Apa yang menyedihkan ada antara mereka yang mengusahakan
tanah ini telah pun meninggal dunia dan perjuangan menuntut tanah yang
diusahakan ini kini diteruskan oleh anak-anak mereka di Kg Gadong.
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan amat komited dalam isu tanah
ini untuk kepentingan anak tempatan. Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri
Sembilan dalam Tonggak yang ke 3 secara khusus menyebut iaitu pada fasa ke 3.2 iaitu
“Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan
seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas”.
Nah, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah menyatakan
komitmen kami dalam isu ini. Apa pula komitmen Barisan Nasional khususnya Umno
dalam isu tanah ini, khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan sendiri?
Harap para pembaca semua, khususnya warga Negeri Sembilan
dapat meneliti Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dan bandingkan dengan
komitmen BN khususnya Umno di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan