20120620

Tragedi jenayah kejam di Gemencheh berulang


Apakah usaha dakwah dan kaunseling perlu diperhebatkan di seluruh Negeri Sembilan, khususnya di Gemencheh? Gemencheh sebelum ini digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Taha yang merupakan Speaker Dewan Undangan N.Sembilan oleh Datuk Mokhtar Hashim merupakan mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1982. Kemudian kes pembunuhan kejam empat sekeluarga oleh ahli keluarga sendiri pada tahun 2010. Kini anak pula mengelar leher ibu kandung sendiri juga di Gemencheh.

JUVANA, SEPUPU DIDAKWA
Harian Metro 19 Jun 2012

Seorang juvana berusia 17 tahun dan sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh ibu kandungnya dengan mengelar leher mangsa ketika berlaku perselisihan faham antara mereka di depan Pasar Gemencheh, di sini, minggu lalu.

Pada prosiding di depan Hakim Azura Alwi itu, juvana terbabit yang juga tertuduh kedua dan sepupunya, Nor Haslinda Mohd Yunus, 26, tertuduh pertama, masing-masing berbaju lokap ungu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka didakwa mengkelar leher Azizah Isa, 50, ibu saudara Haslinda dan ibu kepada juvana terbabit yang juga pembantu am sekolah rendah menggunakan pisau. dengan niat atau mengetahui perbuatan itu menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di depan Pasar Gemencheh, Tampin, pada jam 5.15 petang, 11 Jun lalu.

TRAGEDI GEMENCHEH BUKAN BARU
Kosmo 1 Okt 2010

Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.

"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."

Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh.

Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.

Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

KES PEMBUNUHAN DATUK TAHA

Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh , Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi , 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982.

Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman ( 46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan ( 33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah ( 65 tahun , kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar Hashim dibebaskan.

Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 6 Mac 1983 Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar Ujang. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan.

Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah , pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim.

Rujukan :

Tiada ulasan: