JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

20110428

Tidak selesa gerai sempit



Sinar Harian 28 April 2011

PEDAS - Peniaga gerai baru di Pekan Pedas memohon supaya Majlis Daerah Rembau dapat memasang ‘awning’ di bahagian belakang gerai.

Pembantu gerai makan, Jamaliah Ariffin, 54, berkata, ketiadaan ‘awning’ menyebabkan kedainya terkena tempias hujan selain tidak tahan dengan cuaca panas sehingga menimbulkan rasa kurang selesa ketika memasak.

Menurutnya, kebanyakan peniaga yang memulakan perniagaan sejak dua minggu lalu turut meluahkan masalah sama.

“Justeru, kami memohon supaya pihak berkenaan memahami masalah yang dihadapi, sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kemudahan berniaga diberikan amat dihargai tetapi peniaga di sini berharap permohonan bagi mendapatkan ‘awning’ dapat diberi perhatian segera,” katanya.

Sementara itu, Lee Heng Guan, 51, pula berkata, peniaga bukan sahaja memerlukan ‘awning’ tetapi juga terpaksa memasak dan meletakkan barang di belakang gerai disebabkan sempit.

“Buat masa ini, peniaga masih patuh dengan arahan iaitu hanya memasak di dalam gerai sahaja, tetapi kami berharap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan masalah ini dengan membenarkan kami menggunakan belakang gerai untuk memasak,” katanya.

Menurutnya, pihak berkenaan juga diharap dapat melihat sendiri keadaan di dalam gerai yang semakin sempit kerana dipenuhi peralatan memasak dan ruang membuat air turut tidak selesa.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9023290.asp

Majlis Makan Malam DUN Johol 1 Mei 2011



MAJLIS MAKAN MALAM MTD JOHOL
1 Mei 2011 AHAD Jam 8 malam
Di Dataran Ikhwan, Johol, N.Sembilan
Bersama YB Ustaz Nasaruddin Md Isa, Timbalan Presiden PAS
Kupon RM20
Hubungi : Azman 0196400062, Saharuddin 0136769492, Mazlan 0162076037, Jamalullail 0196237822, Hj Aziz 0162073045, Zuraidah 0133545785

20110427

Lembu lembu bebas berkeliaran di DUN Chembong, Rembau




Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong. Lagi gambar-gambar betapa bebasnya lembu ini berkeliaran macam pekan koboi di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/binatang-ternakan-berkeliaran-salah.html

BINATANG TERNAKAN BERKELIARAN: SALAH SIAPA?

Menurut laporan en idris bin Saleh 26 April 2011 berhubung binatang ternakan seperti di bawah;

saya ingin buat aduan tentang binatang ternakan (lembu) yang selalu datang meragut rumput dan berkeliaran di depan lot kedai Taman rembau Permata.

Kemalangan pernah berlaku pada tahun lepas, membabitkan dua ekor lembu dan sebuah kancil remuk dan pemandunya cedera parah (berlaku di jalan utama , rembau-seremban (depan fresco).

Nyawa manusia boleh terkorban akibat kelalaian penternak (pemilik) kerana membiarkan ternakan mereka berkeliaran (10-20 ekor). Setiap bulan dua atau tiga kali lembu-lembu datang meragut rumput di sini. harap pihak berwajib ambil tindakan.

Unit aduan membuat siasatan dan telah menjumpai bukti yang kukuh antaranya gambar-gambar yang sempat di rakamkan di Taman Rembau Permata, Lorong 2 sekitar jam 2.30 petang

FOTO 1 - menganggu lalu lintas orang ramai

FOTO 2 - sekawan lembu dalam jumlah 10-20 ekor di kesan pada 26 April 2011
berkeliaran di Taman Rembau Permata

FOTO 3 - ibu lembu ini membawa anak..

FOTO 4 - ... meragut rumpu bersebelahan tangki air Taman Rembau Permata

FOTO 5 - Boleh mengundang padah (kemalangan)

PEMILIK BINATANG TERNAKAN INI DI MINTA TAMPIL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG SUDAH BERLARUTAN DAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PEMANDU JALAN RAYA.

LAPORAN E-ADUAN DALAM PORTAL MDR (MAJLIS DAERAH REMBAU) TELAH DIBUAT. NAMUN TIADA SEBARANG RESPON SETAKA HARI INI.PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM MERAGUT NYAWA PENDUDUK DI SINI.

PAS Memartabatkan DUN Chembong 8 Mei 2011



CERAMAH PERDANA
8 Mei 2011 AHAD 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Kg Rendah, Lot 923, Lrg Sekolah 1, REMBAU

Bersama :
YB Dato' Ir Amiruddin, EXCO Kedah
YB Ng Sue Lim, ADUN Sekinchan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (Rembau)
Chegubard, Pengerusi SAMM

Semua Dijemput Hadir

Blog ADUAN RAKYAT DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/

SOALAN SIDANG DUN APRIL 2011



SOALAN – SOALAN LISAN DAN BERTULIS
PERSIDANGAN PERTAMA (PERASMIAN)
PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12

SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI
(OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)

HARI PERTAMA PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 25hb APRIL 2011 (ISNIN)


SOALAN 1

PUSAT KAFE SIBER BEROPERASI LEBIH MASA

Terdapat banyak Pusat Kafe Siber yang beroperasi di sekitar kawasan Senawang dan Paroi. Ada beberapa Pusat Kafe Siber sebagai contoh di Taman Matahari Height dan di Pusat Komersial Senawang yang didapati beroperasi sehingga jam 2 pagi.

a. Apakah waktu perniagaan bagi sesebuah Pusat Kafe Siber? Pihak manakah yang memantau operasi Pusat Siber Kafe ini samada dari segi waktu perniagaan mahupun bentuk perkhidmatan yang ditawarkan ?

b. Kenapakah rungutan yang dibuat penduduk sekitar melalui kaedah bertulis mahupun melalui saluran e-public tidak mendapat respon yang baik dari pihak yang berkaitan? Ini kerana tiada tindakan yang diambil terhadap pengusaha tersebut dan ia tetap beroperasi sehingga jam 2 pagi sehingga sekarang.


SOALAN 2

STATUS PEMBINAAN BANGUNAN SMK SENAWANG 3

Memandangkan SMK Senawang 3 masih ”menumpang” sehingga kini di bangunan SMK Senawang , Taman Marida dan kini sekolah tersebut telah ”menumpang” sehingga lebih 3 tahun lamanya.

a. Walaupun dimaklumi bahawa perkara ini di bawah tanggungjawab kerajaan pusat tetapi apakah usaha pihak kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah kelewatan ini? Kelewatan pembinaan bangunan sekolah ini bukan sahaja telah menjejaskan proses pembelajaran pelajar-pelajar sekolah SMK Senawang 3 tetapi juga pelajar-pelajar di SMK Senawang, Taman Marida.

b. Berapakah jumlah sekolah di Negeri Sembilan yang masih ”menumpang” kerana bangunan sebenar masih belum siap pembinaannya?


SOALAN 3

GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI DI NEGERI SEMBILAN


GSTT sangat diperlukan di ketiga-tiga Sekolah Menengah Agama Negeri di Negeri Sembilan bagi menampung kekurangan guru.

a. Berapakah orang GSTT yang ada pada tahun 2011? Adakah jawatan ini telah dibekukan dan surat perlantikan sebagai GSTT tidak dikeluarkan lagi?

b. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi membantu Sekolah Menengah Agama Negeri yang mengalami masalah kekurangan guru dan terpaksa mencari dana sendiri bagi menampung kos membayar gaji GSTT ini?


SOALAN LISAN DARI ADUN PAROI
(OLEH YB HJ MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI)

HARI KE 2 PERSIDANGAN DUN N.SEMBILAN 26hb APRIL 2011 (SELASA)

SOALAN 1

PUSAT HIBURAN KELUARGA BEROPERASI LEBIH MASA

Berselindung di sebalik nama Pusat Hiburan Keluarga, terdapat 2 buah Pusat Hiburan keluarga yang beroperasi di Pusat Perniagaan Cempaka yang sering menjadi tumpuan anak-anak muda terutama pada hujung minggu. Walaupun banyak rungutan dari penduduk setempat berkenaan dengan pusat hiburan ini namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil.

a. Terdapat dakwaan dari pimpinan masyarakat setempat menyatakan tentang penglibatan pihak berkuasa dalam mempertahankan pusat hiburan daripada tindakan undang-undang. Apakah siasatan telah dijalankan oleh pihak yang berkaitan bagi mengelakkan salah tanggap masyarakat terhadap badan penguatkuasa undang-undang ini daripada berterusan?

b. Adakah pandangan dari masyarakat setempat khususnya kawasan majoriti orang Melayu Islam telah diperolehi sebelum meluluskan lesen dan premis bagi menjalankan pusat hiburan seperti ini?


SOALAN 2

TEKS KHUTBAH JUMAAT

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mula mengarahkan khatib-khatib seluruh Negeri Sembilan supaya membaca khutbah menggunakan teks yang telah disediakan oleh JHEAINS dan JAKIM.
(a) Adakah pihak JHEAINS menyedari bahawa situasi atau masalah di sesuatu kariah tidak sama antara satu sama lain? Adakah JHEAINS tidak bersedia memberi sedikit ruang waktu di hujung khutbah pertama kepada para khatib supaya menyelitkan nasihat-nasihat berkaitan isu-isu setempat yang berlaku di kariah tersebut?

(b) Apakah tindakan yang akan dikenakan oleh para khatib yang gagal mematuhi arahan supaya membaca teks khutbah yang disediakan oleh JHEAINS atau JAKIM?


SOALAN 3

KOS PENGHANTARAN SEMULA PELAJAR-PELAJAR NEGERI SEMBILAN KE MESIR

Akibat situasi politik yang tidak menentu di Mesir, ramai pelajar-pelajar yang berasal dari Negeri Sembilan telah diarahkan balik ke tanahair.

(a) Berapakah jumlah pelajar yang telah balik semula ke Mesir dan berapakah pelajar yang masih berada di Negeri Sembilan? Apakah punca yang menyebabkan masih ada pelajar-pelajar yang belum balik ke Mesir?

(b) Berapakah jumlah kos yang telah dan akan dibelanjakan bagi menghantar semula pelajar-pelajar Negeri Sembilan balik ke Mesir?


SOALAN – SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS PERSIDANGAN DUN NS

PERSIDANGAN PERTAMA
PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KE 12

SOALAN 1

CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran adalah merupakan hasil tahunan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang digunakan untuk tujuan pengurusan, projek dan penyenggaraan setempat untuk manafaat pembayar cukai.

(a) Kenapakah pada tahun cukai taksiran setengah tahun pertama tahun 2011 perlu dibayar sebelum 28 Feb 2011 tanpa bayaran denda? Tindakan ini hanya membebankan pengguna yang perlu menjelaskan pebagai perbelanjaan awal tahun seperti yuran sekolah, yuran pengajian, saman ekor dan sebagainya.

(b) Berapakah hasil cukai taksiran yang dikutip oleh MPS pada tahun 2010 dan berapakah sasaran untuk tahun 2011?

(c) Berapakah tunggakan cukai taksiran MPS dan MPN setakat ini?


SOALAN 2

WABAK DENGGI

Penularan wabak denggi sekarang ini sedang melanda Seremban dan Senawang. Penubuhan COMBI adalah salah satu cara untuk mencegah penularan wabak ini. Walaupun sering diadakan gotong royong dan semburan asap , namun kes wabak denggi ini sering berulang.


(a) Apakah keputusan terhadap kaedah baru (menggunakan sejenis nyamuk lain) yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes

(b) Apakah tindakan yang dilakukan ke atas pemilik rumah atau bangunan yang membiarkan premis mereka yang kosong dipenuhi semak samun, hutan dan kemungkinan banyak bekas yang menakung air di dalam dan di luar rumah atau bangunan?

(c) Apakah tindakan agresif dan berkesan yang dilakukan terhadap untuk mencegah tempat pembuangan sampah haram di tepi jalan, lereng bukit, lembah, gaung, sekitar taman perumahan dan sebagainya.


SOALAN 3

KELAS KAFA dan KAP

Kelas KAFA atau Kelas Agama dan Fardhu Ain serta KAP atau Kelas Agama Petang adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan amalan dan ilmu agama Islam di kalangan pelajar sekolah rendah.

(a) Berapakah bilangan guru dan pelajar untuk KAP dan KAFA pada tahun 2011?

(b) Adakah terdapat mana-mana sekolah yang tidak dapat mengadakan KAP disebabkan kekurangan bilik darjah?

(c) Sila senaraikan semua KAFA beserta alamatnya yang terdapat pada tahun 2011?

(d) Berapa elaun yang dibayar kepada guru KAFA dan KAP oleh kerajaan negeri melalui JHEAINS dan yang dibayar oleh kerajaan persekutuan melalui JAKIM mulai tahun 2011?

SOALAN 4

PENIAGA-PENIAGA KECIL

Terdapat banyak warung dan gerai yang didirikan oleh para peniaga kecil akhir-akhir ini sekitar Senawang dan Seremban, namun hampir keseluruhan warung dan gerai ini didirikan di tepi jalan, di lereng bukit, tanah lapang dan sebagainya.

(a) Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu para peniaga kecil ini untuk memberikan kemudahan yang lebih baik, seperti mengadakan medan selera atau bengkel di tempat yang strategik iaitu laluan orangramai bukannya di jalan mati seperti di Taman Tuanku Jaafar?

(b) Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti mana-mana tanah tersepit, tanah tepi jalan, tanah padang terbiar yang boleh dibangunkan untuk membantu para peniaga kecil ini?


SOALAN 5

PEMASANGAN METER BAYARAN DI KAWASAN TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR

Terdapat beberapa kawasan letak kereta di sekitar Senawang dan Seremban sedang dalam proses pemasangan meter bayaran antaranya di sekitar Dataran Senawang (Pusat Komersial Senawang). Ini merupakan langkah MPS bagi meningkatkan pendapatan MPS.

(a) Senaraikan kawasan letak kereta yang baru yang telah diwartakan sebagai kawasan letak berbayar di Negeri Sembilan pada tahun 2010 dan tahun 2011.

(b) Sila nyatakan dengan terperinci butiran berkaitan dengan kontrak pemasangan meter bayaran bagi kawasan letak kereta berbayar yang diwartakan tersebut.

(c) Adakah pemasangan meter parking ini dan kutipan duit parking tersebut diserahkan kepada pihak swasta? Sila nyatakan secara terperinci berkaitan dengan kontrak tersebut iaitu dari segi nama syarikat yang berjaya, nama pemilik syarikat, harga bagi kontrak pemasangan tersebut dan bagaimana kos bagi mengutip duit bayaran tempat letak kereta tersebut yang perlu dibayar kepada syarikat berkenaan.


SOALAN 6

PENGHANTARAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) OLEH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Dalam beberapa perayaan utama negara kita seperti Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Tahun Baru, ramai rakyat Negeri Sembilan menerima SMS dari YAB Menteri Besar.

(a) Sila nyatakan kos yang terlibat dalam penghantaran SMS itu sepanjang tahun 2010.

(b) Sila nyatakan bagaimanakah maklumat berkaitan dengan pemilik nombor telefon bimbit itu diperolehi oleh pejabat Menteri Besar sedangkan semua maklumat peribadi pengguna telefon bimbit sepatutnya dilindungi oleh Akta Data Peribadi 2010.


SOALAN 7

PESERTA RANCANGAN TANAH FELCRA DI NEGERI SEMBILAN

Terdapat beberapa rancangan tanah yang diuruskan oleh FELCRA di Negeri Sembilan

(a) Sila nyatakan secara terperinci kawasan tanah rancangan FELCRA di Negeri Sembilan , keluasan tanah yang terbabit dan jumlah peserta yang terlibat.

(b) Walaupun FELCRA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Jadikan , apakah usaha kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu peserta-peserta FELCRA yang kini mengadu tentang masalah pemberian dividen yang rendah oleh FELCRA , beban hutang yang tinggi dan pendapatan bulanan yang rendah berbanding dengan harga getah dan kelapa sawit yang semakin tinggi hari ini.

(c) Adakah kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mencadangkan kepada FELCRA untuk mengkaji semula perjanjian yang dibuat antara peserta dan FELCRA sendiri?


SOALAN 8

TANAH FELDA PLANTATION DI NEGERI SEMBILAN

Terdapat banyak tanah di Kawasan Rancangan Tanah FELDA yang diserahkan kepada FELDA Plantation di Negeri Sembilan

(a) Sila nyatakan secara terperinci jumlah keluasan kawasan tanah yang diuruskan oleh FELDA Plantation di Negeri Sembilan dan nyatakan lokasinya.

(b) Walaupun FELDA adalah merupakan agensi di peringkat kerajaan Pusat , kerajaan negeri tetap mempunyai hak terutama dari segi tanah yang terlibat. Apakah kerajaan Negeri Sembilan tidak berhasrat untuk menyemak semula pemberian tanah kepada FELDA Plantation dengan tujuan untuk menyerahkan tanah tersebut kepada generasi kedua dan ketiga FELDA?


SOALAN 9

PEMBELIAN TANAH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BAGI MENGGANTI TANAH DI KEM TENTERA UDARA SUNGAI BESI.

Tanah berkomersial tinggi di Kem Tentera Udara Sungai Besi telah diserahkan kepada pihak swasta untuk dimajukan.

(a) Terdapat perancangan oleh Kerajaan Pusat yang bercadang untuk membeli tanah di Negeri Sembilan bagi mengganti semula tanah di Kem Tentera Udara di Sungai Besi, dimanakah lokasi sebenar tanah yang akan dijual tersebut , berapakah harga dan keluasan tanah yang ingin dijual tersebut?

(b) Apakah kajian yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri Sembilan sebelum menjual tanah tersebut kepada Kerajaan Pusat atau pihak swasta?


SOALAN 10

CADANGAN MEMBINA KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAN NEGERI SEMBILAN YANG BARU.

Difahamkan bahawa tapak pembinaan kompleks tersebut terletak di Bandar baru Sendayan.

(a) Apakah alasan-alasan kerajaan negeri membina kompleks pentadbiran yang baru sedangkan bangunan sedia ada masih elok dan sempurna (tiada kerosakan serius)?

(b) Dimanakah lokasi sebenar tapak kompleks tersebut dan siapakah pemilik tanah tersebut?

(c) Berapakah kos sebenar pembinaan kompleks tersebut dan dari manakah sumber kewangan bagi membiayai pembinaan kompleks tersebut? Berapa peratuskah proses pembinaan tersebut telah berjalan?

ADUN Paroi gesa hentikan amalan P-Politik(Video Lucah), isu Altantuya hangatkan Sidang DUN Negeri Sembilan



Seremban 25 April 2011

Ketika membahaskan usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12 , ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani telah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab atas penyebaran VCD , gambar dan buku yang mengandungi bahan lucah yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

”Sudah sampai masanya untuk hentikan semua ini , rakyat sudah muak dengan P-Politik . UMNO mengajak rakyat kepada P-Politik iaitu politik porno tetapi kami , Pakatan Rakyat ingin membawa rakyat kepada budaya K-Politik iaitu ”Knowledge Politik” yakni politik yang berdasarkan ilmu dan hujah”.

”Walaupun kami diberi maklumat tentang skandal pihak tertentu di Negeri Sembilan, ada kes ditangkap khalwat, kes dengan isteri orang, kes dengan artis di hotel Port Dickson dan pelbagai kes maksiat yang lain tetapi pimpinan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk mensensasikan isu-isu peribadi kerana ia melibatkan maruah pemimpin dan ianya tanpa bukti yang sahih mahupun saksi yang adil”.

Beliau turut menjelaskan pandangan Islam berhubung isu tuduhan zina ini dengan membacakan ayat Al-Quran dari Surah An-Nuur ayat 4 yang bermaksud ”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan/lelaki yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan jangan kamu terima persaksian mereka selama-selamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Persoalan tuduhan zina tanpa 4 orang saksi yang adil ini bukan persoalan kecil kerana apabila isu ini diperbesarkan sebegitu rupa dengan penglibatan media massa secara terancang seolah-olah UMNO mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam soal yang melibatkan hukum-hakam Islam dan amaran tergolong sebagai fasiq seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran tersebut.

Penjelasan yang dikemukakan itu menyebabkan ramai wakil rakyat UMNO bangkit kerana cuba menganggu ucapan beliau tersebut.

Beliau turut menyentuh isu pembunuhan wanita Mongolia di mana dalam isu ini , Pakatan Rakyat tidak menuduh pemimpin tertinggi UMNO terlibat dalam pembunuhan tersebut tetapi PR mahu Perdana Menteri (PM) membersihkan nama beliau apabila banyak media antarabangsa mengaitkan pemimpin tertinggi negara itu dengan pembunuhan tersebut.

Untuk menjaga imej dan maruah negara Malaysia, sewajarnya PM mengambil tindakan undang-undang terhadap media tersebut.

Sebagai bukti bahawa PR mengamalkan budaya politik ilmu dan hujah, beliau mengambil contoh dalam isu tawaran 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga , kita khususnya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat dan berhujah apabila PM mempersoalkan kewajaran tawaran PR tersebut.

Cabaran debat yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu tidak pernah disambut oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.

20110426

Adun BN mencarut dalam sidang DUN N.Sembilan



April 26, 2011. Kekecohan itu berlaku gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan "p*****". Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke 12 hari ini menjadi kecoh dan berlaku insiden bertikam lidah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) mencarut.

Kekecohan itu gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan “p*****” ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan awal pagi tadi.

Semuanya bermula apabila Teo Kok Seong (DAP-Bahau) berkata kerajaan Pakatan Rakyat menang di beberapa negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan namun hanya di Perak ia dirampas oleh “lanun-lanun”.

Komen Teo kemudian mendapat reaksi berbeza daripada Zainal Abidin yang bangun dan mengeluarkan perkataan mencarut dan menghina itu. Gara-gara tindakan Zainal Abidin itu, sidang Dun mula kecoh selama tujuh minit.

Wakil rakyat Pakatan M Ravi (PKR-Port Dickson) membantah perkataan mencarut itu dan mahu ia ditarik balik memandangkan tindakan tersebut memberi penghinaan kepada kaum India.

Ini diikuti Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) yang mahu Speaker Dewan Datuk Razak Mansor mengeluarkan arahan agar Zainal Abidin diperintah keluar dewan.

Menurut Cha, tindakan Zainal Abidin itu bukan kali pertama kerana beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat pada sidang Dun yang lalu.

Namun Razak berkata beliau tidak mendengar perkataan itu dikeluarkan oleh Zainal Abidin manakala Datuk Yunus Rahmat (BN- Klawang) kemudian mendakwa Teo adalah punca kekecohan itu berlaku.

Teo membalas bahawa dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka lanun membawa maksud “merampas”.

Oleh Zefry Dahalan

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/26/adun-bn-mencarut-dalam-sidang-dun-negeri-sembilan/

20110425

Kena samun depan rumah



Sinar Harian 25 April 2011

REMBAU - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM5,800 apabila disamun sekumpulan lelaki bermotosikal menggunakan parang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, di Taman Datuk Lela Maharaja, Chembong.

Mangsa, Abdul Latip Alias, 53, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya duduk berehat di pangkin rumah jiran, didatangi dua motosikal dinaiki empat lelaki dipercayai Melayu menghampiri mereka bertanyakan jalan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika dia dan isteri memberikan penerangan kepada lelaki terbabit, secara tiba-tiba pembonceng motosikal bertindak berani mengacukan parang ke arah mereka dan mengarahkan untuk memberi semua barang berharga.

“Saya terkejut apabila diacukan parang dan mereka mengugut akan mencederakan kami jika tidak mengikut arahan.

“Isteri saya cuba melawan tetapi dengan pantas mereka dapat meragut gelang emas yang dipakainya,” katanya.

Abdul Latip berkata, mereka turut merampas jam tangan dan telefon bimbit miliknya sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan.

“Kami trauma dengan kejadian ini dan telah membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan orang tidak dikenali terutama yang datang secara berkumpulan.

“Niat kami ikhlas untuk membantu tetapi disalah guna oleh mereka yang berniat jahat untuk mendapatkan duit cara salah.

“Mereka juga bertindak berani apabila menggunakan senjata menakut-nakutkan orang ramai dan sanggup mencederakan mangsa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9013920.asp

Tips! Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda



F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda

Satu software menarik dan canggih ciptaan anak tempatan. Ia sangat berkesan untuk memerangkap pencuri laptop anda. Seperti yang kita tahu, banyak kejadian kecurian laptop yang berlaku, kereta dipecah untuk mengambil laptop.


Di Fulamak Network, kami telah menghasilkan satu perisian yang mampu untuk memantau dan menyelesaikan hampir 80% masalah kecurian ini. Dengan hanya satu perisian bersaiz kecil anda boleh mendapatkan semula komputer riba anda yang hilang atau dicuri dengan bantuan perisian ini. Dengan 'webcam' yang terdapat pada komputer riba anda, perisian ini akan menangkap gambar suspek secara senyap dan jika komputer riba anda disambungkan ke internet, perisian ini akan menghantar gambar suspek ke akaun anda untuk anda kenalpasti suspek atau sertakan gambar suspek semasa membuat laporan polis. Alamat IP juga boleh digunakan untuk mengenalpasti lokasi komputer riba anda.

Kami menamakan perisian ini sebagai F-Tracker dan kami menawarkan harga yang sangat menarik. Anda perlu memasang/install F-Tracker ke dalam komputer riba anda sebelum dicuri sebagai langkah keselamatan jika ianya terjadi kepada anda.







TIPS BERGUNA

Untuk menjadikan F-Tracker berfungsi dengan lebih baik anda perlu membiarkan pengguna boleh mengakses laptop anda tanpa menggunakan password. Ini bermaksud anda perlu mematikan setting 'User Login' pada laptop anda.

Folder F-Tracker boleh disimpan pada lokasi rahsia didalam folder laptop anda bagi mengelakkan ia dijumpai oleh sesiapa.

Jika berlaku kecurian, sila setkan device status sebagai 'MISSING' dengan segera. F-Tracker akan segera mengumpul maklumat dan maklumat akan dihantar ke akaun Fulamak Network anda. Jika individu di dalam gambar tidak dikenali segera laporkan kepada pihak polis beserta salinan gambar suspek. Maklumat ini boleh membantu pihak polis membuat siasatan dengan bukti yang ada.



maklumat lanjut klik sini >>

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata
Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

20110422

Sehari Bersama Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 2011 di Seremban



CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)Masa : 9 mlm
Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban
Besama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Omar, PJ N9
Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)

Masa : 5 ptg
Tempat : No 2, Kg Panchor, Seremban
Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zulkefly Omar
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Sumber http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/04/program-terkini-hi-tea-dan-ceramah-umum.html

20110421

PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau



PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8

Sumber berita dari http://parchembong.blogspot.com/2011/04/peyakin-dapat-sumbangan.html

20110419

Minum Petang Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 2011 Seremban



MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
29 April 2011 (Jumaat), Jam 5.00 ptg
Di No.6, Kg. Panchor, Seremban
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Kuliah Tuan Guru Nik Razi 30 Apr 2011 Seremban



KULIAH MAGHRIB
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
30 April 2011 (Sabtu)
Jam 7.30 mlm
Di Surau Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Semua dijemput hadir

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau


Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html


PRN Sarawak, Najib harus panik, tapi PAS?


Dari Blog bekas calon PAS Parlimen Rembau , YB. Dr Dzulkefly Ahmad


Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011. Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular. Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak. Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad. Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.


Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik. Bagaimana pula "sentuhan PAS"? Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk memenangkan kerusi bagi partinya? Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada. Malah sebelum ini apabila beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan PAS"? PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya.


"PAS dalam penampilan ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya. Pada saya, ...gagal digarap dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan Pakatan Rakyat." Ia berdasarkan pengalaman dirinya. Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional). Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR." MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh kempen yang terlalu singkat".


Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar. Maka persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat? Apakah pendekatan "berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat untuk menghadapi pertarungan 10 hari? Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS bersepakat dengan PKR dan DAP." Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang singkat." http://blog.drdzul.com/2011/04/19/prn-sarawak-najib-harus-panik-tapi-pas/

20110418

Ceramah Bye Bye Umno 20 Apr 2011 Jelebu


CERAMAH PERDANA


Tarikh : 20 April 2011 (RABU)


Waktu : 9 malam


Tempat : Rumah En Samsudin Bin Mohamad, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang


Penceramah:- YB Hj Taufek bin Abdul Ghani (ADUN PAS Paroi/AJK PAS Pusat) Siti Aishah bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat) Hj Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan PKR NS) Hj Kateran bin Marman (YDP PAS Jelebu) Hj Annuar bin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi EXCO Pertanian NS)


"SEMUA JEMPUT HADIR"




Program Ceramah diadakan adalah sempena meraikan sahabat-sahabat dari Kg Ulu Jelebu yang bertindak keluar dan meninggalkan parti United Malays National Organisation (UMNO) kerana tidak puas hati dengan pucuk kepimpinan parti di Jelebu dan Negeri Sembilan ini. Antara yang telah bertindak meninggalkan United Malays National Organisatian ini adalah Tuan Haji Annuar Bin Hashim berumur 60 tahun. Tuan Haji Anuar adalah mantan Pegawai Pembantu Khas Peribadi kepada Dato' Yunus Rahmat (ADUN N.04 Klawang) yang juga merupakan EXCO Pertanian Negeri Sembilan. Yang lain adalah Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir (Along Buah) yang juga pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Pemuda United Malays National Organisation Jelebu. Jawatan terakhir Along sebelum meninggalkan United Malays National Organisation adalah Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.

20110416

Gambar dari Sarawak


Bincang dengan penduduk Iban Rumah Panjang, di Beting Maro

20110414

Bersama Juara Nasyid 16 Apr 2011 di Senawang


SEMPENA KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK


Bersama : Saudara Ashan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, Ustaz Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9,


Pada : SABTU 16 April 2011, Jam 8 mlm - 12 mlm


Lokasi : 1. Pasti Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang, 2. Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa, 3. Pasti Amal, Taman Marida, 4. Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya,


Antara yang menarik : Siaran Langsung Keputusan Pilihanraya Sarawak, Analisa, Tazkirah, Hiburan Alternatif, Motivasi, Jamuan


Semua dijemput Hadir

20110413

Laluan gelap menyeramkan

Sinar Harian 13 April 2011 REMBAU - Penduduk Jalan Tiga Nenek 1, Kota, merayu pihak berkuasa berkaitan dapat memasang lampu jalan di simpang masuk kampung berkenaan kerana membahayakan keselamatan penduduk terutama pada waktu malam . Wakil penduduk, Ali Mohd Yunus, 57, berkata, penduduk di sini saban tahun menanti berita gembira mengenai usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur di kampung ini, namun semuanya ibarat satu penantian yang tiada kesudahannya. Menurutnya, ketiadaan lampu di simpang masuk kampung menyebabkan kawasan sekeliling gelap dan ramai penduduk takut melalui jalan ini kerana beberapa tahun sebelum ini pernah terdapat kes samun serta ragut. “Kami harapkan ada sedikit berita yang menggembirakan dan berharap tahun ini kami tidak lagi berdepan masalah kegelapan yang membatasi pergerakan pada waktu malam,” katanya. Malah katanya, keresahan penduduk semakin ketara selepas berlaku beberapa kemalangan terutamanya penunggang motosikal membabitkan penduduk kampung dan orang luar yang datang ke kampung itu. “Keadaan jalan yang gelap dan berlubang mendatangkan bahaya dan penduduk di sini memohon agar lampu dapat dipasang dari simpang masuk hingga ke surau dan simpang jalan ke empat rumah penduduk yang tinggal berhampiran dengan surau,” katanya. Menurutnya lagi, ibu bapa di sini juga turut bimbang akan keselamatan anak mereka yang ke sekolah pada awal pagi terpaksa melalui jalan yang gelap. “Penduduk berharap pihak terbabit dapat memasang lampu jalan selain menaik taraf permukaan jalan yang berlopak dan berlubang bagi membaiki kemudahan infrastruktur penduduk di sini,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8969411.asp

Info Terkini Krisis Mesir 17 Apr 2011 di Masjid Paroi


CERAMAH PERDANA


Tajuk : "REGIM MUBARAK TUMBANG, ISRAEL TERGUGAT"


Tarikh : Ahad - 17 April 2011


Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)


Tempat : Masjid At-Taqwa Kg Paroi, Seremban


Penceramah : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Semua Dijemput Hadir


Turut diadakan : - Jualan Amal - Kutipan Derma - Tayangan Multimedia - Pameran


Anjuran bersama : AQSA Syarif N.Sembilan dan Masjid At Taqwa - MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AQSA


20110412

Anwar Ibrahim 24 Apr, Bob Lokman 22 Apr di N.Sembilan



MAJLIS HI TEA
Bersama che'GuBard & Cikgu Mala
KHAMIS 21 April 2011, 5 ptg, Markas PAS Tampin Bandar

CERAMAH UMUM
KHAMIS 21 April 2011, 9.00 mlm, Gemencheh

PELANCARAN TABUNG DANA 'REMBAU BARU'
Bersama YB Nurul Izzah, Datuk Chua Jui Meng, Bob Lokman, Cikgu Mala, Man Kadir (pak Jabit)
JUMAAT 22 April 2011 (dua tempat serentak)
1. Bandar Seri Sendayan
2. Kg. Pedas, Rembau (berhampiran Tol Pedas)

CERAMAH PERDANA
Anwar Ibrahim, Ust. Azizan, cheGuBard dll
AHAD 24 April 2011, 9.00 malam
Ampangan, Seremban (pertanyaan 0123696474)

CERAMAH UMUM
che'GuBard, Dato Tuan Man Tuan Ibrahim
JUMAAT 29 April 2011, 9.00 mlm
Jalan Pantai, Seremban

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Masih Ada Yang Sayang, Tahniah PAS Jelebu


Tahniah diucapkan kepada PAS Kawasan Jelebu di Negeri Sembilan. Walaupun berada jauh di pedalaman dengan sumber tenaga dan kewangan yang amat terhad, PAS Jelebu meneruskan perjuangan mereka menegakkan kebenaran serta membela nasib rakyat. Semoga PAS Jelebu akan ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri serta Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti dengan sokongan padu AJK, ahli dan rakyat dari Jelebu serta anak Jelebu di perantauan.


Ahad , 10 April 2011 - PAS MTD Klawang telah mengadakan program "Masih Ada Yang Sayang". Tujuan program ini adalah untuk menyantuni masyarakat di DUN Klawang yang OKU dan yang miskin. Program telah disertai oleh Saudara Nor Anif (Naib YDP PAS Jelebu),Cikgu Jaaman (Timbalan Pengarah MTD), Saudara Yusry Mohamad (Setiausaha Dewan Pemuda PAS NS) dan juga Puan Osnidah Othman (Ketua Dewan Muslimat PAS Jelebu).


Naib YDP Jelebu/Pengarah MTD Klawang Saudara Anif menyampaikan sumbangan pada Pn Siti Aisyah Bte Idris yang buta disebabkan oleh penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang.


Saudara Anif yang juga merupakan Pengarah MTD Klawang menyatakan kepada mana2 individu atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan atau memberikan sumbangan kepada OKU atau rakyat miskin boleh juga menyalurkan melalui MTD Klawang dengan menghubungi beliau atau Setiausaha MTD Sdr Saiful Bahari Hj Jaaman di 019 - 617 4178. Berita penuh serta gambar di http://orangklawang.blogspot.com/2011/04/masih-ada-yang-sayang.html

20110411

Sekolah terima notis , PRU-13 Jun 2011?

Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13? Oleh Yow Hong Chieh - The Malaysia Insider KUALA LUMPUR, 11 April — Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak. Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya. Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. “Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak. Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-terima-notis-awalkan-peperiksaan-petanda-pru-13/

Pusat Aduan Rakyat Online DUN Chembong, Tahniah orang Rembau


Tahniah diucapkan kepada PAS di DUN Chembong yang telah mengadakan Pusat Aduan Rakyat secara fizikal dan maya di http://parchembong.blogspot.com/ . Semoga warga di DUN Chembong dalam parlimen Rembau akan mendapat lebih perhatian oleh semua pihak yang berkaitan.


Kalau nak cantik lagi Pilihanraya Umum yang akan datang , warga Chembong perlu memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ( PAS / PKR ). Barulah Umno di peringkat pusat akan lebih memberi perhatian kepada warga Chembong dengan adanya wakil rakyat di DUN Chembong seperti apa yang berlaku di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat.


Mari kita bersama berusaha dan bergerak ke arah kemenangan Pakatan Rakyat untuk rakyat di DUN Chembong.

20110409

Tarik balik senarai hitam, bukan tangguh



Tarik balik senarai hitam, bukan tangguh

Oleh YB Datuk Mahfuz Omar

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada 23 Mac 2011 bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen.

Keputusan Jemaah Menteri ini telah mengesahkan dakwaan dan desakan KASE selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan Notis Pol 170A (Saman Ekor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat suatu kes yang sedang dalam proses rayuan.

Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di Mahkamah yang telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang belum dibuktikan adalah salah.

Kami di KASE percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching yang menjadi sandaran hujah KASE selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009.

Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila suatu keputusan Mahkamah telah dibuat sejak tahun 2009 lagi tetapi Kerajaan langsung tidak mengambil endah malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah tersebut.

Kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang Kanan Persekutuan (Senior Federal Council) yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak. Mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut. Jika laporan dan nasihat telah diberikan tetapi

Kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ianya sesuatu yang malang kerana dengan jelas Kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati keputusan Mahkamah. Jika Kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana Kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka.

Malang kerana segala tindakan Kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan membebankan rakyat. Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walau pun kesalahan mereka belum dibuktikan.

Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun kerana takut dengan gertakan Kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak dibayar. Rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar kompaun kerana takut disenarai hitam oleh Kerajaan.

Sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam. Alasannya kerana menunggu rayuan kes di Mahkamah.

Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu? Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut ditarik balik?

Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan Kerajaan menangguhkan senarai hitam tersebut.

Kenapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian? Kenapa rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh Kerajaan? Kenapa rakyat harus gembira dengan penindasan dan paksaan Kerajaan terhadap mereka?

Kami di KASE tetap dengan pendirian kami sejak mula bahawa tindakan Kerajaan menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuashati setakat ini sahaja. Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami agar Kerajaan menghapuskira kesemua Saman Ekor (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan sebelum 1/2/2011.

Kami juga terus mendesak kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar menghormati dan mematuhi peruntukkan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan undang-undang. Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur serta undang-undang itu sendiri.

Seterusnya kami juga mendesak Kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar membuktikan segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika terdapat bukti kukuh terhadap mereka. Buktikan dakwaan di Mahkamah sebelum sebarang hukuman dilaksanakan.

Kami juga mendesak Kerajaan melalui JPJ dan PDRM supaya mengadakan sesi-sesi penerangan serta taklimat mengenai undang-undang jalanraya yang terdapat di dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang telah mula dikuatkuasakan kerana kami yakin bahawa majoriti rakyat tidak mengetahuinya secara terperinci.

Sesuatu Akta yang hendak dikuatkuasakan hendaklah diterangkan dan dimaklumkan kepada rakyat. Jangan menyalahkan rakyat sekiranya mereka melanggar sesuatu undang-undang kerana mereka tidak mengetahui sedangkan Kerajaan tidak pernah menerangkan dan memberi maklumat kepada rakyat.

Kami juga menyatakan kekesalan dengan ketidak-cekapan Kerajaan dan agensi Kerajaan menjalankan tugas. Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan senarai hitam pada 18/3/2011. Keputusannya dimaklumkan pada 23/3/2011 di Dewan Rakyat tetapi JPJ hanya membenarkan transaksi (penangguhan senarai hitam) bermula 1/4/2011.

Kenapa perlu mengambil masa begitu lama sehinga berhari-hari untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri? Adakah Kerajaan sedar kesusahan dan kesulitan rakyat yang masih tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan dari 18/3/2011 sehingga 1/4/2011?

Bagaimana dengan rakyat yang terpaksa membayar kompaun Notis Pol 170A untuk memperbaharui cukai jalan dalam termpoh 18/3/2011 sehingga 1/4/2011 sedangkan dalam tempoh tersebut Kerajaan sudah membuat keputusan menangguhkan senarai hitam? Adakah Kerajaan sedar perkara ini?

AKHIRNYA kami ingin mendesak Kerajaan agar terus menarikbalik tindakan senarai hitam bukan hanya menangguhkan sahaja. Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula.

Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1/4/2011 yang lepas. Kepada rakyat Malaysia khasnya, lihatlah bagaimana Kerajaan mempermainkan hak anda.

DATUK MAHFUZ OMAR,

Naib Presiden PAS

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2710:tarik-balik-senarai-hitam-bukan-tangguh&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72

Tapak Rumah Terbengkalai Jadi Tempat Buang Sampah, Sisa Toksik

Utusan Malaysia 9 April 2011

SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.

Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.

Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.

"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.

"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.

"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.

"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm