Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau
terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang
terdesak keputusan bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal
jawab agama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : “Dalam
keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.”
Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam
isu latihan ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam
keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan,
kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa
sekiranya dalam keadaan darurat?
Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM?
********************
Jual diri kerana terdesak
Harian Metro Ahad 19 Jun 2005
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang
terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara
terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang
membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang
mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut
berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar
zakat fitrah?
RAZIN Kuala Lumpur
JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.
Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita
berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak
hatinya.
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan
memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman
biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan
darurat ia dimaafkan.
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.
Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan
dia tergolong layak
terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah
tidak darurat.
***************
ARKIB : 28/06/2005
Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
Saudara Pengarang,
Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat
diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih
banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya
lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut
oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan
kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa
mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan.
- ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri
Perak.
Sumber berita :

3 ulasan:
Dalam laman web JAKIM tak jumpa Fatwa atau Hukum makan monyet. Dalam laman web lain ada dibawah ini. Makan babi pun harus kalau dalam keadaan darurat, tapi apakah perlu diberi latihan praktikal untuk makan monyet atau mungkin babi? Kalau dah darurat, tak perlu latihan, manusia pun akan makan daging manusia yang dah meninggal dunia kalau nak hidup.
Ini merupakan madzhab Syafi’iyah & merupakan pendapat dari ‘Atho`, ‘Ikrimah, Mujahid, Makhul, & Al-Hasan. Imam Ibnu Hazm menyatakan, “Dan monyet adalah haram, karena Allah -Ta’ala- telah merubah sekelompok manusia yang bermaksiat (Yahudi) menjadi babi & monyet sebagai hukuman atas mereka. Dan setiap orang yang masih mempunyai panca indra yang bersih tentunya bisa memastikan bahwa Allah -Ta’ala- tidaklah merubah bentuk (suatu kaum) sebagai hukuman (kepada mereka) menjadi bentuk yang baik dari hewan, maka jelaslah bahwa monyet tak termasuk ke dlm hewan-hewan yang baik sehingga secara otomatis dia tergolong hewan yang khobits (jelek)”. Lihat Al-Muhalla: (7/429)
http://www.al-ikhwan.com/kriteria-makanan-halal-2-makalah-binatang-halalhukum-haram-halalnya-binatang-menurut-hr-ahmad-591.htm
Betul, siapa yang terdesak pasti makan apa sajawalapun tekak terasa loya. Betul, siapa pun akan buat apa saja dan menyahkan logik akal. Aku sokong..
Betul, siapa yang terdesak pasti makan apa sajawalapun tekak terasa loya. Betul, siapa pun akan buat apa saja bila keadaan terdesak dan menyahkan logik akal. Aku sokong..
Catat Ulasan