BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20120706

1,000 juruterbang menganggur, siapa untung dari PTPTN?

Kenapa setelah didedahkan media bahawa 1,000 juruterbang menganggur, baru kerajaan nak ambil tindakan hadkan pengambilan pelatih juruterbang? Bagaimana pula dengan graduan bidang lain yang ramai menganggur seperti jururawat, apakah kerajaan akan menghadkan ambilan kursus kejururawatan dan lain-lain bidang? Apakah PTPTN dan lain-lain institusi kewangan yang memberi pinujaman pelajaran hanya menguntungkan sesetengah pihak?

Pengambilan pelatih wajib kelulusan DCA
6 Julai 2012

Isu juruterbang menganggur: DCA, sekolah penerbangan kerjasama wujud pangkalan data

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa serta-merta, semua sekolah penerbangan perlu mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum mengambil pelatih juruterbang baru bagi membendung masalah juruterbang menganggur. Juruterbang terbabit juga diminta mendaftar dengan sistem pangkalan data juruterbang yang akan dibangunkan DCA menerusi laman web, www.dca.gov.my.

Pihak berkuasa industri penerbangan itu juga akan bermesyuarat dengan pihak terbabit termasuk syarikat penerbangan, dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terbaik menangani isu itu.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata DCA sudah menghantar surat kepada lima sekolah penerbangan mengenai penguatkuasaan peraturan baru pengambilan pelatih juruterbang itu.

“Selaras arahan menteri supaya pengambilan pelatih dihadkan, DCA mengeluarkan surat kepada semua sekolah penerbangan berhubung isu ini. Bermakna kalau mereka nak ambil pelatih juruterbang baru perlu kelulusan DCA.

“Mengenai pangkalan data juruterbang, DCA akan bekerjasama dengan sekolah penerbangan, selain menggesa juruterbang (menganggur) tampil mendaftar dengan DCA menerusi laman web www.dca.gov.my. Bagaimanapun, DCA memerlukan sedikit masa untuk membangunkan sistem pangkalan data itu,” katanya.

Hadkan jumlah pelatih

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengarahkan DCA membangunkan sistem pangkalan data juruterbang dan mengehadkan jumlah pelatih yang diambil sekolah penerbangan selaras permintaan semasa industri penerbangan.

Ia susulan pendedahan eksklusif BH Selasa lalu, mengenai kira-kira 1,000 juruterbang muda yang memiliki lesen juruterbang komersial (CPL) gagal mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan negara.

Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapatkan lesen itu, kini terpaksa bekerja sambilan termasuk di kilang, pasar raya dan restoran makanan segera bagi menampung kos sara hidup serta membayar pinjaman.

Mengikut statistik DCA, 2,292 juruterbang tempatan bertauliah dikeluarkan sejak 2005 hingga tahun lalu, tetapi 1,174 saja mendapat pekerjaan di syarikat penerbangan tempatan dengan 100 yang lain bertugas di luar negara, terutama Indonesia.

Azharuddin berkata, antara syor akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang ialah syarikat penerbangan diminta mengutamakan juruterbang sedia ada berbanding pengambilan kadet juruterbang baru. Bagi sekolah penerbangan dicadangkan juruterbang dilatih menjadi instruktor.

“Kita juga nasihatkan pihak terbabit supaya tidak hanya menumpukan untuk bekerja dengan syarikat penerbangan tetapi juga menceburi sektor penerbangan awam (termasuk menjadi pengawal udara dan jurulatih),” katanya.


Pilot training
23 May 2012

Many options exist in the market but students should always do their homework before enrolling in any centre as they wouldn’t want to end up with a qualification that is not recognised.

Commercial airline pilot training, for instance, has to be carried out in an Approved Flying Training Organisation (AFTO). These AFTOs are approved by and come under the purview of the Malaysian Department of Civil Aviation (DCA).

For those who dream of becoming an airline pilot or commercial helicopter pilot, the minimum qualification for pilot training is SPM or O-level or equivalent, with five credits that must include Mathematics, English, and a Science subject.

This allows to offer the Diploma in Aviation (Pilot Training) course. For this, students can apply to PTPTN to secure a loan of up to RM35,000.


Tiada ulasan: