BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20121210

Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES.



Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta! -

Kesilapan terbesar AES adalah penswastaan. Mengapa tidak JPJ sahaja uruskan sendiri?  Apabila ramai yang sudah mengetahui setiap pembayaran saman AES, terdapat 2 syarikat akan mendapat habusan besar ini, ramai yang mula kurang berpuas hati dnegan cara pelaksanaan seperti ini. Walaubagaimanapun, hasil saman AES tidak mengecewakan apabila kedua-dua syarikat yang mengendalikan saman AES ini, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd mula menuai hasil yang memberangsangkan.

Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03 Disember 2012 berkaitan AES bagi soalan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed.

Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:

(i) kesalahan pertama – memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;
(ii) kesalahan kedua – melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan
(iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu:
(a) Perak – saman dikeluarkan 81,001 saman;
(b) Selangor – 142,809 saman;
(c) Kuala Lumpur 10,213 saman; dan
(d) Putrajaya – 22,876 saman.

Jumlah 256,899 saman AEs yang telah dikeluarkan setakat ini. Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23 September 2012. Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 mampu mereka perolehi. Ini baru di 14 lokasi. Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi kelak?

Oleh itu, 1 saman RM300 : 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 itu kedua-dua syarikat dijangka akan perolehi sekitar RM4,110,384.00.

Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan seperti anda supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika anda bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.

Jikalau ramai yang tahu hak masing-masing pasti tidak akan membayar terus saman yang diterima. Ini kerana saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.



Dan saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

JPJ hanya menguatkuasakan undang-undang, tetapi bukan mereka yang menentukan samada anda bersalah atau tidak. Itu adalah kerja mahkamah yang menentukannya.

Ditambah pula baru-baru ini 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di Mahkamah majistret Kuala Lumpur

Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, yang hadir untuk kes mereka didengar mahkamah

Yang menariknya di sini, 14 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah. Dua puluh empat orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran.

P/S : Usaha Beta tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd. tidak sia-sia. Nampaknya usaha mereka mula berhasil, mereka akan terus bekerja keras untuk melipatkan jumlah perolehan melalui “bisnes saman trafik ini” pada masa akan datang bagi membolehkan mereka menampung kos pelaburan yang dilakukan mereka berjumlah RM400 juta secepat mungkin sekaligus mula menuai hasil keuntungan selepas daripada itu.

Tiada ulasan: