JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

20120703

Kadar pengangguran graduan di Malaysia serius?

Adakah ini menunjukkan kadar pengangguran di kalangan para graduan yang memiliki ijazah termasuk para juruterbang amat serius di Malaysia pada ketika ini hinggakan Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) mengeluarkan dasar baru dimana SPA membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Apalah gunanya membuat pinjaman PTPTN puluhan ribu ringgit atau mungkin ratusan ribu ringgit, akhirnya bekerja sebagai kerani atau jual burger hanya untuk membayar balik pinjaman pelajaran.

Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
Jul 3 2012  

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
   
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
   
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
   
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
   
- Bernama


Juruterbang menganggur
2 Julai 2012

Terpaksa kerja sambilan untuk bayar semula pinjaman pengajian

KUALA LUMPUR: Mereka membayar lebih RM200,000 seorang untuk mendapatkan lesen juruterbang komersial (CPL) dan seterusnya menjadi juru terbang, tetapi ada yang menganggur, bekerja kilang dan berniaga burger. Ada juga yang bekerja sambilan di pasar raya dan restoran makanan segera untuk membayar semula pinjaman memasuki sekolah penerbangan serta menampung kos sara hidup selepas gagal menjadi juruterbang


CUEPACS tidak setuju dua dasar baru SPA

2 Julai 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini.

Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.

“Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya, apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)?.

“Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.

“CUEPACS tidak bersetuju dan menolak dasar-dasar baru berkenaan. Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuatkuasa semalam.


Tiada ulasan: