20110730

Tanah Sendayan untuk TUDM, berapa juta ringgit?



DAP dakwa transaksi tanah 300ha Sendayan tak telus
Malaysiakini 29 Julai 2011

Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook mendakwa menteri besar negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah seluas 303.5 hektar di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara tentera di Sungai Besi.

"Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut?

"Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus?" soal Loke (kiri) bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohamad Hassan.

Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut "dijalankan dengan begitu sulit" dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum.

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos depan," katanya.

Loke berkata, beliau mengemukakan soalan lisan tentang nilai penjualan tapak tanah tersebut kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terperinci dan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian jual beli tersebut.

'Penolakan sewenang-wenang'

Bagaimanapun, katanya, ia ditolak speaker melalui sepucuk surat bertarikh 20 Julai 2011 tanpa dinyatakan apa-apa sebab.

"Penolakan soalan tersebut secara sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mematuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

"Ini jelas menunjukkan pentadbiran dibawah BN langsung tidak mengamalkan prinsip ketelusan dalam isu-isu kepentingan awam," katanya.

Beliau juga mengingatkan Mohamad, kegagalan memberikan penjelasan terbuka hanya akan menimbulkan keraguan sama ada transaksi tersebut diselubungi dengan unsur rasuah.

Sementara itu, Loke juga mengulas kenyataan Mohamad bahawa MBI milik kerajaan negeri berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun.

Loke berkata, walaupun bangga dan mendakwa sebagai manifestasi kecekapan pengurusan kewangan dan pentadbirannya, ia sebenarnya tidak ada kena-mengena.

Sebaliknya, tambahnya, sebahagian tanah itu dijual kepada 1MDB untuk pembinaan pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pinjaman tersebut dibuat pada tahun 2006 oleh MBI untuk menyelesaikan isu tanah Felda Sendayan yang melibatkan lebih 100 orang peneroka, katanya lagi.

http://malaysiakini.com/news/171435

Ceramah Imam Dipecat 30 Julai 2011 Rembau



CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Tarikh : 30 Julai 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Pulau Bintongan, Rembau ( jalan Kg Batu – Miku – Johol)
Penceramah :
Ustaz Norazman Mohamad - Imam N.Sembilan yang dipecat
YB Johari Abdul
YB Hj Taufek - Pesuruhajaya PAS N.Sembilan
Chegubard

Semua dijemput hadir

20110729

Buka Puasa bersama InTeam SRIIDU 17 Ogos 2011 Seremban



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SELEBRITI
Tetamu Istimewa : Kumpulan Nasyid In Team
Tarikh : 17 Ogos 2011
Hari : Rabu
Masa : 6.15 pm - 7.45 pm
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, N.Sembilan

Kupon RM 50 sahaja

Untuk Dana Pembangunan dan Kebajikan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU), Seremban

Anjuran :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum,
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Untuk keterangan sila lanjut hubungi :
Kamal 019-2423020 , Nazri 019-6644320 , Pn Hayati 019-6502927 , Pn. Malilah 012-2259181

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Lanjutan kisah sedih peneroka Felda N.Sembilan



Lanjutan dari artikel Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan yang tersiar pada 28 Julai 2011 dan tersiar di laman web Tranungkite.net . Satu komen yang perlu diselidiki lebih mendalam terdapat di Tranungkite.net.

Sila baca komen tersebut di http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=comments&op=showreply&tid=32517&sid=7675&pid=32504&mode=thread&order=0&thold=0#32517

Artikel Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2011/07/kisah-menyayat-hari-peneroka-felda-di.html

20110728

17 tahun tunggu elektrik di Jelebu, akhirnya PAS bantu



Akhirnya selepas menunggu selama 17 tahun, sambil berusaha memohon bekalan elektrik ke rumah beliau di Kg Ulu Jelebu dari TNB dan kerajaan UMNO/BN, pada 27 Julai 2011, rumah En Radzuan Bin Halim, 50 tahun dan Puan Norhayati telah pun terang benderang dengan cahaya lampu berkat usaha dari sebuah NGO dengan kerjasama PAS Kawasan Jelebu dan PAS MTD Klawang.

Pihak NGO tersebut telah menyumbangkan sebuah generator dan 5 buah tilam kepada keluarga En Radzuan.

Pihak PAS MTD Klawang telah memberikan kerjasama dengan menyumbangkan wayar dan paip untuk membuat pendawaian di dalam dan di luar rumah En Radzuan.

Pasukan Unit Amal Jelebu telah menghantar 2 orang petugas mereka menjalankan kerja-kerja pendawaian tersebut.

En Radzuan menyatakan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan dari pihak NOG tersebut dan usaha yang dijalankan oleh PAS untuk membantu beliau dan keluarga.

Beliau mempunyai 10 orang anak, iaitu 6 perempuan dan 4 lelaki. Dengan adanya lampu yang terang ini dapatlah anak-anak beliau mengaji dan meneruskan pelajaran pada waktu malam katanya.

En Radzuan menambah lagi walaupun dia tahu PAS bukanlah parti pemerintah tetapi usaha PAS yang ikhlas membantu orang-orang yang miskin seperti beliau, membuatkan beliau rasa terharu dan beliau mendoakan kemenangan PAS pada pilihanraya yang akan datang supaya lebih ramai lagi orang dapat dibantu.

Menurut Saudara Nor Anif (Timbalan YDP) adalah menjadi tanggungjawab PAS membantu semua orang sesuai dengan tema Muktamar tahunan PAS baru-baru ini iaitu ‘Negara Berkebajikan’.

Saudara Anif juga menegaskan bahawa walaupun sekarang ini rumah En Radzuan telah pun terang tetapi masih menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO/BN menyalurkan bekalan elektrik ke rumah En Radzuan kerana bekalan elektrik adalah kemudahan asas yang menjadi hak semua rakyat Malaysia untuk mendapat nya terutamanya kawasan Parlimen Jelebu ini diwakili oleh Rais Yatim yang juga seorang Menteri Kanan.

http://pasjelebu.blogspot.com/

Laporan penuh bergambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/selepas-17-tahun-baru-nampak-cahaya.html

20110726

Ceramah Dr Hatta Ramli 27 Julai 2011 Jelebu



CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Julai 2011 , RABU
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan
Penceramah : Dr Mohd Hatta Ramli , Ahli Parlimen Kuala Krai (AJK PAS Pusat)

Sempena Penubuhan PAS Cawangan Kg Gagu

Semua dijemput hadir

Johan Qari wajar diberi penghargaan ujar PAS N.Sembilan



Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan melahirkan rasa syukur dan berbangga di atas kejayaan Ustaz Amirahman bin Hj Abas menjadi Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke 53 baru-baru ini.

Ustaz Amirahman merupakan Qari Negeri Sembilan yang menjadi Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan seterusnya dipilih mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama Timbalan Pesuruhjaya , Tuan Hj Anuar bin Azahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman beserta dua orang pimpinan PAS Kawasan telah bersama-sama hadir bagi menyerahkan cenderahati kepada Ustaz Amirahman bin Hj Abas.

"Sewajarnya Kerajaan Negeri Sembilan memberikan anugerah dan penghargaan yang setimpal dengan pencapaian Qari dari Negeri Sembilan kerana ini adalah merupakan kejayaan pertama wakil Negeri Sembilan di peringkat antarabangsa sejak majlis tilawah ini diperkenalkan. Kejayaan ini sewajarnya diraikan sebagaimana ketika meraikan kemenangan pasukan bolasepak Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dua tahun yang lalu, kedua-dua kejayaan tersebut membanggakan kami rakyat Negeri Sembilan" , ujar Taufek.

Menurut Ustaz Norazman yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan menegaskan, adalah tepat sekiranya Ustaz Amirahman yang masih muda ini dijadikan ikon anak muda Negeri Sembilan di atas kejayaan cemerlang beliau tersebut. PAS Negeri Sembilan berharap agar ilmu dan kelebihan beliau ini dimanafaatkan demi kebaikan umat Islam di Negeri Sembilan.

20110725

Banjir selepas lebih 20 tahun



Banjir selepas lebih 20 tahun
Sinar Harian 25 Julai 2011

KOTA – Rata-rata peniaga di Pasar Awam Kota, di sini, terperanjat apabila pasar awam itu turut terkena tempias banjir kilat walaupun lokasi berkenaan tidak pernah dinaiki air sebelum ini.

Peniaga di pasar berkenaan mendakwa sejak akhir-akhir ini, masalah sistem saliran di sekitar pasar berkenaan semakin kritikal dan pelbagai jenis sampah-sarap boleh dilihat di dalam longkang.

Peniaga, Razali Abdullah, 55, berkata sudah lebih 20 tahun dia berniaga di pasar awam berkenaan dan sepanjang tempoh tersebut dia tidak pernah berhadapan dengan masalah banjir kilat.

“Biasanya, setiap kali hujan lebat, hanya kawasan deretan kedai di Pekan Kota yang terletak di tepi jalan utama Seremban-Tampin sahaja dinaiki air.

“Namun, kali ini kita juga terkena tempias banjir kilat susulan kerja-kerja pembinaan bangunan berhampiran pasar yang menyebabkan air tidak mampu mengalir dengan lancar,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, banjir kilat pada penghujung Jun lalu itu tidak masuk ke dalam premis perniagaan mereka dan hanya memenuhi sekitar kawasan rendah di pasar awam berkenaan.

Katanya, mereka berharap supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menangani masalah sistem saliran tersebut supaya kejadian seumpamanya tidak berulang sekali gus dapat menjaga keselesaan peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan.

“Oleh itu, kita mohon agar PBT dapat mengambil langkah yang lebih proaktif bagi menangani masalah sistem saliran di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, masalah banjir kilat di pasar berkenaan baru pertama kali berlaku.

“Saya telah meninjau lokasi berkenaan dan berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau masalah ini demi keselesaan peniaga,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9367974.asp

Tahniah

20110723

Papan tanda menjolok mata


Papan tanda menjolok mata
Sinar Harian 23 Julai 2011

KUALA PILAH – Papan tanda menjolok mata di pekan Kuala Pilah menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan masyarakat terutamanya wanita, dekat sini.

Ketua Dewan Muslimat Pas Kuala Pilah, Fazilah Abu Samah berkata, papan tanda itu telah lama dibiarkan bergantung tanpa ada saranan ataupun cadangan untuk menurunkannya.

Menurutnya, Dewan Muslimat menyarankan dan mendesak pihak berkaitan menurunkan papan tanda tersebut bagi menghormati kaum wanita terutamanya beragama Islam.

“Papan tanda memaparkan bentuk badan wanita separuh bogel ini tidak boleh diterima masyarakat Kuala Pilah yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Pihak berkuasa dinasihatkan untuk menurunkan papan tanda tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti kami,” katanya.

Malah, katanya, mereka tidak rela kaum wanita dieksploitasi dengan memaparkan gambar tubuh badan wanita seperti itu di papan tanda kedai.

“Jangan kerana ingin mendapatkan keuntungan, gambar seperti itu diletakkan di tempat tinggi untuk tontonan masyarakat.

“Rata-rata golongan wanita berasa tindakan memasang papan itu sebagai tidak bermoral dan melanggar sensitiviti wanita. Apa yang menyedihkan, ia berada di laluan utama Kuala Pilah ke Seremban, Tampin dan Bahau,” katanya.

Fazilah berkata, banyak pendekatan boleh dilakukan bagi mempromosi perniagaan, namun ia menjadikan wanita sebagai mangsa iklan dan dieksploitasi, itu tindakan tidak wajar.

“Dalam Islam, wanita diberi kedudukan istimewa, ditinggikan martabatnya sesuai dengan fitrah kejadian. Sebagai contoh, di Kelantan, walaupun gambar wanita digunakan di papan iklan, tetapi masih mengikut norma dibenarkan agama Islam.

“Dewan Muslimat Pas juga telah membincang isu ini pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Pilah yang berlangsung April lalu dan mengambil keputusan untuk bersama-sama menyatakan bantahan kami kepada pihak berkuasa berkaitan papan tanda seperti itu,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9358284.asp

20110722

Makan Malam Amal Ya Ramadhan 29 Julai 2011 Senawang



MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN

Bersama :
Azhan Atan - Juara Akademi Nasyid TV9
Radzi - Kumpulan Rock Melissa
Akhwan Affendi – Motivator Gen Y

Tarikh : 29 Julai 2011 , JUMAAT

MAKAN MALAM AMAL
8 mlm - 10 mlm di Restoran Amimies, Taman Matahari Height, Senawang
Kupon RM 50
Hubungi ; 0122832458 Hamizi, Hj Fisol 0193440826, Dzuha 0196651176

PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN
10 mlm - 12 tgh mlm di Dataran Senawang
PERCUMA - Semua dijemput hadir

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk pembayaran kupon dan sumbangan tunai atau melalui : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Bank Islam 05012010047905 (Seremban)


RADZI (MELISSA) INGIN BERDAKWAH
Utusan Malaysia 1 Mac 2009

Masih ingatkah lagi dengan lagu Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa?

Pertengahan tahun 90-an, lagu itu antara yang berjaya memikat hati pendengar.

Malah populariti kumpulan tersebut juga setanding dengan May, Search, Kiara, Wings, Bumiputera Rockers dan Medicine.

Tapi sayang, hari ini satu persatu kumpulan muzik rock tersebut berpecah dan hilang begitu saja.

Yang tinggal hanyalah Search dan Wings yang masih aktif mengangkat genre muzik yang mereka pegang selama ini.

Selepas sekian lama berlalu, hari ini Radzi, bekas vokalis kumpulan Melissa yang berimej rambut panjang dan berseluar ketat dulu muncul semula.

Kehadirannya mengejutkan. Imejnya kini lebih "alim" berbanding era 90-an lalu selepas bergelar pegawai agama di sebuah masjid di negeri Kedah.

Kali ini dia hadir bukan untuk mengangkat irama rock yang menjadi "makanannya" suatu ketika dulu tetapi berhasrat menyampaikan dakwah menerusi album berkonsepkan ketuhanan.

Jelas Radzi selama 17 tahun menyepikan diri, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selama ini.

Mungkin ada yang akan memandang sinis apabila melihat dia kembali ke dalam industri ini.

Walaubagaimanapun bagi Radzi tidak ada salahnya untuk dia terus berada dalam industri selagi niatnya tidak menyimpang dari tujuan asal iaitu untuk berdakwah.

"Selama saya bekerja di Kedah memang tidak banyak pendedahan media terhadap diri saya. Saya sendiri tidak merancang untuk membuat comeback sehinggalah saya berjumpa dengan pengurus saya sekarang.

"Terdapat 10 buah lagu dalam album terbaru yang berjudul Penyesalan yang kebanyakannya diciptakan oleh Dr. Nasuha dan Deen Production," kata Radzi

Bagi Radzi, dalam album Penyesalan kebanyakan lagu-lagu yang dimuatkan lebih bercorak ketuhanan dan keagamaan yang lebih dekat pada jiwanya kini.

Pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Radzi yakin peminat dapat menerimanya walaupun bukan sebagai penyanyi rock.

"Pada saya rock itu tidak salah tapi persepsi masyarakat sahaja yang membuatkan genre rock selalunya mendapat pandangan sinis daripada masyarakat.

"Prinsip saya mudah. Lirik ibarat ubat yang pahit. Manakala muzik pula gula-gula. Ia perlu beriringan untuk menjadikannya lebih baik dan mampu diterima oleh orang ramai.

"Saya dapat rasakan yang nyanyian saya lebih mantap memandangkan saya menggunakan teknik nyanyian taranum dan lebih baik daripada nyanyian saya bersama kumpulan Melissa dahulu," jelas anak kelahiran Kedah ini.

Akui Radzi, dia tidak dapat mengelak pandangan negatif orang ramai apabila kembali dengan album baru. Baginya semua orang mempunyai pandangan sendiri dan sukar untuk dirinya memuaskan hati semua pihak. - SY MUSSADDAD MAHDI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_23.htm

Politeknik Nilai, N.Sembilan tiada CF?



Politeknik Nilai tiada CF
Aduan Rakyat Online
July 21st, 2011

Politeknik Nilai beroperasi (sewa) pada peringkat awal di Kompleks Perniagaan Kuarters KLIA, Nilai Negeri Sembilan sehingga awal bulan Julai 2011. Ini adalah politeknik yang agak kecil dimana kurus yg ditawarkan amat terhad. Tenaga pengajar dan kakitangan sokongannya juga terhad.

Apa yang amat mendukacitakan, Pengarah Politeknik telah menggunakan kuasa vetonya untuk memaksa operasi Politeknik Nilai dipindahkan ke kampus barunya di Kampung Labu Johnsan (LBJ) walaupun mendapat tentangan daripada kakitangan politeknik tersebut.

Kampus yang baru masih belum mendapat Sijil Menduduki (CF) dan masih ada kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan. Sudah tentu dalam keadaan pembinaan yg masih berjalan, tahap keselamatan pelajar dan kakitangan tidak dapat dijaminkan. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Yang peliknya, pejabat Pengarah Politeknik Nilai masih berada di kampus lama? kenapa beliau tidak berpindah sekali kalau tahap keselamatan terjamin?

Disamping itu, semasa kerja-kerja pemindahan dijalankan, kakitangan pengajar yang teruk berkemas kerana tidak wujudnya ‘general workers’.

Baru-baru ini, kemasukan pelajar baru dan kelas telahpun bermula…kemudahan pejabat masih belum tersusun…semuanya masih dalam keadaan kelam kabut….apakah pengarah sedar akan permasalahan ini? Apakah kementerian sedar dan prihatin akan akan masalah ini? Mungkin kalau sudah terjadi sesuatu tragedi…baru sedar semua pihak…

By: ZALISMA

http://www.aduanrakyat.com.my/politeknik-nilai-tiada-cf

Apa yang tidak kena dengan Kolej Negeri di Seremban?



Setakat ini telah 3 aduan mengenai Kolej Negeri di Seremban tersiar dalam laman web Aduan Rakyat Online. Dan setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kolej Negeri mengenai kesahihan aduan berkenaan. Adakah Kolej Negeri ini milik kerajaan Negeri Sembilan? Jika ya, kerajaan negeri juga harus mengeluarkan kenyataan mengenai aduan yang tersiar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Laman web Kolej Negeri di http://www.kolejnegeri.edu.my/

KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 PENIPU!
Aduan Rakyat Online
May 23rd, 2011

Saya pelajar Kolej Negeri Seremban 2 nak adukan rasa tak puas hati. Selama 3 tahun kami ditipu. Ada kursus yang ditawarkan tidak diiktiraf MQA. Ada kawan kami yang terus berjumpa dengan pihak MQA untuk mendapatkan kepastian tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan kami. Kursus kami tidak pernah sekalipun membuat permohonan MQA. Apabila kami kemukakan hal ini ke pihak pengurusan kolej, mereka terus menafikan.

Kami juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir atas alasan tidak membayar yuran pengajian. Yang hairannya, tindakan sebegini baru diambil berat pada semester lepas dan semester ini. Ramai yang diantara kami langsung tidak mengambil ujian 2. Kami taknak ia berlaku pada peperiksaan akhir.

Untuk pengetahuan encik kami mengambil kursus diploma dibawah kerjasama UTM. Kami diugut oleh ketua program kolej kami untuk menipu pada pihak UTM bahawa kami belajar disini dengan penuh sempurna, tidak ada sebarang masalah. Tetapi hakikatnya kami belajar di sebuah bangunan lama yang tiada kemudahan langsung yang diperlukan oleh semua student seperti perpustakaan, studio, kantin, unit kaunseling dan sebagainya.

Kami tinggal di asrama (rumah kedai) berasak-asak, kerana berpuluh orang tinggal di asrama yang sama. Selama ini kami bersabar kerana telah menghabiskan banyak wang disini tetapi apabila mengetahui ketiadaan MQA, kesabaran kami ibarat tercabar dan terasa tertipu.

Pensyarah yang mengajar selalu tiada, selalu bertukar-tukar, perkara yang diajar kadang-kadang tiada dalam silibus, ini telah membuatkan ramai pelajar merosot, pointer jatuh, pelajar ramai berhenti. Seorang pensyarah terpaksa mengajar sehingga 3-4 subjek.
Pihak kewangan juga enggan memberi kembali deposit asrama. Mereka hanya mengerah kami membayar tetapi kami tidak diperdulikan.Deposit kami langsung tidak diperdulikan. Kami bukan sedikit..kami ramai. kami sangat-sangat ditindas. Harap pihak encik dapat berikan kerjasama..janganlah hanya melihat warga MALAYSIA dijajah oleh warga MALAYSIA sendiri..bantulah merdekakan kami..

By: siti amiera http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2-penipu

PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011

Assalamualaikum..

Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.

Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah..

Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini. Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya???

masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2….

tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!!

By: manusiaditindas http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-kolej-negeri-seremban-2-ditindas

KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011

assalamualaikum,

saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..

saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita


dengan bayaran yg x seberapa..saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima

pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana,

sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut…

saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..

saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..

By: shura http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2

20110721

Periksa sebelum kompaun



Periksa sebelum kompaun
Sinar Harian 21 Julai 2011

SEREMBAN - Seorang kakitangan swasta hilang sabar selepas dikenakan kompaun sebanyak tiga kali oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dikatakan meletak kereta tanpa membayar caj parkir di kawasan perniagaan Matrix Court di Jalan Lobak, dekat sini.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai June, 29, berkata, PBT sepatutnya memeriksa dahulu meter caj parkir di kawasan terbabit sebelum mengenakan kompaun ke atas pemilik kenderaan.

“Sistem parkir bermeter yang digunakan sekarang ini menimbulkan masalah kepada orang ramai kerana sering rosak.

“Bagaimana kami mahu bayar jika meter tidak boleh digunakan? Malangnya, pada waktu petang, saya lihat ada notis kompaun mengatakan saya tidak bayar caj parkir,” katanya ketika ditemui di lokasi terbabit, semalam.

June yang bekerja di kawasan sama berkata, dia terpaksa kerap keluar dari pejabat untuk memastikan sama ada meter parkir berfungsi dengan baik.

“Kadang-kadang saya masukkan duit tetapi `hangus’ begitu sahaja sebab meter parkir masih rosak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook yang meninjau lokasi aduan berkata, PBT perlu mengatasi masalah itu dengan segera supaya tidak menyusahkan orang ramai.

Menurutnya, pemandu atau pemilik kenderaan tidak wajar dipersalahkan kerana mereka tidak dapat membayar caj parkir menggunakan meter yang rosak.

“PBT juga diminta membatalkan kompaun yang dikeluarkan terhadap orang ramai yang berdepan masalah berkenaan.

“Tindakan ini tidak adil kerana bukan mereka yang menyebabkan meter rosak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9355583.asp

PAS Kuala Pilah utama program kebajikan



Pas utama program kebajikan
Sinar Harian 21 Julai 2011

KUALA PILAH – Pas Kuala Pilah terus membantu dan mempergiat gerak kerja kebajikan rakyat, di sini demi kesejahteraan bersama.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharuddin Othman berkata, mereka bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu mengurangkan masalah rakyat miskin di Kuala Pilah yang masih lagi pada tahap belum memuaskan.

Menurutnya, rakyat miskin di Kuala Pilah adalah tertinggi berbanding daerah lain di Negeri Sembilan.

“Sebanyak 24 peratus daripada jumlah kadar kemiskinan di Negeri Sembilan seperti dikeluarkan Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan.

“Atas kesedaran, keprihatinan dan tanggungjawab, Pas Kuala Pilah giat melaksanakan program Kebajikan Bersepadu dalam membantu masyarakat memerlukan,” katanya.

Zaharuddin berkata, program bersepadu itu adalah kesinambungan program sebelum ini.

“Salah satunya ialah program turun padang menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), orang sakit, warga emas dan ibu tunggal.

“Di samping itu, kami akan membuka Pusat Khidmat di markas Pas Kuala Pilah dan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima serta menangani masalah yang dihadapi masyarakat setempat di DUN tersebut,” katanya.

Malah katanya, program bersepadu itu juga melibatkan khidmat sosial seperti gotong-royong membersihkan kawasan rumah, membaiki komputer, khidmat tuisyen dan lain-lain.

“Program ini selaras dengan motto Negara Berkebajikan yang didukung Pas dan merupakan penterjemahan secara praktikal makna motto tersebut.

“Pas prihatin dan mengambil berat terhadap golongan kurang bernasib baik serta akan terus membantu mereka agar dapat merasai hidup lebih bermakna sama seperti rakyat lain,” katanya.

Justeru itu, sebagai permulaan, Pas Kuala Pilah telah turun padang memberikan sumbangan kepada individu di DUN Senaling.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Abd Karim Shahimi Abd Razak; Bendahari Pas Kawasan Kuala Pilah Shaharudin Abd Rahman; Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Kawasan, Noorbibah Mahmud dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Pilah. Rosidi Yusof.

Sinar Harian turut difahamkan, sumbangan ini akan diteruskan secara berkala dan akan dipergiatkan pada Ramadan yang akan datang serta membantu mereka yang memerlukan untuk menyambut Aidilfitri.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9354374.asp

20110720

Kezaliman Penguasa


Kita lihat bagaimana seorang anggota ini membawa senjata dan menumbuk seorang anak muda. Kita lihat di tangannya. Dia di antara anggota polis yang tiada tag nama dan nombor polis di bajunya dan memakai penutup muka. Integriti Polis jatuh disebabkan adanya puak-puak sebegini..
link video


http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150250130699010

Keluhan nasib pelajar Kolej Negeri, Seremban



PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011

Assalamualaikum..

Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.

Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah..

Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini. Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya???

masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2….

tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!!

By: manusiaditindas http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-kolej-negeri-seremban-2-ditindas
KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011

assalamualaikum,

saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..

saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita


dengan bayaran yg x seberapa..saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima

pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana,

sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut…

saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..

saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..

By: shura http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2

20110719

Ceramah Muslimah Ramadhan 23 Jul 2011 Seremban

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Oleh Ustazah Reha binti Yunan
Sabtu 23 Julai 2011
Jam 2.30 ptg
Di Surau An Naim, Bandar Seremban Selatan

Semua Muslimah dijemput hadir

Ceramah Dr Haron Din 26 Jul 2011 Port Dickson



CERAMAH LAMBAIAN RAMADHAN
Oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din
26 Julai 2011 (Selasa)
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Selasih, Port Dickson

Muslimin muslimat semua di jemput hadir

Kesal tanah dusun diceroboh



Sinar Harian 19 Julai 2011

PEDAS – Sepasang suami isteri kesal apabila mendapati tanah dusun yang dimiliki sejak lebih sepuluh tahun lalu diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Jamiliah Mohd Akhir, 51, berkata dia mengakui jarang menjenguk dusun tersebut yang terletak di Kampung Ulu Sepri, di sini kerana sibuk bekerja dan menetap di luar Negeri Sembilan, namun tidak bermakna dusunnya itu terbiar begitu sahaja.

Menurutnya, dia dan suami, Hasnol Hamzah, 55, terperanjat apabila mendapati dusunnya menjadi lokasi penyimpanan pelbagai peralatan bagi kerja-kerja pembinaan landasan keretapi berkembar pada 16 julai lalu.

“Ini bukan kali pertama tanah dusun saya diceroboh. Pencerobohan kali pertama berlaku pada Disember 2009. Bagaimanapun, saya dan suami bersepakat dengan Ketua Kampung dan pihak terlibat bagi menyelesaikan isu terbabit.

“Ketika itu, pihak yang menceroboh menawarkan bayaran sebanyak RM1,000 bagaimanapun, kami menolak kerana ia tidak munasabah berikutan dua batang pokok durian berusia sepuluh tahun dan pokok limau telah musnah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, Jamiliah berkata, apa yang lebih mengecewakan perbincangan dan juga bayaran pampasan itu masih belum selesai, masalah pencerobohan kali kedua pula berlaku.

Menurutnya, pada kejadian kali kedua ini, mereka suami isteri terperanjat apabila pagar dusun mereka telah tiada selain terdapat longgokan batu, tiang, pasir dan jentera berat diletakkan di dusun mereka.

“Saya sangat terperanjat dan kali ini saya nekad membuat laporan polis bagi mengetengahkan isu ini memandangkan ianya pencerobohan kali kedua. Malah, saya harap agar pihak bertanggungjawab dapat memberikan pampasan bersesuaian dengan kerugian yang kami tanggung termasuk dua batang pokok durian turut musnah susulan pencerobohan kali kedua ini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9345537.asp

Penduduk mahu penjelasan



Sinar Harian 19 Julai 2011

SEREMBAN - Penduduk yang mendiami 69 rumah di Taman Desa Temiang dekat sini mendakwa bil elektrik mereka naik secara mendadak selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar meter, Februari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, semua penduduk terbabit keliru kerana mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai isu berkenaan.

“Saya pernah mencadangkan kepada pengurusan TNB Negeri Sembilan agar mereka turun padang memberi penerangan kepada penduduk dalam satu perjumpaan.

“Namun mereka memaklumkan keputusan hanya boleh dibuat oleh ibu pejabat TNB,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Temiang, dekat sini, semalam.

Menurutnya, ada antara penduduk yang dikenakan caj penggunaan elektrik sehingga dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Selain itu katanya, beberapa penduduk terkejut apabila melihat terdapat tunggakan pada bil mereka sedangkan semua bayaran telah dijelaskan.

“Masalah ini membebankan penduduk yang terlibat dan mereka berharap TNB menyemak semula pengiraan kadar penggunaan elektrik di setiap rumah.

“Sekiranya masih ada penduduk yang berdepan masalah serupa, mereka boleh menemui saya atau berhubung terus dengan TNB untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, hanya TNB yang boleh memberi penerangan lebih jelas terhadap isu berkenaan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan TNB Negeri Sembilan gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9348028.asp

Ceramah Melayu DAP 23 Julai 2011 Rantau, N.Sembilan




CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Julai 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Pejabat DAP, Taman Ekar, Rantau, N.Sembilan

Bersama
1. Zairil Tan Sri Khir Johari (DAP)
2. YB Taufek (ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
3. YB Ravi (ADUN Port Dickson, PKR)
4. Subra, Ketua Penerangan Dewan Penyokong PAS
5. che'GuBard (Pengerusi SAMM)
6. Seorang bekas Pegawai Tinggi Polis (berbangsa India) di Johor bergelar Datuk yang baru menyertai PAS

Semua Dijemput Hadir , Pertanyaan 012-3696474 Azizi

Zairil adalah merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang , Encik Lim Guan Eng. Blog beliau di http://zairil.wordpress.com/

Masalah Air di Matrik Kuala Pilah sejak Zaman Pak Kaduk



Masalah Air di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Aduan Rakyat Online, July 18th, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Saya mewakili para pelajar perempuan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap masalah air yang membelenggu kami, pelajar perempuan yang mendiami kolej kediaman Cendikia (blok C).

Kolej kediaman Cendikia merupakan kolej kediaman yang terletak paling jauh dari pusat pentadbiran dan dewan kuliah. Selain daripada perlu menghadapi kenyataan bahawa asrama kami merupakan asrama yang paling jauh, kami juga mengalami gangguan air yang teruk. Terdapat 4 blok iaitu C1, C2, C3 dan C4. Setiap blok dianggarkan terdapat lebih 150 pelajar perempuan.

Pada waktu ini, blok C1 sudah kehabisan air langsung, maka dengan itu, seramai lebih kurang 150 pelajar dari Blok C1 turun ke Blok C2 untuk memenuhi keperluan diri seperti mandi dan sebagainya. Oleh itu, ini menjadikan 300 orang pelajar mandi di satu blok yang sama kerana jarak antara Blok C1 dan Blok C2 adalah yang paling hampir berbanding blok-blok yang lain.

Hal ini menyebabkan Blok C2 juga kehabisan air dan perkara yang sama berlaku pada Blok C3. Oleh hal yang demikian, seramai lebih kurang 450 orang pelajar terpaksa berebut dan bersesak di Blok C4 untuk mandi. Malangnya, tandas di Blok C4 hanya terdapat sebanyak 8 buah sahaja.

Kami telah menyuarakan perkara ini kepada pihak kolej tetapi sekali lagi malang buat kami kerana tiada tindakan diambil oleh pihak kolej. Kata-kata yang kami terima hanyalah “memang dari zaman pak kaduk lagi macam ni”. Mereka seolah-olah tidak ingin mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Oleh itu, kami terpaksa mengambil insiatif ini iaitu kami mengadu kepada Aduan Rakyat dengan harapan pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah kami di sini.

Kami berharap pihak Aduan Rakyat mengambil langkah terbaik bagi menyelesaikan hal ini. Hal ini kerana kami sudah buntu untuk mencari jalan bagi masalah kami ini.

Sekian. Terima kasih.

By: Anis Husna

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-kolej-matrikulasi-negeri-sembilan

Bersih Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik



Monday, July 18, 2011

Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal. Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

http://idrisahmad.wordpress.com/2011/07/17/bersih-tuntut-dakwat-kekal-bukan-biometrik/

20110718

Ribuan iringi Jenazah Dr Lo'Lo'




Al-Fatihah utk Allahyarhamah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali




Allahummaghfir laha warhamha wa'afiha wa'fu anha...Innalilahi wa inna ilayhi raji'un

Dari keluarga arwah: Solat jenazah YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali jam 10.30pagi esok(18/7/2011), Masjid Al-Akram Dato Keramat. Kebumi di Tanah perkuburan Dato Keramat, belakang Pasar Keramat sejurus selepas itu.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.

20110717

Rayu bantuan hebahan tukaran lokasi Program Ambang Ramadhan

Rayu bantuan hebahan tukaran lokasi Program Ambang Ramadhan anjuran SAMM dan Pusat Khidmat ADUN Paroi

Telah sebulan lalu dirancang untuk diadakan prog. Ambang Ramadhan anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pusat Khidmat Adun Paroi. Permohonan permit juga telah dihantar awal. Prog.dijadualkan akan menampilkan YB Ust Mujahid Yusof Rawa, Ust. Sham Kamikaze (bekas artis rock yang kini difahamkan menjadi murid Dr.Asri) dan Ust Norazman Mohamad (penceramah motivasi yg dikenali sebagai lebai kampung yg mula porpular di NS) selain penampilan khas juara nasyid TV9 sdr Azhan. Prog ini dirancang dibuat di dataran senawang yg menjadi tempat lepak2 anak muda hampir setiap malam. Prog yg disusun santai sesuai dgn mood muda demi mendekati kelompok masyarakat muda ini dengan kesedaran ramadhan.

Golongan ini jarang di masjid, ttp tidak bermakna mereka ini tidak baik. Kita dekati dan sentuh mereka dengan gaya dan bahasa mereka. Golongan muda ini aset penting negara. Semua telah disusun. Malah penganjur juga telah membayar wang sewaan kpd senawang land sdn bhd selaku pemilik tempat. Poster, banner dan semua promosi sudah berjalan.

Malangnya semalam PDRM telah hubungi dan mengatakan 'permit tak lulus'. Bukan itu sahaja polis juga menghubungi pemilik tempat bakal dilakukan program agar tidak beri kerjasama.

Pada mulanya polis tak benar imej parti diketengahkan (w/pun PKR&PAS parti yg sah dan PAS memenangi dun tersebut) kami akur dengan hanya meletakkan SAMM dan Pusat Khidmat Adun sbg penganjur.

Kemudian mereka masih tolak permit. Bila ditanya kami diminta berurusan dgn cawangan khas Seremban. Respon mereka ialah kerana ada ucapan 'aluan' che'GuBard dan YB Mujahid. Demi mengutamakan masej dakwah penganjur akur che'GuBard dan YB Ust Mujahid tidak berucap. Namun polis masih berdegil tidak membenarkan prog. Ambang Ramadhan diteruskan.

PKR Rembau amat kecewa dengan perkembangan ini. Jelas PDRM menjadi alat kepada Umno. Usaha kami untuk sama membina bangsa Malaysia bukan setakat diperkecil ttp kami dizalimi pula hanya kerana politik kepartian sempit regim penguasa.

Untuk pengetahuan semua lokasi yg sepatut kami buat prog Ambang Ramadhan itu sering digunakan oleh perbagai pihak termasuk Umno untuk buat senam pocho2 tiap minggu, perbagai konsert dan seumpamanya.

Namun atas semangat dakwah mendekati anak muda program akan tetap diteruskan pada masa dan tarikh yang sama cuma tempatnya ditukar ke Pusat Khidmat Adun Paroi di Taman Tasek Jaya. Kami mohon semua pihak dapat membantu kami dengan membuat hebahan pertukaran tempat ini.

Semua dijemput hadir dan program akan diadakan dalam premis persendirian dan kawasan perpagar.

Pengumuman





Norazizi Samm:

Telah sebulan lalu dirancang untuk diadakan prog. Ambang Ramadhan anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pusat Khidmat Adun Paroi. Permohonan permit juga telah dihantar awal. Prog.dijadualkan akan menampilkan YB Ust Mujahid Yusof Rawa, Ust. Sham Kamikaze (bekas artis rock yang kini difahamkan menjadi murid Dr.Asri) dan Ust Norazman Mohamad (penceramah motivasi yg dikenali sebagai lebai kampung yg mula porpular di NS) selain penampilan khas juara nasyid TV9 sdr Azhan. Prog ini dirancang dibuat di dataran senawang yg menjadi tempat lepak2 anak muda hampir setiap malam. Prog yg disusun santai sesuai dgn mood muda demi mendekati kelompok masyarakat muda ini dengan kesedaran ramadhan.

Golongan ini jarang di masjid, ttp tidak bermakna mereka ini tidak baik. Kita dekati dan sentuh mereka dengan gaya dan bahasa mereka. Golongan muda ini aset penting negara. Semua telah disusun. Malah penganjur juga telah membayar wang sewaan kpd senawang land sdn bhd selaku pemilik tempat. Poster, banner dan semua promosi sudah berjalan.

Malangnya semalam PDRM telah hubungi dan mengatakan 'permit tak lulus'. Bukan itu sahaja polis juga menghubungi pemilik tempat bakal dilakukan program agar tidak beri kerjasama.

Pada mulanya polis tak benar imej parti diketengahkan (w/pun PKR&PAS parti yg sah dan PAS memenangi dun tersebut) kami akur dengan hanya meletakkan SAMM dan Pusat Khidmat Adun sbg penganjur.

Kemudian mereka masih tolak permit. Bila ditanya kami diminta berurusan dgn cawangan khas Seremban. Respon mereka ialah kerana ada ucapan 'aluan' che'GuBard dan YB Mujahid. Demi mengutamakan masej dakwah penganjur akur che'GuBard dan YB Ust Mujahid tidak berucap. Namun polis masih berdegil tidak membenarkan prog. Ambang Ramadhan diteruskan.

PKR Rembau amat kecewa dengan perkembangan ini. Jelas PDRM menjadi alat kepada Umno. Usaha kami untuk sama membina bangsa Malaysia bukan setakat diperkecil ttp kami dizalimi pula hanya kerana politik kepartian sempit regim penguasa.

Untuk pengetahuan semua lokasi yg sepatut kami buat prog Ambang Ramadhan itu sering digunakan oleh perbagai pihak termasuk Umno untuk buat senam pocho2 tiap minggu, perbagai konsert dan seumpamanya.

Namun atas semangat dakwah mendekati anak muda program akan tetap diteruskan pada masa dan tarikh yang sama cuma tempatnya ditukar ke Pusat Khidmat Adun Paroi di Taman Tasek Jaya. Kami mohon semua pihak dapat membantu kami dengan membuat hebahan pertukaran tempat ini.

Semua dijemput hadir dan program akan diadakan dalam premis persendirian dan kawasan perpagar.

20110715

Ceramah Ustaz Fuad 16 Julai 2011 Senawang



CERAMAH PERDANA
Sempena Isra Miraj dan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 16 Julai 2011, SABTU
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran/Padang Taman Tuanku Jaafar Fasa 1, Senawang (berhampiran BSN)
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad bin Othman

Semua dijemput hadir

Ceramah D'Ambang Ramadhan




































Program 1

Ceramah D'Ambang Ramadhan

29 Julai 2011 (Jumaat) / 27Sya'ban 1432

Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1

Selepas Maghrib....




Program 2

30 Julai 2011 (Sabtu) / 28 Sya'ban 1432

Madrasah Al-Badru (Pasti As-Sibyan)
Taman Dusun Setia, Seremban

Selepas Maghrib...

Muslimin muslimat semua di jemput hadir


20110713

Tiada Kemudahan Asas di Taman Sri Rembau

Aduan Rakyat Online
July 12th, 2011

Tiada longkang di Kebanyakan Lot di Lot Banglo, Taman Sri Rembau, Rembau, N.Sembilan Terutamanya di jalan yang bukan jalan utama seperti Jalan Batu Belang dan sekitarnya. Perkara ini mendatangkan kerosakan dan bahaya kepada penduduk seperti air dari atas bukit akan melalui dan memasuki kawasan perumahan menyebabkan berlakunya keretakan pada tembok pemilik rumah.

Ketiadaan longkang juga boleh menyebabkab pembiakkan nyamuk Adess yang boleh menyebabkan demam DENGGI kepada penduduk setempat.

Yang Kedua, terdapat Lot Banglo di Taman Sri Rembau yang terbiar sehingga menjadi Hutan Rimba. Perkara ini mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat kerana menjadi tempat pembiakkan dan perkumpulan binatang seperti babi hutan dan ular. difahamkan pihak majlis telah mengeluarkan saman kepada pemilik yang ingkar tetapi masih terdapat banyak lot banglo di Taman Sri Rembau yang masih semak samun.

Harap MAJLIS DAERAH REMBAU dapat dapat mengatasi masalah tersebut seperti menyediakan kemudahan asas tersebut dengan secepat mungkin dan mengatasi lot-lot banglo yang semak samun.

Apalah gunanya lanskap yang cantik di kawasan sekitar MAJLIS DAERAH REMBAU jika kemudahan asas di TAMAN SRI REMBAU, LOT BANGLO (belakang MAJLIS DAERAH REMBAU) tidak dapat disediakan dan lot-lot banglo di belakangnya semak samun tanpa diuruskan sehingga mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

Sekian, Terima Kasih.

By: NIZAM
http://www.aduanrakyat.com.my/tiada-kemudahan-asas-di-taman-sri-rembau

20110712

Ceramah Menjelang RAMADHAN 17 Julai 2011



CERAMAH AGAMA MENJELANG RAMADHAN
Tarikh : 17 Julai 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Dataran Senawang, N.Sembilan

Penceramah :
Ustaz Dr Mujahid Rawa
Ustaz Norazman Mohamad
YB Hj Taufek
Chegubard
Sham KAMIKAZE

Penampilan istimewa : Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9

Pertanyaan : 0123696474 (Azizi)

Semua dijemput hadir

Babi Hutan berkeliaran di Kg. Ibol

Aduan Rakyat Online
July 11th, 2011

Untuk pengetahuan pihak aduan rakyat, saya ingin membuat aduan dimana di kawasan perkampungan saya di No 51 Kg. Ibol, Terachi, Negeri Sembilan (belakang Balai Polis Terachi).

Untuk pengetahuan pihak tuan terdapat sarang babi hutan di kawasan perkampungan tersebut. Ini agak membimbangkn saya kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk sekeliling. Dengan kehadiran binatang ini juga semua aktiviti di kawasan tersebut terjejas dimana penduduk tidak boleh keluar utk memotong getah.

Babi hutan ini berkeliaran dan amat membahayakan penduduk. Pada kebiasaannya binatang ini berkeliaran pada mlm hari. Aduan telah dibuat kepada jabatan haiwan dan pihak tersebut telah datang utk melihat keadaan sebenar tetapi haiwan tersebut tidak muncul.Di harap pihak aduan rakyat dpt membantu menyelesaikan masalah kami di kawasan ini.Sekian Terima Kasih.

By: NAREDA BINTI ABU BAKAR
http://www.aduanrakyat.com.my/babi-hutan-berkeliaran-di-kg-ibol

Paip air bocor di Taman Tuanku Jaafar, Jalan TTJS 6/E

Aduan Rakyat Online
July 11th, 2011

Paip air utama yang dikendalikan oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) didapati bocor dengan kesan basah di atas permukaan jalan yang diturap. Pernah membuat aduan tetapi tiada wakil dari pihak SAINS yang hadir. SAINS hanya menghantar pihak kontraktor yang tidak cekap di mana menyatakan ini adalah masalah paip kumbahan dan bukannya masalah air bersih dari paip SAINS.

Apa yang merisaukan penduduk adalah sekiranya berlaku “sinking hole” di bawah permukaan jalan yang diturap yang mana boleh menyebabkan tanah runtuh dan membahayakan penduduk di sini terutamanya kenderaan yang lalu lalang dan juga kanak-kanak yang sering bermain di hadapan rumah.

Pihak SAINS perlu serius dalam menangani masalah ini dan jangan tunggu sehingga berlaku kemalangan nyawa, kematian atau sebagainya barulah hendak bertindak..

Harap dengan tersiarnya berita di media , pihak SAINS akan menghantar wakil seterusnya menyelesaikan isu paip bocor ini dalam kadar segera

By: Abd. Azeem
http://www.aduanrakyat.com.my/paip-air-bocor-di-taman-tuanku-jaafar-jalan-ttjs-6e

20110711

Berita sebenar Tv Singapore

Kini Dunia Melihat Kekejaman Polis. Apa Lagi Yg Nak Disorokkan Wahai Hishammuddin... ( Edisi Tv Singapore )

Truth that Cannot Be Cover

"Aunty Annie", Kami Rakyat Malaysia Berbangga Dengan Semangat "Aunty Annie". We Love You !!!





Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

NONE“Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.”

Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.

“Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.

Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”.

"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya.

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”

Kenyataan PAS Kawasan Jelebu



Kami dengan ini Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Jelebu MENGUTUK DENGAN SEKERAS-KERASNYA perbuatan KASAR, GANAS, ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN pasukan Polis Di Raja Malaysia ke atas peserta-peserta dan pemimpin-pemimpin NGO serta parti-parti politik yang menyertai himpunan aman BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 bersamaan hari sabtu yang lepas.

Tindakanpasukan polis mengejar, memukul, menangkap, menggari, menembak gas pemedih mata serta menembak air beracun terhadap peserta himpunan aman BERSIH 2.0 adalah satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan diluar batas-batas kemanusiaan. Sepatutnya pasukan polis membenarkan BERSIH 2.0 mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka sepertimana TITAH Yang Di Pertuan Agong yang meminta BERSIH 2.0 diadakan di Stadium.

Oleh kerana pintu Stadium Merdeka dan jalan ke Stadium Merdeka semuanya telah ditutup oeh pasukan polis maka peserta dan pemimpin BERSIH 2.0 terpaksa berarak di jalanan walaupun itu bukanlah niat sebenar penganjur BERSIH 2.0 Pihak pemimpin BERSIH 2.0 ingin menjunjung TITAH DULI TUANKU tetapi apakan daya pasukan polis dan penguasa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak menghormati dan telah MENDERHAKA kepada TITAH Duli Tuanku.

Kematian Pak Baharudin Ahmad dari Keramat AU3 adalah kerana sesak nafas akibat dari di kejar dan kumpulannya telah ditembak dengan gas pemedih mata oleh pasukan polis. Jika perhimpunan di Stadium Merdeka di benarkan adakah perkara seperti ini akan berlaku. Pihak pasukan polis dan kerajaan UMNO/BN adalah bertanggung jawab sepenuhnya atas kematian Pak Baharuddin Ahmad. Kami PAS Kawasan Jelebu menuntut Pasukan Polis dan Kerajaan BN memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan sahabat handai Pak Baharudin Ahmad atas kejadian yang telah menimpa kepada Arwah.

Sekian. Wasalam.

Yang benar,

SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN
NAIB YDP PAS
KAWASAN JELEBU

http://pasjelebu.blogspot.com/
http://orangklawang.blogspot.com/

Tiada khidmat bas ke hospital Kuala Pilah



Sinar Harian 11 Julai 2011

KUALA PILAH – Penduduk sekitar di sini memohon kepada pihak berkaitan untuk menyediakan pengangkutan bas khas untuk berulang alik dari Pekan Pilah ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Ini kerana rata-rata penduduk yang tinggal di kampung tidak mempunyai kemudahan pengangkutan terutamanya warga emas.

Naib Di-Pertua PAS Kawasan, Abdul Karim Shahimi Abd Razak berkata, masalah ketiadaan pengangkutan khas menuju ke hospital membebankan masyarakat.

“Ada di antara mereka perlu membuat rawatan susulan setiap minggu dan ke hospital atas sebab-sebab tertentu.

“Saya lihat, adalah wajar pihak berkenaan menyediakan bas khas untuk golongan itu supaya dapat mengurangkan beban mereka. Mereka juga tidak perlu lagi menaiki kereta sewa yang sudah tentu harganya jauh lebih mahal berbanding menaiki bas,” katanya.

Sehubungan dengan itu, atas kelewatan masa masa untuk menunggu bas membuatkan penduduk kecewa.

“Bas yang lewat tiba di perhentian bas sudah menjadi kebiasaan buat penduduk di sini. Kadang-kala mereka terpaksa menunggu hampir sejam dan terpaksa menaiki pengangkutan lain untuk ke hospital mahupun ke tempat lain.

“Masalah ini perlu diberi perhatian agar ia mendapatkan kesejahteraan kepada semua pihak. Mungkin cadangan menyediakan bas khas ke hospital dapat melegakan hati penduduk di sini,” katanya.

Malah katanya, atas sebab kekangan kewangan, ada segelintir daripada mereka terpaksa menunggu anak pulang atau menyewa kereta dengan jiran untuk ke hospital.

“Di kampung, kemudahan bas tidak disediakan. Justeru, inisiatif menyewa kereta jiran lebih murah berbanding kereta sewa.

“Perkara ini sudah menjadi kelaziman penduduk di sini. Namun, sampai bila mereka harus bertahan? Sedangkan di negeri lain, pihak kerajaannya telah pun menyediakan bas khas ke hospital bagi memudahkan rakyat. Saya harap pihak berkenaan dapat mempelbagaikan kemudahan di sini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9318195.asp

Kisah orang Jelebu sertai BERSIH 2.0



Hayati pengalaman orang dari Jelebu , Negeri Sembilan yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/bersih-20-dari-pudu-ke-brickfield.html