20100730

Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negara akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

"Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27877:kempen-10-juta-tandatangan-bantah-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

PAS bentuk jawatankuasa Anti Saman Ekor

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.

Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.

Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.

Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.

“Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.

Timbalan ketuanya, azman Shapawi abdul Rani berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’ seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.

Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.

“Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya.

Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.

“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan,” katanya.

Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.

Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan.

“Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27865:pas-bentuk-jawatankuasa-anti-saman-ekor&catid=1:utama&Itemid=50

20100729

Penduduk Taman Jasmin bimbang


Keadaan tanah runtuh yang semakin hampir dengan kawasan perumahan menyebabkan penduduk kawasan sekitar berasa tidak selamat di Taman Jasmin, Seremban.
--------------------------------------------------------------------------------

Utusan Malaysia. Seremban 28 Julai 2010 - Penduduk berhampiran Taman Jasmin, Senawang dekat sini bimbang apabila laluan utama di taman berkenaan terpaksa ditutup akibat kejadian tanah runtuh sejak beberapa minggu lalu.

Ini kerana kenderaan berat kini sudah mula menggunakan laluan kecil di taman berkenaan sebagai laluan alternatif ekoran laluan utama itu ditutup.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi turut mendapati sekiranya struktur jalan di laluan utama itu masih belum dibaikpulih ia akan mengakibatkan runtuhan yang lebih besar.

Menurut seorang penduduk, Sri Haryani Maarof (gambar), 43, keadaan tersebut amat membahayakan penduduk di taman ini kerana kenderaan berat terpaksa melalui jalan di taman ini.

''Masalahnya kenderaan yang melalui kawasan ini kebanyakannya dipandu dengan laju dan boleh membahayakan anak-anak yang bermain di dalam kawasan ini.

''Sebelum ini tiada masalah jika anak-anak hendak bermain di kawasan persekitaran, tetapi kini ia sudah menjadi kerisauan kami," katanya.

Jelasnya lagi, selain bimbang dengan keselamatan penduduk, masalah kesesakan lalu lintas turut timbul apabila semua jenis kenderaan turut menggunakan laluan kecil di taman terbabit.

''Sejak laluan utama taman ini ditutup, jalan kecil berhampiran rumah kami akan sesak dengan kenderaan, lebih-lebih lagi ketika orang ramai ingin keluar bekerja bermula 5 pagi hingga 9 pagi, manakala di sebelah petang pula jalan ini akan sesak bermula pukul 5 petang sehingga 7 petang.

''Ini secara tidak langsung menyebabkan keadaan di sini amat bising dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang.

''Masalah ini juga menyebabkan penduduk yang ingin melintas melalui kawasan ini terpaksa menunggu lama," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Nurani Rosli, 28, berkata, rumahnya kini dipenuhi dengan habuk disebabkan kenderaan keluar masuk di laluan taman berkenaan.

''Kejadian sebegini sudah dua kali berlaku di sini, oleh itu saya berharap agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera demi keselamatan penduduk," jelasnya.

Sementara itu, Mazlan Murad, 47, yang juga merupakan seorang penduduk taman berkenaan memberitahu, selepas berlaku runtuhan, pihak berkenaan telah datang membuat pemeriksaan, namun tiada tindakan susulan yang diambil.

''Kini kawasan dalam taman telah menjadi laluan utama kenderaan berat dan lain-lain. Ini semua disebabkan tiada kerja-kerja pembaikpulihan dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab,'' katanya.

Tambah Mazlan, dia juga telah menghubungi pihak berkuasa tetapi masih lagi tiada tindakan susulan yang dilakukan sehingga kini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

20100727

Dato Dr Haron Din 3 Ogos 2010 Port Dickson


CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Oleh : Tn. Guru Dato Dr Haron Din
Tarikh : 3 Ogos 2010 / Selasa
Tempat : Surau Taman Selasih, Port Dickson
Masa : Selepas Maghrib

Semua Dijemput Hadir
Maklumat lanjut sila hubungi En Saleh Hamid 019-6543570

Lombong Pasir ancam rakyat N.Sembilan

Korek pasir undang hakisan
Sinar Harian 27 Julai 2010

REMBAU - Projek mengorek pasir yang giat dilakukan di Kampung Pelebar Luar, Pilin, menimbulkan kebimbangan dan keraguan kepada salah seorang pemilik tanah terbabit.

Abdul Razak Alias, 51, berkata, kerja mengorek pasir berhampiran dengan tanah miliknya menyebabkan berlaku hakisan dan runtuhan tebing.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangannya kerana keluasan tanah miliknya akan berkurangan daripada sebelum ini jika tindakan segera tidak diambil.

“Pihak yang bertanggungjawab dalam projek ini bertindak rakus sehingga tanah milik saya juga turut menjadi mangsa.

“Sepatutnya mereka memahami syarat kerja mengorek pasir tetapi disebabkan kurang pemantauan rapi, kini kawasan tanah milik saya pula terbabit sama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Abdul Razak berkata, tanah seluas 3.2 hektar itu kini dibersihkan untuk projek tanaman getah dan gaharu tetapi pihaknya khuatir jika keadaan itu dibiarkan begitu sahaja, ia memberi kesan bagi jangka masa panjang.

“Rumah ibu saya berhampiran dengan kawasan ini. Jika tidak dibendung, tidak mustahil berlaku runtuhan yang lebih dahsyat daripada sebelum ini.

“Justeru, pihak berkenaan diingatkan supaya jangan bersikap mementingkan diri sehingga menyusahkan orang lain,” katanya.

Menurutnya, kerja mengorek pasir itu juga berhampiran jambatan dan dibimbangkan hakisan akan menyebabkan kemudahan yang menggunakan kos tinggi itu akan runtuh, sekali gus membahayakan pengguna.

“Saya berharap pihak berkenaan memantau kegiatan kerja mengorek pasir ini bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

“Pastikan kerja mengorek pasir ini mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7995370.asp

Peluang menaja anak yatim lanjut pelajaran di Mesir






Kepada sesiapa yang ingin menaja atau memberi sumbangan untuk seorang pelajar (anak yatim , kematian ayah) untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar , Mesir sila klik pada surat permohonan di atas.

20100726

Menteri kabinet tak prihatin bantu rumah perlindungan

YKSNS kesal permohonan rumah perlindungan tidak dilayan

Berita Harian 26 Julai 2010

SAYA terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca dan rakyat Malaysia berhubung peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah di negara ini yang kini dilihat semakin hebat dan membanggakan dalam membantu kerajaan dan rakyat untuk membela serta memperjuangkan perkara yang wajar.

Jika kita renungkan sejak beberapa tahun lalu sehingga kini begitu banyak NGO merealisasikan program serta membantu kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat darinya. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) di bawah pimpinan Muhammad Adnan Abdullah, menyaksikan lebih ramai golongan yang mempunyai masalah dan kekurangan pendapatan dapat dibantu. Dengan bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Mufti, YKSNS menjalankan program kemasyarakatan untuk mendekati masyarakat dengan lebih rapat.

Dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan MAINS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, kepercayaan masyarakat bertambah dari tahun ke tahun sejak penubuhannya.

Pengalaman YKSNS dalam menguruskan kes berkaitan saudara baru, membuktikan kesungguhan mereka membantu dan menangani isu kekurangan bantuan serta tiada pendapatan tetap. Dengan usaha dan bantuan beberapa badan kerajaan dan swasta mereka dilihat amat prihatin dalam bidang dakwah dan juga memainkan peranan yang tinggi di Negeri Sembilan.

Namun YKSNS, tetap menghadapi masalah berkaitan pembelian rumah perlindungan bagi menempatkan mereka yang memerlukan.

Surat dan profil sudah dihantar kepada semua menteri Kabinet, namun tidak juga dapat merealisasikan pembelian rumah perlindungan itu.

Apakah sukar sangat untuk membantu dengan sedikit daripada pendapatan kita sebulan?

Apalah kiranya jika ada pihak yang sudi tampil dan menghulurkan bantuan. YKSNS sudah berusaha untuk menyampaikan kepada masyarakat akan kewujudan mereka. Mereka tidak memaksa untuk membantu, tetapi merelakan diri demi untuk membantu segelintir masyarakat kita.

Kita harus sedar akan perkara ini dan menghulurkan bantuan kepada mereka agar masalah yang dihadapi segelintir masyarakat dapat dibantu dengan niat suci.

JIWA BELIA, Sri Menanti,
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YKSNSkesalpermohonanrumahperlindungantidakdilayan/Article

20100724

Dr Badrulamin 29 J ulai 2010 di Lenggeng

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Julai 2010 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : MTD Lenggeng, Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Penceramah :
Ustaz Dr Badrulamin Baharon
Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Semua Dijemput Hadir

20100723

Sumbangan dari pihak ketiga


Harakah 23 Julai 2010 ( Sila klik pada keratan akhbar di atas )

20100722

Program Sumbangan Ukhuwwah Manafaat Bersama


Kepada mereka yang ingin membantu mereka yangmemerlukan , disamping dapat membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang dan berkasih sayang bolehlah menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN
RAMADHAN & SYAWAL 1431 H – 2010 M
Untuk Keluarga Fakir Miskin Dan Mereka Yang Memerlukan

Anjuran : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Borang Sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Tn Hj Roni – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

SUMBANGAN MELALUI ATAU BANK IN ATAS NAMA :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

20100720

Ceramah Ann Wan Seng 23 Jul 2010 Seremban


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Tarikh : 23 Julai 2010 , Jumaat
Masa : 9 malam
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah :
En. Ann Wan Seng
Ust Abdul Ghani Abdul Rahman

Semua Dijemput Hadir

Ann Wan Seng anak kelahiran Klang, Selangor ini merupakan seorang tokoh yang telah mencipta pelbagai kejayaan serta memegang portfolio penting, antaranya sebagai Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagi MACMA, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kebangsaan (PERKIM), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Putra serta Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan, dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis beliau antaranya ialah Rahsia Bisnes Orang Cina 'The Bamboo Network' telah terjual melebihi 20,000 naskah dan dinobatkan sebagai Buku Terlaris di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1430 Hijrah / 2009, dan penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008.

TONTON PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA BERSAMA PAS & KeAdilan REMBAU





TONTON PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA BERSAMA PAS & KeAdilan REMBAU

FAIZ ABDULLAH

SENAWANG - PAS dan KeAdilan Rembau telah menganjurkan program menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia diantara Sepanyol dan Belanda bertempat di perkarangan restoran Ulam Raja, Datanran Senawang di sini.

Dihadiri oleh kepimpinan utama PAS & KeAdilan Rembau termasuk Yang Dipertua PAS Rembau, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ketua Cabang KeAdilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin.Memeriahkan lagi program ini adalah dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu.

Hampir dua ratus pengunjung membanjiri perkarangan restoren tersebut untuk bersama-sama menonton perlawanan bolasepak di pertandingan bolasepak paling unggul sedunia.

Mohd Taufek dalam ucapan beliau menyeru lebih ramai anak muda berkecimpung dalam aktiviti sukan kerana ia merupakan sebuah aktiviti yang sihat dan dapat membendung remaja daripada terjerumus ke dalam masalah sosial.

Mohd Taufek berkata penganjuran program ini dengan kerjasama KeAdilan Rembau adalah dalam usaha menarik lebih ramai golongan anak muda mendekati perjuangan PAS dan KeAdilan.

" Mereka perlu didedahkan bahawa kita sebagai parti politik bukan hanya aktif dalam aktiviti politik tetapi kita juga memberikan tumpuan kepada program riadah dan sukan.

" Seharusnya program sebegini harus membuka mata golongan muda yang sebelum ini mempunyai persepsi bahawa kita hanya berminat dalam aktiviti politk sahaja", kata Mohd Taufek.

Sementara itu Badrul Hisham pula berkata bahawa beliau kecewa dengan prestasi bolasepak tanahair yang semakin hari semakin tenggelam.

" Sedia maklum pada tahun 1994, lebih seratus pemain profesional dari Liga Malaysia yang ditangkap atas kes rasuah dan menjual perlawanan.Bermakna rasuah berlaku dimana-mana sahaja termasuk dalam industri sukan.

" Justeru itu saya menyarankan kepads semua disini agar tidak memandang remeh pada isu rasuah dah kita harus berjuang untuk membebaskan negara daripada gejala rasuah", kata Badrul Hisham.

Sementara itu Mohamad Sabu pula melahirkan keyakinan apabila Pakatan Rakyat menguasai kerajaan pusat, sistem dan perancangan pentadbiran sukan di dalam negara akan disusun lebih baik dan strategik termasuk dalam acara bolasepak.

" Peluang negara kita melayakkan diri Kejohanan Piala Dunia mungkin lebih cerah jika kita yang mengambil alih tampuk pemerintahan", kata Mohamad Sabu.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan beberapa acara sampingan seperti cabutan bertuah.Antara hadiah yang dimenangi adalah replika piala dunia berwarna emas, jersi bolasepak, bola, topi dan pelbagai hadiah menarik lagi.

20100719

Ceramah Kolonel Roseli 25 Jul 2010 Rembau

CERAMAH BARANG NAIK
Tarikh : 25 Julai 2010 , AHAD
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Pedas Hilir, Bt 3, Pedas, Rembau
Bersama YB Dato Mahfuz Omar, Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, YB Taufek ADUN Paroi N.Sembilan, cheGuBard
Hubungi 012-3696474
Info dari http://chegubard.blogspot.com

http://colroseli.blogspot.com
Kolonel (B) Roseli adalah pesara pegawai tentera yang telah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja selama lebih 20 tahun

20100718

Ceramah Gula Naik 29 Julai N.Sembilan

CERAMAH PERDANA
29 Julai 2010 , KHAMIS
9 malam
Di Tampin, N.Sembilan
YB Ust Khalil Idham, Mustafa Kamil Ayub, cheGuBard
Hubungi 0136319872
Info dari http://chegubard.blogspot.com/

20100715

Trauma diragut kali kedua

Sinar Harian 15 Julai 2010

REMBAU - Belum pun reda dengan kejadian ragut dialami sebelum ini, seorang gadis terpaksa melalui situasi sama apabila diragut kali kedua.

Nini Nur Dilla Mohamad Zura, 26, berkata, walaupun peragut tidak berjaya meragut begnya namun kesan daripada kejadian itu masih dirasai.

Mengimbau kembali kejadian, ketika itu Nini Nur Dilla berjalan kaki dari Pejabat Pos Taman Tuanku Jaafar untuk ke tempat kerja di kawasan berhampiran tanpa menyedari dia diekori sebuah motosikal.

Menurutnya, peragut terbabit gagal mendapatkan beg tangannya kerana dia berjaya menariknya semula.

"Namun akibatnya saya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kaki dan tangan kerana terseret di jalan raya.

"Semuanya berlaku terlalu pantas. Apa yang saya nampak, ada pembonceng motosikal cuba menarik beg tangan tetapi gagal. Selepas melihat saya jatuh, mereka terus memecut laju. Mujurlah kecederaan yang dialami tidak serius,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Selemak, di sini.

Nini Nur Dilla berkata, laporan polis dibuat sehari selepas kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau kerana kesihatan diri yang tidak mengizinkan, ditambah pula dengan trauma dialaminya.

“Kejadian kali kedua ini benar-benar buat saya fobia untuk berjalan seorang diri kerana bahaya sentiasa ada di mana-mana. Lagipun kawasan ini (Taman Tuanku Jaafar) dihuni ramai warga asing.

“Sebelum ini pun di kawasan sama, saya pernah diperas ugut seorang warga asing yang terdesak sewaktu berjalan kaki ketika pulang dari tempat kerja. Disebabkan rasa bimbang mengenai keselamatan diri, saya memberikan wang kepadanya supaya melepaskan saya,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu meningkatkan rondaan supaya kejadian tidak berulang.

"Soal keselamatan perlu dipandang serius bagi memastikan kawasan di sini selamat daripada jenayah," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7955160.asp

20100714

Unit Amal Rembau Bantu Tegakkan Surau




AlhamduliLlah, baru-baru ini , Unit Amal Kawasan Rembau telah membantu untuk menyiapkan sebuah bangunan surau di salah satu taman di dalam DUN Paroi. Ini adalah satu usaha amal jariah yang akan berpanjangan pahalanya , Insya'Allah. Tahniah , Unit Amal Rembau , semoga usaha-usaha seperti ini dapat dipertingkatkan lagi dan dicontohi oleh Unit Amal Kawasan lain. Penduduk taman memberi kerjasama yang sangat baik dan telah menyediakan makan-minum sepanjang gotong-royong diadakan. Program turun padang seperti inilah diyakini merupakan method dakwah yang terbaik untuk kita semua praktikkan. Mambruk...Unit Amal.

20100713

Us Zulkarnain Hamzah 17 Julai 2010 di Senawang


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Tarikh : 17 Julai 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Jasmin, Senawang
Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Hos Kalam Suci & Imam Muda Astro Oasis)

Semua Dijemput Hadir

http://surautamanjasmin.blogspot.com/

20100712

Ust Ghani Shamsudin 16 July 2010 Pinggiran Senawang


CERAMAH ISRAK MIKRAJ
JUMAAT 16 Julai 2010
Selepas Maghrib
Di Surau Taufiqiyyah, Taman Pinggiran Senawang

Penceramah Jemputan :
Al Fadhil Ustaz Tn Abdul Ghani Shamsuddin , Bekas YPD Persatuan Ulama Malaysia

Semua Dijemput Hadir

Info lanjut di http://surautaufiqiyyah.blogspot.com/

Hj Mohd Sabu 14 July 2010 di Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 14 Julai 2010 / Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu , AJK PAS Pusat
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Zulkefly Mohamad Hj Omar , PJ PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

20100708

Ust Khairuddin Aman Razali 9 Jul 2010 di Rembau



CERAMAH SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Syeikh Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri - http://syeikh-takiri.blogspot.com/ , Pengasas Darul Fuqaha http://www.darulfuqaha.com/
Tarikh : 9 Julai 2010 / Jumaat
Masa : 8 malam
Tempat : Masjid Kg. Senama , Rembau

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690

Biodata :
AL-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri dilahirkan pada tahun 1973 di Kg. Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau merupakan anak sulong bagi 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN
Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg 1986-1987 (SRP),
Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk, K. Trg 1988-1992 ( SPM 1990),
University of Jordan, Bachelor Bahasa Arab & Kesusasteraannya (1992-1996),
Aal al-Bayt Univ., Mafraq, Jordan M.A Bahasa Arab & Kesusasteraannya (1996-2000)

JAWATAN
Pensyarah Jabatan Arab & Pengajian islam, FPI, UKM,
Pengerusi Darul Fuqaha,
Pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha,
Presiden Kolej Pengajian Islam & Tahfiz Fuqaha (UPITAF),
Pengerusi Sek Ren Islam Pintar Tahfiz Kajang,
ALP Sek Ren Islam PIntar K. TRG,
Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI),
Presiden Nadwah Ilmuwan MUslim (NAIM) dan Exco Persatuan Ulama Malaysia

PENGALAMAN
1. Pensyarah di Universiti- beliau pernah bertugas di pensyarah di UIA (1999-2003) dan sekarang sebagai Tutor di UKM
2. Penceramah dan pendakwah di masjid, surau, kementerian dan jabatan kerajaan dan lain-lain, pembentang kertas kerja dalam kursus dan seminar serta panelis bagi forum-forum anjuran pelbagai pihak, juga motivater dalam program-program motivasi, Beliau mempunyai rakaman audio ceramah bersama Telaga Biru dan beberapa syarikat lain.
3. Penceramah di media elektronik antaranya TV 1, TV3, Radio 1 Malaysia, radio IKIM dan lain-lain.
Antara rancangan tetap yang pernah dikendalikan ialah di radio IKIM pada setiap pagi Rabu pukul 7 pg (hadis 40) dan di Radio 1 pada setiap sabtu pukul 6.15 ptg (Iktibar al-Quran-Tafsir surah al-Naba’).
Selalu diundang dalam program Bicara Islam di TV 1
4. Penulis buku dan rencana di akhbar dan majalah. Antara buku beliau Kenapa Haram Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia, Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam, Terjemahan Tafsir al-Munir (Juz 30), Adab-adab berdoa Dalam Islam dan Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat.
5. Penerbit buku-buku agama
6. Pengamal perubatan Islam- bagi gangguan jin dan sihir
7. Aktivis social – mengasaskan dan melibatkan diri dalam ngo-ngo agama dan kebajikan

Tawaran Umrah Ramadhan dan Raya di Mekah

UMRAH AWAL RAMADHAN
8 ke 22 Ogos 2010
Cuma RM 5,600
Daftar sebelum 20 Julai 2010

UMRAH DAN HARI RAYA DI MEKAH
7 ke 19 Sep 2010
Hanya RM 5,000
Daftar sebelum 20 Ogos 2010

Deposit RM 2,000
Kos termasuk visa , kursus , beg kecil dan ziarah

Hubungi :
Sdr Hassan Tamby 019-2171942
Taman Tasik Jaya , Senawang

LIQA FIKRI DMPKR

Liqa' Fikri Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
Tarikh: 17 Julai 2010 / Sabtu
Masa: Selepas Maghrib (8.00 malam)
Tempat: Pasti AMAL Taman Marida Senawang
Maklumat lanjut di http://muslimatpasn9.blogspot.com

20100706

Ustaz Rosli Jabar 10 Jul 2010 Senawang


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang

Semua dijemput hadir

Ustaz Kamal Ashaari 10 Jul 2010 Seremban


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Kamal Ashaari
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau An-Naim , Bandar Seremban Selatan Fasa 3B

Semua dijemput hadir

Wawancara khas bersama ADUN Paroi



DUN Paroi, adalah DUN sulung yang berjaya ditawan PAS di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu. DUN ini terletak di Senawang namun ianya diletakkan di bawah Parlimen Rembau. Sejak menang di Dun Paroi, PAS menjadikan azimat kemenangan untuk menempa lagi banyak kemenangan.

Membincangkannya Wan Nordin Wan Yaacob dan Faiz Abdullah menemui wakil rakyat Dun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani di Pusat Khidmat Dun Paroi di Taman Tasek Jaya 4 Julai lalu. Temuramah sepenuhnya di http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2010/07/wawancara-khas-bersama-adun-paroi-misi.html

Harakah : Apabila kita telah mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 2008, bagaimana pula pengisiannya?

Mohd Taufek : Kita cuba respons dengan cepat apa masalah yang dihadapi rakyat, dan setakat ini hampir 80 peratus dari masalah di sini dapat kita tangani. Cuma ada setakat 20 peratus iaitu masalah ramai pekerja kilang yang dibuang kerja memandangkan masalah ekonomi yang teruk yang menyebabkan kilang-kilang banyak yang ditutup. Yang hadir ke DUN Paroi hampir 3000 kes.

Harakah : Setakat ini agenda memenangi N9 ini bagaimana, adakah akan menjadi realiti pada PRU-13 nanti?

Mohd Taufek : Segalanya lebih terletak kepada bahu PAS sebab kita banyak bertanding tetapi pada PRU 2008 kita tak banyak menang. Kita bertanding 13 tetapi menang 1 sahaja.

20100705

Pelajar 12 tahun Perlukan Bantuan


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Anak kecil yang bersekolah Darjah 6 di SK Senawang merupakan pelajar yang cemerlang. Disebabkan keadaan penyakit matanya yang serius di mana doktor pakar mata menasihati beliau supaya memakai cermin mata yang khas dengan kos yang melebihi RM300. Penyakit ini merupakan penyakit yang turut dihidapi oleh ibunya yang kini telah hampir buta sebelah mata. Disebabkan penyakit pelajar ini terpaksa meminta izin dari pihak sekolah untuk duduk sangat dekat dengan papan hitam kerana kekurangan yang ada pada mata beliau dan ketiadaan cermin mata yang khas tersebut. Sesiapa yang ingin membantu sila menghubungi saya 0196506540 atau terus berhubung dengan ibu beliau iaitu Puan G Kaliselva a/p Gopal 0166745644.

20100703

Hi Tea Selamatkan Msia 31 Jul 2010 Seremban

Hi Tea SELAMATKAN MALAYSIA dan Majlis Kutipan Dana AMKNS
Tarikh : 31 Julai 2010 (SABTU)
Masa : 4 petang
Tempat : Senawang, N.Sembilan

Bersama : Kartunis Zunar, Chegubard, Hishamudin Rais, YB Amir, YB Nik Nazmi, YB Ustaz Firdaus dan Aishah Srikandi

Harga Tiket Cuma RM 10

Hubungi : 016-2727717 , 017-3622667 , 013-2181279