JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

20100830

Guru KAFA dapat duit raya RM250

PULAU PINANG, 30 Ogos: Guru-guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang tentunya tersenyum simpul kerana buat pertama kalinya kerajaan negeri memberikan RM250 wang raya kepada mereka.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, memandangkan peranan guru Kafa tiada tolok bandingnya memberikan pendidikan kepada anak-anak Islam, maka kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan untuk menghiburkan hati golongan tersebut menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28421:kita-bertindak-dulu-najib-pun-ikut&catid=1:utama&Itemid=50

KASE terus Perkasa





Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) meneruskan aktiviti bagi memastikan saman ekor diBATALkan kerajaan. Aktiviti terbaharu mengedar risalah Kempen 3M di Plaza Tol Sg Besi. Apa itu 3M? M1 = Memandu Berhemah ; M2 = Mansuhkan Saman Ekor ; M3 = Mansuhkan Senaraihitam JPJ. Lepas ini, harap semua negeri buat perkara yang sama di Plaza Tol di negeri masing-masing.

Kuliah Subuh Ustaz Fuad 5 Sep 2010 Seremban


KULIAH SUBUH
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Tarikh : 5 September 2010 , Ahad
Masa : 6.15 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Semua dijemput hadir

Kempen Bantah Saman Ekor kini mudah Melalui Internet

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mereka yang ingin meyokong Kempen Membantah Saman Ekor ini sila layari pautan berikut http://www.petitiononline.com/saman/

Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus.

Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011.

Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.

Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari.

Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.

Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.

Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

20100827

Ceramah Nuzul Quran 27 Ogos 2010 Seremban


CERAMAH NUZUL QURAN
Oleh : Ustaz Kamarudin Sidek
Tarikh : 27 Ogos 2010 , Jumaat
Tempat : Surau AnNaim , Bandar Seremban Selatan, Fasa 3

Aturcara :
Buka puasa
Solat Maghrib
Jamuan makan
Solat Isya, Tarawih
Ceramah

Semua dijemput hadir

20100826

Bekas ADUN kena samun di Seremban, rakyat tak selamat

Nampaknya kes jenayah semakin menjadi-jadi di Malaysia, macam dah tak terkawal lagi dah.

26 Ogos, 2010 15:58 PM
Bekas Adun Disamun

SEREMBAN, 26 Ogos (Bernama) -- Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sejumlah wang tunai milik seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarikan tiga penjenayah dalam kejadian samun berhampiran Taman Dusun Nyiur di sini, pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Yusoff Awang berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi mangsa yang memandu SUV jenis Nissan X-Trail dikatakan disamun selepas menghantar anaknya ke sebuah sekolah menengah di sekitar Ampangan di sini.

"Sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai berumur sekitar 30-an menghalang kenderaan mangsa di lokasi kejadian.

"Dua suspek kemudian meluru keluar ke arah kenderaan mangsa, sebelum bekas ADUN itu dilarikan bersama kenderaannya menuju ke arah Kuala Pilah," kata Mohd Yusoff ketika mengesahkan kejadian itu di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa dicampak keluar dari kenderaan di satu lokasi sekitar Paroi dan semua penjenayah terbabit dipercayai meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Pilah.

Selain SUV berkenaan, ketiga-tiga suspek turut melarikan wang tunai dianggarkan RM6,000 dan dokumen pengenalan diri milik mangsa.

Katanya pihak polis telah melancarkan gerakan memburu tiga penjenayah berkenaan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=524154

20100825

Nuke plant in Port Dickson ?


Tue, 24 Aug 2010 13:23
By FMT Staff

PORT DICKSON: The grapevine has it that the coastal town, once a bustling tourist destination but now in the throes of death, could be “nuked” by the government.

Talk is that Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan is seriously lobbying Prime Minister Najib Tun Razak to site the country’s first nuclear power plant at the Bukit Kepong Lake here.

Telok Kemang MP Kamarul Baharin Abbas, who visited the lake recently, acknowledged the rumour but declined to comment on it

However, the PKR leader said he wanted to know why the Drainage and Irrigation department (JPS) was demolishing the “passageway” in the 50-year-old water catchment.

“I don’t want to speculate. But I have asked JPS to explain why it is demolishing the passageway which controls the dam and keeps the lake from overflowing and flooding the low lying areas.

“We want JPS to explain their rationale for demolishing the bund when the current rain spell is already causing floods in the low-lying oil palm estates,” he said.

“Once they explain, we will know for a fact what their real agenda is,” he said. adding that it was unlikely JPS was carrying out the demolition work for no reason.

“One thing is for sure, they must have a big agenda if they are demolishing a large dam such a this which has been around since merdeka,” he added.

Ideal location

Rumours of a nuclear plant in PD was first reported by blogger Singalautmetro, who is a veteran journalist.

In a posting, the blogger said Malaysian Nuclear Agency director-general Daud Mohamad’s statement that several locations, including those in Negri Sembilan and Perak, were being considered for the proposed nuclear plant further confirmed speculation about the Bukit Kepong lake.

He claimed that Tenaga Nasional Bhd had been given the responsibility of implementing the project. .

According to him, the lake was unique because it was shaped like a cauldron with a depth of 15 metres from its banks.

Its more than 10 kilometres reserve is capable of preparing at least 80 hectares as required for the nuclear plant. This coupled with the lake’s expansive reach of over 1,000 hectares made it suitable for the plant.

The Tuanku Jaffar power station situated nearby also had the right technical specifications needed to support a nuclear power plant.

Explaining further, the blogger claimed that the lake would eventually be as hot as the 1,000 MW power plant and capable of producing 14,000 to 18,000 MW of energy.

Najib is expected to announce the location of the country’s first nuclear power estimated to cost between RM6.5 billion to RM 9.75 billion in 2012. Construction of the power plant is scheduled to begin in 2015.

http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/9570-nuke-plant-in-port-dickson

Beban rakyat bertimpa timpa, insuran kereta mahal

Berita Harian 25 Ogos 2010 - Caj insurans kereta tidak masuk akal
SAYA amat terkejut dan tidak berpuas hati apabila baru-baru ini syarikat insurans mengenakan caj nilai kereta paling rendah yang boleh dibeli ialah RM10,000, sedangkan kereta yang saya gunakan iaitu Proton Saga tahun 1999 yang nilainya tidak sampai RM4,000.

Sudahlah kena bayar insurans tinggi, pemilik juga perlu membayar loading kerana usia kereta melebihi 15 tahun.

Perkara yang sama juga berlaku kepada insurans motosikal. Tahun lalu, premiumnya RM69 kini terpaksa membayar RM196.

Apabila ditanya, wakil pos itu memberitahu kadar insurans sudah naik.

Jika tahun lalu diperdebatkan masalah kenaikan insurans ini dan kerajaan kononnya akan melancarkan insurans khas kenderaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang kini memiliki kereta lama kerana tidak berkemampuan membeli kereta baru.

Kerajaan kini dilihat tidak dapat mengawal syarikat insurans yang sewenang-wenangnya menaikkan kadar insurans.

KOS INSURANS TERLALU MEMBEBANKAN. KALAU KEADAAN INI BERTERUSAN SAYA PERCAYA BANYAK KENDERAAN LAMA DAN MOTOSIKAL TIDAK BERINSURANS DAN BERCUKAI JALAN.

KERAJAAN AMBILLAH TINDAKAN.

RAKYAT TERANIAYA,
Kuala Kangsar, Perak.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cajinsuranskeretatidakmasukakal/Article

20100824

Kuliah Subuh Us Nazri Yusof 29 Ogos 2010 Senawang


KULIAH SUBUH
Tarikh : 29 Ogos 2010
Hari : Ahad
Masa : 6.15 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazri Yusof

Semua Dijemput Hadir

Miskin, Putus bekalan makanan di Rembau, rumah usang


Masih ada beberapa keluarga di Rembau yang hidup daif, rumah terlalu uzur, dan terputus bekalan makanan akibat kemiskinan.

Petikan dari Blog Lajnah Kebajikan PAS Rembau :
“Paling kurang semalam ada dua penerima yg sangat bersyukur atas kedatangan kami sbb dah putus barangan keperluan dapur. Mereka menunggu bantuan JKM yg masih belum tiba. Kebanyakan mereka tidak bekerja dan cuma mangharapkan bantuan orang ramai dan JKM sahaja.”

Gambar rumah yang usang di Rembau akibat kemiskinan
http://kebajikanrembau.blogspot.com/2010/08/jejak-ukkuwah-ramadhan-2282010.html

Kepada mereka yang ingin membantu mereka yang memerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang dan berkasih sayang bolehlah menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN & SYAWAL 1431 H – 2010 M
Untuk Keluarga Fakir Miskin Dan Mereka Yang Memerlukan

Anjuran : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Tn Hj Roni – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

SUMBANGAN MELALUI ATAU BANK IN ATAS NAMA :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Borang sumbangan di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html

20100823

Pemuda PAS Promosi Nikah Gantung

Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi
KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” - pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu - sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda negara ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-promosi-nikah-gantung-atasi-masalah-buang-bayi/

20100820

PAS Rembau agih bantuan Ramadan

Sempena bulan Ramadan dan kedatangan bulan Syawal 1431 H , PAS Kawasan Rembau tidak ketinggalan untuk mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Hasil sumbangan mereka yang prihatin diagih-agihkan setiap Sabtu dan Ahad bermula 14 Ogos 2010 yang lalu di DUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau.

Mengetuai rombongan rumah ke rumah semasa pengagihan sumbangan ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan ADUN Paroi, Ketua Muslimat Rembau Pn Wani, Ketua Urusan Ulamak Rembau Ustaz Nazri dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Rembau Hj Roni.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Dewan Muslimat PAS Rembau ini adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan kawasan sebagai memenuhi tuntutan agama untuk menunaikan hak mereka yang memerlukan serta merapatkan ukhuwwah di kalangan masyarakat.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun Bank Islam atas nama PAS Kawasan Rembau , No akaun : 05-012-01-007334-7 atau akaun Bank Islam atas nama Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau No Akauan 05012010061653.

Atau hubungi Tn Hj Roni Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau di talian 012-2268230

Gambar sumbangan di DUN Chembong pada 15 Ogos 2010 pada pautan di bawah :
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/08/pas-rembau-agih-bantuan-ramadan.html

Borang sumbangan juga boleh didapati pada pautan berikut
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html

20100819

Majlis Taddarus DUN Paroi 28 Ogos 2010

MAJLIS TADDARUS AL QURAN DAN TAZKIRAH
Untuk DUN Paroi dan Rantau
Sabtu 28 Ogos 2010
Jam 9.30 pagi
Di PASTI Al Amal , Taman Marida, Senawang
Bersama Ustaz Mohd Nazri Yusof, Ketua Urusan Ulamak PAS Rembau
(Sila bawa bersama mushaf Al Quran)

Temui Imam Masjid Al Azhar Mesir di Seremban 22 Ogos 2010

Program Ziarah Syeikh Ashraf Hamid Hasanain, Imam Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir
ke Negeri Sembilan Darul Khusus

22 OGOS 2010 (AHAD)
4.00 petang: Solat Asar di Masjid Negeri Sembilan, Seremban
8.30 malam: Solat Isya/Tarawih dan Tazkirah di Masjid Bandar Baru Senawang

23 OGOS 2010 (ISNIN)
8.45 pagi: Kunjungan ziarah Sohibus Samahah Mufti Negeri Sembilan
10.00 pagi: Ziarah Syeikh Rauf Al-Bahanji di Pondok Tampin
3.00 petang: Ziarah Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki di Yayasan Sofa
8.00 malam: Imam jemputan terawih dan majlis di Masjid Jamek An-Nur, Rembau

24 OGOS 2010 (SELASA)
8.00 pagi: Lawatan sekitar bandar Seremban
11.00 pagi: Bersiap bertolak ke Kelantan

Sumber : http://ibnulkareem.blogspot.com/2010/08/jadual-syeikh-ashraf-di-negeri-sembilan.html

20100818

Iftar Bersama Pimpinan Turun ke Kawasan N.Sembilan

SEREMBAN 13 Ogos 2010 Jumaat , Rumah Hj Mustapha

JELEBU 21 Ogos 2010 Sabtu , Markas PAS Cawangan Geylang

RASAH 22 Ogos 2010 Ahad , di Labu , Ceramah Us Nasarudin Md Isa

KUALA PILAH 28 Ogos 2010 , PASTI Fatimah az-Zahrah, Kg Paya, Renggoh, Johol

TAMPIN 29 Ogos 2010 , Markas PAS Tampin Bandar , Ceramah Mazlan Aliman

TELOK KEMANG 31 Ogos 2010 Selasa , Pusat Tahfiz at-Tohirin , Ceramah Ust Azman Shapawi

JEMPOL 3 Sep 2010 Jumaat , Muassasah Darul Syarif

REMBAU 4 Sep 2010 Sabtu , Teratak Amal , Rembau

Maklumat lanjut hubungi :
Shamsul 019-6532973 SUBPPNS
Us Ghani 012-6761187 Ketua Lajnah Tarbiyyah N.Sembilan
Us Nazri 019-3457690 SU Tarbiyyah N.Sembilan
Us Hassan 019-3597540 Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan

Hamper Sumbangan Produk Kohilal Seremban

Kini KOHILAL telah membuka kedai jualan barangan KOHILAL dan juga produk Muslim di Seremban yang beralamat di No. 425 Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, Seremban

KOHILAL menyediakan hamper yang mengandungi barangan HILAL dan produk Islam untuk disumbangkan oleh individu atau kumpulan kepada yang berhak menerimanya.

Mereka-mereka ini yang akan menyumbang kepada mana-mana pihak bolehlah mendapatkan dari KOHILAL dengan harga yang berpatutan.

Masa untuk menyediakan hamper sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh pengambilan.

Sila hubungi 017-8893004 (Hj. Yahya) atau 013-6904885 (Muhammad Firdaus) untuk tempahan atau pertanyaan

Dibawah saya sertakan dua senarai barangan yang terkandung didalam hamper tersebut:

A. HAMPER YANG BERHARGA RM58.00
1) Sabuh cuci kain
2) Sos cili
3) Sos tomato
4) Kicap
5) Minuman malt
6) Kordial mangga
7) Soya crispy
8) Ubat gigi hilal
9) Chips mil cookies
10) Krim rambut
11) Kurma

B. HAMPER YANG BERHARGA RM38.00
1) Kurma
2) Minuman Malt
3) Kordial mangga
4) chips mail cookies
5) Cili sos
6) Tomato sos
7) Kicap
8) Krim rambut

20100817

Tazkirah Us Syarhan 20 Ogos 2010 Seremban


TAZKIRAH RAMADHAN
Tarikh : 20 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban
Penyampai : Ustaz Syarhan Humaizi bin Abdul Halim , Penyelaras Masjid Daerah Gombak

Semua Dijemput Hadir

Pasang segera lampu isyarat di simpang tiga Balai Polis Senawang


PENGGUNA jalan raya terpaksa bergadai nyawa ketika melalui simpang tiga berhampiran Balai Polis Senawang ekoran tiada lampu isyarat.
--------------------------------------------------------------------------------

RASAH 2 Mei - Penduduk Taman Ixora di Senawang, Seremban dekat sini meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang kemudahan lampu isyarat di simpang tiga berhampiran Balai Polis Senawang ekoran sering menjadi lokasi kemalangan.

Persimpangan itu menjadi laluan utama yang menghubungkan beberapa taman perumahan termasuk kawasan industri di Senawang untuk ke bandar Seremban.

Malah, simpang berkenaan juga menjadi laluan utama pengguna jalan raya untuk ke Dataran Senawang dan berhampiran dengan Masjid Taman Bandar Senawang, Balai Polis Senawang, Balai Bomba serta sekolah.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan hari ini mendapati, ketiadaan kemudahan itu menyukarkan pengguna jalan raya di kedua-dua arah untuk keluar atau masuk melalui simpang tiga berkenaan.

Lebih membahayakan, tiada sebarang tanda amaran didirikan khusus buat pemandu untuk memperlahankan kenderaan mereka sebaik menghampiri simpang tersebut.

Seorang penduduk, Mohd. Othman Kasim, 45, berkata, banyak kemalangan sudah berlaku di kawasan berkenaan dan keadaan menjadi lebih bahaya pada waktu malam atau hujan lebat.

''Dulu jalan ini tidak sesibuk sekarang tetapi selepas beberapa taman perumahan dibuka laluan ini sentiasa sesak dengan kenderaan lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan petang.

''Kami penduduk seolah-olah bergadai nyawa tetapi apa yang boleh dilakukan kerana jalan ini merupakan laluan kami untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan pantas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terus berlaku di lokasi terbabit.

Seorang lagi penduduk, Ismail Ladin, 30, berharap, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atau PBT mengambil tindakan drastik untuk membina lampu isyarat di persimpangan berkenaan.

''Sebelum ini kami pernah menghantar surat kepada JKR supaya meletakkan lampu isyarat di persimpangan ini tetapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan diambil," ujarnya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

20100813

Kerajaan Rosakkan Tasik Habitat Buaya di Port Dickson

Dari Blog Singalautmetro

Friday, August 13, 2010

KERAJAAN NEGERI ROSAKKAN TASIK BUKIT KEPONG DI PORT DICKSON

PORT DICKSON: Penduduk mukim Pasir Panjang, termasuk yang tinggal di Kampung Bukit Tembok, dekat sini mulai mempertikaikan tindakan kerajaan negeri merobohkan empangan lama yang membenteng air dari Tasik Bukit Kepong ke Sungai Raya.

Ini kerana tindakan itu telah menyebabkan sebahagian tasik semulajadi berkeluasan lebih 1,000 hektar berkenaan semakin kering dan mengancam habitat ikan serta hidupan burung-burung liar seperti belibis dan helang. MALAH TASIK YANG TURUT MENJADI HABITAT BUAYA TEMBAGA ITU KINI DIBIARKAN TANPA PENYENGGARAAN.

Seorang penduduk, Mat Rahim, mendakwa empangan yang dibina sejak zaman merdeka bertujuan mengalirkan air ke kawasan lebih 1,500 hektar sawah padi suatu ketika dulu tidak wajar dirobohkan. Ini kerana katanya, empangan itu berupaya mengelak air Tasik Bukit Kepong mengalir keluar menerusi Sungai Raya sebelum menganjur ke Sungai Linggi dan memasuki Selat Melaka.

"Ini satu tindakan silap pihak kerajaan kerana merobohkan empangan. Sudahlah tiada apa-apa projek mahu dilakukan, empangan ini pula dirobohkan. Akibatnya air tasik menjadi kering. Banyak ikan dan hidupan lain mati!" katanya.

Mat Rahim memberitahu, tasik semulajadi itu selama ini menjadi bekalan utama air bagi keperluan sawah penduduk tetapi selepas semua tanah sawah di situ dijadikan kebun pisang dan kelapa sawit, tasik berkenaan terbiar sahaja.

"Dulu-dulu ada juga dengar nak buat projek pelancongan. Ada juga dibina lebih kurang 10 chalet atau rumah rehat di tepi tasik ini, tapi projek itu terus terbiar dan terbengkalai. Mungkin terbiar lebih 20 tahun dah," tambahnya.

Kini, berdasarkan kerja merobohkan empangan dan menimbus kesemua parit konkrit yang dibina kerajaan lebih 30 tahun lalu, penduduk sekitar mulai tertanya-tanya. Ini kerana tiada papan tanda yang jelas menceritakan apa sebenar yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri.

Seorang pemancing, Johan Mahmud, 60, pula memberitahu tasik semulajadi itu sebelum ini penuh dengan pelbagai jenis ikan yang tidak kedapatan di tempat lain. Katanya, antara jenis ikan itu ialah Ikan Biji Nangka, Kepar, Bujuk, Belida dan pelbagai jenis yang lain.

Bagaimanapun, katanya sejak empangan dirobohkan dan air semakin kering kebanyakan ikan itu mati. Malah katanya, kehadiran beribu belibis terbang ketika senja juga sukar dilihat dipercayai berpindah ke habitat lain selepas air tasik itu dikeringkan.

"Kerajaan kena buat betul-betul kalau memang ada projek mahu dijalankan di sini. Kalau tidak membazir dan merosakkan alam sekitar sahaja," katanya.

Difahamkan, Tasik Bukit Kepong adalah antara tasik semulajadi terbesar di Negeri Sembilan yang mempunyai kesan bersejarah kerana menjadi tempat berkubunya tentera Inggeri dan Jepun satu ketika dulu. Tasik ini bersempadan sehingga Linggi dan penempatan Orang Asli Kampung Bukit Kepong memang sesuai dijadikan kawasan pelancongan.

Namun apalah yang boleh diharapakan daripada kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan kerana apa yang dilakukan di situ seperti perbuatan tikus mencuri beras di waktu malam. Samalah juga mengharapkan tikus membaiki labu. Habis jahanam alam sekitar !

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/kerajaan-negeri-rosakkan-tasik-bukit.html

20100812

Selamat Menyambut Ramadhan

http://3.bp.blogspot.com/_Ql6XhecKyMw/TGNs2HIR_5I/AAAAAAAABis/tASlAoQ_ksQ/s1600/SambutPuasa10.jpg

Pasaraya Promosi Arak sempena Ramadhan di N.Sembilan


Pasar raya tidak peka sensitiviti umat Islam

NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.

Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama".

“Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras,” ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger.

“Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia.

“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28097:pasar-raya-tidak-peka-sensitiviti-umat-islam&catid=1:utama&Itemid=50

9 tahun rakyat N.Sembilan berputih mata

Berita Harian 12 Ogos 2010

PAROI: Ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang dipercayai akibat sistem pembetungan yang tidak memenuhi piawaian ditetapkan menyebabkan beberapa pembeli rumah di Fasa 2 Taman PJ Perdana di sini berputih mata untuk mendiami rumah mereka sejak sembilan tahun lalu.

Tanpa CF, pembeli tidak dapat memasuki rumah walaupun ia sudah siap. Bagaimanapun, beberapa pembeli yang tidak sabar terus mendiami rumah idaman mereka walaupun tanpa mendapat CF. Sesetengah pembeli lain pula tidak mahu menanggung risiko berikutan rumah tanpa CF tidak mendapat perlindungan insurans.

Ini menyebabkan pembeli rumah berkembar itu memohon pihak berkuasa campur tangan untuk menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi. Pembeli, Ali Mohamad, 28, berkata masalahnya sekarang terpaksa membayar pinjaman bank kira-kira RM1,000 sebulan sejak 2001 walaupun tidak menduduki rumah itu.

Katanya, pembeli tidak berpuas hati kerana pemaju perumahan tidak memberi jawapan konkrit untuk menyelesaikan masalah mereka.

Saya minta kerajaan negeri campur tangan dalam masalah ini kerana hampir 10 tahun menunggu, masih tiada kata putus daripada pemaju. Rumah sudah siap, cuma kekurangan beberapa kemudahan infrastruktur, katanya yang terpaksa membayar pinjaman bank dan pada masa sama membayar sewa rumah.

Beliau berkata, rumah yang tidak didiami dikhuatiri digunakan untuk kegiatan menghisap dadah dan akhirnya dirosakkan.

Tinjauan Berita Harian mendapati ada beberapa rumah didiami penduduk dan sebahagian terbiar hingga dipenuhi semak. Sebuah rumah didapati mempunyai banyak kesan, dipercayai akibat kegiatan menghidu gam.

Jamaludin Hussin, 49, pula tidak peduli dengan ketiadaan CF dan terus mendiami rumah itu sejak Januari lalu dengan menyiapkan kemudahan yang tidak disiapkan pemaju menggunakan wangnya sendiri.

Saya membuat keputusan tinggal di sini kerana sudah membeli rumah ini dan tiada rumah lain. Tinggal di mana-mana pun tetap ada risiko, tetapi di sini saya akan rugi jika berlaku apa-apa kerana rumah tidak dilindungi insurans, katanya.

BAGAIMANAPUN, DIA HAIRAN KERANA RUMAHNYA DIKATEGORIKAN SEBAGAI TERBENGKALAI SEDANGKAN BIL PEMBETUNGAN DITERIMA SETIAP ENAM BULAN.

Jika sistem pembetungan menjadi punca rumah tidak mendapat CF, mengapa saya menerima bil ini? katanya.

Seorang pembeli yang enggan dikenali berkata, mereka bosan kerana disuruh bersabar sedangkan CF masih belum diperoleh selepas bertahun-tahun menunggu, malah sesetengah pembeli terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk mendiami rumah itu.

Malah, katanya, masalah sosial sudah berlaku di kawasan itu berikutan keadaannya yang sunyi serta dipenuhi semak-samun.

Kawasan ini sunyi dan dipenuhi semak memudahkan perbuatan tidak senonoh dilakukan. Penduduk sering menjumpai botol arak dan tin gam. Walaupun diadukan kepada pihak berkuasa, masalah ini masih berlaku, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_9tahunputihmata/Article

20100811

Perutusan Khas Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud: "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."
- Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :


رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Yang bermaksud: “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.


TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431

20100810

Polis, JPJ tiada hak hukum mangsa saman ekor


KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai hak serta kuasa menghukum mangsa saman ekor, tegas pasukan guaman, badan bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Zulhazmi Shariff, salah seorang anggotanya menegaskan bahawa polis trafik sebenarnya antaranya mengeluarkan saman dan notis salah laku trafik.

Manakala tanggungjawab JPJ, menurut beliau, antaranya adalah memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan kenderaan sama ada milikan persendirian atau perniagaan.

"Polis dan JPJ tidak ada kuasa untuk menghukum pesalah trafik, hanya mahkamah boleh menghukum mangsa saman ekor selepas dibuktikan bersalah," ujarnya malam tadi di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Beliau yang juga pengamal undang-undang sivil berkata, syor kerajaan menyenaraihitamkan serta menghalang mereka yang terbabit dari memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan prinsip keadilan hak serta hak asasi manusia.

Ini kerana, katanya, prinsip umum undang-undang memberitahu bahawa 'seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah'.

Berpijak pada prinsip tersebut, ujarnya, kaedah perlaksanaan saman ekor yang disyorkan, iaitu seseorang boleh dianggap bersalah walaupun tidak dibuktikan bersalah adalah sesuatu yang bertentangan dengan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A), Akta Pengangkutan Jalan 1997 sendiri.

Lanjutan itu, beliau berkata, mereka yang menerima notis saman ekor tidak perlu membayar sebarang kompaun atau denda kerana beban membuktikan kesalahan mereka yang terbabit di mahkamah sepatutnya dilakukan oleh JPJ dan polis trafik.

Tambahnya lagi, mereka yang disaman berdasarkan CCTV trafik atau notis saman yang ditinggalkan pada kenderaan sebenarnya adalah tidak sah.

Ini kerana, katanya tidak ada peruntukan Akta Pengangkutan Jalan, 1987 membolehkan pihak berwajib memeras kompaun atau denda dari mereka yang terbabit.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, pihak berwajib tidak berani mengheret lebih 2.5 juta pemilik kenderaan yang disenaraihitamkan ke mahkamah.

Ini kerana, katanya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri sendiri tidak yakin bahawa kaedah saman ekor apabila merujuk ketetapan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawaka & Anor (2009) .

"Kalau tindakan ini (saman ekor), kenapa mereka tidak mengheret kesemua kira-kira sejuta lebih mangsa saman ekor ini ke mahkamah?”

"Apa yang saya nak tegaskan di sini, sama ada Najib, (Datuk) Abdul Aziz Yusof (Ketua Trafik Pasukan Polis Bukit Aman) atau (Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) sendiri tidak mempunyai hujah perundangan untuk mengheret mangsa-mangsa ini," tegasnya sambil menganggap saman ekor mencabul 'hak terhadap harta' (kenderaan) sebagaimana dijamin oleh Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28061:polis-jpj-tiada-hak-hukum-mangsa-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

Rakyat terseksa masalah air menjelang puasa dan raya

Dari Blog Singalautmetro. BUKAN SEHARI, bukan sebulan. Telah lama sebenarnya penduduk Kampung Taman Sri Gelugor di Kuala Pilah terseksa kerana SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan) tidak ambil peduli masalah yang membelenggu penduduk terbabit. Kini puasa menjelang, masalah bekalan air yang sering terganggu boleh membuatkan penduduk kampung menjadi berang.

Bukan sekali dua aduan. Beribu kali aduan dibuat supaya SAINS faham dan cepat-cepat menyelesaikan masalah air yang sering terganggu ini. Tapi semuanya hampa.

Mahu dikatakan badak yang pekak, semua pengurusan SAINS terdiri daripada manusia yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu sebagai manusia, pengurusan SAINS ada hati dan perasaan. Sudah tentulah juga satu penyelesaian dibuat bagi memastikan masalah ini tidak lagi membebankan penduduk.

Cubalah pengurusan SAINS faham bahawa hampir kesemuanya penduduk di situ adalah mereka yang beragama Islam yang memerlukan air untuk bersolat. Hampir kesemua penduduk mempunyai anak kecil yang masih bersekolah dan memerlukan air untuk membersihkan diri setiap pagi. Bayangkanlah kesusahan ini.

Saudara menteri besar juga haruslah membuka mata melihat masalah mereka dengan hati lapang dan fikiran yang jauh. Tergamakkah pengundi yang mengundi saudara dan puak-puak saudara untuk terus berkuasa dibiarkan mencari telaga dan menunggu lori bekalan air seperti rakyat di negara Afrika?

Bukankah selalu saudara katakan Negeri Sembilan telah berjaya mengatasi masalah air di negeri itu. Saudara juga pernah katakan, selagi BN berkuasa, masalah rakyat akan menjadi perkara paling utama.

Sekarang ini bagaimana pula? Kekerapan berlakunya gangguan air telah membuat penduduk semakin hilang hormat pada janji-janji BN. Saudara bayangkan, ada di antara penduduk di taman itu pulang dari Kuala Lumpur dengan membawa air mineral penuh di bonet kereta. Kerana apa? Kerana terlalu letih berdepan masalah air yang sering terganggu di negeri saudara.

Saya rasa telah tiba masanya saudara menteri besar turun sendiri melihat masalah itu kerana ia tidak hanya melibatkan Taman Sri Gelugor tetapi turut melibatkan penduduk kampung berdekatan. Dan kalau saudara berhasrat untuk melawat eloklah bawakan timba yang banyak supaya mudah penduduk mengisi air dari telaga yang semakin kering!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/menteri-besar-buat-apa-taman-sri.html

20100807

FELDA Seleweng Jual Beli Buah Sawit ?

Dari Blog PKR N.Sembilan. 7 Ogos 2010
Warga Felda Prihatin: Membongkar Penyelewengan Jual Beli Buah Sawit oleh Felda
Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.

Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.

PENIPUAN KILANG

Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.

Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).

Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.

Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.

Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.

Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/2010/08/warga-felda-prihatin-membongkar.html

20100806

HARI KELUARGA

Hari Keluarga PAS Kawasan Kuala Pilah dan
Sukaneka PASTI Kuala Pilah

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dataran Ilmu, Kg, Paya, Johol, Kuala Pilah, N.S

Perasmian Oleh : YB Mohd Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi)
Penyampaian Hadiah : Pesuruhjaya PAS N.Sembilan En Zulkifly Mohamad Omar

Semua Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan Lagi Majlis

Simpang maut

Berita Harian 6 Ogos 2010

Persimpangan di tiga taman perumahan tiada lampu isyarat, sering nahas

SENAWANG: Kedudukan dua persimpangan yang terletak berhampiran antara satu sama lain di depan tiga taman perumahan iaitu Taman Anggerik, Taman Desa Dahlia dan Taman Alamanda Senawang di sini, mendedahkan orang ramai kepada kemalangan. Ini kerana kedudukan dua persimpangan dengan satunya menjadi laluan masuk ke Taman Anggerik dan satu lagi ke Taman Desa Dahlia terletak terlalu hampir antara satu sama lain. Pada masa sama, persimpangan itu juga didakwa menjadi tempat pusingan-U bagi kenderaan dari kedua-dua hala dan lebih memburukkan keadaan, tiada lampu isyarat dipasang di kawasan berkenaan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Taman Anggerik, Mohamad Rosli Jamil, 50, berkata keadaan itu membuatkan laluan kenderaan di situ sentiasa kelam kabut.

Beliau mendakwa, sejak Januari hingga kini, kira-kira 10 kemalangan berlaku di kawasan simpang berkenaan, termasuk satu kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal akibat dirempuh sebuah kereta.

Katanya, tidak kurang 500 pengguna menggunakan kedua-dua persimpangan berkenaan terutama penduduk dari ketiga-tiga taman perumahan terbabit yang keluar masuk setiap hari.

“Laluan kedua-dua hala itu sememangnya sibuk setiap hari terutama pada waktu puncak antara jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang.

“Ia bukan saja digunakan oleh penduduk dari ketiga-tiga taman perumahan berkenaan malah menjadi penghubung kepada beberapa taman lain di kawasan berhampiran, antaranya Taman Bandar Senawang, Taman Kobena dan Taman Teratai,” katanya kepada Berita Harian.

Katanya, keadaan menjadi lebih serius apabila ada segelintir pemandu kenderaan berat yang sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan utama itu hingga menyebabkan pandangan pemandu lain terjejas.

Mohamad Rosli berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai terutama penduduk dari ketiga-tiga taman terbabit yang melahirkan kebimbangan kerana sering berlaku kemalangan di situ.

Beliau berkata, susulan daripada masalah yang berlaku sejak tiga tahun lalu itu, pihaknya sudah mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun lalu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil, namun belum ada sebarang penyelesaian sehingga kini.

Penduduk Taman Desa Dahlia, Azmi Ahmad, 36, berharap tindakan sewajarnya diambil pihak berkuasa bagi mengelak lebih banyak kemalangan berlaku di kawasan berkenaan.

“Saya berharap pihak terbabit dapat memantau sendiri situasi di persimpangan itu supaya satu tindakan sewajarnya dapat diambil demi kepentingan orang ramai dan pengguna laluan itu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Simpangmaut/Article

Jalan berlubang undang bahaya


Sinar Harian 6 Ogos 2010

CHEMBONG - Pengalaman jatuh daripada motosikal sehingga menyebabkan kecederaan ketika melalui jalan berlubang berhampiran jalan masuk kedai di Taman Chembong Utama menyebabkan dia terpanggil mengadu masalah itu supaya tindakan segera dapat diambil.

Tukang masak, Zamzam Abu Bakar, 42, berkata, jalan berlubang itu bukannya baru berlaku malahan ia telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan.

Menurutnya, dia terjatuh daripada motosikal ketika melalui jalan itu dua minggu lalu sewaktu pulang ke rumah kerana pada ketika itu, keadaan jalan di situ gelap dan ditakungi air .

“Disebabkan tiada tindakan segera diambil oleh pihak terbabit menyebabkan pengguna yang melalui jalan ini menjadi mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan. Saya terpaksa mengambil cuti disebabkan kecederaan yang dialami. Sudah dua minggu saya ditimpa kemalangan. Walaupun masih sakit saya terpaksa bekerja kerana hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang masak di kedai makan berhampiran.

“Jika saya masih mengambil cuti sudah tentu majikan tidak akan membayar gaji dan sukarlah untuk saya hendak menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Malah menurutnya, dia bukanlah mangsa pertama yang jatuh kerana difahamkan terdapat beberapa lagi kemalangan kecil yang berlaku berpunca daripada jalan yang berlubang itu.

“Masalah seperti ini melibatkan keselamatan pengguna jalan raya. Kita tidak mahu menuding jari kepada sesiapa tetapi :langkah proaktif adalah penting sebagai jaminan keselamatan pengguna yang melalui jalan ini,” katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila jalan berlubang itu tidak diletakkan tanda amaran.

“Akibat tiada papan tanda keselamatan akan menyebabkan lebih ramai berisiko untuk jatuh terutama kepada penunggang motosikal.

“Keprihatinan pihak berkaitan penting supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan. Saya tidak mahu perkara yang terjadi terhadap saya berlaku kepada orang lain. Justeru, tindakan pantas perlu dilakukan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8032438.asp

20100805

Bekas Tahanan Israel di Seremban 10 Ogos 2010


PERKONGSIAN PENGALAMAN MISI KEMANUSIAN KE GAZA
DENGAN KAPAL MAVI MARMARA
Tarikh : 10 Ogos 2010 / Selasa
Masa : 9.15 malam , selepas solat sunat Tarawih
Tempat : Surau An Nur, Kg Sentosa Jaya, Paroi, Seremban
Bersama : Ir Dr Selamat Aliman , Aktivis Lifeline 4 Gaza kapal Mavi Marmara dan Ahli Lembaga Aqsa Starif

Semua Dijemput Hadir

Turut diadakan Jualan Amal dan Kutipan Tabung Untuk Palestin

Anjuran : Surau An-Nur & Aqsa Syarif Daerah Seremban

Saman ekor: Kase mahu menteri guna kuasa

PUTRAJAYA, 5 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mahu Menteri Pengangkutan menggunakan kuasanya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menyekat pembaharuan lesen kenderaan kepada mereka yang disaman ekor.

Selain itu, mereka juga mahu menteri mengarahkan JPJ menarik balik arahan menyenarai hitam selagi mereka yang diberi notis saman tidak dibukti bersalah.

Ini kerana tindakan JPJ itu bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Negara.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana tidak dapat bertemu menteri sendiri dan hanya menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya.

Turut serta pada serahan itu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria, Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27973:saman-ekor-kase-mahu-menteri-guna-kuasa&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

20100804

Hari Bersama Mangsa Saman Ekor 10 Ogos 2010 Seremban


HARI BERTEMU MANGSA SAMAN EKOR DAN “BLACKLIST” JPJ
Tarikh : 10 Ogos 2010
Hari : Selasa
Masa : 5.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi

Mereka sekitar Negeri Sembilan dan Melaka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dijemput hadir.

Khidmat nasihat undang-undang oleh peguam dari PAS Pusat dan JUHAM Dewan Pemuda PAS Pusat

Anjuran : Jawatankuasa KASE – Kempen Anti Saman Ekot

Blog ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek bin Abg Ghani
http://mohdtaufek.blogspot.com/

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel : 06-6794609

20100803

Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan






Ceramah Diambang Ramadhan...


oleh : Ust. Hj Mohamad Nizam B. Kamaruzaman (Pendakwah Bebas)





Tarikh: 7 Ogos 2010 / 22 Sya'ban 1431
Masa: Selepas Maghrib

Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang N.Sembilan



Semua dijemput hadir...




maklumat lanjut hubungi : 019-6351519


Suami isteri dah bercerai pun di SAMAN EKOR

Tahniah buat YB Datuk Mahfuz Omar dan seluruh pimpinan PAS atas keprihatinan terhadap masalah saman ekor yang sedang melanda pemilik kenderaan sama ada penyokong PAS, Umno, PKR, DAP dan lain-lain parti yang disenarai hitam oleh pihak polis dan JPJ.

Situasi ini amat membingungkan pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor ini kerana saman ekor ini dibuat atas nama dan nombor kad pengenalan, bukan atas kenderaan.

Contohnya, seseorang yang memiliki dua kenderaan, salah satu mempunyai saman ekor (taraf bintang), maka kedua-dua kenderaan ini tidak dibenarkan memperbaharui roadtax jika saman ekor ini belum dijelaskan.

Contoh sebenar yang berlaku kepada rakan sekerja saya. Pada 2007, beliau membeli dua kenderaan, satu digunakan sendiri dan satu lagi digunakan suaminya. Pada awal Januari 2010, mereka bercerai dan kereta yang digunakan bekas suaminya telah dijual pada Mac 2010.

Pada minggu lepas, apabila beliau hendak memperbaharui roadtax kereta yang beliau gunakan sekarang di pejabat pos, kerani beritahu nama beliau disenaraihitam JPJ. Kemudian apabila dirujuk ke balai polis, alangkah terkejutnya apabila diberitahu ada 9 saman ekor taraf bintang ( RM300 : RM 300x9 = RM 2,700.00 ) yang perlu dibayar segera sebelum dibenarkan memperbaharui kenderaan beliau yang tidak terlibat dng saman ekor. Adilkah hukuman ini?

Saya rasa ramai lagi yang berada dalam situasi seperti ini, kepada siapa nak mengadu? Sudahlah harga barang naik, ditambah lagi masalah sebegini membuatkan kita tertanya-tanya apakah maksud ‘rakyat didahulukan’?

Hal ini membuatkan saya semakin memahami kenapa masyarakat semakin memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membela rakyat.

Rakyat biasa

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27921:saman-ekor-tahniah-mahfuz-pas-prihatin&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

20100802

Saman ekor, PAS gesa batal senarai hitam kenderaan

Kerajaan, JPJ langgar keputusan mahkamah?

KOTA BHARU, 2 Ogos: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, setelah sedemikian diputuskan oleh mahkamah, kenapakah pihak kerajaan dan JPJ masih melakukan perkara ini? Tidakkah keputusan mahkamah ini perlu dihormati dan diikuti?” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tegasnya, tindakan sebegitu adalah merupakan suatu penganiyaan ke atas rakyat Malaysia dan perlu diberhentikan segera.

“Kami juga dengan ini mendesak agar Kerajaan Malaysia dan JPJ bersegera dalam menarik balik penyenaraian hitam ini kerana isu ini sudahpun diselesaikan oleh mahkamah,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Tambahnya, tinggal lagi sama ada Kerajaan Malaysia dan JPJ mahu mematuhi perintah mahkamah tersebut atau tidak.

“Pihak kami juga berkeputusan bahawa jika situasi ini tidak berubah, maka suatu tindakan perundangan lain akan dimulakan bagi membela rakyat yang secara nyata telah ditindas dalam isu ini,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27917:kerajaan-jpj-langgar-keputusan-mahkamah&catid=1:utama&Itemid=50

Saman ekor: PAS gesa batal senarai hitam kenderaan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha pada 5 Ogos ini bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, jawatankuasa berkenaan juga akan mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Menurut Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, Kase juga akan mengadakan hari bertemu mangsa saman ekor di beberapa tempat pada 9 dan 10 Ogos bagi memberikan penerangan kepada mereka dari sudut undang-undang mengenai tindakan yang dikenakan JPJ dan pihak polis itu yang akan disampaikan oleh pengamal undang-undang dalam Kase sendiri.

Pertemuan bagi mereka yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan diadakan di sekitar ibu negara manakala bagi mereka yang tinggal di Melaka dan Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban.

"Kita akan adakan hari bertemu mangsa saman ekor ini pada 9 Ogos untuk Wilayah dan Selangor dan kita menyeru semua mangsa saman ekor akan ikuti perjumpaan ini.

"Akan ada satu taklimat tentang akta dan undang-undang untuk mereka fahami bahawa mereka belum lagi bersalah. Khidmat nasihat akan diberikan oleh penasihat undang-undang kita.

Selain itu, Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membuat aduan mengenai akta dan undang-undang yang dilihat bercanggah dengan perlembagaan negara.

"Kita juga akan bertemu dengan Suhakam supaya Suhakam dapat melihat ada banyak akta dan undang-undang yang sangat bercanggah dengan perlembagaan negara," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan JPJ tidak membenarkan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan negara yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya.

"Perlembagaan negara di bawah perkara 13 menyatakan bahawa kita berhak menggunakan harta kita. Kenderaan adalah sebahagian daripada harta kita.

"Jadi kerajaan melalui JPJ telah menghalang kita menggunakan harta kita apabila menyenaraikan hitamkan kenderaan dan halang perbaharui cukai jalan.

"Tindakan JPJ ini satu tindakan tidak wajar dan menafikan hak seseorang menggunakan kenderaan. Jadi saya minta supaya pihak JPJ pertimbangkan untuk menarik balik senarai hitam ini," jelasnya.

Mahfuz turut menyifatkan tindakan itu akan merugikan negara kerana hasil cukai jalan merupakan pendapatan tetap negara.

"Saya sifatkan ini satu tindakan yang merugikan negara kerana kita mungkin kehilangan pendapatan tetap negara kerana orang yang disenarai hitam tidak akan bayar cukai jalan," katanya.

Tindakan itu juga, katanya dibimbangi akan menggalakkan pemilik kenderaaan yang disenari hitam melakukan satu lagi kesalahan iaitu memandu tanpa cukai jalan selain menggalakkan amalan rasuah terutamanya kepada syarikat-syaraikat kenderaaan yang besar bagi meneruskan perkhidmatan mereka.

"Secara tidak sedar, senarai hitam ini akan galakkan lagi pemilik kenderaan melakukan kesalahan memandu tanpa cukai jalan.

"Ia juga akan mengakibatkan berlakunnya amalan rasuah terutama syarikat-syarikat kenderaan seperti bas ekspres yang ingin meneruskan operasi mereka," katanya.

Namun, Mahfuz menegaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bukan untuk menggalakkan orang ramai melakukan kesalahan jalan raya sebaliknya bertujuan membela nasib mereka yang teraniaya akibat tindakan JPJ tanpa prosedur yang betul.

"PAS tubuhkan jawatankuasa ini bukan bermakna kita bersetuju orang ramai boleh melanggar had laju sewaktu memandu dan melanggar undang-undang jalan raya.Tapi kita buat ini untuk pembelaan.

"Kami anggap ini satu penganiyaan kepada orang kerana menerima notis yang tidak melalui prosedur tertentu," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Kase, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27912:saman-ekor-kase-akan-jumpa-menteri&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat Sokong Subjek Kepenggunaan di Sekolah


Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat Sokong Subjek Kepenggunaan di Sekolah

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat menyokong subjek Kepenggunaan di sekolah rendah dan menengah agar ia membantu melahirkan rakyat Malaysia yang bijak berilmu pengguna.

Timbalan Pengerusi LPAS, Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata bahawa PAS menyokong saranan beberapa Ahli Parlimen Malaysia yang telah mencadangkan supaya ilmu kepenggunaan menjadi salah satu subjek yang diajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

" LPAS PAS Pusat menyokong sepenuhnya supaya ianya dilaksanakan secepat mungkin dan sewajarnya ianya juga dijadikan sebahagian dari perkara yang akan dibincangkan dalam sidang meja bulat berkaitan UPSR dan PMR yang akan diadakan oleh Kementerian Pelajaran tidak lama lagi.

" Masyarakat Malaysia diketahui umum agak ketinggalan dari segi ilmu kepenggunaan berbanding dengan masyarakat di Negara-negara maju. Dengan adanya pengajaran ilmu kepenggunaan di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah , kita akan mendidik rakyat dari peringkat awal lagi dan akhirnya rakyat akan menjadi rakyat yang berpengetahuan dan mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna", kata Mohd Taufek.

Menurut Mohd Taufek yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, berkata dengan adanya ilmu kepengunaan ianya akan dapat memperkasakan budaya pengguna bijak di kalangan rakyat seperti membandingkan harga dan kualiti barangan yang ada di pasaran, melihat tarikh luput barangan sebelum membeli , cara menentukan kualiti barangan yang dijual dan pelbagai lagi perkara asas yang lain berkaitan ilmu kepenggunaan.

" Dengan ilmu sahaja, rakyat Malaysia akan menjadi celik pengguna dan kita akan berjaya melahirkan masyarakat pengguna yang bijak.
" Lantaran itulah, PAS Pusat dibawah Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar telah berusaha menubuhkan sebuah NGO iaitu Sahabat Pengguna Bestari yang menumpukan peranannya untuk mendidik rakyat dan melahirkan masyarakat pengguna yang bijak", ulas Mohd Taufek.

Mohd Taufek berkata usaha melahirkan masyarakat yang berilmu perlu diberi perhatian dan ini juga merupakan perkara asas yang amat perlu ke arah menuju negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020.

PAS REMBAU MELANCARKAN BANNER PERANG SARAF 1 TRADISI RAKYAT DIDAHULUKAN




PAS REMBAU MELANCARKAN BANNER PERANG SARAF 1 TRADISI RAKYAT DIDAHULUKAN

FAIZ ABDULLAH

PAROI - PAS Rembau melancarkan perang saraf dalam bentuk banner bertajuk 1 Tradisi Rakyat Didahulukan berikutan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak, gas dan gula.Banner tersebut berbunyi " Terima Kasih Kerajaan BN Kerana Naikkan Harga Gula dan Minyak.1 Tradisi Rakyat Didahulukan".

Banner tersebut juga menggambarkan dialog bergambar apabila seorang ibu bertanya " Perdana Menteri kata ekonomi negara bagus", tetapi anaknya pula bertanya " Tapi kenapa harga barang naik?".

Menurut Yang Dipertua PAS Rembau, Mohd Taufek Abdul Ghani, sebanyak 10 buah banner tersebut dipasang di seluruh kawasan Rembau sebagai kempen kesedaran untuk rakyat yang sekali lagi dibebankan dengan kenaikan harga petrol, diesel, gas masak dan gula.

" Banner ini dilancarkan bertujuan mencelikkan mata rakyat tentang betapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sering melaung-laungkan slogan yang hanya sekadar retorik semata-mata.

" Justeru itu saya menyeru agar rakyat yang juga merupakan pengguna ada kuasa untuk membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti untuk memastikan agar kebajikan dan kepentingan mereka lebih terbela bersama Pakatan Rakyat", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek juga mengesyorkan agar PAS kawasan di seluruh negara melancarkan banner perang saraf seperti yang dilancarkan oleh PAS Rembau untuk mencelikkan mata rakyat yang tidak habis-habis ditekan oleh kerajaan Umno-BN.

" Saya berharap banner kenaikan harga minyak dan harga barang, malah banner berkaitan isu semasa dinaikkan di semua markas PAS kawasan dan di rumah ahli yang berkedudukan strategik.

" Ini juga salah satu cara kita mendidik rakyat agar mereka harus peka dan tahu hak mereka sebagai rakyat dan pengguna", jelas Mohd Taufek lagi.

PROJEK PEMBENTUNGAN TERBENGKALAI MENYUSAH DAN MEMBAHAYAKAN PENDUDUK





PROJEK PEMBENTUNGAN TERBENGKALAI MENYUSAH DAN MEMBAHAYAKAN PENDUDUK

FAIZ ABDULLAH

SENAWANG – Kira-kira lebih 20 projek pembentungan terbengkalai dilaporkan berlaku di sekitar taman perumahan di kawasan Senawang.
Harakah difahamkan, sebanyak 20 projek dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi dan lapan di DUN Senawang, di dapati terbengkalai akibat kontraktor yang bertanggungjawab gagal melaksanakannya.

Ekoran daripada masalah terbabit, banyak jalan utama di dalam kawasan perumahan rosak teruk, malah mengundang bahaya kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, masalah tersebut telah berlaku sejak tiga tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil.

Katanya, semua pihak yang bertanggungjawab dengan projek terbabit telah sedia maklum mengenai masalah tersebut, tetapi sehingga ke hari ini, tiada pihak yang mengendalikan masalah ini.

“ Lebih tiga kali, masalah ini dibawa ke persidangan DUN, tetapi setiap kali soalan di ajukan, mereka hanya memberi jawapan bahawa tindakan akan diambil, tetapi tidak melaksanakannya.

“ Malah janji kerajaan negeri yang akan memulakan semula projek berkenaan, dan akan menyiapkannya dalam tempoh 24 bulan, hanyalah sekadar janji kosong.

“ Ini kerana sehingga ke hari ini, tiada sebarang tanda-tanda kerja yang menunjukkan projek tersebut akan dijalankan, kerana semuanya masih berada dalam keadaan yang sama,” kata Mohd Taufek.

Sementara itu, ADUN Senawang, P.Gunasekaran ketika ditemui berkata, pihaknya kecewa dengan kerajaan negeri yang gagal menyiapkan projek tersebut sehingga mendatangkan kesulitan kepada penduduk setempat.

Katanya, apa yang paling mengecewakan, projek terbengkalai ini berlaku lebih daripada satu di satu-satu kawasan.

“ Misalnya, di Taman Sri Mawar sahaja, ada tiga projek terbengkalai, yang mana setiap satu daripadanya jaraknya hanyalah 500 meter sehaja.

“ Malah, kawasan yang dikorek itu juga, didapati berhampiran dengan tempat kediaman, sehingga ada rumah yang terjejas akibat projek tersebut.

“ Oleh yang demikian, saya memohon kepada pihak berkuasa agar dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera, demi kepentingan dan keselesaan penduduk setempat,” kata Gunasekaran.

Jelasnya, beliau tidak mahu ada penduduk di kawasan terbabit, hidup dalam keadaan tidak selesa di rumah sendiri akibat terlalu bimbang dengan projek pembentungan yang terbengkalai di situ.

Mohd Taufek dan Gunasekaran mendesak agar kerajaan negeri memandang masalah ini dengan serius kerana daripada aspek keselamatan projek terbengkalai ini mengundang risiko bahaya kepada golongan kanak yang tinggal berdekatan.Malah ia juga menjadi tempat pembiakan nyamuk.

DIALOG PAS NS BERSAMA PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH CINA NS




DIALOG PAS NS BERSAMA PERSATUAN BEKAS PENUNTUT SEKOLAH CINA NS

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Kepimpinan PAS Negeri Sembilan (NS) mengadakan sebuah dialog dengan Gabungan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina NS (GPBPSC NS) berhubung beberapa isu berkaitan dengan sekolah Cina dan isu pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR).

Kepimpinan PAS diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (NS), Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS NS, Zakaria Khalim; Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS NS, Mohd Taufek Abdul Ghani; Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS NS, Yau Con Seng dan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS pusat, Dato' Abu Bakar Chik.

Sementara GPBPSC NS diwakili oleh Pengerusinya, Lee Chee Keong; Penasihat, Lee Kok Fee dan Setiausaha, Leong Mun Kee.

Chee Keong dalam ucapannya mengalu-alukan dialog sebegini dengan PAS demi kebaikan masyarakat Cina memandangkan parti pemerintah tidak mahu berjumpa persatuan seperti GPBPSC untuk berdialog.

Dalam dialog tersebut Chee Keong juga menjelaskan bahawa persatuan Cina seperti GPBPSC bukanlah persatuan extremis sebaliknya hanyalah aktivis Cina demi pendidikan bahasa Cina.Beliau juga bertanya bahawa seandainya Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerajaan pusat dan kerajaan Negeri Sembilan, apakah status sekolah jenis kebangsaan akan terpelihara dan bagaimana pula dengan bantuan kewangan oleh kerajaan PR nanti.

" Pihak yang menuduh persatuan Cina yang memperjuangkan pendidikan bahasa Cina dan sekolah Cina sebagai extremis adalah merupakan mereka yang mempunyai agenda masing-masing", kata Chee Keong.

Dalam dialog tersebut pihak GPBPSC mengajukan pelbagai persoalan dan masalah yang dihadapi oleh struktur sekolah jenis kebangsaan cina seperti peruntukan kewangan.

Zulkefly pula berkata semua bangsa mempunyai budaya tersendiri yang boleh menyumbang kepada pembangunan modal insan.

" Saya juga menyokong bahawa matapelajaran sains dan matematik perlu diajar di dalam bahasa ibunda kerana bahasa ibunda amat penting untuk setiap bangsa.

" Jika bahasa ibunda dilupakan maka identiti bangsa itu sendiri akan hilang", kata Zulkefly.

Zulkefly juga membidas kerajaan Umno-Barisan Nasional berhubung cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR kerana dasar pendidikan yang tidak jelas dan mengikut acuan Menteri Pelajaran.

" Kita boleh melihat apabila ada rombakan pada jawatan Menteri Pelajaran, pasti akan ada perubahan atau cadangan untuk dasar pendidikan negara diubah yang saya kira mengikut acuan menteri terbabit"

" Saya mengsyaki kerajaan mungkin ingin memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR kerana kerajaan tidak mempunyai duit untuk membayar elaun khas untuk guru yang menjadi pemeriksa peperiksaan dan juga kos untuk menghantar guru ke seminar persediaan sebagi pemeriksa peperiksaan", ulas Zulkefly lagi.

Zulkefly berkata setakat ini tiada kajian yang mengatakan bahawa tidak perlunya peperiksaan UPSR dan PMR perlu dimansuhkan.

Sementara itu Mohd Taufek menjawab soalan Kok Fee berkata bahawa seharusnya kerajaan harus membantu sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah agama rakyat.

" Dalam Islam itu sendiri telah ditekankan bahawa kita berlaku adil pada bukan Islam termasuk dalam soal pendidikan.

" Tiada sebab untuk kami (jika bentuk kerajaan negeri) menafikan hak masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan pendidikan sempurna dalam bahasa ibunda", kata Mohd Taufek.

Terlebih dahulu Abu Bakar pula memberi jaminan bahawa jika PR memerintah ia akan berlaku adil kepada semua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama rakyat.

" Hanya dengan pendidikan sempurna rakyat akan bijak dan negara akan maju.

" Dengan tahap pendidikan yang baik, kadar jenayah juga akan berkurang", ujar Abu Bakar.
---------------------------
Caption Foto: Barisan Pemimpin Utama - duduk dari kiri - Lee Kok Fee, Lee Chee Keong, Zulkefly Mohamad Omar, Dato' Abu Bakar Chik, Mohd Taufek Abd Ghani dan Zakaria Khalim.

Ust Azman Syapawi 9 Ogos 2010 di Seremban



CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Tempat : Surau An-Naim, Bandar Seremban Selatan
Tarikh : 9 Ogos 2010 / ISNIN
Masa : 7.30 malam
Penceramah : Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi ufo_ips@yahoo.com

PASTI Taman Pedas Perdana Rembau 2011


Pendaftaran Pelajar PASTI Al Ain untuk Tahun 2011
Kini Dibuka

PASTI Al Ain Taman Pedas Perdana , Rembau

Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , Hakki 013-3840022

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah

Korek pasir ancam penduduk di Pilin, Rembau

Tanah kian terhakis

Berita Harian 2 Ogos 2010

Penduduk Kampung Paya Lebar Luar bimbang sedut pasir punca hakisan

PEDAS: Penduduk Kampung Paya Lebar Luar di Pilin dekat sini, hidup dalam kebimbangan berikutan kegiatan menyedut pasir Sungai Pedas yang dijalankan tidak sampai satu meter dari tanah mereka yang dikhuatiri boleh menghakis kawasan sekitar dalam tempoh singkat. Walaupun kegiatan itu baru diusahakan sejak beberapa bulan lalu, penduduk mendakwa kesan negatif mulai kelihatan dengan satu tali air bersebelahan sungai itu hilang dalam sekelip mata akibat runtuhan tanah berikutan hakisan yang berlaku. Tinjauan Berita Harian mendapati kawasan menyedut pasir itu hanya kira-kira 300 meter dari jalan besar menyebabkan tanah dusun berhampiran juga semakin terhakis.

Ini membimbangkan penduduk yang khuatir lebih banyak tanah berhampiran akan hilang akibat kegiatan itu jika keadaan sekarang berterusan.

Abdul Razak Alias, 51, yang mewakili penduduk terbabit tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku di tanahnya dan penduduk lain jika kegiatan menyedut pasir itu berterusan.

Beliau bimbang kejadian lebih buruk boleh berlaku jika keadaan itu dibiarkan sedangkan pihak yang menyedut pasir mendapat keuntungan.
“Saya difahamkan permit menyedut pasir di Rembau dibekukan sejak beberapa bulan lalu. Ini menghairankan saya kerana aktiviti ini masih berlaku di kawasan ini hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah, jika mendapat kelulusan dan kebenaran, katanya pihak berkuasa yang berkaitan dengan kegiatan itu perlu membuka mata dengan melihat sendiri keadaan yang berlaku.

Beliau berkata, tanah miliknya yang diusahakan sawah semakin terhakis akibat kegiatan itu dan bimbang jika keadaan sekarang berterusan, tanahnya akan lenyap begitu saja.

Abdul Razak mendakwa perkara itu sudah diadukan kepada beberapa pihak, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah serta Pejabat Daerah dan Tanah Rembau kerana mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap pengusaha terbabit.

“Kegiatan itu boleh membahayakan jambatan kampung ini yang baru siap dibina setahun lalu kerana kegiatan itu menyebabkan air sungai semakin dalam dan keruh.

“Jambatan itu boleh runtuh kerana struktur di bawah jambatan akan terjejas berikutan kedalaman sungai yang semakin bertambah dan hakisan tanah,” kata pesara tentera itu yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara itu terlebih dulu.

Beliau berkata, penduduk tidak menentang kegiatan itu dengan syarat tidak menimbulkan masalah kepada pihak lain.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NegeriSembilan_Tanahkianterhakis/Article

20100801

Sampul Duit Raya, Beli sambil menyumbang


Sampul Duit Raya edaran Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan

Satu pek hanya RM 1

Kepada yg ingin membeli sampul ini bolehlah menghubungi AJK DMPNS iaitu Pn Masita Ali 019-2655059 atau Pn Wani 013-3851202

Maklumat lanjut di http://muslimatpasn9.blogspot.com/

Membeli Sambil Menyumbang