POKAI JUDI SEPAK
ISTERI -
12.12.12 - GOMBAK:
Seorang lelaki tergamak menendang perut isterinya yang sedang tidur di kediaman
mereka di Aman Puri, di sini semata-mata untuk meminta wang bagi membolehkannya
berjudi selain mengugut akan membunuh mangsa jika enggan memenuhi
permintaannya, kelmarin.
Dalam kejadian
jam 5 pagi itu, wanita berusia 19 tahun yang sedang tidur mengerang kesakitan
selepas ditendang suaminya berusia 20-an yang baru pulang ke rumah.
Menurut sumber,
mangsa yang kesakitan mempersoalkan tindakan suaminya itu yang tiba-tiba
mengamuk dan memukulnya sebelum lelaki terbabit meminta mangsa menyerahkan wang
kepadanya.
“Mangsa
bagaimanapun memberitahu tidak mempunyai wang pada masa sekarang menyebabkan suaminya
itu terus mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.
“Suami mangsa
juga turut memukul dan memaksa mangsa menyerahkan wang selepas duit yang
diberikan sebelum ini habis digunakan di meja judi,” katanya.
LELAKI KALAH JUDI
KENA TIKAM
12.12.12
KUALA LUMPUR:
Angkara hutang judi Internet, seorang pemandu teksi ditikam di perut dalam
kejadian di Jalan Riong, Bangsar, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.50 malam, lelaki berusia 30-an itu kalah
berjudi di sebuah pusat judi Internet berhampiran sebanyak RM3,000 sebelum cuba
melarikan diri ke sebuah restoran berdekatan.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40-an
berkata, ketika dia makan bersama rakan sekerja, dia nampak pemandu teksi itu
berjalan dari pusat judi Internet ke arah teksinya.
Menurutnya, pemandu teksi itu diikuti pekerja premis pusat
judi itu dari belakang dan selepas lelaki itu masuk dalam teksinya, pekerja
premis itu menariknya keluar sebelum membawanya ke restoran tempat kejadian
untuk berbincang.
Katanya, pemandu teksi berkenaan mengambil pisau pemotong
daging untuk keselamatan diri dan lari ke teksinya semula untuk melarikan diri.
“Namun dia terlambat apabila suspek menahannya sebelum
menikam mangsa beberapa kali di perut.
SUAMI LEWAT BALIK
NAIK HANTU
12.12.12
KUALA LUMPUR:
Angkara menegur suami, seorang wanita berusia 29 tahun cedera di badan dan
kepala selepas disepak terajang lelaki terbabit dalam kejadian di rumah mereka
di Cheras, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian
jam 11 malam itu, mangsa dipukul suaminya berusia 29 tahun selepas menegur
lelaki terbabit yang sering pulang lewat ke rumah.
Menurut sumber,
mangsa yang menunggu kepulangan suaminya sejak jam 8 malam berang selepas
lelaki terbabit tidak pulang ke rumah.
“Sebaik suaminya
tiba di rumah jam 11 malam, mangsa menegur suaminya yang sering pulang lewat
malam dan mula mempersoalkan aktiviti luar lelaki terbabit.
“Tindakan mangsa
menimbulkan kemarahan suaminya menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.
Katanya, suami
mangsa yang gagal mengawal kemarahan mula bertindak agresif dengan memukul
mangsa. “Lebih malang, suami mangsa yang bagaikan dirasuk terus menyepak
terajang mangsa hampir 10 minit,” katanya.
Sumber berkata,
ketika disepak terajang itu, mangsa hanya mampu menutup kepalanya menggunakan
tangan.
“Suami mangsa
hanya berhenti memukul mangsa selepas mendengar tangisan anak lelaki mereka
berusia dua tahun sebelum lelaki terbabit keluar daripada rumah,” katanya.
Tidak berpuas
hati dengan tindakan suaminya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis
Cheras, di sini, menuntut siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadap lelaki
terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan