JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

20120331

Terapi Darussyifa 6 dan 20 April 2012 di Rembau


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 6 dan 20 April 2012 (Jumaat)

Masa : Maghrib

Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau

Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :

7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa

8.30mlm : Solat Isya

9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)

- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal

- Rawatan Penyakit Rohani

- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau.

Latihan air di semua kem PLKN digantung

30 Mac 2012, KUALA LUMPUR, (Bernama) - Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuatkuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam kenyataan, di sini.

Katanya menteri berkenaan turut memutuskan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem tersebut ditangguhkan sehingga memperolehi perakuan sah selamat daripada Kementerian Kesihatan.

"Sungguhpun Jabatan kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ianya boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira, namun arahan itu adalah bagi keberkesanan PLKN," kata Abdul Hadi.

Koleksi beberapa insiden di PLKN sebelum ini di http://beritaplkn.blogspot.com

20120330

Program Kafe Cinta 7 Apr 2012 di Seremban



PROGRAM KAFE CINTA
Tempat : Pusat Dakwah Islamiyyah, Paroi, Seremban
Tarikh : 7 April 2011, Sabtu
Masa : 8.30 pg - 1.00 tgh

Panelis :
Ustaz Norazman Amat (Unit Kaunseling MAINS)
Ustaz Sarip Adul (Universiti Malaysia Sabah)
Ustazah Fatimah Syarha binti Noordin (Penulis Novel Islami)
Omar Kassim (ISMA Seremban)

Yuran : RM5 Ahli , RM10 Bukan Ahli

Hubungi : Alif 013-6640318 , Khairunnisa 013-3943706

Anjuran : Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) N.Sembilan

Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa



KUALA LUMPUR 29 Mac - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.

"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tiong Lai berkata, mengikut perancangan Hospital Daerah Rembau akan mempunyai enam wad iaitu wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, wad geriatrik dan wad pemulihan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

20120329

Semakin mengelirukan Projek Hospital Rembau



Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Dato Kamarul Baharin Abbas telah bertanyakan status pembinaan Hospital Rembau. Menteri Kesihatan berkata bahawa proses tender telah siap pada 27 Mac dan kos projek ialah RM 122.6 juta dibina atas tanah seluas 45 ekar. Semakin banyak fakta yang mengelirukan mengenai projek ini.

Pertama : Jika rujuk laman web JKR , tender yang telah siap pada 27 Mac hanyalah Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah.

Kedua : Jika kos projek ialah RM 122.6 juta telah diumumkan awal, tidakkah ini menjejaskan proses tender Fasa 2 iaitu pembinaan Bangunan Hospital?

Ketiga : Menteri Kesihatan mengatakan projek dibina atas tanah seluas 45 ekar (RM 43.1 juta), sedangkan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan tanah dibina atas tanah seluar 20 ekar (RM 19.1 juta) pada harga yang dipohon oleh PKNS sebanyak RM 22 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar.

Keempat : Jika tanah yang terlibat ialah 45 ekar (RM 43.1 juta), bermakna 35 peratus kos projek, ialah kos tanah. Jika tanah yang terlibat ialah 20 ekar (RM19.1 juta) bermakna 15.5 peratus kos projek ialah kos tanah.

Kelima : Menteri Besar Negeri Sembilan pada laporan 25 Jan 2012 menyatakan antara faktor kelewatan projek ini ialah kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta. Kemudian laporan 15 Mac 2012 MB berkata antara faktor kelewatan projek ialah PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki. Yang mana satu faktor kelewatan projek yang sebenarnya.

Keenam : Pada tahun 2008 projek ini dianggarkan kosnya ialah RM 100 juta. Kontraktor mana yang hendak untung sampai RM 80 juta tersebut?

***********
March 29, 2012

KUALA LUMPUR: The government will kick-start the Rembau District Hospital project in May to fulfil a promise made during the 2008 general election campaign.

Health Minister Liow Tiong Lai, who made the announcement in Parliament today, said the project would cost RM122.6 million.

Liow said the hospital would be built on a 45-acre site and would have the capacity for 76 beds and a surgery room. About a dozen doctors would be stationed there permanently, he added.

“We completed the tender process on March 27 and construction works will start by the end of May,” he said. “We expect the project to be completed in three years’ time.”
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/29/khairy-gets-his-hospital/

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Hospital Rembau yang di pohon oleh penduduk Rembau telah diluluskan pembinaanya melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM ke-9). Namun ketika itu, pembinaan hospital ini di berikan kepada kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta.

Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar/

Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah)
Tarikh Iklan 27/02/2012
Tarikh ditutup 27/03/2012
http://rakan.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22031

Berita Harian 15 Mac 2012

Projek itu pada mulanya dirancang dilaksanakan pihak swasta, namun Kementerian Kesihatan mahu ia diletakkan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perubahan itu menyebabkan rombakan semula memakan masa.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaiamanapun, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS adalah RM18 sekaki.

Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html

Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau

REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive

Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan



PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Email : admin@annajihah.com
Laman Web: http://www.annajihah.com/

Status pembinaan Hospital Rembau



DEWAN RAKYAT
HARI KHAMIS, 29 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

6. PR-1251-L48302
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu; dan
(b) bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit.

http://www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/AUMDR29032012.pdf

Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat



Diharapkan kementerian serta agensi berkaitan diberi peruntukan yang secukupnya untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan kes di bawah ini. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang mendapat penahan petir seperti yang dilaporkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat

29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.

Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan modem dan peralatan komputer.

Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.

Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu bahaya kepada penghuni ataupun tidak.

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Peneroka berang dengan Pengurusan Felda



Peneroka berang dengan Pengurusan Felda

Kontraktor yang dilantik Felda gagal menjalankan kerja-kerja dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja- kerja kontraktor.

28 Mac 2012 TAMPIN: Seramai 200 peneroka dari Felda Bukit Rokan Utara di sini berang dengan sikap pengurusan Felda yang gagal bertanggungjawab dan menguruskan ladang kelapa sawit mereka dengan sempurna.

Dalam tinjauan FMT ke Tanah Rancangan Felda tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang mewakili peneroka tersebut, Said Dalil menjelaskan proses tanaman kelapa sawit dimulakan pada tahun 2004 dan selepas lapan tahun, pokok kelapa sawit yang sepatutnya sudah lama mengeluarkan hasil buah kelapa sawit masih tidak berbuat demikian. Sebaliknya saiz pokok amat kecil.

“Tempoh matang pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil ialah selama tiga tahun. Tetapi walaupun usia tanaman kelapa sawit telah mencecah lapan tahun, tetapi ia tidak mampu mengeluarkan hasil.

“Malah saiz pokok kelapa sawit kelihatan seperti baru setahun ditanam. Saya percaya ini semua berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pengurusan Felda yang tidak menguruskan ladang kelapa sawit ini dengan sempurna.

“Mereka melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menanam, membaja tanaman, ‘pruning’ dan membersihkan ladang kelapa sawit ini.

“Bagaimanapun kontraktor yang dilantik gagal menjalankan kerja-kerja tersebut dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja-kerja kontraktor,” jelas Said.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara, Nizam Ahmad pula berkata apa yang membuatkan beliau dan lain-lain peneroka berang ialah mereka dibebankan dengan hutang yang tinggi walaupun ladang kelapa sawit mereka tidak diuruskan dengan baik dan tidak mengeluarkan hasil.

“Contohnya dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan peneroka dari 2004 hingga 2010 saya dikenakan kos meracun sebanyak RM13,182.32. Sementara itu untuk kos baja pula saya dikenakan sebanyak RM17,918.37.

“Dicampurkan dengan bantuan sara hidup sebanyak RM1,400.00 sebulan sepanjang tempoh tersebut dan lain-lain perbelanjaan serta kos, hutang saya dengan Felda adalah sebanyak RM157,932.49 setakat 2010.

Tiada penyata jumlah hutang

“Bermakna jumlah hutang untuk 2011 sehingga 2012 tidak termasuk di dalam penyata ini. Saya ada meminta penyata terkini tetapi tidak diberikan oleh pengurusan Felda Bukit Rokan Utara,” kata Nizam yang juga merupakan anak peneroka.

FMT juga diajak untuk melawat ladang-ladang milik peneroka untuk melihat sendiri keadaan ladang kelapa sawit tersebut.

“Anda boleh melihat sendiri bagaimana keadaan ladang kelapa sawit yang sudah menjadi seperti hutan belantara. Ada sebahagian jalan juga dipenuhi dengan semak.

“Sepatutnya dalam tempoh tahun ini pokok kelapa sawit ini sudah tinggi dan mengeluarkan hasil tetapi anda boleh melihat bagaimana keadaan pokok yang masih kecil dan tidak subur.

“Jika ada pun pokok kelapa sawit yang mengeluarkan hasil, buah kelapa sawit itu tidak dipetik dan dibiarkan busuk,” jelas Nizam lagi.

Di akhir tinjauan, FMT cuba mendapatkan respon daripada pengurusan Felda Bukit Rokan Utara terutama daripada Pengurus Tanah Rancangan Felda tersebut, tetapi Abdul Jalal Ajad dikatakan sedang menunaikan Umrah di Mekah.

FMT juga cuba mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Pertanian Felda Wilayah Raja Alias, Mohd Nor Fikri Zulkifli yang baru sampai ke pejabat Felda Bukit Rokan Utara ketika FMT berada di dalam pejabat tersebut.

Walaubagaimanapun Mohd Nor Fikri berkata hanya Abdul Jalal sahaja yang boleh memberikan sebarang maklum balas berhubung soalan yang diajukan oleh FMT.

Apabila ditanya siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor di ladang peneroka, Mohd Nor Fikri berkata itu adalah tugas Pengurus Tanah Rancangan Felda terbabit. Ibu Pejabat Felda Negeri Sembilan terletak di Felda Wilayah Raja Alias yang juga dikenali sebagai Bandar Baru Serting.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, T Kumar pula mendedak Felda melupuskan hutang peneroka yang terbabit kerana masalah tidak menguruskan ladang kelapa sawit dengan sempurna adalah disebabkan kecuaian pengurusan Felda sendiri.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Zakaria Khalim; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/28/peneroka-berang-dengan-pengurusan-felda/

Serah kembali tanah ladang kami!



Seramai 150 peneroka berdemonstrasi secara aman di pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.

28 Mac 2012 SEREMBAN: Seramai 150 peneroka Kampung Serampang Indah dari Serting hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Mohamad Hasan di sini bagi mendesak campur tangan beliau agar memulangkan semula tanah perladangan mereka secepat mungkin.

Mereka yang turut mewakili 250 peneroka yang lain berjumpa Menteri Besar di Balai Pengawal pejabat beliau. Mereka menyerahkan memorandum meminta Mohd Hasan berunding dengan syarikat Thamarai Holding Sdn Bhd agar tanah perladangan mereka dapat dikembalikan semula kepada keseluruhan 400 peneroka di Kampung Serampang Indah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco), Abdul Rahman Ali Mohamad, 60, menjelaskan kronologi masalah yang membelenggu 400 peneroka terbabit timbul sejak 35 tahun lalu.

“Peneroka di sini membeli tapak kediaman seluas satu ekar dan tanah perladangan seluas 10 ekar daripada syarikat Gatco pada tahun

1977. Peneroka Bumiputera membayar RM4,000 manakala peneroka bukan Bumiputera membayar RM7,600.

“Pada tahun 1983, syarikat Gatco memperbaharui perjanjian dan melakukan pengubahsuaian dan keluasan tanah perladangan dikurangkan kepada lapan ekar.

“Gatco membuat pinjaman dengan dua buah institusi kewangan iaitu United Asian Bank dan Nederlandse Financierings-Maatschappijvoor Ontwikkelingslanden.

Bertolak dari masalah pengurusan, syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik.

Tanah perladangan dilelong

“Pada tahun 2004 tanah perladangan ini dilelong. Kami bersedia membeli tanah perladangan ini melalui koperasi dan kami telah membayar deposit sebanyak RM320,000.00 (earnest deposit) kepada Tetuan Singam and Young (Pelelong).

“Apabila kami ingin membuat bayaran peringkat kedua, pihak pelelong tidak mahu menerima bayaran dari kami atas alasan kami tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan lelong tersebut.

“Seterusnya tanah perladangan ini ditawarkan kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd dengan harga RM16 juta.

“Persoalannya kenapa pihak pelelong tidak meneruskan urusan lelongan dengan kami. Jika kami gagal membayar baki RM16 juta dalam masa yang ditetapkan, mereka boleh batalkan urusan ini,” jelas Abdul Rahman.

Abdul Rahman berkata mereka sanggup membeli tanah mereka pada harga RM18 juta dari Thamarai Holdings dan memohon jasa baik Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS).

Kuasa MB

Tetapi selama ini Menteri Besar dan PKNNS tidak mahu membantu mereka walaupun kuasa tanah terletak di bawah Menteri Besar.

Seorang lagi wakil peneroka Kampung Serampang Indah, C John pula berkata keadaan semakin meruncing apabila Thamarai Holdings sudah membawa masuk jentera dan jentolak untuk membersihkan tanah ladang (pokok getah) mereka.

“Masalah kami sudah berlanjutan selama 35 tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad pernah berjanji untuk membawa masalah kami kepada perhatian Menteri Besar namun sehingga ke hari ini janji tinggal janji.

“Oleh yang demikian pada hari ini kami datang ramai-ramai untuk meminta Menteri Besar campur tangan dalam masalah tanah ini dan berunding dengan Thamarai Holdings agar kami mendapat semula hak kami.

“Kami sanggup membeli balik dari Thamarai Holdings dengan harga RM18 juta.

“Sebelum ini Thamarai Holdings bercadang menjual tanah kami kepada kami pada harga pasaran iaitu dari RM25,000 hingga RM30,000 seekar sedangkan mereka membeli tanah kami dengan harga RM4,000 seekar.

“Kami memberikan masa tujuh hari kepada Menteri Besar dan jika beliau gagal selesaikan masalah ini, kami akan membawa masalah ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami tidak teragak-agak untuk membuat bantahan di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya”, kata John.

Orang tengah

Sementara itu drama demonstrasi aman dan penyerahan memorandum ini tidak berakhir apabila Mohamad Hasan ketika menerima memorandum berkata bahawa beliau akan menjadi orang tengah dalam masalah ini dan akan cuba berunding dengan Thamarai Holdings

Bagaimanapun selepas Mohamad Hasan menerima memorandum tersebut dan ketika baru meninggalkan peneroka terbabit terdengar laungan agar Mohamad Hasan menyelesaikan masalah ini dengan segera dari luar pagar oleh Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran.

Mohamad Hasan kembali semula ke Balai Pengawal dan berkata bahawa beliau tidak akan membantu peneroka sekiranya pembangkang campur tangan dalam isu ini.

Ini memaksa Abdul Rahman dan John menjelaskan kepada Mohamad Hasan bahawa isu ini tidak ada kena mengena dengan pembangkang dan ini merupakan masalah peneroka semata-mata.

Tanah milik syarikat swasta

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, Mohamad Hasan berkata masalah yang dihadapi oleh penduduk di tanah ladang ini sebenarnya bukan masalah kerajaan negeri.

“Tanah tersebut bukan milik kerajaan negeri sebaliknya milik syarikat swasta yang membeli tanah ladang itu melalui lelongan awam yang dibuat di mahkamah.

“Syarikat Thamarai Holding membeli tanah tersebut melalui lelongan awam dan kerajaan negeri tidak pernah menjual tanah tersebut kepada syarikat itu kerana segala urusan jual beli serta lelongan dilakukan di mahkamah dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

“Walaubagaimanapun kita akan berusaha berbincang dengan Thamarai Holdings bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

“Peneroka ini jangan terpengaruh dengan pihak lain yang cuba menghuru-harakan keadaan agar menjadi lebih sensasi.

“Saya pasti ada pihak lain yang cuma mempengaruhi peneroka dan membuat dakwaan bahawa kerajaan negeri yang jual tanah ladang itu kepada pihak luar sedangkan itu tidak betul.

“Janganlah terpengaruh dengan anasir luar. Siasat dulu dan faham betul-betul apa yang sebenarnya berlaku kerana masalah ini bukan satu perkara yang baru”, ulas Mohamad Hasan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/28/serah-kembali-tanah-ladang-kami/

Kejohanan Futsal Tertutup Remaja Rembau 2012



KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP REMAJA REMBAU 2012
Tarikh : 11 April 2012, Rabu
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Gelanggang Tertutup Sports Planet , Senawang

Yuran : RM 20/pasukan
Hadiah : Johan RM 100, Naib RM 75, Ke-3 RM 50, Ke-4 RM 25

KATEGORI
1. Bawah 15 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)
2. Bawah 12 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)

Anjuran : Surau Taman Alamanda dan Unit Amal Rembau.

Untuk penyertaan, penajaan hadiah atau pertanyaan sila hubungi :
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com

Untuk mengelakkan unsur judi dalam Kejohanan Futsal ini adalah dimaklumkan hadiah untuk kejohanan ini tidak diambil dari yuran penyertaan. Ianya ada hasil sumbangan individu atau mana-mana pihak yang menaja.

Justeru itu kepada mereka yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila salurkan ke akaun :
Nama akaun : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Bank Muamalat (Seremban)
No Akaun : 05010001181713

atau akaun Maybank 155126945930

Sila dapatkan syarat kejohanan dan borang penyertaan di http://suraualamanda.blogspot.com/2012/03/kejohanan-futsal-tertutup-remaja-rembau.html

*************

Hukum sertai pertandingan memancing

Soalan:SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?

Jawapan:

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.

2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.

3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.

4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.

5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

20120328

Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera


Berhati-hati mulai sekarang apabila menggunakan tandas awam atau apa-apa kemudahan awam.

Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera

28/03/2012 7:24pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

Pendedahan mengejutkan ahli Pekida

Sila tonton klip video berikut yang tersiar sebelum ini di rancangan Eksklusif TV1 pada hari Khamis 22 Mac 2012 jam 10.30 malam. Pendedahan mengejutkan ahli Pekida yang ditemuramah bermula pada minit yang ke 08:35


Penduduk kampung demo di pejabat MB N.Sembilan





200 orang Penduduk Kg Serampang Indah , Bandar Seri Jempol berdemo untuk tuntut Hak mereka yg hampir 30 tahun diabaikan kerajaan.

Ada 3 kali , rakyat berhimpun nak htr demo pada YAB MB NS :
(1) akhir tahun 2011 , sekumpulan orang Asal
(2) Hari ini 28 Mac 2012 , Penduduk Kg Gatco berkaitan isu Tanah (majoriti msykt India)
(3) Peneroka FELDA berkaitan isu generasi ke2 ...

utk Perkara (1) dan (2) MB akhirnya terpaksa akur dan turun jumpa Rakyat .

Tolong fikir Kenapa bila isu ke 3 berkaitan FELDA , MB langsung Tak nak layan dan hanya htr pegawai bawahan Terima memo tersebut?

Sorotan kisah nasib Penduduk Kg Gatco di bawah ini :

Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/04/janji-tak-tunai-dah-4-kali-pilihanraya.html

Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/04/apalah-nasib-pekebun-peneroka-nsembilan.html

Penduduk Kg. Gatco Hilang Kepercayaan Pada UMNO / BN http://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html

****************
Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

“Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

“Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya,” katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

“Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti,” katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

“Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia,” katanya.

Terasa dianaktirikan
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

“Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

“Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris,” katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

“Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran,” katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

“Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar,” katanya.

20120327

Landasan kapalterbang Rembau di Batu Hampar



Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

“Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang,” jelas beliau.

Sumber : http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Tender Hospital Rembau sekadar kerja-kerja tanah?



Pada 20 Feb 2012, Saudara Azizi selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau dalam Facebooknya telah menyiarkan artikel mengenai cadangan membina Hospital Rembau dimana gambar menunjukkan kawasan industri lot kosong milik PKNNS telah diratakan dan dipagar sekelilingnya.

Laman web JKR memaparkan tender untuk Hospital Rembau yang dikeluarkan setakat ini hanya Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah, yang tarikh tutup tender ini ialah pada 27 Mac 2012. Apakah proses kerja-kerja tanah sebelum ini, memagar sekeliling kawasan berkenaan dan meletakkan papan tanda bukan Kerja-kerja Tanah?

Bila pula hendak dikeluarkan tender Fasa 2 dan beberapa Fasa lain hingga siap sepenuhnya Hospital Rembau ini? Harus diingatkan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau ini telah diadakan secara besar-besaran pada Mac 2008 yang dihadiri pada ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan dan calon Umno untuk Parlimen Rembau.

Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah)
Tarikh Iklan 27/02/2012
Tarikh ditutup 27/03/2012
http://rakan.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22031

Tender Hospital Rembau selepas 4 tahun letak batu asas
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/tender-hospital-rembau-selepas-4-tahun.html

PKNNS menawarkan harga hampir RM 1 juta untuk seekar tanah iaitu RM 958,320.00 untuk tanah Hospital Rembau (RM 22.00 untuk sekaki persegi) .

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan RM 52,272.00 seekar (RM 1.20 sekaki persegi)
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html

Kemudahan pengangkutan untuk pelawat di Hospital Seremban



Alangkah baiknya kemudahan serupa dapat disediakan di Hospital Seremban. Ini memandangkan tempat letak kereta awam di Hospital Seremban di bawah kaki bukit, manakala bangunan hospital terletak di puncak bukit. Walaupun terdapat pekhidmatan “shuttle bus”, kekerapannya amat terhad dan tidak disediakan perkhidmatan tersebut pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

Hospital P.Pinang Sedia Kemudahan Kereta Buggy

GEORGE TOWN, 26 Mac 2012 (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) bakal
menyediakan kemudahan kereta buggy bagi memudahkan golongan tertentu.

Kenderaan itu akan membawa pesakit dan orang awam yang tidak mampu berjalan dari kawasan letak kereta bertingkat sehingga ke lobi utama hospital dan kawasan sekitar hospital.

http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=654914

Web TV PAS Negeri Sembilan



Jabatan IT PAS Negeri Sembilan akan melancarkan Web TV dalam masa terdekat. Justeru itu orang ramai dijemput untuk memberi nama siaran Web TV ini.

Nama siaran Web TV yang paling menarik yang bericirikan Negeri Sembilan akan mendapat hadiah yang akan disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS pada 1 April 2012 di Seremban.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Sabtu 31 Mac 2012 sebelum jam 2 petang.

Sila hantar penyertaan dengan menghantar mesej di Facebook www.facebook.com/hjtaufek

20120326

Md Sabu, Husam Musa dll 1 Apr 2012 di Jempol, N9



SOLAT HAJAT & CERAMAH MEGA
1 April 2012, Ahad, Jam 8 Mlm
Di Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu, YB Dato’ Paduka Husam Musa, YB Dato Tn Guru Harun Taib, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, YB Anthony Loke, YB Dr Hatta Ramli, Ustaz Nasaruddin Tantawi, YB Hj Taufek Abd Ghani dan Sdr Abd Rahman Ramly

Santai bersama Md Sabu 1 Apr 2012 di Senawang



MAJLIS MINUM PETANG DAN CERAMAH
Bersama :
~ Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
~ YB Dato' Paduka Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
~ YB Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
Tarikh : 1 April 2012, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan Fasa 1, Senawang

Semua dijemput hadir

(Minum petang percuma, kupon tidak diperlukan)

Sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis ini atau sumbangan untuk Tabung Dana Pilihanraya PAS DUN Paroi sila salurkan melalui akaun Bank Islam (BIMB) :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Hospital Rembau, 2008 batu asas, kini papan tanda



Harakahdaily - REMBAU, 25 Mac 2012 : PAS Rembau mendakwa janji BN untuk membina hospital di daerah itu suatu penipuan semata-mata kerana tapak yang dipilih pun tidak sesuai.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, BN hanya ingin menyedapkan hati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 dengan mengumumkan tender projek pembinaan Hospital Rembau akan dibuka pada April.

Sedangkan katanya, upacara meletakkan batu asas telah dilakukan menjelang pilihan raya umum 2008 oleh calon BN ketika itu, Khairy Jamaluddin.

"Khairy Jamaluddin sewaktu berkempen pilihan raya 2008 janji dengan rakyat nak buat hospital. Tapi nak masuk pilihan raya ke-13, baru nak letak papan tanda. Ini pembohongan semata-mata.

"Hospital tak sesuai buat di situ sebab itu tanah industri, bukan tanah untuk buat hospital. Banyak kilang industri di situ dengan bahan buangan dan asap kilang, sesuai ke nak bina hospital? Persekitaran tidak bersih. Nanti orang sakit bertambah sakit," katanya sewaktu berceramah di Kampung Mulia, Pekan Rembau.

Baru-baru ini, pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menimbulkan beberapa persoalan.

Janji dibuat pada 2008 tetapi tender hanya akan dibuka pada April ini.

Kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta pada 2008 tetapi dijangka meningkat pada tahun ini dan siapa yang akan bertanggungjawab dengan peningkatan kos tersebut.

Bagi peluang kepada Pakatan

Justeru, rakyat Rembau diseru memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Sembilan agar kebajikan mereka terbela.

"Di Negeri Sembilan Pakatan Rakyat ada 15 kerusi daripada 36 kerusi. Kalau kita boleh kekalkan 15 kerusi ini dan kita tambah empat kerusi lagi kita bolehlah memerintah Negeri Sembilan.

"Cubalah sekali pangkah Pakatan Rakyat. Kalau pakatan buat tak elok, boleh tendang kita. Berubahlah, menangkan Pakatan Rakyat," katanya yang juga bekas timbalan pengarah Bank Negara.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Rozmal Malakan berkata, manifesto Pakatan Rakyat iaitu “Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan menjamin hak rakyat terhadap pemilikan tanah.

"Pakatan Rakyat dalam manifesto yang dilancarkan pada 15 Januari lalu, dalam tonggak 3 rakyat nan bertelapak ada dinyatakan tentang memperkasa dasar penggantian tanah rezab Melayu yang diambil kerajaan.

"Kerajaan sibuk tanah rezab Melayu di Kelantanlah, di manalah, tapi tengok tanah di Rembau ini kerajaan ambil seekar dapat tak ganti seekar?

"Ambil seekar dapat RM50,000 rumah pun tak dapat nak beli," katanya.

Antara lain dalam tonggak 3 ialah menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold) dan memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

Turut berceramah malam tadi ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Muslimat PAS Rembau Norwani Ahmad dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Dr. Ahmad Suhaimi Md Aris.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9071-hospital-rembau-2008-batu-asas-kini-papan-tanda

20120325

UPTOWN BAZAR RAKYAT TAMAN TUANKU JAAFAR

Uptown Bazar Rakyat Taman Tuanku Jaafar di Sg Gadut, Seremban telah mula beroperasi pada 3 Disember 2011 yang lalu.

Uptown Bazar Rakyat ini diusahakan oleh bumiputera anak jati Negeri Sembilan dengan sokongan dan kontrak 2 tahun bersama Majlis Perbandaran Nilai.

Tujuan Utama & Visi Uptown Bazar Rakyat :

Memberikan peluang peniagaan kepada usahawan bumiputera untuk mempromosikan produk dan menjadikan Uptown Bazar Rakyat ini sebuah pusat jualan barang kering keperluan harian serta sebuah destinasi popular di Negeri Sembilan.

Pakej Ruang Tapak Niaga ;

i. Pakej Harian : Kadar Sewa RM100.00 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

ii. Pakej Bulanan : Kadar Sewa RM300.00 (Setiap Hari kecuali Selasa)

* tertakluk kepada terma & syarat

Jenis Urusniaga : Barang-barang Kering dan Keperluan Harian

Masa Urusniaga: 6.00pm - 1.00am (setiap hari)

Lokasi: Medan Selera Taman Tuanku Jaafar (tapak pasar malam)

Kemudahan yang disediakan:

* Khemah 10'x10'

* Lampu & Soket Elektrik

* Kebersihan

* Keselamatan

Pentas Utama: Pelbagai aktiviti kemasyarakatan setiap bulan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 019-6859478

Facebook Uptown Ttj Bazar Rakyat di http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002988608574

Pidato Anak Muda 6 Apr 2012 Seremban


PIDATO ANAK MUDA

Tarikh : 6 Apr 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Pusat Tarbiyyah MTD Lenggeng, Taman Pancor Jaya, Seremban

Pemidato ;

~ Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

~ Chegubard, Penyelaras SAMM

~ Adam Adli, Aktivis Mahasiswa

~ YB Cha Kee Chin, Setiausaha DAP N.Sembilan

~ Zulkarnain Zaki, Ketua Pemuda PAS Seremban

Semua dijemput hadir

Perdana Menteri lawat kawasan Pakatan Rakyat di N.Sembilan


Pada Sabtu 24 Mac 2012, Perdana Menteri telah melawat Negeri Sembilan. Akan tetapi kedua-dua tempat yang dilawatinya ADUN atau Wakil Rakyat serta Ahli Parlimen di kawasan tersebut ialah dari Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP. Di Port Dickson , ADUN Port Dickson ialah YB Ravy Munusamy dari PKR dan Ahli Parlimen Telok Kemang ialah Dato Kamarul Bahrin Abbas dari PKR. Kemudian di Seremban, ADUN Sikamat ialah YB Hj Aminuddin Harun dari PKR dan Ahli Parlimen Seremban ialah YB John Fernandez dari DAP.

Di Port Dickson , Perdana Menteri menyaksikan penyerahan Rumah Mampu Milik yang cuma berharga RM 42,000 kepada penduduk di Telok Kemang.

Kenapa Perdana Menter tidak melawat rakyat yang rumah mereka terbengkalai sejak tahun 2005 di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, sedangkan ADUN Kota ialah YB Dato Dr Awaludin Said dari BN dan Ahli Parlimen Rembau ialah YB Khairy Jamaluddin juga dari BN?

Senarai ADUN Negeri Sembilan

N13 Sikamat - Aminuddin Harun PKR

N33 Port Dickson - Ravy Munusamy PKR

N28 Kota - Awaludin Said BN

http://aminuddinharun.blogspot.com/2008/04/senarai-adun-negeri-sembilan.html

Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12

P128 Seremban, John Fernandez, DAP

P132 Telok Kemang, Kamarul Bahrin Abbas, PKR

P131 Rembau, Khairy Jamaluddin, BN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Dewan_Rakyat,_Parlimen_Malaysia_ke-12


Kerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB

March 24, 2012

PORT DICKSON, 24 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20’ x 55’ dengan mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu kelak hanya membeli rumah ini dengan harga RM42,000 sahaja.

http://n9kini.com/kerajaan-negeri-menampung-rm10000-harga-rumah-mampu-milik-berkualiti-mb/

Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005

Projek perumahan Desa Indah, Lubuk Cina ini terletak di DUN Kota, dalam Parlimen Rembau.

Utusan Malaysia - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah beberapa tahun terbengkalai.

Menurutnya, sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan.

''Namun lain pula halnya di sini. Nasib kami seolah-olah tidak dipedulikan dan lebih malang lagi, sejak tahun 2006 saya dikehendaki membayar cukai tanah untuk rumah yang tidak siap," jelasnya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html

Penduduk teruja terima rumah mampu milik daripada Najib

24 Mac 2012

TELOK KEMANG 23 Mac - Penduduk Taman Intan Duyung, Port Dickson di sini teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudi menyaksikan penyerahan rumah mampu milik berkualiti daripada pemaju kepada kerajaan negeri untuk diserahkan kepada penduduk yang layak.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

PM temui penduduk N. Sembilan

24/03/2012

SEREMBAN 23 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya untuk menemui penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat, dekat sini sempena lawatan kerja sehari pemimpin negara itu ke negeri ini, esok. Sebelum ini, Najib yang dijadualkan menghadiri program bersama penduduk di lokasi sama pada 10 Februari lalu dalam lawatan kerja beliau ke negeri ini hanya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sikamat di situ berikutan jadual yang ketat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

20120324

Sham Kamikaze di Gemencheh, N.Sembilan 5 Apr 2012


PROGRAM SANTAI

Bersama Sham KAMIKAZE

Tarikh : 5 April 2012, Khamis

Masa : 9 mlm

Tempat : Bidin Kraf, No 105, Peringkat 4, Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan

Hubungi ; Nor Iskandar 019-2223231 , Isa 019-2169249

Ceramah dan Dialog DUN Gemencheh 3 Apr 2012


CERAMAH DAN DIALOG ISU SAHAM FELDA

Tempat Dialog : Bilik Gerakan PAS, Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.Sembilan

Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 5 ptg

Bersama : Mazlan Aliman dan Ustaz Zakaria Khalim


Tempat Ceramah : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan

Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 8 mlm

Bersama : Mazlan Aliman dan Ustaz Zakaria Khalim


20120322

Saifuddin Nasution di Seremban 25 Mac 2012

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 25 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
~ YB Dato Saifuddin Nasution, SU Agung PKR/AP Machang
~ Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, AJK PAS Pusat
~ Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Ibu tunggal menanti bantuan rumah PPRT sejak 2009



22 Mac 2012 ; Kepis , Kuala Pilah - Sudah empat tahun seorang ibu tunggal, di sini menunggu permohonan bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dimohon sejak 2009 diluluskan, namun sehingga kini statusnya masih tidak diketahui.

Maznah Mohamad, 47, berkata, kehidupannya kini terhimpit kerana perlu menanggung lima anak di mana dua daripadanya masih bersekolah.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja menoreh getah di atas tanah orang.

“Jika ada hasil, barulah dapat upah yang tidak seberapa. Jika sepanjang bulan itu cuaca panas, saya peroleh pendapatan RM200 hingga RM300 sebulan.

“Kadang-kadang pernah tiada sumber pendapatan kerana musim tengkujuh. Walaupun menerima bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan persekolahan dua anak saya, namun ia masih tidak mencukupi,” katanya.

Sebelum ini katanya, dia pernah menyewa di sebuah rumah usang di kampung tersebut, namun sudah diambil semula oleh tuan tanah dan menetap semula di rumah ibunya, Kamariah Nordin, 65, di Kampung Air Kuning, Kepis Tengah.

“Saya terpaksa menumpang teduh di rumah ibu memandangkan tiada tempat tinggal dan berhimpit-himpit seramai 15 orang sekiranya adik-beradik lain pulang ke rumah.

“Kerana itu saya mahu memohon bantuan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kepis Hulu untuk memiliki sebuah rumah PPRT tetapi tiada sebarang tindak balas diberikan,” katanya.

Maznah berkata, dia berasa sedih apabila permohonannya mendapatkan bantuan tidak dilayan sedangkan dia amat memerlukannya.

“Pernah dahulu ada pihak JKKK memaklumkan permohonan saya diluluskan sehingga saya menyediakan tanah di belakang rumah ibu untuk didirikan rumah, tetapi hanya indah khabar dari rupa.

“Saya sudah puas memohon bantuan dan sehingga kini masih menunggu, namun sampai bila?,” katanya.

Katanya, berharap pihak berkaitan dapat melihat dan prihatin dengan masalah yang dihadapinya.

“Saya tahu senarai nama permohonan bantuan PPRT banyak, tetapi bagaimana ada orang yang baru sahaja ­memohon bantuan itu sudah diluluskan?.

“Justeru itu, saya berharap pihak berkaitan dapat meneliti dan menyemak semula permohonan saya yang dibuat sejak 2009 serta memberi maklum balas segera,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/menanti-bantuan-belum-pasti-1.34351

20120321

Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012



CERAMAH DAN DIALOG
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Bt 3 1/4 , Jln Tampin-Gemas, Tampin
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS
Siti Aisyah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi PKR
Semua dijemput hadir

Ceramah Umum 25 Mac 2012 di DUN Ampangan, N.Sembilan



CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PKR, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ YB Fuziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan / Naib Presiden PKR
~ YB Ahmad Kassim , Ahli Parlimen Kuala Kedah / MPP
~ Dr Mohamad Rafie Ab Malek , Penyelaras DUN Ampangan / MPP
Semua dijemput hadir

Banduan lebih berpeluang melanjutkan pelajaran

Alangkah baiknya lepasan SPM dan STPM kita yang kurang berkemampuan dapat melanjutkan pelajaran dengan yuran yang minima sepertimana banduan-banduan di bawah ini, tanpa perlu memohon PTPTN.

Laporan Khas: 11 banduan akan dapat ijazah

Sekolah integriti buka peluang pendidikan pesalah juvana terus pengajian

KUALA LUMPUR: Sebelas banduan muda, termasuk juvana yang dijatuhkan hukuman kerana kes bunuh bakal menjadi pemegang ijazah sarjana muda dan diploma menjelang 2013 melalui skim peluang kedua pendidikan yang disediakan Jabatan Penjara di sekolah integriti di seluruh negara.

Sembilan daripada mereka mengikuti pengajian ijazah dalam bidang Pendidikan, Teknologi Maklumat (IT), Perundangan, Pengajian Islam, Pengurusan Perniagaan, manakala dua lagi pada peringkat diploma di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Mereka adalah antara 544 pelajar yang dipilih daripada 1,733 banduan muda, termasuk yang dikenakan perintah reman untuk menyertai skim pendidikan dalam tahanan sebagai persiapan menghadapi cabaran hidup sekiranya dibebaskan selepas tamat tempoh hukuman.

Ketika ini, 11 pelajar itu adalah kumpulan pertama yang mengikuti pengajian tahun kedua peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang dan dijangka akan menamatkan pengajian dalam tempoh empat setengah tahun.

Walaupun hidup dalam kurungan dengan kemudahan dan kebebasan terhad, mereka berjaya mengikuti pengajian dengan baik secara on-line dan berhubung dengan pensyarah melalui internet.

Kumpulan pelajar itu mendapat keistimewaan menggunakan kemudahan komputer untuk mengakses internet secara bersyarat dan kawalan ketat berbanding kumpulan lain yang cuma diajar asas menggunakan komputer.

Selain program ijazah dan diploma, banduan muda juga berpeluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Pra SPM, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Pra PMR dan kelas asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).

Berdasarkan tinjauan Berita Minggu di Sekolah Integriti Kajang, mereka disediakan kemudahan perpustakaan mini, kelas multimedia, bilik komputer dengan bantuan guru sepenuh masa Kementerian Pelajaran dibantu Guru Mentor (kakitangan Penjara).

Waktu persekolahan juga sama seperti sekolah harian biasa dengan setiap murid terpilih untuk meneruskan pengajian diwajibkan memakai pakaian sekolah putih yang dibezakan dengan warna kolar baju menandakan tahap pemulihan serta tempoh tahanan.

Timbalan Komandan Sekolah Integriti Kajang, Cif Inspektor Ahmad Nasir Md Ali, berkata pelajar peringkat tinggi dibenarkan mengakses internet seperti laman web pendidikan bagi mengelakkan salah guna kemudahan.

“Waktu pembelajaran terhad digunakan sepenuhnya untuk belajar dan faktor disiplin tinggi banyak membantu mereka untuk menggunakan masa yang ada secara berkualiti. Bukan semuanya layak menyertai skim ini kerana mereka akan melalui tapisan pemilihan.

“Usia mereka masih muda, ada yang dihukum penjara 10 tahun...sekurang-kurangnya apabila dibebaskan, mereka mempunyai ‘bekalan’ untuk hidup,” katanya.

Kos pengajian mereka ditanggung universiti tempat mereka belajar melalui program derma siswa dan keluarga banduan cuma perlu membawa yuran peperiksaan serta yuran berulang. Setiap program pengajian siswazah memerlukan kos sehingga RM20,000 manakala peringkat diploma dianggarkan RM13,000 bagi setiap pelajar.

Bagi pelajar OUM, mereka akan mengikuti kelas tutorial pada setiap hujung minggu bersama seorang tutor khas OUM di Sekolah Integrasi. Ini membolehkan mereka berbincang terus mengenai topik pengajian yang sebelum ini diikuti melalui online.

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/LaporanKhas_11banduanakandapatijazah/Article/print_html

Keputusan SPM 2011 meningkat, tapi masih ramai yang buta huruf



Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2011. Tahniah juga kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang, khususnya para pelajar, guru, ibu bapa serta penjaga. Walaubagaimana pun usah dilupakan mereka yang tidak berjaya, khususnya mereka yang buta huruf. Semoga pengambilan pelatih PLKN selepas ini dilakukan tapisan yang rapi agar tidak menjejaskan modul latihan PLKN. Semoga pelajar yang gagal dan buta huruf ini dibimbing mengikut kemampuan mereka di institusi yang khusus.

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_berita/20120321104211&sec=mstar_berita

8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf

11 Jan 2012 - Jika 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka yang buta huruf, ini bermakna secara statistiknya 8 peratus calon SPM 2011 juga adalah mereka yang buta huruf. Jika ada 468,808 orang calon SPM pada tahun 2011, ini bermakna secara puratanya 37,504 orang calon SPM 2011 adalah mereka yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis.

Sumber : http://beritaplkn.blogspot.com/2012/01/8-peratus-dari-6667-orang-pelatih-plkn.html

20120320

Keluarga Melayu merempat di Seremban, perlu bantuan

Berikut e-mel dari Sdr Rozmal ;


Ashadi bin Kadir yang beralamat di No 300, Lorong Jasmin 5/1, Taman Jasmin, Senawang amat memerlukan bantuan kita semua. Rumah yang dibelinya pada tahun 2007 pada harga RM 55,000.00 pihak bank BSN telah melelongnya pada harga RM 32,000 pada hujung Februari 2012. Dia terpaksa melepaskan rumah yang amat disayanginya kerana tidak mampu membayar tunggakan RM 7,000 apabila tempat kerja lamanya mempunyai masalah kewangan.

Kini Ashadi hanya mampu bekerja kilang di Senawang dengan gaji RM 800. Yang membeli rumahnya dalam lelongan tersebut ialah orang Melayu dari Kedah katanya. Dia diberi tempoh sehingga 21 Mac 2012 untuk mengosongkan rumah tersebut. Kini 20 Mac 2012, beliau masih belum dapat rumah baru untuk didiami pada kadar harga yang berpatutan.

Beliau ada memohon rumah PPR Senawang (rumah pangsa milik kerajaan negeri), tapi hanya akan dapat dalam tempoh sebulan dua lagi.

Rumah mertua Ashadi ada di Panchor, tetapi ianya sudah sempit dengan adik beradik sebelah isterinya sudah ramai di sana. Sedangkan Ashadi mempunyai 3 orang anak berusia 3 tahun, seorang di Tabika Perpaduan KEMAS dan seorang di Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Senawang.

Nak tak nak, esok 21 Mac 2012, Ashadi sekeluarga perlu mengosongkan rumah beliau di Taman Jasmin. Kalau tiada tempat untuk meletakkan barangan rumahnya, mungkin terpaksa diletak tepi jalan, atau surau, atau masjid.

Ashadi bukan hendak minta sedekah. Beliau hanya perlukan bantuan untuk mendapatkan rumah sebulan dua , sementara menunggu rumah PPR Senawang.

Kalau ada sesiapa yang boleh bantu sila hubungi Ashadi di talian 017-6055185.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan untuk meringankan beban Ashadi untuk sewa lori pindah rumah , atau bayar deposit rumah sewa boleh dimasukkan ke akaun CIMB atas nama Ashadi bin Kadir , No Akaun 05060136279529.

Pengesahan cerita Ashadi Kadir ini boleh dibuat melalui Rozmal bin Malakan tel 012-2267406, e-mel rozmal@yahoo.com

PAMPASAN MESTI SETIMPAL

PAMPASAN MESTI SETIMPAL
23-01-2008

REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.

Mereka juga mahu kerajaan negeri mengambil kira kesediaan datuk nenek mereka atau orang terdahulu yang menyerahkan sebahagian tanah mereka untuk membina jalan sejauh tujuh kilometer itu, dalam membuat penilaian terhadap pampasan berkenaan.

Jurucakap kumpulan 138 keluarga terbabit, Khelid Mohd Nor, 60, berkata penduduk mahu kerajaan negeri membuat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan nilai pampasan yang akan ditetapkan kelak bagi pengambilan tanah itu. (M. B10)

Sumber : http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=113603

Konvoi Daftar Pengundi di UPU Panchor dan Pantai



DACS Negeri Sembilan dengan kerjasama DPP kawasan Seremban akan menganjurkan Konvoi Daftar Pengundi baru di sekitar UPU Panchor dan Pantai pada 24 Mac 2012 ini.

Konvoi akan bermula di Pusat Tarbiyyah, MTD Lenggeng, Taman Panchor Jaya pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir 5 jam kemudian. Tempat tumpuan konvoi ini akan jelajah antaranya Pasaraya Family Store (Taman Chengal), kawasan perniagaan sekitar Taman Ampangan dan Taman Telawi, surau Taman Bukit Margosa, Esso Taman Panchor Jaya dan Masjid Pekan Pantai.

Matlamat utama Konvoi Daftar Pengundi ialah mendapatkan seramai mungkin pengundi baru di dalam DUN Lenggeng untuk didaftarkan sebelum tamat suku pertama tahun 2012.

Maklumat lanjut jelajah konvoi ini sila dapatkan maklumat terkini melalui laman sosial DPPKS www.facebook.com/pemudaseremban dan http://twitter.com/#!/dppksn9

Sumber : http://dppksns.blogspot.com/2012/03/konvoi-daftar-pengundi-di-upu-panchor.html

20120319

Dato Seri Anwar Ibrahim di N.Sembilan 22 Mac 2012


CERAMAH KHAS
Tarikh : 22 Mac 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Bt 3, Pekan Lukut, Jln Lukut - Port Dickson, Telok Kemang, N.Sembilan
Bersama :
~ Dato Seri Anwar Ibrahim
~ YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N.Sembilan
~ YB Hj Mohamad Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ YB Loke Siew Fook , Pengerusi DAP N.Sembilan

Semua dijemput hadir


20120318

Isu Pampasan Tanah DUN Kota dan DUN Chembong


PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau – Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti.

Merujuk akhbar Berita Harian 15 Mac 2012 , Ruangan Nasional pada mukasurat 22 artikel bertajuk “Tender bina Hospital Rembau dibuka bulan depan”. Apa yang menarik perhatian ialah Hospital Rembau ini akan didirikan diatas tanah yang Kementerian Kesihatan beli dari Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNS) seluas 20 ekar.

PKNS menawarkan harga RM 22.00 untuk sekaki persegi. Ini bermakna sekitar RM19.2 juta untuk 20 ekar.

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan paling tinggi hanya RM 1.20 sekaki persegi? Ini bermakna harga tanah adat atau tanah rakyat ialah RM 52,272.00 seekar, sedangkan tanah PKNS ialah RM 958,320.00 seekar.

Kos 20 ekar untuk tanah Hospital Rembau ialah sekitar RM 19.2 juta. Sedangkan jika Kementerian Kesihatan ambil tanah rakyat atau tanah adat yang banyak di Rembau harganya hanya sekitar RM 2.4 juta untuk 20 ekar, iaitu penjimatan sebanyak RM 16.8 juta.

*********

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar

Sentral: 'Pampasan mesti setimpal

23 January, 2008 - 06:12

REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.

http://panduan.org/node/61156

October 21, 2009 10:55 AM

Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar Atasi Bekalan Air Di Rembau Dan Port Dickson

SEREMBAN, 21 Okt (Bernama) -- Masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk di daerah Rembau dan Port Dickson akan dapat diatasi dengan terlaksananya Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar bernilai RM265.5 juta.

Pakej Kedua melibatkan pembinaan sebuah sebuah loji rawatan air yang berupaya menghasilkan 100 juta liter air sehari, sebuah muka sauk dan sebuah empangan redah di mukim Titian Bintangor, Rembau. Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada 28 November, 2007 itu akan mulai beroperasi pada awal tahun 2010.

Pakej Ketiga melibatkan pembinaan sebuah kolam air berkapasiti 18 juta liter di Bukit Kunyit, Mukim Titian Bintangor dan pemasangan jajaran paip sepanjang 10 km. Pakej ini siap pada 27 Ogos lepas.

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=448387&

Nilai pampasan tanah adat sikit

Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/07/nilai-pampasan-tanah-adat-sikit.html

Pampasan tanah tidak cukup

Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

“Disebabkan itu, makcik dan suami terpaksa menyewa rumah di Taman Sri Rembau kerana impian kami untuk memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak kesampaian.

http://pasns.blogspot.com/2011/03/melayu-merempat-di-rembau-bila-kerajaan.html

20120317

Gotong Royong DUN Kota 25 Mac 2012


PAS DUN Kota, Negeri Sembilan akan mengadakan program gotong royong di Bilik Gerakan UPU Pekan Chengkau pada hari Ahad 25 Mac 2012 bermula jam 9 pagi. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Pengarah MTD DUN Kota, Sdr Izamri Med 013-2124086 atau salurkan ke akaun CIMB, Akaun No. 05020693061526

Dasar kerajaan galakkan syarikat untung atas angin, tindas syarikat jati


Mengapa JPA perlu letak orang tengah? - 15 Mac 2012 - KEMELUT Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan formula gaji baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berat sebelah telah dapat diredakan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini.

Namun bagi kami pembekal ubat dan peralatan perubatan amat kesal dan sedih dengan JPA yang baru-baru ini telah melantik satu syarikat baru untuk menjadi orang tengah bekalan ubat dan peralatan perubatan.

Sebelum ini kami hanya perlu mendaftar dengan JPA untuk menyediakan ubat-ubat dan peralatan perubatan secara terus kepada kakitangan bersara JPA setelah mendapat pengesahan pegawai perubatan dari hospital kerajaan dan kami mendapat bayaran terus dari JPA.

Dengan peraturan baru ini, kami diwajibkan mendaftar dahulu dengan syarikat itu sebelum dibenarkan menyediakan ubatan dan peralatan perubatan kepada pesara kakitangan JPA.

Kami juga akan dikenakan caj yang tinggi sebanyak 7 peratus di atas harga produk yang dibekalkan.

Ini amat merugikan kami kerana untung bersih kami adalah rendah dalam kadar 10 hingga 15 peratus.

Saya tidak faham kenapa kerajaan masih lagi membenarkan syarikat orang tengah untuk beroperasi bagi pihak mereka yang hanya tahu mengaut untung di atas angin, padahal Perdana Menteri kita telah menjelaskan bahawa beliau mahukan jentera operasi kerajaan yang efisien dan bersih.

BUMIRUGI - KL

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Nyaris Rentung Beli Proton Exora


Aduan Rakyat Online 16 Mac 2012 - Saya terpanggil untuk membuat aduan tentan keselamatan Proton Exora kepada pengguna selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan kematian terhadap Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu, Hilde Primus Peki @ Hilde Primus Kayau selepas Proton Exora miliknya terbakar di Jalan Ulu Tandek pada 15 April 2012.

Ini disebabkan kerana pada 26 2011 saya mungkin mendapat nasib yang serupa kerana Proton Exora yang saya beli pada hari tersebut mengalami kerosakan pada wayar ‘injector’ yang tidak dipasang dengan kemas. Ini menyebabkan minyak petrol keluar dari wayar yang tercabut, mencurah-curah di dalam ruang enjin. Saya terus mematikan enjin dan memasang semula wayar yang tercabut dan menghantar kepada pusat servis proton pada keesokan harinya untuk pemeriksaan semula semua pendawaian elektrik.

Bayangkan jika terdapat percikan api yang boleh menyambar minyak petrol tersebut, pasti kereta yang baru dibeli rentung dimamah api. Saya hairan bagaimana ini boleh berlaku. Adakah tahap keselamatan kereta dari pengeluar kereta Malaysia yang kita bangga-banggakan ini tidak lagi boleh dipercayai? Saya harap pihak Proton memandang serius perkara ini, kerana berapa banyak Proton Exora telah dikeluarkan pada masa ini dan juga pihak Proton perlu memastikan keselamatan kepada semua jenis kereta keluaran Proton akan datang terjamin.

By: Mohd Imran

http://www.aduanrakyat.com.my/nyaris-rentung-beli-proton-exora#more-11464

Tak mampu lagi bekerja selepas hidap kanser


16 Mac 2012, ALOR GAJAH - Seorang ibu tunggal menjalani kehidupan sukar dan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan selepas disahkan menghidap kanser pangkal rahim awal Januari lalu.

Masitah Md Isa, 44, disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas berlaku tumpah darah pada Oktober tahun lalu dan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Alor Gajah.

Menurutnya, pihak hospital mengesahkan dia menghidap fibroid sebelum diberi cuti berehat dan dirujuk pula ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan.

“Pihak Hospital Melaka mengesan fibroid yang ada dalam rahim saya sudah merebak menjadi kanser tahap kedua dan saya kemudiannya menerima rawatan susulan di Pusat Perubatan Mahkota untuk menjalani rawatan radioterapi serta kimoterapi. Sepanjang rawatan selama sebulan, saya masih mampu berjalan seperti biasa, namun segalanya menjadi lebih getir apabila bahagian alat sulit menjadi hitam seperti kesan terbakar dan buasir sejak seminggu lalu,” katanya yang sudah berpisah dengan suami sejak 16 tahun lalu.

Masitah yang bekerja di sebuah kilang di Tangga Batu dengan pendapatan kira-kira RM600 kini terpaksa menyara ibunya bersama tiga anak dan dua anak saudaranya.

“Anak kedua saya, Noratikah Baharudin, 19, akan melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Simpang Ampat dan yuran pengajian masih tertunggak sebanyak RM800. Dalam keadaan saya sukar bergerak, masa lebih banyak dihabiskan terlantar di atas katil dan tidak mampu bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia ada mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati kesan rawatan radioterapi yang menimpanya akibat kanser rahim yang dihidapi, namun tiada sebarang perubahan.

“Seminggu lalu, saya menjalani pemeriksaan dan doktor memaklumkan kanser yang dialami sudah tiada namun bimbang sekiranya ia merebak di bahagian dalam. Saya buntu dengan masalah yang berlaku dengan keadaan terlantar sakit, saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Persekolahan anak-anak perlu diteruskan,” katanya.

Masitah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain dibantu anak keduanya yang sempat bekerja sementara menunggu pendaftaran pengajiannya April ini.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/tak-mampu-lagi-bekerja-selepas-hidap-kanser-1.32683