20121204

Bil elektrik melambung tinggi selepas TNB tukar meter



Dikongsikan di bawah ini beberapa isu kenaikan bil elektrik setelah ditukar meter baru oleh TNB. Mungkin rakan-rakan lain boleh berkongsi masalah ini sekiranya berlaku di tempat masing-masing. Apakah ini cara baru untuk mengumpul wang rakyat?

BIL ELEKTRIK NAIK MENDADAK SETELAH TUKAR METER BARU

Saya baru membeli sebuah rumah daripada seorang individu. Saya telah diminta untuk menukar meter elektrik rumah itu kepada nama saya. Jadi saya memohon pertukaran meter elektrik tersebut. Saya telah mendiami rumah itu 3 bulan sebelum meter elektrik tersebut ditukar kepada yang baru. Sejak saya tinggal dirumah itu bil elektrik saya tidak pernah mencecah RM20.00 sebulan tetapi selepas sahaja meter ditukar bil elektrik rumah saya naik mendadak sehingga RM 181.05 sebulan.

Sumber : Aduanrakyat.com

METER BARU TNB PENIPU.

Aduan dan rungutan rakyat Puchong mengenai caj bil TNB yang naik mendadak 3 kali ganda! 

Bila sudah di pasang, saya pun tunggu bil letrik pertama. Bila dah sampai, terkejut saya sebab bukan tambah kurang tapi tambah tinggi! Saya pun google kat internet, jika ada komplen yang lain dari pengguna. Rupa-rupanya bukan saya sorang sahaja tapi banyak lagi yang komplen hal yang serupa. Jawapan TNB mudah sahaja, meter baru ni meter digital, lebih tepat dan bacaan yang diberi memang bacaan sebenar.  Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ke bodohnya TNB selama ni bila pasang meter yang memberikan bacaan yang tidak tepat sampai 300% lari dari bacaan sebenar.

Sumber : UnclearEngineer

TERKEJUT BIL MELAMBUNG

Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengkaji semula pemasangan sistem meter digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya.

Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata, lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak penukaran meter manual kepada sistem digital itu.

Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap bulan.

“Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut apabila bil Ogos mencecah RM1,211.

Sumber : Sinar Harian

Tiada ulasan: