BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20110530

Anjing liar berkampung undang bahaya

Anjing liar berkampung undang bahaya
Aduan Rakyat Online
May 30th, 2011

Salam sejahtera,

Di Jalan Sikamat-Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan di sini, umpama “kampung” bagi anjing liar dan terbiar. Saya terpanggil untuk mengajukan aduan ini kerana pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini sekian lama bersikap sambil lewa.

Masalah ini sekiranya dibiarkan sepi tanpa sebarang tindakan akan mengundang padah kepada pengguna jalan di sini. Hampir setiap hari ada saja anjing yang mati digilis dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ, malah tidak terkecuali juga kenderaan yang hampir terbabas & nyaris kemalangan akibat mengelak haiwan yang tidak diundang ini. Berapa lama lagi pihak berwajib perlu menunggu untuk mendapat berita kes kemalangan maut di situ?, kemudian barulah diambil tindakan.

Lebih membahayakan lagi, kawasan terbabit terlalu hampir dengan kawasan-kawasan perumahan sekitar Sikamat. Anjing-anjing yang terdiri daripada pelbagai jenis ini, seringkali ber”santai” ditepi-tepi jalan, kadangkala di tengah jalanraya!, bersama-sama anak-anak anjing yang masih kecil. Bukankah keadaan ini akan lebih memburukkan lagi masalah pengguna jalan raya di sini akibat komuniti anjing yang kian bertambah.

Pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah dari sekitar Pekan Pantai juga kerap menggunakan jalan di sini kerana ia merupakan jalan alternatif ke sekolah-sekolah yang terletak di Bandar Seremban. Saya selalu memikirkan tentang keselamatan anak-anak ini berulang -alik ke sekolah dengan melalui jalan yang penuh dengan anjing yang seperti menunggu mangsa untuk dibaham.

Saya berharap, pihak yang terbabit dengan masalah penduduk ini segera menghulurkan tanggungjawab anda supaya kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah. Lebih baik hulurkan tanggungjawab, daripada hulurkan bantuan setelah jadi mangsa kelak.

By: Hafizah

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/anjing-liar-berkampung-undang-bahaya

Jalan maut di kawasan Gemas

Jalan maut di kawasan Gemas
Aduan Rakyat Online
May 30th, 2011

ShareSaya rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan pekara ini kepada umum,jalan di antara Sungai Kelamah ke Pekan Gemas dan jalan dari pasir besar ke Gemas ada lah amat merbahaya kepada penguna jalan raya di sebabkan banyak kayu yang jatuh di atas jalan.

Ini adalah disebabkan banyak lori yang membawa kayu ke kawasan kilang dengan muatan yang berlebihan dan menyebabkan kayu yang tidak di ikat dengan betul jatuh ke atas jalan ini akan menyebakan penunggang motor boleh tersungkur di atas jalan dan cermin kereta pecah di timpa kayu mungkin berlaku.


Kepada mereka yang ada kuasa tolong lah ambil tindakan sebelum keluarga kamu menjadi mangsa atas perbuatan yang tak patut berlaku.

By: yusli yusof

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/jalan-maut-di-kawasan-gemas

20110529

Jualan Amal buku 'Aku Isabella, Tok Kenali'













Jualan Amal buku Bob Lokman (Aku Isabella, Tok Kenali) di tandatangan Khas Oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz..
http://blog.najahudin.com/wp-content/uploads/2011/04/bob-lokman-isabella-tok-kenali.jpg




maklumat lanjut hubungi Pejabat Adun Paroi - 019-2171942(En.Hasan)
* Tinggal 18 buah buku Sahaja

Gambar Makan Malam Perdana














20110526

Kereta dicuri dijumpai semula



Kereta dicuri dijumpai semula
Sinar Harian 26 Mei 2011

REMBAU – Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur dan gembira apabila Perodua Kembara milik mereka yang dicuri di perkarangan rumah pagi Isnin lalu telah berjaya dijumpai pihak polis dalam tempoh masa kurang 24 jam dilaporkan.

Walau bagaimanapun penemuan berkenaan tidak berjaya menutup perasaan takut dan bimbang pasangan terbabit, Mohd Nawi Mohd Yusoff, 68, dan Habsah Azizul Rahman, 63, apabila kediaman mereka adalah antara 10 kediaman di perkampungan di situ yang menjadi sasaran pencuri dalam tempoh masa tiga bulan.

Mohd Nawi berkata, sememangnya pihak polis giat melaksanakan rondaan di kawasan berkenaan berikutan ia adalah kawasan panas berdasarkan beberapa insiden cubaan pecah rumah dan juga rompakan, namun penduduk tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak polis dalam mengatasi masalah berkenaan.

“Malah, ada dalam kalangan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan melaksanakan rondaan pada masa-masa tertentu mengikut giliran sedangkan ia sebenarnya boleh dilaksanakan secara lebih efektif lagi melalui kerjasama daripada pentadbiran di peringkat kampung.

“Oleh itu, saya gesa pihak pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk berbincang dengan penduduk mengenai masalah ini dan dalam masa terdekat dapat mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memastikan rondaan dapat dibuat dengan kaedah yang lebih tepat lagi,” katanya ketika ditemui di kediamannya, kelmarin.

Sementara itu, Habsah berkata, kecurian berlaku awal pagi semasa mereka sedang tidur dan hanya disedari kira-kira jam 5.30 pagi ketika suaminya ingin membuka pintu pagar rumah seperti kebiasaannya.

Menurutnya, suaminya mendapati pintu pagar berkenaan telah terbuka dan kereta milik mereka juga sudah tiada di garaj.

“Laporan polis telah dibuat pada hari sama dan pasukan polis telah berjaya menjumpai kereta kami yang ditinggalkan di Jirat Perkuburan Cina Johol, Kuala Pilah.

“Oleh itu, kita harap agar pihak pentadbiran kampung dapat memikirkan kaedah yang lebih efektif dalam mengatasi masalah kecurian dan pecah rumah di sini melalui penubuhan SRS bagi kebaikan serta manfaat penduduk kampung sendiri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9125846.asp

Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai



Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai
May 25, 2011

Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya.

PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000.

“Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya.

“Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu,” kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.

Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang.

Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan masalah yang sedang dihadapi mereka.

Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan pada 1963 membabitkan 40 peneroka.

Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan.

Krisis ekonomi

Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal membuat bayaran.

Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka.

Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang.

Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000.

Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan.

Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian.

“Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan.

“Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu Felda dengan Felda lain berbeza,” katanya.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/25/masalah-peneroka-labu-sendayan-belum-selesai/

Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital



Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital
Utusan Malaysia 26 Mei 2011

KRISHNAMARY sedih melihat keadaan Tamilarasi yang terlantar sakit sejak Februari lalu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, semalam.

SEREMBAN 25 Mei - Mungkin ramai sudah melupakan seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), A. Tamilarasi, 18, yang dilaporkan koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini Februari lalu.

Pelatih yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Desa Cempaka, Nilai dekat sini itu dimasukkan ke HTJ selepas dikatakan demam panas sewaktu menjalani latihan PLKN di Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson.

Namun selepas hampir empat bulan, Tamilarasi masih terlantar di atas katil hospital HTJ itu dalam wad pengasingan dengan ahli keluarga menemaninya 24 jam sehari secara bergilir-gilir.

Keadaan semakin menyedihkan apabila pelajar yang aktif dan bercita-cita menjadi jururawat itu kini dipasang tiub ke perut melalui rongga hidung untuk menyalurkan susu, manakala lehernya pula terpaksa ditebuk untuk memudahkan pernafasan.

Ibunya, A. Krishnamary, 40, berkata, Tamilarasi tidak mampu bercakap, malah tidak mengenali mereka di sekelilingnya selain mendongakkan kepala dan merenung tajam ke siling hospital itu.

Katanya, Tamilarasi memasuki kem di Port Dickson pada 2 Januari lalu dan beberapa hari kemudian menghidap demam panas, bagaimanapun pihak pengurusan kem tidak merujuknya ke hospital, sebaliknya memberi Panadol selepas mendapati keadaannya tidak begitu serius.

Kata Krishnamary, suaminya, K. Anandan, 41, telah pergi ke kem berkenaan pada 2 Februari bagi membawa pulang anaknya itu kerana cuti Tahun Baru Cina, tetapi terkejut melihat keadaan Tamilarasi.

''Kami kemudian membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut dan pada 8 Februari, dia dimasukkan ke HTJ dan berada dalam keadaan koma.

''Doktor hanya memberitahu anak saya dijangkiti virus pada organ utama termasuk otak, leher dan jantung. Apa jenis virus itu, masih tidak dapat dipastikan," ujarnya.

Kini, memandangkan keadaan Tamilarasi yang semakin kritikal, Krishnamary hanya balik ke rumahnya di Nilai sekali dalam seminggu.

''Kami tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Hati saya tersentuh setiap kali melihat Tamilarasi menghembuskan nafas," katanya sambil menjelaskan pihak pengurusan kem ada datang melawat anaknya itu.

Tamilarasi merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal bagi pasangan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

20110525

JOM Kempen Derma Darah 29 Mei 2011 di Senawang



HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH
Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

PROGRAM:
- Kempen Derma Darah
- Khidmat Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun
- Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding)
- Pameran
- Jualan Amal
- Cabutan Hadiah

Anjuran:
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya
Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya

Untuk pertanyaan sila hubungi ;
Sufian 013-3589328
Norwani 013-3851202
Hakki 013-3840022
Hjh Ciana 017-3629686

20110524

Melayu mudah lupa



Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

“Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang,” jelas beliau.

20110523

Kuliah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 28 Mei 2011 Seremban



KULIAH PERDANA
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An Nur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2, Senawang

Semua dijemput hadir

20110521

Stesen KTM Senawang tidak mesra pengguna




Pandangan Encik Maarof mengenai stesen keretapi yang baru dibina di Senawang wajar diberi perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkaitan. Ikuti pandangan beliau di http://www.maarofkassim.com/2011/05/stesen-ktm-senawang-tidak-mesra.html

20110520

Peningkatan kes demam denggi di Taman Tasik Jaya, Seremban

Aduan Rakyat Online
May 17th, 2011

Kejadian demam denggi di Taman Tasik Jaya, SEREMBAN sejak kebelakangan ini meningkat secara mendadak beberapa minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan hampir 5 kes minggu lepas sahaja.

Pihak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membuat semburan dan melihat keadaan sekeliling. Namun bilangan nyamuk di kawasan ini masih tinggi, secara rambangnya kami merasakan punca perdana masalah ini, adalah pembanggunan projek perumahan di kawasan sekeliling.

Isu denggi ini mula mendadak sejak penebangan hutan dikawasan sejeliling taman, dan apabila tapak projek di kawasan ini dimulakan dalam jangka masa 2 tahun.

Laporan saya ini bukan berniat untuk meminta projek ini diberhentikan, namun pihak pemaju harus menjaga kawasan sekeliling untuk mengelak daripada berlakunya pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan tapak projek.

Saya berharap pihak tuan/puan mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan kes demam denggi di kawasan ini

By: Sanathanan Kandayah

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/peningkatan-kes-demam-denggi-di-taman-tasik-jaya-seremban

Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan

Aduan Rakyat Online
May 19th, 2011

Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.

Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.

Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.


Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.

By: norlia

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/pekerja-indonesia-tanpa-permit-berleluasa-di-rantau-negeri-sembilan

20110518

JOM Bongkar Masalah Peneroka REMBAU 24 Mei 2011



Penduduk FELDA Sendayan dalam Parlimen Rembau kebanyakannya masih terperap dengan pelbagai masalah hasil dari proses pengambilalihan tanah yang mereka teroka. Jom dengar masalah mereka melalui 2 program di bawah ini.

CERAMAH PERDANA
Isu Semasa dan Felda
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa : 8.45 malam
Tempat : Lot 382, Bandar Baru Sendayan (rumah Tanggam)
Penceramah :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

**********
MAJLIS DIALOG ANAK FELDA SENDAYAN
Tarikh : 24 Mei 2011 (SELASA )
Masa : 5 petang
Tempat : Lot. 245, Bandar Baru Sendayan (rumah Daud Idris)
Panel :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

Topik :
- Masalah Tanah Perkuburan Islam yang tertimbus akibat projek naik taraf jalan yang terbiar tanpa sebarang maklumat
- Masalah pencemaran udara oleh kualiti alam
- Masalah kes tanah 2 ekar yang melibatkan keluasan, lokasi,geran & sudah lama terbiar.
- Masalah keluasan lot banglo yang tidak mencukupi serta kualiti banglo yang tidak menepati harga sebenar
- Masalah anak-anak peneroka Felda yang tidak boleh mencarum dalam Koperasi Pemodalan Felda.(K.P.F). mengapa?
- Isu padang sekolah menengah yang menjadi kawasan pertanian.
- dan banyak lagi masalah & persoalan yang akan dibangkitkan.

**********
13 keluarga Penduduk FELDA Sendayan masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambilalihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.

Sumber http://chegubard.blogspot.com/2011/05/24-mei-program-sehari-mazlan-pengerusi.html

20110516

Mohamad Sabu 22 Mei 2011 di Dewan Cina Seremban



WACANA PEKERJA
TAWARAN BUKU JINGGA
Bersama :
Abang Mohamad Sabu
Tuan Haji Anuar Tahir
Hanipa Maidin, Peguam
Tarikh : 22 Mei 2011 , AHAD
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina NS, Temiang, Seremban
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut tel 013-2066505

YB Saifuddin Nasution 22 Mei 2011 di Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 22 Mei 2011 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB Saifuddin Nasution
Hanipa Maidin
Hj Anuar Tahir
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Semua dijemput hadir
Anjuran BPPNS

20110514

ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih



ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah Menengah Agama Negeri

Di Negeri Sembilan masih terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu sekolah yang masih di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Maahad Ahamadi Gemencheh , Sekolah Menengah Sains Selaru , Kuala Pilah dan Institiut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh.

Pada tahun 2011 ini , masih terdapat seramai 38 orang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Yang menjadi persoalannya , kenapa GSTT tersebut tidak diberikan surat perlantikan walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya dan jawatan tersebut seolah-olah telah dibekukan.

Di dalam Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri yang ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah bertanya tentang nasib semua guru sandaran tidak terlatih tersebut memandangkan peranan Sekolah Menengah Agama Negeri ini sangat penting dalam membentuk generasi muda yang beriman dan mempunyai akhlak yang terpuji.

Sewajarnya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ditambah lagi kerana sekolah-sekolah seperti inilah yang menjadi tumpuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan yang juga pembayar-pembayar zakat di Negeri Sembilan.

“Rancangan untuk membina Wisma Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang akan melibatkan jutaan ringgit seperti mana yang disebut oleh YAB Mentei Besar baru-baru ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan Kerajaan Negeri berbanding untuk meningkatkan mutu pemdidikan Islam di Negeri Sembilan. Peruntukan yang besar sewajarnya disalurkan untuk pembangunan program pendidikan di Negeri Sembilan khususnya yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri yang kini hanya berjumlah tiga buah sahaja. Peruntukan per kapita bagi setiap sekolah agama negeri pada tahun 2010 yang berjumlah hanya RM405,911.80 sememangnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah-sekolah tersebut”, tegas Hj Mohamad Taufek.

Pakatan Rakyat sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan para guru dalam memangunkan negara sebab itulah dalam Program 100 hari Pakatan Rakyat , salah satu tawaran kita adalah menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 setiap bulan.

“Saya selaku wakil rakyat yang diamanahkan menjaga portfolio Agama Islam akan terus memperjuangkan agar perjuangan semua guru sandaran tidak terlatih untuk mendapat jawatan tetap akan terus diperjuangkan sehingga berjaya sebagaimana kita berjaya perjuangkan agar elaun guru-guru KAFA dinaikkan sepertimana hari ini”.

SELAMAT HARI GURU

Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban



DIALOG HARI PEKERJA
Anda ada masalah di tempat kerja?
Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja
Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 5 ptg
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban
Bersama :
YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC
Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE

PENYERTAAN PERCUMA
Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942

Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban



CERAMAH UMUM
21 Mei 2011 , SABTU
Jam 9 mlm
Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi)
Bersama :
YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat
YB Hj Taufek - ADUN Paroi
Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T
Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban



MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan
YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar

Kupon RM 50 seorang

Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279

20110512

Unit Amal terus usaha cari mangsa lemas Ulu Bendul



Sinar Harian 12 Mei 2011

ULU BENDUL - Jabatan Unit Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/ Jempol/Kuala Pilah turut menghulurkan bantuan mencari mangsa lemas, Nur Syaza Sakinah, 2 di sungai Ulu Bendul dekat sini.

Diketuai oleh, Shahrudin Abdul Rahman, 46 dengan kekuatan ahli seramai 20 orang, mereka menyusuri anak sungai Ulu Bendul sehingga ke Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.

Shahrudin berkata, operas mencari mangsa sudah bermula semalam pada jam 3.30 petang hingga 6 petang.

“Kami turut terpanggil untuk membantu keluarga mangsa dan melalui pendekatan ini, kami cuba sedaya upaya mencari kanak-kanak itu.

“Berdasarkan kepada maklumat pihak bomba dan penyelamat daerah Kuala Pilah, kami diminta mencari sekitar sungai Ulu Bendul sehingga ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul. Dengan kekuatan beberapa ahli, kami akan membantu keluarga mangsa,” katanya ditemui disini, semalam.

Hadir sama, Yang dipertua Pas Jempol, Abd Rahman Ramli.

Sehubungan dengan itu juga, mereka turut mengadakan solat hajat di surau Hutan Rekrekasi Ulu Bendul sebelum memulakan operasi mencari mangsa lemas tersebut.

“Ini sudah menjadi tradisi kami, sebelum melakukan sesuatu perkara perlu menunaikan solat hajat supaya dipermudahkan olehNya. Bukan hanya di sini sahaja tetapi di tempat lain kami turut mengadakan solat hajat supaya kanak-kanak malang itu dapat ditemui cepat mungkin” Katanya.

Walaupun operasi mencari mangsa kanak-kanak itu sudah ditamatkan semalam, pihak mereka tetap akan mencari mangsa itu dillokasi yang disarankan oleh pihak berkuasa dan terus dipergiatkan terutamanya Sabtu dan Ahad.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9077499.asp

Rayuan sumbangan untuk PASTI di Kuala Pilah



Adalah dimaklumkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Raihan di Taman Bukit Intan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan berpindah ke premis baru sebelum 25 Mei 2011.

Sehubungan dengan itu tawaran adalah dibuka kepada orang ramai yang sudi membantu untuk meringankan kos perpindahan dan persediaan tempat yang baru.

Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada Pengerusi PASTI Ar-Raihan iaitu saudara Latip ( tel 013-6238278) atau melalui tunai/cek melalui akaun Bank Islam atas nama PASTI AR RAIHAN, nombor akaun 05030010175625.

Hulurkan sumbangan, ringankan beban, semoga Allah membalas jasa baik mereka yang membantu sebagai amal jariah.

20110511

Sultan tukar Daulat Tuanku ke Allahu Akbar, rakyat dapat pahala



Sultan Yang Prihatin
Mstar , Isnin Mei 9, 2011
Oleh ROZAID A. RAHMAN & SYED AZHAR

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

Wawancara penuh pada pautan berikut http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_mingguan/20110509122729&sec=mstar_mingguan

ALLAHU AKBAR

20110510

PKR Jelajah N.Sembilan 13 ke 28 Mei 2011 GOGAR



CERAMAH PERDANA
13 Mei 2011/Jumaat
9.00 malam
Kg Lambar Batu 11, Labu, Seremban.
Penceramah utama: YB Dato' Johari Abdul, YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
Hotline:013-239 2456 (Zulrisyah)

AMK BERSAMA ANAK MUDA
15 Mei 2011/Ahad
8.30 malam
Dataran PR Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah.
Penceramah utama: Shamsul Iskandar Akin, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Nazree Yunos
Hotline: 019-266 1213 (Fendi), 013-239 2456 (Zulrisyah)

CERAMAH UMUM "MENGOMBAK KEMENANGAN TELOK KEMANG"
22 Mei 2011/Ahad
Kg Telok Pelandok, Pasir Panjang (DUN Linggi)
8.30 malam
Penceramah utama:
Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang)
YB Rodziah Ismail (Exco Selangor/Adun Batu Tiga)
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang)
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Hotline: 017-240 6627 (Zulkifly)

NURUL IZZAH BERSAMA WANITA KEADILAN KUALA PILAH
27 Mei 2011 /Jumaat
Dioh, Kuala Pilah
8.30 malam

PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DI DUN AMPANGAN
28 Mei 2011/Sabtu
5.00 petang
Pejabat ADUN Ampangan, Jalan Seremban-Kuala Pilah,
Jemputan utama:
YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)
YB Zuraidah (Ketua Wanita Pusat)
YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR Negeri Sembilan)
YB Rashid Latiff (Adun Ampangan)

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2011/05/program-terkini.html

20110509

Rakyat cerdik undi Pakatan, kurang cerdik undi BN?



Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, bekal elektrik dan sebagainya, betul ke?

Agaknya macam orang Jelebu ni lah, jambatan dah runtuh ke , jalan runtuh ke tak ada siapa ambil peduli seperti dilaporkan di bawah ini
http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/jambatan-roboh-mana-peruntukan.html
http://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/jalan-kampung-bukit-bahaya.html

Orang bandar tak kisah dengan YB
Sinar Harian 9 Mei 2011

MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan mereka.

Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta.

“Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat adalah lebih tinggi.

“Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil rakyat mereka.

“Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam.

Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi pekan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9067835.asp

20110507

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010



Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

20110506

Ziarah



Menziarahi keluarga 3 kanak-kanak yang hilang di bawa arus deras semasa mandi di Ulu Bendul

Tahniah PAS kawasan Jelebu



Dalam majlis Penyerahan Borang Keahlian PAS oleh mantan Pegawai Khas Exco Pertanian Kerajaan NS, Tn Hj Anuar bin Hashim di Klawang , PAS GANTI UMNO

Bengkel dilanda banjir kilat



Sinar Harian 6 Mei 2011

REMBAU - Kelewatan pihak bertanggungjawab menyelenggara Sungai Gaing dikatakan menjadi punca banjir kilat yang melanda sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pedas dekat sini, petang Selasa lalu.

Pemilik bengkel, Mohd Fazaly Bahudin, 29, berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang itu dipercayai berpunca daripada aliran sungai yang tersekat di jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari premisnya.

“Air naik terlalu pantas sehingga kira-kira satu meter. Salah sebuah daripada lima kereta pelanggan tidak sempat dibawa keluar dari kawasan bengkel mengakibatkannya tenggelam.

“Selain itu, banyak alat ganti kenderaan di dalam bengkel rosak menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000,” katanya di sini, petang kelmarin.

Menurut Mohd Fazaly, dia dan seorang mekanik lain terpaksa berhempas-pulas menaikkan empat kereta lain ke paras yang lebih tinggi.

Katanya, air mulai surut pada jam 8 malam namun meninggalkan lumpur tebal di kawasan bengkel termasuk tapak yang digunakan untuk perniagaan mencuci kenderaan.

“Kejadian ini bukan kali pertama berlaku sejak bengkel saya beroperasi di sini tiga tahun lalu.

“Setiap kali hujan terlalu lebat, bengkel ini dilanda banjir kilat. Kalau selalu sangat begini, perniagaan saya boleh terjejas,” katanya.

Mohd Fazaly berkata, dia pernah mengemukakan aduan tentang banjir kilat kepada pihak-pihak berkenaan namun tidak pasti berhubung tindakan diambil.

“Saya berharap tindakan diambil segera untuk menyelenggara Sungai Gaing agar kejadian banjir kilat tidak berulang di bengkel ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9055597.asp

20110505

PAS selami masalah orang Asal di Jelebu, N.Sembilan



Kuala Klawang, Jelebu - 4 Mei 2011 - PAS MTD Klawang meneruskan program "Masih Ada Yang Sayang" untuk siri yang ketiga. Pada kali ini PAS MTD Klawang telah merentasi batasan kaum dengan menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada kaum Tionghua di Pekan Kuala Klawang dan Orang Asal di Kg Kelaka, Ulu Klawang.

Di kampung orang asal iatu Kg Kelaka, Ulu Klawang PAS telah menyumbangkan sebuah kerusi roda dan juga bantuan makanan kepada Puan Hema anak Lebek. Puan Hema mempunyai seorang anak OKU. Turut menerima sumbangan adalah Wok Binti Panglima Dalam dan Debok Binti Panglima Dalam. Puan Wok dan Puan Debok adalah warga miskin orang asal dan tidak ada tempat untuk bergantung.

Pada program "Masih Ada Yang Sayang" kali ini sumbangan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Saudara Zulkefly Mohamad Omar dan juga YB Hj Taufek Ghani, ADUN (PAS) Paroi sempena lawatan kerja Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ke Daerah Jelebu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Jelebu Hj Kateran dan juga Timbalan YDP Hj Jamalus Mansor turut hadir dalam program ini.

MENGOMBAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI JELEBU !

Sumber : http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/masih-ada-yang-sayang-siri-3.html

LAYARI BLOG PAS NEGERI SEMBILAN UNTUK INFO TERKINI DI http://pasns.blogspot.com/

20110504

Temui Bob Lokman di Lenggeng 10 Mei 2011



CERAMAH KHAS
Bersama : Bob Lokman
Juga : YB Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Pada 10 Mei 2011 SELASA
Jam 9 malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/05/program-terkini-ceramah-umum.html

3 kanak-kanak dikhuatiri lemas



3 kanak-kanak dikhuatiri lemas
Utusan Malaysia 4 Mei 2011



Ibu kepada tiga kanak-kanak yang dihanyutkan air deras, Wan Azlela Wan Abdullah (kanan), ditenangkan oleh rakannya di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 3 Mei – Tiga beradik berusia dua hingga lima tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras semasa berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Arus deras itu dipercayai berpunca daripada kepala air ekoran hujan di kawasan tinggi di Gunung Angsi dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu juga, bapa kepada tiga beradik tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, turut dihanyutkan arus.

Bagaimanapun kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Syed Ahmad dan Alwani kini dirawat di Hospital Kuala Pilah.

Usaha mencari oleh beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan pasukan pacuan empat roda Kuala Pilah yang kesemuanya berjumlah 40 orang masih diteruskan sehingga lewat petang ini.

Lelaki yang berjaya menyelamatkan pasangan itu, Turiman Bostam, 42, berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang berjalan menyusuri sungai.

Dia ternampak dua kanak-kanak sedang tenggelam timbul dibawa arus yang kemudiannya tidak lagi kelihatan dalam tempoh beberapa saat.

“Saya kemudian turun ke gigi air dan ketika itu saya ternampak seorang wanita sedang terkapai-kapai dihanyutkan arus dan berjaya menariknya ke tepi.

“Selepas itu, saya ternampak seorang lelaki yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak sambil menjerit meminta tolong daripada orang ramai.

“Lelaki itu berjaya diselamatkan tetapi kanak-kanak itu hilang dibawa arus yang sangat deras ketika itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Ibu tiga beradik masih berharap anaknya selamat


KUALA PILAH 3 Mei – Ibu kepada tiga kanak-kanak malang yang dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini, terus berada di tepi sungai itu malam ini dengan harapan dapat menemui anak-anaknya.

Wan Azlela Wan Abdullah, 27, dari Taman Jasmin, Senawang dilihat sugul dan enggan bercakap dengan para wartawan yang berada di lokasi kejadian.

Menurut abang Wan Azlela, Wan Adnan, 37, adiknya itu keluar bekerja di sebuah pasar raya besar di Senawang dan lazimnya akan meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan bekas mertuanya di Taman Marida, Senawang.

“Saya difahamkan, hari ini bekas suami beliau membawa anak-anaknya mandi di kawasan perkelahan ini tanpa pengetahuan adik saya.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian ini dan terus bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam ini.

Tiga anak Wan Aziela iaitu Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di kawasan perkelahan popular Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, bapa tiga kanak-kanak tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias


Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Aduan Rakyat, 3 Mei 2011

Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun.

Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu.

Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali.

Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan.

Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan.

Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan.

Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah…

terima kasih.

Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-alias

Himpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html


20110501

Rumah hanya tinggal impian



Sinar Harian 1 Mei 2011

( Laman web mangsa-mangsa perumahan terbengkalai yang merupakan rakyat Malaysia di http://terbengkalai.blogspot.com/ )

Temiang, Seremban - Impian lebih 60 pembeli untuk tinggal di kediaman sendiri di Taman Bukit Zamrud, dekat sini hanya tinggal angan-angan apabila pembinaan rumah mereka terbengkalai sejak lebih lima tahun lalu.

Rumah teres yang mereka beli pada 2004 itu kini masih belum siap dan belum ada tanda akan disiapkan pemaju sepenuhnya.

Seorang pembeli, Kamarullah Hawari, 46, berkata, seramai 67 pembeli rumah berkenaan hanya mampu ‘gigit jari’ apabila pemaju gagal menyiapkan projek peruma-han berkenaan.

Dia dan keluarga yang berharap untuk menduduki rumah berkenaan selepas bersara nanti hanya mampu berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sehingga kini, mereka bukan saja terbeban untuk membayar ansuran rumah berkenaan, malah terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah.

“Dalam perjanjian jual beli oleh pemaju sebelum ini, projek berkenaan dikatakan dapat siap dalam tempoh 24 bulan.

“Tetapi sampai hari ini kami masih tidak boleh mendiami rumah berkenaan, namun tetap membayar ansuran rumah sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, rumah berkenaan dibeli sekitar RM87,000 seunit.

Seorang lagi pembeli, Mohd Affendy Abd Wahid, 34, berkata, dia kesal kerana projek peruma-han yang sudah siap 65 peratus itu dihentikan secara tiba-tiba.

“Saya benar-benar kecewa. Sampai bila kami harus sabar menunggu ? Saya masih lagi menyewa rumah.

“Hasil pertemuan dengan pihak pemaju awal tahun ini pun tidak membawa apa-apa jalan penyelesaian,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, pembeli di situ sudah sepakat mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju bagi menuntut semula wang pinjaman yang sudah dibayar pembeli dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Temiang, Ng Chin Tsai yang turut mendengar keluhan pembeli projek perumahan tersebut berjanji akan cuba membantu dengan melantik peguam bagi mengadili masalah dihadapi.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9035720.asp