20101029

Penduduk minta naik taraf jalan


Sinar Harian 29 Okt 2010

CHEMBONG - Kemalangan motosikal yang menimpa seorang penduduk di Kampung Air Itam/Masjid Tanah Chembong beberapa hari lalu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk.

Penduduk, Hafiz Hashim, 56, berkata, walaupun kecederaan penduduk terbabit tidak parah tetapi kejadian kali ini perlu diambil perhatian pihak berkenaan terutama masalah jalan di kampung itu yang berlubang.

Menurutnya, masalah jalan berlubang bukanlah perkara baru kerana ia telah dimaklumkan kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera membaik pulih dengan menaik taraf semula laluan terbabit.

“Sekurang-kurangnya usaha menaik taraf jalan atau menutup lubang dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan kerana kebanyakan jalan di sini berlubang teruk dan berlopak.

“Jalan ini juga sering digunakan orang ramai terutama penduduk untuk menghantar anak ke sekolah berhampiran iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sedia Raja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hafiz berkata, ia juga adalah jalan keluar penduduk untuk ke Chembong, Pekan Rembau mahupun Seremban.

“Buat masa ini, ada projek menaik taraf jalan di sebahagian jalan kampung ini tetapi jika boleh, kami memohon kepada pihak berkenaan supaya menaik taraf semua jalan di sini.

“Jika penduduk tidak berhati-hati, kemungkinan mereka akan ditimpa bahaya kerana risiko tinggi terutama penunggang motosikal. Mereka mungkin melanggar lubang jika tidak nampak kerosakan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, keadaan lebih bahaya pada waktu malam kerana gelap.

“Pihak berkenaan harus memandang serius masalah ini dan membaiki segera kerosakan jalan di sini bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8343205.asp

20101028

Sekitar N.45 Galas



http://img109.imageshack.us/img109/5681/galaskita2610103copy.jpghttp://img443.imageshack.us/img443/5558/galaskita2610102copy.jpg











































28 Oktober 2010 (Khamis)

9.00-12.00 Malam – Kempen Perdana 1

Lokasi – UPU Sungai Terah (Padang Bola Sungai Terah)

Penceramah:

1. YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

2. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

3. YAB Lim Guan Eng

9.00 – 12.00 Malam – Kempen Perdana 2


http://n45galas.pas.org.my/images/stories/program/sungaiterah2810.jpg


Lokasi – UPU Pulai

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YAB Lim Guan Eng

3. YB Dato’ Husam Musa



Web Rasmi PRK N.45 Galas

http://n45galas.pas.org.my/


20101027

Laporan Audit 2009 N.Sembilan dedah beberapa kelemahan

Berikut beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009. Untuk laporan penuh sila ke laman web www.audit.gov.my . Penyenggaraan jambatan dan jalan negeri adalah kurang memuaskan. Pengurusan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan.

Hutang Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan. Pada akhir tahun 2009, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM259.06 juta atau 12.1% kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2008.

Pada keseluruhannya hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009
berjumlah RM247.79 juta iaitu berkurangan sejumlah RM12.91 juta atau 4.9%
berbanding tahun 2008 berjumlah RM260.70 juta.

Kadar Pengurusan Air Tidak Berhasil NRW di Negeri Sembilan pada tahun 2007 adalah merupakan yang kedua tertinggi daripada 13 negeri iaitu 53.1%. Bagi tahun 2008 dan 2009 tiada perubahan bagi NRW di Negeri Sembilan di mana masih kekal di tahap melebihi 50% berbanding tahap kebangsaan pada kadar 37%.

Majlis Perbandaran Port Dickson. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti seperti ketiadaan kolam larutan resap, ketiadaan kemudahan asas di tapak pelupusan, tempoh perjanjian konsesi telah luput dan aspek pemantauan yang tidak teratur. Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan kemudahan yang disediakan tidak dapat digunakan dengan baik dan selesa oleh orang awam antaranya seperti permukaan jalan yang rosak, bahu jalan berlubang dan tidak sempurna, jalan pecah selepas diturap semula dan pembersihan longkang yang tidak sempurna.

Kelemahan pengurusan secara keseluruhannya dilihat dari aspek pembayaran balik pinjaman. Sehingga tahun 2009, tunggakan bagi bayaran balik pinjaman adalah sejumlah RM8.19 juta atau 12.5% daripada keseluruhan pinjaman berjumlah
RM65.56 juta yang melibatkan 3,021 peminjam.

Ganda Akademik Sdn. Bhd. (GASB) telah ditubuhkan pada Julai 1993 dan
merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan). Pengurusan aktiviti utamanya yang meliputi pengendalian dua buah pusat pengajian adalah kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan seperti pengurusan aset yang lemah dan tunggakan sewa serta tunggakan pinjaman dari Yayasan yang masih belum dapat dilunaskan.

Liberty Capital Sdn. Bhd. (LCSB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan
Negeri Sembilan (Yayasan) dengan pelaburan sejumlah RM1.1 juta (100%) dan ditubuhkan pada 1 Julai 1993. Prestasi kewangan LCSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut bagi tempoh tahun kewangan 2006 hingga 2008. Kerugian ini berpunca daripada peningkatan perbelanjaan LCSB.

LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN
NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2009

AKTIVITI JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI

1. Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan - Pengurusan Penyenggaraan Jambatan
Di Jalan Negeri

Pada keseluruhannya, pengurusan penyenggaraan jambatan jalan negeri adalah kurang memuaskan. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah JKR Negeri tidak mengguna pakai garis panduan yang disediakan untuk menjalankan pemeriksaan jambatan jalan negeri seperti mana yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jambatan bagi jalan-jalan persekutuan dan daftar inventori jambatan di jalan negeri yang tidak lengkap. Tindakan segera perlu diambil
bagi memantapkan dan mempertingkatkan pengurusan penyenggaraan jambatan di jalan-jalan negeri.

2. Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan, Pejabat Daerah Dan Tanah,
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan Dan Badan Kawal Selia
Air Negeri Sembilan - Pengurusan Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan
Pasir Serta Kesannya Terhadap Alam Sekitar

Kajian Audit mendapati pengurusan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran yang mengakibatkan penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai di kawasan yang ada aktiviti pengambilan pasir. Semakan juga mendapati syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang dikeluarkan oleh JPSNS tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang berperanan melindungi pencemaran sungai oleh Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan tidak dilaksanakan.

3. Majlis Perbandaran Port Dickson - Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kesannya
Terhadap Alam Sekitar

Tapak pelupusan sisa pepejal di Sua Betong dan Bukit Palong merupakan dua tapak yang diselia oleh pihak MPPD. Beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa kajian audit ini dijalankan seperti longgokan sisa pepejal secara haram, ketiadaan kolam larutan resap, ketiadaan kemudahan asas di tapak pelupusan, tempoh perjanjian konsesi telah luput dan aspek pemantauan yang tidak teratur. Tindakkan penguatkuasaan terhadap kesalahan pembuangan sampah haram dan pemantauan pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal perlu dipergiatkan lagi oleh MPPD bagi memastikan kelemahan dapat diatasi.

4. Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN)
- Pengurusan Penyenggaraan Jalan Majlis

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan kemudahan yang disediakan tidak dapat digunakan dengan baik dan selesa oleh orang awam antaranya seperti permukaan jalan yang rosak, bahu jalan berlubang dan tidak sempurna, jalan pecah selepas diturap semula dan pembersihan longkang yang tidak sempurna. Pihak Majlis hendaklah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan jalan raya secara berkala bagi memastikan jalan raya dalam keadaan selamat.

5. Yayasan Negeri Sembilan - Pengurusan Pinjaman Pendidikan

Kelemahan pengurusan secara keseluruhannya dilihat dari aspek pembayaran balik pinjaman. Sehingga tahun 2009, tunggakan bagi bayaran balik pinjaman adalah sejumlah RM8.19 juta atau 12.5% daripada keseluruhan pinjaman berjumlah
RM65.56 juta yang melibatkan 3,021 peminjam. Yayasan perlu mengkaji kemampuan dalam memberi pinjaman pada masa akan datang untuk kekal sebagai badan pemberi pinjaman pendidikan. Kelemahan lain yang diperhatikan ialah masalah yang dihadapi oleh Yayasan untuk memproses dan menjana maklumat yang tepat dan kemas kini daripada Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan (SPPYNS) kerana teknologi yang jauh ketinggalan. Usaha untuk menggantikan
SPPYNS juga didapati belum berhasil kerana sistem baru gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walaupun telah lebih daripada tiga tahun dibangunkan dan belum diserahkan kepada Yayasan.

6. Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) - Pengurusan Air Tidak Berhasil (NRW)

Kadar NRW di Negeri Sembilan pada tahun 2007 adalah merupakan yang kedua tertinggi daripada 13 negeri iaitu 53.1%. Bagi tahun 2008 dan 2009 tiada perubahan bagi NRW di Negeri Sembilan di mana masih kekal di tahap melebihi 50%
berbanding tahap kebangsaan pada kadar 37%. Pada tahun 2008, SAINS menganggarkan kehilangan hasil dari NRW berjumlah RM40 juta setahun. Beberapa isu yang ditemui antaranya kadar NRW yang tidak mencapai sasaran Key Performance Indicator (KPI) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pengiraan imbangan air tidak tepat dan peningkatan semula kadar NRW. Kelemahan ini berlaku disebabkan oleh kekurangan kakitangan dalam penyenggaraan dan pemantauan secara berterusan serta kepakaran dan peralatan yang tidak mencukupi. Pada keseluruhannya, pengurusan NRW di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan dan memerlukan penambahbaikan bagi mengekalkan kadar NRW selaras dengan objektif NRW SAINS.

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

7. Syarikat Ganda Akademik Sdn. Bhd.

Ganda Akademik Sdn. Bhd. (GASB) telah ditubuhkan pada Julai 1993 dan
merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan). Modal
dibenarkan adalah RM5 juta dan setakat Jun 2008 modal berbayar berjumlah RM3.55 juta. GASB menjalankan perniagaan pendidikan di dua buah pusat pengajian di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengurusan aktiviti utamanya yang meliputi pengendalian dua buah pusat pengajian adalah kurang memuaskan di mana terdapat beberapa kelemahan seperti pengurusan aset yang lemah dan tunggakan sewa serta tunggakan pinjaman dari Yayasan yang masih belum dapat dilunaskan. Prestasi kewangannya yang dilihat daripada margin keuntungan menunjukkan pulangan negatif yang semakin meningkat sementara trend nisbah semasa semakin menurun dari tahun 2006 hingga 2008. Kelemahan yang dikenal pasti memerlukan langkah mengurangkan kos operasi, melupuskan aset yang usang, menstrukturkan semula organisasi dan mempromosikan produk syarikat dengan lebih agresif.

8. Syarikat Liberty Capital Sdn. Bhd.
Liberty Capital Sdn. Bhd. (LCSB) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan
Negeri Sembilan (Yayasan) dengan pelaburan sejumlah RM1.1 juta (100%) dan ditubuhkan pada 1 Julai 1993. Objektif penubuhan LCSB adalah untuk meningkatkan keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran kritikal iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar. LCSB menguruskan tiga buah pusat tuisyen milik Yayasan iaitu di Rantau dan Simpang Pertang yang mula beroperasi pada tahun 2008 serta di Palong 5 yang mula beroperasi pada tahun 2009. Pengurusan aktiviti utama syarikat tersebut adalah baik tetapi terdapat beberapa kelemahan seperti misi dan wawasan syarikat tidak ditentukan, penyediaan bajet yang tidak realistik, pemeriksaan fizikal ke atas aset tidak dilaksanakan, pembaikan dan pelupusan aset tidak dilakukan serta pemantauan fizikal serta lawatan ke pusat tuisyen tidak direkodkan. Prestasi kewangan LCSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut bagi tempoh tahun kewangan 2006 hingga 2008. Kerugian ini berpunca daripada peningkatan perbelanjaan LCSB. Oleh itu LCSB perlu mempertingkatkan strategi untuk memperbaiki kedudukan kewangan sekurang-kurangnya dapat mengatasi kerugian terkumpulnya.

PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN KEWANGAN JABATAN/AGENSI NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2009

b) Kutipan Hasil Sebenar Tahun 2009 Berbanding Tahun 2008
Pada keseluruhannya hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009
berjumlah RM247.79 juta iaitu berkurangan sejumlah RM12.91 juta atau 4.9%
berbanding tahun 2008 berjumlah RM260.70 juta. Pengurangan hasil tersebut
adalah disebabkan oleh pengurangan hasil cukai sejumlah RM2.01 juta atau 1.7%
kepada RM113.51 juta pada tahun 2009 berbanding RM115.52 juta pada tahun 2008.
Terimaan bukan hasil juga berkurangan sejumlah RM17.59 juta atau 21.8% kepada
RM63.02 juta pada tahun 2009 berbanding RM80.61 juta pada

4.8.3 Hutang Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan
Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan. Pada akhir tahun 2009, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM259.06 juta atau 12.1% kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2008. Baki berjumlah RM2.4 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Bekalan Air, Rumah Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai. Peningkatan baki pinjaman antaranya adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM278.19 juta pada tahun 2009. Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2009 berbanding tahun 2008 adalah seperti di Jadual 4.36.

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS

























20101026

Lebih banyak Kelab Malam akan dibuka di Malaysia, TAKZIAH

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Malaysiakini
Okt 26, 10 3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Tindakan itu dijangka mendapat bantahan daripada golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali mengadakan demonstrasi bagi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu.
- menarik 2,500 penonton bagi setiap acara dan
- telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, perlepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

http://malaysiakini.com/news/146435

20101025

Konvoi Anak Muda Rembau ke Penang 5 ke 7 Nov 2010


KONVOI ANAK MUDA REFORMASI
Dari Rembau ke Permatang Pauh
5 hingga 7 November 2010 (Jumaat-Ahad)

Anjuran :
SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Yayasan AMAN
United Sharks Bikers 250 Malaysia
bersama
Belia Senawang, DACS ARC, AMK Rembau dan AMK Permatang Pauh

Pertanyaan hubungi Yaser 012-6794704

Sumber http://chegubard.blogspot.com/

Poster program di http://1.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/TLp2-HXUBBI/AAAAAAAAESk/43LYyfTh0fs/s1600/motor.jpg

Tak mampu bayar sewa berbulan di kawasan selamat UMNO Rembau


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

Terkejut lihat gerai terbakar
Sinar Harian 25 Okt 2010

PEDAS - Seorang ibu tunggal terkejut apabila melihat gerai makannya sedang terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Norlia Ramli, 34, berkata, kejadian itu disedari jiran tinggal berhampiran dengan gerainya, lalu memaklumkan kepada dia yang ketika itu tidur di rumah ibunya.

Menurutnya, ketika itu, api sedang marak, bagaimanapun mujurlah beberapa jiran mengambil tindakan berani berusaha memadamkan kebakaran sebelum bomba datang memadamkan sepenuhnya kebakaran terbabit.

“Selepas selesai memadam api saya masuk semula ke dalam gerai dan mendapati peralatan dapur, barang makanan dan tong gas habis terbakar.

“Dinding kedai yang diperbuat daripada kayu papan turut terbakar tetapi hanya sebahagian sahaja,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Batu 2, Pedas Hilir, dekat sini.

Norlia berkata, akibat kejadian itu, dia sedih kerana kebanyakan peralatan dan perkakasan terbakar.

Katanya, secara jujur, dia tidak memiliki wang untuk membeli semula barang dapur kerana kesempitan hidup.

“Dengan keadaan diri yang hanya bergantung kepada pendapatan hasil meniaga goreng pisang untuk membesar dan menyekolahkan anak-anak memang wang sedia ada belum cukup menampung kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Malah, katanya, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa dibahagi dua dengan bekas suami kerana tiga daripada lapan anaknya dijaga bekas suami.

Menurutnya, dia pula perlu menjaga lima anak dan empat daripadanya sudah bersekolah.

“Pendapatan meniaga goreng pisang ini tidak menentu terutamanya jika musim hujan hasil jualan tidak memberangsangkan. Kejadian kali ini juga menyebabkan saya tidak dapat berniaga jika barang dapur tidak dapat dibeli,” katanya.

Lebih merunsingkan, katanya, rumah mesra rakyat yang diduduki kini juga tidak berbayar sejak beberapa bulan lalu kerana hasil jualan digunakan untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8329517.asp

Bersama Cegah Jenayah


Sesiapa yang ada maklumat kumpulan samun yang sedang mengganas di Senawang ini harap hubungi pihak polis

Samun kedai buah
Sinar Harian 25 Okt 2010

SEREMBAN – Empat penjenayah berjaya melarikan diri selepas merompak sebuah kedai buah-buahan di Taman Tasik Jaya, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, keempat perompak berumur lingkungan 18 hingga 19 tahun itu turut menetak seorang pekerja di kedai terbabit, sebelum mengambil wang hasil jualan.

Dua daripada perompak itu bagaimanapun meninggalkan sebuah motosikal yang dinaiki mereka dan terus melarikan diri di kawasan gaung berdekatan sebaik saja menyedari kehadiran polis.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8330884.asp

Kedai Bundle di Senawang kena samun

Penyamun tetak kepala pekerja kedai
Harian Metro 25 Okt 2010

SEREMBAN: “Keempat-empat remaja itu dilihat melepak di kedai pakaian terpakai (bundle) berdekatan sebelum mereka merompak kedai mangsa dengan bersenjatakan parang beberapa minit kemudian,” katanya seorang saksi kejadian yang enggan dikenali.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang pekerja sebuah kedai buah berusia 30-an parah ditetak di kepala oleh sekumpulan penjenayah dalam kejadian rompakan di Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan empat remaja berusia antara 18 hingga 19 tahun yang melarikan wang perniagaan premis berkenaan sejurus seorang daripada mereka menetak mangsa.

Menurut saksi kejadian itu, mangsa ditetak selepas dikatakan enggan mengikut arahan suspek dan dia yang terkejut segera menghubungi polis.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyamuntetakkepalapekerjakedai/Article/index_html

20101022

Tawaran Ibadah Korban Istimewa YAMNS 1431H

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Program Ibadan Korban sempena Hari Raya Idil Adha 1431H.

Ibadah korban ini akan dikhususkan di kawasan penempatan, taman perumahan, projek perumahan rakyat, rumah pangsa di mana terdapat lebih ramai penduduk-penduduk di kawasan ini yang kurang berkemampuan sekitar Seremban dan Negeri Sembilan.

Daging korban ini akan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tawaran untuk 1 bahagian lembu ialah RM350 dan untuk 1 bahagian kambing ialah RM450.

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan.

Untuk penyertaan dan pertanyaan sila hubungi :
Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Motivasi Remaja 20 Nov ke 5 Dis 2010 di Rembau

PROGRAM “DIARI KEHIDUPAN MUSLIM”
Tarikh : 20 Nov - 5 Dis 2010 (dua minggu, Sabtu-Ahad)
Tempat : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim , Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 20 tahun, lelaki sahaja
Yuran : RM 200 sahaja ( termasuk, tempat tinggal bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Terhad kepada 40 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)
Hubungi : Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240

APA YANG MENARIK ?
Madrasah Islamiah Haji Ibrahim, Bongek http://madrasahbongek.blogspot.com terletak berhampiran jalan utama Seremban – Tampin dalam suasana kampung yang tenang dan menyegarkan.

OBJEKTIF PROGRAM :
- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna
- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah
- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar

20101020

Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1431H

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban

Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com

1 Bahagian RM 350.00 (Lembu)

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Laluan nahas di Seremban

Berita Harian 20 Okt 2010

SAINS diminta baiki paip bocor bawah tanah

SENAWANG: Kerosakan jalan di dua tempat berdekatan akibat paip bocor dan kerja pembinaan di Jalan Paroi-Senawang, berhampiran Taman Desa Duranta di sini, didakwa menjadi punca kemalangan ngeri sejak beberapa bulan lalu.

Penduduk dan pengguna jalan raya mendakwa, jalan itu yang rosak di kedua-dua arah dengan jarak kurang 100 meter antara satu sama lain mengundang bahaya kepada pemandu dan penunggang motosikal, terutama di kalangan mereka yang tidak biasa dengan laluan itu. Zulastry Rahim, 42, berkata kerosakan jalan di depan sebuah stesen minyak di laluan menghala ke Paroi itu dipercayai berpunca akibat kebocoran paip bawah tanah dan berlarutan sejak lebih lima bulan lalu.

"Penduduk percaya paip itu milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) kerana ada tangki besar SAINS di atas bukit atas kawasan jalan yang rosak itu.

"Bagaimanapun, kami kesal SAINS atau pihak berkuasa terbabit hingga kini tidak mengambil langkah berkesan bagi membaiki kerosakan dengan sempurna," katanya.

Tinjauan Berita Harian di kawasan itu mendapati kerosakan jalan itu hanya ditimbus dengan batu dan beberapa kon diletakkan untuk menutup kawasan itu daripada dilalui pengguna jalan raya.
Ia menyebabkan kenderaan yang melaluinya terpaksa mengelak dan masuk ke sebahagian besar laluan bertentangan.

S Chandra, 43, berkata satu lagi kerosakan jalan ialah di depan tapak projek perumahan baru yang terletak kurang 100 meter dari tangki air SAINS, tetapi ia tidak begitu serius.

"Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila hujan lebat kerana air yang datang dari kawasan itu melimpah naik ke jalan disebabkan longkang tersumbat dengan tanah dari tapak berkenaan.

"Apabila jalan dinaiki air berlumpur, pengguna jalan raya tidak dapat melihat jalan berlubang atau longkang seterusnya menyebabkan kemalangan," katanya.

Beliau mendakwa, tiga kemalangan maut berlaku disebabkan kerosakan di dua lokasi itu membabitkan dua penunggang motosikal dan seorang pemandu lori, masing-masing dipercayai cuba mengelak jalan rosak itu sejak tiga bulan lalu.

Chandra berkata, SAINS perlu mengambil langkah segera dengan memperbaiki kebocoran paip dan meminta pihak berkaitan memperbaiki semula jalan itu kerana masalah berkenaan berlarutan terlalu lama.

Katanya, pihak berkuasa juga perlu memastikan pemaju projek perumahan terbabit mengambil langkah mengawal keadaan dengan memastikan longkang dibersih serta didalamkan supaya tidak menyebabkan banjir kilat.

Selain itu, katanya, pemaju tidak boleh membenarkan lori tanah beroperasi ketika hari hujan kerana ia akan membawa lumpur tebal dari tapak itu ke jalan raya yang menyebabkan kekotoran dan membahayakan pengguna.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Laluannahas/Article

20101019

Imam iman N.Sembilan meluahkan perasaan di akhbar

Imam mohon perhatian, sumbangan
Utusan Malaysia 19 Okt 2010

SAYA bagi pihak imam-imam surau Negeri Sembilan ingin meluahkan rasa dukacita kepada pihak yang berwajib kerana kami terpinggir daripada pandangan pihak berwajib mengenai tugas-tugas yang kami jalankan setiap hari bagi mengimarahkan surau di tempat kami.

Kami bertugas setiap hari dengan tiada giliran bagi mengimamkan solat lima waktu. Malam Jumaat pula, kami mengendalikan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Pagi Jumaat pula, kami mengendalikan solat subuh, sujud sejadah, tahlil dan doa selamat di rumah dalam qariah kami. Cuma yang tidak diadakan adalah sembahyang jumaat.

Pada Hari Raya pula, kami mengendalikan sembahyang sunat Aidilfiri dan Aidiladha, serta penyembelihan qurban dan aqiqah. Termasuk juga pengendalian majlis perkahwinan pada hari-hari biasa. Cuma majlis akad nikah sahaja dikendalikan oleh imam masjid yang ada tauliah dan dibawa dua saksi dari masjid. Kami imam-imam surau kalau pergi hanya untuk melihat dan melopong sahaja.

Dengan tugas-tugas sebegini, sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada kami. Kami bukannya ingin meminta gaji atau bonus setiap bulan. Paling tidak pun sumbangan duit raya sekali setahun pun sudah memadai.

PAK NGAH
Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Imam iman N.Sembilan meluahkan perasaan di akhbar

Imam mohon perhatian, sumbangan
Utusan Malaysia 19 Okt 2010

SAYA bagi pihak imam-imam surau Negeri Sembilan ingin meluahkan rasa dukacita kepada pihak yang berwajib kerana kami terpinggir daripada pandangan pihak berwajib mengenai tugas-tugas yang kami jalankan setiap hari bagi mengimarahkan surau di tempat kami.

Kami bertugas setiap hari dengan tiada giliran bagi mengimamkan solat lima waktu. Malam Jumaat pula, kami mengendalikan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.

Pagi Jumaat pula, kami mengendalikan solat subuh, sujud sejadah, tahlil dan doa selamat di rumah dalam qariah kami. Cuma yang tidak diadakan adalah sembahyang jumaat.

Pada Hari Raya pula, kami mengendalikan sembahyang sunat Aidilfiri dan Aidiladha, serta penyembelihan qurban dan aqiqah. Termasuk juga pengendalian majlis perkahwinan pada hari-hari biasa. Cuma majlis akad nikah sahaja dikendalikan oleh imam masjid yang ada tauliah dan dibawa dua saksi dari masjid. Kami imam-imam surau kalau pergi hanya untuk melihat dan melopong sahaja.

Dengan tugas-tugas sebegini, sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada kami. Kami bukannya ingin meminta gaji atau bonus setiap bulan. Paling tidak pun sumbangan duit raya sekali setahun pun sudah memadai.

PAK NGAH
Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

20101014

Tahanan Israel di Jempol N.Sembilan 16 Okt 2010


PENGALAMAN TAHANAN ISRAEL
Bersama Tn Hj Jamaludin Elias sukarelawan ke Gaza kapal Mavi Marmara , Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net/
16 Okt 2010 , SABTU
Jam 9 malam
di Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi 019-3941353

Ir Khalid Samad 24 Okt 2010 di Port Dickson


CERAMAH PERDANA
YB Ir Khalid Samad
che'GuBard
Nazree Yunus , Mantan Pengerusi GERAK
24 Oktober 2010 , AHAD
Masa : 8.30 malam
Di MTD Teluk Kemang, Port Dickson

Maklumat lanjut hubungi Eja 010-3428260

Poster program di http://dacsarc.blogspot.com/2010/10/ceramah-umum-dacs-arc-telok-kemang-akan.html

Semua dijemput hadir

YB Ust Zaki Ibrahim 18 Okt 2010 di Seremban


CERAMAH UMUM
YB Ust Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan
Shamsul Iskandar Mat Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Tarikh : 18 Oktober 2010 , ISNIN
Masa : 9 malam
Tempat : Lot 13051, (sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Semua dijemput hadir

Pasangan Cina bantu keluarga Melayu miskin di Rembau


Rumah stor tempat berteduh
Sinar Harian 14 Okt 2010

KENDONG - Bukan mahu meraih simpati tetapi kesempitan hidup menyebabkan dia buntu dan terpaksa bergantung ihsan daripada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Basri Lisut, 55, berkata, sehingga kini dia tidak memiliki kediaman tetap kerana dari dulu terpaksa berpindah randah disebabkan tidak mampu membayar rumah sewa.

Kini dia menumpang di sebuah stor berhampiran kilang dekat sini bersama anak, isteri dan cucunya.

Menurutnya, sepasang suami isteri berbangsa Cina kasihan melihat keadaan mereka sekeluarga kerana hidup tidak terurus menyebabkan mereka menawarkan sebuah stor yang boleh dijadikan sebagai tempat tinggal kerana mempunyai bilik, dapur dan bilik air.

“Mujurlah mereka membantu kerana saya memang tiada tempat mahu dituju. Pendapatan saya sebagai pemandu traktor tidak mencukupi untuk membesarkan 13 anak ketika itu.

“Saya hanya perlu membayar bil air dan elektrik di rumah ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Basri berkata, sebelum ini dia pernah memohon mendapatkan bantuan rumah tetapi gagal, malah dia juga pernah dijanjikan sebuah syarikat swasta berpangkalan di luar negara untuk membantu memperoleh rumah tetapi sehingga kini dia tidak mengetahui perkembangan mengenai perkara itu.

“Ia berlaku beberapa tahun lalu selepas kisah kami pernah disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

“Syarikat terbabit pernah memasukkan wang ke dalam akaun bank sebanyak 100 Euro tetapi cuma dua bulan sahaja dan selepas itu tidak lagi berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, selepas kemalangan pada Disember lalu, dia tidak mampu melakukan kerja berat lagi kerana patah tulang dada dan sakit kaki.

“Kini kehidupan kami anak beranak bergantung kepada hasil jualan makanan dan minuman yang dijalankan isteri selepas mendapat gerai daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berniaga secara kecil-kecilan.

“Bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula digunakan untuk perbelanjaan tiga anak yang masih bersekolah,” katanya.

Basri berkata, walaupun anak yang lain sudah besar tetapi mereka memiliki tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.

“Saya juga terpaksa menjaga cucu selepas kematian anak sulung kami.

“Jauh di sudut hati, saya memang mahu menyediakan sebuah rumah yang lebih selesa buat kami sekeluarga kerana tempat tinggal yang diduduki ini serba daif dan anak terpaksa tidur berhimpit-himpit kerana ruang terhad,” katanya.

Justeru, Basri amat berharap, pihak berkenaan prihatin dengan nasib yang dialami mereka sekeluarga.

“Jika impian mendapatkan rumah tercapai, sudah pasti masalah yang dialami sedikit berkurangan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Seri Kendong, Bahari Thani berkata, pihaknya sedia maklum masalah dihadapi keluarga Basri.

“Masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak berkaitan terutama bagi mendapatkan rumah mereka beberapa tahun lalu.

“Saya akan ajukan lagi masalah ini supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8287575.asp

20101013

Malam ini pengumuman calon N45 Galas

PAS putus calon malam ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas nanti diputuskan pada malam ini.

Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini.

"Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum pada 22 Oktober nanti.

"Calon yang kita akan pilih bukan sahaja mempunyai ketokohan, malah juga sesuai dengan keperluan lapangan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai PRK Dun Galas itu, beliau berkata PAS mahu turun sebagai underdog berdepan Umno BN.

Beliau berkata, biarpun post mortem Pilihan Raya Umum ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu, namun jentera diharap tidak terlalu yakin.

"Post mortem yang kita buat, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding.

"Tapi saya minta PAS jangan over confident, kita mesti meletakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus," katanya.

Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional.

Ianya termasuk membebaskan media dari membuat liputan sebelah pihak, dan tidak menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera Umno BN untuk berkempen.

Menyentuh isu yang akan dibawa PAS pula, beliau yakin isu-isu setempat lebih sesuai dengan suasana Galas di kawasan pinggir bandar Gua Musang.

Bagaimanapun ianya mungkin berubah mengikut kesesuaian masa dan suasana kempen nanti.

"Apa pun kita harap perjalanan pilihan raya ini berjalan dengan baik, dan kita bergantung dengan Allah SWT," katanya.

20101012

Pengumuman!

Perubahan Lokasi Ceramah dari Padang Bola ke Pusat Khidmat Adun Paroi (Belakang Sekolah Sek. Keb. Taman Tasik Jaya) maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Jejai 017-4680125



20101011

Hj Mohd Sabu 13 Okt 2010 di Gemencheh

CERAMAH PERDANA
Bersama :
Tn Hj Mohd Sabu
YB Ng Sue Lin
Rabu 13 Oktober 2010
Jam 9 malam
Di Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut hubungi Shamsul 019-6532973

20101008

Operasi tangkap kaki judi di N.Sembilan, HOTLINE

Laporkan Maksiat di Tempat Anda

Hotline 23 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
06-7672756 , 067672757

Kaki judi ditahan
Sinar Harian 8 Okt 2010

SEREMBAN - Seramai enam lelaki kaki judi ditahan secara berasingan kerana disyaki membeli nombor ekor dalam operasi yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sekitar bandar Seremban dekat sini, kelmarin.

Semua mereka yang beragama Islam berumur lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan dalam ‘Ops Judi’ yang diketuai Penyelaras Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Mohd Zol Sidek.

Difahamkan, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6 petang itu, berlaku sedikit pergelutan ketika penguat kuasa cuba menahan semua kaki judi yang cuba melepaskan diri daripada ditahan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan secara berasingan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antaranya ditahan berada di dalam premis perjudian.

“Kami turut merampas beberapa tiket perjudian dalam operasi ini.

"Semua mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut termasuk urusan jaminan dan akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2003," katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8265278.asp

20101006

Pilihan raya kecil Galas 4 November...Penamaan Calon 26 Okt

http://media1.malaysiakini.com/288/1b13f904d9f051043238930d887081cd.gif
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.

Kerusi Dun Galas kosong berikutan kematian wakilnya dari PAS, Chek Hashim Sulaiman yang yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lepas.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman. Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Che Hashim kalah kepada Saufi dengan 1729 undi.

Sementara itu, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, PAS telah melantik Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya ini. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Penasihat manakala Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai Ketua Operasinya.

Di pihak Barisan Nasional (BN) pula, Ukno melantik Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) sebagai pengarah pilihan raya, satu pendekatan luar biasa yang tidak pernah dibuat oleh BN sebelum ini. Ini kerana, menjadi kebiasaan bagi BN melantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai pengarah.

Muhyidin pula dalam satu kenyataannya turut mencadangkan Ku Li sebagai calon BN dalam pilihan raya ini. Bagaimanapun, sehingga kini Ku Li sendiri tidak mengesahkan samada beliau menerima kedua-dua tawaran tersebut. Beliau hanya akan membuat pengumuman 9 Oktober ini di KLIA sebaik sahaja sampai dari luar negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Mansor berkata, Ku Li telah menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya itu.

Ceramah Dato Mahfuz Omar 12 Okt 2010 Senawang


CERAMAH UMUM

Sempena Pelancaran Jentera PRK N45 Galas
Tarikh : 12 Okt 2010 , Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Ust Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan
YB Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan

Semua Dijemput Hadir

Pakatan Rakyat N.Sembilan waris hutang RM 3 Billion ?

Andaikata Pakatarn Rakyat memerintah Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana hendak menjelaskan hutang kerajaan Negeri Sembilan yang mungkin mencecah RM 3 Billion. Dimana RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air.

Sudah RM 1.6 Billion dibelanjakan untuk rancangan bekalan air di Negeri Sembilan, tapi masih banyak kedengaran rungutan masalah bekalan air di beberapa tempat di Negeri Sembilan ini terutamanya sekitar Kuala Pilah dan kawasan Felda.

Dan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Siapakah yang akan untung dari pinjaman projek bekalan air di N.Sembilan ini sebanyak RM 1.6 Billion dan tambahan peruntukan RM345.2 juta ini.

Rakyat atau siapa ?

Kalau BN masih menerajui N.Sembilan , bagaimana pula mereka hendak melunaskan hutang berbillion ringgit ini ?

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK N.SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Sumber : http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html

RM345.2 juta biaya program air di NS

SEREMBAN 13 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, peruntukan itu untuk membiayai program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru di Negeri Sembilan.

Program itu termasuk projek pembinaan loji rawatan air baru, peningkatan kapasiti loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip asbestos semen yang lama, katanya.

Menurutnya, projek-projek ini akan dilaksanakan secara bersama di antara Sains dan PAAB.

Azlan berkata, Sains yakin dengan program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru ini, ia akan dapat mengurangkan gangguan bekalan air terutama semasa musim perayaan. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010

PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

“Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini.

“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus,” katanya

Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada. Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka.

“Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan. Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya.

“Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan,” katanya.

Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.

“Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air. Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan.

“Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8120193.asp

Pelancaran Jentera Pilihanraya N45 Galas

Ceramah Umum & Pelancaran Jentera Pilihanraya N45 Galas



http://desmond.yfrog.com/Himg801/scaled.php?tn=0&server=801&filename=posterokt10copy.jpg&xsize=640&ysize=640

maklumat lanjut hubungi 017-2218189 (Jejai)

Orang Asli N.Sembilan kecewa undi BN, dipanggil penumpang

Nampaknya Orang Asli di Negeri Sembilan begitu kecewa mengundi BN. Mereka mempersoalkan slogan 1Malaysia Najib. Mereka mendakwa tiada tindakan oleh polis dan Menteri Besar atas laporan pembalakan dan kuari haram di tempat mereka sejak 15 tahun lalu. Mereka kecewa dipanggil penumpang oleh ADUN Lenggeng sedangkan nenek moyang mereka lebih dahulu menetap di Malaysia.

Berita sepenuhnya nasib dan kekecewaan Orang Asli di Negeri Sembilan di bawah ini dari laman web http://www.klik4malaysia.com

Orang Asli : We voted for BN but we are called ‘penumpang’
Tuesday, 05 October 2010

The Malaysian Bar Council has condemned the recent harassment by police and Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) on Orang Asli at Kampung Sebir in Negeri Sembilan.

According to Bar Council President Ragunath Kesavan (second from left), a police officer from the Seremban 2 police station had questioned Tok Batin of Kampung Sebir regarding their customary meeting, two days prior to the scheduled event on September 30.
Ragunath said that the police officer requested Tok Batin to provide a written notification of the meeting to the police in order to obtain approval from the police to formally hold the customary meeting.

He then added that on September 30 itself, JHEOA and the police again visited the village and harassed the villagers for not obtaining a permit to conduct their meeting.

"This is the first time in the history of Malaysia that the police have told villagers that they need a permit to hold their own village meeting," Ragunath told the media at a press conference today.

"We have been holding our customary meeting for so many centuries and so many generations. Why suddenly do we need to apply for a permit?" Network of Orang Asli Villages founder Tijah Yok Chopil (pic right) asked.

"Why are the Orang Asli treated like this? Where is Najib's 1Malaysia? We are also very unhappy about the proposed amendments to the Aboriginal Peoples Act 1954," she added.

"There is also the issue of illegal quarry and illegal logging activities in our villages but the police are not doing anything about that. Instead, they come and harass us about a permit," Jaringan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS) committee member Zurdi Baharu (pic left) said in frustration.

According to Zurdi, the state Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan and also the state police chief Datuk Osman Salleh have yet to take any action against the illegal quarry activities that has been going on for 15 years.

"We also lodged 5 reports about the illegal logging activities but the police just ignored us."

Zurdi's family had the greatest scare of their lives when a large stone from the quarry landed on their house, nearly crushing his child in the process.

"We are sick of the trespassing, abuse and degradation by the government and the authorities. They only protect the corporate," he said in disgust.

Bar Council Orang Asli Committee Chairperson Datuk Ambiga Sreenevasan had called the recent actions of the authorities an 'evidence of the paternalistic attitude' of the government towards the Orang Asli community.

"They (government) are nervous about the proposed amendments to the Orang Asli act. The government is giving away a few acres but taking away hundreds of acres from them. They know that Orang Asli are also against the amendments. Memos have been submitted to the government but there is still no response from the authorities," she added.

Ambiga opined that the harassment was to prevent the Orang Asli from meeting and discussing about how the government was fleecing them.

"Otherwise, why won't the government release a copy of the bill for debate? Are they going to table the amendments last minute and pass it as a legislation without considering feedback from all stakeholders?" asked Ambiga who also questioned the government's deafening silence on the matter.

"The Orang Asli community of 18 diverse tribes numbering 150,000 in Peninsular have been continually harassed and their rights denied. They are the 'one community' that has suffered the most under the Barisan Nasional government," Ragunath added.

Tijah then referred several other incidents that were clear signs of the government's bullying of the Orang Asli people.

"After 53 years of Merdeka, do you all know that the water supply to my village of 3,000 people is one small pipe not bigger than a finger (holding out her thumb) and the pipe runs across a pig sty?" she told a roomful of stunned reporters.

"Then there is this Orang Asli by the name of Panjang Tangkak who has been arrested 4 times for selling produce from his own palm oil estate!" she said.

"The government took away his estate comprising tens of acres and then gave him back only a few acres. Then they did not pay him back the dividends that were promised in the agreement. How is he going to survive if he doesn't sell the produce?

Then they arrest him for selling the produce, claiming it belongs to state property. How can the government say that they 'give him land' and then arrest him for selling product from his own land?" said Tijah who also questioned the logic for such arrests.

Meanwhile, Langkap Kessu from Kampung Belihoi, situated between Mantin and Seremban trunk roads, told K4M that the government wants to take away the ancestral land and then divide it into small pieces to give back to the Orang Asli.

"Is this just, under the law? asked Langkap when questioning the legality of the government's claim that all land belonged to the state.

"How can they (BN government) repay our votes with such treachery? We voted for them. Why didn't they protect us."

According to Reh Binjan, another Tok Batin from Kampung Lumut, Lenggeng, Negeri Sembilan, he was appalled at a speech by Lenggeng state assemblyman Mustafa Salim during a Hari Raya open house that the state owns all the land and that there was no ancestral land.

Mustafa was alleged to have said that the Orang Asli did not fight the war, therefore forfeiting their rights to lay claim to the 'ancestral land'.

Mustafa then allegedly labeled Orang Asli as 'penumpang' (squatters).

"Our ancestors were here even before Malaya was formed. This is even before Malaysia gaining independence. How can he call us penumpang? We are all very sick of the way the government is mistreating us."

Sumber : http://www.klik4malaysia.com/index.php?option=com_content&view=article&id=5640%3Aorang-asli--we-voted-for-bn-but-we-are-called-penumpang-&catid=29%3Alocal-news&lang=en

20101005

ADUN Lenggeng N.Sembilan menghina Orang Asli

TVSelangor
NEGERI SEMBILAN 4 OKT : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng dari Umno, Mustafa Salim didakwa menghina dan merendah-rendahkan masyarakat orang Asli apabila mengeluarkan bahawa kenyataan ‘orang Asal hanya penumpang di tanah kerajaan’. Ungkapan itu dikatakan dibuat Adun itu pada satu majlis sambutan Hari Raya untuk orang Asli di Kampung Lumut, Ulu Beranang pada 22 September lalu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap kepada TV Selangor, Panglima Garang Adat Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS), Abu Ambang berkata, Mustafa didakwa berkata, orang Asli tidak mempunyai tanah warisan atau tempat bermastautin kerana menumpang di tanah kerajaan.
"Dia kata mana ada tanah turun temurun orang asli,itu tanah kerajaan, dia cakap macam itulah Di fikiran kami, kenapa tidak ada sedangkan ini merupakan tanah bapa kami, turun anak, turun cucu, turun cicit.

“Kami mengharapkan belas kasihan wakil rakyat untuk cakap hal tanah atau kemajuan Tak sangka, wakil rakyat ini menentang masyarakat orang Asli ," katanya yang menyatakan kelompoknya mengundi BN sejak menggunakan logo kapal layar lagi.

Ketua Jawatankuasa Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil pula menyatakan masyarakat orang Asli kesal dengan kenyataan Adun dari Umno itu yang jelas bertentangan dengan semangat 1 Malaysia.

Lebih menusuk perasaan, Tijah mendakwa Mustafa mendakwa orang Asli sebagai ‘pengecut kerana lari dari medan perang.’

"Dia cakap orang Asli masa perang dulu, bukannya tolong melawan musuh tetapi lari sana sini,” katanya yang turut marah kerana Adun Lenggeng itu menyatakan ‘semua tanah ini, tanah kerajaan dan bukan kamu punya tanah adat.’

Sumber : http://ko-kr.connect.facebook.com/note.php?note_id=436609661246&comments&ref=mf

Ramah Mesra Aidilfitri Dun Paroi










































































































































Kullu Aamen WA Antum Bikhair