9 Nov 2010
PORT DICKSON: “Saya sempat menasihatkannya segera naik ke darat sebelum terlambat kerana menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya sudah hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau.”
Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang mandi-manda bersamanya di Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas apabila tenggelam selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air laut pasang secara tiba-tiba.

Pemancing lemas air laut bergelora
Harian Metro 24 Okt 2010

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang lelaki yang memancing dan menjala ikan di pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.

Berita Harian 23 Feb 2010
PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan sejarah aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu di sebahagian kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya tebing tinggi yang didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.

New Straits Times 4 Oct 2010
PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son. Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it.

Sinar Harian 17 Feb 2010
PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan penemuan mayat remaja lemas.

Utusan Malaysia 15 Feb.2010
PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

MStar Januari 31, 2010
PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

Bernama 22 Jul 2007
PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.

Utusan Malaysia 13 Jun 2005
PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.

PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.
While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still under way for his missing friend whose identity is not known.
  

Bas ekspres di Malaysia tak mesra pengguna Islam

25 Jun 2012 ; BAS EKSPRES DAN SOLAT - Kami sebagai pelajar kebanyakannya merantau jauh ke negeri lain untuk ke tempat pengajian dan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama pada musim cuti semester ataupun cuti-cuti perayaan untuk pulang ke rumah.

Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api.

Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat.

Hal ini menyebabkan kami sebagai penumpang berasa amat tidak senang dan susah hati kerana terpaksa meninggalkan solat yang merupakan suatu kewajipan yang amat besar nilainya.

Saya yakin kebanyakan penumpang mempunyai perasaan yang sama seperti ini.

PELAJAR IPT MALAYSIA

20120624

Program Kitar Semula, Jualan Amal 30 Jun 2012 di Paroi

PROGRAM JUALAN AMAL, KITAR SEMULA, HI TEA DAN GOTONG ROYONG
Tarikh : 30 Jun 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 6 ptg
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang beg-beg, majalah-majalah, barangan terpakai kegunaan harian yang masih dalam keadaan baik dan bersih boleh diserahkn pada hari tersebut.

Hasil jualan amal serta jualan barangan terpakai serta kitar semula ini akan disalurkan untuk program sumbangan Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 Hijrah.

Untuk sebarang maklumat, pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pn Wani 0133851202 atau Pn Fauziah 0137779328.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam DMPKR, No akaun : 05012010061653

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau

YB Ir Khalid Samad 27 Jun 2012 di Senawang

CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Jun 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut
Penceramah :
YB Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Hj Omar Jaafar, Penceramah Bebas
Hakki Bawadi, Ketua Pemuda PAS Rembau
Muhd Affandi, AMK N.Sembilan

Ceramah Israk Mikraj


Stres melampau guru menyebabkan anak sendiri meninggal dunia, NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menegaskan bahawa guru-guru di Malaysia ini bekerja dalam keadaan stres atau tekanan yang melampau lebih-lebih lagi apabila jemaah nazir dari Kementerian Pelajaran memantau guru-guru di sekolah. NUTP mengulas mengenai kes kanak-kanak 5 tahun yang meninggal dunia setelah ibunya seorang guru sekolah terlupa anaknya tertinggal dalam kenderaan kerana tergesa-gesa mengejar waktu kerana nazir Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan pada hari kejadian.

NUTP: Teachers under huge pressure to deliver
23 June 2012

STRAIN: ’Stress levels shoot up during invigilations to assess performance’

JOHOR BARU: Their stress levels were most apparent when they knew of invigilators or inspectorates turning up to assess their performance, she added.
Lok was commenting on the case of a teacher who had forgotten about leaving her 5-year-old son alone in her MPV for more than six hours on Wednesday. The boy died.
A friend of the boy's parents had said the mother was under tremendous pressure on the day of the incident as Education Ministry officials were at the school to observe teachers in the classrooms.
"I have experienced such pressure before, and I know teachers get stressed when officials come to their school to evaluate their performance.
"The pressure is such that some of them cannot sleep for two or three nights. Others even get distracted while driving and they don't know where they end up in."
She said many teachers wanted to give their full commitment at work and this might cause them to sacrifice their commitment for family and affect their wellbeing.

Budak 5 tahun mati dalam kereta ibu
21 Jun 2012

JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam.

Menurut sumber polis, guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk mengimbas kad perakam waktu.

“Selepas itu dia terlupa yang anaknya ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya kira-kira lima jam kemudian.

“Wanita itu bergegas ke keretanya kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanakkanak terbabit terbaring tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia.

Usaha wartawan Sinar Harian untuk menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.

Sumber polis turut mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.

20120623

Ramai pesakit mental di N.Sembilan

23 Jun 2012 GEMENCHEH – Orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan tanda-tanda sebagai pesakit mental memandangkan Negeri Sembilan pernah muncul sebagai negeri tertinggi yang mempunyai pesakit berkenaan. Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Siti Hazrah Selamat Din berkata, semua pihak perlu memandang serius masalah itu dengan menasihatkan rakan, keluarga atau kenalan mereka yang menghadapi tanda-tanda sebagai sakit mental.

Menurutnya, penyakit itu sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai dalam kalangan mereka mengetahui dan mahu mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa pakar mahupun kaunselor.

"Dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 1,000 kes kesihatan mental direkodkan di negara ini dan statistik berkenaan menunjukkan ianya bukanlah penyakit yang perlu diremehkan dalam kalangan masyarakat.

“Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak memandang remeh masalah ini," katanya ketika menyampaikan ceramahnya pada program Kesihatan Mental anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh di Dewan Theathreate Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (Itqan), dekat sini, kelmarin.

Dr Hazrah berkata, terdapat empat jenis pesakit mental iaitu Skizofienia, bipolar mood disorder, kemurungan, kerisauan dan was-was serta nyanyuk.

"Komuniti setempat boleh memainkan peranan dengan memahaminya iaitu pesakit mental bukan bermaksud gila, buatan orang, perlu dikurung sebaliknya dirawat secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata, pesakit mental boleh diwarisi melalui keturunan di mana setiap anak mempunyai 13 peratus peluang untuk mengalami masalah sama, bagaimanapun ianya tidak semestinya berlaku.

“Jika diambil contoh penyakit seperti kencing manis juga boleh menjadi penyakit keturunan. Namun sekiranya individu menjaga dan mengawal pemakanannya, mereka tidak akan mewarisi penyakit berkenaan.

“Begitu juga dengan pesakit mental. Sekiranya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dapat menghindari tekanan, peluang untuk mereka menghidapi penyakit berkenaan adalah kecil," katanya.

“Jika di Gemencheh ini dicatatkan seramai 28 orang sedang mendapatkan rawatan pesakit mental di mana 18 daripadanya adalah lelaki dan 10 perempuan," katanya

Tidak selamat keluar rumah

23 Jun 2012

SEREMBAN – Kehadiran lori keluar masuk di Jalan Taman Tuanku Jaafar 2/4, Senawang di sini, sejak beberapa tahun lalu mengundang rasa gusar penduduk kerana terdedah bahaya setiap hari.

Penduduk mendakwa, sejak sebuah pasar raya di taman terbabit dinaik taraf, kewujudan lori keluar masuk semakin bertambah sehingga mengganggu ketenangan dan keselesaan mereka.

Terbaru, seorang warga emas nyaris maut apabila sebuah lori secara tiba-tiba merempuh pagar rumahnya ketika dia sedang berehat bersama ahli keluarganya di pekarangan rumah.

Menceritakan kejadian, anaknya, K DhanLachmi, 48, berkata, insiden itu yang menjadi kebimbangannya selama ini kerana lokasi rumahnya berdepan jalan utama. “Saya tidak boleh lupa kejadian ini kerana ia nyaris meragut nyawa ibu saya. Selama ini saya masih boleh bersabar apabila lori melanggar tong sampah penduduk di luar rumah, tapi sekarang pagar rumah pula jadi sasaran," katanya.

Bagi M Tamil Arasi, 50, penduduk di situ hanya berasa selamat jika berada di dalam rumah kerana risau dengan kenderaan keluar masuk di hadapan rumahnya tanpa mengira waktu. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak pengurusan pasar raya terbabit dalam waktu terdekat bagi mencari penyelesaian.

"Jika perlu, kita akan menghantar memorandum kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk ambil tindakan," katanya ketika melawat kawasan berkenaan bersama Adun Senawang.

Kejahatan berleluasa apabila orang baik berdiam diri

Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang ahli falsafah yang juga merupakan ahli politik dari Ireland yang hidup pada tahun 1729 hingga 1797 iaitu “All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing” yang bermaksud ; Apa yang diperlukan untuk kejayaan golongan jahat adalah apabila golongan baik tidak berbuat apa-apa.

Sebenarnya Islam telah mengutarakan masalah ini lebih 1400 tahun yang melalui Rasul saw dalam kitab Al Quran dalam aspek Amar Ma’ruf Wal Nahi Munkar

AKIBAT TIDAK MELAKSANAKAN 'AMAR MA'RUF WAL NAHI MUNKAR'

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali 'Imraan ayat 110 yang mafhumnya :

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah.

Daripada ayat tersebut juga kita dapati bahawa sesungguhnya 'Amar Ma’ruf Wal Nahi Munkar' adalah garis lurus yang terbesar dalam Islam. Jika kita terus membiarkan kemungkaran itu dilakukan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mencegahnya, pastinya kita akan turut sama merasa tempias bala yang menimpa.


20120622

Anggota tentera kita dilatih makan monyet dan katak?

Agak mengejutkan beberapa gambar yang dipaparkan di laman web maahadsas.edu.my yang kemungkinan besar menunjukkan anggota tentera Malaysia yang beragama Islam diberi latihan kelangsungan hidup (survival) cara menangkap, memasak dan memakan monyet, katak dan beberapa binatang liar di hutan.

Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal jawab agama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : “Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.”

Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam isu latihan ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?

Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM?

********************
Jual diri kerana terdesak
Harian Metro Ahad 19 Jun 2005

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN Kuala Lumpur

JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak
terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

***************
ARKIB : 28/06/2005
Tiada alasan boleh melacur kerana darurat

Saudara Pengarang,

Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan.

- ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak.


Sumber berita :


20120621

Bumbung sekolah di Rembau belum dibaiki sejak Dis 2011?

Saya dikhabarkan beberapa bumbung di asrama Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abu Hassan Bin Haji Sail (Sekolah Menengah Agama Pedas) telah tercabut akibat ribut sejak bulan Disember 2011 sehingga kini masih belum dibaiki.

Ini mengakibatkan beberapa pelajar terpaksa menumpang di beberapa bilik lain termasuk bilik TV. Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada para pelajar berkenaan.

Ini adalah perkhabaran yang saya terima. Mungkin ibu bapa yang ada anak mereka di sekolah ini boleh memberikan gambaran sebenar, adakah ianya sudah dibaiki atau sebaliknya. Lebih baik jika ada gambarnya sekali.

Sekolah ini terletak di DUN Chembong, dimana wakil rakyatnya dari Umno. Saya kira seandainya sekolah ini terletak di DUN Paroi atau DUN Sikamat atau DUN Ampangan, atau pun mungkin di Selangor, Kedah, Kelantan lebih-lebih lagi di Pulau Pinang kemungkinan ianya akan menjadi tajuk utama Buletin Utama serta Utusan.

Siapa Sultan yang angkat batu dan pasir untuk bina benteng?

Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel

 “Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.

Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.


Muhammad al-Fateh       

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih?

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria).

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.

Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Masih Tiada Bekalan Elektrik Walaupun Bukan di Pendalaman Sarawak

Aduan Rakyat , 21 Jun 2012  

Saya hairan sekali mengapa Kampung Sungai Pinang, Jerok & Sungai Tapang Simunjan di langkau tanpa ada bekalan elektrik?  Adakah kerana kami, penduduk2 kampung terlalu baik sampai Kerajaan memberi keutamaan kepada Kampung2 lain yang selalu mengundi pembangkang?  Kebanyakkan yg mengundi pembangkang di utamakan.  Abok, Telagus, Nyelitak etc.. semuanya pengundi parti pembangkang.

Tetapi mereka sekarang dah senang lenang dapat menikmati bekalan elektrik 24jam.  Bill elektrik lagi murah berbanding membeli minyak ron95 tiap2 minggu kerana memakai generator. 

Adakah ini taktik memancing undi?  Saya rasa tak puas hati, kerana kampung kami (Sungai Pinang) bukannya pendalaman.  Lagipun dekat kampung kami adalah stesen penternakan (Jabatan Pertanian).  Dulu ada biri2, sekarang tinggal rusa.  Bila lagi nak merasa bekalan elektrik 24jam?  Minyak makin lama makin naik dan membebankan.  Setakat bagi generator memang tak berbaloi.  Baru setahun dah rosak.

Janganlah pihak terbabit mengambil kesempatan terhadap penduduk yang baik hati sampai orang lain didahulukan.  Bagilah orang-orang yang duduk kampung merasa bekalan elektrik sebelum ajal mereka sampai.

Bosan dengan taktik sekarang memancing undi.

Sekian…

By: Mira

Bekas tahanan ISA dakwa ramai dipukul, dikencing

21 Jun 2012 - Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan.

Insiden itu bukan dilakukan oleh polis, seperti yang didakwa dalam satu nota yang didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem.

Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.

"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.


SIRI JELAJAH NEGERI SEMBILAN JUN 2012

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah Wan Ariffin, Siti Fareedah, Ramlan Roes, Ust. Fairos Mat Isa, Norwani Ahmat & Taufek Abd Ghani 
Tarikh : 21/06/2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Mustaqim, Tmn Pinggiran Senawang, Senawang

JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Bersama : Dato' Husam Musa, Taufek Abd Ghani, Dato' Kamarul Ariffin, Loke Siew Fook & Dr Rosli Yaakop 
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Kg Mulia, Pekan Rembau (depan Pej Daerah Rembau), Rembau

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Saleh & Abd Rahman Ramli
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Pasoh 2, Jelebu (rumah Sahak Tukang), Jelebu

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dato' Husam Musa, Tony Pua Kian, Hanipa Maidin & Zulkefly Mohd Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw. Kg Panchor, Rumah Kedai, Tmn Ampangan, Seremban

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Salleh, Dr Rafie Malik, Nazree Yunus, Nasaei Ismail & Norwani Ahmat
Tarikh : 24/06/2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat :  Kg Sawah Raja, Kota (rumah Hj Md Noh), Rembau

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah, Siti Zailah Mohd Yusoff, Dr Badrul Amin & Zulkefly Mohd Omar 
Tarikh : 25/06/2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw Ampangan, Bt 3, Jln K. Pilah, Kg Gedung Lalang Lama (sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban

CERAMAH ISU SEMASA
Penceramah : Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Dato' Arif Sabri & Wan Aishah 
Tarikh : 26/06/2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : No 11, Peringkat 6, Felda Bukit Rokan (rumah Raja Herman Syah), Bukit Rokan, N.Sembilan

ISA: Unit pengesan bom serbu, pintu rumah dipecah

20 Jun 2012 

KUALA LUMPUR: "Masa polis datang tangkap suami saya, mereka ketuk pintu dengan sangat kuat, tak ada seorang pun beri salam, terus pecahkan pintu," cerita isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Isteri (ISA) Mustawan Ahbab.

Khairunizah Mohd Akhir, 36 menceritakan kembali detik-detik penangkapan suaminya pada sidang media bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di lobi Parlimen hari ini. Turut serta ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau berkata, kira-kira 30 polis termasuk unit pengesan bom menyerbu dan menyelongkar barang-barang di rumah mereka pada 11 Ogos 2010 iaitu hari pertama Ramadhan.

"Mereka tangkap dan terus gari Mustawan dan telefon kami dirampas dan dimatikan.

"Tak ada waran tangkap, bila kami tanya kenapa tangkap mereka tak cakap salah apa tapi beritahu  suami saya ditahan dua minggu di Bukit Aman dan minta saya sediakan pakaian Mustawan untuk dua minggu.

"Polis kata saya boleh melawat Mustawan tiap-tiap hari tapi saya pergi tak dapat jumpa pun. Dah seminggu lebih barulah boleh jumpa," katanya.

Mustawan, 34, merupakan warga Indonesia dan sudah  lima tahun menetap di Malaysia.

Eksekutif pemasaran di sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur itu ditangkap kerana didakwa menganggotai Jamaah Anshorut Tauhid yang berpengkalan di Indonesia yang disifatkan sebagai pengganas antarabangsa.

Mustawan dituduh menjadi agen bagi mengumpulkan dana untuk pergerakan itu di Malaysia.

Sehingga hari ini, Mustawan masih ditahan di Kem Kamunting bersama 44 yang lain.

Sementara itu, bapa kepada seorang lagi tahanan, Fadzullah Abdul Razak kecewa anaknya dituduh melakukan tiga rompakan tetapi tidak dibawa ke mahkmah untuk dibicarakan.

Abdul Razak Mohd, 54 berkata, keluarganya sangat berharap kerajaan menunaikan janji untuk membebaskan anaknya dan kesemua tahanan ISA.

Fadzullah yang ditahan di bawah ISA sejak Julai 2010 merupakan salah seorang yang menyertai mogok lapar bulan lalu menuntut pembebasan dari Kemta.

"Jumpa dengan Fadzullah baru-baru ini, memang dia kata dia nak sangat bebas dari Kemta sebab tak tahu apa salah dia," katanya.

Turut hadir ibu Fadzullah, Hadijah CP Veeravu, 51.


20120620

Ceramah Umum 26 Jun 2012 di Gemencheh

CERAMAH UMUM
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Dato Arif Sabri (Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan)
Aishah (Bekas Artis/Penyanyi)
Tarikh : 26 Jun 2012, Selasa
Jam : 9 mlm
Tempat : No 11, Pkt 6 Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan (rumah Raja Harman)

Siapakah Sultan yang tidak tinggal di istana megah?

Siapakah Sultan yang tidak tinggal di istana megah serta bersifat pemaaf disamping menyemarakkan sambutan Maulid Nabi serta telah membebaskan Palestin atau Al Aqsa atau Jerusalem atau Baitul Maqdis?

Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din ( 1138 – 4 Maret 1193 m) adalah seorang jendral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Irak saat ini) saat ayahnya menjadi penguasa Seljuk.

Di Yerussalem, Salahudin kembali menampilkan kebijakan dan sikap yang adil sebagai pemimpin yang shalih. Mesjid Al-Aqsa dan Mesjid Umar bin Khattab dibersihkan tetapi untuk Gereja Makam Suci tetap dibuka serta umat Kristiani diberikan kebebasan untuk beribadah didalamnya.

Salahudin berkata :” Muslim yang baik harus memuliakan tempat ibadah agama lain”. Sangat kontras dengan yang dilakukan para pasukan Salib di awal penaklukan kota Yerussalem (awal perang salib), sejarah mencatat kota Yerussalem digenangi darah dan mayat dari penduduk muslimin yang dibantai.

Sikap Salahudin yang pemaaf dan murah hati disertai ketegasan adalah contoh kebaikan bagi seluruh alam yang diperintahkan ajaran Islam.

Salahudin Al-Ayubi tidak tinggal di istana megah. Ia justru tinggal di mesjid kecil bernama Al-Khanagah di Dolorossa. Ruangan yang dimilikinya luasnya hanya bisa menampung kurang dari 6 orang. Walaupun  sebagai raja besar dan pemenang perang, Salahudin sangat menjunjung tinggi kesederhanaan dan menjauhi kemewahan serta korupsi.

Salahudin berhasil mempertahankan Yerussalem dari serangan musuh besarnya Richard The Lion Heart, Raja Inggris. Richard menyerang dan mengepung Yerussalem Desember 1191 dan Juli 1192. Namun penyerangan-penyerangannya dapat digagalkan oleh Salahudin. Kepada musuhnya pun Salahudin berlaku penuh murah hati. Saat Richard sakit dan terluka, Salahudin menghentikan pertempuran serta mengirimkan hadiah serta tim pengobatan kepada Richard. Richard pun kembali ke Inggris tanpa berhasil mengalahkan Salahudin.

Semasa hidupnya Salahudin lebih banyak tinggal di barak militer bersama para prajuritnya dibandingkan hidup dalam lingkungan istana. Salahudin wafat 4 Maret 1193 di Damaskus. Para pengurus jenazah sempat terkaget-kaget karena ternyata Salahudin  tidak memiliki harta. Ia hanya memiliki selembar kain kafan yang selalu di bawanya dalam setiap perjalanan dan uang senilai 66 dirham nasirian (mata uang Suriah waktu itu).

Sampai sekarang Salahudin Al-Ayubi tetap dikenang sebagai pahlawan besar yang penuh sikap murah hati.