Di Rembau, orang Melayu di sini yang
terlibat dengan pengambilan tanah dan rumah untuk projek landasan
keretapi berkembar hanya di beri pampasan RM 120,000 sahaja,
sedangkan PKNS menawarkan tanah untuk membina Hospital Rembau pada
harga RM 22 sekaki persegi atau hampir RM 1 juta seekar.
Adakah orang kampung di Rembau sedar
akan perkara ini, yang terang lagi bersuluh, atau mereka rela
diperlakukan begini dari dulu, kini dan selamanya?
Tahukah kita semua, terutama anak-anak
Rembau di perantauan bahawa harga rumah teres dua tingkat sekarang
ini di Rembau paling murah ialah RM 250,000. Dengan pampasan RM
120,000 memang tidak dapat membeli rumah di Rembau yang selesa pada
ketika ini.
PROJEK PERUMAHAN TAMAN REMBAU BAYU
DILANCARKAN
REMBAU 4 Nov. 201 - JBS Suria Bumi Sdn.
Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan
bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar
dekat sini semalam.
Projek itu mengandungi 22 unit kedai
pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di
kawasan seluas 2.19 hektar.
Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan
berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai
pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.
Beliau berkata, harga seunit kedai
pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah
antara RM250,000 dan RM320,000.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan