MALAYSIA AMBIL GURU BAHASA INGGERIS
DARI INDIA
20 Dis. 2012 - Malaysia bercadang
mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar
pelajar-pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa
tersebut, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, cadangan
tersebut disambut baik oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh
yang mengarahkan tindakan susulan dilakukan segera.
Perdana Menteri berkata demikian kepada
wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan
Manmohan dan bermesyuarat dengan anggota Forum Ketua Pegawai
Eksekutif Malaysia-India (MICEOF) di sini hari ini.
NAJIB, MUHYIDDIN GADAI MASA DEPAN 7,000
GRADUAN PENDIDIKAN IPTS
20 Dis 2012 : Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi
mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal
menawar peluang pekerjaan kepada mereka.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi
Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah
daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan
oleh Najib.
Beliau berkata, seluruh graduan
tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar
hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Umno perlu bertangungjawab terhadap
nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan
Umno antaranya seperti UniRazak.
“UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan
Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri
Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha
Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam,” katanya pada sidang media di
Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Menurutnya, perkara tersebut berpunca
apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi
kemewahan.
“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen
kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan
mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan