BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20110630

Ceramah Md Sabu 6 Julai 2011 di N.Sembilan



PIDATO RAKYAT
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS
YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Dato Kamarul , Pengerusi PKR N.Sembilan
YB Anthony Loke , Pengerusi DAP N.Sembilan
Zulkefly Omar , Naib Presiden NGO TERAS
Tarikh : 6 Julai 2011 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 44, Simpang Pertang, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

20110629

Forum Anak Muda Pakatan Rakyat 29 Jun 2011 Seremban

FORUM ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT
Ahli Panel :
1. Ust Khairul Anuar Wafa (Ketua Pemuda PAS n9)
2. Sdr Nazree Yunus (Ketua AMK N9)
3. YB. Loke Siew Fook (DAPSY)

RABU 29 Jun 2011
Jam 8 malam
Bertempat di Dewan PJ Perdana, Seremban (Bersebelahan Taman Paroi Jaya)

Anak muda dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi 019-3776497

Jenayah semakin menjadi di Port Dickson



Enjin bot nelayan dicuri
Sinar Harian 29 Jun 2011



PASIR PANJANG – Dua nelayan di Pengkalan Nelayan Balak, Pasir Panjang, dekat sini hilang punca pendapatan apabila enjin bot masing-masing yang disimpan di pondok nelayan pengkalan tersebut dicuri awal pagi Ahad lalu.

Kejadian itu menyusul tidak sampai sebulan selepas beberapa nelayan di pengkalan nelayan berhampiran kerugian puluhan ribu ringgit disebabkan kegiatan mencuri perkakasan nelayan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Nelayan, Mohd Zainal Mad Sah, 62, yang lima tahun lalu pernah mengalami kerugian mencecah RM4000 kerana kehilangan bot fibernya sekali lagi terpaksa berhadapan situasi yang sama selepas enjin botnya pula dicuri.

Menurutnya, dia menyedari kehilangan enjin botnya itu ketika mahu turun ke laut seperti kebiasaannya pada jam 5 pagi semasa kejadian.

“Akibat daripada itu, saya hilang punca pendapatan dan mengalami kerugian mencecah RM5800,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Balak, semalam.

Mohd Zainal berkata, kebiasaannya dia akan tidur di pondok nelayan tersebut yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya, namun pada malam kejadian dia tidak berbuat demikian.

“Walau bagaimanapun, saya tidur di beranda rumah dan tidak menyedari botnya dicuri dan berasa sangat terkilan,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian sama, lima bot fiber yang diletakkan di pengkalan itu turut dipotong tali penambatnya.

“Mujur semasa kejadian air surut dan bot tidak boleh digerakkan, jika tidak pasti ramai nelayan yang akan menanggung kerugian memandangkan bot berkenaan setiap satu mencecah RM7000.

“Walau bagaimanapun, dalam kejadian sama di sebuah lagi pengkalan berhampiran, sebuah bot berjaya dilarikan dipercayai dilakukan penjenayah sama sementara satu lagi bot milik seorang nelayan wanita tidak sempat dilarikan setelah kegiatan mereka disedari penduduk,” katanya.

Malah katanya, kegiatan curi seumpama ini memang sudah sering berlaku di pengkalan nelayan perairan Port Dickson dan semakin menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“DAHULU, SEKITAR PERAIRAN PASIR PANJANG MENDAPAT KAWALAN DARIPADA TENTERA, NAMUN SELEPAS KAWALAN TERSEBUT DIHENTIKAN, PENCURI SEMAKIN BERANI NAIK KE DARAT.

“Sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, pasti akan ada nelayan yang menjadi mangsa curi. Bukannya mereka tidak mengadakan kawalan, tetapi penjenayah dilihat seperti mampu menghidu pergerakan kawalan yang dilakukan sehingga membolehkan mereka melakukan kegiatan jenayah ini dengan berleluasa,” katanya.

Dalam kejadian sama, seorang lagi nelayan, Mahat Musa, 37, turut mengalami kerugian apabila enjin botnya yang disimpan bersebelahan enjin bot Mohd Zainal turut dikebas.

“Nelayan adalah punca pendapatan utama untuk menanggung tiga anak yang bersekolah termasuk seorang yang baru berusia setahun,” katanya yang turut menanggung rugi mencecah RM5800 atas kehilangan bot Yamaha 15 kuasa kuda.

Mahat berkata, enjin botnya diletakkan bersebelahan dengan enjin milik Mohd Zainal dan sebuah lagi enjin milik rakan saya.

“Tetapi pencuri tidak sempat melarikan enjin ketiga, namun mangga dan rantai berjaya dibuka pencuri itu,” katanya lagi yang telah membuat laporan dibuat di Balai Polis Pasir Panjang pada hari kejadian tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9240235.asp

Bob Lokman di Senawang 7 Julai 2011 ini



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS
Masa : 9 malam
Tempat : Senawang, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Pengerusi SAMM

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Semua dijemput hadir

Klinik Kesihatan N.Sembilan KOTOR tak BERSIH



Utusan Malaysia 29 Jun 2011. KECEWA MUTU PERKHIDMATAN KLINIK KESIHATAN MANTIN. SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan mutu perkhidmatan di Klinik Kesihatan Mantin, Negeri Sembilan.

Sudah beberapa kali saya melihat kelemahan terutama dari segi pentadbiran dan kebersihan. Kelemahan ini jelas kelihatan memandangkan saya kerap menemani ibu yang merupakan seorang pesakit hipertensi yang berkunjung ke sana bagi temujanji doktor.

Pada minggu lepas, seawal pukul 7.40 pagi, saya sudah berada di klinik bagi mengambil nombor pendaftaran. Sesudah mengambil nombor pendaftaran, saya menuju ke tempat pemeriksaan doktor.

Pada masa itu terdapat beberapa kakitangan sedang merakam kad kehadiran mereka. Namun saya perhatikan terdapat seorang kakitangan sedang merakam beberapa kad kakitangan yang lain. Persoalan saya, adakah ini budaya kerja kakitangan di sini untuk merakam kad orang lain?

Saya juga mendapati beberapa kakitangan yang lain juga datang lambat. Mungkin mereka berasa tidak kisah untuk datang ke pejabat memandangkan kad mereka sudah dirakam oleh kakitangan yang lain.

Apabila saya berada di bilik rawatan pesakit luar untuk rawatan selanjutnya ternyata mutu kebersihan amat menyedihkan. Sampah seperti kertas dibiar bertaburan dan singki berkeladak. Beberapa gelas diletakkan berhampiran singki yang kotor. Di dalam hati saya berkata, adakah sudah tiada kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan bilik rawatan ini?

Apa yang saya amati ialah ramai kakitangan (tidak tahu sama ada datang lewat atau tidak) pergi minum di sebuah gerai yang berhampiran walaupun setelah pukul 8 pagi tanpa menyelesaikan tugas mereka terlebih dahulu.

Ternyata ini amat menyedihkan. Mutu perkhidmatan di sini tidak sejajar dengan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Harap pihak yang berkenaan sila beri penjelasan

PESAKIT KESAl,
Mantin, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

20 TAHUN RAKYAT DI MANTIN, N.SEMBILAN HIDU SAMPAH

Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

20110628

Kes jenayah semakin membimbangkan di Seremban



Bimbang penjenayah berkeliaran di kawasan rumah
Sinar Harian 28 Jun 2011

SEREMBAN – Penduduk Taman Dusun Setia, di sini menggesa pihak berkuasa terutama polis melakukan rondaan lebih kerap bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan taman tersebut.

Seorang peniaga di taman berkenaan, T.Veerasamy, berkata, kedai runcitnya sudah dua kali dimasuki pencuri sejak kebelakangan ini.

“Pada 20 Mei, kedai saya dimasuki pencuri dan mencederakan saya sekeluarga. Kejadian menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000.

“Akibat kejadian itu, saya sekeluarga tidak tinggal di rumah kedai ini sebaliknya menyewa di tempat lain kerana masih trauma dengan kejadian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, di taman perumahan berkenaan.

Veerasamy berkata, bukan sahaja kedainya dirompak, malah kebanyakan rumah penduduk taman tersebut juga turut mengalami nasib sama.

“Penduduk amat bimbang akan keselamatan harta benda dan diri apabila banyak kejadian rompakan berlaku di kawasan ini.

“Keselamatan penduduk ibarat hujung tanduk kerana tiadanya pihak berkuasa mahupun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengawal kawasan taman ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez yang membuat lawatan ke taman tersebut berkata, pihaknya sudah memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa, namun masih tiada tindakan sehingga kini.

“Bukan sahaja kejadian rompakan, malah jenayah seperti ragut juga kerap berlaku di kawasan ini, sekali gus membuatkan penduduk berasa takut hendak keluar rumah sendirian.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9230536.asp

Litar lumba mini, satu lagi Projek Gajah Putih N.Sembilan



Adakah Litar Lumba Mini di Seremban ini merupakan salah satu lagi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan antara beberapa koleksi Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan ? Beberapa Projek Gajah Putih sebelum ini yang dilaporkan pada pautan berikut http://gajahputihn9.blogspot.com/

Litar lumba mini terbiar sepi
Sinar Harian 28 Jun 2011

SEREMBAN – Tujuannnya untuk memberi peluang kepada orang ramai menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah. Bagaimanapun, pembinaan litar lumba mini di Seremban 2, di sini seolah-olah satu pembaziran.

Ini kerana, litar yang popular dengan aktiviti kereta kawalan jauh sejak kira-kira dua tahun lalu itu kini terbiar tanpa sebarang aktiviti, berbanding sebelum ini sebanyak enam kali setahun pertandingan dianjurkan di situ.

Bagaimanapun, disebabkan litar tidak sekata dan tiada kemudahan asas untuk orang ramai, ramai pengemudi kereta mini lari dan bertanding di negeri lain.

Pengerusi Kelab Speed Sideway RC Car Club (SSRCCC) Negeri Sembilan, Mohd Nizar Abd Jabbar berkata, setiap kali pertandingan kereta kawalan jauh dianjurkan di Seremban, peserta sering berdepan situasi kenderaan mereka aterjejas akibat litar kasar dan tidak sekata.

“Kita bukannya nak perhatian lebih, tetapi litar yang ada ini amat teruk dan tidak sesuai lagi dengan kereta kawalan jauh.

“Peserta akan berhadapan dengan masalah tayar dan kondisi kereta yang tidak baik selepas bertanding di litar ini. Selain itu, kemudahan untuk peserta dan pengunjung yang menyaksikan perlumbaan ini juga tiada di sini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Nizar berkata, disebabkan masalah itu, tiada lagi pertandingan diadakan di situ berbanding awal pembinaannya pada 2009.

“Saya juga pernah menyusulkan surat kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk mereka membaik pulih kawasan litar ini agar lebih ramai yang turun beraksi, namun sehingga kini belum ada jawapan,” katanya.

Mohd Nizar berkata, aktiviti kereta kawalan jauh itu mempunyai pengikut ramai terutama dari seluruh negara, sekali gus mewujudkan aktiviti sihat kepada golongan muda.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9234362.asp

Hutan simpan N.Sembilan diceroboh tanpa tindakan?



Ketenteraman penduduk terganggu!
Sinar Harian 28 Jun 2011

KAMPUNG SUNGAI RAYA – Ketenteraman dan keselesaan penduduk semalam hampir 40 tahun hidup dalam suasana kampung di Kampung Sungai Raya kini terganggu!

Penduduk mendakwa semuanya itu gara-gara projek penanaman pokok gaharu dan ternakan burung walit yang dijalankan di atas tanah seluas 20 hektar yang merupakan hutan simpan dan timbul persoalan mengapa projek ini boleh diluluskan sehingga mengakibatkan hutan digondolkan.

Seorang penduduk, S Siva Kumar, 35, berkata, akibat penggondolan hutan itu penduduk di sini terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

“Hutan ini mula digondolkan kira-kira 10 tahun lalu, di mana kayu balak mula ditebang dan dibawa keluar dari hutan berkenaan melalui jalan-jalan di kampung ini secara ‘senyap’ tanpa diketahui penduduk. Namun, aktiviti itu terhenti seketika dan sekitar setahun lalu, projek ini bermula semula.

“Akibatnya, penduduk yang terpaksa menanggung kesan buruk daripada aktiviti itu yang dilihat lebih memberi keuntungan kepada sebelah pihak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Siva Kumar berkata, penduduk berhampiran terpaksa berkongsi jalan kampung dengan pelbagai jenis kenderaan berat seperti jentolak yang digunakan untuk projek terbabit sehingga mengakibatkan jalan rosak.

Lebih membebankan, katanya, rumah penduduk dilanda banjir lumpur kira-kira dua minggu lalu dan ia adalah kejadian paling buruk pernah berlaku.

“Seminggu kemudian kejadian sama berlaku tetapi tidak terlalu teruk. Namun semua air dari tempat projek itu yang terletak di bukit mengalir bersama tanah lumpur hingga membanjiri kawasan kebun dan rumah tidak sampai satu jam.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa banjir mendapat bantuan polis untuk membersihkan banjir lumpur yang masuk ke rumah dan mengalami kerugian besar,” katanya.

Semua pihak berwajib telah turun padang, termasuk pengurus projek berkenaan dan mereka berjanji akan membina parit besar bersempadan dengan lereng bukit projek dijalankan dan rumah penduduk dalam tempoh secepat mungkin.

Siva Kumar berkata, parit itu belum digali sehingga kini dan mereka hanya membina empangan tanah di lereng bukit kononnya untuk menyekat aliran lumpur, tetapi tidak berkesan kerana limpahan air yang banyak memusnahkan empangan.

Malah, menurutnya, jalan kampung yang rosak hanya diturap dengan batu manakala jambatan yang hampir roboh dibiarkan begitu sahaja.

“Akibatnya, sekali lagi penduduk di sini dilanda banjir lumpur pada Sabtu lalu.

“Oleh itu, sebuah longkang sementara kemudian dibina di hadapan rumah penduduk selepas diarahkan secara keras oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rohana Nasir, 57, berkata, jika benar kerajaan meluluskan projek di atas tanah rezab hutan simpan ini, semua pihak berkaitan perlu memantau projek itu secara telus.

“Saya sendiri hairan bagaimana projek ini boleh dibangunkan di hutan simpan ini dan sekarang ternyata memberi beban besar kepada rakyat.

“Saya juga amat berharap agar semua pihak berkaitan mengkaji semula secara terperinci dari semua aspek bagaimana projek ini diluluskan. Kami bimbang sekiranya terdapat unsur ‘kotor’ atau memang diluluskan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, penduduk di sini juga sangat mengharapkan agar ada pembelaan segera yang diterima, termasuk langkah pencegahan dilanda banjir lumpur sekali lagi, memandangkan sekarang ini musim hujan.

“Hujan yang tidak sampai satu jam boleh mengakibatkan banjir lumpur yang teruk seperti mana yang kami alami dua minggu lalu, akibatnya banyak harta benda yang musnah,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9237206.asp

20110627

Ceramah Israk Mikraj 30 Jun

Police report on RM6 billion EPF loan to Felda



Free Malaysia Today, June 27, 2011

The police report by the National Felda Settler Children’s Association (Anak) is to find where and how the RM 6 billion loan was spent.

SEREMBAN: The National Felda Settler Children’s Association (Anak) has lodged a police report questioning the RM6 billion EFP loan to Felda.

Those named in the police report which was lodged on Sunday afternoon, were Prime Minister Najib Tun Razak; Deputy Minister in Prime Minister Department (Felda Affairs) Ahmad Maslan; Felda chairman Mohd Isa Abdul Samad and Felda director general Dzulkifli Abdul Wahab.

The report was lodged at Seremban district police headquarters by Anak president Mazlan Aliman and about 25 supporters who are either Felda settlers or Employee Provident Fund (EPF) contributors.

“Recently Mohd Isa the Felda chairman admitted that Felda borrowed RM6 billions from EPF and that it shows how much trust EPF has on Felda by willing to give RM6 billion as loan,” said Mazlan.

In his police report Mazlan wants to know where and how the RM6 billion was spent. He also wants to know who directed Felda to borrow RM6 billion from EPF.

“ We want to know why the borrowing was not tabled in Parliament and would the loan have any implications on Felda settlers.

Mazlan urged Najib and EPF to explain this to the people, especially to Felda settlers and EPF contributors.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/27/police-report-on-rm6-billion-epf-loan-to-felda/

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih



KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu.

Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4011-dihalau-keluar-masjid-kerana-pakai-baju-bersih

20110624

PAS Rembau siap 10,000 peserta ke Perhimpunan BERSIH



PAS Kawasan Rembau akan menghantar 10,000 orang peserta ke Perhimpuan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 nanti.

Sumber : http://mohamadhusaini.blogspot.com/2011/06/kenyataan-akhbar-kesal-mimbar-n9-halang.html

20110623

Demo seluruh negara bantah Utusan esok



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3965-demo-seluruh-negara-bantah-utusan-esok

Polis arah jangan jual baju Bersih



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3962-polis-arah-jangan-jual-baju-bersih

Tanah runtuh semakin lebar



Sinar Harian 23 Jun 2011

CHEMBONG – Rata-rata penduduk di Taman Desa Chembong, di sini melahirkan rasa kebimbangan apabila terpaksa berhadapan dengan masalah tanah runtuh berhampiran loji kumbahan di taman perumahan berkenaan sejak sebulan lalu.

Malah, perasaan bimbang itu tidak mampu dibendung lagi apabila tanah runtuh berkenaan kelihatan semakin merbahaya dan mampu mengancam keselamatan kanak-kanak yang melalui kawasan berkenaan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Chembong, Md Salam Sarip berkata, kemungkinan keadaan tanah runtuh itu semakin buruk susulan kekerapan hujan kebelakangan ini.

Menurutnya, walaupun pihak berkaitan sudah mengambil tindakan dengan menutup jalan dan meletakkan tanda kawasan larangan serta berbahaya, namun ianya masih belum dapat mengatasi perasaan bimbang penduduk lebih-lebih lagi bila melihat rekahan yang semakin membesar.

“Oleh itu, diharap pihak bertanggungjawab dapat memandang serius mengenai masalah ini dan berusaha untuk mengatasi masalah demi keselamatan penduduk,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi itu.

Md Salam berkata, sekiranya masalah itu masih berlanjutan, beliau berasa agak bimbang terhadap tahap keselamatan penduduk yang tinggal selang beberapa meter sahaja dari lokasi tanah runtuh berkenaan.

Katanya, masalah itu kini sudah menjadi buah mulut penduduk apatah lagi sehingga ke hari ini masih belum terdapat tindakan atau kerja-kerja memperbaiki tanah runtuh dilakukan.

“Bagi kita yang sudah dewasa, kita tahu akan bahaya tanah runtuh berkenaan. Namun, apa yang kita risaukan kini adalah keselamatan kanak-kanak yang tidak memahami bahaya kawasan berkenaan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9219399.asp

20110622

PAS NS buat perubahan menyeluruh




SEREMBAN, 22 Jun 2011 : PAS Negeri Sembilan ( http://pasns.blogspot.com/ ) membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi.

"Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13 dan keseimbangan peranan ahli diperingkat negeri dan kawasan," kata Pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai lapisan masyarakat, dari peneroka, kakitangan kerajaan dan swasta hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan.

Mesyuarat pimpinan Pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas Pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III.

Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) .

Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Khairul Azlan dan Siti Faridah.

Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat.

Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban.

Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan.

Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2.

Sumber : Harakahdaily

Hi Tea bersama YB Siti Zailah 3 Julai 2011 di Lenggeng



MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 3 Julai 2011 , AHAD
Masa : 2.30 petang
Tempat : di Markaz PAS, MTD Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Bersama :
YB Hjh Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat)
Zulkefly Mohamad bin Hj Omar (AJK PAS Pusat)

Kupon HI-TEA : RM 5

Untuk tempahan kupon, sumbangan dan maklumat lanjut sila hubungi :
Pn Osnida 013-2689252 (Ketua Muslimat PAS Jelebu)
Pn Normah 019-2857448 (Ketua Muslimat PAS Kawasan Seremban)

Anjuran : HalWa, Dewan Muslimat PAS Kawasan Jelebu dengan kerjasama HalWa MTD Lenggeng

Ketua Cawangan Umno N.Sembilan pun kecewa dgn Utusan



Di Negeri Sembilan bukan ahli PAS dan PKR saja yang marah pada Utusan, orang Umno pun marah pada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Umno pula tu.

Madrasah tidak sebar ajaran sesat
Sinar Harian 22 Jun 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, di sini turut menafikan wujud ajaran sesat membabitkan Maahad Ittiba Us Sunnah di situ yang didakwa merekrut pelajar serta menyebarkan ideologi Jemaah Islamiah (JI).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Parit, Syukri Mohd Sharif berkata, madrasah itu sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung mengajar ilmu agama berasas al-Quran dan Sunnah Nabi.

“Rata-ratanya penduduk di sini belajar mengaji di madrasah ini.

“Setakat ini tiada sebarang aduan yang diterima tentang ajaran sesat, mahupun ideologi JI disebarkan melalui pembelajaran di madrasah ini,” katanya pada sidang media di Maahad Ittiba Us Sunnah, Kampung Parit, di sini, petang kelmarin.

Syukri berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk belajar di madrasah tersebut, meskipun pelbagai dakwaan buruk dilemparkan.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohammed Kamel Mohd Yusof berkata, laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu sebelum ini tidak benar dan ternyata amat mendukacitakan pihaknya.

Mohamed Kamel yang juga waris pengasas Maahad Ittiba Us Sunnah mahu akhbar berkenaan memberikan penjelasan serta motif laporan mengatakan madrasah itu menyebar ideologi JI.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9214401.asp

MAAHAD, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT
Utusan Malaysia 20 Jun 2011

SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

'Bukan tolak pendidikan, tetapi kemudahan agak jauh'



'Bukan tolak pendidikan, tetapi kemudahan agak jauh'
Sinar Harian 22 Jun 2011

SEREMBAN – Bukan menolak pendidikan, tetapi masyarakat Orang Asli Kampung Gebok, Mantin, di sini menghadapi kesukaran untuk mereka menghantar anak ke sekolah.

Akibatnya, ramai yang tidak dapat mengikuti pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.

Jarak perjalanan keluar dari kawasan perkampungan itu sejauh kira-kira 6 kilometer selain keadaan jalan kurang sempurna menjadi punca mereka tidak dapat menghantar anak mereka bersekolah.

Tok Batin, Botet Khasong, 57, berkata, ketika ini, hanya 12 kanak-kanak di situ yang mengikuti prasekolah di tadika kerajaan di Kampung Orang Asli Kedat, Mantin.

“Saya tidak nafikan ramai anak-anak di kampung ini tidak bersekolah, tidak tahu menulis dan membaca. Tapi itu bukan bermaksud kami menolak pendidikan.

“Tapi kemudahan itu agak jauh dan menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka. Tadika paling dekat pun di Kampung Orang Asli Kedat,” katanya.

Berikutan itu, dia amat berharap pihak kerajaan dapat menyediakan kemudahan tadika di situ, sekaligus dapat membantu masyarakat Orang Asli mempertingkatkan diri dalam bidang pendidikan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9216064.asp

20110621

Pantai maksiat di Port Dickson



Harian Metro 20 Jun 2011, PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/

Dah 17 tahun orang Jelebu tak dapat bekalan elektrik





17 TAHUN HIDUP DALAM GELAP.


Sinar Harian 21 Jun 2011, Ulu Jelebu, N.Sembilan - Sepasang suami isteri bersama 10 anak mereka terpaksa bergelap selama 17 tahun berikutan tidak mendapat bekalan elektrik sejak mula menetap di pendalaman Kampung Ulu Jelebu, dekat sini.

Lebih malang lagi, pasangan terbabit terpaksa menanggung sejumlah kos bagi membeli karbaid, minyak tanah, lilin serta ubat nyamuk setiap bulan bagi menerangi rumah di malam hari selain mengelak serangan nyamuk.

Norhayati Johari, 40, berkata, dia dan suaminya, Radzuan Halim, 49, membelanjakan RM20 sebulan untuk membeli karbaid, RM32 beli minyak tanah dan kira-kira RM30 dihabiskan membeli lilin serta ubat nyamuk.

Menurutnya, ubat nyamuk terpaksa dipasang sepanjang hari dan sekali pasang ia memerlukan tiga lingkaran ubat nyamuk bagi mengelakkan diserang nyamuk.

“Saya dan suami sudah puas mengadu masalah ini kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, namun sehingga kini masih tidak tahu apakah tindakan yang diambil,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada sesi lawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Jelebu, Nor Anif Selamat.

(Kisah sebelum ini , DAH 50 TAHUN MERDEKA, ORANG JELEBU GUNA PAM TANGAN UNTUK BEKALAN AIR di http://orangklawang.blogspot.com/2011/04/tok-rais-tak-pandang-pun-jelebu.html )

Norhayati yang mempunyai anak berusia antara 22 tahun hingga 3 tahun berkata, sebelum ini, dia pernah dijanjikan sebuah generator bagi membekalkan tenaga elektrik ke rumahnya, namun sehingga kini masih tiada.

Dia berkata, meskipun banyak pihak menghulurkan bantuan kepadanya, dia masih belum menerima bantuan perabot dan hiasan rumah seperti yang dijanjikan oleh sebuah stesen radio.

“Sebelum ini, mereka pernah berjanji untuk menghias rumah, mengecat dan memberikan perabot untuk kegunaan bilik tidur. Perkara itu dinyatakan sendiri kepada saya dan anak-anak. Apa yang saya sedih, anak-anak saya sudah berharap, namun sehingga kini sudah dua tahun, janji tinggal janji.

“Saya tidak kisah kalau mereka tidak mahu menghulurkan bantuan seumpama itu, tetapi janganlah berjanji dengan anak-anak saya. Saya kasihan kepada mereka kerana saban hari bertanyakan perkara itu,” katanya.

Menurutnya, selain masalah bekalan elektrik, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami sejak 15 tahun itu turut usang dan mengalami banyak kerosakan.

“Dinding rumah sudah dimakan anai-anak manakala cermin tingkap tertanggal selain struktur binaannya uzur,” katanya.

Norhayati yang bekerja menjual kuih di Titi terpaksa menanggung keluarga bersendirian setelah suaminya disahkan menghidap kencing manis sejak tiga tahun lalu dan kini hanya menghabiskan masa di rumah.

Norhayati berkata, suaminya tidak boleh bekerja kerana sering kali pitam. Sebelum ini, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dekat pekan Kuala Klawang.

Dia berkata, pendapatannya sehari menjual kuih tidak menentu dan itu menyukarkannya membesarkan anaknya.

“Setiap seorang anak saya memerlukan kos sara hidup sebanyak RM200 sebulan termasuk menyediakan makan dan keperluan sekolah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Norhayati turut memohon agar jalan menuju ke rumahnya diturap bagi mengelakkan jalan tanah merah itu berlecak apabila musim hujan. Aduan mengenai perkara itu turut dibuat, namun masih tiada tindakan.

“Setiap kali dia dan suaminya membuat aduan, acap kali menerima jawapan yang sama iaitu hanya keluarganya sahaja menetap di kawasan berkenaan sekali gus tidak membolehkan kami menerima bekalan elektrik.

“Saya difahamkan kalau mahu memasang lampu jalan atau bekalan elektrik di rumah, kawasan berkenaan perlu mempunyai bilangan rumah yang banyak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9212217.asp

20110620

Program Sumbangan Ukhuwwah Manafaat Bersama



Kepada mereka yang ingin membantu mereka yangmemerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang bolehlah menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN SYAABAN, RAMADHAN & SYAWAL 1432 H - 2011 M
Untuk keluarga fakir miskin dan mereka yang memerlukan

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Tn Hj Roni - Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

atau Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Sumbangan melalui bank :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Ceramah Ustaz Abd Ghani 28 Jun 2011 Seremban



CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Penceramah : Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Tarikh : 28 Jun 2011 / 26 Rejab 1432
Hari : Selasa
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban.

Semua di jemput hadir

Ceramah Israk Mikraj 29 Jun 2011 di Senawang



CERAMAH SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Bin Othman
Tarikh : 29 Jun 2011 , Rabu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Semua Dijemput Hadir - http://suraualamanda.blogspot.com/

20110619

Rembau Hari Ini



Buat orang Negeri Sembilan khususnya warga Rembau. Dapatkan maklumat terkini perkembangan di Rembau sekitar Chembong, Kota, Penajis, Bongek, Pedas, Gadong, Astana Raja, Ulu Sepri dan lain-lain kawasan sekitarnya antaranya perkembangan pembinaan hospital Rembau, UITM Rembau, Landasan Terbang Rembau di Rembau Hari Ini pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

20110618

Setiap cawangan minima 10 orang ke BERSIH



18 Jun 2011, Rembau – Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Tn Hj Mohamad Taufek hari ini menegaskan bahawa setiap cawangan di kawasan Rembau perlu menghantar sekurang-kurangnya 10 orang ahli untuk menyertai Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Justeru itu setiap AJK kawasan, dewan dan cawangan perlu menggerakkan ahli-ahli mereka untuk menyertai perhimpinan BERSIH 2.0 untuk menuntut reformasi pilihan raya dalam memperkukuhkan demokrasi di negara ini agar semua golongan mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya.

Selepas ini, YB Hj Mohamad Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan usaha di peringkat negeri bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO.

Antara tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah:
- Bersihkan senarai undi
- Mereformasikan undi pos
- Gunakan dakwat kekal
- Akses media bebas & adil
- Masa berkempen minima 21 hari
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor

Maklumat lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 terdapat di laman web http://bersih.org/

20110617

Ust Nasharudin Mat Isa 27 Jun 2011 di Port Dickson



CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Penceramah : YB Ust Nasharudin Mat Isa
Tarikh : 27 Jun 2011, ISNIN
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Khuatir jalan mendap, rosak



Khuatir jalan mendap, rosak
Sinar Harian 17 Jun 2011

TAMPIN – Pengguna jalan raya di laluan Desa Permai Repah-Air Mawang bimbang dengan keadaan jalan terbabit yang berlaku mendapan tanah dan kerosakan akan mengancam keselamatan mereka.

Tinjauan Sinar Harian, semalam, mendapati, kesan mendapan dan kerosakan jelas kelihatan di beberapa lokasi sepanjang laluan dari arah Desa Permai Repah di sini, menghala ke Air Mawang, Kuala Pilah.

Malah, beberapa kenderaan dilihat terpaksa memasuki laluan bertentangan bagi mengelakkan mendapan, walaupun perbuatan itu boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya.

Seorang pemandu, yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzi, 50-an, berkata, pihak bertanggungjawab sepatutnya membaiki kerosakan jalan terbabit dengan segera

sebelum berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan.

Menurutnya, laluan terbabit memang agak sibuk dan mungkin akan mengundang kemalangan sekiranya kereta atau motosikal yang cuba mengelak mendapan tanah itu dirempuh kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Oleh itu, adalah amat wajar papan tanda amaran perlu dipasang segera agar pengguna jalan raya lebih berwaspada ketika menggunakan laluan ini.

“Bagi pengguna yang sudah biasa lalu di sini, mereka boleh mengelak tetapi bagaimana dengan pengguna yang jarang melaluinya,” katanya ketika ditemui di lokasi yang dimaksudkan dekat sini, semalam.

Fauzi berharap papan tanda arahan memberhentikan kenderaan dapat dipasang pada persimpangan laluan terbabit dan Jalan Tampin-Gemas.

Selain itu, menurutnya, pihak bertanggungjawab juga diminta mengecat garisan kuning pada permukaan jalan di sekitar persimpangan terbabit bagi memastikan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan.

“Langkah keselamatan lain dicadangkan adalah memasang besi pengadang pada lokasi-lokasi di sepanjang laluan Desa Permai Repah - Air Mawang yang berhampiran kawasan gaung,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9200117.asp

Ceramah Tn Guru Nik Razi 24 dan 25 Jun 2011 Seremban



CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 1
Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal Utama, Seremban.
Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 2
Tarikh : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang
Penceramah : Tn Guru Nik Razi Nik Mat

Muslimin muslimat semua di jemput hadir

20110616

Empat beradik mangsa kebakaran diberi bantuan



Empat beradik mangsa kebakaran diberi bantuan
Sinar Harian 16 Jun 2011

SEREMBAN – Nasib empat beradik malang yang terlibat dalam kebakaran, kelmarin mendapat perhatian Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.

Dengan kerjasama sebuah kedai pakaian bumiputera, Zulda Masri di Ampangan, kesemua mereka menerima sumbangan barang kelengkapan sekolah, semalam.

Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Hassan Tamby berkata, pihaknya memang mempunyai dana khas kecemasan bagi membantu mereka terlibat dalam bencana alam seperti ini.

“Pada hari ini (semalam) kita membelikan kelengkapan sekolah termasuk alat tulis agar mereka dapat pergi ke sekolah, Isnin depan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9196353.asp

Ceramah Perdana 16 Jun 2011 di Port Dickson

CERAMAH PERDANA
16 Jun 2011 /Khamis
9.00 malam
Kg Jawa, Bukit Pelandok, Chuah Port Dickson.
Penceramah utama:
YB Dato' Johari Abdul, YB Suhaimi Shafie, YB Ng Sue Lim & YB Dato' Kamarul Baharin Abbas.

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2011/06/ceramah-perdana-hari-ini.html

20110615

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang



Utusan Malaysia 15 Jun 2011

SEREMBAN 14 Jun - Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak bersebelahan musnah dalam kebakaran di Kampung Paroi di sini, malam semalam.

Mangsa, Roslan Marduni, 49, berkata, ketika kejadian pukul 11.30 malam, dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh jeritan saudaranya yang tinggal di rumah sebelah.

Roslan yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sejurus keluar, dia melihat rumah tersebut terbakar.

"Saya juga lihat beberapa anak saudara saya keluar menyelamatkan diri. Api yang marak itu kemudian merebak ke rumah saya.

"Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan dokumen berharga dan pakaian yang dibeli untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Ujar Roslan, ketika kejadian, bapa saudaranya berusia 80 tahun tiada di rumah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di daerah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Jaafar Yusof berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada pukul 11.30 malam.

"Sebanyak tiga jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan satu dari Rahang dikerah memadam kebakaran dan jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

20110614

Masalah jalanraya di daerah Jempol

Aduan Rakyat Online, June 13th, 2011

Assalamualaikum,salam satu malaysia..

Saya mewakili seluruh pengguna jalanraya di Daerah Jempol hendak menyatakan rasa tidak puas hati dengan keadaan jalanraya di daerah kami.Terutamanya jalan dari kawasan MAHSAN ke Bandar Seri Jempol yang tidak rata membahayakan keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang menggunakan jalan ini untuk pergi ke Temerloh,Muadzam dan ke Bahau.

Tambahan lagi pihak yang memperbaiki jalan ini hanya menampal sahaja lubang-lubang di jalan itu dengan bahan yang tidak berkualiti dan mudah pecah serta ini boleh menyumbang kemalangan jiwa pada ketika hujan lebat. Untuk pengetahuan Aduan Rakyat saya terpaksa menukar suspensi kereta saya sebanyak 4 kali sepanjang 2 tahun dibeli.

Ini disebabkan keadaan jalan yang tak ubah macam litar perlumbaan rally membuat saya tidak selesa untuk pergi bekerja dari Bandar Seri jempol ke Bahau setiap hari. Adakah jalan ini hanya diperbaiki tiap kali pilihanraya berlangsung? Mana perhatian ADUN tentang keselamatan rakyat yang menggunakan jalan ini/ Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat mengambil perhatian berkenaan masalah ini agar tidak lagi berlaku kemalangan jiwa yang meragut nyawa orang-orang tersayang.

sekian terima kasih,

Yang Prihatin

By: SHAFRIZAL
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-jalanraya-di-daerah-jempol

20110613

PIDATO Bicara Rakyat 18 Jun 2011 di Rembau

CERAMAH PERDANA
Bersama :
YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka
Chegubard, Pengerusi SAMM
Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz, bekas Imam Masjid Saidina Omar AlKhattab, Bukit Damansara
Tarikh : 18 Jun 2011 , SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Astana Raja, Rembau, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

20110612

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya



KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3752-pas-selesai-lantik-ajk-pesuruhjaya

20110610

PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki



ISTANBUL, 10 Jun 2011 : Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3735-pas-hantar-pemerhati-pilihan-raya-ke-turki

20110609

Era progresif Dr Burhanuddin menjelma kembali



Roketkini.com , 9 Jun 2011 - Akhirnya, ramailah yang terloncat gembira dan tak kurang juga yang sasau selepas berakhirnya muktamar PAS minggu lalu. Lebih mencuit hati apabila ada ahli politik seperti kera kena belacan, meroyan seperti lelaki gila talak. Sedih dan sayu hati melihat segelintir Melayu mudah lupa.

Lalu muncul istilah “Erdogan” dan “sekular”, hero seperti jaguh “kafir-mengkafir” kini sudah bersilih-ganti dan pastinya gelaran itu kini milik (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) Zulkifli Noordin.

Hebat sindiran si lebai bernama Zulkifli dengan kata-katanya kepada (Presiden PAS Datuk Seri) Hadi Awang, “Sebagai seorang agamawan yang tegas walau pun tidak banyak bercakap, namun beliau kini tersepit di antara ‘impian ke syurga’ dengan ‘kilauan Putrajaya’.”

Beginilah nasib apabila kerap melompat parti, tergila-gila popularity, mahu jadi imam “kafir mengkafir”.

Alangkah baik kalau si jaguh ini lapangkan dada dan membaca sedikit lembaran sejarah terutamanya menyingkap perihal tokoh dan pejuang kemerdekaan negara iaitu Presiden PAS sekitar 1956-1969, Dr Burhanuddin al-Helmy.

Kesediaan bekerjasama dan prinsip Dr Burhanuddin sepanjang melalui liku-liku menuntut kemerdekaan negara merupakan lipatan sejarah yang tidak akan hilang dek zaman.

Slogan anti-penjajah PAS pada tahun 1950-an sangat lantang, jalinan kerjasama antara PAS dengan gerakan buruh, rakyat serta parti-parti kiri untuk menuntut kemerdekaan semasa di bawah pimpinan Burhanuddin sangat mencemburukan penjajah.

Kesediaan menjalin kerjasama dengan mereka yang dianggap golongan kiri ini mencerminkan PAS bukanlah sebuah parti yang kolot malahan merupakan penggerak utama serta lebih progresif berbanding UMNO ketika itu yang melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’.

Kebijakan dalam pertimbangan bagi menentukan hala tuju yang dibawa Dr Burhanuddin serta parti pimpinannya membuka lembaran lebih luas di dalam perjuangan sebenar satu-satunya Parti Islam negara tersebut.

Maka tidak hairanlah pembaharuan dan imej progresif yang dibawa PAS ini menjadi momok yang menakutkan UMNO serta rakan-rakan perikatan mereka iaitu MIC dan MCA.

Lantaran itu, PAS dilihat sudah semakin matang dan mula membiak dengan benih-benih kesuburan demokrasi di kalangan ahli parti yang suatu ketika dahulu dipandang sebagai pak lebai.

Bekas presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad antara susuk-susuk yang menyuarakan kebimbangan, penjenamaan “Negara Berkebajikan” menimbulkan rasa kurang senang malahan ia menjadi kritikan keras dari mereka yang mula rasa tergugat.

“DI ATAS ROBOHAN KOTA MELAKA, KITA DIRIKAN JIWA MERDEKA” merupakan kata-kata keramat Dr Burhanuddin yang sudah semakin dilupakan tetapi dengan barisan pemimpin muka baru yang segar dan imej baru PAS bakal mencorak perjalanan penuh dengan kejayaan kelak.

Dengan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat, lembaran baru kerjasama PAS-DAP-PKR ini bakal memangkin satu pembaharuan dan imej ke hadapan yang akan menarik lebih ramai golongan muda serta pelbagai bangsa untuk mendekati PAS yang suatu ketika dahulu pernah digeruni.

Syabas PAS yang mahukan perubahan; bilakah agaknya politik wang dalam UMNO akan tamat? Siapakah yang tidak sanggup berubah akan merasa padah..

Nota: Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan bekas Yang Dipertua Agung Partai Islam Se-Tanah Melayu pada tahun 1956 hingga kematiannya pada tahun 1969, kesan daripada penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang “nasionalis radikal dan pemikir Islam”.

M. Izwan

9 Jun 2011

Sumber : http://roketkini.com/2011/06/09/era-progresif-dr-burhanuddin-menjelma-kembali/

Khalid Samad, Eli Wong 10 JULAI 2011 di Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 JULAI 2011, AHAD
Masa : 8 mlm
Tempat : Pejabat ADUN Sikamat, Tmn Sikamat Jaya, Seremban
Penceramah :
YB Khalid Samad, YB Elizabeth Wong, YB Loke Siew Fook, YB Aminuddin dan Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)

Info lanjut Khalid 017-6199275, Khairul Anuar 013-3323777
atau di Blog ADUN Sikamat YB Aminuddin di http://aminuddinharun.blogspot.com/

Ceramah Md Sabu 18 Jun 2011 di Rembau tunda lepas BERSIH



Adalah dimaklumkan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dijadualkan pada 18 Jun 2011 di Kg Astana Raja, Rembau ditunda selepas Perarakan BERSIH (BERSIH RALLY). Maklumat terkini ceramah di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Maklumat lanjut mengenai PERARAKAN BERSIH atau BERSIH RALLY yang dijadualkan pada Sabtu 9 Julai 2011 di laman web BERSIH di http://bersih.org/

Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut :

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)
Masa :8.30 p.m. – 10.30 p.m
Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua rakyat dan parti-parti politik untuk bergabung kuasa untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini.

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.

JAWATANKUASA PEMANDU BERSIH ialah :
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

20110608

KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 10 Jun 2011 Senawang



KULIAH HIRAKI
Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 10 Jun 2011 (JUMAAT)
Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Semua dijemput hadir

20 tahun rakyat di Mantin, N.Sembilan hidu sampah



Dah 20 tahun dan mungkin dah 4 Pilihanraya Umum diadakan masalah tapak pelupusan berhampiran kawasan penduduk kampung di Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan tak selesai-selesai. Apakah para pengundi di Mantin perlu tunggu lagi 20 tahun lagi dan lagi 4 Pilihanraya Umum?

BAU BUSUK MENGANGGU KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG GEBOK

Penduduk Kampung Gebok, Mantin, Negeri Sembilan ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah bau busuk yang telah lama menganggu penduduk kampung di kawasan saya.

Masalah ini timbul dari tempat pembuangan sampah yang terletak bersebelahan dengan kampung saya.Pelbagai aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/04/bau-busuk-ganggu-penduduk-mantin.html

BILA HENDAK TUTUP TAPAK LUPUS SAMPAH?

Bukan cerita rekaan apabila sudah 20 tahun penduduk di kawasan Kampung Gebok Mantin terpaksa tinggal dalam keadaan persekitaran bau busuk membuatkan masing-masing mula tertekan.

Mereka mendakwa bau busuk yang datang tanpa kira waktu pagi atau malam berpunca kehadiran tapak pelupusan sampah di kawasan berhampiran.

Impian untuk tinggal dalam keadaan persekitaran bersih tanpa adanya sebarang gangguan tidak akan menjadi kenyataan apabila saban tahun pihak berwajib menabur janji menutup tapak pelupusan sampah terbabit, sedangkan ia tidak pernah berlaku.

Artikel penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

Saifudin Nasution di Seremban 19 Jun 2011



CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 19 Jun 2011, AHAD
Masa : 9 mlm.
Tempat : Markas Keadilan, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban
Penceramah :
YB Saifuddin Nasution (SU Agung PKR, AP Machang)
YB Taufek Abd Ghani - ADUN (PAS) Paroi, N.Sembilan
YB Ng Sue Lim - ADUN (DAP) Sekinchan, Selangor

Semua dijemput hadir

20110607

Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai, oleh Liew Chin Tong



Roketkini.com 7 Jun 2011 - Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.

Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.

Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:
- Masyarakat madani
- Hak saksama (al-musaawah)
- Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
- Keadilan (al-‘adalah)
- Meritokrasi (as-solahiyah)
- Negara berkebajikan
- Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

- Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
- Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
- Takwa
- Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
- Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
- Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
- Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.

Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com

Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera

http://roketkini.com/2011/06/07/akhirnya-impian-fadzil-noor-tercapai-oleh-liew-chin-tong/

20110606

Dapatkan Stiker Anti Saman Ekor sekarang



Dapatkan stiker anti saman ekor “1 SAMAN EKOR, 1 UNDI PROTES”

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Anti Kempen Saman Ekor (KASE) dengan harga RM 3 sekeping. Beli 4 pada harga RM10.

Boleh didapati di Pejabat DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Kempen-Anti-Saman-Ekor-KASE/146289665399185

Anwar Ibrahim di Port Dickson 10 Jun 2011



CERAMAH PERDANA
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat
Tarikh : 10 Jun 2011, JUMAAT
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Si Rusa (belakang Petronas), Bt 4, Port Dickson, N.Sembilan

Siapa yang janji nak bina UiTM di Rembau tahun 2008?



Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Jambatan tidak sempurna



Jambatan tidak sempurna
Sinar Harian 6 Jun 2011

TERACHI – Jambatan yang menghubungkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ibol berdekatan laluan keluar dekat sini, mengundang resah penduduk berhampiran berikutan strukturnya yang tidak sempurna.

Rata-rata mereka kesal kerana jambatan yang menjadi lalu mereka selama ini rosak sejak setahun lalu akibat peralihan jambatan.

Penduduk, Mohd Razali Abd Latif, 46, berkata, pada awalnya, jambatan itu elok dan boleh dilalui kerana mempunyai struktur yang sempurna serta selamat.

"Tetapi apabila pihak Jabatan Pertanian mengusahakan pertanian di sini, jambatan itu dialihkan untuk pengaliran air.

"Setelah dialihkan, jambatan baru yang dibina tidak sempurna kerana tidak mempunyai ciri keselamatan selain membebankan penduduk," katanya. Malah katanya, apabila hujan lebat berlaku baru-baru ini, jambatan yang dibina telah runtuh semua hingga memaksa mereka menggantikannya dengan jambatan kayu.

"Jambatan kayu ini tidak mampu menampung sebuah kenderaan kerana tidak kukuh dan hanya sebuah motosikal sahaja yang boleh melalui jambatan berkenaan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, jambatan itu menjadi laluan penduduk kampung terutamanya apabila berlakunya kematian.

"Jalan ini menghubungkan Tanah Perkuburan Kampung Ibol. Apabila jambatan ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat seperti van jenazah, kami terpaksa memikul keranda sejauh 500 meter.

"Keadaan tanah berbukit-bukit membebankan kami dan pernah beberapa kali berhenti kerana penat berjalan. Selain itu, sekiranya jambatan itu tidak lagi berfungsi, ia menyebabkan segala urusan berkaitan perhubungan akan terganggu dan aktiviti membawa hasil pertanian turut terjejas," katanya.

Malah katanya, kehadiran Ramadan tidak lama lagi pasti membimbangkan penduduk yang perlu berjalan jauh menziarahi kubur sanak saudara.

"Saya berharap pihak berkenaan dapat memandang serius perkara ini dengan teliti supaya dapat diatasi dengan segera," katanya.

Sementara itu, Mohd Ariff Abdullah, 45, berkata, berharap masalah ini dapat diberi perhatian segera kerana ia sudah berlarutan selama setahun.

"Kami bukan mahu mempertikaikan tanggungjawab sesiapa kerana kami tahu mereka juga berusaha membawa perkara ini kepada pihak berkaitan.

"Ketua kampung sangat mengambil berat masalah ini dan telah melaksankan tugasnya dengan baik. Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat menyegerakan proses membaik pulih jambatan itu supaya tidak menjadi lebih teruk," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9163729.asp

20110604

Mohd Sabu Timbalan Presiden PAS di Rembau 18 Jun 2011


Timbalan Presiden PAS yang baru , Tuan Haji Mohammad Sabu dijadualkan berceramah di Kg Astana Raja, Rembau pada hari Sabtu 18 Jun 2011 bersama Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau dan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani, ADUN sulong PAS di Negeri Sembilan yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Perkembangan terkini progam Abang Mat di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Kawasan Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

20110603

Tahlil Perdana 1 Julai 2011 di Seremban



TAHLIL PERDANA 2011
Tahlil Arwah Pimpinan Ulama dan Tok Guru
Tarikh : 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 6 ptg - 9 mlm
Tempat : Surau Al-Amin, Pusat Pendidikan As-Saidiyyah, Taman Rashidah Utama, Seremban

Hanya RM 145 untuk satu nama

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Roslilah 013-6249033
Naili 017-7124010
Shah 019-6611076

Sila dapatkan Borang Penyertaan Tahlil Perdana 2011 di http://puspa-ns.blogspot.com/2011/06/tahlil-perdana-1-julai-2011-di-seremban.html

Maahad Tahfiz As-Saidiyyah
Taman Rashidah Utama
Jalan Senawang - Paroi
70450 Seremban
Negeri Sembilan
06-6771232
mtasns@yahoo.com
http://www.saidiyyah.com/

Dakwa punca rezeki disekat



Dakwa punca rezeki disekat
Sinar Harian 3 Jun 2011

PORT DICKSON – Hampir 70 Ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Port Dickson yang berpangkalan di Pengkalan Nelayan Port Dickson mengadakan bantahan terhadap Projek Pembangunan Gerbang Maritim Antarabangsa, semalam.

Projek yang didakwa bakal dibangunkan di kawasan pengkalan nelayan itu mengecewakan nelayan kerana merasakan punca rezeki mereka cuba disekat dan diganggu.

Bantahan itu berlangsung secara aman di Pengkalan Nelayan Port Dickson bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira satu jam kemudian.

Nelayan, Kasim Kitan, 54, berkata, jika projek itu dilakukan, pendapatan hariannya bakal terjejas, malah sebelum ini tiada sebarang pemberitahuan daripada pihak bertanggungjawab berkenaan pembinaan tersebut.

Menurutnya, mereka tidak pernah menolak sebarang pembangunan kerajaan, namun projek kali ini seperti membelakangkan mereka.

“Kehidupan kami semua bergantung kepada hasil laut dan jika projek ini diteruskan sumber ekonomi kami akan terjejas,” katanya.

Kasim yang menjadi nelayan sejak 35 tahun lalu berkata, mereka tidak akan membantah apabila diarahkan berpindah dengan syarat pengkalan nelayan baru perlu disediakan dengan kemudahan lengkap.

Manakala, Kamaruzamal Adam, 53, berkata, sejak berpuluh tahun lalu, pengkalan nelayan itu tidak pernah menerima sebarang pembangunan dan tiba-tiba ia seperti ingin dilenyapkan secara perlahan-lahan.

“Memang tidak semua nelayan di sini bekerja sepenuh masa sebagai nelayan dan ada yang hanya menjadikan ia sebagai hobi tetapi golongan ini perlu dibela dan tidak perlu ditindas seperti ini.

“Sekarang ini, pagar zink didirikan di sekitar kawasan pengkalan nelayan sekali gus membuka ruang kepada penjenayah mencuri bot dan sebagainya kerana terlindung,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sembilan, Abu Bakar Dawam berkata, pihak yang bertanggungjawab ke atas punca masalah itu perlu mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan semua pihak terlibat terutamanya nelayan agar perkara ini jelas dan boleh membela nasib mereka.

Menurutnya, sebelum ini, sudah beberapa kali perbincangan dilakukan tetapi hanya sebelah pihak sahaja dan jawapan yang diberikan berkenaan projek berkenaan serta nelayan tidak tetap selain sering berubah-ubah.

“Nelayan sering menjadi mangsa penipuan pihak ingin mengaut keuntungan dan diharap kali ini bakal ada jalan penyelesaian yang tidak merugikan mana-mana pihak,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengkalan nelayan itu sudah beroperasi sejak sebelum merdeka lagi dan menjadi sebahagian punca rezeki penduduk di sini.

Sementara itu, PNK Port Dickson turut membuat laporan polis berkenaan pembinaan pagar zink berkenaan yang mula didirikan sejak 26 Mei lalu selain satu lagi laporan bagi menafikan pihaknya membuat contengan perkataan ‘satu lagi projek untuk menghalau nelayan (syabas)’ di pagar zink berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9155400.asp

20110602

Perkhidmatan bas masih teruk

Perkhidmatan bas masih teruk
Sinar Harian 2 Jun 2011

KUALA KLAWANG - Masalah pengangkutan di Daerah Jelebu masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya meskipun pelbagai rungutan dan aduan dibuat.

Tinjauan mendapati, suasana sekitar tempat perhentian bas di Pekan Kuala Klawang lengang dan tidak banyak pengangkutan awam terbabit ditemui.

Difahamkan, perkhidmatan bas disediakan untuk penduduk di pekan ini selang dua jam sekali dari Pekan Kuala Klawang ke Seremban sahaja.

Manakala, perkhidmatan bas ke kawasan dalam daerah Jelebu tidak disediakan melainkan dari pekan ke Titi.

Perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Titi disediakan kerana kawasan berkenaan menjadi tumpuan penuntut Kolej Komuniti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang.

Sehubungan itu, syarikat bas bersedia menawarkan perkhidmatan bas memandangkan terdapat penumpang tetap di kawasan terbabit setiap hari.

Suri rumah, Fatimah Anum Muhammad, yang berasal dari Kampung Simpang Durian berkata, dia sekeluarga menghadapi masalah pengangkutan setiap kali pulang ke kampung halaman kerana tiada perkhidmatan bas dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian disediakan kecuali teksi.

Menurutnya, teksi sering mengenakan caj yang tinggi hingga mencecah RM50 dan masalah ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu.

“Sebelum ini, saya kerap pulang ke kampung halaman, namun sejak menghadapi masalah pengangkutan, saya hanya balik dua bulan sekali.

“Saya kesal dengan tindakan sesetengah pemandu teksi yang mengambil kesempatan dengan mengenakan cas yang tinggi kepada penumpang,” katanya yang kini menetap di Flat Sri Penang, Bangsar.

Fatimah Anum berkata, pemandu teksi mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50 dari Pekan Kuala Klawang ke Simpang Durian.

Menurutnya, harga berkenaan tidak setimpal dan sekiranya harga yang dikenakan hanya RM30 mungkin munasabah.

“Caj perkhidmatan teksi untuk sekitar Kuala Klawang juga mahal. Setiap penumpang dikenakan bayaran RM10 satu kepala bukan untuk satu teksi,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan juga mendapati keadaan stesen bas berkenaan semakin uzur dengan tar jalannya pecah dan berlopak.

Selain itu, caj yang dikenakan ke atas tandas awam juga agak mahal iaitu 30 sen, namun kebersihan tidak begitu memuaskan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9152043.asp

20110601

Cuci Kenderaan di Muktamar PAS Jun 2011 Taman Melewar



Perhatian kepada peserta, perwakilan, pemerhati dan orang ramai yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada 3 hingga 5 Jun 2011. Unit Amal Negeri Sembilan akan menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan pada kadar yang berpatutan.

Perkhidmatan on-call disediakan. Sila hubungi 013-2124086 , 017-4680125.

Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menjana Dana Tabung Aktiviti Unit Amal Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com/