JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

20100531

Solat Hajat bersama ADUN Paroi 1 Jun

SOLAT HAJAT SELAMATKAN SUKARELAWAN GAZA
Tarikh : 1 Jun 2010 / Selasa
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Bersama YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

Tazkirah selepas Maghrib oleh ADUN Paroi

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Lawan zionis israel dengan senjata DOA



Kita hanya mampu melawan zionis israel dengan Senjata DOA.
Usaha kemanusian membantu penduduk Gaza mesti diteruskan !
Bantahan terhadap keganasan israel tiada noktahnya !

*****************
DOA MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

BANDAR SERI BEGAWAN, Doa itu sifatnya luhur, nilainya tinggi dan harganya tidak ternilai kerana ia berupa munajat semata-mata kepada Allah dan urusan langsung dengan Allah.

Manfaat doa kepada orang yang beriman amat besar dan ini bukan cakap semata-mata dan bukan juga teori para sarjana, tetapi adalah perkhabaran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Antara perkhabaran Nabi mengenai doa itu sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud : “ Adalah doa itu otak ibadat.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Termidzi daripada Anas).

Katanya lagi doa itu senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya tujuh petala langit dan bumi. (Hadis riwayat At-Termidzi).

Doa bukan sahaja terbatas bagi manusia, bahkan makhluk lain juga berzikir dan berdoa dan hasil daripada doa mereka itu, kadang-kadang turut dinikmati juga oleh kita manusia.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/5apr/berita03.htm

20100526

Ceramah Bantah Judi 30 Mei Jempol N.Sembilan


CERAMAH TAK NAK JUDI
Tarikh : 30 Mei 2010 , AHAD
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Kawasan Jempol, Muassasah Darul Syariff, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol

Penceramah :
YB Hj Mohamad Taufek – ADUN Paroi , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Al Fadil Ustaz Wan Azhar – Yang Dipertua PAS Besut , Terengganu

Semua Dijemput Hadir

BOLA YES , JUDI NO !

Maklumat lanjut di http://unitamaljempol.blogspot.com/2010/05/jemputan-ke-ceramah-umum-30-mei-2010.html

20100524

Radix Fried Chicken (RFC)...Kini di Ayer Keroh



Keenakan ayam gorengnya setanding dengan mana-mana restoran makanan segera yang lain. Kelebihannya ia milik sepenuhnya orang Islam dan ayam yang digunakan adalah ayam organik. Ayam organik sama khasiat seperti ayam kampung. Tak percaya...cubalah ke Restoran RFC di Mydin Mall di MITC Ayer Keroh, hanya 5 minit dari Tol Ayer Keroh. Restoran RFC adalah milik HPA, sebuah syarikat perniagaan milik orang Islam yang terkenal dengan iklan Kopi RADIX...Mai secawan. Kempen makan ayam goreng RFC sebagai ganti kepada ayam goreng milik restoran makanan segera lain yang juga sinonim dengan kempen anti Israel. Sokongan kepada umat Islam Palestin. SELAMAT MENCUBA ....ANDA PASTI TIDAK KECEWA

DHPP...Hari ini Dalam Sejarah






23 Mei 2010 Ahad bersamaan 9 Jamadil Akhir 1431H merupakan satu catatan sejarah dalam politik tanahair negara kita kerana PAS secara rasminya melancarkan sayap baru PAS iaitu DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP). Parti Islam SeMalaysia adalah parti Islam pertama di dunia yang membuka keahlian parti kepada masyarakat bukan Islam. Semoga ijtihad yang dilaksanakan pimpinan parti akan diberkati Allah dan menampakkan hasil yang positif. Saya bersama Pesuruhjaya PAS N.Sembilan , Ybhg En Zulkeply Mohamad Hj Omar , Setiausaha PAS N.Sembilan , En Shamsulkamal Hj Idris dan Pengerusi DHPP N.Sembilan , En Yau Con Seng.

Gangsters in ceramah: PKR ticks off MB, police


By Zefry Dahlan

SEREMBAN: Pakatan Rakyat leaders in Rembau took to task the Seremban police for arbitrarily refusing a permit for a ceramah scheduled for May 25.
According to Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin, the police were forced to relent to pressure from Negeri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan.

Initially the ceramah was to be held at Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau. Police refused a permit, saying that the location was too close to the main road.

The organisers then switched the location to Taman Bandar Ekar, Rantau. Once again, police refused a permit, this time giving a different reason.

"Seremban OCPD Saiful Azly Kamaruddin said a permit could not issued due to the presence of Indian gangsters and Pekida,” said Badrul.

“The OCPD said there was a chance that groups might retaliate as the location of the ceramah was within the menteri besar's constituency.

"The OCPD’s statement clearly shows that the menteri besar is supported by the Indian gangsters and Pekida. The letter from the police clearly states this,” he added.

Badrul said the letter clearly shows that the police were forced to bow to pressure from the menteri besar and his proxy of gangsters.

Badrul, who is also a PKR supreme council member and popularly known as Chegu Bard, challenged Mohd Hasan to a ‘fight’ with facts and not ‘strong-arm tactics’.

Meanwhile Mohd Taufek, the Rembau PAS chief said the police action shows there is no room for democracy, and the impression given by the police is that it is not in control.

"The impression by the police is that it has lost the control over the whole matter. This is worrisome as confidence in the force will be further eroded,” said Mohd Taufek.

Among the speakers who were scheduled to take to the stage at the ceremah were PAS’ crowd-puller Mohamad Sabu, Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani, Rahang state assemblyman MK Arumugam, PKR Youth exco Ginie Lim and Badrul Hisham.

In the press conference Badrul conceded to the pressure imposed by the police and announced that he is shifting the location of the ceramah to an isolated place which is more than 15 kilometers from original place.

With the same line-up of the speakers, the ceramah will be held in Taman Angsa Mas, Mambau at 8.30pm on 25th May 2010.

http://national-express-malaysia.blogspot.com/2010/05/gangsters-in-ceramah-pkr-ticks-off-mb.html

20100522

PAKATAN RAKYAT REMBAU SERANG KUBU MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN


PAKATAN RAKYAT REMBAU SERANG KUBU MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

FAIZ ABDULLAH

REMBAU - Pakatan Rakyat (PR) Rembau akan melancarkan serangan keatas "kubu" Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan (NS), Mohd Hasan pada 25 Mei ini.Sehubungan itu satu program ceramah penerangan isu sensasi semasa akan diadakan di hadapan Pejabat DAP Rantau, di Taman Ekar, Pekan Rantau.

Menurut Ketua Penganjur ceramah tersebut, Badrul Hisham Shaharin; pada mulanya ceramah tersebut sepatutnya diadakan di Kampung Nyatoh, Rantau tetapi pihak polis tidak memberikan permit atas alasan jalan depan tapak ceramah itu ada garisan berkembar.

" Alasan pihak polis tidak munasabah.Tetapi kami telah mengalihkan lokasi ceramah ke Taman Ekar.Sehingga ke hari ini permit yang dipohon masih belum diluluskan lagi.

" Tetapi hari ini saya mendengar 'sumber' dari polis meminta kami alih ke tempat lain pula untuk dapatkan permit kerana kononnya itu kawasan Menteri Besar.Ini bukan negara koboi, ada kawasan orang itu dan ada kawasan orang ini.Kalau tak boleh beri permit kerana kawasan MB, senang saja Polis istihar sahaja DUN Rantau semua tak boleh bertanding dan ia kawasan Darurat dibawah pemerintahan keluarga Mohamad Hasan.Senang!!!", tegas Badrul Hisham.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Rembau, Mohd Taufek Abdul Ghani pula menyifatkan Umno Rembau semakin gusar dengan kemaraan pengaruh PR di NS khususnya Rembau.

" Saya percaya Umno Rembau semakin mengelabah apabila kami di PR semakin banyak menganjurkan program kemasyarakatan demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

" Amat lucu hanya kerana kami anjurkan program ceramah mereka mula gelisah, sedangkan mereka menguasai semua media termasuk tv, akhbar dan radio.Mereka gelisah kerana tidak mahu maklumat sebenar tentang kelemahan kerajaan Barisan Nasional sampai kepada rakyat", kata Mohd Taufek.

Program Ceramah yang bertemakan " Kugan, Beng Hock, Aminul & Siapa Lagi?? Siapa Agen Israel??" akan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani; ADUN Rantau, MK Arumugam; EXCO AMK Pusat, Ginie Lim dan Ketua Cabang KeADILan Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Norazizi Abdul Aziz di talian 012-3696474.

SEORANG LAGI PEMUDA BAWAH UMUR DITEMBAK POLIS



SEORANG LAGI PEMUDA BAWAH UMUR DITEMBAK POLIS

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Seorang lagi pemuda bawah umur ditembak polis pada sabtu lalu di Jalan Jelebu - Seremban, Seremban.Dalam kejadian 3.30 pagi itu mangsa Mohd Azizi Azri Aziz, 17, sedang berkumpul dengan rakannya berdekatan dengan Pusat Membeli Belah Centre Point, Jalan Siamang Gagap.

Sejurus kemudian sebuah kereta peronda polis menghampiri Mohd Azri Aziz dan rakannya seramai hampir 20 orang.Melihat kehadiran polis kesemua mereka melarikan diri dengan motosikal masing-masing kearah yang berbeza.Mohd Azizi Azri pula memecut ke arah Jalan Jelebu - Seremban.

Mengikut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berlaku kejadian kejar mengejar diantara polis dan Mohd Azizi Azri, dimana polis mengarahkan Mohd Azizi Azri berhenti, walaubagaimanapun Mohd Azizi Azri terus memecut motosikalnya tanpa berhenti.

" Pada ketika ini salah seorang amggota polis melepaskan tembakan amaran meminta mangsa berhenti.Walaubagaimanapun mangsa terus memecut.Sampai di persimpangan Kg Ujung Pasir, mangsa berhentikan motosikal dan cuba melarikan diri.

" Walaubagaimanapun pihak polis berjaya memberkas mangsa dan pada ketika itulah polis mengetahui bahawa tembakan amaran tadi terkena mangsa selepas polis mengejar mangsa hampir dua kilometer daripada pusat membeli belah.Selepas itu polis segera menghantar mangsa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban", kata Osman.

Walaubagaimanapun Osman memohon maaf kepada keluarga mangsa kerana tindakan anggota polis terbabit jelas menyalahguna kuasa malah telah melanggar 'Standard Operating Procedure' (SOP) dalam situasi apakah senjata api boleh digunakan.

" Memandangkan nyawa anggota polis tersebut tidak terancam, maka dia tidak sepatutnya melepaskan tembakan.

" Bagi saya ini merupakan satu penyalahgunaankuasa dan kita telah menggantung anggota terbabit dengan serta merta ", jelas Osman lagi.

Sementara itu kepimpinan PAS Negeri Sembilan (NS) melawat mangsa dan keluarga mangsa di HTJ semalam.Antara yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS NS, Zulkefly Mohamad Omar; Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS NS, Mohd Taufek Abdul Ghani; Ketua Muslimat PAS NS, Fazilah Abu Samah dan Kordinator Kelab Penyokong PAS NS, Yau Con Seng.Turut hadir Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Zulkefly mengecam kerana terlalu banyak kes tembakan membabitkan anggota polis yang tidak ikut prosedur dan berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi.

" Saya berharap pihak polis bukan sekadar memohon maaf sahaja, sebaliknya tindakan segera juga harus diambil keatas anggota terbabit sekiranya terbukti dia bersalah.

" PDRM juga harus bertanggungjawab terhadap kebajikan mangsa dan keluarga mangsa seperti kos rawatan dan kerugian", kata Zulkefly.

Zulkefly juga mendesak Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (IPMMC) dilaksanakan segera memandangkan kes salah guna kuasa polis berleluasa.

" IPMMC harus dilaksanakan segera untuk mencegah dari berlakunya lebih banyak kes seumpama ini.

" Malah IPMMC perlu dalam usaha penambahbaikan prosedur tugasan anggota polis", ulas Zulkefly lagi.

Sementara itu Mohd Taufek pula mengesyorkan agar PDRM menerapkan kaedah dan mengambil pendekatan ISO dalam usaha penambahbaikan pengurusan dan tugasan PDRM.

" Setiap Balai Polis dan anggota perlu lulus dan memiliki Sijil ISO dalam usaha memahami prosedur sebenar tugasan PDRM.

" Kes di Seremban ini jelas menunjukkan anggota polis terbabit tidak memahami prosedur sebenar.Ketua Polis NS sendiri mengakui bahawa anggota terbabit telah melanggar SOP dalam tugas beliau.Malah anggota itu juga telah melanggar arahan Ketua Polis Negara, Dato' Musa Hasan yang menegaskan anggotanya jangan lepaskan tembakan jika nyawa mereka tidak terancam", ujar Mohd Taufek.

Mohd Taufek juga kesal kerana jelas tiada perubahan sikap dan anggota polis terbabit tidak mengambil pengajaran daripada kes tembakan Aminulrasyid.

Sementara itu Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, bersedia membantu keluarga mangsa jika mereka memerlukan sebarang bantuan atau sokongan daripada beliau.

" Memandangkan mangsa dan keluarga mangsa tinggal di kawasan saya, saya bersedia memberikan sokongan yang sebaik mungkin.

" Jika timbul sebarang masalah, keluarga mangsa boleh berjumpa saya untuk mendapatkan nasihat dan bantuan", kata Mohd Taufek lagi.

Nuridah pula mendesak agar Ketua Polis Negara, Dato' Musa Hasan meletakkan jawatan dengan segera memandangkan beliau harus bertanggungjawab pada insiden tembakan yang membabitkan anggota beliau.

" Ini bukan kali pertama kejadian sedemikan berlaku.Sebelum ini kes membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh; pasangan suami isteri, Siti Nusrinda dan Mohd Fauzi Mohd Daud serta Aminulrasyid Amzah.Yang terbaru adik Mohd Azizi Azri Aziz.

" Musa tidak layak untuk terus memegang jawatan dan harus meletak jawatan dengan segera", kata Nuridah.

Nuridah juga berharap kejadian seumpama begini tidak berlaku lagi.

Sementara itu diakhir kunjungan, Zulkefly, Mohd Taufek, Fazilah dan Nuridah, masing- masing telah menyerahkan bantuan berupa sumbangan kewangan kepada bapa mangsa Aziz Omar dan ibu mangsa Juhaida Che Hasan

20100521

Pokok besar tumbang ancaman besar di Seremban



Pada Isnin 10 Mei 2010 sekitar jam 7 pagi telah berlaku kesesakan teruk yang luar biasa di Jalan Senawang ke Kuala Pilah berhampiran stesen minyak Petronas di Taman Marida.

Puncanya ialah sebatang pokok besar telah tumbang menghalang keseluruhan jalan menuju ke ara Kuala Pilah.

Gambar yang diambil ketika bomba sedang membersihkan kawasan menunjukkan kesan tayar membrek, dipercayai telah ada kenderaan telah melanggar pokok yang telah tumbang ini kemungkinan pada awal pagi.

Pada hari ini Jumaat 21 Mei 2010 berlaku perkara yang sama juga. Sebatang pokok besar telah tumbang di jalan utama Seremban Kuala Pilah berhampiran Balai Polis Paroi. Kali ini ianya melibatkan kemalangan kepada pengguna jalanraya. Sebuah kereta Viva didapati remuk teruk . Diberitakan seorang wanita hamil terlibat dalam kemalangan ini. Saya belum mendapat maklumat lanjut lagi akan kejadian ini.

Laporan mengenai pokok-pokok besar yang berbahaya ini telah diajukan beberapa kali kepada pihak berkuasa terutamanya pihak Majlis Perbandaran Seremban.

Saya berharap agar semua pihak terutama pihak Majlis Perbandaran Seremban, agensi kerajaan berkaitan, pihak kontraktor, pihak pemaju dan sebagainya mengambil berat akan isu yang membabitkan keselamatan orang awam ini, apatah lagi jika laporan telah dibuat sebelum ini.
Keadaan ini bertambah berbahaya sekarang ini dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan ribut petir dan hujan lebat.

20100520

Mat Hasan takut dengan Mat Sabu ?


Mat Hasan tak perlu takut dengan Mat Sabu. Buatlah program lain, di tempat lain untuk lawan Mat Sabu.

Petikan dari Blog Chegubard :

Di NS bukan takat dewan tapi permit pun diganggu.

Heboh kononya di Pulau Pinang, Program Pemuda Umno tak dapat kebenaran menggunakan Dewan Orang Ramai, tetapi di Negeri Sembilan nak dapatkan permit polis pun susah dan kadang kala dah dapat tetapi dibatalkan saat akhir.

Contoh terdekat ketika semua persiapan ceramah Tn Hj Mohamad Sabu pada 25 Mei 2010 sudah disiapkan untuk diadakan di Kg. Nyatoh, Rantau di sebuah tanah persendirian yang pernah sebelum ini dua kali buat program Barisan Alternatif (BA) satu ketika dulu dan semuanya 'ok'. Malangnya kali ini polis tak bagi permit kerana jalan depan tanah itu garisan berkembar.

Kami alih pula ke Depan Pejabat DAP, di Taman Ekar,Rantau permit di pohon semula tetapi sampai ke saat ini masih tak ada respon dari Ibupejabat Polis Daerah Seremban. Kami tak boleh tunggu untuk promosi dan persiapan, tetapi hari ini dengar 'sumber' dari polis cuba minta alih ke tempat lain (selain Rantau) untuk dapat permit kerana kononya itu kawasan Menteri Besar.

hahaha mengarut, ini bukan negara koboi ada kawasan orang itu dan ada kawasan orang ini. Kalau tak boleh beri permit kerana kawasan MB senang saja Polis istihar sahaja DUN Rantau semua tak boleh bertanding dan ia kawasan Darurat dibawah pemerintahan keluarga Mohamad Hassan, senang !!!!

Semua persiapan dah dibuat, insyaAllah semua urusan keselamatan seperti letak kereta, kelancaran trafik, tempat duduk ceramah dan seumpamanya sudah disusun dengan baik dan petugas yang cukup disediakan.

Semua dijemput keayuh kita gempur kawasan Menteri Besar Negeri Sembilan dengan maklumat.

Kepada semua mohon rayu sebarkan maklumat hebahan ceramah ini kepada sebanyak mungkin orang.

http://chegubard.blogspot.com/2010/05/di-ns-bukan-takat-dewan-tapi-permit-pun.html

Anjing liar ancam penduduk Taman Sri Permata

Utusan Malaysia 20 Mei 2010

SEKUMPULAN anjing liar di Taman Sri Permata, Jalan Sungai Gadut, Seremban, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

SEREMBAN 19 Mei - Ancaman anjing liar di Taman Sri Permata, Jalan Sungai Gadut dekat sini bukan lagi perkara baru, malahan penderitaan penduduk di situ sudah menjangkau lebih sebulan yang lalu.

Tidak tahan dengan salakan anjing yang bising setiap malam serta 'pencerobohan' yang dilakukan secara berkumpulan dalam kawasan rumah dengan menyelongkar tong sampah menyebabkan penduduk tidak tahan lagi dan mahu tindakan dilakukan segera.

Seorang penduduk, R. Shanmugam, 45 yang menghubungi Utusan Malaysia semalam memberitahu, penduduk sudah bosan dengan ancaman anjing liar ini, malahan bilangannya semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

''Tolonglah, datang dan lihat sendiri betapa banyaknya anjing liar di kawasan perumahan ini serta sepanjang Jalan Sungai Gadut ini.

''Bilangannya sudah tidak terkawal dan haiwan ini menjadikan kawasan kelapa sawit, belukar dan perumahan di sini sebagai tempat mencari makanan," katanya.

Utusan Malaysia yang membuat tinjauan ke lokasi di taman perumahan berkenaan semalam dan hari ini mendapati aduan penduduk itu ada kebenarannya.

Hari ini sahaja lebih lapan ekor anjing liar berkeliaran di kawasan perumahan itu dan rata-rata penduduk tidak membenarkan anak-anak mereka bermain di luar kerana bimbang dengan ancaman haiwan berkenaan.

Penduduk, Sakhtivelan Subramaniam, 24 yang merupakan kakitangan kerajaan di Pejabat Kesihatan Seremban dekat sini memberitahu, masalah anjing liar itu sudah berlaku lebih sebulan lalu dan sehingga ke hari ini bilangannya semakin bertambah.

''Apa yang Utusan Malaysia lihat hari ini cuma lapan ekor sahaja. Sebenarnya bilangan itu lebih banyak lagi apabila waktu malam.

''Haiwan ini akan keluar secara berkumpulan dan mula membuat bising dengan salakan. Ini menyebabkan penduduk sukar untuk melelapkan mata. Kalau anjing itu bergaduh, lagilah teruk," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehubungan itu, dia merayu kepada pihak yang bertanggungjawab melihat masalah anjing liar ini dengan lebih serius kerana adalah lebih baik mencegahnya daripada haiwan itu bertindak ganas kepada penduduk di sini.

''Kadangkala, dalam kawasan rumah yang tertutup pagarnya pun, anjing ini dapat masuk. Susahlah, kalau haiwan ini dibiarkan tanpa ada pihak yang menangkapnya," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

20100518

Rayuan Rumah Perlindungan Saudara Baru


Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) adalah merupakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2003 dalam usaha membantu saudara baru dan juga golongan yang memerlukan. Untuk tujuan itu YKSNS telah membeli sebuah rumah di Taman Cemerlang, Kuala Pilah yang telah dijadikan rumah perlindungan dan juga tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.

Sumbangan untuk 1 kaki persegi ialah RM 143.85

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN Akaun Bank Islam 05030010135487

Untuk pertanyaan hubungi
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/
Alamat :
Pengarah Tabung Aset YKSNS
KOMPLEKS TOK MUAR (Rumah Perlindungan)
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/blog-post.html#links

YKSNS juga akan menganjurkan MALAM NUR INSPIRASI YKS 2010 di Kompleks Tok Muar YKSNS pada 24 Julai 2010 pada jam 8 malam hingga 11 malam.

VISI YKSNS : Membina masyarakat yang berkasih saying dan hubungan kemanusiaan yang tinggi

MISI YKSNS : Menjadi pertubuhan yang membangunkan aqidah, pendidikan, ekonomi serta memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat

AKTIVITI & PERKHIDMATAN :
1. Program Modal Insan
2. Urusan Penjagaan Saudara Baru Dalam Tempoh Perlindungan
3. Urusan Penjagaan Anak-Anak Terabai
4. Masalah Sosial Remaja
5. Kelas Pengajian Agama
6. Menyalurkan Bantuan
7. Program Jalinan Ukhuwwah Saudara Kita

GOLONGAN YANG DILINDUNGI :
1. Saudara baru
2. Golongan yang layak menerima zakat
3. Ibu tunggal

Kejohanan Bolasepak PASTI 22 Mei Seremban

KEJOHANAN SUKAN BOLASEPAK & BOLA JARING
PELAJAR PASTI NEGERI SEMBILAN 2010

Tarikh : 22 Mei 2010 / Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 11.45 tengahari
Tempat : Padang, Rahang Kecil, Seremban

Mari Bersama Berikan Sokongan Kepada Pasukan Yang Bertanding

20100514

Perjalanan Terakhir Ustaz Ashaari Muhammad






Kg Pilin, Rembau menjadi tempat bersemadinya Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad. Anak jati Rembau disemadikan bersebelahan pusara bondanya di kampung halamannya sendiri. Kehadiran ramai sahabat-sahabat seperjuangan arwah menjadikan jalan ke Kg Pilin agak sibuk malam itu, ditambah dengan kehadiran anggota polis yang agak ramai. Kehadiran jemaah Al-Arqam dalam persada negara perlu diakui memberikan jua manafaat kepada umat Islam :-

a) Memartabatkan hiburan Islam. Banyak kumpulan nasyid tanahair hari ini adalah anak didik Al-Arqam , antaranya Rabbani dan Hijjaz.

b) Menjadi pemangkin awal kepada tumbuhnya industri produk Muslim seperti tauhu , air soya , mee kuning , sos , kicap dan lain-lain.

c) Mempopularkan pakaian Muslim selari dengan sunnah Nabi.

Akhirnya, sekalung doa mudah-mudahan roh arwah digolongkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Amin...

Bersama Kita Bangunkan Surau di N.Sembilan


TABUNG PEMBINAAN SURAU
Taman Matahari Indah dan Senawang Indah 2

Mereka yang ingin turut serta mengambil bahagian dalam saham pembinaan surau ini sila hubungi :
En Kamaruddin Ishak 012-3280446 , Pengerusi
En Md Nordin Abu Bakar 019-6434634 , Setiausaha
En Azizal Sulaiman 019-2800678 , Bendahari

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Nama Akaun : Persatuan Penduduk Taman Matahari Indah dan Senawang Indah 2
No Akaun : 05100-29-00065176-7
Bank : Bank Simpanan Nasional (Cawangan Seremban)

Maklumat lanjut , surat edaran sumbangan, surat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan pelan surau pada pautan berikut http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/05/bersama-kita-bangunkan-surau-di.html

Maklumat pembinaan :
Bilangan penduduk 1000 orang
Anggaran kos RM 160,000.00
Dana terkumpul RM 15,000.00 (setakat 29 Mac 2010)

Bandar Seremban Selatan, Seremban Jaya dicemari sampah

Utusan Malaysia 14 Mei 2010


SAMPAH-SARAP yang dibuang di tepi jalan Bandar Seremban Selatan mencacatkan pemandangan di kawasan perbandaran baru itu.

--------------------------------------------------------------------------------

SEREMBAN 13 Mei – Sudah banyak kali kerajaan negeri menasihatkan orang ramai agar tidak membuang sampah secara haram di tepi jalan kerana ia boleh mengundang bahaya dan mencacatkan pemandangan.

Malangnya amaran dan nasihat itu tidak diendahkan, sebaliknya jalan sunyi di kawasan perumahan terus menjadi tempat mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sampah.

Tinjauan Utusan Malaysia sejak seminggu lalu di Bandar Seremban Selatan dan Seremban Jaya dekat sini mendapati pembuangan sampah di tepi jalan terus berleluasa.

Apa yang lebih memeranjatkan, pagi ini ada pihak yang membakar sampah yang bertimbun bersebelahan kawasan loji olahan kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) di Bandar Seremban Selatan.

Keadaan yang sama juga berlaku di Seremban Jaya dekat sini apabila satu laluan ke kawasan kedai kosong di kawasan itu dijadikan tempat lambakan sampah seperti tilam, perabot lama dan sebagainya.

Pembuangan sampah di kawasan itu bukan sehari berlaku, tetapi telah dibiarkan lebih seminggu sejak Utusan Malaysia mula memantau keadaan berkenaan hasil maklum balas yang diterima melalui e-mel ‘Komen Rakyat’ di utusanN9@utusan.com.my.

Seorang penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Rasyid, 46, berkata, longgokan sampah di Bandar Seremban Selatan bersebelahan IWK bukan perkara baru.

‘‘Setiap hari ada orang membakar sampah di atas jalan raya ini. Siapa hendak halang sebab tiada siapa yang ambil tahu,” katanya.

Jelasnya, oleh kerana jalan itu merupakan laluan alternatif dari Jalan Sungai Gadut ke Seremban Jaya dan Bandar Seremban Selatan maka ia terbiar tanpa perhatian.

‘‘Orang yang buang sampah di sini pentingkan diri sendiri. Bila sudah dibuang, ada yang membakar pula. Inilah yang kita panggil ‘penyangak sampah’,” katanya.

Sementara itu, pemantauan yang dibuat sejak seminggu lalu mendapati tilam, bantal, almari, sofa lama, bahan binaan, plastik, rumput dan pelbagai lagi dibuang sewenang-wenangnya oleh orang ramai di situ.

Biasanya, mereka melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab itu pada sebelah malam apabila tiada pihak yang datang membuat pemantauan.

Selain itu juga, beberapa bangunan tinggal dan kosong yang terdapat di kedua-dua kawasan itu turut menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk itu kerana ia boleh menjadi lokasi jenayah seperti sarang penagih dadah dan sebagainya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

20100513

Penoreh getah Rembau dikompaun RM300

Taman semak, kotor undang bahaya

Sinar Harian 13 Mei 2010

PEDAS - Keindahan persekitaran Taman Pedas Perdana terjejas dan menyakitkan mata sesiapa yang melalui lorong di kawasan ini apabila di sekeliling jalan dipenuhi semak samun dan lalang.

Tidak tahu di mana silapnya, aspek kebersihan dilihat kurang dititikberatkan sehingga mengundang pelbagai masalah terutama penularan wabak denggi.

Sinar Harian difahamkan terdapat beberapa kes demam denggi dicatatkan di taman perumahan ini.

Penduduk, Azman Sahat, 40, berkata, dia yang menghuni taman perumahan ini sejak beberapa tahun lalu kesal dengan tindakan pihak berkaitan yang tidak mementingkan persekitaran bersih menyebabkan kawasan sekeliling ditumbuhi semak samun.

Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila dia menerima surat kompaun daripada Pejabat Kesihatan Rembau kerana didapati membiak larva dalam bekas plastik.

Hujan lebat dipercayai mengundang kepada pembiakan larva selain longkang di belakang rumah tersumbat dan menjadi punca kepada masalah ini.

“Longkang di belakang rumah ini sudah beberapa tahun tidak dibersihkan. Saya tidak boleh membersihkannya sendirian kerana saiz longkang begitu besar dan tinggi. Peralatan sesuai diperlukan untuk membuang sampah di dalam longkang ini.

“Selain itu, saya pernah meracun rumput di sekeliling rumah tetapi musim hujan menyukarkan kerja meracun rumput dilakukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, dia bingung memikirkan masalah ini kerana bukan sahaja terpaksa berdepan longkang tersumbat tetapi perlu membayar kompaun sebanyak RM300 sedangkan dia tidak berkemampuan membayar jumlah sebanyak itu.

“Saya hanya penoreh getah dan terpaksa membesarkan empat anak yang masih bersekolah. Pendapatan tidak menentu menyebabkan sukar untuk saya menjelaskan kompaun tersebut,” katanya.

Menurutnya, pihak berkaitan perlu memandang serius masalah ini kerana keselamatan penduduk terancam apatah lagi kebarangkalian penduduk dikenakan kompaun tetap ada selagi kawasan taman ini tidak dibersihkan kerana dikhuatiri menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

“Selain pembiakan nyamuk aedes, semak samun ini juga menjadi tempat pembiakan binatang berbisa seperti ular. Ini amat membahayakan kerana penduduk terutama kanak-kanak yang tidak mengerti bahaya akan berdepan risiko,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7682667.asp

Kerajaan N.Sembilan perangi judi


Harap tindakan ini bukan setakat perjudian internet sahaja. Harap tindakan bersepadu yang serupa dilakukan ke atas umat Islam yang ramai menjadi pelanggan kedai judi berlesen secara terbuka di siang hari.

************************
Banteras perjudian Internet

SEREMBAN 12 Mei – Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet.

Serentak dengan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan semua agensi penguat kuasa seperti polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), imigresen dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan operasi bersama bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berleluasa.

“Saya mahu ingatkan pengusaha kafe siber, jangan jadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet atau mereka akan berhadapan tindakan undang-undang termasuk lesen dirampas.

“Saya mahu mesin judi Internet haram dirampas sebagai pengajaran kepada mereka. Banteras segera kegiatan ini sehingga ke akar umbi.

“Kita tidak mahu kewujudannya merosakkan jati diri rakyat serta menimbulkan penyakit sosial yang menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Justeru, kata Mohamad, pembanterasan yang dilakukan itu hendaklah seiring kerana terlalu banyak pertindihan dalam tindakan dan sebagai contohnya, kes perjudian ini di bawah kuasa polis, manakala perihal berkaitan lesen dan permit dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kita dapati ‘penyakit judi siber’ ini semakin berleluasa. Banyak lesen telah disalah guna. Di luar mereka tulis kafe siber, tetapi di dalam menjalankan kegiatan mesin judi Internet,” ujar Mohamad.

Tegasnya, kerajaan negeri mahu pemantauan lebih ketat di buat ke atas semua kafe siber dan ia hendaklah diperiksa lebih kerap bagi menghindarkan aktiviti haram berkenaan dilakukan di sebalik cermin yang ditutup itu.

“Masyarakat jadi rosak pemikirannya kerana judi Internet.

“PBT, polis dan imigresen telah pun membuat banyak serbuan ke atas premis kafe siber ini dan mesin perjudian juga banyak yang dirampas. Lesen dan permit mereka juga kita tarik balik.

“Kalau susah sangat, kita juga akan melibatkan TNB supaya bekalan elektrik di premis terbabit dipotong bekalannya,” kata Mohamad.

Mohamad berkata, ancaman perjudian Internet haram ini begitu serius dan tiada cara lain, selain memerangi habis-habisan lubuk yang menjadi sarang perjudian ini.

“Remaja, pelajar, orang tua dan semua yang terlibat sudah diancam penyakit baru iaitu judi Internet. Kita akan pantau juga di beberapa daerah yang kini menjadi lubuk baru aktiviti tersebut.

“Cari sampai dapat dan pastikan aktiviti perjudian Internet haram ini dibanteras segera,” kata Mohamad lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

20100512

Sumbangan dari jauh


Pusat Khidmat ADUN PAROI telah menghulurkan sumbangan kepada ACS Pahang dalam bentuk pelbagai barangan terpakai. Lebih kurang 1.8 tan barangan telah diberikan kepada ACS Pahang. Menurut En. Hisyam, sumbangan daripada masyarakat setempat agak kurang menggalakkan dan dengan itu beliau telah berusaha mendapatkan bekalan-bekalan dari negeri-negeri yang lain.

Ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan kepada :
YB Haji Mohamad Taufek Bin Abd. Ghani - ADUN PAROI
En. Mohamad Hassan Bin Tamby- Setiausaha Sulit
En. Mohd Sufian Ibrahim dan isteri - Pengerusi Yayasan Amal Negeri Sembilan
En. Hakki bin Bawadi dan isteri - Setiausaha Yayasan Amal Negeri Sembilan.

Laman web Amal Charity Shop http://www.amalcharityshop.com/

Sumber berita : http://www.amalcharityshop.com/index.php?option=com_content&view=article&id=75:sumbangan-dari-jauh&catid=35:charity-shop-selangors-branch&Itemid=73

Risau cecair putih

Berita Harian 12 Mei 2010

LONGKANG yang menghubungkan saliran ke Sungai Simen berhampiran Taman Pinggiran Senawang dicemari dengan sisa buangan berwarna putih dipercayai dari kilang berdekatan.Penduduk syaki sisa buangan kilang bertoksik

SENAWANG: Penduduk di Taman Pinggiran Senawang, di sini, mula berasa bimbang apabila mendapati longkang besar berhampiran rumah mereka mula dipenuhi dengan cecair berwarna putih dipercayai sisa buangan daripada kilang yang beroperasi tidak jauh dari kawasan berkenaan. Tinjauan Berita Harian mendapati cecair putih itu keluar dari arah kilang berkenaan dan mengalir di dalam longkang itu sebelum masuk ke Sungai Simen, yang terletak berhampiran. Penduduk, S Mahadevan, 51, mendakwa sisa buangan yang disalurkan pengusaha kilang bukan saja mengeluarkan cecair berwarna putih, malah beliau pernah melihat air longkang itu bertukar kepada warna kuning.

"Kami bimbang jika sisa buangan ini mengandungi kandungan toksik yang membahayakan kesihatan penduduk sekitar kerana longkang itu terletak di laluan utama keluar masuk penduduk ke taman perumahan," katanya.

Seorang lagi penduduk, P Thayalan, 48, berkata beliau pernah cuba membuat pemerhatian terhadap kilang itu dan mendapati mereka hanya membuang sisa pada sebelah malam dipercayai kerana tidak mahu tindakan itu dikesan orang ramai.

"Saya juga mendapat tahu, pemilik kilang seolah-olah dapat menghidu pergerakan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana mereka akan menghentikan pembuangan setiap kali pemeriksaan dibuat pada kandungan air longkang," dakwanya.
Beliau turut mendakwa, penduduk tidak dapat mengesan pengusaha kilang yang bertanggungjawab melakukan pembuangan sisa perindustrian itu kerana terdapat beberapa kilang yang beroperasi di kawasan terbabit dan ia menyukarkan mereka membuat aduan lengkap.

Lebih membimbangkan, katanya bukan saja longkang dipenuhi dengan sisa buangan berwarna itu, malah sungai turut dicemari dengan sampah sarap termasuk sisa plastik makanan, kertas serta kotak yang menjejaskan kebersihannya, dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

Mohd Kamil Tahir, 26, berkata sungai itu pernah menjadi lokasi kegemaran golongan pemancing kerana mempunyai banyak ikan pelbagai jenis, namun kini aktiviti itu tidak lagi kelihatan kerana keadaan sungai yang tercemar menyebabkan bilangan hidupan sungai itu berkurangan.

"Dulu kami pernah memancing dan menangkap ikan di sungai ini tetapi akibat pencemaran yang berlaku ini, tiada lagi orang datang untuk memancing," katanya,” katanya.

"Kami berharap pihak berkuasa dapat mengatasi masalah ini dengan segera kerana kami tidak mahu kesihatan penduduk terjejas, selain bimbang dengan tahap kebersihan sungai yang semakin teruk," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Risaucecairputih/Article

20100510

TAUFEK DESAK KERAJAAN NEGERI SEMBILAN NAIKKAN ELAUN GURU KAFA

TAUFEK DESAK KERAJAAN NEGERI SEMBILAN NAIKKAN ELAUN GURU KAFA

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam Ucapan Perbahasan, Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Sembilan 2010, mendesak kerajaan Negeri Sembilan (NS) supaya menaikkan elaun guru KAFA yang hanya berjumlah RM500 sahaja ketika ini.

" Selaku orang yang diamanahkan bagi pihak Pakatan Rakyat NS untuk berperanan dalam Portfolio Agama, saya tanpa rasa jemu akan terus mendesak Kerajaan NS supaya menaikkan elaun guru KAFA di Negeri Sembilan yang hanya berjumlah RM500 sahaja.

" Walaupun kerajaan NS telah melaksanakan Kelas Agama Petang (KAP) tetapi masih ada sebahagian pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat (SARA) di bawah bimbingan guru KAFA yang hanya menerima elaun RM500 dari peruntukan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Elaun RM500 adalah dibawah garis kemiskinan yang ditetapkan di peringkat pusat iaitu RM750", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek berharap agar Kerajaan NS dapat mencontohi Kerajaan Pulau Pinang yang kerapkali dicop kononnya sebagai kerajaan anti Melayu atau kerajaan anti Islam dan juga Kerajaan Selangor yang telah menaikkan elaun guru KAFA sehingga mencecah RM1000.

Ianya merupakan satu kali ganda lebih banyak dari elaun guru KAFA berbanding di NS.

Mohd Taufek turut menyentuh isu sikap segelintir pengusaha hotel besar di Port Dickson (PD) yang telah menghakmilikkan pantai-pantai yang bertentangan dengan hotel milik mereka.

" Ada laporan yang mengatakan pantai-pantai ini dipagar dan pengunjung awam yang masuk ke pantai tersebut dihalau keluar. Kita sedar bahawa ada antara pengusaha hotel mewah ini yang telah diberi geran untuk membangunkan tanah pantai dan sebahagian laut antaranya Avillion dan Legend Chalet Resort.

" Tetapi terdapat pengusaha hotel-hotel yang lain mengambil kesempatan.Maklumat lengkap akan dinyatakan oleh YB Port Dickson (M Ravi) dalam ucapannya nanti.", ucap Mohd Taufek.

Mohd Taufek menyatakan kebimbangannya jika usaha membanteras kegiatan sebahagian pengusaha hotel ini tidak dilakukan, ianya akan merencatkan kedatangan pelancong tempatan ke PD.

" Ini mungkin sebabnya PD tidak menjadi pilihan YB Bagan Pinang (Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad) untuk destinasi bulan madunya", kata Mohd Taufek disambut dengan gelak ketawa oleh para ADUN, pegawai kerajaan dan pemerhati yang menggamatkan Sidang DUN seketika.

Mohd Taufek berkata Kegiatan seperti ini hanya akan memberi keuntungan kepada pihak hotel tetapi menyebabkan pelancong domestik akan melihat pantai Port Dickson semakin kecil dan pantainya semakin sesak akibat pengunjung tertumpu kepada pantai-pantai tertentu sahaja antaranya di Batu 4 ½. Sekaligus slogan ”Rakyat Didahulukan ” akan dilihat retorik semata-mata.

TAUFEK SELAR JABATAN PENDIDIKAN NS YANG BOROS

TAUFEK SELAR JABATAN PENDIDIKAN NS YANG BOROS

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Dalam Ucapan Perbahasan, Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Sembilan 2010, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani menyelar Jabatan Pendidikan Negeri yang tidak mengambil langkah penjimatan yang sewajarnya dikala banyak peruntukan untuk sekolah-sekolah yang telah dipotong dan ini menyebabkan banyak aktiviti sekolah tergendala.

" Saya menerima maklumat ada mesin fotostat terpaksa ditarikbalik, banyak pertandingan sukan tertentu dibatalkan, pelbagai latihan untuk guru dan pelajar diadakan dengan peruntukan yang sangat terhad.Malah guru-guru yang terlibat dengan aktiviti ko-kurrikulum terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk menghantar pelajar-pelajar yang mewakili sekolah ke pertandingan sukan dan lain-lain pertandingan.

"Kita sedar bahawa peruntukan yang dipotong ini dibawah kerajaan pusat iaitu Kementerian Pelajaran tetapi yang akan menerima kesannya adalah pelajar-pelajar Negeri Sembilan iaitu anak-anak kita sendiri", kata Mohd taufek.

Mohd Taufek memberikan contoh bahawa sambutan Hari Guru Tahun 2010 peringkat Negeri Sembilan yang dimaklumkan akan disambut secara besar-besaran sehingga bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

" Saya yakin pihak penganjur akan berusaha meminimakan kos penganjuran tetapi kos tetap akan wujud apabila guru-guru dan mungkin pelajar-pelajar akan dikerah supaya hadir. Kos pengangkutan dan kos makan minum tetap wujud walaupun ditanggung sendiri oleh guru-guru dan pelajar.

" Saya suka mencadangkan supaya usaha penjimatan yang sedia ada seperti penjimatan tenaga elektrik diteruskan, manakala program-program yang tidak memberi kesan langsung kepada peningkatan mutu pembelajaran murid-murid ditangguhkan ataupun diadakan secara sederhana sahaja sesuai dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk hari ini", Ulas Mohd Taufek lagi.

Mohd Taufek berkata Mesyuarat Agong PIBG, Hari Sukan Sekolah, Hari Graduasi Tingkatan Lima dan apa jua sambutan yang lain perlulah diadakan dalam skala yang sangat sederhana sesuai dengan peruntukan kewangan yang semakin mengecil dan tumpuan seharusnya ke arah program-program yang mampu meningkatkan prestasi pelajar. Pengajarannya yang perlu dikutip dalam situasi seperti ini adalah sesungguhnya Islam mengajar kita usaha berjimat cermat bukan sahaja di waktu susah tetapi sewajarnya diamalkan juga di waktu senang.

Berapa ramai main kayu tiga dengan syaitan

Sabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:
“Tidak bersunyi-sunyian lelaki dan wanita (bukan mahram), melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga di antara mereka.” – Hadith riwayat al-Tirmizi: 1901.

*******************
Pengerusi JKKK didakwa cabul setiausaha disiasat

Berita Harian 10 Mei 2010

TAMPIN , N.Sembilan : Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah gambaran tindakan seorang Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berusia 40-an di sini, yang didakwa sering melakukan gangguan seksual, termasuk meraba punggung seorang kakitangan wanitanya, sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila mangsa berusia dalam lingkungan 20-an yang juga Setiausaha Kerja JKKK itu, tidak tahan dengan gangguan berkenaan lalu membuat laporan polis, Khamis lalu.

Sumber berkata, mangsa mendakwa suspek sering melakukan gangguan seksual termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajaknya melakukan hubungan kelamin. “Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu kira-kira jam 8 pagi di balai raya kampung berkenaan. Mangsa mendakwa suspek yang datang untuk berbincang mengenai urusan kerja tiba-tiba menepuk dan meraba punggungnya beberapa kali sebelum beredar.

“Dia turut mendakwa, suspek datang sekali lagi pada sebelah petang dan menghampirinya dari belakang sebelum memeluk dan menciumnya sekali gus menyebabkan mangsa yang tidak tahan memberitahu keluarganya mengenai perkara itu,” katanya di sini, semalam.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gemencheh jam 10.30 malam hari sama, manakala suspek yang mengetahui perkara itu turut membuat laporan bagi menafikannya pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Hooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat kedua-dua mereka dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi membolehkan kita menjalankan siasatan mengenai perkara itu,” katanya.

“Kita akan memanggil mangsa dan suspek dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PengerusiJKKKdidakwacabulsetiausahadisiasat/Article

20100508

Lagi KES MANGSA TEMBAK



Gempar lagi....jam 9:30 pagi tadi bergegas ke Hospital Tuanku Jaafar , Seremban menziarahi keluarga En Aziz yang kebetulan tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi. Mengikut maklumat awal yang diterima dari YB Cikgu Rashid yang telah menziarahi lebih awal menyatakan anak En Aziz , Adik Muhammad Azizi Azri , 17 tahun telah ditembak jam 4 pagi tadi di kawasan sekitar Ampangan.
Sampai di hospital ibu mangsa masih menangis kesedihan menunggu anaknya yang terpaksa menjalani pembedahan di Bilik Bedah Utama, Hospital Besar Tuanku Jaafar sejak jam 7 pagi lagi.


Saya sempat berbual dengan bapa mangsa, En Aziz bin Omar yang berasal dari Kedah dan telah tinggal di Paroi sejak beberapa tahun yang lalu. Mengikut kata En Aziz, anak beliau baru sahaja mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM secara persendirian di sebuah sekolah di Ampangan. Malam semalam (Jumaat) beliau membantu rakan beliau berniaga di Pasar Malam Ampangan. Sekitar jam 2 pagi, setelah selesai berkemas barangan pasar malam, beliau bersama teman-teman pergi minum dan makan-makan.


Dalam perjalanan di sekitar bandar Ampangan itulah, kejadian tersebut berlaku.
************************
Laporan The Star
Published: Saturday May 8, 2010 MYT 10:15:00 AM
Updated: Saturday May 8, 2010 MYT 2:25:27 PM

Cop detained after Mat Rempit shot during chase (Update)

SEREMBAN: A policeman has been detained for allegedly shooting a teenage Mat Rempit during a chase along Jalan Jelebu here, early Saturday.

In the 3am incident, policemen in a patrol car were allegedly taunted by the motorcylist, who kept weaving in front of their vehicle.

He refused to stop despite being repeatedly told to do so, and it is believed a policeman opened fire.

It is understood that the Mat Rempit, believed to be 17 and from Senawang, was shot in his hip and underwent surgery at the Tuanku Jaafar Hospital here.

State police chief SAC1 Datuk Osman Salleh is scheduled to give a press conference at noon Saturday.

20100507

Program Wanita 22 Mei 2010 Senawang


PROGRAM UNTUKMU WANITA
SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU & HARI GURU
Tarikh : 22 Mei 2010 (SABTU)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi

Acara:
- Tayangan Multimedia Untukmu Ibu
- Nyayian lagu-lagu 'Ibu' oleh anak-anak PASTI
- Persembahan Sajak / puisi Nisa’ UNTUKMU IBU
- Sumbangan kepada ibu tunggal
- Anugerah Selendang Kasih
- Anugerah Ibu Pendidik
- Pertandingan slogan ”Ucapan Untukmu Ibu” kategori kanak-kanak dan dewasa
- Perasmian Pusat Khidmat Kaunseling Wanita oleh Cik Kumutha
- Cabutan Bertuah
- Jamuan petang
- Jualan Amal dari ibu untuk ibu

Sumbangan dalam bentuk hadiah atau hamper amat dialu-alukan terutamanya untuk meraikan dan membantu ibu tunggal yang kesusahan dan memerlukan pertolongan.

Untuk penyertaan pertandingan dan pertanyaan program, sila hubungi;
Pn Fauziah 013-7779328
Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Pn Masitah 019-2655059 masita9339@yahoo.com

Anjuran:
Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Muslimat MTD Paroi

20100506

Abg Mat Sabu di Rembau 25 Mei 2010


CERAMAH PERDANA
bersama
Haji Mohamad Sabu , AJK PAS Pusat http://mohamadsabu.com/
YB Taufek , ADUN Paroi
YB Ravi , ADUN Port Dickson
che'GuBard , AMT PKR
Ginie Lim , Exco AMK Pusat

Tarikh : 25 Mei 2010 / Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau (Parlimen Rembau)

Pertanyaan lokasi hubungi 0123696474

Ustaz Tuan Ibrahim 12 Mei 2010 Seremban


CERAMAH UMUM
Tarikh : 12 Mei 2010 / Rabu
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Masa : 9 mlm

Bersama :
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Pusat

Semua Dijemput Hadir

20100505

Jamuan Makan Malam DUN Paroi 4 Jun 2010

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM

Tarikh : 4 Jun 2010 / Jumaat
Tempat : Restoran Senawang
Masa : 8 mlm
Kupon : RM20 seorang

Bersama :
YB Dr Syed Azman Syed Nawawi , AJK PAS Pusat , ADUN Terengganu
Zulkefly Mohamad Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Loke Siew Fook , Ahli Parlimen Rasah
Chegubard , AMT PKR

Untuk sumbangan, tempahan dan pertanyaan hubungi :
Suhairi 019-2998345 , Hj Mohd Nor 019-3413614 , Asyiq 016-9029786

Quran teknik Bagdadi 15 Mei 2010 Seremban

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran
TEKNIK AL-BAGHDADI

Tempat : PASTIAl-Ikhwan Taman Paroi Jaya, Seremban.
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 ~ 12.00 tengahari
Bayaran : RM150 seorang (termasuk buku, alatan mengajar serta sijil)
Bilangan Peserta : Terhad kepada 20 orang sahaja


Sila sahkan kehadiran melalui e-mel dengan menyatakan butir-butir penuh (nama, alamat, nombor ic serta nombor telefon) ke pasti.alikhwan@gmail.com sebelum 13 Mei 2010 atau berhubung Cikgu Suriyaton 016-3734077 untuk pertanyaan lanjut.