BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20100628

Mohd Sabu 11 Julai 2010 Johol N.Sembilan


CERAMAH PERDANA
Bersama Tn Hj Mohammad Sabu dan cheGuBard
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Johol , Negeri Sembilan

Pertanyaan 019-4647018

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

20100624

YB Ir Nizar Jamaludin di Seremban 29 Jun 2010

CERAMAH MOBILISASI MEMBANTAH JUDI
Tarikh : 29 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Penceramah :
YB Ir Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Chegubard
Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat
Aiman Athirah Al Jundi , EXCO Muslimat PAS Pusat

Semua dijemput hadir

20100622

ADUN PAROI MERAIKAN ANAK MUDA PAROI YANG MERAIH PINGAT DI SUKMA





ADUN PAROI MERAIKAN ANAK MUDA PAROI YANG MERAIH PINGAT DI SUKMA

FAIZ ABDULLAH

SENAWANG - Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani meraikan seorang anak muda daripada kawasan beliau yang meraih sebuah pingat di kejohanan Sukma ke-13 di Melaka baru-baru ini.

Khairul Shafik Roslan, 22, meraih pingat Perak untuk pasukan Silat Olahraga Negeri Sembilan (NS) dalam kategori Putera, Kelas 'J' 90 kg - 95 kg.

Sehubungan itu Mohd Taufek mengatur sebuah majlis untuk meraikan Khairul Shafik dan rakan-rakan beliau dalam pasukan Silat Olahraga yang turut beraksi di Sukma Melaka.Kesemua peserta dalam pasukan Silat tersebut telah dijamu dengan jamuan Sate di sebuah restoran terkemuka di Senawang.

Mohd Taufek dalam ucapan ringkas mengucapkan tahniah kepada Khairul Shafik diatas kejayaan beliau memenangi pingat Perak dan sekaligus mengharumkan nama NS khususnya Paroi sendiri.

" Saya bangga seorang anak muda dari kawasan saya mencipta kejayaan di Sukma.Apatah lagi anak muda ini kehilangan ayah tercinta baru-baru ini dan tanggungjawab ketua keluarga digalas oleh ibu beliau sebagai satu-satunya sumber pendapatan keluarga ini.

" Walaupun dengan keadaan yang sukar didalam keluarga, beliau menjadikan dugaan tersebut sebagai pendorong untuk mencipta kejayaan didalam Sukma baru-baru ini", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek berharap selepas ini Khairul Shafik akan terus berjaya dalam acara Silat Olahraga dan melangkah mewakili negara dalam Sukan SEA nanti.

Mohd Taufek juga berharap kejayaan Khairul Shafik akan menjadi pendorong kepada anak-anak muda di dalam DUN Paroi untuk menceburi bidang sukan yang sudah tentu sebuah bidang yang sihat dan berfaedah.

" Kita harus ingatkan diri kita, apa sahaja yang kita lakukan adalah demi Allah Taala dan demi kebaikan keluarga tercinta.

" Apabila kita melakukan sesuatu aktiviti sihat dengan niat suci dan ikhlas, nescaya Allah akan membalas dengan kebaikan", ujar Mohd Taufek lagi.

Diakhir majlis tersebut, Mohd Taufek menyampaikan sumbangan kewangan dan sebuah hamper kepada Khairul Shafik.Mohd Taufek juga diberi penghormatan oleh salah seorang pegawai pasukan tersebut untuk mengkalungkan pingat Perak kepada Khairul Shafik yang dimenangi oleh Khairul Shafik di Sukma ke-13 di Melaka baru-baru ini.

PEMIMPIN PR REMBAU DIJEMPUT MEMERIAHKAN KONVOI PERSATUAN BELIA RELA ISLAM SENAWANG




PEMIMPIN PR REMBAU DIJEMPUT MEMERIAHKAN KONVOI PERSATUAN BELIA RELA ISLAM SENAWANG

FAIZ ABDULLAH

SENAWANG - Belia Rela Islam Senawang telah menganjurkan konvoi bermotosikal ke Kedah yang disertai hampir 100 belia Rela Islam Senawang.Hadir sama ialah wakil Lembaga Adat Wilayah Naning, Dato' Seri Mempelas Abdul Manan Abu Anas; Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan Penasihat Persatuan Belia Islam Rela Senawang, Zubeer Abu Bakar.

Zubeer berkata program konvoi bermotor ke Kedah dianjurkan untuk mengeratkan lagi silaturrahim diantara Persatuan Belia Islam Rela Senawang dengan Persatuan Belia Islam Rela Kedah.

" Lebih 100 pemuda belia Islam Rela Senawang bersama ahli US Bikes 250 - 1 Malaysia akan berlepas pada malam ini dan akan sampai di Kedah pada pagi esok.

" Saya berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi pemuda Islam akan menyertai aktiviti anjuran persatuan kami", kata Zubeer.

Sementara itu Mohd Taufek mengucapkan tahniah kepada Persatuan Belia Islam Rela Senawang dan US Bikes 250 - 1 Malaysia diatas kejayaan menganjurkan konvoi ke Kedah kerana ini merupakan satu trend yang baik untuk anak muda dalam meluangkan masa dengan aktiviti permotoran yang sihat seperti ini.

" Kita tidak seharusnya mengkritik dan menghentam anak muda tanpa selami kehendak mereka.

" Penganjuran aktiviti lasak dan outdoor ini merupakan aktiviti alternatif untuk anak muda dan dapat membendung mereka daripada terjerumus ke aktiviti yang tidak bermoral", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek juga meminta agar kerajaan Negeri Sembilan menyediakan prasarana dan kemudahan untuk sukan bermotor kerana ini dapat membendung penglibatan remaja dalam gejala merempit dan lumba kereta haram sekitar bandar Seremban dan Senawang setiap malam sabtu.

" Saya juga mencadangkan agar lebih banyak aktiviti sihat disusun di Dataran Senawang untuk anak muda agar golongan ini tidak dilepas pandang yang akhirnya akan mengundang banyak gejala sosial.

" Tiada aktiviti sihat yang menarik yang dianjurkan oleh pihak berkenaan merupakan salah satu sebab anak muda melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat", ujar Mohd Taufek.

Badrul Hisham pula menyatakan rasa penghargaan ke atas Zubeer dan Persatuan Belia Islam Rela Senawang di atas kesudian pihak berkenaan menjemput beliau dan rakan Pakatan Rakyat Rembau iaitu Mohd Taufek untuk memeriahkan lagi program tersebut.

" Saya bangga kerana saya dan Mohd Taufek di jemput atas kapasiti wakil KeADILan dan PAS untuk melepaskan konvoi bermotosikal ini.Ini merupakan satu pengiktirafan kepada kami di Pakatan Rakyat Rembau khususnya.

" Walaubagaimanapun saya merasa sedikit kecewa dengan ketidakhadiran wakil Umno kerana saya difahamkan mereka juga telah dijemput.Tetapi tiada seorang pun wakil mereka muncul pada malam ini.Seharusnya perbezaan fahaman politik harus ditolak ketepi dalam program kemasyarakatan dan sihat seperti ini", ulas Badrul Hisham dengan nada kesal.

Sementara itu Abdul Manan, Mohd Taufek, Badrul Hisham dan Zubeer melepaskan konvoi bermotosikal tepat pukul 12.00 malam di Dataran Senawang di sini.

PELANCARAN PUSAT KHIDMAT KAUNSELING WANITA REMBAU




PELANCARAN PUSAT KHIDMAT KAUNSELING WANITA REMBAU

FAIZ ABDULLAH

PAROI - Dewan Muslimat PAS Rembau mengorak selangkah ke hadapan lagi apabila berjaya menubuhkan Pusat Khidmat Kaunseling Wanita Rembau dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi.Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan bertempat di tingkat satu, Pusat Khidmat DUN Paroi, di Taman Tasik Jaya disini.

Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini dirasmikan oleh Ketua Wanita Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, R Kumutha; yang juga bekas calon PAS di DUN Tiram, Johor.Satu-satunya calon PAS bukan Islam yang bertanding pada Pilihanraya umum ke-12 lepas.

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Rembau, Nur Wani Ahmat; Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mahanim Musa; Ketua Muslimat PAS Negeri Sembilan (NS), Fazilah Abu Samah; Ketua Wanita DHPP NS, Loi Mun Nyot; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani; Pengerusi DHPP NS, Yau Con Seng, Pengarah program, Fauziah Tahir, Dr Zainon dari ISMA (NGO) dan wakil KeADILan, DAP, ABIM dan GIM.

Dalam ucapan perasmian, Kumutha menyifatkan penubuhan Pusat Khidmat Kaunseling Wanita Rembau satu kejayaan besar kepada Muslimat PAS khususnya Muslimat Rembau dan Negeri Sembilan.

" Barisan Nasional yang mempunyai kekuatan kewangan yang jauh besar dan mempunyai kelebihan dengan menggunakan agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat gagal menyediakan Pusat Khidmat Kaunseling Wanita di setiap DUN.

" Memandangkan mereka adalah kerajaan pusat pada ketika ini, maka tiada alasan bagi mereka diatas kegagalan mereka menyediakan Pusat Khidmat Kaunseling di setiap DUN di seluruh negara", kata Kumutha.

Menurut Kumutha, Pusat Khidmat Kaunseling Wanita amatlah diperlukan di setiap DUN di seluruh negara memandangkan kes membabitkan masalah rumahtangga, keganasan rumahtangga dan ibu tunggal yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya semakin hari semakin meningkat.

Ketua Dewan Muslimat PAS Rembau, Nur Wani Ahmat dalam ucapan beliau berkata Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dikelolakan oleh Dewan Muslimat PAS Rembau dan akan dibuka pada setiap sabtu dari 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

" Semua wanita tanpa mengira fahaman politik dialu-alukan mendapatkan khidmat kaunseling di pusat ini terutama sekali mereka yang menghadapi masalah rumahtangga.

" Kami di Muslimat PAS Rembau amat berbesar hati untuk memberikan kaunseling dan nasihat kepada golongan wanita yang terbabit untuk bersama-sama dapat meneruskan kehidupan yang sempurna dan teratur", ujar Nur Wani.

Menurut Nur Wani, Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dikendalikan oleh kaunselor terlatih dan akan memberikan khidmat kaunseling sebaik mungkin.

Nur wani juga memohon mana-mana majikan yang memerlukan khidmat ibu tunggal untuk bekerja dengan syarikat mereka di minta menghubungi beliau di talian 013-3851202 atau email di: halwan9@yahoo.com

" Ini ialah kerana ramai diantara ibu tunggal yang mendapatkan bantuan kami tidak mempunyai pekerjaan.Ketika masih bersama suami mereka ini hanyalah surirumah.Walaubagaimanapun apabila suami menceraikan, mereka hilang tempat bergantung dan terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara diri dan anak.

" Walaubagaimanapun masalah timbul apabila sebahagian besar daripada mereka ini sudah berumur.Dengan usia lewat 30an dan 40an, sukar untuk mereka mendapatkan pekerjaan dan ini memberikan tekanan yang amat besar kepada mereka.Terutama sekali mereka yang mempunyai kelulusan akedemik yang rendah dan sederhana", jelas Nur Wani.

SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU OLEH MUSLIMAT REMBAU



SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU OLEH MUSLIMAT REMBAU

FAIZ ABDULLAH

PAROI - Dewan Muslimat PAS Rembau dengan kerjasama Muslimat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi telah mengadakan program "Untukmu Wanita" untuk menghargai jasa ibu dan guru dengan mengadakan sambutan Hari Ibu dan Hari Guru di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Paroi.

Program ini telah dirasmikan oleh Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mahanim Musa.Hadir sama dalam program ini ialah Ketua Muslimat PAS Negeri Sembilan (NS), Fazilah Abu Samah; Ketua Muslimat PAS Rembau, Nur Wani Ahmat; Ketua Wanita Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, R Kumutha; yang juga bekas calon PAS di DUN Tiram, Johor; Ketua Wanita DHPP NS, Loi Mun Nyot; ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani; Pengerusi DHPP NS, Yau Con Seng, Pengarah program, Fauziah Tahir dan Dr Zainon dari ISMA (NGO).Turut hadir dalam program ini ialah wakil KeADILan, DAP, ABIM dan GIM.

Dalam ucapan perasmian, Mahanim mengucapkan penghargaan kepada golongan ibu dan guru diatas pengorbanan mereka dalam membesarkan dan mendidik anak menjadi insan yang berjaya dan bertanggungjawab.

Mahanim juga menekankan agar ibu juga harus mengawasi pergerakan anak mereka.

" Sebagai ibu kita harus tahu dengan siapa anak kita berkawan dan kita harus mengawal pergerakan mereka agar mereka tidak terpengaruh dengan gejala negatif ketika berada di luar rumah nanti.

" Perkara ini perlu diberi perhatian kerana sebagai contohnya statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan membuktikan bahawa trend remaja berjinak dengan penggunaan dadah adalah bermula daripada pengaruh kawan", kata Mahanim.

Mahanim juga menekankan bahawa ibu perlu menekankan pendidikan agama termasuk solat dan Al-Quran agar anak-anak ini mempunyai asas agama yang kukuh dan beriman, sekaligus ini membantu membentuh sahsiah diri mereka.

Sementara itu Nur Wani pula memaklumkan bahawa seramai 20 Ibu Tunggal miskin sekitar DUN Paroi juga diraikan dalam program ini.Kesemua mereka menerima sumbangan berbentuk wang tunai, barang keperluan harian dan cenderahati Hari Ibu.

" Kami turut memberikan Anugerah "Selendang Kasih" untuk menghargai veteran wanita PAS Rembau diatas sumbangan mereka kepada perjuangan parti dan masyarakat.Sementara Anugerah "Ibu Pendidik" pula kepada guru yang terdiri daripada ahli PAS.

" Istimewanya sambutan pada tahun ini, hadiah utama untuk cabutan bertuah ialah sebentuk cincin emas", ujar Nur Wani.

Pelbagai acara telah diaturkan pada petang tersebut seperti Tayangan Multimedia "Untukmu Ibu", Nyanyian lagu-lagu Ibu oleh anak-anak PASTI, Persembahan Sajak, Puisi Nisa, Pertandingan slogan "Ucapan Untukmu Ibu", Cabutan Bertuah dan Jualan Amal.

Kesemua tetamu dihidangkan dengan jamuan petang pada akhir program tersebut.

20100621

Guru tiada masa untuk keluarga


Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Jangan lupa 26 Jun 2010 ini , 15,000 guru seluruh Negeri Sembilan akan diraikan pada hari SABTU JAM 8 MALAM. Kisahnya di Hari Guru, Rekod Bubur Lambuk MB N.Sembilan http://amkns.blogspot.com/2010/06/hari-guru-rekod-bubur-lambuk-mb.html

*************************
Harian Metro 21 Jun 2010

GOLONGAN guru ibarat dian yang membakar diri. Tanpa guru sudah pasti surat atau e-mel ini pun tidak dapat ditulis oleh saya. Ada pandangan sinis mengatakan guru sudah ada cuti sekolah yang panjang sebagaimana murid mereka setiap tahun sedangkan guru perlu bertugas sepanjang tahun bagi meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa menurut arahan pengetua atau guru besar.

Peranan guru bukan setakat memikirkan masalah murid yang puluhan orang di sekolah, malah ada yang termimpi-mimpi akan prestasi keputusan peperiksaan utama yang bakal keluar kelak.

Jika prestasi merudum, alamat kelas tambahan akan bertambah-tambah dan masa guru terutama guru wanita dengan anak-anak dan suami akan semakin berkurang pada tahun depan. Pengetua juga perlu memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi pelajar pada waktu belajar dari jam 7.40 pagi hingga 2 petang.

Pada ketika penjawat awam lain sedang kelam-kabut menuju ke tempat mesin perakam waktu, guru-guru kita sudah sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Jika lewat, alamat sesi pembelajaran turut bermula lewat. Apabila setiap Sabtu pun perlu bekerja, apa pula nasib anak-anak dan suami atau isteri yang tidak sempat bersama untuk menghabiskan masa senggang.

Perlu diingat, guru juga seorang ibu dan bapa, juga anak kepada ibu bapanya yang sudah tentu mempunyai tanggungjawab moral dan agama untuk dipenuhi. Namun, jika masa mereka habis di sekolah kelak akan jadi seperti pepatah, ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.’

Maka perlu ada ruang untuk semua guru mendapat cuti setiap Sabtu dua kali sebulan dan setiap pengetua perlu memperkasakan pengajaran di waktu pejabat supaya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum tidak selalu diadakan setiap Sabtu.

Sewajarnya gelaran sekolah berprestasi tinggi (SBT) tidak menjadi faktor pendesak kepada pengetua dan guru besar untuk memperhebatkan usaha mencapai tahap itu. Ini akan menjadikan guru subjek teras untuk peperiksaan akan lebih tertekan untuk memperbanyakkan kelas dan latih tubi yang akhirnya menjadikan mereka sibuk 24 jam membuat kertas soalan dan modul lebih mesra pelajar. Jika sekolah mencapai tahap terbaik, apa faedahnya kepada guru yang hilang banyak masa dengan keluarga mereka.

Guru juga adalah manusia yang mempunyai had kesihatan tertentu. Jika keringat mereka diperah, takut mereka hilang minat untuk mengajar akibat keletihan fizikal dan minda. Kita sedia maklum ada sekolah aliran lain menetapkan masa bekerja guru mereka dari jam 7 pagi hingga 4 petang.

Jika Sabtu pun mereka terpaksa bekerja, bayangkan bila mereka dapat mendidik anak sendiri dengan lebih berkesan. Takut nanti kera di hutan kenyang disusukan, anak di rumah merintih merayu untuk mendapatkan perhatian.

Justeru, masanya sudah tiba untuk kita lebih empati dengan masalah guru yang bekerja demi kecemerlangan anak-anak murid mereka. Cabaran SBT perlu disahut oleh pengetua dan guru besar dengan lebih rasional. Memang wujud sekolah yang lemah dalam pencapaian, maka perlu sekolah itu dibantu secara menyeluruh oleh setiap Jabatan Pelajaran daerah dan jangan membiarkan rencana setiap pengetua dan guru besar memberi kesan domino negatif kepada guru-guru yang mempunyai keterbatasan minda dan fizikal.

Cuti memang penting sebagai masa guru melapangkan dada dan fikiran daripada memikirkan masalah di sekolah.

Inilah masa ibu bapa mengambil alih sekejap tugas seorang guru dengan mengajar anak-anak mana yang perlu. Jangan jadikan guru sebagai pengajar sepenuh masa hingga masa rehat mereka turut menjadi mangsa kita.

ABDUL RAZAK IDRIS
Banting

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Gurutiadamasauntukkeluarga/Article

20100620

Anak Muda DUN Paroi menang pingat SUKMA




Tahniah..Hebat..anak muda DUN Paroi telah memenangi pingat Perak dalam SUKMA yang berlangsung di Melaka baru-baru ini. Angah , gelaran buat anak muda ,berjaya mengharumkan nama N.Sembilan apabila memenangi pingat Perak dalam acara Silat baru-baru ini. Mudah-mudahan beliau menjadi contoh buat anak muda di Paroi dan beliau saya angkat sebagai ikon Belia Sukan DUN Paroi.

20100617

Peniaga risau, medan selera tidak popular


Utusan Malaysia 17 Jun 2010

RASAH 16 Jun - Ramai peniaga dikatakan sudah gulung tikar dan ada juga yang terpaksa menjual kenderaan untuk menyara hidup keluarga akibat perniagaan yang diusahakan tidak berhasil.

Demikian masalah yang terpaksa dihadapi oleh sebahagian peniaga di Medan Selera Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang di sini yang mendakwa perniagaan mereka semakin merosot sejak berpindah ke premis itu awal tahun lalu.

Malah rata-rata mereka kini mengharapkan perhatian daripada pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) agar melakukan sesuatu demi menyelamatkan periuk nasi mereka.

Menurut salah seorang peniaga, Salhanif Chek Mohd. Raini, 36, masalah utama yang dihadapi adalah rungutan pelanggan yang mengatakan medan selera itu tidak selesa untuk dikunjungi.

''Disebabkan bumbung yang agak terbuka, tempias hujan masuk ke dalam kedai dan menyebabkan pelanggan terpaksa berpindah tempat untuk mengelakkan basah.

''Sebelum ini ada pihak yang berjanji untuk meletakkan tirai bagi mengelakkan air hujan masuk, tetapi sehingga hari ini tidak ada tindakan diambil," ujarnya.

Menurutnya lagi, keadaan lantai yang tidak rata juga menyebabkan air hujan bertakung di kawasan berhampiran tempat pelanggan menjamu selera.

Seorang lagi peniaga, Khairi Abd. Aziz, 50, pula memberitahu, peniaga di situ mengharapkan janji-janji MPN untuk membangunkan medan selera itu.

"Kami berterima kasih kepada MPN kerana menyediakan tapak untuk kami berniaga tetapi pihak terbabit juga berjanji sebelum ini untuk menyediakan pelbagai kemudahan demi keselesaan peniaga dan pelanggan.

"Malangnya, saya berasa kesal kerana pihak yang bertanggungjawab tidak mengendahkan nasib kami," ujarnya.

Katanya lagi, ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan medan selera itu walaupun telah hampir setengah tahun beroperasi.

"Sebanyak 36 unit gerai yang ada dan hanya 12 unit gerai sahaja yang beroperasi kerana masing-masing sudah ragu untuk berniaga di situ sejak awal lagi.

"Pendapatan kami juga agak terjejas kerana pelanggan kurang disebabkan tempat ini kurang dipromosikan sedangkan pihak berwajib sudah berjanji untuk berbuat demikian sebelum ini," ujarnya.

Menurut peniaga, Mashita Yuop, 38, dia berasa teraniaya setelah menerima tawaran untuk berniaga di kawasan tersebut sedangkan perniagaannya sering kerugian.

"Kami berniaga di gerai berhampiran sebuah pasar raya sebelum ini dan disebabkan masalah lalu lintas, pihak majlis telah mengarahkan semua peniaga berpindah di medan selera ini. Namun ini pula nasib yang menimpa kami,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Pendatang tak sopan


WARGA asing membanjiri kawasan pasar malam sekitar Senawang.Penduduk risau keselamatan, terutama kanak-kanak

Berita Harian 17 Jun 2010. SENAWANG: Kebanjiran warga asing yang mendiami beberapa taman perumahan di sekitar bandar Senawang, mengundang rasa kurang selesa sebahagian besar penduduk di kawasan itu bukan saja dari segi keselamatan, malah dari gelagat mereka yang berpakaian tidak sopan. Sekurang-kurangnya empat taman perumahan yang dikenal pasti paling ramai didiami warga asing iaitu Taman Desa Melor, Taman Tasik Jaya, Taman Senawang Jaya dan Taman Jasmin. Kebanyakannya dari Vietnam, Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Thailand. Keadaan itu dipercayai berpunca akibat pertambahan pekerja asing di sektor perkilangan di sekitar itu.

Penduduk tambah bimbang apabila kumpulan pekerja asing terbabit keluar secara berkumpulan antara 10 hingga 15 orang pada setiap hujung minggu untuk bersiar-siar di bandar dan pekan Senawang.

Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan perumahan dan pasar malam di Taman Senawang Jaya dan Taman Satria setiap Ahad dan Rabu mendapati ramai warga asing keluar secara berkumpulan untuk bersiar dan membeli barang keperluan.

Penduduk Taman Cempaka Senawang, Che Mahzom Man, 42, berkata dia mendapati bilangan pekerja asing yang mendiami kawasan itu kian bertambah setiap masa dan keadaan itu meresahkan penduduk sekitar.
"Rata-rata penduduk khuatir dengan keselamatan mereka terutama kanak-kanak perempuan berikutan beberapa kejadian tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan warga asing.

"Bagaimanapun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ditempatkan di situ oleh majikan dan sepatutnya diawasi majikan masing-masing,” katanya.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharudin, berkata kehadiran ramai warga asing sememangnya merimaskan penduduk.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti tidak sihat sering berlaku yang dikaitkan dengan warga asing sekali gus menjejaskan ketenteraman penduduk.

"Pihak kami ada menerima beberapa laporan mengenai gelagat warga asing yang kurang sopan, termasuk mengganggu isteri atau gadis tempatan di khalayak ramai tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain.

"Kadangkala ada warga asing dengan selamba hanya memakai tuala tanpa baju berjalan-jalan di luar rumah hingga menimbulkan rasa kurang senang terutama di kalangan remaja perempuan dan isteri penduduk.

"Kita bukan berniat untuk memandang serong, tetapi kehadiran mereka dan ditambah pula dengan tindakan yang dilakukannya tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk beragama Islam, sememangnya merimaskan," katanya.

Mohd Fadil berkata, sebelum ini ada kejadian pekerja warga asing lelaki dan perempuan berkurung dalam bilik pada malam hari, yang dikesan anggota skim rondaan sukarela (SRS) selain kes mereka mengganggu wanita tempatan yang membeli-belah di pasar raya.

Malah, beliau berkata, ada juga pekerja asing itu yang tidak segan silu berpegang tangan antara lelaki dan perempuan sekali gus menimbulkan kebimbangan kanak-kanak akan terpengaruh melihat aksi memualkan.

"Kita berharap pihak berkuasa dapat memantau masalah warga asing yang kian bertambah demi kepentingan dan keselamatan penduduk tempatan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Pendatangtaksopan/Article

20100609

Hari Mesra Masjid Senawang 20 Jun 2010



MAJLIS HARI MESRA MASJID
Tarikh : 20 Jun 2010
Hari : Ahad
Masa : 8 pagi – 1 tgh
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua ahli kariah dan penduduk sekitar dijemput hadir

Anjuran : Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang

Acara Menarik :
- Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah dan Menengah
- Pertandingan Azan Sekolah Rendah dan Menengah
- Kuiz Agama Dewasa Lelaki dan Wanita
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR/SPM/STPM 2008 dan 2009
- Sukaneka
* Susun huruf sekolah rendah
* Bowling dewasa lelaki
* Gubahan songket dewasa wanita
* Kupas kelapa pasangan suami isteri
* Baling straw dewasa wanita
* Bola tampar lelaki remaja
* Daya ingatan sekolah rendah
* Rebut gula-gula kanak-kanak

Untuk anugerah pelajar cemerlang mereka yang mengambil UPSR/PMR/SPM/STPM pada tahun 2008 atau 2009 yang mendapat keputusan minima berikut dan hanya mereka yang menetap di kariah Masjid Bandar Baru Senawang :
- UPSR 5A
- PMR 8A
- SPM 8A
- STPM 4A

Sila hantar salinan keputusan peperiksaan dan tuliskan nama penuh penjaga , alamat dan no tel.

Maklumat lanjut hubungi Tuan Hj Hosnan bin Selamat , Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang , tel 06-6787103 , 012-9170816

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com/

Temui Wira GAZA 12 Jun di Senawang



CERAMAH SELAMATKAN RAKYAT PALESTIN
Tarikh : 12 Jun 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Penceramah : Ust Hasanuddin Mohd Yunus , Pengerusi Aqsa Syarif http://aqsasyarif.com/ ( sukarelawan ke Gaza , bekas tahanan rejim Israel )

Semua dijemput hadir tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan fahaman politik

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di

Sila sebarkan maklumat ini http://masjidsenawang.blogspot.com/

20100607

TAK SAYANG NYAWA


IBU BAPA, SEKOLAH PERLU BENDUNG PELAJAR TAK PAKAI TOPI KELEDAR

Berita Harian 7 Jun 2010

SENAWANG: Pemandangan pelajar sebuah sekolah di sini menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semakin berleluasa dan menjadi perkara biasa walaupun mereka berisiko mengalami kecederaan parah, terutama di bahagian kepala jika terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tinjauan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang di sini sepanjang minggu lalu mendapati kebanyakan pelajar terbabit menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

Sikap generasi muda ini juga mungkin hasil ‘didikan’ ibu bapa sendiri yang turut mengabaikan keselamatan apabila menghantar dan mengambil anak di sekolah dengan motosikal tanpa bertopi keledar.

Difahamkan antara punca keadaan ini berlaku adalah kerana mereka tinggal di kawasan perumahan berdekatan menyebabkan topi keledar dianggap sebagai menyusahkan sedangkan jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh. Ibu bapa juga tidak begitu mengambil berat terhadap pemakaian topi keledar, malah dianggap sebagai perkara kecil.

Bagaimanapun, majoriti penduduk menyifatkan keadaan ini sebagai membahayakan pelajar dan perlu ditangani oleh pihak berkuasa.

Jamilah Osman, 55, berkata bilangan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah semakin ramai, tetapi kebanyakan mereka tidak mementingkan keselamatan diri.

Katanya, keadaan itu juga mungkin berlaku kerana faktor usia yang muda dan mungkin tidak mempunyai lesen memandu menyebabkan undang-undang jalan raya dipandang mudah.

“Saya juga menyalahkan sikap ambil mudah ibu bapa yang sepatutnya memastikan anak menggunakan topi keledar. Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku di mana-mana walaupun jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh,” katanya.

Beliau mencadangkan pihak sekolah mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak menggunakan topi keledar serta memastikan setiap pelajar terbabit mempunyai lesen memandu yang sah dan dilindungi insurans.

V Saravathi, 43, turut kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak menggunakan topi keledar kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada generasi muda, terutama anak mereka sendiri.

“Saya sering melihat ibu bapa membiarkan anak menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan mungkin juga tanpa lesen memandu.

“Malah, mereka sendiri tidak memakai topi keledar. Ini yang menyebabkan kebanyakan pelajar terbabit bersikap acuh tidak acuh untuk menggunakan topi keledar dan tidak peduli teguran pihak lain, termasuk guru kerana ibu bapa sendiri tidak marah atau menegur mereka,” katanya.

Katanya, ibu bapa terbabit tidak sepatutnya membiarkan perkara itu kerana pemakaian topi keledar bukan sekadar untuk mematuhi undang-undang tetapi menjaga keselamatan pengguna.

Pelajar, Nur Athirah Ibrahim, 16, berkata ramai rakannya menunggang motosikal ke sekolah tanpa memakai topi keledar kerana rumah berdekatan sekolah.

“Sekolah ini terletak di kawasan perumahan menyebabkan mereka malas memakai topi keledar. Saya tidak berani menegur kerana itu adalah hak masing-masing, tetapi ibu bapa dan sekolah perlu prihatin terhadap masalah ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dengan melakukan pemeriksaan mengejut serta menyaman pelajar terbabit serta mengadakan kempen penerangan di sekolah dari semasa ke semasa.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Taksayangnyawa/Article

20100604

Ceramah Palestin 5 Jun Senawang

Ceramah Isu Semasa di Palestin
Tarikh : 5 Jun 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Matahari Height , Senawang
Penceramah : Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif NS

Semua dijemput hadir

20100603

Berita Baik, Pusat Kaunseling Wanita Percuma


Pusat Khidmat Kaunseling Wanita (PELITA) DUN Paroi telah mula beroperasi

Mula operasi pada 29 Mei 2010
Dibuka setiap hari Sabtu dari jam 3 petang hingga jam 5 petang
Di atas Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya, Senawang

Perkhidmatan adalah Percuma

Mudah-mudahan dengan adanya Pusat Khidmat Kaunseling Wanita ini akan dapat dikongsi bersama bebanan masalah wanita yang ditanggung terutamanya dikalangan ibu tunggal , ibu tinggal , remaja perempuan , remaja terlanjur dan sebagainya.

Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2010/06/pusat-khidmat-kaunseling-wanita-mula.html

20100602

Bukti DSAI Musuh Yahudi - Raja Petra



Either Anwar is a friend of the Jews or he is their enemy???

APCO counter-attacks


Wednesday, 02 June 2010 Super Admin
E-mail Print PDF

Umno can’t have it both ways. Either Anwar is a friend of the Jews or he is their enemy. And with this latest move by APCO, Anwar is clearly going to be declared the latter.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

The Malaysian government alleges that Anwar Ibrahim is a Jew lover, a CIA agent and a tool of the Americans -- all in one but not necessarily in that order. APCO, however, is lobbying the United States government to get Anwar declared an enemy of America and the Jews. Below is the letter B’nai B’rith International wrote to get Anwar declared an enemy of the state.

Since APCO is behind this move it would most likely succeed -- mainly because the Jewish lobby is very powerful and very seldom would the United States government ignore them and not kowtow to their demands.

This may not bode well for Anwar who makes frequent trips to the United States to give talks and deliver keynote addresses. Anwar may now find the invitations dwindling and some organisations and universities may be under pressure to cancel whatever invitations they have planned for Anwar to speak in their events.

Well, you can’t have it both ways. Either Anwar is a friend of the Jews, like how Umno alleges, or he is an enemy of the Jews, like how B’nai B’rith International alleges.

Anwar may lose out on international speaking engagements, in particular in the United States, but at least now he can go meet the Malays in the kampongs and tell them that Umno is lying about his Jewish connection and that he has, in fact, been declared an enemy of the Jews by the most powerful Jewish organisation in the world outside Israel.

Has Umno unwittingly given Anwar more prestige amongst the Malay-Muslim voters? I suppose Umno also can’t have it both ways. Either Anwar is a friend of the Jews or he is their enemy. And with this latest move by APCO, Anwar is clearly going to be declared the latter.

It is the Malays who will be voting in the next general election, not the Americans. So what the Malays think matter more than what the Americans think.

That is the bottom line as far as I am concerned.

*************************************************

May 25, 2010

The Honorable John F. Kerry, Chairman

The Honorable Richard G. Lugar, Ranking Member

Committee on Foreign Relations

United States Senate

Washington, D.C. 20510

Dear Senator Kerry and Senator Lugar:

On behalf of B’nai B’rith International’s more than 200,000 members and supporters, we write to express our deep concern about the flagrantly anti-Semitic pronouncements of Malaysia’s opposition leader, Anwar Ibrahim.

Ibrahim, who spent several years living in Washington, D.C. cultivating a pro-Western image, has nonetheless used his position in the Malaysian parliament as a platform for spreading anti-Semitic propaganda. His frequent criticisms of the government of Prime Minister Najib Razak are infused with anti-Jewish and anti-Israel slanders, such as his April 30 assertion that Israeli spies are “directly involved in the running of the government.” On another occasion he alleged the presence of “Israeli intelligence personnel in the Police IT unit.”

Ibrahim also has said in parliament that the “Jewish-controlled” public relations firm hired by the Prime Minister was attempting to manipulate Malaysia to support U.S. policies. In the run-up to Malaysia’s 2008 elections, he said in an interview with IslamOnline, “I have evidence proving that the government is backing the Jewish lobby in the U.S. and some parties inside Israel.”

In light of the role that Ibrahim has played in the resurgence of anti-Semitic polemics in Malaysian politics, we ask that U.S. officials suspend their ties with Anwar Ibrahim. A purveyor of anti-Jewish hatred such as Ibrahim should not enjoy the measure of legitimacy that a positive relationship with the United States would confer upon him.

Thank you for your attention and cooperation. We look forward to remaining in communication with you about this matter in the near future.

Respectfully,

Dennis W. Glick, President

Daniel S. Mariaschin, Executive Vice President

http://www.bnaibrith.org/letter52610.cfm

PR NS DEMO AMAN BANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK



PR NS DEMO AMAN BANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan (NS) mengadakan demonstrasi aman di hadapan perkarangan Masjid Negeri di Seremban sebagai membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bolasepak baru-baru ini.

Diketuai oleh Pesuruhjaya PAS NS, Zulkefly Mohamad Omar; lebih 1,000 umat Islam termasuk pemimpin PR NS hadir menyatakan bantahan diatas tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak.

Zulkefly dalam ucapan beliau menyatakan kekesalan dan kekecewaan diatas tindakan kerajaan yang terus melambak lesen judi tanpa mengambilkira kesensitivitian Agama Islam itu sendiri dan juga tanggungjawab sosial terhadap masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

" Sekarang pun kadar hari berjudi untuk tempoh seminggu agak membimbangkan, kini kerajaan melambak pula satu lagi jenis perjudian.

" Tindakan ini akan merosakkan masyarakat dan dari segi Islam satu tindakan yang haram dan ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada umat Islam di negara ini", ujar Zulkefly.

Zulkefly juga menyatakan bahawa sebagai saudara Islam beliau malu dengan sikap Perdana Menteri Dato' Najib Abdul Razak yang meluluskan lesen judi bolasepak ini sedangkan masyarakat dan pemimpin bukan Islam sendiri membantah tindakan kerajaan melambakkan lesen dan kekerapan hari berjudi yang akhirnya banyak merosakkan institusi keluarga kaki judi tersebut.

" Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke yang juga merupakan Ketua Pemuda DAP turut membantah di Parlimen atas tindakan kerajaan menambah kekerapan "Special Draw".

" Malangnya Ahli Parlimen Umno yang merupakan Melayu Islam hanya membisu.Inilah sikap sebenar pemimpin Umno kononnya melaungkan-laungkan sebagai pejuang Melayu dan Islam", kata Zulkefly lagi.

Sementara itu Pesuruhjaya 3 PAS NS, Mohd Taufek Abdul Ghani mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir Baharom yang menjaga portfolio Hal Ehwal Agama Islam memberikan sijil "Halal" dari Jakim sekiranya beliau bersetuju dengan kelulusan lesen judi bolasepak ini.

" Hari ini Umat Islam di tanahair telah sedar bahawa tiada lagi cara hapuskan judi melainkan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

" Sesiapa yang menyokong dan mengundi Umno-BN bermakna mereka juga bersekongkol dengan maksiat judi dan berdosa", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek juga menyatakan kepelikkan pemimpin Umno-BN yang langsung tidak membantah diatas tindakan kerajaan Umno-BN meluluskan lesen judi bolasepak ini sedangkan masyarakat bukan Islam sendiri membantah kerana perjudian ini juga banyak merosakkan masyarakat bukan Islam yang ada dikalangan mereka berhutang dengan Along semata-mata ingin bermain judi.

" Sebagai seorang pemimpin Islam saya sendiri malu apabila ketika saya melakukan lawatan kerja di kawasan saya baru-baru ini, ada diantara pengundi bukan Islam di kawasan saya yang peka dengan permasalahan akibat tabiat berjudi ini bertanya kenapa lesen judi ini diluluskan.

" Mereka bertanya bukankah judi ini haram di sisi agama Islam, namun kenapa pemimpin Umno yang merupakan orang Islam sendiri meluluskan lesen judi ini", ulas Mohd Taufek.

Mohd Taufek juga meminta tokoh agama di dalam Umno menyatakan pendirian mereka berhubung isu lesen judi ini dan tidak hanya berdiam diri.Sekiranya mereka tidak mampu bersuara di dalam Umno, Mohd Taufek mengajak tokoh agama berkaitan menyertai PAS kerana wadah perjuangan PAS lebih jelas yang berasaskan Islam dan Al-Quran.

Ketua Dewan Pemuda PAS NS, Khairil Anuar Wafa pula mendedak Majlis Fatwa Kebangsaan segera menyatakan pendirian mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak ini.

" Majlis Fatwa Kebangsaan tidak seharusnya berdiam diri.Sebaliknya mereka perlu tegas dan mengeluarkan fatwa berhubung lesen perjudian ini", kata Khairil Anuar.

Khairil juga membidas Najib dan Umno yang mana dalam isu Kalimah Allah mereka begitu lantang tetapi dalam isu kelulusan judi bolasepak ini terus menikus.

" Dalam isu Kalimah Allah mereka melalak seolah-olah mereka sahajalah pejuang Islam, sedangkan hakikatnya rakyat bijak dan sedar bahawa Umno menggunakan isu itu untuk populariti parti Umno yang semakin hari semakin suram.

" Tapi dalam isu lesen judi ini, Umno menikus dan terus menikus sedangkan saban hari mereka mencanang bahawa merekalah pejuang bangsa Melayu dan agama Islam.Inilah sikap talam dua muka Umno yang terus menipu umat Islam di negara ini", bidas Khairil Anuar.

Turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pusat, Samsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha KeADILan Rembau, Norazizi Abdul Aziz.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 26 PAS JEMPOL




MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 26 PAS JEMPOL

FAIZ ABDULLAH

JEMPOL - Mesyuarat Agung Tahunan PAS Jempol bagi kali yang ke-26 telah diadakan di Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, Jempol.

Yang Dipertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli; dalam ucapan alu-aluan mengingatkan perwakilan dan ahli bahawa harus berpegang teguh secara keseluruhannya kepada ajaran Islam dan perjuangan harus diteruskan untuk mengukuhkan organisasi PAS Jempol di peringkat kawasan, cawangan, pemuda mahupun muslimat.

" Kecantikkan PAS ialah ianya dianggotai oleh pelbagai lapisan pemimpin dan ahli seperti golongan Ulama, profesional dan aktivitis.

" Saya menyeru agar pemuda PAS harus bangkit kerana mereka merupakan harapan bangsa dan bakal menerajui kepimpinan.Pemuda juga harus mempelbagai dan memperbanyakkan program dan harus berani ke hadapan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam perjuangan parti", kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman juga mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah meluluskan empat wakil PAS Jempol sebagai agen pendaftar pemilih SPR untuk pendaftaran pengundi baru.

" Ini langkah kita untuk bersama memperkukuhkan parti dan menuju kemenangan di dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti.

" Saya juga meminta muslimat agar menggandakan usaha untuk mendapatkan sokongan golongan wanita", ulas Abdul Rahman.

Sementara itu dalam ucapan perasmian, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani menyeru agar PAS Jempol perlu mempelbagaikan kreativiti dalam perjuangan dengan menggerakkan usaha untuk menubuhkan sebanyak mungkin PASTI di dalam kawasan Jempol.PASTI merupakan salah sebuah asas perjuangan parti.

" Kami di Rembau mempunyai 10 buah PASTI.Lazimnya ibubapa kepada anak yang belajar di PASTI ini adalah sama ada ahli PAS ataupun penyokong PAS.

" Maka darabkan jumlah penuntut ini dengan dua orang iaitu setiap murid diwakili oleh dua pengundi iaitu ibubapa mereka.Maka bayangkan berapa ratus undi yang calon PAS setempat akan dapat secara automatik tanpa kempen intensif", jelas Mohd Taufek.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, menyarankan agar pemuda menganjurkan aktiviti sihat yang mampu menarik golongan muda mendampingi PAS seperti kejohanan Futsal, Badminton dan Bola Jaring umpamanya.

" Sebagai langkah permulaan saya bersedia menaja kos mengecat dan mendirikan tiang dan jaring gelanggang badminton di Muassasah Darul Syariff ini.

" Saya juga mendapat maklumat bahawa dalam Mesyuarat Umno bahagian, ahli Umno telah diingatkan untuk mengerakkan gerak kerja aktiviti parti dan mereka diminta mendampingi rakyat.Ini tanda semboyan PRU ke-13 semakin hampir.Justeru itu saya meminta agar PAS Jempol juga segera gerakkan segala aktiviti parti dengan segera dalam usaha mencapai kemenangan pada PRU ke 13 nanti", ujar Mohd Taufek.

Mohd Taufek yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menggesa PAS Jempol agar menyemak status penyokong PAS, sama ada mereka telah mendaftar sebagai pengundi dengan SPR.

" Terdapat beberapa kes di dalam NS, ada dikalangan penyokong PAS begitu bersemangat dalam program dan aktiviti PAS terutama ketika kempen besar-besaran PRU.

" Malangnya apabila disemak mereka ini tidak mendaftar sebagai pengundi sah kerana kesibukkan denga urusan kerja dan sebagainya.Ini satu kerugian kepada kita dan kita harus mengambil langkah pencegahan dengan menyemak status mereka", kata Mohd Taufek lagi.

Turut hadir ialah Pengerusi Tetap, Yusuf Razak; Timbalan Pengerusi Tetap, Ibrahim Dawi; Timbalan YDP, Abdul Majid Ujang; Naib YDP, Zakaria Amat; Ketua urusan Ulama, Ramli Abu Bakar; Ketua Dewan Pemuda, Mohd Fairuz Mohd Isa; Ketua Dewan Muslimat, Siti Meriam Naam; Setiausaha, Zainol Ismail; Bendahari, Abdul Samah Jamal dan Ketua Penerangan, Abu Muhd Syahid Abdullah.

Solat Hajat Perdana GAZA 3 Jun Seremban

SOLAT HAJAT PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO dan Selamatkan GAZA
Tarikh : 3 Jun 2010 / Khamis
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban

Turutkan diadakan taklimat oleh wakil NGO Palestin

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran :
PAS Cawangan Taman Tasik Jaya dan Urusan Ulamak PAS Kawasan Rembau

20100601

Ceramah Bebas Tawanan 4 Jun Senawang




CERAMAH PERDANA
Bebaskan Tawanan NGO , Selamatkan GAZA
Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Penceramah :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Wakil-wakil NGO

Semua Dijemput Hadir