Police inspector runs amok and injures hotel staff
July 18, 2012
SEREMBAN: A 32-year-old police inspector ran amok here,
injuring two hotel employees and vandalising several cars in Seremban 2.
It is learnt that the officer, who is attached to the
Commercial Crime Division, had gone to a hotel on Monday night and booked a
room before running amok hours later.
Sources revealed that during the incident early yesterday,
the officer had attacked the hotel staff, believed to be due to an argument over
the use of the weapon.
He then dashed outside and damaged several parked cars.
“Two hotel employees have been admitted to hospital with
severe injuries,” said the sources.
It is also learnt that authorities are checking to see how
the officer had got his hands on the weapon which belonged to another
policeman.
The officer, who had returned his own gun to the station
early this month, was believed to be under the influence of drugs.
************************
“Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah
sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini
berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna
kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.” – Berita Harian
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian 27 Sep 2011
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami
tekanan
KUALA LUMPUR:
Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on
call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding
penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu
mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya
dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden
merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan
dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering
diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7
peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan,
dipercayai mengalami stres di tempat kerja.
Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas
mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8
peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis
berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota
pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56
peratus dan 51.3 peratus.
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis
jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab
utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta
masalah individu.
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan
panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai
lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.
Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau
yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama
tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan
keluarga, katanya.
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH
MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA
TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA
SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu
kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan
atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
Sumber :

Tiada ulasan:
Catat Ulasan