December 22, 2012
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan
mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di
negara ini. Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu
dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian
Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan
menguntungkan kerajaan.
“Diharap (cadangan itu) tidak akan
dilaksanakan kerana ia sangat merumitkan. Budak-budak akan menjadi
bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin
mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan
punca dan latar belakang,” katanya.
Guru bingung dengan cadangan import
guru bahasa Inggeris dari India
December 23, 2012
Rancangan Putrajaya untuk mengimport
guru bahasa Inggeris dari India kelihatan ditentang oleh para
pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk membantu pelajar
menguasai bahasa tersebut.
“Saya ingin bertanya, kenapa kita
perlukan orang asing mengajar rakyat Malaysia?” kata Khairun Nisa
yang mengajar bahasa tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.
Guru yang berusia 27 tahun itu berkata
dakwaan kerajaan mengenai kekurangan guru bahasa Inggeris adalah
mitos dan tidak masuk akal.
Khairun merasa bingung dengan tindakan
kerajaan untuk mengimport tenaga luar untuk mengajar bahasa Inggeris,
yang turut dikongsi oleh Shawn Shim, yang mengajar di Austin Heights
School, sebuah sekolah antarabangsa di Johor.
Menurut Shim, jumlah tenaga pengajar
tempatan yang tidak gembira dengan gaji yang diterima oleh tenaga
pengajar asing, menjadikan sebab mengapa warga India mahu mengajar di
Malaysia.
"Secara purata, mereka menerima
antara RM1,000 ke RM1,500 di India, tetapi mereka akan dapat RM4,000
ke RM8,000 mengikut taraf.
"Pengajar kulit putih pula
mendapat dari RM8,000 hingga RM10,000 dan di sekolah swasta, gaji
mereka mencecah RM25,000," katanya lagi.
MALAYSIA AMBIL GURU BAHASA INGGERIS
DARI INDIA
20 Dis. 2012 - Malaysia bercadang
mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar
pelajar-pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa
tersebut, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, cadangan
tersebut disambut baik oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh
yang mengarahkan tindakan susulan dilakukan segera.
Perdana Menteri berkata demikian kepada
wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan
Manmohan dan bermesyuarat dengan anggota Forum Ketua Pegawai
Eksekutif Malaysia-India (MICEOF) di sini hari ini.
NAJIB, MUHYIDDIN GADAI MASA DEPAN 7,000
GRADUAN PENDIDIKAN IPTS
20 Dis 2012 : Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi
mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal
menawar peluang pekerjaan kepada mereka.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi
Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah
daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan
oleh Najib.
Beliau berkata, seluruh graduan
tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar
hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Umno perlu bertangungjawab terhadap
nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan
Umno antaranya seperti UniRazak.
“UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan
Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri
Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha
Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam,” katanya pada sidang media di
Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut berpunca
apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi
kemewahan.
“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen
kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan
mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan