Usaha dakwah serta pemantapan akidah di
kalangan anggota polis beragama Islam perlu dipertingkatkan lagi
dengan penambahan bajet, kakitangan serta bidang kuasa pihak yang
berkaitan.
Inspektor disiasat cabul isteri orang
5 Dis 2012
SEREMBAN - Seorang pegawai polis
berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani
wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada
minggu lalu.
Pegawai berusia 40-an itu didakwa
mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di bangunan IPK
Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu.
Sumber berkata, ketika kejadian pegawai
polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki
terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan.
Kata sumber itu, mangsa yang bertugas
sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu kejadian
tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis.
Difahamkan, mangsa terbabit juga
mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin sudah beberapa
kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini.
Wanita itu turut mendakwa pegawai polis
yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba
punggung mangsa.
Kejadian terbaharu itu menyebabkan
wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa mengadu kepada
suaminya sebelum membuat laporan polis.
Sumber itu memberitahu, pegawai polis
berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu
mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10
tahun atau denda atau sebat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan