JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

20110131

Monyet ceroboh masuk rumah


Sinar Harian 31 Jan 2011

PEDAS - Kehidupan sepasang suami isteri warga emas di Kampung Sungai Baru, Pedas Tengah, terganggu sejak kehadiran berpuluh ekor monyet dan beruk di kawasan rumah mereka.

Keneng Yasin, 75, berkata, kedudukan rumahnya yang jauh daripada pandangan orang ramai dan dikelilingi kawasan hutan menjadi tumpuan sekumpulan monyet berkeliaran untuk mencari makanan.

Menurutnya, sikap haiwan itu juga dikatakan semakin ganas berbanding sebelum ini, kerana selain memusnahkan tanaman seperti pokok buah-buahan, haiwan itu juga berani memasuki rumah mencari makanan.

“Habis pinggan mangkuk dipecahkan, termasuk juga beras.

“Pintu dan tingkap langsung tidak boleh dibuka, jika tidak semua barang rosak,” katanya.

Keneng berkata, dia bersama suaminya terpaksa berhati-hati apabila sekumpulan monyet datang ke kawasan rumah setiap hari menyebabkan mereka tidak boleh leka kerana haiwan itu sentiasa mencari peluang menceroboh kediaman mereka.

“Kami terpaksa mengawasi kediaman setiap masa terutama pada waktu pagi dan petang.

“Sebelum ini, saya pernah cuba menghalau monyet berkenaan tetapi saya pula dikejarnya,” katanya.

Menurutnya, dia meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera mengatasi masalah gangguan monyet yang semakin membimbangkan penduduk.

“Tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini sebelum ada penduduk kampung menjadi mangsa monyet liar yang ada kalanya bertindak ganas.

“Janganlah apabila ada yang cedera, baru pihak berkenaan mahu bertindak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8697923.asp

20110129

Tn Hj Mohd Sabu 31 Jan 2011 Seremban

CERAMAH UMUM
Tarikh : 31 Januari 2011 (ISNIN)
Masa : 9 Malam
Tempat : PASTI Wildan (Sebelah Masjid Ampangan), Jalan Seremban-Jelebu, Seremban
Penceramah :
Tn Hj Mohd Sabu , AJK PAS Pusat
YB Ravi , ADUN Port Dickson

Sumber http://czackpy.blogspot.com

20110128

Resah bau busuk meruncing


Sinar Harian 28 Jan 2011

KOTA - Penduduk Kampung Tiga Nenek, di sini resah dengan bau kurang menyenangkan di kawasan itu berikutan air longkang yang mengalir tidak sempurna.

Penduduk, Ali Mohd Yunus ,58, berkata masalah perparitan berlaku bermula dari surau berhampiran sehingga ke beberapa rumah penduduk.

Menurutnya, longkang yang dibina di bahagian kiri jalan masuk ke kampung itu dirasakan tidak sesuai kerana pengaliran air nampak tidak sempurna.

Menurutnya, ketiadaan longkang yang kukuh menyebabkan masalah limpahan air terutama semasa hujan lebat.

“Apabila keadaan ini berlaku, air bertakung itu turut menyebabkan sampah sarap. Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan keadaan sekeliling tetapi mengundang bau busuk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Ali berharap satu sistem perparitan lebih sempurna dibina di situ supaya air bertakung dapat dialirkan dengan baik.

“Apa yang membimbangkan penduduk adalah aliran air di permukaan jalan kerap berlaku terutama ketika hujan lebat di jalan utama masuk ke kampung itu.

“Ketiadaan sistem perparitan lebih sempurna menyebabkan takungan air dikhuatiri menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Ia akan mengundang masalah lain kepada penduduk terutama menjejaskan kesihatan.

“Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan lanjut membina segera longkang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8685242.asp

Kuliah Tasawuf 29 Jan 2011 Seremban

KULIAH MAGHRIB
Tarikh : 29 Jan 2011
Penceramah : Ust Abd Basit
Tajuk : Tasawuf
Tempat : PASTI Al-Ikhwan, No 166, Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya, Seremban
http://pasti-al-ikhwan.blogspot.com

20110127

Ceramah Maulid Nabi 19 Feb 2011 Senawang


CERAMAH MAULID NABI

Tarikh : 19 Februari 2011 , Sabtu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Jeti pangkalan nelayan runtuh


Sinar Harian 27 Jan 2011

SUNGAI TIMUN - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.

Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.

“Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Alina berkata, keadaan jeti baru dibina itu retak dan dikuarantin kerana dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada nelayan serta orang ramai yang menggunakannya.

“Tindakan pihak bertanggungjawab menutup jeti ini sememangnya langkah baik, namun masa yang diambil untuk menangani masalah ini begitu lama. Saya harap tindakan segera dapat diambil selain mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, sebaik dimaklumkan penduduk kampung, dia bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.

“Mujurlah tiada sebarang kecederaan atau pun kemalangan jiwa kerana tindakan pantas pemancing keluar daripada jeti, menyelamatkan nyawanya daripada sebarang bahaya,” katanya.

Yahaya berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut, selain menasihatkan penduduk tidak menghampiri kawasan jeti buat masa ini sebelum kerja pembaikan dilakukan.

Menurutnya, masalah itu telah dimaklumkan sebelum ini dan keadaan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu.

“Walaupun jeti ini berdepan masalah, namun masih menjadi tumpuan nelayan dan penduduk meletakkan bot dan memancing. Saya harap langkah segera dilakukan bagi memastikan fungsi jeti ini dapat diteruskan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8681665.asp

Hari Perawatan Alternatif 5 Feb 2011 Senawang

HARI KHIDMAT PERAWATAN ALTERNATIF 1
Tarikh : 5 Feb 2011 (Sabtu)
Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : Surau Taman Matahari Height, Senawang

Untuk lelaki sahaja dengan bayaran berpatutan untuk mengisi Tabung Kebajikan Bantuan Keluarga

Maklumat lanjut sila hubungi Saudara Sahrizal 017-4680125

Perkhidmatan Yang Disediakan :
- Urutan Badan/Lenguh
- Refleksologi/Urut tapak kaki
- Kiropraktik/Urut tulang belakang
- Bekam/Angin,Darah/Jarum Steril 7 titik
- Akupuntur

Anjuran Surau Taman Matahari Height dengan kerjasama Unit Amal Rembau

***************
HARI KHIDMAT PERAWATAN ALTERNATIF 2
Tarikh : 3 Feb 2011 (Khamis)
Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Untuk lelaki sahaja dengan bayaran berpatutan untuk mengisi Tabung Kebajikan Bantuan Keluarga

Maklumat lanjut sila hubungi Saudara Sahrizal 017-4680125

Perkhidmatan Yang Disediakan :
- Urutan Badan/Lenguh
- Refleksologi/Urut tapak kaki
- Kiropraktik/Urut tulang belakang
- Akupuntur

Anjuran Unit Amal

20110126

Penduduk tak tahan bau busuk

Sinar Harian 26 Jan 2011

PEDAS - Penduduk Taman Pedas Perdana dikatakan tidak tahan dengan bau busuk yang dipercayai berpunca daripada kilang ayam berhampiran, sejak beberapa bulan lalu.

Seorang penduduk, Normah Md Din, 51, berkata, bau busuk itu sememangnya mengganggu kehidupan penduduk sekitar taman, terutama pada waktu subuh, tengah hari dan petang.

“Keadaan ini menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk setiap hari dan selera makan turut terbantut.

“Bau busuk ini juga boleh menyebabkan anggota badan kita menjadi lemah dan tidak sihat serta mudah letih,” katanya ketika ditemui pemberita kepada Sinar Harian.

Malah, Normah berkata, masalah itu bukan sahaja menyebabkan mereka hilang selera makan, tetapi ibadat solat mereka juga turut terganggu kerana tidak khusyuk ketika menunaikan solat.

“Saya, anak dan cucu boleh termuntah jika menghidu bau busuk ini. Tiada siapa yang tahan kalau terpaksa hidu bau busuk setiap hari cuma kami di sini, sudah lali dengan keadaan ini. Apatah lagi kawasan ini menjadi tempat tinggal kami,” katanya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi itu telah dikemukakan semasa menghadiri mesyuarat sebelum ini supaya dapat mengenal pasti punca sebenar bau busuk berkenaan.

Namun, katanya, sehingga kini penduduk masih berdepan dengan masalah sama apabila masalah bau busuk ini masih lagi berlaku.

“Saya berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya dan tidak terus membiarkan penduduk terseksa, akhirnya terdedah kepada penyakit pada masa akan datang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8677390.asp

20110125

Kempen Anti Saman Ekor - KASE




KELUHAN PEKERJA RENDAH AWAM CABUK

Di bawah ini ialah dari laman web Sinar Harian ruangan Interaktif yang terdapat pada 25 Jan 2011.

SEJAK kawasan sekolah di Negeri Sembilan diambil alih oleh pihak swasta, kami diarahkan berpindah.

Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Cuba anda renungkan, jika sudah jarak dari rumah ke tempat kerja 90 kilometer pergi dan balik.
Kemudian, di kiri dan kanan jalan dipenuhi ladang getah serta sawit.

Jam 6 pagi sudah keluar menaiki motosikal, jika nasib tidak bernasib baik dan motosikal rosak terpaksalah menolak jauh.

Sepatutnya kami berpindah ke tempat yang lebih dekat tetapi diarahkan pula berpindah ke tempat lebih jauh.

Pihak tertentu cuba renungkan sejenak nasib pekerja rendah awam seperti kami ini. Inilah slogan yang dilaungkan oleh pemerintah, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Kami pekerja rendah awam tertindas demi menjaga poket pihak korporat yang mendapat tender membersihkan kawasan sekolah.

- PEKERJA RENDAH AWAM CABUK

http://www.sinarharian.com.my/SH/MNS/

20110123

Cuci Kereta AMAL 3 Feb 2011 Ampangan, Seremban


PROGRAM CUCI KERETA AMAL
Tarikh : 3 Februari 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi – 4:30 ptg
Tempat : Perkarangan Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/

Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.
Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

20110120

Sekitar Cuci Kereta Unit Amal N.Sembilan pada 20 Jan 2011

Tahniah diucapkan kepada semua anggota Unit Amal Negeri Sembilan yang berjaya melaksanakan program Cuci Kereta Amal pada 20 Jan 2011 di PASTI Al Hasanah, Bandar Seremban Selatan.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Unit Amal N.Sembilan Sdr Izamri yang kurang bercakap, banyak bekerja dalam setiap program yang dirancang.

Tahniah juga kepada Muslimat Kawasan Rembau yang berjaya membuat Jualan Amal.

Semoga program ini dapat diperluaskan ke seluruh kawasan di Negeri Sembilan ini.

Kurangkan Bercakap, Banyakkan Bekerja.

Gambar-gambar sekitar program tersebut pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2011/01/sekitar-cuci-kereta-unit-amal-nsembilan.html

20110119

British prihatin nasib Melayu miskin lebih dari Umno


Nenek Hasnah ditawarkan pampasan RM98,000 untuk tanah dan rumahnya di Rembau yang terlibat dengan pembinaan landasan keretapi berkembar. Mana nak dapat tanah yang luas dan rumah dengan RM98,000? Sesiapa yang boleh dapat tanah dengan rumah RM98,000 sila bantu nenek Hasnah. Penjajah British pun lebih prihatin terhadap Melayu yang merempat. Menurut Perlembagaan Tanah Melayu yang dideraf oleh British, tanah seekar jika diambil kerajaan, mesti diganti dengan seekar. HIDUP MELAYU? RAKYAT DIDAHULUKAN? UNTUK SIAPA?


BRITS CARED MORE FOR POOR MALAYS THAN UMNO’
Zefry Dahalan – Free Malaysia Today
January 19, 2011

Rembau MP Khairy is urged to be responsible and attend personally to the need of an 80-year-old resident.

REMBAU: The British colonial government was more concerned about the plight of poor Malays compared to Umno, said an opposition leader.

Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin made the accusation after coming to learn about the plight of an 80-year-old resident in Kampung Halt Chembong here.

The resident, Hasnah Latif is upset with the amount of compensation she has received from the government, claiming that it is well below market value.

Hasnah’s land and house is among the 40 houses in the village which have to make way for the double railway track project from Seremban to Gemas which passes through the district of Rembau and Tampin.

Hasnah claimed that the RM98,000 compensation is not sufficient for her to buy a plot of land and build another new house.

“From day one, I insisted that I don’t want money and I told the staff at the Rembau parliament service centre to please replace my land and house, but this did not happen,” she said.

Malay reserve land

Meanwhile, Badrul said the affected land is called “Tanah Adat” in Negeri Sembilan which is equivalent to the Malay reserve land.

“According to the Tanah Melayu Constitution that was drafted by the British, it’s clearly written that any Malay reserve land that is developed must be replaced with the same amount of land.

“This means that if you take one acre, you must replace with one acre. This rule was enforced by the British to safeguard the rights of poor Malays who lived in kampongs at that point of time.

“In this context, I think the British were more concerned about the rights of poor Malays than Umno which claims to champion the race,” he added.

Badrul also lambasted Rembau MP Khairy Jamaluddin’s personal assistant, who purportedly told Hasnah to ask the PKR leader for compensation.

“She informed me that the PA told her that if she is not happy with the compensation, ‘ask Badrul for a few hundred thousand ringgit’,” he said.

“What kind of mentality does this man have mocking the old lady with such words. I urge Khairy as the Rembau MP to be responsible and attend personally to this problem,” he added.

Badrul said he was told by the residents of the kampung that three different private real estate valuation companies gave a quotation of RM248, 000 for the land and the house.

“But the valuation by the parties developing the kampung land for the double railway track is just RM121, 000 in total,” he added.

Meanwhile, Rembau PAS chief Mohd Taufek Abdul Ghani, who also visited Hasnah promised to raise matter during the state assembly sitting in April.

“This clearly shows that Umno-Barisan Nasional is not really concerned about the people,” said the Paroi assemblyman.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/19/brits-cared-more-for-poor-malays-than-umno/

20110118

HARI KHIDMAT PERAWATAN ALTERNATIF

Tarikh : 22 Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Untuk lelaki sahaja dengan bayaran berpatutan untuk mengisi Tabung Kebajikan Bantuan Keluarga

Maklumat lanjut sila hubungi Saudara Sahrizal 017-4680125

Perkhidmatan Yang Disediakan :
- Urutan Badan/Lenguh
- Refleksologi/Urut tapak kaki
- Kiropraktik/Urut tulang belakang
- Bekam/Angin,Darah/Jarum Steril 7 titik
- Akupuntur

Anjuran Jawatankuasa Surau Taman Alamanda dengan kerjasama Unit Amal Rembau

***************************************

KUPON AMAL – RAWATAN ALTERNATIF
Projek Tabung Kebajikan Bantuan Keluarga

KUPON RM 60
Sah sebelum 31 Dis 2011 untuk salah satu rawatan berikut (untuk lelaki sahaja):
- Urutan Badan/Lenguh
- Refleksologi/Urut tapak kaki
- Kiropraktik/Urut tulang belakang
- Bekam/Angin,Darah/Jarum Steril 7 titik
- Akupuntur

Untuk temujanji hubungi Sahrizal Masrudin 017-4680125

Rawatan rumah ke rumah sekitar Seremban/Rembau/Mantin atau di Pusat Rawatan Tibbun Mubarak, 5408, Jln SJ 5/1,Taman Seremban Jaya

Anjuran Unit Amal Rembau

BADAN SIHAT , IBADAH MUDAH





20110116

Bantah kenaikan tol Lekas

Sinar Harian 16 Jan 2011

SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini menganjurkan demonstrasi bagi mendesak syarikat konsesi Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) Sdn Bhd agar tidak menaikkan kadar tol dalam masa terdekat, semalam.

Demonstrasi berkenaan diketuai Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook dan diadakan di lokasi berhampiran Plaza Tol Paroi, dekat sini.

Mereka berbuat demikian selepas mendapat tahu bahawa kadar tol di lebuh raya berkenaan akan dinaikkan daripada sumber yang tidak didedahkan mereka.

Kira-kira 100 pemimpin dan ahli parti-parti komponen PR menyertai demonstrasi yang bermula jam 11 pagi hingga 12 tengahari itu.

Antara barisan kepimpinan yang hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran; ADUN Mambau, Wong May May; ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai; ADUN Bahau, Teo Kok Seong; ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.

Menurut Siew Fook yang juga Ketua Pembangkang di negeri ini, ada sumber memberitahu beliau kadar tol Lekas mungkin dinaikkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti sumbernya itu kepada media.

“Saya juga akan membentangkan usul membantah kenaikan kadar tol Lekas di Parlimen kerana ia dikhuatiri membebankan pengguna lebuh raya ini,” katanya.

Demonstrasi aman itu bersurai tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8628569.asp

20110114

Biskut Rembau untuk PAS Kawasan Rembau




PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama MTD DUN Paroi telah melancarkan Kupon Jualan Biskut Rembau (Rembau Cookies) untuk dana Tabung PAS Kawasan Rembau dan MTD Paroi.

Istimewanya Biskut Rembau ini ianya ada hasil kerja tangan Muslimat Kawasan Rembau sendiri sebagai tanda penghargaan kepada para penyumbang.

Kupon-kupon untuk Biskut Rembau ini boleh didapati dengan Kupon RM 10, RM 50 dan RM 100.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan Kupon ini sila hubungi Penolong Setiausaha PAS Kawasan Rembau, Tn Hj Faizol 019-3440826

Sumbangan juga boleh dibuat melalui PAS Kawasan Rembau 012-2832458 (Hamizi)

Sila hulurkan sumbangan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902

Atau

BSN, No Akaun 0511229878928137

Satu Rumah, Satu Tabung untuk Kawasan Rembau


PAS Kawasan Rembau telah melancarkan Kempen Satu Rumah, Satu Tabung untuk mengumpul Dana PAS Kawasan Rembau.

Tabung-tabung ini boleh didapati daripada Pengarah Program Kempen Satu Rumah, Satu Tabung dengan harga RM 3 dengan menghubungi Saudara Nazri Zainal 019-9103431.

Mereka yang ingin turut serta dalam kempen ini juga boleh menggunakan bekas tin minuman.

Tabung-tabung ini perlulah diserahkan kepada Pengarah Program apabila penuh atau sebelum 30 Mac 2011.

SOLAT HAJAT DAN CERAMAH


20110113

RAYUAN DANA PRK TENANG PAS REMBAU

Rayuan sumbangan dana Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Johor anjuran PAS Kawasan Rembau.
Sila hubungi Bendahari PAS Kawasan Rembau 012-2832458 (Hamizi)
Hulurkan sumbangan ke :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
Atau BSN, No Akaun 0511229878928137

Jom AMAL, Macam Macam Ada 20 Jan 2011 Seremban


PROGRAM CUCI KERETA, ROTI CANAI DAN JUALAN AMAL
Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Info hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
CIMB 05020693061526
Bank Islam 05012010065457

Peta ke Pasti Hasanah di http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/

20110112

Penempatan Warisan Melayu Kg Chembong Terancam, MP Rembau Buat Tak Tahu

REMBAU 12 JAN: Penempatan warisan Melayu Kampung Chembong, Rembau terancam apabila rampasan tanah secara tidak sah bagi membuka laluan kepada pembinaan landasan keretapi berkembar elektrik atau PLBE.

Seorang warga emas menceritakan detik cemasnya berhadapan dengan pihak berkuasa yang mendesak beliau keluar dari rumahnya, tanpa hitam-putih yang menjanjikan pampasan sewajarnya.

Awal pagi semalam seorang warga emas Hasnah Latip, 80, mempertahankan rumah dengan sebatang penyapu buruk ketika pegawai kepada Ahli Parlimen Rembau, polis dan Ikatan Relawan Rakyat(RELA) untuk merobohkan rumahnya.

"Saya turun lompat ke situ. geram sungguh, saya dah nak pegang penyapu dah, rakyat didahulukan, ye lah tu. Rakyat ditanamkan, dia tanam dalam
longkang. apa nak jadi jadilah, saya dah tak peduli," katanya kepada Tv Selangor.

Hasnah juga melahirkan rasa kecewa terhadap wakil rakyat Barisan Nasional yang tidak ambil berat terhadap dirinya walaupun beliau menyokong Barisan Nasional selama ini.

Hasnah memberitahu beliau bersedia untuk berpindah asalkan kerajaan Umno-BN memberi pampasan tanah dan sebuah rumah sebagai ganti kepada
tanah adat yang didudukinya sekarang.

Apa yang merunsingkan adalah tiada pihak yang bersedia menjanjikan pampasan sebegitu secara bertulis. Meskipun Hasnah dijanjikan gantirugi RM97,000 ringgit, namun jumlah itu termasuk pembayaran kepada peguam.

Dengan nilai tanah dan pembinaan rumah yang amat tinggi, jumlah itu sekadar membantu beliau hidup menyewa sehingga tulang empat-kerat tidak lagi mengizinkannya bekerja.

"Kita takut kerana salah, berani kerana benar. Saya tak dapat pun takpa, saya dah biasa hidup miskin. tapi saya mahukan keadilan," katanya.

Kes Hasnah adalah kes terbaru dalam pergelutan antara penduduk Rembau dan Kerajaan Persekutuan yang berlarutan sejak 2008 lagi.

Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin berkata Pakatan Rakyat dan jawatankuasa bertindak setempat berusaha mendapatkan penyelesaian sejak projek PLBE digerakkan.

Wang ganti rugi ditawarkan pada harga serendah RM1.20 hingga RM1.50 bagi setiap satu kaki persegi. Perobohan dijalankan sewenang-wenangnya, dan tanah yang dirampas tidak diganti.

"Mereka menggunakan akta tanah untuk pecah rumah ikut suka dan langsung tidak dibayar ganti dengan setimpal. Ini tanah adat Melayu. Akta tanah ini menjanjikan tanah yang diambil satu depa diganti dengan satu depa supaya tanah orang Melayu tak pupus.

"MP Rembau berjanji untuk bela dan bawa peguam mereka. Kami tak kisah asalkan mereka terbela. Tiba di mahkamah, peguam yang dilantik ini tidak membela orang kampung. Mereka hadir dan memperakui sahaja tanpa sebarang hujah di mahkamah," Badrul.

Kampung Chembong adalah diantara beberapa perkampungan yang diteroka seawal 500 tahun dahulu. Tapak yang terletak di tanah adat ini menjadi tempat anak suku dan saudara semenda berlindung, bertemu dan mengadakan kerapatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, usaha Pakatan Rakyat membawa kes ke perhatian kerajaan negeri juga tidak mendapat perhatian sewajarnya.

"Mungkin ada cara untuk kita bantu, melalui mengadakan pertemuan dengan pihak berwajib. Setakat ini tiada reaksi dari MB seolah-olah beliau tidak mahu ambil tahu," katanya.

Beliau meminta Umno-BN supaya sekurang-kurangnya menggesa pihak pemaju supaya mengendalikan usaha pembinaan di tanah-tanah orang kampung dengan penuh cermat sepertimana yang diberikan kepada tanah milik keluarga Ahli Parlimen Rembau.

Sumber : http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/01/penempatan-warisan-melayu-kg-chembong.html

KJ Dituntut Tunai Janji Di Rembau

REMBAU 11 JAN: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin di gesa menjawab kegagalannya menunaikan empat janji besar yang ditaburkan kepada rakyat Rembau dalam PRU-12 lalu, sebelum berundur dari arena politik.

Empat janji itu - pembinaan Hospital Daerah Rembau, sebuah lapangan terbang, pembinaan Universiti Institut Teknologi Mara(UITM) dan mendirikan pusat-pusat tuisyen percuma sehingga ke hari tidak ditunaikan.

Khairy awal bulan ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam PRU lalu, menantu kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ini menewaskan calon PKR Badrul Hisham Shaharin.

Badrul ketika ditemui berkata, PKR demi kepentingan rakyat Rembau mahu Khairy menyelesaikan janji-janjinya terlebih dahulu.

"Sekarang ini dia dah nak berhenti. saya tak pedulilah apa alasan dia, itu saya tak peduli. hakikatnya orang rembau ditipu. dia harus tampil menyelesaikan janjinya," katanya.

Krew Tv Selangor dibawa ke satu kawasan di pinggir pekan Rembau untuk melihat tapak rancangan pembinaan Hospital Daerah Rembau.

Menjangkakan pembinaan separuh siap setelah dua tahun berlalu, yang kelihatan hanyalah lapangan tar yang luas, dan batu asas yang kotor.

"Dia meletakkan baru inilah. Dari Mac 2008 hingga Januari 2011, masa hari pelancaran itu meriah. Secara langsung di tv, pegawai-pegawai kerajaan dipaksa datang, khemah-khemah besar. Akhirnya batu ini kesunyian disini," tambah Badrul lagi.

Rakyat Rembau sekadar disediakan kemudahan klinik-klinik desa. Warga Rembau yang memerlukan perlu kembara jauh sehingga ke Seremban dan Tampin untuk rawatan rapi.

Badrul menasihatkan Khairy supaya menghabiskan sisa-sisa hayat politiknya untuk merealisasikan keperluan warga Rembau.

Apa yang lebih dikesali, Tv Selangor diberitahu pihak kerajaan negeri tidak menunjukkan inisiatif untuk menyelesaikan projek kerajaan persekutuan ini.

"Nak merajuk, nak berhenti, suka dia, tapi hospital Rembau tolong laksanakan. Saya tak mahu dengar RMK baru. kamu janji, kamu kena selesaikan. Kamu masih tergantung janji, dan kamu menipu," katannya lagi.

Sumber : http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/01/sebelum-bersara-kj-dituntut-tunai-janji.html

20110111

Pengundi Rembau kena putar alam oleh Media Umno

Nampaknya wartawan N9kini kena buat lebih banyak kerja rumah sebelum buat berita di bawah ini. Pengundi Rembau bertambah-tambah poning dengan laporan terkini N9kini yang bercanggah dengan laporan media perdana , susulan YB Hj Taufek ADUN PAS N.Sembilan dan Chegubard turun padang di Rembau pada 11 Jan 2011

Petikan laporan N9kini http://n9kini.com/?p=20998

Krew N9kini telah menghubungi sdr Adira Abdullah dari pejabat Parlimen Rembau untuk ulasan.

APAKAH MUNGKIN CHEGU BARD HILANG AKAL , UNTUK APA MAHU DIBINA LAPANGAN TERBANG DI REMBAU? BN TIDAK PERNAH MENJANJIKAN LAPANGAN DAN INI HANYALAH PROVOKASI DARI PAKATAN RAKYAT .
(Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Keratan akhbar pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/02/tanah-adat-rembau-akan-tergadai.html )

MENGENAI PEMBINAAN UITM , IANYA MEMANG AKAN DIBINA DI SEREMBAN 3, WALAUPUN LUAR REMBAU TAPI IANYA BERHAMPIRAN DAN SEMPADAN DENGAN REMBAU. APAKAH INI MENJADI SATU ISU YANG BESAR KEPADA PEMBANGKANG JIKA IANYA DIBINA DI SEREMBAN 3.
(Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta. "Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm )

BN MENJANJI MEMBINA HOSPITAL , IANYA SEMEMANGNYA DALAM PERANCANGAN UNTUK DIBINA DAN IANYA PERLU PENELITIAN YANG RAPI
(Antara janji Pilihanraya Umum ke 12 di Rembau ialah pembinaan Hospital Rembau. Bukan main hebat upacara pecah tanah. Berita penuh di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html )

Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat.

Oleh: Anwar Ibrahim

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang Umno/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno/BN.

Contoh-contoh pembaziran Umno/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2010/12/bukujingga.gif

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang Umno/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

11 JANUARI 2011

Orang Kampung tuntut janji KJ



Taman terbiar


Sinar Harian 11 Jan 2011

CHEMBONG - Sebuah taman rekreasi yang terbiar dan tidak diselenggarakan pihak berkaitan, menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang berdekatan dengan taman berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian ke taman rekreasi berhampiran dengan kawasan perkilangan di sini, mendapati, kawasan berkenaan ditumbuhi semak-samun dan belukar.

Pengerusi KRT Taman Desa Chembong, Md Salam Sarip berkata, taman perumahannya adalah yang paling hampir dengan taman yang dimaksudkan, selain kilang membuat aiskrim.

Menurutnya, penduduk sekitar sering meluahkan rasa bimbang kerana kawasan itu sudah terbiar begitu lama, selain menjadi tempat kegiatan tidak sihat golongan muda.

“Saya sering mendapat aduan penduduk mengatakan berlaku aktiviti negatif kerana kawasan berkenaan terlindung daripada pandangan orang ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Malah, Md Salam berkata, kawasan ini turut menjadi tumpuan warga asing untuk melepak dan memancing ikan walaupun keadaan sekeliling tidak sesuai untuk kegiatan itu.

Beliau bimbang kerana kawasan persekitaran yang ditumbuhi semak-samun bakal mengundang kehadiran binatang berbisa yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.

Menurutnya, pihaknya berharap pihak berkaitan dapat mengembalikan semula keceriaan kawasan taman rekreasi itu supaya fungsinya sebagai tempat melakukan aktiviti riadah dapat dijalankan seperti biasa.

“Saya khuatir jika dibiarkan terlalu lama kawasan ini akan menjadi sarang kepada kegiatan tidak sihat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8603757.asp

Ayuh bersama Chegubard dan YB Taufek pertahankan rumah dan tanah adat


Gambar Hiasan

oleh: chegubard

Rumah Melayu nak diruntuh, Tanah Melayu dirampas tanpa diganti bersama YB Taufek dan che'GuBard pertahankan.

Hari ini (11 Jan 2011) dijadualkan pihak berkuasa akan meruntuhkan rumah. Ada ramai yang enggan berpindah.

Semua diminta bersama, pihak media diminta dapat hadir membuat liputan.

Hari ini (11 Jan 2011) , jam 11.30pg berkumpul berhampiran kedai minum dkt Lampu Isyarat Chembong.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 sdr. Norazizi, Setiausaha Keadilan Rembau).

Bersama che'GuBard dan YB Taufek pertahan rumah tersebut dari dirobohkan.Untuk memahami isu ini sila klik

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/10/umno-pelindung-tanah-melayu.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/keadilan-rembau-boleh-duduk-dengan-umno.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/email-rozmal-india-ppinang-jauh-lebih.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/mana-janji-umno-untuk-perjuangkan-hak.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/selamatkan-tanah-adat-langsung-tidak.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/antara-buah-pala-dan-tanah-adat-rembau_02.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/umno-yang-menjahanamkan-tanah-melayu.html

http://chegubard.blogspot.com/2009/06/adakah-tanah-adat-rizab-melayu-akan.html

Mohon sebaran dan bantuan.

Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau dan PAS Kawasan Rembau

Buku Jingga untuk tontonan Umum

http://2.bp.blogspot.com/_C8heLFX3Wuo/TR1XotZjpbI/AAAAAAAAFME/Tohm2mqla8I/s1600/10+janji.png

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. 



:: Bebanan Rakyat ::

1) 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin).

2) 4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun 1990 dan 2009.

33) 40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia.

4) 3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputra.

5) 34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran dibawah paras kemiskinan.

6) 62% dari jumlah RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan yang ditanggung kerajaan setiap tahun adalah subsidi kepada sektor korporat (penjana bebas, konsesi lebuhraya).

7) 3 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang cuba ditarik balik UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya setiap tahun.

8) RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat yang cuba ditarik balik.

7) RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia.

Sumber--> Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!.
http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2010/12/Buku-Jingga-Pakatan-Rakyat1.p

20110107

PAS lone ranger guns down Umno's puppet claim

PAS lone ranger guns down Umno's puppet claim
from Free Malaysia Today
By Zefry Dahalan

SEREMBAN - PAS' sole state assemblymen in Negri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com , has slammed Umno for branding his party as DAP and PKR's puppet.

The Paroi rep described the allegation and the accusation that PAS was not protecting the Malays and Islam as slanderous.

"The combination of PAS, DAP and PKR state government in Selangor is much better in safeguarding the welfare and rights of the Malays and Islam in the state.

"This was proven when the Pakatan Rakyat Selangor government allocated RM6 million yearly for religous schools compared to the Umno-led Negri Sembilan government which only allocated RM367,000 for January-October 2010,” he said.

"What will the Umno heroes say about this?” he asked.

Mohd Taufek stressed that Pakatan state governments were doing a better job than their rivals in taking care of the welfare of non-Malay communities as well.

"Selangor gives RM4 million yearly for Chinese and Tamil schools but Negri Sembilan only gives RM434,000 and RM422,000 respectively for January-October 2010,” he said.

Stressing that the facts and figures speak for themselves, the PAS rep called on Umno leaders to stop making slanderous remarks.

On another matter, Mohd Taufek also hit out at Syarikat Air Negri Sembilan (SAINS) which was corporatised since Jan 1, 2009.

Previously, the management of the state's water was under Jabatan Bekalan Air Negri Sembilan (JBANS) which is fully owned by the state government.

Referring to the National Audit Report for the year 2009, Mohd Taufek said that the state incurred RM40 million losses due to Non-Revenue Water (NRW).

"In 2007, NRW for Negri Sembilan was 53.1% which is second highest in Malaysia. In 2009, NRW for the state is 51.6% even though the management of the state water was taken over by SAINS,” he added.

http://pr.bonology.com/2010/12/pas-lone-ranger-guns-down-umnos-puppet.html

Kisah Benar Melayu Penang 14 Jan 2011 di Seremban

CERAMAH UMUM PR N9
Bersama :
Dato Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
YB Yusmadi Yusof - Ahli Parlimen Balik Pulau
Sdr Sany Hamzan - Exco Pemuda PAS Pusat
Tarikh : 14 Jan 2011 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Wildan, Batu 2, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/01/ceramah-umum-pkr-n9.html

20110106

Program Solat Hajat

http://3.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TSVafPYnXtI/AAAAAAAAOHE/ZtK2iN524BA/s1600/163280_484681297591_358919387591_6561459_5933407_n.jpg

Tn Guru Tajudin Jali 7 Jan 2011 di Seremban


KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru Ustaz Ahmad Tajuddin bin Mat Jali dari Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 7 Jan 2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

20110105

PAS namakan Rais dalam kes ‘rogol’, desak siasatan


PAS names Rais in ‘rape’ case
Zefry Dahalan January 4, 2011

KUALA KELAWANG: PAS has named Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim as the high-profile figure who allegedly raped his Indonesian maid four years ago.

The opposition party also challenged the 69-year-old Jelebu MP to deny the charge.

Referring to the alleged WikiLeaks disclosure of diplomatic whisper regarding the matter, Negri Sembilan PAS chief Zulkefly Mohamed Omar led a delegation of local PAS leaders armed with placards to file a police report on the matter.

The report was lodged by Jelebu PAS vice-chief Jamalus Mansor with the district police headquarters here this morning.

Naming Rais in the report, Jamalus urged the police to investigate WikiLeaks, Rocky Bru’s blog and Migrant Care (member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrants Worker’s Convention) regarding the matter.

Speaking to reporters later, Zulkefly called on the Umno minister to clear his name or resign.

“If Rais has any dignity, he should clear his name by suing WikiLeaks, Rocky’s Bru and Migrant Care over the allegation,” he said.

“WikiLeaks also reported that former Singapore premier Lee Kuan Yew believed that (Opposition Leader) Anwar Ibrahim was involved in the sodomy case. But at least Anwar challenged Lee to furnish evidence in court and the latter denied that he said it.

“If Rais does not dare to do this, then he should just resign from the Cabinet and as MP for Jelebu,” he added.

Najib must break his silence

The PAS chief also wanted Prime Minister Najib Tun Razak to break his silence over the serious allegation.

“The country’s image is at stake because this allegation does not concern an ordinary citizen, but a Cabinet minister. Najib should be bold enough to clear this matter, and if the allegation is true, he must take action against Rais,” he said.

Meanwhile, another police report would be lodged on the matter in Seremban tomorrow by an NGO called Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) led by PKR’s Badrul Hisham Shaharin.

In a text message to FMT, SAMM claimed they would expose evidence regarding the alleged rape case.

Contacted later, Federal CID director Mohd Bakri Zinin said that the police would investigate the allegation.

Previously, it was reported that based on the alleged WikiLeaks report, former premier Abdullah Ahmad Badawi had purportedly covered up the rape case.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/04/pas-names-rais-in-rape-case-demands-probe/

20110104

Jualan Amal kembali ke sekolah siri ke-2

Hari ini (Selasa) 4hb Jan 2011 jualan amal siri ke -2 bertempat di Surau Hitam sempena Ceramah Perdana Tn Hj Mohd Sabu. Jualan akan bermula pada pukul 5 petang. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.


Gambar sekitar Jualan Amal Siri 1 di Pusat Khidmat Dun Paroi pada (Sabtu)1 Jan 2011