20120508

6 kes bunuh diri di Malaysia setiap hari, parahnya masyarakat kita


Satu angka yang sepatutnya menggusarkan semua pihak. Yang terkini ianya berlaku di Taman Ayer Keroh Heights, Melaka. Lebih mengejutkan ianya bukan kejadian kali pertama, ini adalah kejadian bunuh diri yang kedua di taman yang sama dalam tempoh setahun.

Seorang lelaki ditemui tergantung dengan tali pada tingkap bilik air
8 Mei 2012

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) turut mengiringi mayat mangsa bunuh diri yang dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat

AYER KEROH - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik air di rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kita-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun ditemui oleh isteri dan abangnya selepas kira-kira 15 minit pintu bilik air tersebut berjaya dibuka abang mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan.

Menurut sumber, isteri mangsa berusia 32 tahun sebelum itu mencari suaminya di dalam rumah sebelum mengesyaki mangsa berada di dalam tandas di bahagian bawah rumah teres dua tingkat berkenaan.

“Selepas isteri mangsa mengetuk pintu sambil memanggilnya tetapi tiada respons, dia meminta abang iparnya datang, lalu mengumpil pintu berkenaan.

“Mangsa kemudian dilihat tergantung dengan tali pada tingkap bilik air berkenaan. Isteri dan abang mangsa menurunkannya bagi memastikan keadaan mangsa sebelum menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa yang dipercayai membunuh diri dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut,” katanya.


Gantung diri kecewa cinta
3 Mac 2011

MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.

Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman wanitanya setiap hari.


Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.

Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.

Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya.


KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya.


BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA

PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.


Tiada ulasan: