Forum UM 14 Dis 2012 - SAYA amat
tertarik dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom mengenai sejuta umat Islam Malaysia yang
berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan ibadah haji.
Ini bermakna kemampuan dan kesedaran
umat Islam di Malaysia membawa kepada jumlah tersebut,
Buat masa ini, kerajaan banyak membantu
untuk menaik taraf kehidupan golongan miskin untuk menikmati
kehidupan lebih selesa, di samping juga menerapkan nilai agama kepada
semua rakyat Islam. Dengan kesedaran dan kemampuan itulah, maka ramai
umat Islam di Malaysia bercita-cita mahu menunaikan fardu haji.
Persoalannya, apakah fungsi Lembaga
Tabung Haji (Tabung Haji) betul-betul cekap untuk menangani jumlah
yang besar itu?
Contohnya, pada setiap tahun ada sahaja
jemaah haji pergi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya sedangkan
senarai menunggu panjang.
Saya difaham pihak Tabung Haji
mengenakan pelbagai syarat termasuk faktor umur, tetapi yang saya
hairan mengapa pada setiap tahun ada sahaja jemaah tertinggal
disebabkan kuota, terutama penduduk di luar bandar, sedangkan jemaah
di bandar dan berkemampuan boleh pergi buat kali kedua dan ketiga?
Semasa saya menunaikan haji beberapa
tahun lalu, saya pernah bertanya seorang jemaah yang pergi buat kali
keempat.
Kalau Tabung Haji mempunyai pengurusan
cekap, pasti setiap pemohon yang kerap pergi akan dapat dikesan.
YUSOF SUJAK
Johor Bahru, Johor.

3 ulasan:
Untuk pengetahuan semua, jemaah yg pergi untuk kali kedua dan seterusnya perlu membayar lebih. Dulu caj nya adalah RM600 tambahan untuk kali kedua dan ditambah RM 600 lagi utuk ketiga dan seterusnya. Itu berlaku tahun awal 199x puluhan. Sekarang ...?
semua 2malaysia bro.....????????
Hahaha..pak haji n mak aji yg pergi kali ke 2, ke 3 ato yg ke4 tu ingat klu bnyk pergi aji nnt sok terus masuk syurga ALLAH! Bro..brp ramai manusia melayu yg mengaku muslim ni berpikiran sebegini..dh yerlalu ramai! Mereka lupa ato x percaya bahwa MASUK SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH! X yah heran la..selagi pak imam n mufti ato ulamak sendiri melakukan maksiat spt skrng ini..TUNGGULAH BALASAN ALLAH!
krankenman
Catat Ulasan