23 Disember 2012
SEGAMBUT – Seorang peniaga terpaksa
menanggung saman sebuah kereta Viva bukan milik sendiri yang
dialamatkan kepadanya pada awal Disember lalu.
Chan Heng Kee, 60, berkata, apa yang
menghairankan maklumat dalam surat saman itu menggunakan butiran van
Nissan Vanette miliknya.
Menurutnya, aduan sudah dibuat kepada
pihak berkuasa namun tiada tindakan diambil kerana namanya masih
tersenarai dalam rekod saman hingga ke hari ini.
Difahamkan kesalahan itu merekodkan dia
memandu melebihi had di Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur pada 9 Mac
lalu.
“Saya sudah kemukakan surat dan
baru-baru ini saya menerima sekali lagi menerima saman pelik
mengatakan saya tidak mematuhi lampu isyarat pada 11 Oktober di
Setapak,” katanya ketika ditemui di Pejabat Parlimen Segambut.
semalam.
Susulan itu satu surat telah dikirimkan
kepada Ketua Polis Negara meminta penjelasan dan memperbetulkan
kesilapan tersebut,” katanya.
“Saya harap masalah ini dapat
diselesaikan sebelum nama saya disenaraihitamkan kerana tidak
menjelaskan saman,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan