Kepada mereka yang berminat, sila layari http://usahawann9.blogspot.com
20120531
Diragut selepas sidai kain
Diragut selepas sidai kain
30 Mei 2012
Seorang warga emas terkejut dan trauma apabila dia menjadi
mangsa samun di hadapan rumahnya sendiri ketika baru sahaja menyidai pakaian di
Rumah Rakyat Chengkau, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa, Halifah Ghani,
60, didatangi seorang lelaki berusia awal 20-an dan berkulit hitam membonceng
sebuah motosikal jenis Yamaha 125 bertanyakan arah jalan menuju ke Kuala Pilah,
sementara seorang lagi menunggu di motosikal.
Menurutnya, dia kemudiannya bertanyakan kepada jirannya,
Norhazira Zanior, 25, arah jalan berkenaan dan sebaik menoleh secara tiba-tiba
lelaki berkulit hitam berkenaan terus menyentap gelang tangan emasnya yang
dianggarkan bernilai RM6,000.
"Mak cik terkejut dan sempat menghalang budak lelaki
berkenaan, namun dia memegang pergelangan tangan begitu kuat.
"Selepas gelang emas direntap, mak cik ditolak ke
belakang dan dia bersama tiga lagi rakannya kemudiannya melarikan diri dengan
motosikal jenis Yamaha 125 berwarna hitam serta merah," katanya ketika
ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Halifah berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan sejak
30 tahun lalu dan kejadian berkenaan membabitkan samun pada waktu siang itu
pertama kali berlaku sedangkan sebelum ini tiada kenderaan mahupun motosikal
mencurigakan berlegar-legar di sini.
"Namun hari ini (semalam) makcik terperanjat dan tidak
menyangka akan menjadi mangsa samun," katanya.
Sementara itu, Norhazira berkata, pada pagi kejadian, dia
sememangnya sudah berasa tidak sedap hati dan duduk di hadapan pintu pagar
sebelum kejadian samun berkenaan berlaku dalam sekelip mata.
Menurutnya, dia tidak sempat membantu Halifah walaupun sudah
menjerit akibat risau melihat dua lagi rakan penyamun berkenaan yang menaiki
sebuah lagi motosikal menunggu di belakang dan menunjukkan tanda isyarat supaya
diam.
"Selepas penyamun berkenaan melarikan diri, saya
bergegas mendekati mangsa untuk menenangkannya.
"Bagaimanapun saya hanya dapat mengecam jenis motosikal
dan warnanya sahaja kerana nombor plat yang digunakan begitu kecil,"
katanya
PLKN , Kem Usang Dan Daif, Inikah Layanan Kepada Wira & Wirawati Negara?
Harap pihak MLKN dan JLKN dapat menyiasat artikel berikut. Benarkah apa yang diceritakan dalam laporan bergambar di blog berikut http://drysheet.blogspot.com/2012/05/plkn-kem-usang-dan-daif-inikah-layanan.html ?
20120530
Keluhan graduan IPTS yang berhutang dengan PTPTN
Apakah ada kebenarannya keluhan di bawah ini? Adakah PTPTN lebih banyak menguntungkan kolej swasta/IPTS?
Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima
Aduan Rakyat 30 Mei 2012
SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),
kini mula tertekan gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran
hanya menerima permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan
program itu yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.
Pelajar terbabit turut tertekan pengambilan pelajar IPTS
dalam program itu kemungkinan tidak mengambil kira unjuran pengambilan guru
ditetapkan Kementerian Pelajaran yang dengan sendirinya menutup peluang mereka
menjadi guru.
Ini ditambah dengan pelanjutan usia persaraan wajib daripada
58 tahun kepada 60 tahun seperti diumumkan dalam Bajet 2012 yang dikhuaitiri
menutup peluang graduan kolej dan universiti swasta menceburi profesion
keguruan.
Inikah cara kerajaan mengutamakan rakyat? Pinjaman ptptn
sebanyak hampir rm50,000 mcm mana pelajar itu nak membayar? Kenapa lulusan
sekolah cina kerajaan boleh terima jadi guru? Takut ke kepada persatuan cina
kerana undi untuk pru 13? jika kerajaan tidak mengiktiraf ijazah ipts kenapa
diberi lesen kpd ipts untuk jalan kursus ijazah pendidikan? apa gunanya dan
maknanya diberikan taraf MQA kepada ipts tersebut?
Nama ipts pun sempena nama EX PM Tun Abdul Razak. Tdak ada
standard ke ipts tersebut? Kursus tersebut sudahlah mahal kerja pula tak
diberikan. Apa nak jadi kepada org2 kampung mcm kami yg teraniaya ini? Mungkin
pembangkang boleh tolong kami mengatasi masalah kami.Tunggulah pada PRU 13
ini.Kami akan tunjukkan kuasa kami.
Ipts pula tidak memberitahu bakal2 pelajar bahawa pekerjaan
tidak dijanjikan atau bla bla. sampai masa nak habis kursus baru ipts tersebut
mengatakan kerja tiada dan tak layak kerja dgn kerajaan.Duit ptptn habis
disedut. ini salah siapa dan siapa tipu siapa?
Faktanya yang menjadi mangsa adalah orang2 kampung seperti
kami. Inilah permainan orang2 bandar yang cerdik/kaya kebanyakan nya kroni
kerajaan.
PM nak rasa denyut nadi rakyat tapi kroni2nya sedut darah
rakyat. Adilkah kerajaan kita hari ini???
By: JH Rahman
PERINGATAN:
AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan
melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya
menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.
20120529
Kerajaan mesti bertanggungjawab, bayar pampasan – Ibu mangsa rempuhan
PUTRAJAYA 28 Mei 2012 : Tujuh sekawan yang mahu menyaksikan acara lumba kereta semasa Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung 23 hingga 27 Mei lalu meninggalkan sejarah hitam kepada Fairuz Jalaludin, 27, yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ dalamannya.
Fairuz antara tiga mangsa lain yang masih kritikal sementara
dua lagi rakannya, Muhamad Iskandar Rasiq Shaari, 20, mengalami masalah di
bahagian usus dan Ami Nakim, 27, patah kedua-dua kaki dan tangan. Kesemua
mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.
Fairuz yang bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun
depan terpaksa melakukan pembedahan membuang limpa ekoran rempuhan kuat kereta
sehingga mengakibatkan limpanya hancur.
Menurut ibunya, Hamidah Zainal Abidin, 51, beliau yang hanya
mengetahui lebih kurang jam 1.00 pagi Ahad lalu selepas diberitahu sendiri oleh
tunang Fairuz terus bergegas ke hospital.
“Apabila dapat panggilan, mak cik tak boleh gambarkan
perasaan risau, bimbang dan takut.
“Mak cik langsung tak boleh tengok gambar dia, sedih sangat.
Pak cik pulak tak boleh langsung tengok orang kemalangan,” katanya ketika
ditemui di hospital hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Naib Presiden KEADILAN,
Nurul Izzah Anwar dan N Surendran menziarah
Fairuz di bilik rawatan.
Bagaikan mimpi ngeri melihat keadaan Fairuz terlalu kritikal
kerana terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), membuatkan Hamidah yang
bekerja sebagai guru tadika terlalu sebak memikirkan masa depan anaknya.
“Mak cik daripada malam itu terus berjaga, tak boleh tidur,
makan pun tak ada selera, risau sangat. Kaki belah kirinya juga terkoyak, tapi
dah dijahit.
“Semua limpa dia kena buang sebab doktor beritahu limpa dia
hancur. Akibat itu, pertahanan badannya tidak kuat. Dia juga terpaksa
bergantung kepada antibiotik selama tiga tahun,” katanya sebak.
Tegas Hamidah, beliau mahu kerajaan dan penganjur
bertanggungjawab serta membayar pampasan.
“Mak cik nak penganjur tanggung segala kos dan kerajaan
bayar pampasan kepada anak mak cik. Kerajaan mesti bertanggungjawab sebab
mereka yang anjur.
“Semalam, Menteri (Datuk Seri Shabery Cheek) hanya datang
melawat, beliau tidak beri jaminan apa-apa pun. Hanya tanya keadaan Fairuz
sahaja,” kata ibu anak empat itu.
Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan tindakan
penganjur yang tidak habis-habis menyalahkan anaknya yang didakwa tidak
mengikut arahan.
“Dia (kerajaan) salahkan budak-budak ni, tapi bagi mak cik,
pihak penganjur kena bertanggungjawab dari segi keselamatan.
“Penganjur ada datang hari Sabtu dan Ahad, tapi mereka
salahkan anak mak cik yang tidak ikut arahan, tapi bila mak cik tanya
kawan-kawan dia, mereka cakap penganjur tak bagi apa-apa arahan pun,” kata
Hamidah lagi.
Himpunan Belia saji hiburan melampau, ketepi kerohanian
KUALA LUMPUR 28 Mei 2012 : Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) kesal dan kecewa kerana Himpunan Belia ‘menyajikan’ lebih banyak hiburan berbanding program keilmuan dan kerohanian.
Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, program
hiburan melampau bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah
mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat di Malaysia.
“Belia wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian
supaya perkembangan belia seimbang.
“Projek membangunkan belia perlu melalui kebajikan seperti
pendidikan percuma, prasarana sukan dan kebudayaan yang lengkap bagi di kawasan
pedalaman.
“Institusi belia yang efektif juga perlu diwujudkan bagi
mengurangkan pengangguran dan membantu ekonomi belia,” katanya dalam satu
kenyataan.
Menurut Akram, dalam keghairahan kerajaan membangunkan
belia, mereka terlupa perkara asas yang menjadi tonggak iaitu kerohanian.
Akram berkata, kerajaan terpesong dari matlamat asal untuk
membangunkan konsep wasatiyyah.
“Wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik
lalu dicampur dengan separuh yang buruk.
“Kesilapan memahami konsep ini mencemarkan pandangan
masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan Islam untuk mencantikkan
yang buruk,” katanya.
Himpunan Belia di Putrajaya hujung minggu lalu menyaksikan
pelbagai acara hiburan disajikan kepada pengunjung.
Kemuncak himpunan dicemari kemalangan melibatkan acara
perlumbaan kereta apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang
dipandunya.
Empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke
Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami
pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki.
Dato Seri Anwar di N.Sembilan 1 Jun 2012
Program Dato Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 1 Jun 2012
CERAMAH UMUM
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Pejabat PKR, Taman
Desa Puteri, Bahau (DUN Jeram Padang)
CERAMAH PERDANA
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al-Falah, Taman
Desa Rhu, Sikamat Seremban
20120528
Ramai rakyat Malaysia tidak mampu miliki rumah
Ini baru penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. Bagaimana dengan pengawal keselamatan, pekerja kilang, kerani, tukang cuci, penghantar surat dan sebagainya. Di Seremban sahaja ketika ini harga rumah melambung tinggi. Rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik paling kurang pun harganya sekitar RM160,000.00
Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah, kata Cuepacs
28 Mei, 2012
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena
itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu.
MACHANG: Kongres
Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60
peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di
Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena
itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk
mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
“Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang
dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar
diturunkan kepada 1 peratus,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang
berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah
kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan
supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara
tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.
“Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun
ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu,” katanya .
Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan
penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis
panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.
Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan
mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun
Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.
Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada
anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui
penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB).
-Bernama
Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah
MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) mendapati, kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan
bawah RM3,000 sebulan, terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah
sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena
itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk
mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang
dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar
diturunkan kepada satu peratus," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Kem Motivasi Anak Hebat
Kem Motivasi Anak Hebat (KOMBAT)
4-6 Jun 2012, di SMKA Hj Hasan Sail,
Pedas, N.Sembilan
Terbuka Kepada Semua Pelajar Berumur
13-17 Tahun
Hubungi Segera: 013-2756192
013-6613614
20120527
'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'
'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu
gaji?'
26 Mei 26 - Malaysiakini
Sekumpulan pekerja Burma menyatakan
perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis dan imigresen ke
setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon bimbit dan
wang tunai RM11,000 dirampas.
Di samping itu, 14 orang turut ditahan.
Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis
dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di
rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.
Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku
sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang
berdekatan.
"Saya percaya mereka memerhati
dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George
Harrison yang mewakili pekerja asing itu.
Pembantu jemaah paderi itu memberitahu
Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja
yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.
Jom kita bantu bina bilik mandi jenazah Surau PPR
Dari Blog Sdr Rozmal;
Jom kita bantu bina bilik mandi jenazah
Surau PPR
Sabtu 26 Mei 2012 , saya baru pulang
mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Surau PPR Senawang. Penduduk
PPR Senawang begitu mengharapkan sebuah bilik untuk pengurusan dan
mandi jenazah. Sudah 4 kali pengurusan jenazah dilakukan sebelum ini
ditepi surau di tempat yang terbuka ditutupi dengan kanvas.
Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan
Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan kawasan perumahan kos
rendah untuk mereka yang kurang berkemampuan terletak bersebelahan
dengan Taman Jasmin
PPR Senawang yang mula didiami pada
tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak
420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di
sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.
PPR Senawang mempunyai 2 buah surau
yang dibina di tingkat bawah. Surau di Blok M1 adalah untuk kegunaan
penduduk di 12 buah blok, yang dianggarkan sejumlah 2000 orang yang
beragama Islam.
Kedua-dua buah surau di PPR Senawang
ini tidak mempunyai bilik pengurusan serta mandi jenazah.
Surau ini berkeluasan sekitar 20 meter
panjang dan 10 meter lebar.
Kawasan lapang tepi surau yang
berkeluasan 5 meter X 5.3 meter adalah amat sesuai didirikan bilik
mandi jenazah tersebut.
Anggaran kos pembinaan bilik mandi
jenzah ini adalah sekitar RM 15,000.00
Usaha sedang dilakukan oleh pihak AJK
Surau untuk mengutip sumbangan dari kalangan penduduk dan beberapa
sumber lain untuk membina bilik mandi jenazah ini , namun ianya masih
belum mencukupi.
Kepada mereka yang ingin menyumbang
untuk pembinaan bilik pengurusan dan mandi jenazah Surau Blok M1,
Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang boleh disalurkan melalui akaun
berikut ;
Nama akaun : SURAU BLOK M-1 RUMAH
PANGSA PPR BERSEPADU
No akaun : 0507-0001400-20-4
Bank : CIMB Islamic (Senawang)
atau boleh juga menghubungi Pengerusi
Surau PPR Senawang Encik Ramlee bin Mahadi di talian 017-6163508
juga boleh dialamatkan ke :
Surau Blok M-1, Rumah Pangsa PPR
Bersepadu Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan
No Pendaftaran Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam N.Sembilan : PANS 196(09) 753-1/73
Gambar keadaan semasa tempat mandi
jenazah dan sekitar Surau PPR Senawang di
http://waghih.blogspot.com/2012/05/jom-kita-bantu-bina-bilik-mandi-jenazah.html
20120525
Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN
Harakahdaily, 25 Mei
2012
KUALA LUMPUR:
PAS menyifatkan PTPTN kini menjadi sumber kewangan untuk mengkayakan kroni Umno
dalam perniagaan pendidikan mereka.
Tanpa menolak ada kebaikan yang dibawa PTPTN tetapi masalah
yang dihadapi negara sekarang adalah penyalahgunaan tabung ini untuk
kepentingan kroni ekoran kerangkanya yang tidak sihat.
Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly
Ahmad, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau mengulas kejayaan wakil Pakatan Rakyat dalam debat
PTPTN, Rafizi Ramli baru-baru ini yang disifatkan beliau berjaya menyampai
mesej PTPTN perlu dimansuhkan dan digantikan dengan pendidikan percuma.
Dr Dzulkefly juga melahirkan rasa kebimbangan dengan usaha
Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang cuba mewajibkan semua pelajar
lepasan SPM menyertainya kerana unsur salah guna kroni juga sudah berlaku
sekarang.
"Saya mendapat maklumat tentang sebuah kolej swasta
yang kini sedang 'memaksa dan menuntut' PTPTN membuat bayaran RM15 bilion untuk
membiayai pelajar mereka mengikuti kursus jururawat yang dikenakan RM90,000
seorang untuk seluruh pengajiannya," beritahu Dr Dzulkefly.
Kolej swasta ini, katanya, menawarkan kursus jururawat
dengan jaminan kononnya kerja terjamin.
Atas alasan itu, kolej-kolej ini mengenakan yuran yang
tinggi kepada pelajarnya dan yuran ini diperolehi dengan membuat pinjaman
daripada PTPTN.
"Inilah bagaimana caranya kroni Umno ini memeras duit
rakyat melalui PTPTN ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Kini, kata Dr Dzulkefly , berlaku lambakan graduan kursus
jururawat dalam pasaran kerana
penawarannya sudah terlalu tinggi berbanding dengan keperluan negara.
"Sekarang kolej-kolej ini mula menuntut wang dari PTPTN
untuk pelajar mereka. Pelajar yang keluar pula tidak ada pekerjaan, bagaimana
mereka hendak bayar balik hutang ini.
"Hasilnya kerajaan yang terpaksa tanggung lalu membuat
pinjaman dari institusi kewangan untuk mengisi tabung ini sebagaimana yang
didedahkan Khairy (Jamaludin) dalam debat baru-baru ini," kata Dr
Dzulkefly.
Khairy dalam Debat PTPTN baru-baru ini memberitahu, PTPTN
membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa bank
untuk mengisi tabung PTPTN yang hampir kering itu.
Pelajar pula hanya perlu membayar balik pinjaman yang mereka
buat, manakala bunga atau faedah bank itu ditanggung oleh kerajaan, kata
Khairy.
Bagi Rafizi, kerangka tanggungan pendidikan melalui sistem
PTPTN itu menyebabkan negara menanggung terlalu banyak hutang dan akan sampai
masa kerajaan tidak mampu menampungnya lagi.
Sebelum masa itu sampai, beliau meminta PTPTN dikaji balik
dan Pakatan Rakyat mencadangkan pendidikan percuma ditawarkan kepada rakyat
negara ini.
Menurut Dr Dzulkefly,
sekurang-kurangnya 19 negara di dunia memberi ‘pendidikan percuma’ dalam
pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan di peringkat universiti.
Dari jumlah itu lapan negara yang tidak langsung mengenakan
yuran universiti: Argentina,
Brazil, Finland, Germany,
Iran, Mexico, Sweden dan Arab Saudi.
"Rafizi Ramli jelas sandarkan hujjah beliau bahawa
negara ini kaya. Benar, Bank Dunia mengiktiraf bahawa Malaysia adalah
antara negara terkaya di dunia diukur di segi ‘sumber per kapita’. Sudah tentu
sama atau lebih kaya dari kebanyakan negara tersenarai tadi," katanya.
Tegasnya, kata beliau, Rafizi berhujah bahawa negara yang
menjana RM181 bilion pendapatan setahun ini mampu memberikan pendidikan
percuma, seandainya rasuah dapat dikekang, ketirisan dikurangkan dan prioriti
diperbetulkan.
Projek Wakaf Pondok Bacaan Sekolah Agama
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai projek wakaf pondok bacaan Sekolah Menengah Agama sila dapatkan maklumat lanjut di http://pibgsmadklana.blogspot.com/2012/05/projek-wakaf-pondok-bacaan.html
20120523
Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT
Harap pihak yang berkenaan dapat
menyiasat aduan di bawah ini yang tersiar di laman web Aduan Rakyat.
Linguaphone mendesak dan memaksa
pelajar IPT
May 23rd, 2012
Saya pelajar dari IPTA, aduan yang
ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun
yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada
linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun
begitu sebaliknya yang terjadi.
Mereka menawarkan produk tersebut
kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk
berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan
kata-kata manis kepada kami.
Seterusnya mereka mendesak kami untuk
membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang
lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam
wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila
rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.
Akhirnya, kami di minta menandatangani
borang perjanjian dan setelah perjanjian termeterai barulah mereka
membacakan syarat-syarat perjanjian kepada kami.
Sekarang, syarikat berkenan tidak
putus-putus menghubungi saya untuk menjelaskan bayaran bulanan produk
berkenaan yang pada asalnya mereka membolehkan kami semua untuk
membayarnya pada bila-bila masa jika mempunyai wang.
Justeru itu, saya berasa amat tertekan
apabila didesak sedemikian kerana masih belajar dan tiada sumber
pendapat untuk menjelaskan bayaran berkenaan.
MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Kepada usahawan PKS Negeri Sembilan (Bumiputera) yang ingin menyertai MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Sambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) pada 25 Jun hingga 1 Julai 2012 bertempat di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sila dapatkan maklumat lanjut di http://usahawann9.blogspot.com/2012/05/mahans-2012.html
Kembara Soleh Remaja 5 ke 7 Jun 2012 di Seremban
KEMBARA SOLEH 1434 H
TEMA : “Remaja Hari Ini, Daie Masa Hadapan”
Tarikh : 5 - 7 Jun 2012 (Selasa - Khamis)
Masa : 8 pg - 5.30 ptg
Tempat : Dewan PJ Perdana, Paroi, Seremban
Terhad kepada 100 orang peserta ( 8 - 15 tahun)
Yuran : RM 40
Hubungi : Hafizi 016-9276965 , Hafizi 019-3337427
Antara Aktiviti Yang Disediakan:-
- Tahsin Al Quran
- Bengkel Ibadah Solat
- Eksplorasi Minda
- Tayangan Video
- Riadhah santai
Cara Pendaftaran
SMS kan
nama peserta beserta nombor kad pengenalan / sijil kelahiran ke nombor yang
tertera pada iklan
Cara Pembayaran
1. BANK IN ke akaun CIMB Islamic : EICLASS MAJU
(05130000759102) *
2. TUNAI ketika pendataran dihari pertama program.
* Untuk pembayaran BANK IN, sila simpan resit dan tunjukkan
kepada urusetia pendaftaran pada hari pertama program bagi tujuan bukti
pembayaran
Anjuran bersama : EIClass , iMumtaz , Sekretariat Mahasiswa
Timur Tengah
20120522
32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok
32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir
mahkamah esok
SEREMBAN 21 Mei 2012 : Rumah Ketua Cabang KEADILAN Rembau,
Badrul Hisham Shaharin dekat sini diserbu tujuh kenderaan polis kira-kira jam
2.20 petang tadi.
Menurutnya, seramai 32 anggota polis beruniform terbabit
memberi writ perintah ke mahkamah berhubung penglibatan beliua dalam
perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu.
“Mereka bawa surat arahan dan
minta saya tandatangan surat
perakuan untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi esok,”
katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.
Tambah Chegu Bard, beliau turut menerima dua surat
pertuduhan, iaitu kesalahan menghasut peserta perhimpunan Bersih 3.0 di bawah
Seksyen 188 yang dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 di bawah Akta 574 Kanun
Keseksaan.
“Manakala yang kedua adalah tuduhan melanggar perintah
mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka, di bawah Seksyen 42c dan 4(3) Akta
Perhimpunan Aman 2012 (736),” jelas beliau lagi.
“Bilangan polis yang begitu ramai seolah-olah ingin
menakutkan saya dan penduduk di kawasan sekitar.
“Mereka juga datang bersama jurukamera dan rakam video dan
gambar di dalam rumah, mungkin sebagai bukti saya terima dan faham isi surat yang diberi,”
katanya dihubungi Keadilan Daily.
Pada 15 Mei lalu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa
di mahkamah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959, kerana dituduh
melanggar arahan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.
20120521
Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid
Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak
dalam masjid
21 Mei 2012
NILAI: Berang dengan tindakan seorang
jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di
Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda
tersebut hingga koyak.
Kejadian berlaku malam tadi ketika
pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus
selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar di
sini.
"Tiba-tiba tok siak tersebut telah
meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya
dari belakang sehingga terkoyak.
"Jemaah yang lain menegur beliau
supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita
seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.
Menurut saksi itu lagi, kejadian
semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang
sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid
berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.
Kejadian kali pertama itu didakwa
berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk
Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.
Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih
itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid
berkenaan.
Namun tidak semena-mena, siak tersebut
meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak
membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.
"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya
berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.
"Sebelum ini, siak tersebut sangat
disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang
ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi
kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat,"
kata saksi itu lagi.
Lantas saksi itu menimbulkan persoalan
termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak
membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid
tersebut.
Atau juga siak tersebut mendapat
'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di
masjid.
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 27 Mei 2012 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pekan Dangi, Johol, N.Sembilan
Penceramah :
YB Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan,
Selangor )
Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua
Penerangan PAS N.Sembilan )
20120520
Mohon sumbangan untuk pembesaran Surau Vila Suria
Kepada mereka yang ingin turut serta menyumbang untuk pembesaran Surau Vila Suria, Bandar Warisan Puteri, Sikamat, Seremban sila dapatkan maklumat lanjut di http://surau-vilasuria.blogspot.com/2012/05/mohon-sumbangan-untuk-pembesaran-surau.html
Pelancaran UPU Chengkau 26 Mei 2012
CERAMAH UMUM
Serta Pelancaran Bilik Gerakan UPU
Chengkau
Tarikh : 26 Mei 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Chengkau,
Rembau (deret kedai lama pekan Chengkau)
Bersama :
Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)
Nazree Yunus (Naib Ketua AMK Pusat)
Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua
PAS Rembau)
Pn Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau)
Sahrizal (Exco Pemuda PAS Rembau)
Penduduk Chengkau amat perlukan hentian bas
Artikel berikut dari Blog Sdr Rozmal;
Penduduk Chengkau amat perlukan hentian
bas
Ahad 20 Mei 2012, saya baru balik dari
program ramah mesra bersama penduduk Chengkau, Rembau bersama
rakan-rakan saya. Kami menemui beberapa penduduk sekitar pekan dan
pasar Chengkau. Kemudian sahabat saya Kasbi mengajak kami pergi ke
rumah seorang penduduk di Kg Lada untuk menghulurkan sumbangan kerusi
roda untuk seorang warga emas di sana.
Sementara menunggu sahabat saya Kasbi
mengambil kerusi roda di rumahnya, kami menunggu dalam kereta
berhampiran hentian bas atau pondok menunggu bas tepi jalan utama
Rembau-Tampin di pekan Chengkau. Hentian bas tersebut di tepi jalan
dari Rembau menuju ke Tampin. Saya lihat ada seorang lelaki sedang
menunggu bas. Lama juga dia menunggu, saya ingatkan lelaki tadi
menunggu bas hendak ke Tampin. Tiba-tiba bila saya nampak ada bas
Southern dari arah Tampin menuju ke Rembau tiba, cepat-cepat lelaki
tadi melintas jalan.
Seram sejuk saya tengok lelaki tadi
melintas di jalan yang sibuk. Rupa-rupanya tiada hentian bas dari
arah Tampin ke Rembau di pekan Chengkau tadi. Yang ada cuma papan
tanda. Apabila Kasbi sampai, saya tanya dia, tak ada ke hentian bas
seberang jalan sana. Katanya dah lama tak ada, sejak dibuat projek
pelebaran jalan di Chengkau.
Lalu kami pun berbincang macamana kita
boleh menyelesaikan masalah ini dengan segera. Lalu kami pun
bersetuju untuk mencari sesiapa yang ingin mewakafkan hentian bas,
kemudian kami akan menulis surat ke Majlis Daerah Rembau untuk
menyatakan hasrat kami untuk membina hentian bas tersebut.
Kami pun bersetuju agar Tn Hj Roni yang
merupakan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Rembau untuk menulis surat ke
Majlis Daerah Rembau dalam masa terdekat ini.
Kepada sesiapa yang ingin mewakafkan
sebuah hentian bas di pekan Chengkau samada ingin menghulurkan
sumbangan atau melantik kontraktor sendiri untuk membinanya sila
hubungi Tn Hj Roni di talian 012-2268230 atau menghubungi saya
sendiri 012-2267406
Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.co
20120519
Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan
PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai
, Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang
telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula
beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu
ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.
Untuk memastikan matlamat pusat
pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang
baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat
belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3
buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak
panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.
Selain daripada memohon dana surau
pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan
pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi
sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan
sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari
pakaian pelajar RM15,000.00
Jumlah Keseluruhan RM335,000.00
Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun
atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)
Sebarang maklumat lanjut yang ingin
diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An
Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800
Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Email : admin@annajihah.com
Laman Web: http://www.annajihah.com
CERAMAH PERDANA
CERAMAH PERDANA
Bersama : YB Ir Khalid Samad, Tan Sri
Kadir Sheikh Fadzir, Shamsul Iskandar, YB Cha Kee Chin, YM Tunku
Harmy, Zulkefly Omat
Tarikh : 22 Mei 2012, Selasa
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Sungai Jai, Lot
644, Sg Bioh, Lenggeng, N.Sembilan
PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'
PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' SEREMBAN
Gerai No 6. Jalan Margosa 2,
Taman Bukit Margosa,
70400 Seremban
WAKTU RAWATAN : Setiap Ahad , 10 pagi -
5 ptg
PERAWAT :
Ust.Rohade 013-2178838
Ust. Mohd Alim 012-6902567
Ust. Hj Mohd Amin Karim 013-6473452
PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' LINGGI
Kg Baru Semin, Lubok Cina, 71150 Linggi
WAKTU RAWATAN : Setiap Sabtu , 2:30 ptg
- 5:30 ptg
PERAWAT :
Ust. Azahar bin Abu Bakar 012 - 9115480
Ust. Abd Rahman bin Abd Manap 019 -
6807163
Ust. Abd Ghani bin Ahmad Zaighu 012 –
6761187
20120518
Wabak TB dan kebanjiran pekerja asing
Kebanjiran pekerja dan warga asing bukan sahaja mendatangkan
pelbagai masalah sosial, bahkan wabak penyakit TB atau batuk kering.
Tuberculosis makes a comeback in Sabah
May 18, 2012
Illegal immigrants in Sabah
are being blamed for the fast spreading tuberculosis disease which was once
almost eradicated.
KOTA KINABALU: The
uncontrolled influx of illegal immigrants into Sabah
has spawned a lethal infectious disease, once thought to have been almost
eradicated.
Tuberculosis, more commonly known as TB, is killing people
on a weekly basis in Sabah and the spread of
the disease is being pinned on the immigrants who have been pouring over its
borders for years.
According to the health authorities here, Sabah
is the most afflicted state in the country with at least four people dying
weekly from the dreaded disease.
That works out to about 200 deaths every year from the
disease that was once thought to have been almost eradicated in Sabah.
The State Health Department said an average of 10 people are
diagnosed with TB in Sabah every week and most
of them are foreigners.
“Kota Kinabalu ranks the highest, followed by Tawau and Sandakan,” Sabah Health
Department assistant director (TB/Leprosy), Dr Richard Avoi told a health care
seminar here over the weekend.
The spread of TB, he said, is known to be closely associated
with poverty, overcrowding, alcoholism, malnutrition and drug abuse.
“It spreads easily in overcrowded, poorly ventilated places
and among people who are undernourished,” Dr Avoi said.
All Sabah’s major towns are
fertile grounds for the disease. They all have a large population of poor,
illegal immigrants from the southern Philippines
and Indonesia
living in shanty towns that have mushroomed in the state.
Infectious strain
What makes it worse, according to Dr Avoi, is that about 17%
of the immigrant TB patients and about 3% of locals suffering from the disease
do not complete their six-month treatment regimen leading to them being more
drug-resistant and for the disease to keep resurfacing.
The BCG vaccine injection given to babies is no guarantee that
one would not contract TB.
Other than pulmonary TB which infects the lungs, the other
strains of the disease infect the bones, skin, lymph nodes and even the brain.
The authorities official confirmation of the increasing
threat of the disease building to epidemic proportions has raised fears that
certain areas such as the crowded wet markets, shopping complexes and cinemas
that are popular meeting spots for the immigrant population, will become “no-go
zones” soon.
Those frequenting these places are already vulnerable if
they fail to take extra care, health officials have long warned.
The risk is high considering that TB, a contagious bacterial
infection that involves the lungs, but can spread to other organs, can infect
people of any age and once infected, the whole family and acquaintances in
contact with the carrier is at risk.
“Being about three feet away from someone with TB can
increase chances of getting pulmonary TB,” Dr Avoi told the seminar.
According to him, there would be a very high risk of getting
TB if one is, for instance, inside a long-distance bus with someone with TB
onboard.
This makes traveling by bus to the east coast towns like
Tawau, Lahad Datu, Semporna and Sandakan
to Kota Kinabalu, a journey of about eight hours, a risky business.
Curable disease
James Bagah, the president of Consumer Protection
Association of Sabah (Caps) said the revelation is alarming.
“We advise people to avoid if possible places where they
think they would be exposed to infectious diseases including the dreaded TB,”
he said in an immediate reaction to the prevalence of the disease when
contacted by FMT.
Bagah also said the authorities should increase TB awareness
talks as many were not aware of the growing threat of the disease in the state.
“I am concerned as there seem to be more and more people
coughing nowadays. You can see it for yourself everywhere … I hope its is just
the weather and not something serious like TB,” he added.
While the “good news” about TB is that it is curable, the
problem Sabah is facing is that its health
care services are overwhelmed and border control is almost non-existent.
20 kanak-kanak tak sekolah
18 Mei 2012
ULU JELEBU - “Gara-gara masalah jalan yang tidak diturap,
hampir 20 kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah kerana mengalami
kesukaran untuk berulang-alik dari sekolah,” kata Tok Batin Kampung Banir
Tengkor, Jasni Ngongok.
Menurutnya, dahulu ada van yang disediakan untuk mengambil
dan menghantar anak-anak Orang Asli di kawasan itu ke sekolah. Namun kini
perkhidmatan itu dihentikan kerana pemandunya tidak sanggup untuk berulang-alik
ke sini ekoran jalan yang teruk.
“Malah disebabkan selalu ponteng sekolah, ramai anak-anak di
kampung ini hilang minat untuk belajar,” katanya.
Jasni berkata, kampung itu sudah wujud lebih 50 tahun lalu,
namun penduduk di kawasan berkenaan masih ketinggalan dari segi kemudahan
jalan.
“Berikutan masalah itu, setiap hari kami berdepan risiko
kemalangan apabila laluan utama sejauh lebih 1 kilometer menghubungkan Kampung
Ulu Jelebu curam.
“Walaupun begitu kami terpaksa juga melaluinya untuk
melakukan rutin harian dan keluar ke pekan,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini, beliau pernah mengadukan masalah
itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ulu Jelebu,
namun jawapan yang diterima ialah tiada peruntukan untuk membuat jalan di
kampung berkenaan.
Jasni berkata, namun berlainan pula dengan kampung Orang
Asli lain seperti di Ulu Kelaka, Lakai dan Tohor semuanya ada peruntukan untuk
membina jalan.
“Malah, jalan baru turut dibina di Kampung Chennah sedangkan
keadaan jalan di sana
tidaklah seteruk di sini," katanya.
Menurutnya, motosikal milik penduduk juga sering kali rosak
gara-gara melalui jalan berbatu itu.
“Sekiranya hujan , keadaan jalan di kawasan ini akan
berlumpur dan ia merbahaya untuk digunakan,” katanya.
Sementara itu, penduduk, Razif Abu Hassan, 26, berkata,
berikutan masalah jalan itu, dia juga mengalami kesukaran menghantar isteri
yang hamil untuk membuat pemeriksaan di klinik.
Razif berkata, masalah itu bertambah rumit sekiranya ada
wanita yang mahu bersalin pada malam hari.
“Kawasan di sini sangat gelap dan jalan pula teruk, namun
saya terpaksa melaluinya kerana bekerja di luar kampung. Jika hujan, saya tak
dapat pergi kerja dan ini menjejaskan pendapatan saya yang terima gaji hari,”
katanya.
Peniaga kedai runcit, Mohd Khaidir Abdul, 50, berkata,
keadaan jalan tersebut turut membebankannya apabila kenderaan yang digunakan
untuk menjual barangan runcit di kawasan itu sering rosak.
“Saya berniaga di sini atas permintaan penduduk memandangkan
mereka sukar untuk ke kawasan luar akibat jalan yang teruk," katanya.
9,370 kes kenderaan terbakar di Malaysia dalam tempoh 5 tahun
Data dari laman web Bomba dan Penyelamat menyatakan dari
tahun 2004 hingga 2008 sejumlah 9,370 kes kenderaan terbakar. Presiden CAP, S.
M. Mohamed Idris mendesak agar siasatan dan laporan terperinci perlu
dikeluarkan demi keselamatan para pengguna.
PULAU PINANG 17 Mei 2012
Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris menunjukkan poster gambar
kenderaan yang hangus terbakar secara misteri termasuk Lamborghini Gallardo,
Peugeot Sport 308, Ferrari F430, Porche Boxter Sports dan Honda Civic katanya
pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN
Investigate cause of vehicle fires
Malaysia
has experienced a spate of vehicle fires of late, some of which involving
luxury cars and an SUV. These fires were not caused by collision as the cars
caught fire while they were moving and some others while they were parked. The
causes of these vehicle fires remain unexplained and unresolved.
Without proper knowledge of the causes of these car fires
and subsequent remedy, Malaysian car owners are subject to risks of loss,
injuries and even deaths. Malaysians also want to know how safe their cars are
from fires. Car fires are a huge problem all over the world involving hundreds
of thousands of vehicles yearly and it is time that the Malaysian authorities
do something serious about this deadly risk.
CAP calls for proper investigations of all vehicle fires and
the results of these findings to be made public. The reporting of all cases of
vehicle fires must be made mandatory so that our authorities can monitor and
study the problem.
CAP is alarmed at the number of vehicles going up in flames.
In the last 8 months alone the media reported 8 instances of various types of
vehicles going up in flames under mysterious circumstances. CAP believes that
there must be other cases which go unreported by the media. When CAP contacted
the Insurance Services of Malaysia for statistics we were told that they “do
not collate such statistics from the industry”.
According to the US Fire Administration there were 215,500
car fires in the year 2010, resulting in 310 deaths, 1,590 injuries and a loss
of US$1,376 million.
In Malaysia,
the following car fires were reported by the media in the last 8 months:
-- In September 2011, a Lamborghini Gallardo was reduced to
ashes at Bukit Damansara while the owner was taking the car for a warm-up spin.
When CAP wrote to BOMBA enquiring what was the cause of the
fire, we were told that it was due to a technical fault. The Ministry of
Transport replied, based on the BOMBA and JPJ reports, that it was due to fuel
leak. Such replies are simply not good enough an explanation of what is at
fault and whether the car manufacturer was liable.
-- In October 2011 a Peugeot Sport 308 which had been in the
garage of the owner suddenly burst into flames at midnight.
-- In March this year a Ferrari F430 while travelling along
the highway near Mantin was destroyed by fire.
-- A Porche Boxter Sports also experienced a fire in Malaysia while
it was being parked in March this year.
-- In October 2010, a Honda Civic 2.0L exploded into flames
2 hours after it had been parked in the garage of the owner in Sungei Petani.
BOMBA put out the fire and in their report said that the
fire started from the engine. Honda Malaysia reported that they did not find
any unusual symptoms to cause the fire. The insurance company removed the
wreckage and paid the claims but did not give any technical report. The car was
never seen again. The owner was unhappy that she was not given a proper report
and finally complained to CAP.
-- In April this year, a van was reported to have burst into
flames along the North-South expressway, near Sungiei Buloh
Hospital.
-- In January this year a bus ferrying passengers burst into
flames near Malacca.
-- In April this year, a SUV exploded when the owner started
the car in front of his house, in KL. He died a few days later.
It is surprising that exotic cars made up a high percentage
of these car fires. When expensive cars have such poor record of fire safety,
how safe are ordinary cars? It seems that cars are not designed and
manufactured safe.
When a safety defect is reported to manufacturers the
customers expect them to take it seriously and do an in-depth investigation.
However, this seldom or never happens in Malaysia. Instead, manufacturers
distance themselves from the issue after a brief visual examination and give a
one sentence statement.
The authorities should take this seriously and put in place
penalties for violations by manufacturers and suppliers. An exclusive
independent agency should be set up to cater to recall activities for road
vehicles in line with the National Highway Traffic Safety Administration in USA.
When modifications are done to a vehicle it has to be
approved by the Road Transport Department. Repair to cars also may cause
potential problems.
Therefore, workshops and auto workers should be certified
for the services. Auto spare parts, especially electrical parts and cables,
should conform to SIRIM Standards.
CAP calls on the authorities to implement the following:
-- Set up a body to register and investigate all vehicle
fires, determine causes and seek ways to remedy the problem.
-- Proper procedures should be in place for total write-off
of vehicles.
-- Car owners should be provided with a full report of the
investigations.
-- Compile statistics on vehicle safety defect and fires.
-- The compiled data should be used to ensure new vehicles
rolling out of plants are manufactured safe.
-- Ensure spare parts in the market conform to safety
standards.
-- Auto workshops should be certified to conform to good
standards of service.
-- Automotive technicians should be certified before they
handle safety parts of cars.
-- Set up a recall mechanism with an exclusive agency to
deal with all car recall activities.
-- Penalties should be put in place for violations by
manufacturers and suppliers.
Press Statement, 17 May 2012
20120517
Malaysia negara paling selamat?
Bukan budak serta wanita sahaja diculik ketika ini. Lelaki berpangkat Datuk pun diculik untuk mendapatkan wang tebusan. Semakin berani penjenayah ketika ini, mereka menculik disiang hari ketika Datuk tadi sedang makan tengahari bersama pekerjanya dalam restoran.
Datuk freed after ransom paid
Thursday May 17, 2012
KUALA LUMPUR:
A Datuk was kidnapped and held captive for 10 hours before he was released.
The 56-year-old who owns a construction business was
kidnapped by three men near Rawang at 1.40pm on Monday.
He was having lunch with his worker in a restaurant when he
was approached by the suspects. They dragged him to a car parked outside the
restaurant and bundled him into it before fleeing.
According to a source, the suspects contacted his family
members and asked for a RM100,000 ransom.
He said the family members dropped the money at an
undisclosed location a few hours later and the victim was released unharmed.
“He was dropped off at Kuala Selangor at about 11pm the same
night,” said the source yesterday.
20120516
Syiling baru menyusahkan?
Siapakah bijak pandai, juru runding, konsultan serta
kontraktor yang terlibat dengan pengeluaran syiling baru negara kita?
Syiling baru menyusahkan?
KUALA LUMPUR
15 Mei 2012 - Syiling baru yang diperkenalkan sejak 16 Januari lalu tidak
menggembirakan orang ramai kerana tidak praktikal dan ia masih belum dapat
digunakan secara menyeluruh.
Walaupun mereka memuji reka bentuknya lebih menarik
berbanding edisi lama, namun orang ramai yang ditemui berasa kecewa kerana ia
tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling.
Mereka berkata, walaupun sudah empat bulan ia berada di
pasaran namun syiling baru tidak diterima oleh mesin tiket tren transit aliran
ringan (LRT), telefon awam, meter letak kereta dan mesin air serta mesin layan
diri.
Wartawan Utusan Malaysia yang mencuba syiling baru itu
dengan mesin tiket di Stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa mesin air di kawasan
perumahan mendapati apa yang menjadi rungutan orang ramai itu memang ada
kebenarannya.
Langgan:
Catatan (Atom)





















