JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

20121226

Batalkan ambil guru dari India, utamakan graduan tempatan



26 Dis 2012 : KEADILAN gesa kerajaan Umno BN batalkan hasrat pengambilan guru Bahasa Inggeris dari India, sebaliknya mengutamakan guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dalam negara yang masih menganggur.

Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, KEADILAN sokong usaha memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun mempersoal kewajaran kaedah yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Najib tidak memberi alasan kukuh mengapa guru dari India akan memberi nilai tambah dalam sistem pendidikan negara.

“Lebih-lebih lagi, kerajaan wajar mengambil graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) tempatan. Ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah kebangsaan.

“Sedangkan, pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi sahkan 7,000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengambilan guru dari India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.


Tiada ulasan: