20120130

Adakah Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan tak masuk akal?



Mungkin ada yang mempertikaikan perkara-perkara yang terdapat dalam Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan yang telah dilancarkan pada 15 Jan 2012 yang lalu di Gemas. Mungkin ada yang mengatakan N.Sembilan bukan negeri kaya yang banyak hasil mahsulnya. Mana nak cari duit untuk naikkan elaun guru KAFA RM1,000 sebulan, beri elaun Dato Lembaga Adat RM1,000 sebulan, beri sumbangan RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf dan macam-macam lagi.

Jawapan secara rasionalnya mudah saja.

Jika N.Sembilan boleh buat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) untuk masak 200 periuk bubur lambuk, takkan tak boleh beri RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.

Jika N.Sembilan akan bina Menara Majlis Agama Islam N.Sembilan setinggi 15 tingkat, takkan tak boleh naikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan.

Jika N.Sembilan boleh buat Jamuan Hari Raya Idil Fitri besar-besaran sebanyak 3 kali dalam seminggu di satu kawasan DUN saja, takkan tak boleh naikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan.

Jika N.Sembilan ada 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam satu DUN sahaja, takkan tak boleh beri elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

Jika 15 Sekolah Menengah Agama (SMA) di N.Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), takkan tak boleh beri elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.

Jika N.Sembilan boleh buat rekod Sambutan Hari Guru peingkat negeri dengan kehadiran 15,000 guru, takkan tak boleh buka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

Di bawah ini sebahagian daripada intipati Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan. Untuk perincian di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html

1. Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
2. Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3. Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
4. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.
5. Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
6. Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.
7. Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8. Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
9. Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
10. Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
11. Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.



Kutipan zakat meningkat saban tahun di Negeri Sembilan ini, iaitu sekitar RM39 juta pada tahun 2009, RM50 juta pada tahun 2010 dan dijangkakan RM53 juta pada tahun 2011. Dalam pada masa yang sama pula beban kewangan kerajaan negeri telah begitu banyak berkurangan apabila sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/naikkan-gaji-guru-kafa-di-nsembilan.html

MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA
“Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013,” katanya.
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/09/pendapat-umum-keperluan-menara-mains.html

3 Jamuan Raya, 3 Pusat Khidmat
http://pasns.blogspot.com/2012/01/untung-dun-paroi-3-jamuan-raya-3-pusat.html

Sambutan Hari Guru tak membazir
Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Guru itu, Mohamad berkata, program berkenaan akan dihadiri 15,000 guru di seluruh negeri ini dan beberapa pengisian akan dijalankan sepanjang majlis berkenaan termasuklah jamuan makan malam.

Cipta rekod bubur lambuk
Utusan Malaysia SEREMBAN 15 Sept. 2007 – Satu lagi rekod tercipta dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 200 periuk bubur lambuk berjaya dimasak sempena pelancaran Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2007, di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang ini.
http://amkns.blogspot.com/2010/06/hari-guru-rekod-bubur-lambuk-mb.html

Tiada ulasan: