Pada tahun 2008 , Tok Mad kata Hospital
Rembau akan dibina pada tahun 2008, batu asas Hospital Rembau telah
diletakkan pada tahun 2008 dalam satu majlis besar-besaran sebelum
pilihanraya 2008 yang dihadiri oleh Tok Mad, KJ, Zaiful dan Dr
Awaluddin bersebelahan Balai Bomba Rembau. Projek ini tertangguh
hingga ke tahun 2012. Tahun 2012 baru kerja tolak tanah dilakukan.
Namun hingga ke saat ini, tender untuk kerja bangunan Hospital Rembau
masih belum dikeluarkan oleh pihak JKR.
Apakah puncanya JKR masih belum
mengeluarkan tender kerja bangunan Hospital Rembau? Tiada bajet,
tiada peruntukan, pelan bangunan belum siap, laporan EIA Alam Sekitar
belum diluluskan?
Kerajaan yang pertama di Negeri
Sembilan ialah kerajaan Rembau, namun daerah yang terakhir yang belum
ada hospital ialah daerah Rembau. Sedangkan di Rembau ini ramai warga
emas, sekiranya warga emas ini sakit, perlu masuk hospital, mereka
akan dibawa ke hospital Seremban. Hospital Seremban disebabkan tempat
letak keretanya jauh dan perlu mendaki bukit, pelawat yang tak sakit
pun boleh sakit bila menziarahi pesakit di Hospital Seremban.
Ajal maut di tangan Allah, namun
manusia harus berusaha untuk kelangsungan hidup. Apakah mereka tidak
mengambil iktibar kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri
apabila Pengerusi Peladang Rembau rebah ketika berucap depan Tok Mad,
terpaksa dikejarkan ke Hospital Seremban pada tahun 2011?
REBAH KETIKA BERUCAP SEBELUM MENINGGAL
DUNIA
REMBAU 19 Mei 2011 - Majlis perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
Rembau dekat sini, diselubungi cemas seketika apabila Pengerusi Ahli
Jemaah Pengarahnya, Abdul Wahab Gawa, 66, tiba-tiba rebah dan hampir
pengsan semasa berucap. Bagaimanapun, selepas beberapa jam dimasukkan
ke Hospital Tuanku Ja'afar, beliau akhirnya meninggal dunia pukul
7.10 petang ini.
Sebelum kejadian, Abdul Wahab sedang
berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk
Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Sri Rembau.
HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK
REMBAU
7 MAC 2008 - Hospital Daerah Rembau
yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100
juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000
penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari
ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini,
maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di
setiap daerah.
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2
FASA
29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah
Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu
melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos
dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR)
sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja
tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi
kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada
hujung Mei ini,".
PEMBINAAN HOSPITAL REMBAU BERMULA APRIL
INI
25 JAN 2012 - Selepas persetujuan itu,
Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di
bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
Menurut Menteri Besar lagi, “tender pembinaan hospital Rembau akan
di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi
tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang.”
TANAH HOSPITAL REMBAU RM22 SEKAKI
15 MAC 2012 - Berikutan itu,
Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian
tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan
menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian
hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah
RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi
kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada
harga RM22 sekaki.
HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2
FASA
29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah
Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu
melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos
dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan
dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan
kapasiti 76 katil.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Tiada ulasan:
Catat Ulasan