20101231
PASTI Al Amal 2 di Taman Jasmin, Senawang 2011
Satu lagi Pusat Asuhan Tunas Islam akan dibuka untuk pengambilan pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun sesi 2011.
PASTI AL AMAL 2 (AL FIRDAUS)
No 571, Lorong Jasmin 8
Taman Jasmin
Senawang
Negeri Sembilan
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran pelajar sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431
Peta lokasi PASTI Al Amal 2 di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/12/pasti-al-amal-2-di-taman-jasmin.html
Layari laman web rangkaian PASTI di Negeri Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com
Peniaga getah cedera ditetak perompak
ABDUL Razak Ahmad cedera di kepala dan tangan akibat ditetak penyamun di dalam rumahnya di Kampung Pedas Hilir di Rembau, semalam.
Utusan Malaysia 31 Dis 2010
REMBAU 30 Dis. - Seorang peniaga getah cedera parah setelah ditetak oleh sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pedas Hilir, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Abdul Razak Ahmad, 56, mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan tangan kanan akibat ditetak dengan parang oleh penjenayah terbabit.
Menceritakan kembali detik-detik cemas itu, Abdul Razak memberitahu, dia dan isteri yang sedang tidur menyedari rumahnya dipecah masuk sebaik sahaja terdengar bunyi bising akibat dulang disandarkan pada pintu rumahnya terjatuh.
"Lantas saya bangun dan segera mencapai senapang patah milik saya kerana mengesyaki kehadiran pencuri, namun saya tidak sempat mengisi peluru apabila perompak terbabit bertindak menendang pintu bilik tidur saya.
"Apabila mereka melihat saya memiliki senjata, beberapa perompak itu menerkam ke arah saya untuk merampas senjata itu," katanya di sini hari ini.
Jelas bapa kepada empat orang anak itu, dia terpaksa bergelut dan menyebabkan dirinya ditetak di bahagian kepala, muka dan tangan kanan ketika perompak itu ingin merampas senapang.
"Saya hanya memikirkan keselamatan keluarga dan nekad bergelut dengan enam perompak bersenjatakan parang itu, saya tetap melawan walaupun mereka berulang kali menetak parang pada tubuh saya.
"Namun saya rebah akibat terlalu banyak kehilangan darah ketika pergelutan itu dan penjenayah tersebut juga berjaya merampas senjata saya," ujarnya.
Katanya, perompak terbabit dipercayai warga Indonesia itu kemudian bertindak mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain yang dikoyakkan.
Tambahnya, perompak terbabit yang tidak bertopeng kemudian menggeledah rumahnya dan melarikan senapang patah serta peluru.
"Mereka juga melarikan barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM40,000," ujarnya.
Dalam pada itu, isteri mangsa, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang turut cedera di tangan kanannya akibat dipukul dengan pemutar skru berkata, salah seorang perompak turut bersikap aneh apabila mandi di bilik air selepas mengikat keluarganya.
"Apa pun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam kejadian berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Hasil siasatan awal, kami mendapati suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.
"Polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
Penyamun sempat mandi
Harian Metro 31 Dis 2010
REMBAU: “Berikutan kecederaan teruk dialami, tiada apa mampu saya lakukan selain berdoa kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan nyawa kami sekeluarga daripada ‘serangan gila’ penyamun bersenjata,” kata Abdul Razak Ahmad, 56.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, peniaga getah itu cedera di kepala, muka dan tangan kanan apabila ditetak sekumpulan enam perompak dipercayai warga asing yang memecah masuk kediamannya di Kampung Pedas Hilir, di sini. Lebih biadab seorang suspek sempat mandi di rumah dua tingkat itu selepas menawan lima sekeluarga berkenaan dengan mengikat dan menutup mulut mereka menggunakan kain.
Penyamun dipercayai berusia 20-an hingga 30-an tidak bertopeng melarikan diri bersama wang tunai dan beberapa barangan berharga termasuk senapang patah serta peluru milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM40,000.
Menceritakan detik cemas selama setengah jam itu, Abdul Razak berkata, dia dan isteri, Selamah Mohd Yusuf, 51, yang tidur tersentak apabila mendengar bunyi bising mencurigakan seperti dulang tercampak pada pintu rumahnya.
“Sebagai langkah keselamatan, saya segera mengambil senapang patah, namun tidak sempat mengisi peluru kerana pintu bilik tidur ditendang sehingga pecah dan melihat beberapa lelaki menerjah saya untuk merampas senjata berkenaan.
“Pada waktu itu, saya hanya memikirkan keselamatan isteri serta empat anak berusia antara 11 hingga 24 tahun lalu nekad bergelut dengan enam lelaki bersenjatakan parang dan kayu.
“Namun, saya akhirnya rebah tersungkur apabila mereka menetak kepala, muka serta tangan sehingga tidak berdaya kerana kehilangan banyak darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Menurutnya, perompak dipercayai warga asing itu mengikat mereka sekeluarga menggunakan kain dikoyakkan manakala seorang lagi anak lelakinya di tingkat atas masih tidur.
“Suspek menggeledah rumah dan melarikan senapang patah serta peluru selain barang kemas, wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan pemain cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000,” katanya.
Kata Abdul Razak, dia yang membuka ikatan itu membuat laporan polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut.
“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dalam insiden ngeri itu dan menganggapnya dugaan Tuhan,” katanya.
Dalam kejadian itu, isteri mangsa turut cedera pada tangan kanan akibat dipukul dengan pemutar skru. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati suspek melarikan diri menaiki kereta dan motosikal diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak dan menyebabkan kecederaan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamunsempatmandi/Article/index_html
Peniaga Cedera Bergelut Dengan Perompak
Mstar 31 Dis 2010
REMBAU: Seorang peniaga cedera selepas bergelut dengan sekumpulan perompak yang memasuki rumahnya di Kampung Pedas Hilir dekat sini awal pagi ini.
Enam perompak bersenjatakan parang itu dipercayai masuk ke rumah berkenaan dengan mengumpil pintu belakang, dan selepas mengikat semua penghuni, mereka melarikan wang tunai, barangan kemas, komputer riba dan telefon bimbit, yang semuanya bernilai kira-kira RM40,000.
Abdul Razak Ahmad, 56, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi apabila beliau tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising, dan apabila beliau membawa senapang patahnya untuk menyiasat, belia diserang tiga perompak.
Dalam pergelutan itu beliau mengalami kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam di bahagian kepala, muka, serta tangan kanan, dan menurutnya beliau turut mengalami kecederaan di kaki kanannya akibat dipukul dengan kayu.
Beliau yang menerima beberapa jahitan akibat kecederaan dalam pergelutan itu ketika ditemui di rumahnya selepas pulang dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, petang ini berkata, senapang patahnya turut dilarikan perompak itu.
Abdul Razak berkata selepas diserang, beliau dan isteri, bersama empat anaknya yang berumur antara 11 dan 24, diikat kedua belah tangan, dan mulut mereka ditutup dengan kain.
"Kejadian itu berlaku begitu pantas dan setelah perompak itu beredar dipercayai dengan sebuah kereta, isteri saya berjaya membuka ikatannya, lalu menghubungi jiran dan polis," katanya. -BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/12/30/mstar_jenayah/20101230184906&sec=mstar_jenayah
20101229
PROGRAM LIQA FIKRI
Tarikh : 31 Dis 2010 (Jumaat)
Tempat : Kuala Pilah
Masa : Maghrib berjemaah - Qiamullail
20101227
Konvoi Rembau ke Permatang Pauh
Sinar Harian 27 Dis 2010
SEREMBAN - Dataran Senawang dekat sini digegarkan dengan deruman enjin 50 motosikal yang menyertai Konvoi Motosikal Anak Muda Malaysia Dari Rembau Ke Permatang Pauh anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), malam Khamis lalu.
Sebanyak 100 motosikal lagi mengikuti konvoi berkenaan di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Konvoi itu turut mendapat kerjasama Yayasan Aman, United Sharks Bikers 250 Malaysia, Belia Senawang, Dacs Arc, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rembau dan AMK Cabang Permatang Pauh.
Pelepasan Konvoi disempurnakan Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8558321.asp
Car Wash AMAL 20 Jan 2011 Seremban
PROGRAM CUCI KERETA AMAL
Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban
Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com
Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458
Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526
Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5
Peta ke Pasti Hasanah pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html
Hidup tertekan
Berita Harian 27 Dis 2010
APARTMEN Seroja 3 turut menempatkan pekerja asing.Pihak tertentu jadikan apartmen asrama pekerja asing
SENAWANG: Tindakan pihak tertentu menjadikan sebahagian Apartmen Seroja di Taman Tasik Jaya di sini sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam keadaan tertekan berikutan sikap kurang sopan sesetengah warga asing terbabit.
Kira-kira 700 penduduk tempatan yang mendiami Apartmen Seroja 1 hingga 4 kini terpaksa hidup berjiran dengan kira-kira 250 pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan Myanmar, yang bekerja di kilang sekitar Kawasan Perindustrian Taman Tasik Jaya sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, kehadiran pekerja asing yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas.
Pengerusi Persatuan Penduduk Apartmen Seroja, Mohd Nor Jamaluddin, 41, berkata penduduk tempatan semakin hilang sabar dengan sikap warga asing yang turut mencemar imej kawasan perumahan itu dengan kelakuan kurang sopan.
Katanya, gelagat kurang disenangi itu termasuk cara berpakaian menjolok mata dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan secara terang-terangan.
"Kelakuan mereka menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang gelagat negatif itu boleh mempengaruhi anak remaja masing-masing serta memberi imej negatif kawasan ini kepada orang luar," katanya kepada Berita Harian.
Mohd Nor berkata, persatuan dan ahli jawatankuasa surau pernah menasihati warga asing terbabit supaya tidak mengulang perbuatan itu serta cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi kelakuan buruk itu berterusan hingga kini.
"Kami juga pernah mengemukakan masalah ini kepada majikan pekerja warga asing terbabit, tetapi tiada tindakan proaktif diambil. Apa yang berlaku ialah seorang warden ditempatkan di sini untuk mengawasi pekerja asing terbabit, tetapi tindakan ini masih kurang berkesan," katanya.
Penduduk, Ishak Ali, 50, berkata masalah itu yang sudah lama berlaku menyebabkan penduduk tempatan tidak tahan lagi dengan gelagat mereka.
Beliau yang tinggal di situ sejak 10 tahun lalu berkata, pekerja warga Nepal pernah bergaduh sesama sendiri hingga membimbangkan jiran bersebelahan, tetapi mujur dapat dikawal dengan bantuan penduduk tempatan.
Rakannya, Rashid Abdullah, 47, berkata sejak apartmen itu dijadikan asrama, pelbagai masalah sosial berlaku di situ termasuk kes khalwat membabitkan pekerja asing dan rakyat tempatan serta perlakuan maksiat antara penyewa rakyat tempatan dan warga asing.
"Apartmen ini pernah digelar lubuk maksiat, suatu gelaran yang cukup memalukan penduduk tempatan yang hampir 100 peratus adalah orang Islam," katanya.
Salmah Razali, 48, pula kesal dengan sikap kebanyakan warga asing yang pengotor dengan membuang sampah sesuka hati dan tidak mempedulikan perasaan penduduk tempatan.
"Saya memang membantah kediaman kami ini dijadikan asrama pekerja asing kerana keadaan sekarang menimbulkan masalah yang menjejaskan keharmonian hidup penduduk di sini," katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_Hiduptertekan/Article
20101226
Ceramah Tn Guru Nik Razi 1 Jan 2011 Seremban
CERAMAH TAHUN BARU
Bersama Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, Pengasas Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 1 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Surau As-Sibian Taman Dusun Setia, Seremban
Waktu : Selepas Maghrib (7.30 mlm)
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Ghazali 013-3681062 / 019-6351519
Ceramah Md Sabu 4 Jan 2011 Seremban
CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Bersama :
Tn. Hj. Mohd Sabu
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Chegubard
YB Loke Siew Fook
Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 9 Malam
Tempat : Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Semua dijemput hadir
20101224
Sekolahkah Mereka
Harakah 24 – 26 Dis 2010
Meraikan Program Berkhatan di Jempol
Harakah 24 – 26 Dis 2010
Bersama Unit Amal
Harakah 24 – 26 Dis 2010
Konvoi Anak Muda Rembau ke Permatang Pauh
23 Disember 2010 : 9 Malam
Acara pelepasan Konvoi Anak Muda bermotosikal dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks, DACS dan AMK Rembau. Konvoi bermula dari dataran Senawang yang di lepaskan secara rasmi oleh YB Taufek, YB Aminudin dan Chegubard. Konvoi tersebut menuju destinasi terakhir di Permatang Pauh.
Tujuan SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize' anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan anak muda itu.
Dalam program sebegini secara tidak lansung akan menerapkan nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.
Program konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.
100 Peserta konvoi dari DACS, Kelab United Shark dan AMK Rembau dilepaskan.
Turut berada di lokasi mereka-mereka yang menjalankan tugas untuk pemantauan.
20101223
Akta JPJ: PR mohon Agong titah bahas semula
KUALA LUMPUR, 23 Dis:
Pakatan Rakyat hari ini memohon Yang di-Pertuan Agong menangguhkan kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan
Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Dewan Negara baru-baru ini.
Permohonan itu dibuat dalam memorandum yang diserahkan kepada Tuanku melalui Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Mohd Zuki Ali pagi tadi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, momorandum itu merupakan jalan terakhir setelah usaha mereka menghalang kelulusan rang undang-undang itu sehingga ke peringkat Dewan Negara tidak berhasil.
"Tidak ada jalan lain lagi, jalan terakhir memohon kepada Tuanku sahaja. Saya sudah hantar surat kepada Dewan Negara minta ia ditolak, tapi diluluskan juga," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena juga memohon Tuanku menitahkan rang undang-undang berkenaan dibahas semula di Parlimen kerana ianya dibuat secara tergesa-gesa.
"Jadi kita pohon Tuanku mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ini melibatkan kepentingan rakyat, bukan isu politik.
"Saya sedia bertemu Tuanku memberi penjelasan lanjut bersama pegawai undang-undang kita", kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase).
Tidak selesai masalah
Menurut Mahfuz juga, pindaan-pindaan terhadap akta ini hanya bersifat teknikal dan bertujuan memperkenalkan sistem penguatkuasaan automatik (Automated Enforcement System-AES).
Beliau mempersoal tindakan kerajaan memberikan kontrak kepada dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd sebelum rang undang-undang itu diluluskan.
"Timbalan Menteri menyatakan letter of award belum dikeluarkan tetapi letter of intent telah diberikan sedangkan pindaan rang undang-undang belum diluluskan, nampaknya Kementerian telah mendahului Parlimen dalam hal ini," katanya.
Pindaan ini juga didakwa tidak menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti masalah kemalangan maut yang semakin meningkat, masalah senarai hitam pemilik kenderaan dan juga masalah saman ekor.
"Persoalannya bagaimana kedudukan saman-saman ekor yang dikuatkuasakan sebelum pindaan ini kerana imej yang dirakam yang digunakan sebelum pindaan tidak boleh diguna di mahkamah," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai pengkhianatan kepada rakyat.
"Sekarang ini saman pun nak diswastakan. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat. Rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, bila diswastakan saman, ianya satu tindakan yang membebankan rakyat.
"Sudah pasti syarikat yang diberi kontrak ini mahukan keuntungan sebab dia akan dapat habuan untuk setiap saman yang dikeluarkan," katanya.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata, kerajaan tidak memikirkan kesan jangka panjang terhadap sesuatu rang undang-undang yang diluluskan.
"Penswastaan JPJ ini satu konsep yang salah. Umno BN hanya memikirkan kepentingan mereka dan menguntungkan sesetengah pihak. Pengurusan kerajaan tidak bijak dan tidak mengkaji kesan jangka panjang sebaliknya membuat sesuatu secara tergesa-tergesa.Itulah BN," katanya.
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Kase , Taufek Abdul Ghani memberitahu, Kase akan bermesyuarat pada 27 Disember ini untuk merangka tindakan seterusnya bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat berkenaan perkara ini.
Turut mengingiringi Mahfuz ialah bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK PAS Pusat, Taib Azamuddin yang juga ahli Parlimen Baling selain dua peguam Kase.
http://malaysiakini.com/news/151501
PAS mohon Agong tangguh RUU pengangkutan jalan
PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon baginda supaya menangguh kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan di parlimen.
Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya juga memohon agar Tuanku menitahkan supaya rang undang-undang tersebut dibahas semula di parlimen.
NONE"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
"Akta ini menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat (secara) tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."
Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa ahli parlimen PAS dan dua orang peguam ke istana negara pagi ini.
20101220
Apa sudah jadi RM19 juta kawasan industri N.Sembilan?
Apa sudah jadi dengan projek Kawasan Perindustrian Chembong di Rembau , Negeri Sembilan yang kosnya sebanyak RM19 juta yang bermula sejak tahun 2002? Setakat Disember 2010 kawasan tersebut telah dipenuhi semak samun dan pokok liar. Apakah pelabur sudah hilang minat melabur di Negeri Sembilan, khususnya di Rembau?
Gambar terkini Kawasan Perindustrian Chembong pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/apa-sudah-jadi-rm19-juta-kawasan.html
Laman wen PKNNS Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan yang meguruskan projek Kawasan Perindustrian Chembong ini pun tidak dikemaskini sejak tahun 2008, dengan berita terakhir ialah ucapan Ramadhan. ( http://www.ns.gov.my/pknns 01.09.2008 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam)
EXISTING INDUSTRIAL AREAS
Chembong Industrial Park
http://www.nsic.com.my/industrial.html
SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad.
He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.
Sales of the industrial lots to interested buyers have already begun, he told reporters after chairing a meeting with the Board of Directors of PKNNS here today.
http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-26080998_ITM
20101216
Rezeki pemandu terjejas
PPTBPS dakwa ada teksi haram tunggu luar stesen kereta api ambil penumpang
Berita Harian 16 Dis 2010
SEREMBAN: Kewujudan teksi haram di luar kawasan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini menyebabkan pendapatan pemandu teksi Persatuan Pemandu Teksi Bekas Perajurit Seremban (PPTBPS) yang beroperasi di situ terjejas.
Pengguna lebih memilih menggunakan teksi yang menunggu secara haram di luar stesen walaupun bayaran dikenakan lebih mahal, selain keselamatan dan keselesaan tidak dijamin. Pengerusi PPTBPS, Mahat Dollah, berkata persatuan berkenaan menyewa laluan teksi di situ sejak 2004 dengan bayaran RM750 sebulan bagi mengambil penumpang yang turun dari kereta api dan komuter untuk ke destinasi dalam dan luar negeri. "Apa yang dikesalkan adalah tindakan pemandu teksi haram yang menunggu di luar stesen dan 'mencuri' pelanggan kami. Mereka bukan saja menunggu di garisan kuning jalan, malah menghalang laluan teksi ahli persatuan untuk keluar.
"Setiap kali waktu puncak atau orang baru turun dari kereta api, mereka pasti akan menunggu dan melambaikan tangan kepada pelanggan supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Apabila ditegur, mereka marah sehingga menimbulkan pergaduhan," katanya.
Mahat berkata, pernah beberapa kali persatuan dipanggil Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK) kerana didakwa mengenakan bayaran yang mahal kepada penumpang, sedangkan ia dilakukan pihak lain tidak bertanggungjawab itu.
"Kami mengenakan bayaran mengikut caj yang diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukannya sesuka hati, malah kami akan mengenakan tindakan tegas kepada ahli yang mengambil tambang lebih daripada penumpang.
"Persatuan mengutamakan kebajikan dan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami, tetapi teksi haram di luar bebas meletakkan harga bagi setiap perjalanan hingga kami pula yang kena tempiasnya," katanya.
Sementara itu, setiausaha persatuan berkenaan, Kamarulzaman Abd Razak, berkata pihaknya sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak berkaitan mengenai masalah teksi haram itu, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.
"Apabila penguat kuasa datang, mereka melarikan diri dan jika hari ini disaman, esok mereka datang semula dan beroperasi secara haram seperti biasa. Tindakan mereka ini melampau dan menjejaskan periuk nasi ahli persatuan," katanya.
Kamarulzaman turut mencadangkan supaya di luar stesen KTM diletakkan papan tanda arahan dilarang menunggu supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada pemandu teksi haram yang ingkar.
"Di sini hanya ada garisan kuning, tetapi papan tanda arahan tidak diletakkan walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat. Saya pasti jika papan tanda arahan ada nanti, ia dapat menghalang teksi haram menunggu, selain mengelak kesesakan jalan pada waktu puncak," katanya.
Pemandu teksi, Farizan Aziz, 62, berharap jalan penyelesaian mengenai perbuatan pemandu teksi haram itu dapat diambil secepat mungkin.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rezekipemanduterjejas/Article
20101215
PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3
Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek “SEKOLAHKAN MEREKA” dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.
Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.
Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.
Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.
Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :
Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html
Jualan AMAL Kembali ke Sekolah 1 Jan 2011 Seremban
JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH
Tarikh : 1 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 2 ptg
Tempat : AMAL Corner, No 22 , Jalan Bunga Raya 27,Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan
Kupon Amal: RM 10 , RM 100 (satu pek)
Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/
Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan yang berikut :
En Hakki 013-3840022
En Rozmal 012-2267406
Pn Hajjah Nur 017-3629686
Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.
Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.
Juster itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :
1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.
2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.
3. Memberi sumbangan kewangan.
4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya. (Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).
Kupon JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH ialah RM 10 untuk satu Kupon
Barangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.
Bengkel ke Menara Gading 26 Dis 2010 Seremban
BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM
Terhad 100 orang peserta sahaja
Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan
Yuran pendaftaran :
RM 50/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)
INSENTIF YURAN ISTIMEWA UNTUK PESERTA BERKUMPULAN, PERSATUAN, MASJID SERTA SURAU
Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.
Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau Taman Alamanda
Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading
TENTATIF PROGRAM :
8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
20101213
Tabung Buluh Untuk PAS
Harakahdaily
TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.
Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.
"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.
"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.
"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.
"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.
Padang Luas
Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.
Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.
Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.
Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.
Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Bandar Tasik Puteri
Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.
Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.
Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.
"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.
Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29820:tabung-buluh-untuk-pas&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
Ceramah Palestin Terkini 18 Dis 2010 Seremban
CERAMAH ISU PALESTIN : GAZA TERKINI
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Taman Panchur Jaya, Seremban
Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
Anjuran Bersama : TERAS Pengupayaan Melayu Cawangan N.Sembilan & Jawatankuasa Masjid Qariah Taman Panchur Jaya
PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 4.00 Pagi
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang
Acara :
- Qiyamullaill / Iktikaf , Solat Subuh Berjemaah , Zikir Munajat
- Kuliah Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah” oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz ( Timbalan Presiden TERAS Pengupayaan Melayu)
- Sarapan Pagi
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
JAMUAN TEH & PELANCARAN SALIMAH-TERAS
(Pergerakan Persaudaraan Muslimah-TERAS Negeri Sembilan)
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 4.45 ptg - 7.00 mlm
Tempat : Masjid Qariah Taman Panchur Jaya, Seremban
Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
Program khusus untuk Muslimat / Wanita
CERAMAH MULTIMEDIA ISU PALESTIN TERKINi
Tarikh : 17 Dis 2010 (JUMAAT)
Masa : 7.30 malam
Penceramah : Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu N.Sembilan
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang
Anwar Ibrahim 16 Dis 2010 di Seremban
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 16 Dis 2010 (Khamis)
Masa : 9 malam
Lokasi : Dataran Muhibah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Penceramah:
YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Azmin Ali
YB Saifuddin Nasution
YB Loke Siew Fook
YBhg Zulkefly Mohamad Hj Omar
Sumber dari http://anwaribrahimblog.com/2010/12/13/siri-lawatan-dan-ceramah-perdana-dato%E2%80%99-seri-anwar-ibrahim-14-19-dis-2010/
Dato Tuan Ibrahim 13 Dis 2010 di Gemencheh N9
CERAMAH PERDANA
Bersama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ibrahim Yusof
YB Hj Taufek
YB Veerapan
Ust Zakaria Khalim
Tarikh : 13 Dis 2010 , Isnin
Masa : 9 malam
Tempat : Pejabat PAS, Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan
Semua dijemput hadir
Program Berkhatan Taman Pinggiran Senawang
Meraikan Porgram Berkhatan Beramai-ramai di Surau Taman Pinggiran Senawang pada 12 Disember 2010
20101212
Moh Raikan Anak Yatim bulan Muharam 1432H ini
PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN
Khusus Untuk Anak-Anak Yatim
Tarikh : 16 Dis 2010 , 10 Muharam 1432H (Khamis)
Masa : 3 petang
Tempat : Pasti Al-Ain, Taman Pedas Perdana, Rembau, N.Sembilan
Anjuran : Nisa Rembau
Tawaran terbuka kepada orang ramai untuk menyumbang bersama dalam program ini.
Sila masukkan ke akaun Bank Islam_BIMB 03036020131121. Sila SMS jumlah derma atau hubungi Saudari Nur (Ketua Nisa Rembau) di 013-9798108
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.
20101211
Perkhemahan Sg Timun Rembau 17 ke 19 Dis 2010
PERKHEMAHAN & MOTIVASI AMAL 2010
Tarikh : 17 – 19 Dis 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat :Pengkalan Ikan, Kampung Sungai Timun, Rembau, N.Sembilan
Penyertaan terbuka kepada muslimin berumur 9 ke 55 tahun
Aktiviti ‘outdoor’ yang amat sesuai untuk bapa dan anak-anak lelaki
Yuran RM30 seorang
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dan Surau Taman Matahari Height
AKTIVITI MENARIK
Kem Solat dan Ibadah
Teori dan praktikal roti canai
Riadah dan Silat Amal
Amal Race
Teori dan praktikal nasi lemak kukus
Malam kesenian
Kembara malam
Penerokaan dan pendakian alam
Teori dan praktikal lemang
Masakan survival
Bengkel Roket Air
Maklumat lanjut hubungi :
Ustaz Nazri Esa 013-3098775
Izamri 013-2124086
Hamizi 012-2832458
Barangan yang perlu peserta bawa :
- Pakaian solat dan sukan
- Lampu picit
- Kelengkapan tidur
- Khemah jika ada
Barangan yang disediakan :
- Fail
- Hamper dan hadiah pertandingan
- Bahan membuat roti canai, nasi lemak kukus, lemang dan roket air
- Sijil penyertaan
Sebarang sumbangan kewangan, hamper dan hadiah untuk menjayakan program ini amat dialu-alukan.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526
Tarikh tutup pendaftaran 15 Dis 2010
http://yam-ns.blogspot.com/2010/11/perkhemahan-amal-17-ke-19-dis-2010.html
Tiada wang untuk khatan dua anak di Seremban
Tangguh hasrat khatankan anak
Sinar Harian 11 Dis 2010
SEREMBAN – Kesempitan hidup menyebabkan seorang ibu terpaksa bertangguh dalam urusan mengkhatankan dua anak lelakinya yang sudah cukup umur.
Kehidupan Azliza Sahid, 38, terhimpit selepas berpisah dengan suaminya sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menanggung enam orang anak berusia antara 4 sehingga 17 tahun.
Menurutnya, memikirkan kos berkhatan yang mencecah ratusan ringgit memaksanya untuk mendahulukan pendapatan bulanan yang diterima untuk urusan yang lebih penting berbanding membawa anaknya berkhatan.
"Hampir setiap tahun saya berhasrat mahu membawa dua anak lelaki saya yang kini berusia 11 tahun dan 13 tahun untuk berkhatan, namun akibat kekurangan duit hasrat itu terpaksa dibatalkan.
"Cuma, sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan yang anak saya sudah semakin dewasa dan jika ditangguhkan lagi pasti semakin susah. Jadi, saya cuba juga usahakan untuk mereka dikhatankan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permai 2.
Lebih menyedihkan apabila Sinar Harian turut difahamkan bahawa rumah tempat Azliza dan anaknya berteduh sekarang adalah rumah kosong yang tidak diketahui pemiliknya.
Azliza menambah, sudah hampir setahun dia membuat keputusan untuk tinggal di rumah kosong terbabit biarpun tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.
"Sejak berpisah dengan suami, saya tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga saya, namun disebabkan kesemua adik beradik yang lain turut tinggal sekali menyebabkan rumah berkenaan terlalu sesak dan tidak mampu untuk menampung kami anak beranak.
"Saya tidak tahu rumah ini milik siapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah kami menumpang buat sementara waktu. Saya bukan tidak mahu menumpang di rumah yang lebih selesa namun, gaji saya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah," katanya.
Menurutnya lagi, anaknya masih bersekolah dan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600 sememangnya tidak mencukupi.
"Saya berhasrat untuk berniaga bagi mengubah nasib diri dan keluarga namun hasrat terpaksa dibatalkan akibat tidak mempunyai modal yang mencukupi.
"Saya tidak tahu saluran mana yang harus saya ikuti bagi memohon bantuan memulakan perniagaan dan amat berharap ada pihak yang sudi membantu," katanya yang turut mendapat bantuan bulan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8502482.asp
Penduduk mohon kaji semula bonggol
Sinar Harian 11 Dis 2010
PEDAS - Pembinaan bonggol di kawasan perumahan dapat mengurangkan kelajuan kenderaan sekali gus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Penduduk Rumah Rakyat Pedas, Mohd Yazid Sulaiman, 48, berkata, dia bimbang mengenai keselamatan penduduk apabila melalui jalan di rumah rakyat berkenaan apabila terdapat bonggol yang dibuat seolah-olah tidak menepati kriteria sepatutnya.
Menurutnya, bonggol berhampiran Surau An Nur, Pedas tidak seperti bonggol kerana lebih rendah dan tidak dicat warna kuning seperti yang sepatutnya.
“Ini menyebabkan kenderaan dan motosikal memandu laju sekali gus membahayakan pemandu kerana bonggol yang sedia ada lebih rata berbanding bonggol lain yang berada di kawasan perumahan ini,” katanya.
Menurutnya, simpang ke rumah rakyat itu sering berlaku kemalangan melibatkan motosikal dan kereta. Disebabkan itu, pembinaan bonggol bersesuaian penting untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan.
“Sebagai penduduk tinggal di kawasan berhampiran tentunya bimbang mengenai keselamatan penduduk dan berharap tindakan sewajarnya dilakukan pihak berkaitan,” katanya.
Menurutnya, jalan itu adalah laluan penduduk dan pembaikan semula bonggol berkenaan diharap dapat dilakukan supaya aspek keselamatan penduduk di sini lebih terjamin.
“Kita tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk baru hendak ambil tindakan. Saya harap pembinaan semula bonggol di tempat itu dapat dijalankan dengan kadar segera,’ katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8502774.asp
20101209
MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM?
Wednesday, December 8, 2010
NS MB 'building crazy' like PM (MB N.Sembilan gila bina bangunan macam PM)
By Zefry Dahalan
SEREMBAN: There is no difference between Negri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan and Prime Minister Najib Tun Razak, said Paroi rep Mohd Taufek Abdul Ghani.
The two were more interested in wasting funds on building projects instead of safeguarding the welfare of the people, added PAS' sole state assemblyman in Negri Sembilan.
He was referring to Najib's plan to build the 100-storey Warisan Merdeka tower and Mohd Hasan's announcement that a new state administration building would be constructed.
Speaking to FMT, Mohd Taufek said he opposed the plan to build the new state administration building in Bandar Baru Sendayan, some 20km from the existing building here.
Mohd Hasan had announced the plan to build the RM230 million building during the state assembly sitting last week.
"What irked me is that the current state adminsitration building known as Wisma Negeri which houses the menteri besar's office, state secretariat and state assembly hall is in good condition
"I don't see the need for another building which will be a waste of public funds. It will also be a hassle for people to liaise with state secretariat officials as the new location is far from Seremban,” said the PAS rep.
Mohd Taufek felt that the RM230 million could be put to better use such as upgrading the infrastructure in rural areas and helping the hardcore poor.
133 years to settle debt
The PAS rep said that according to the state budget for 2011 that was tabled by the menteri besar, the total revenue for 2011 was RM298,184,000.
“This revenue is very average for a state if compared with the Klang Municipal Council which is earning almost RM400 million per year,” he said.
"The state government's debt with the federal government so far is RM2.4 billion. According to the 2011 budget, the state government can only afford to pay the federal government RM18 million per year. This means the state needs 133 years to pay off the RM2.4 billion loan.
"This calculation does not include the RM230 million that is going to be spent for the new administration complex,” he added.
Mohd Taufek urged the MB to focus on more pressing issues like poverty, improvement of public amenities, public transport and funds for religious, Chinese and Tamil schools.
"This project (new state administration building) is absolutely unnecessary at the moment especially with the current economic slump," he said.
Bandar Baru Sendayan is situated in Mohd Hasan's Rantau state seat.
http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/13940-ns-mb-building-crazy-like-pm-says-pas-rep-
Lembu berkeliaran sumbang kemalangan maut
Utusan Malaysia 9 Dis 2010
SAYA adalah pengguna jalan raya yang kerap menggunakan laluan Simpang Pertang - Kuala Klawang (Jelebu) untuk ke Seremban.
Saya dapati semakin banyak kelompok haiwan seperti kambing dan lembu dibiarkan berkeliaran di tepi-tepi jalan raya. Masalah akan timbul kerana haiwan-haiwan ini kadangkala mengganggu lalu lintas dan boleh menyebabkan kemalangan.
Saya sendiri pernah mengalami keadaan yang mencemaskan di mana saya perlu brek kenderaan secara mengejut kerana haiwan tersebut tiba-tiba melintas jalan raya.
Sekiranya saya terlibat dalam kemalangan ketika itu, adakah pemilik haiwan tersebut akan bertanggungjawab dan menanggung kerugian saya? Haiwan ternakan ini paling banyak kelihatan dari Kampung Pradong sehingga ke pekan Kuala Klawang.
Memandangkan jalan raya tersebut adalah jalan raya utama, saya berpendapat adalah amat tidak sesuai haiwan-haiwan ternakan tersebut dibiarkan berkeliaran apatah lagi jalan raya di Daerah Jelebu ini yang sangat berliku serta banyak selekoh yang merbahaya.
Janganlah pemilik haiwan-haiwan ternakan tersebut membahayakan lagi keadaan tersebut.
Mohon pihak yang bertanggungjawab agar memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum berlaku kehilangan nyawa disebabkan haiwan ternakan ini.
Nyawa manusia lebih berharga dari keuntungan yang dijana oleh pemilik haiwan -haiwan ternakan ini.
NYARIS KEMALANGAN
Jelebu, N.S
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
20101208
Terowong kotor: Majlis Perbandaran Seremban harus buka mata
Utusan Malaysia 8 Dis 2010
LALUAN terowong pejalan kaki dari stesen Keretapi Seremban ke stesen bas Terminal One Seremban agak kotor, berbau dan berbecak dengan pelbagai wayar tercabut sana dan sini yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna pejalan kaki.
Begitu juga di stesen bas Terminal One kebersihan tempat itu tidak diselenggara dengan baik dan ditambahkan lagi dengan tandas awamnya yang berkeadaan kotor dan berbau serta peralatan dalamnya juga banyak yang rosak dan tidak berfungsi.
Tandas-tandas awam yang lain juga di bandar yang bertemakan 'bersih dan indah' ini didapati tidak terurus sepatutnya.
Pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) perlu prihatin dan berusaha untuk menjaga kebersihan di sekitar tempat-tempat awam serta mampu menyelenggarakan segala harta benda awam di kawasan bandar.
Masih ada pondok telefon yang hanya tinggal pondoknya sahaja kerana perbuatan tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda awam masih juga berlaku.
MPS dan warganya perlukan suntikan akan bagaimana untuk menjaga nama baik dan memulihkan bandar Seremban ini setanding dengan bandar-bandar yang terkenal akan kebersihannya.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
20101206
Jambori Amal Pusat 2010
Alhamdulillah..
Jabatan Amal N.Sembilan telah menghantar 42 org peserta dan paling ramai dalam sejarah penyertaan peringkat N.Sembilan ke Jambori Amal Pusat pada 3 Disember - 5 Disember 2010 di Sg.Udang Melaka. Delegasi yang diketuai Pengarah Amal Negeri Sdr. Izamri Med beserta ketua-ketua Kor dan Komander Kawasan Rembau telah berjaya membawa Briged Amal N.Sembilan memenangi 5 anugerah pertandingan diantaranya Modul Kawad kaki, Nasyid, pandu arah, brig komanden terbaik dan komanden terbaik.
Dengan tema kali ini “MENCARI SAHABAT ” diharapkan para pserta memahami erti persahabatan sejati. hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Tahniah Jabatan Amal N.Sembilan
DS Khir Toyo di tahan?
Khir Toyo Mengaku Tidak Bersalah Berhubung Dakwaan Pemilikan 2 Lot Tanah, Banglo
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7, di sini pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L, di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7.
Pendakwaan terhadap Mohamad Khir yang menjawat jawatan itu selama lapan tahun dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail manakala barisan pembelaan diwakili peguam-peguam M. Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.
Mohamad Khir yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7 pagi ini, tiba di mahkamah pada pukul 11.25 pagi dalam keadaan tidak bergari dan diiringi beberapa pegawai SPRM.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan jaminan sebanyak RM720,000 dengan seorang penjamin.
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/12/6/mstar_mahkamah/20101206105005&sec=mstar_mahkamah
sebelum itu>>
http://3.bp.blogspot.com/_AxVu1wtjYWg/TCG8R_foWXI/AAAAAAAABv8/7fa1Ufzb0D0/s1600/pandangan-dari-atas-banglo-mewah-khir-toyo.jpg
SPRM Tahan Khir Toyo Di Pejabatnya Di Shah Alam
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.
Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjaramaksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliaumenerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk 'Istana Khir' iaitu rumahnyayang ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yangtermuda. - BERNAMA
Kenapa demo rakyat 5 Disember dianggap berjaya?
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com
Oleh: Pria Malaya
1. Pertama kalinya, tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor atas kejayaan menyampaikan memorandum kepada pihak istana...inilah tujuan dan matlamat yang sebenar..
2. Terima kasih juga diucapkan kepada wakil istana yang menyambut baik memorandum yang disampaikan..
3. Kandungan penuh memorandum yang disampaikan boleh dirujuk di SINI..
4. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada seluruh hadirin dan peserta demo rakyat 'kembalikan hak air' yang turut serta bersama kerajaan negeri!..(gambar dan video perhimpunan sila rujuk di SINI..)
'Perhimpunan peringkat negeri'
5. Kehadiran lebih kurang 10,000 dalam satu perhimpunan 'peringkat negeri' adalah suatu yang amat membanggakan!..tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendesak supaya pihak SYABAS (dan berkaitan) mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor..
6. Maka sudah pastilah majoriti peserta yang hadir adalah terdiri dari rakyat Selangor yang semestinya terkesan dengan 'muslihat' Syarikat Air Selangor (SYABAS)..termasuklah dari kumpulan ini adalah dari golongan mahasiswa2 dan pekerja luar Selangor yg bekerja dan menetap di Selangor..
6. Perhimpunan kali ini berbeza dengan perhimpunan 'mega' rakyat sebelum2 ini yang biasanya dibuat pada peringkat Nasional, seperti perhimpunan BERSIH, Anti-ISA, Anti-PPSMI, perhimpunan bantah TOL, bantah minyak naik dan lain2..
'Lokasi tunggal'
7. Kerana itulah perhimpunan kali ini hanya menumpukan kepada satu lokasi (tempat berkumpul) iaitu di Masjid Negara memandangkan ianya adalah perhimpunan peringkat negeri, tidak seperti demo atau perhimpunan peringkat nasional sebelum2 ini yang biasanya melibatkan 3 atau 4 lokasi berkumpul (sbg strategi)..
8. Ini sekaligus memudahkan pihak polis dan FRU membuat sekatan bagi menghalang orang ramai dari memasuki kawasan terbabit...dilaporkan banyak sekatan2 jalan raya menghala ke Masjid Negara..mereka yang disyaki akan terlibat dgn demo ini akan ditahan atau diarah untuk mengubah laluan...
9. Selain itu, lokasi tunggal yg ditetapkan penganjur menyebabkan ribuan hadirin 'terperangkap' di dalam satu kawasan...kesannya, pihak polis berjaya memecahkan kumpulan besar peserta kepada kumpulan2 yang kecil apabila mereka mula berarak keluar dari Masjid Negara...
10. Tembakan gas pemedih mata dan water cannon secara berterusan sehingga setengah jam lamanya ternyata telah memecahkan kumpulan besar orang ramai menyebabkan hadirin bertebaran di merata2 tempat..kerana itu gambar dalam posisi menarik iaitu ketika rakyat sedang berarak secara beramai2 gagal dirakamkan...
Pihak polis dianggarkan berjumlah lebih 300 berjaya memecahkan kelompok besar mereka tidak sampai 5 minit berarak selepas mereka keluar dari Majis Negara..
Matlamat tercapai!
11. Apa pun, perhimpunan hari ini dianggap berjaya mencapai matlamatnya apabila berjaya menghimpunan ribuan rakyat Selangor (termasuk yg terkesan dengan air Selangor) untuk bersama2 MB Selangor menyerahkan memo kpd pihak istana...
12. Itu belum lagi kehadiran ketua dan pemimpin2 utama PAS, PKR dan DAP (Pakatan Rakyat)..itu belum lagi dikerahkan kehadiran rakyat dari seluruh negara seperti lazim perhimpunan rakyat sebelum ini...namun, kempen yang tidak sampai 2 minggu ternyata mampu menggerakkan ribuan warga Selangor dan rakyat prihatin pada perhimpunan kali ini...
13. Kehadiran sebahagian kecil pemimpin2 kanan Pakatan Rakyat (luar Selangor) adalah tanda solidariti dan cakna mereka terhadap kerajaan negeri Selangor yg ditadbir Pakatan Rakyat...kesatuan yang dipamerkan menunjukkan setiap pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa saling membantu di atas semangat setiakawan..Syabas diucapakan kepada wakil pemimpin2 ini...
Apa khabar demo GAPS (pro-Umno)?
14. Sementara di satu lokasi yang lain, iaitu di Stadium Merdeka, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor, GAPS (ada juga yg menggelarkan mereka sebagai Gabungan Anak Pondan Selangor) telah awal2 lagi mengangkat 'bendera putih' walaupun beberapa hari sebelum itu berlagak di media2 kononnya mampu menghimpunan ribuan penyokong...
15. Dilaporkan mereka hanya mampu mengumpulkan puluhan orang sahaja walaupun blog2 otai Umno sejak dari beberapa hari lalu bertungkus lumus berkempen di dalam blog2 dan facebook mereka supaya rakyat Selangor turun sebagai tanda sokongan kepada GAPS..namun ternyata mereka gagal-segagalnya..
16. Dua hari sebelum itu, iaitu Jumaat petang 3 Disember, mereka telah mengadakan demontrasi dan berarak di jalanan secara beramai2 sehingga berjaya menghantar memorandum kepada pihak istana..boleh lihat artikel penulis terdahulu di SINI..
Bukti GAPS turut berdemo dan berarak secara haram tanpa permit polis boleh rujuk dllm blog2 pro-Umno di SINI, di SINI, dan di SINI...
17. Lihatlah, dua suasana demo yang berbeza..satu matlamat, tapi dua situasi yang begitu berbeza....satu demo (pro-Umno) mendapat layanan yang baik dari polis walaupun mereka berarak beramai2 di tengah2 jalan...satu lagi kumpulan (pro-PR) dilayan dengan gas pemedih mata dan water cannon walaupun ianya berlangsung secara aman, dan diberi jaminan sendiri oleh kerajaan negeri...
Demo bantah "BN" (Barang Naik)
18. Untuk yang terakhirnya..penulis menyeru pemimpin PR supaya memikirkan utk mengadakan satu siri demo besar membantah kenaikan harga minyak dan barangan yang lain sebelum Mac tahun depan (tarikh kemungkinan PRU diadakan)...
19. Selain mengunjuk rasa menzahirkan perasaan tidak senang dengan kenaikan harga2 barangan, termasuk minyak RON95 yang awalnya dijanjikan tidak dinaikkan tahun ini, perhimpunan peringkat nasional ini juga sebagai menjawab tohmahan segelintir penyokong Umno bhw demo rakyat anjuran PR kini semakin tidak mendapat sokongan rakyat...(penyokong Umno berani cabar tak kali ni??..)
20. Untuk yg terakhirnya, tahniah sekali lagi kerajaan negeri Selangor yg bersungguh2 mempertahankan hak rakyat mereka..syabas juga kepada peserta2 yg berani turun sehingga ada yg dikasari, ditangkap, disembur gas dan lain2..kamulah hero dan pejuang rakyat!..semoga rakyat Selangor sejahtera dibawah pimpinan kerajaan negeri PR dan tuanku Sultan Selangor....wallahua'lam...
p/s: Gambar dan video perhimpunan rakyat boleh dirujuk pada artikel penulis di bawah:
- [Kemaskini] Laporan berGAMBAR sekitar demontrasi rakyat bantah SYABAS!..(video inside)