Anak Selangor dari keluarga
berpendapatan RM1,500 ke bawah dapat RM1,000 jika masuk IPT. Anak
Negeri Sembilan pula berapa banyak kerajaan N.Sembilan beri?
31,931 anak Selangor dapat bantuan
masuk IPT
13 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada
tahun 2008, iaitu sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor,
sejumlah 31,931 anak negeri itu telah diberi bantuan Hadiah Pengajian
Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Untuk jumlah itu, kerajaan negeri
Selangor telah membelanjakan RM31.7 juta bagi membantu anak Selangor
yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT awam mahupun swasta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan
kerajaan negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan
menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu.
Ianya juga sebagai penghargaan kepada
golongan mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan dan menyumbang
kepada pembangunan negara pada masa akan datang.
“Walaupun dalam kesibukan meneruskan
usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan
cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam
barisan kepimpinan kerajaan negeri masih ada ruang dan peluang untuk
memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini,” kata Abdul
Khalid dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian ketika
melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi.
Hadiah Pengajian IPT merupakan skim
yang diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Ianya berupa bayaran hadiah RM1,000
kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah,
yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau
swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat
diploma atau ijazah sarjana muda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan