20121203

Keluhan guru yang disisihkan



Saya adalah antara ribuan guru malang di negara ini. Nasib kami jelas tidak dipedulikan apatah lagi diperjuangkan oleh kesatuan guru mahupun mana-mana pihak berkaitan.

Dasar JPA dan Kementerian Pelajaran membunuh semangat kami, merugikan kami sepanjang perkhidmatan malah sepanjang hayat. Nasib kami amat malang jika dibandingkan dengan guru-guru lain kebelakangan ini, sedangkan kami juga belajar untuk memperolehi ijazah seperti orang lain dengan wang kami sendiri.

Fahamilah kami, lihatlah apa yang berlaku sebenarnya melalui jadual yang berikut:

1.  Tarikh Graduasi
DASAR UNTUK KAMI - 2001
DASAR SEKARANG - 10

2. Temuduga Ke DG41
DASAR UNTUK KAMI -  2002
DASAR SEKARANG -  2010

3. Pelantikan Ke DG32
DASAR UNTUK KAMI -   TAK SEMPAT
DASAR SEKARANG -   DAPAT

4. Lantikan Ke DG41
DASAR UNTUK KAMI -   2004
DASAR SEKARANG -   2010

5. Pelarasan Gaji 2007
DASAR UNTUK KAMI -    15%
DASAR SEKARANG -    25%

6. DG41 Ke DG44
DASAR UNTUK KAMI - 10 Thn Atau 7 + 3 Tahun
DASAR SEKARANG - 8 Thn Atau 5 + 3 Tahun

Paling menyedihkan apabila guru yang baru saja dilantik ke DG41, gaji mereka lebih jauh tingginya daripada gaji kami walaupun kami berada di Gred DG44. Sedangkan kami lebih lama berkhidmat.

Kami yang telah lama berkhidmat tetapi bayangkan berapa banyak yang kami rugi sekiranya masih ada 20 tahun perkhidmatan kami berdasarkan mata tanggagaji kami yang jauh lebih rendah. Juga bayangkan ke mana perginya kekananan kami disebabkan dasar JPA dan Kementerian yang sentiasa berubah-ubah.

Apa yang lebih dikesali ialah tiada mana-mana kesatuan guru memperjuangkan  nasib kami, yang heboh diperdendangkan sekadar “melepaskan batok di tangga”. Kesatuan guru, JPS mahupun KPM diam seribu bahasa.

Jangan marahkan guru jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat dalam pilahan raya akan datang. Hakikatnya memang telah ramai pun guru yang menyokong PR akibat dasar JPA dan KPM yang kurang prihatin masalah ini.

Sebenarnya, kami tidak minta mahupun merebut apatah lagi merampas hak orang tetapi biarlah dilayan dan diberikan hak yang seadil-adilnya. Adil sepertimana orang lain dapat. Berlaku adillah untuk masa depan perkhidmatan kami.

Guru tersisih,  

Sumber : Harakah

1 ulasan:

mamadanielkhair berkata...

Assalam harap NUTP tidak panas tahi ayam perjuangkan nasib kamis