BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20100429

Dato Tuan Ibrahim 6 Mei 2010 JOHOL


PIDATO PERDANA
Tarikh : 6 Mei 2010 / Khamis
Tempat : Dataran Ilmu, Kg Paya Renggoh, Johol, N.Sembilan
Masa : 9 malam

Penceramah :
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Hj Taufek , ADUN Paroi
YB Aminuddin, ADUN Sikamat
Ustaz Hassan Alias Al Hafiz, Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Ceramah Umum 5 Mei 2010




CERAMAH UMUM


Isu Penglibatan Apco dalam Kerajaan Malaysia

1. Yb. Taufek Abd Ghani
2. Ust. Khairul Anuar Wafa
3. Ust Riduan Mohamad Nor
4. Chegubard
5. Yb. Cha Kee Chin

Tarikh : 5 Mei 2010 (Rabu)
Tempat : Pusat Khidmat Dun Paroi
Masa : 9 Malam

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

maklumat lanjut hubungi 019-2998345

http://anwaribrahimblog.com/2010/04/07/bukti-apco-zionis-dan-anti-islam/

20100428

KONVOI Palestin N.Sembilan 8 Mei 2010


KONVOI NASIONAL VIVA GAZA
Dari N.Sembilan ke Shah Alam
Tarikh : 8 Mei 2010 / SABTU
Masa : 5 petang
Berkumpul : Depan Pejabat JIM, Dataran Senawang

Sila bawa kenderaan sendiri, bendera Malaysia dan Palestin

Anjuran : Gabungan NGO N9, PACE, JIM, ABIM, PACE, TERAS, AQSA SYARIF, DLL

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhairi 019-2998345

***************************
PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN
Tarikh : 8 Mei 2010 / SABTU
Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam
Masa : 7.00 mlm hingga 11.30 mlm

Tetamu Jemputan
- Sheikh Hussein KH Awawidah, Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Perdana Global Peace Organisation
* Muslim Care

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org/

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, harap dapat sebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat sekitar dalam rangka membantu Palestin.

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke
Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

20100427

Nasihat buat saya dan teman semua


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan.
11) Berkata-kata/ menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;· Sebelum tidur· Semasa tidur· Selepas tidur· Selepas riadah· Selepas solat· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti " Nak, solat jangan ditinggalkan " dan bukannya " Nak, jadilah anak yang cemerlang " (umum).
13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)
19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang!!!
21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan basmallah lima banyak khasiatnya.

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi " Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya". Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. "Doa itu senjata bagi orang mukmin".

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.
34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

20100426

Ucapan Sidang DUN 2010...Siri 2 (terakhir)




YB Dato’ Yang Dipertua,

DYMM Tuanku turut menyentuh kejayaan Negeri Sembilan dalam bidang pendidikan khususnya berkaitan dengan prestasi yang membanggakan pelajar-pelajar Negeri Sembilan dalam peperiksaan UPSR, PMR , SPM dan STPM. Pakatan Rakyat N.Sembilan turut berbangga dan mengucapkan tahniah pada Jabatan Pendidikan NS tetapi persoalannya bagaimanakah untuk kita meningkatkan prestasi yang baik ini ataupun sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi yang baik itu.

Kita menerima maklumat bahawa banyak peruntukan untuk sekolah-sekolah yang telah dipotong dan ini menyebabkan banyak aktiviti-aktiviti sekolah yang tergendala. Ada mesin fotostat terpaksa ditarikbalik , banyak pertandingan sukan-sukan tertentu dibatalkan, pelbagai latihan untuk guru dan pelajar diadakan dengan peruntukan yang sangat terhad, ada guru-guru yang terlibat dengan aktiviti ko-kurrikulum yang terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk menghantar pelajar-pelajar yang mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan sukan dan lain-lain. Kita sedar bahawa peruntukan yang dipotong ini dibawah kerajaan pusat iaitu Kementerian Pelajaran tetapi yang akan menerima kesannya adalah pelajar-pelajar Negeri Sembilan iaitu anak-anak kita sendiri. Mahu tidak mahu, kita perlu cari jalan penyelesaiannya.

Saya suka mencadangkan supaya usaha-usaha penjimatan yang sedia ada seperti penjimatan tenaga elektrik diteruskan, manakala program-program yang tidak memberi kesan langsung kepada peningkatan mutu pembelajaran murid-murid ditangguhkan ataupun diadakan secara sederhana sahaja sesuai dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk hari ini. Sebagai contoh Sambutan Hari Guru Tahun 2010 peringkat Negeri yang dimaklumkan akan disambut secara besar-besaran sehingga bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records. Saya yakin pihak penganjur akan berusaha meminimakan kos penganjuran tetapi kos tetap akan wujud apabila guru-guru dan mungkin pelajar-pelajar akan dikerah supaya hadir. Kos pengangkutan dan kos makan minum tetap wujud walaupun ditanggung sendiri oleh guru-guru dan pelajar. Mesyuarat Agong PIBG , Hari Sukan Sekolah, Hari Graduasi Tingkatan Lima dan apa jua sambutan yang lain perlulah diadakan dalam skala yang sangat sederhana sesuai dengan peruntukan kewangan yang semakin mengecil dan tumpuan seharusnya ke arah program-program yang mampu meningkatkan prestasi pelajar. Pengajarannya yang perlu dikutip dalam situasi seperti ini adalah sesungguhnya Islam mengajar kita usaha berjimat cermat bukan sahaja di waktu susah tetapi sewajarnya diamalkan juga di waktu senang.

YB Dato’ Yang Dipertua,

Dalam Istiadat Pembukaan Persidangan pada hari Jumaat yang lalu, DYMM Tuanku turut mancadangkan supaya industri pelancongan di NS dipertungkatkan lagi. Dalam RMK-9 , peruntukan RM50.1 juta untuk membangunkan Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara , Zon Wellness dan Bandar Tentera Darat.

Yang perlu diberi perhatian adalah sikap segelintir pengusaha hotel-hotel besar yang telah menghakmilik kan pantai-pantai yang bertentangan dengan hotel milik mereka. Ada laporan yang mengatakan pantai-pantai ini dipagar dan pengunjung-pengunjung awam yang masuk ke pantai tersebut dihalau keluar. Kita sedar bahawa ada antara pengusaha hotel-hotel mewah ini yang telah diberi geran untuk membangunkan tanah pantai dan sebahagian laut antaranya Avillion dan Legend Chalet Resort. Tetapi terdapat pengusaha hotel-hotel yang lain mengambil kesempatan. Maklumat lengkap akan dinyatakan oleh YB Port Dickson dalam ucapannya nanti.

Kita bimbang jika usaha membanteras kegiatan sebahagian pengusaha hotel ini tidak dilakukan, ianya akan merencatkan kedatangan pelancong-pelancong tempatan ke PD. Ini mungkin sebabnya Port Dickson tak menjadi pilihan YB Bagan Pinang untuk destinasi bulan madunya.

YB Dato’ Yang Dipertua,

Kegiatan seperti ini hanya akan memberi keuntungan kepada pihak hotel tetapi menyebabkan pelancong domestik akan melihat pantai Port Dickson semakin kecil dan pantainya semakin sesak akibat pengunjung tertumpu kepada pantai-pantai tertentu sahaja antaranya di Batu 4 ½. Sekali slogan ”Rakyat Didahulukan ” akan dilihat retorik semata-mata.

Akhirnya , YB Dato’ Yang Dipertua,


Selaku orang yang diamanahkan bagi pihak Pakatan Rakyat NS untuk berperanan dalam Portfolio Agama, saya tanpa rasa jemu akan terus mendesak Kerajaan NS supaya menaikkan elaun guru-guru KAFA di Negeri Sembilan yang hanya berjumlah RM500 sahaja. Walaupun kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan Kelas Agama Petang (KAP) tetapi masih ada sebahagian pelajar yang belajar di Sekolah Agama Rakyat (SARA) di bawah bimbingan guru KAFA yang hanya menerima elaun RM500 dari peruntukan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Elaun RM500 adalah dibawah garis kemiskinan yang ditetapkan di peringkat pusat ie RM750. Harapan kita agar Kerajaan NS dapat mencontohi Kerajaan Pulau Pinang yang kerapkali dicop kononnya sebagai kerajaan anti Melayu / anti Islam dan juga Kerajaan Selangor yang telah menaikkan elaun guru-guru KAFA sehingga mencecah RM1000 , satu kali ganda lebih banyak dari elaun-elaun guru-guru KAFA di N.Sembilan.

Akhirnya saya berdoa mudah-mudahan segala usaha kita bersama bukan sahaja di pihak kerajaan bahkan kami juga , pihak Pakatan Rakyat turut berusaha untuk kebaikan rakyat akan diberkati Allah. Yakinlah kita bahawa jika kita gagal berperanan untuk kebaikan dan keadilan semua pihak, rakyat akhirnya akan menjadi hakim kepada kita semua dan ingatlah kuasa dan kerajaan yang kita miliki tidak akan kekal selama-lamanya kerana Allah akan mengurniakan kuasa dan kerajaan ini kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Setakat inilah sahaja ucapan saya , sekali lagi terima kasih kepada YB Dato Yang Dipertua. Saya dengan ini menyatakan sokongan saya kepada Usul Terima kasih atas Titah Ucapan Diraja.

20100425

Hari Mengundi




Suasana diawal pagi jam 7.40 pg, di tempat pembuangan peti undi Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

20100422

Kempen UMNO di PRK Hulu Selangor KECEWAkan Pimpinan UMNO


"Kami tak dapat terima apabila Pimpinan UMNO mengenepikan budi bahasa orang Melayu apatah lagi membelakangkan akhlak sebagai orang Islam. Mengaibkan orang Islam yang lain, mengungkit kisah silam mereka walaupun mereka telah berubah semata-mata untuk menang pilihanraya adalah sesuatu yang di luar jangkaan kami. Tidak sangka mereka tergamak burukkan maruah saudara Islam yang lain hanya kerana nak menangkan seorang calon dari MIC. Kami amat sedih...lantaran itulah kami ambil keputusan tinggalkan UMNO dan bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Kami turut kecewa dengan perjuangan yang sia-sia dan tidak benar-benar ikhlas untuk membangunkan agama , bangsa dan negara. Kami dah bersama dengan UMNO begitu lama dan kamilah orang yang benar-benar mengalaminya sendiri dan benar-benar memahami apa yang sebenarnya berlaku."
Sekarang, kami yakin dengan kepimpinan ulama'....melihat wajah ulama'-ulama' dalam PAS seperti Tuan Guru Hj Hadi , Tuan Guru Nik Aziz dan Dato Dr Haron Din ...hati kami jadi sejuk dan tenang...inilah agaknya kelebihan bersama-sama mereka yang rapat dengan Allah SWT..."

Inilah antara kata-kata ulasan yang diluahkan pimpinan UMNO cawangan Kg Geylang , Pertang , Jelebu yang ambil keputusan tinggalkan parti usang UMNO untuk bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS). Tindakan keluar parti oleh Ketua Pemuda UMNO Cawangan , Ketua Wanita Cawangan dan bersama 10 AJK yang lain dijangka akan melumpuhkan UMNO Cawangan Kg Geylang , Jelebu. Doa saya hanya satu.."Semoga Allah bersama kalian dan memudahkan segala urusan kalian..cabaran dan ugutan pasti mendatang..hanya yang benar-benar ikhlas akan berjaya..Kami pimpinan PAS tetap akan bersama kalian..susah dan senang..Insya'Allah..ameen.."

Ucapan Perbahasan ADUN Paroi dalam Sidang DUN terbaru


Berikut adalah sedutan Ucapan Perbahasan ADUN Paroi dalam Sidang DUN yang bersidang pada 16 , 19 dan 20hb April 2010 baru-baru ini. Banyak isu yang dapat saya kemukakan. Ini adalah Siri 1 dari keseluruhan ucapan saya..ISU COCA-COLA.

"Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Terima Kasih YB Dato' Yang Dipertua,

YB Dato' Yang Dipertua ,

Bangkitnya saya dalam dewan yang mulia ini adalah untuk turut sama menyokong usul terima kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke-12. Sesungguhnya Titah Ucapan baginda adalah titah ucapan yang sangat bernas yang melambangkan kebijaksanaan tuanku dalam memberi pandangan untuk membangunkan negeri ini dan juga melambangkan keperihatinan tuanku dalam membela nasib rakyat jelata.

YB Dato' Yang Dipertua,

Untuk ke sekian kalinya, saya suka memulakan ucapan saya dengan membacakan makna ayat suci Al-Quran mudah-mudahan menjadi panduan buat kita semua :

Surah An-Nuur ayat 55 yang bermaksud :

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka khalifah-khalifah (pemimpin-pemimpin) yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka : Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka ; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh. Mereka terus beribadat kepada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku dan ingatlah sesiapa kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”

2 perkara yang menjadi perkara penting dalam setiap diri pemimpin yang diberi kuasa memerintah adalah BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. Amal soleh bukan sahaja puasa , solat dan zakat tetapi ianya termasuk memerintah dengan adil dan telus dan berpegang dengan panduan Al-Quran dan Hadis Nabi.

YB Dato’ Yang Dipertua,

Pertama-tamanya, saya mewakili semua wakil rakyat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan Bolasepak Negeri Sembilan atas kejayaan merangkul Piala FA baru-baru ini dan juga buat YB Bagan Pinang , kami turut berkongsi kegembiraan beliau sempena pernikahan YB baru-baru ini.

YB Dato’ Yang Dipertua,

Awalnya, kami berharap segala saranan dan pandangan yang akan disampaikan oleh kami dalam sidang DUN kali ini seharusnya dilihat sebagai menyahut saranan DYMM Tuanku di awal Titah Ucapan Pembukaan tuanku yang menyatakan ”Usaha-usaha penambahbaikan tidak mengira yang kecil mahu pun yang besar hendaklah juga mengambilkira pandangan pelbagai pihak...”

Seperkara yang penting dalam membangunkan negeri ini adalah jumlah pelaburan langsung oleh pelabur asing (FDI) ke Negeri Sembilan. Baru-baru ini pada 15hb Mac 2010 YAB Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan kilang minuman ringan Coca-cola di atas tanah yang dibeli daripada Tabung Haji (TH) Properties di Enstek, Nilai yang meliputi pelaburan hampir RM1 Billion. Satu pelaburan yang cukup besar dan akan memberikan hampir 800 peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Sembilan.

Yang menjadi kebimbangan kita seperti mana yang dinyatakan oleh YB Ketua Pembangkang tadi adalah berkaitan dengan rekod prestasi buruk Syarikat Coca-cola di negara-negara yang pernah mereka menjadi pelabur.

Sebagai contoh sebagaimana yamg dinyatakan oleh Tn Hj SM Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semasa mengulas usaha Syarikat Coca-cola membuat pelaburan untuk membuka kilangnya di Negeri Sembilan ; Perjuangan sebahagian besar rakyat India yang perihatin untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.
YB Dato’ Yang Dipertua,

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala. Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sekali lagi kami ingin tegaskan bahawa kita Pakatan Rakyat N.Sembilan sekali-kali tidak menolak sebarang usaha menarik pelabur asing ke Negeri Sembilan tetapi ”track record” syarikat juga perlu diamilkira sebelum sebarang kelulusan diberikan. Sebagai contoh yg mudah, katakan kerajaan NS bercadang ingin membina Stadium bolasepak yang baru di NS lantaran kejayaan pasukan bolasepak Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia dan Piala FA baru-baru ini, sudah pasti syarikat kontraktor yang membina Stadium Sultan Mizan di Terengganu DARUL RUNTUH, bukan lagi dikenali sebagai DARUL IMAN telah disenaraihitam dan awal-awal lagi tidak akan disenarai sebagai kontraktor pembinaan yang akan dipilih. Ini kerana melihat akan rekod buruk syarikat ini yang membina Stadium Sultan Mizan yang runtuh tersebut walaupun tak sampai setahun digunakan. Ini adalah amalan biasa mana-mana kerajaan. Tetapi saya bimbang ini tidak dijadikan asas dalam meluluskan pembinaan kilang Coca Cola di Nilai, Negeri Sembilan.

YB Dato’ Yang Dipertua,

Ini belum lagi kalau kita melihat isu ini dari kacamata umat Islam sedunia kerana peranan Sykt Coca Cola dalam membantu kerajaan Israel merampas tanah dan negara umat Islam Palestine. Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun. Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel .

Lantaran itulah umat Islam di NS bahkan di Malaysia mendesak supaya kerajaan NS mengkaji semula kelulusan pembinaan Kilang Coca Cola ini. Tolonglah jaga perasaan umat Islam yang cukup terhiris dengan apa yang menimpa saudara seIslam di Palestin."

..ikuti sambungan dalam "posting" yang akan datang..


20100417

Tuanku Muhriz Harap Negeri Sembilan Capai Matlamat Negeri Maju Pada 2020


SEREMBAN, 16 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berharap matlamat untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri maju pada tahun 2020 akan dapat dicapai sejajar dengan wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun yang sama.

"Memandangkan usaha ke arah perkara itu sentiasa diberi perhatian melalui pelbagai program pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi serta teknologi maklumat, maka beta berharap matlamat ini akan tercapai," titah baginda ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Jumaat.

Menurut baginda pengisytiharan mengenai matlamat itu dibuat setelah kerajaan berpuas hati terhadap pencapaiannya yang memenuhi syarat-syarat sebagai negara maju seperti peningkatan pendapatan per kapita dan tahap kemajuan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.


Pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan rakyat termasuk program pembasmian kemiskinan, pembangunan usahawan dan program pertanian jabatan dan agensi kerajaan, titah baginda.

Namun demikian, menurut baginda, program yang dijalankan oleh pihak kerajaan sahaja tidak mencukupi kerana usaha meningkatkan pendapatan dan pengetahuan teknologi maklumat umpamanya ke tahap tinggi amat memerlukan penglibatan rakyat secara langsung.

Tunku Muhriz berharap semua pihak hendaklah sama-sama memahami bahawa tidak semua yang dihajatkan oleh rakyat atas nama pembangunan dapat dipenuhi oleh kerajaan.

"Ini kerana kelulusan sesuatu belanjawan adalah berdasarkan anggaran keupayaan semasa kewangan kerajaan," titah baginda.

Kepada anggota perkhidmatan awam negeri, baginda berharap mereka akan lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan tugas seperti menerima aduan dan maklumat balas daripada rakyat sebagai sesuatu yang positif.

"Beta percaya banyak buah fikiran yang bernas dapat dilahirkan oleh mereka. Ini kerana usaha yang tampak kecil itu sebenarnya mampu memberikan impak yang tinggi terhadap sistem penyampaian perkhidmatan.

"Perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan pantas dalam memberi tindak balas serta berintegriti amat penting untuk beralih kepada Model Ekonomi Baru.

Oleh itu, beta menyeru supaya pembaharuan menyeluruh dilaksanakan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kerana ini adalah selaras dengan peranannya sebagai pemudah cara kepada masyarakat dan pelabur," titah baginda.

Tunku Muhriz juga mahu supaya keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negeri dan negara menjadi matlamat penting dalam setiap tindakan.

Kepada anggota-anggota Dewan Undangan Negeri pula, baginda berharap mereka dapat memimpin dan membimbing rakyat agar persengketaan sesama sendiri dapat dielakkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan menyemarakkan api perkauman tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

"Ketahuilah bahawa Ahli-Ahli Dewan sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Oleh itu, berhujahlah ke atas perkara-perkara yang boleh membawa manafaat kepada mereka dan hormatilah Peraturan-peraturan Tetap Dewan," titah baginda.

Tunku Muhriz bertitah bahawa kerajaan negeri akan terus membela nasib golongan berpendapatan rendah, dan bagi memastikan mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial akan terus dibuat penambahbaikan sama ada daripada segi sistem penyampaian bantuan mahupun selenggaraan data penerima bantuan.

"Beta amat bersyukur kerana sehingga hari ini bilangan miskin tegas di negeri ini iaitu yang berpendapatan RM420 dan ke bawah adalah kecil sahaja dan jumlah ini disasarkan menjadi sifar menjelang akhir tahun ini.

"Kerajaan beta akan terus mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat dengan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar," titah baginda.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=491063

20100416

Najib temui penyelamat Yahudi di Amerika


Perdana Menteri Malaysia telah menemui Muhtar Kent (CEO Coca Cola) di Amerika Syarikat pada 15 April 2010 , Muhtar Kent ialah pewaris yang menyelamatkan bangsa Yahudi di Eropah ketika Perang Dunia Ke 2.

*****************

Kata Najib: ''Dalam kes itu, saya secara peribadi terlibat dalam perbincangan semasa Sidang kemuncak APEC di Singapura November tahun lepas, dan bulan lalu kompleks kilang Coca Cola itu sudah mula dibangunkan."

Kesungguhan Najib memperkukuhkan hubungan dagangan KL-Washington itu terserlah apabila beliau menerima kunjungan peneraju syarikat-syarikat terkemuka AS di hotel kediamannya di sini semalam.

Mereka ialah Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif Coca Cola, Mukhtar Ken
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0416&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive


Perdana Menteri berkata, antara usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia ialah menarik lebih banyak pelaburan dari AS dan baru-baru ini Coca Cola sebagai contoh, telah bersetuju melabur RM1 bilion.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

MUHTAR KENT

He was appointed to assume the position of Chief Operating Officer of the Company in 2008.

Muhtar Kent was born 1952 in New York City, New York, USA where his father, Necdet Kent, was the Turkish consul-general (the elder Kent has been called "the Turkish Schindler" for having risked his life to save Jews during World War II).

Kent is a member of the Bilderberg Group

In November 2005, the New York based American Sephardi Federation and The International Raoul Wallenberg Foundation honored his father Necdet Kent with a posthumous recognition for saving the life of Jews during his duty as the Turkish deputy consul-general in Marseille, France in World War II.
http://en.wikipedia.org/wiki/Muhtar_Kent


BILDERBERG GROUP
Bilderberg Club is an annual, unofficial, invitation-only conference of around 130 guests, most of whom are persons of influence in the fields of politics, banking, business, the military and media. Each conference is closed to the public and the press.

Conspiracy theories
Because of its secrecy and refusal to issue news releases, the group is frequently accused of secretive and nefarious plots. Critics include the John Birch Society, a producerist advocacy group in the United States, Canadian writer Daniel Estulin, British writer David Icke, American writer Jim Tucker, politician Jesse Ventura and radio host Alex Jones. The Bilderberg Group was the topic of a 2009 episode of the TruTV series Conspiracy Theory with Jesse Ventura
http://en.wikipedia.org/wiki/Bilderberg_Group

Pantau tariqat

Berita Harian 16 April 2010
Mains mahu 33 kumpulan agama selaras Ahli Sunnah Wal Jamaah

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) memantau 33 kumpulan agama, termasuk membabitkan kumpulan tariqat yang bergerak aktif di negeri ini kerana dikhuatiri mengamalkan ajaran bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menteri Besar merangkap Pengerusi Mains, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata beliau sudah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) membuat pemantauan terhadap kegiatan kumpulan terbabit. "Kita sedang memantau pergerakan dan amalan yang dibawa kumpulan ini kerana kita tidak mahu mereka membawa ajaran yang bertentangan ajaran Islam atau bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

"Tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah terutama membabitkan akidah umat Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri bimbang jika tidak dipantau, akan ada golongan tertentu yang menimbulkan kekeliruan termasuk mendakwa diri mereka sebagai nabi seperti yang berlaku di Selangor membabitkan ajaran Haji Kahar yang mendakwa dirinya Rasul Melayu.

Mohamad berkata, JHEAINS dan JMNS sentiasa melaporkan pergerakan kumpulan itu dari semasa ke semasa supaya setiap ajaran yang dibawa tidak menyeleweng. "Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran tertentu yang dibawa terutama kumpulan dari luar yang mungkin boleh menggugat akidah mereka," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Pantautariqat/Article

20100415

Hulu Selangor Kamalanathan lawan Zaid

Sumber: Malaysiakini

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pemilihan Kamala

nathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong BN di Bukit Sentosa, petang tadi.

Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Kelibat timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.

Bagaimanapun , seorang lagi calon yang disokong oleh BN tetapi tidak dipersetujui oleh pemimpin MIC, iaitu timbalan ketua pemudanya, V Mugilan hadir dan beliau dilihat sebagai anatara pemimpin parti itu yang bersalaman dengan Kamalanathan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.


Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan


Penduduk di Jempol, N.Sembilan masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Cerita selanjutnya di http://pasns.blogspot.com/2010/04/janji-tak-tunai-dah-4-kali-pilihanraya.html

APCO dan 1Malaysia

Anwar Ibrahim

MUKADIMAH

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi.

Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.


Sehingga kini Perdana Menteri (gambar kiri) belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

"Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara."

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

"APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people."

Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

Pada 18 Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Najib Razak, atau Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Najib.


baca lagi>>

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26058:apco-dan-1malaysia&catid=96:fokus-khas&Itemid=134



Mirip tapi tak serupa

Pendedahan di blog chegubard http://chegubard.blogspot.com/2010/04/fakta-yang-mengejutkan-tentang-opco.html

20100414

Selidik latar belakang penceramah jemputan

Sinar Harian 14 April 2010

SEREMBAN – Semua jawatankuasa masjid di negeri ini diberi amaran supaya tidak menjemput penceramah tanpa tauliah pada majlis agama dianjurkan.


Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mana-mana ahli jawatankuasa masjid didapati gagal mematuhi arahan itu akan diminta meletakkan jawatan atau dilucutkan tugas.

“Baru-baru ini, dua masjid di sekitar Seremban dikesan memberi kebenaran kepada imam tidak bertauliah memberi khutbah Jumaat tanpa mengikut teks dibekalkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Nazir di dua masjid terbabit diberi amaran keras bagi memastikan kesalahan itu tidak diulangi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Sekolah dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-9 Sekolah Kebangsaan (SK) Sikamat dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri, Datuk Mohammad Razil Kail; Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdullah Mohammad dan Guru Besar SK Sikamat, Kamarudin Abu Hasan.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, arahan sama turut dikuatkuasakan ke atas majlis agama membabitkan penceramah bukan warga tempatan.

“Sebenarnya, saya tidak faham mengapa orang kita terlalu taksub menjemput penceramah agama negara jiran tanpa menyiasat latar belakang mereka terlebih dahulu.

“Sedangkan kita mempunyai ramai penceramah agama tempatan bertauliah dengan kelayakan akademik peringkat sarjana atau doktor falsafah,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak pernah berhasrat mencegah kegiatan ceramah agama atau menyulitkan umat Islam untuk menimba ilmu agama.

Bagaimanapun kata Mohamad, sistem pentauliahan perlu dikuatkuasakan bagi mengawal penyebaran dakyah songsang atau ekstremisme menerusi ceramah agama.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7564672.asp

Dato' Zaid Ibrahim Calon PRK P94 Hulu Selangor



Serba sedikit mengenai Zahid Ibrahim

Datuk Mohd Zaid Ibrahim lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1951, Zaid Ibrahim menerima pendidikan awalnya di Kolej Inggeris dan menyelesaikan pelajaran di Tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, Perak.

Beliau kemudian meneruskan ke ITM (sekarang UiTM) dan mendapat gelaran LLB (London Eksternal).Dia kemudian pergi ke Temple, London untuk memenuhi syarat sebagai UU-Barrister.

Pada tahun 1987, Zaid menjadi ahli pengasas dan Ketua Zaid Ibrahim & Co yang hari ini, adalah firma undang-undang yang terbesar di Malaysia dengan sambungan di kawasan ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Vietnam dan bahkan Dubai.

Politik

Zaid adalah ahli parlimen untuk Kota Bharu di bawah BN / UMNO sekitar 2004-2008. Dia juga adalah ketua Pro-Demokrasi Myanmar di Kaukus Parlimen dan ASEAN Interparlimentary Myanmar Caucus (AIPMC).

Beliau juga bekas de facto Menteri Undang-undang bawah pentadbiran Badawi's dan mengundurkan diri dari jawatannya pada tarikh 16 September 2008 selepas penahanan ISA blogger Raja Petra Kamaruddin, ahli parlimen Teresa Kok dan wartawan Sin Chiew Sin, Tan Hoon Cheng.

Zaid sangat vokal dan sering terlibat dalam debat awam meningkatkan kesedaran dalam urusan awam mahupun kebangsaan bunga atas kepentingan menjaga demokrasi dan supremasi undang-undang di negeri ini.

Dia adalah seorang peguam yang sangat kuat mahukan mahkamah yang bebas.

Beliau juga dikenali kerana aktif dalam penyertaan persidangan, forum dan seminar, baik tempatan atau luar negeri seperti Simposium Hukum Widener Global Demokrasi, perbincangan meja bundar Parlimen, Forum Dunia 2000, PBB Roundtable Dialog keatas Burma, Persidangan SUAHAKAM atas Budaya & Hak Asasi Manusia dan banyak lagi.

Zaid menerbitkan buku pertamanya, "Dalam GoodFaith," pada tahun 2007. Buku ini adalah kompilasi dari pidato-pidato, artikel dan wawancara.Buku ini diterbitkan oleh ZI Publications Sdn Bhd, sebuah penerbit yang ditubuhkan oleh Zaid sendiri untuk memudahkan wacana teka-teki sosio-politik dan undang-undang di negeri ini.

ZI Publications Sdn Bhd sekarang dimiliki dan dikendalikan oleh puteranya, Uzair. Semua hasil dari jualan bukunya akan pergi ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan ( Yayasan untuk Orang Kurang Upaya Kelantan), sebuah pertubuhan amal yang dekat dengan hatinya.

http://alhusseyn51.blogspot.com

http://myzaidibrahim.wordpress.com/



PAS Dun Paroi memerlukan petugas dan sumbangan kewangan utk PRK Hulu Selangor mulai 14 April - 25 April. Ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat sila daftar segera di Pusat Khidmat Adun Paroi.

Sumbangan boleh di salurkan melalui Pusat Khidmat Adun Paroi @ melalui akaun bank BIMB PAS Kaw. Rembau 05012010073347 @ BIMB PAS Dun Paroi 05012010063902

maklumat lanjut hubungi En. Hassan Tamby 019-2171942

UMNO/APCO: One Israel, 1Malaysia + 1Indonesia..?


APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada KERAjaan Malaysia bahkan juga Kerajaan Indonesia selepas Israel.

Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel.

Yang bezanya di Israel diguna One Israel manakala di Malaysia dan Indonesaia digunakan 1Malaysia dan 1Indonesia.

APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin.

Konsep 1Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep one Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin di Dewan Rakyat.

Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Menurut satu laman web, Milosuam.blogspot.com, apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti One Israel dan 1Malaysia?

Malah lambang dan slogan konsep 1Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia.

Jika di Malaysia slogan 1Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan". Adakah sekadar kebetulan?

Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!

Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1Malaysia dan 1Indonesia begitu serupa

Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO

Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf.

Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut blog Milosuam adalah:
1. Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
2. Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
3. Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
4. Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
5. Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?
TPU - seingat aku... dulu diwar-warkan bahawa konsep 1Malaysia ni datangnya dari Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak... bila aku baca balik pendedahan ni (1Indonesia dan slogan "Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan") erm...





sumber : http://perisik-rakyat.com/

Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia



KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam.

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : http://www.lifeline4gaza.org/ & http://www.vivapalestinamapim.blogspot.com/

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !

20100413

INFO UMUM: Ucapan Junjung Kasih ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San pada 13 April 2010 semasa membahas Titah Ucapan Tuanku Sultan Selangor di DUN Sgor


Ucapan Junjung Kasih ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San pada 13 April 2010 semasa membahas Titah Ucapan Tuanku Sultan Selangor di DUN Selangor:

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor,
YB Tuan Speaker,
Yang Berhormat-Yang Berhormat yang saya hormati,
Semua pegawai kerajaan sekalian,

Salam sejahtera.

1. Sebelum saya berhujah, ingin saya memaklumkan kepada semua bahawa keadaan Ahli Yang Berhormat dari Damansara Utama kini dalam keadaan yang sangat baik di mana beliau sudah menyedarkan diri dan dijangkakan akan dipindahkan ke wad biasa hujung minggu ini.

2. Genap dua tahun kita semua bersidang di Dewan Yang Mulia ini. Banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh Dewan Negeri berbanding dengan masa dahulu. Begitu juga dengan pihak eksekutif di bawah tema besar “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

3. Walaupun persidangan Dewan kali ini bertembung dengan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, tetapi ianya langsung tidak menjejaskan perjalanan sidang Dewan Negeri. Bermula hari pertama pada semalam, kita akan membahas semua isu yang berkaitan dengan kehidupan harian rakyat jelata Selangor.

4. Semalam, Tuanku Sultan Selangor bertitah bahawa semua Ahli Dewan Negeri harus menggunakan peluang yang ada di dalam Dewan yang mulia ini untuk membincangkan dasar-dasar yang baik. Baginda juga bertitah bahawa ahli-ahli politik tidak harus menghabiskan masa yang banyak untuk berpolitik sahaja.

5. Titah baginda memang ada sebabnya dan ini juga sebabnya Dewan Negeri dan Eksekutif yang diterajui oleh Pakatan Rakyat tidak menangguhkan sidang dewan pada kali ini walaupun kami perlu menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.

6. Bagi mereka yang selalu ponteng, menghilangkan diri pada sebelah petang atau sengaja membisukan diri dalam sebarang perbahasan, maka ingat-ingatlah titah ucapan daripada Tuanku semalam.

Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

7. Genap dua tahun kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat. Pada tahun pertama, kita melancarkan konsep pentadbiran “Merakyatkan Ekonomi Selangor”:
I. Tabung Warisan Anak Selangor
II. Hadiah Anak Masuk Universiti
III. Skim Mesra Usia Emas
IV. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
V. Bekalan 20m3 air percuma
VI. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
VII. Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.

8. Kini, program MES ini telah memasuki ke fasa kedua di mana Cuti bersalin 90 hari kepada kakitangan awam wanita dan 14 hari kepada suami mereka, serta cuti sebulan kepada kakitangan awam wanita jika suami mereka meninggal dunia.

9. Program MES ini pula diikuti dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang dilancarkan pada bulan Mac 2009. Kesemua lima bidang di bawah pakej:
I. Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rezab.
II. Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem transit aliran ringan (LRT).
III. Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
IV. Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula kawasan terbiar termasuk di Petaling jaya dan Klang.
V. Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai.

10. Kini segala usaha yang kita curahkan telah dapat kita lihat hasilnya. Biarpun masih terdapat kelemahan-kelemahan pada permulaan program-program ini, tetapi rata-ratanya rakyat Selangor menyambut baik usaha keras daripada Pakatan Rakyat untuk memartabatkan kehidupan rakyat.

11. Pengurusan ekonomi serta usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi di negeri Pakatan Rakyat telah berjaya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir. Menurut perangkaan MIDA dalam tahun 2009 Selangor telah menerima pelaburan sebanyak RM6.76 bilion kedua selepas Sarawak yang mencatatkan RM8.45 bilion. Itu pun RM7 bilion untuk projek peleburan aluminium di Bintulu. Selangor mencatatkan pertambahan 20,753 pekerjaan baru. Selangor telah mencatatkan kelulusan projek industri sebanyak 278 yang juga tertinggi di dalam negara. Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya membawa masuk pelaburan daripada syarikat tenaga solar Q-Cells daripada Jerman yang bertapak di Science Park II, Cyberjaya yang mencatatkan pelaburan bernilai RM2 bilion untuk fasa yang pertama.

12. Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat telah melancarkan projek pembersihan Sungai Klang yang akan mencatatkan pelaburan dalam fasa pertama bernilai RM20 bilion. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan empat syarikat telah pun ditawarkan melalui tender terbuka untuk maksud tersebut. Untuk tujuan itu, rakyat meletakkan harapan. Setelah kita berjaya mengurus di peringkat negeri, sekarang rakyat mahu melihat Pakatan Rakyat maju ke Putrajaya.

13. Pentadbiran kerajaan negeri Selangor mendapat Sijil Tanpa Tegur daripada Ketua Audit Negara. SELCAT, PAC, JPKABAS, JPKPBT dan JPKPADAT dan semua jawatankuasa dewan menjalankan tugas-tugas pemantauan dengan baik.

14. Program-program ini tidak harus dilihat sebagai peralatan-peralatan untuk memancing undi, tetapi ianya perlu dilihat sebagai usaha berterusan daripada kerajaan Selangor untuk menyediakan rakyat negeri Selangor menangkis kegawatan ekonomi sedunia yang masih belum tentu arahnya.

Sabotaj UMNO

15. Berbeza daripada Barisan Nasional, dasar Pakatan Rakyat tidak memilih bulu dalam melaksanakan dasar-dasar ini. Faktor kaum dan agama tidak pernah menjadi pertimbangan semasa kita menjalankan program-program ini.

16. Justeru itu, Barisan Nasional telah jauh ketinggalan cuba mengejar dari belakang. Mereka telah melancarkan program yang serupa tetapi kesannya tidak seberapa besar sangat. Mereka telah melancarkan gagasan “1Malaysia” untuk menandingi dasar-dasar keterbukaan Pakatan Rakyat.

17. Malangnya, sindrom cakap tak serupa bikin masih menjangkiti pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Mereka tidak mempunyai DNA 1Malaysia. Ucapan mereka, percakapan mereka, hati dan minda mereka masih sarat dengan faktor perkauman. Semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri sendiri mengaku bahawa beliau Melayu Dahulu, Malaysian Kemudian.

18. Ini mencerminkan satu realiti bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin BN masih belum berubah.

19. BN iri hati dengan pencapaian Pakatan Rakyat. Justeru itu, mereka terus mengerakkan segala jentera kerajaan pusat dan media aliran utama untuk menghalang dan menyabotaj pentadbiran kerajaan negeri. Bermula dengan penubuhan JKKKP, diikuti dengan penahanan Ahli Dewan Negeri Kinrara di bawah ISA, kes kereta dan lembu, demonstrasi kepala lembu dan kemuncaknya kes Teoh Beng Hock, BN telah mengeksploitasi segala peluang yang ada untuk berpolitik demi mengugat kestabilan kerajaan negeri.

20. UMNO telah menggunakan Utusan Malaysia untuk melanjutkan fahaman sempit perkauman mereka. Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa adalah sinomim antara satu sama lain. Kebanyakan anggota Perkasa ialah ahli UMNO sendiri. Barangkali Pemuda UMNO tidak lagi menghunus keris di perhimpunan agungnya, tetapi UMNO telah memberi “mandat” ini kepada Perkasa.

21. Anak-anak muda hari ini tidak lagi membaca Utusan Malaysia. Generasi muda hari ini melayari laman web, blog, twitter, Malaysiakini, Malaysiainsider, Malaysia-today dan facebook untuk mendapat maklumat sebenar mengenai perkembangan negara. Mereka akan kejar dan buru untuk twit dengan Ijok, Kinrara, Gombak Setia, Seri Kembangan, Subang Jaya, Batu Caves, Bukit Antarabangsa malahan Tuan Speaker sendiri.

22. Sebaliknya mereka melihat Utusan Malaysia hanya sebagai tisu tandas, iaitu surat khabar yang hanya dibaca semasa berehat di tandas. Saya difahamkan langganan Utusan Malaysia telah merudum. Mengikut laporan perangkaan daripada Audit Bureau of Circulation (ABC), langganan Utusan Malaysia telah merosot daripada 300,000 kepada 70,000 sahaja.

23. Utusan Malaysia tidak menjana pemikiran rakyat yang sihat. Utusan Malaysia tidak membicarakan wacana yang mampu mengangkat martabat orang Melayu. Malahan Utusan Malaysia memperlekehkan dan memperbodohkan minda orang Melayu.

24. Utusan Malaysia juga mengkritik MCA bahawa MCA tidak harus memilih Dato’ Seri Chua Soi Lek sebagai presidennya keranan beliau terlibat dalam skandal seks. Utusan Malaysia juga begitu garang sehingga mengatakan Chua Soi Lek seorang yang tamak kuasa. Saya kasihan MCA kerana sebuah suratkhabar seperti Utusan Malaysia pun berani mengkiritk komponen parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional.

25. Mana tidak MCA tidak ditegur Utusan Malaysia sedangkan rencana Utusan Malaysia pada 21 Mac 2010 telah dilihat menghina Baginda Tuanku Sultan Selangor apabila Baginda membatalkan keberangkatan Baginda di Program PERKASA melalui rencana Awang Selamat.

26. Tuan Speaker, kami tidak melantik juru perunding komunikasi Zionis untuk berkomunikasi dengan rakyat. Juru perunding komunikasi kami adalah rakyat Malaysia sendiri. Pakatan Rakyat mengupah rakyat Malaysia sendiri untuk menerangkan kepada rakyat apa yang berlaku di Selangor. TV Selangor, yang diuruskan oleh 100% rakyat Malaysia, dan dikritik kuat oleh Ahli Parlimen Rambau ini kini diberi tugas untuk membuat siaran langsung sidang dewan.

27. Dulu kerajaan BN berkata bahawa siaran langsung sidang Dewan Rakyat membazir masa, tetapi sekarang sebuah kerajaan negeri seperti Selangor berupaya membuat siaran langsung sidang Dewan Negeri dan sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

Perlembagaan Persekutuan

28. Bagi sebuah negara persekutuan yang mengamalkan system Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen ala Westminster, imbangan kuasa antara ketiga-tiga cabang kerajaan, yakni eksekutif, perundangan dan kehakiman, serta imbangan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri adalah sangat penting.

29. Biarpun begitu, kita harus juga ingat bahawa terdapat kritis bahawa perlembagaan Malaysia yang dirangka pada 1950-an merupakan satu perlembagaan yang memihak kepada kerajaan persekutuan di mana beberapa sektor pentadbiran dan sumber ekonomi yang penting dikuasai oleh kerajaan persekutuan.

30. Lebih-lebih lagi, BN dalam 50 tahun yang lalu, dengan berbekalkan majoriti dua pertiganya di Dewan Rakyat, sentiasa meminda Perlembagaan Persekutuan sehingga wajah rupa Perlembagaan Persekutuan sekarang amat berbeza dengan Perlembagaan Persekutuan asal. Beberapa kuasa negeri telah diambil alih oleh kerajaan persekutuan ataupun diletakkan di bawah senarai bersama. Ini telah merumitkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Soal-soal seperti air, sisa pepejal, pengangkutan awam, pelaburan, pelabuhan dan sebagainya semua di bawah Kerajaan Persekutuan.

31. Apa yang sama juga pernah berlaku terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Justeru itu, saya menyeru kerajaan supaya apabila terdapat peluang nanti, kita perlu memperbetulkan beberapa perkara. Antaranya ialah larangan terhadap seorang wakil rakyat yang meletakkan jawatan untuk bertanding semula.

Pendidikan

32. Pendidikan merupakan masa depan sesebuah negara. Kerajaan Selangor memperuntukkan secara tetap setiap tahun RM6juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), RM6 juta kepada SJKC dan RM4 juta kepada SJKT walaupun soal pendidikan bukan tanggungjawab kerajaan negeri.

33. Saya terkilan dengan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan persekutuan yang mengatakan bahawa kerajaan Selangor sengaja melambat-lambatkan permohonan tanah untuk membina sekolah. Baru-baru ini, oleh sebab ingin mengaut kepentingan politik, BN menuduh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sengaja melewatkan kelulusan pembinaan sebuah SJKC di Bukit Beruntung sehinggalah mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin meninggal dunia dan pilihanraya kecil perlu diadakan.

34. Setelah penyemakan dengan MDHS, saya telah mendapati bahawa kenyataan ini adalah tidak betul. MDHS telah meluluskan pelan struktur pembinaan sekolah ini pada 22 Mac 2010, seminggu sebelum Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin meninggalkan dunia.

35. Kelulusan MDHS ini juga diberi setelah pegawai MDHS berkali-kali menelefon arkitek dan perancang bandar yang dilantik kontraktor untuk menghantar pelan struktur ini untuk kelulusan. Jadi siapa yang sengaja melengah-lengahkan kelulusan ini?

36. Kalau pemahaman saya betul, terdapat satu pekeliling daripada kerajaan pusat dahulu bahawa semua projek pembangunan di bawah Jabatan Kerja Raya tidak memerlukan kelulusan daripada PBT. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pembinaan. Jadi dengan ini, tiada sebab langsung untuk MDHS melengah-lengahkan projek-projek pembangunan daripada kerajaan persekutuan.

37. Kerajaan negeri juga telah melancarkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan SPIES. Kedua-dua program ini merupakan program perintis kerajaan Selangor. Rata-ratanya sambutan terhadap kedua-dua program ini adalah baik tetapi kerajaan Selangor juga perlu menambah-baik pelaksanaan program ini khususnya bagi ADUN di kawasan bandar.

38. Saya mencadangkan supaya pelaksanaan program PTRS khususnya dapat dibuka kepada mereka yang menuntut di tingkatan-tingkatan yang lain kerana bukan senang untuk saya mencari bilangan pelajar tingkatan lima yang mencukupi untuk membuka satu kelas tuisyen PTRS.

Pembangunan tanah

39. Kerajaan telah memansuhkan Jawatankuasa Tanah Daerah dan digantikan dengan Jawatankuasa Tindakan Daerah pada tahun 2009.

40. Kerajaan perlu merombak semula Jawatankuasa Tindakan Daerah kerana jawatankuasa ini telah menjadi begitu besar sehingga semua agensi kerajaan sama ada pusat atau negeri pun menghadiri mesyuarat ini dan menjadikan mesyuarat terlalu panjang lebar. Terdapat juga perkara-perkara yang ditimbulkan wakil rakyat boleh diselesaikan antara wakil rakyat itu sendiri dengan agensi kerajaan yang berkenaan, termasuk masalah-masalah dengan PBT.

41. Maka cadangan saya adalah untuk menjadikan Jawatankuasa Tindakan Daerah ini sebagai satu forum untuk semua wakil rakyat memanjangkan masalah-masalah berkenaan dengan tanah kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk

Pihak Berkuasa Tempatan

42. Saya menyambut tindakan kerajaan Selangor meminta SPR untuk menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan di Selangor. Malangnya, SPR enggan melayan permintaan kerajaan Selangor ini.

43. Keputusan Majlis Tindakan Kerajaan Tempatan yang didominasi kerajaan persekutuan BN dan kerajaan negeri yang diterajui BN untuk tidak bersetuju dengan Pilihanraya Kerajaan Tempatan sekaligus menunjukkan mereka tidak berhasrat untuk mengembalikan hak kepada rakyat.

44. Di manakah gagasan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”?

45. Kerajaan BN mengatakan bahawa pilihanraya kerajaan tempatan tidak akan menyelesaikan semua masalah yang berkaitan dengan kerajaan tempatan. Memang betul masalah-masalah kerajaan tempatan tidak akan diselesaikan dengan hanya memulihkan pilianharaya tetapi sekurang-kurangnya rakyat akan diberi peluang untuk memantau prestasi kerajaan tempatan.

46. Justeru itu, Kerajaan Selangor harus membuktikan mereka silap dengan memperkasakan sistem penyampaian PBT di Selangor. Antara kelemahan kerajaan tempatan ialah sistem penyampaiannya.

47. Pertukaran pegawai-pegawai sesama PBT telahpun dilakukan. Sehingga sekarang, maklum balas yang diterima rata-ratanya adalah positif. Pertukaran pegawai ini tidak harus dilihat sebagai satu tindakan punitif tetapi satu cara untuk menguatkan sistem penyampaian PBT.

48. Selain itu, saya juga ingin mencadang supaya kerajaan mengadakan satu sistem ganjaran kepada pegawai-pegawai PBT yang telah menjalankan tugas mereka dengan bagus untuk dijadikan sebagai “pull factor” kepada pegawai-pegawai PBT kita supaya memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

49. Selain itu, PBT harus membuka peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia dan tidak harus terlalu terikat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam kerana pada akhirnya gaji pegawai-pegawai PBT dibayar oleh PBT dan bukannnyaoleh JPA

50. Saya juga ingin menyentuh tentang status kewangan PBT yang rata-ratanya menunjukkan perkembangan positif. Biarpun begitu, PBT harus berjimat-cermat dalam perbelanjaannya. Antara kekurangan PBT ialah sesuatu perbelanjaan walaupun telah dibajetkan dalam belanjawan, kerja-kerja yang hendak dilakukan selalunya bermula pada pertengahan tahun. Terdapat juga kes-kes di mana pembayaran dibuat pada tahun ini untuk kerja-kerja yang telah dilakukan pada tahun yang lalu dengan menggunakan bajet tahun ini.

51. Oleh itu saya meminta pihak Eksekutif untuk memantau perkara ini. Saya juga ingin mencadangkan supaya apabila PBT menjalankan sesuatu kerja infrastruktur, kos perbelanjaan untuk kerja ini turut dipaparkan dalam papan tanda untuk mempertingkatkan ketelusan PBT.

52. Saya juga mendapati bahawa PBT selalu memberi sokongan kepada program-program yang dianjurkan oleh kerajaan. Sememangnya PBT boleh dan harus berbuat demikian, tetapi PBT juga tidak boleh terlalu dibebankan dengan program-program ini kerana ianya secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap kewangan PBT, seperti elaun tambah masa pegawai-pegawai PBT, kos penyelenggaraan peralatan dan kenderaan PBT serta kekurangan tenaga kerja PBT untuk kerja-kerja yang lain.

Sektor Pertanian

53. Sektor pertanian telah diberi perhatian dalam pakej rangsangan ekonomi Selangor dan tumpuan telah diberi kepada peningkatan hasil padi di Selangor. Sebenarnya kita juga tidak boleh melupakan hasil tanaman yang lain seperti sayur-sayuran dan fokus sekata perlu diberi kepada semua aktiviti pertanian di Selangor.

54. Difahamkan bahawa kawasan Hulu Selangor merupakan satu kawasan yang mempunyai aktiviti pertanian sayur-sayuran yang paling besar di Selangor, khususnya di Ulu Yam. Saya difahamkan bahawa sekurang-kurangnya 40% daripada sayur-sayuran yang dipasarkan di Pasar Borong Selayang datang daripada Hulu Selangor.

55. Baru-baru ini mereka telah mengadu bahawa mereka masih menyewa tanah-tanah daripada PNSB untuk meneruskan kegiatan pertanian mereka. Beberapa tahun yang lalu semasa BN menjadi kerajaan, mereka hampir-hampir dihalau keluar oleh PNSB kerana PNSB ingin membangunkan tanah-tanah ini dengan perumahan kos rendah. Petani-petani ini harus memohon geran tanah daripada kerajaan dan saya berpendapat kerajaan negeri boleh membantu mereka memandangkan PNSB merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

Yayasan Basmi Kemiskinan

56. Kalau di Ulu Yam, petani yang memerlukan tanah tidak dihirau, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pula diberi jutaan ekar tanah oleh kerajaan yang dahulu.

57. Saya difahamkan bahawa Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom yang merupakan mantan ADUN Batang Kali telah menghabiskan peruntukan kawasannya pada tahun 2008 dalam masa kurang daripada tiga bulan dan jumlah yang beliau habiskan ialah RM512,000.

58. Jika dibuat pertandingan, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom boleh dinobatkan sebagai juara di mana beliau hanya mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan keseluruhan peruntukan RM500,000.

59. Beliau selaku Pengerusi YBK yang pada masa sekarang tengah bertikam lidah dengan kerajaan negeri berkenaan dengan cukai tanah seluas 88.4 hektar milik YBK di Serendah yang dirancang untuk pembangunan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu membuat penjelasan segera dengan sikap beliau yang boros itu.

Pengangkutan Awam

60. Pengangkutan awam di Lembah Klang merupakan salah satu daripada pakej rangsangan ekonomi Selangor. Akibat daripada sistem dan kualiti pengangkutan awam yang lemah, maka produktiviti dan daya persaingan Malaysia dan Selangor terjejas. Pemandu-pemandu kereta perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk tiba di destinasinya di Lembah Klang setiap hari.

61. Saya berasa besar hati apabila kerajaan Pakatan Rakyat bercita-cita untuk meluaskan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem transit aliran ringan (LRT). Pada masa yang sama, saya bimbang bagaimana cita-cita kerajaan Selangor ini dapat direalisasikan apabila hal ehwal pengangkutan awam ini terletak di bawah kerajaan persekutuan.

62. Kerajaan Selangor juga tidak mempunyai dana sebesar kerajaan persekutuan untuk membangunkan infrastrukur-infrastruktur pengangkutan awam. Maka sudah tentu ianya tidak dapat dibangunkan oleh kerajaan Selangor. Oleh itu, saya ingin bertanya apakah strategi yang ada pada kerajaan untuk mengemaskan sistem pengangkutan awam ini dan apakah yang boleh kita sebagai kerajaan Selangor lakukan selain daripada bergantung kepada agensi-agensi kerajaan persekutuan.

63. Beberapa hari lagi, kami akan turun ke padang di Hulu Selangor. Bagi Pakatan Rakyat kita akan mengharungi PRK ini dengan rentak yang sekata. Calon BN belum ditentutkan lagi. UMNO dan MIC masih berebut-rebut. Malahan sesama MIC pun berebut-rebut. Jadi, siapa calon BN? Adakah ia V. Mugilan, G. Palanivel atau Muhd Muhd Taib? Bagi PR, kami cukup tenang dan steady, calon Pakatan Rakyat sudah ada keputusannya pada pagi ini. Malam nanti kami akan mengumunkan di Serendah. Bagi pengundi di ladang-ladang Felda dan estet, sudah cukup BN menipu. Janganlah kita ditipu lagi.

Lau Weng San

20100410

COCA COLA, PALESTIN, ISRAEL, MALAYSIA


Umat Islam di Palestin setiap hari dizalimi. Sebaliknya kita di Malaysia berbangga dengan syarikat yang banyak menyumbang dalam pembangunan Israel iaitu Coca Cola dengan membenarkan Coca Cola membina kilang terbesar mereka di rantau ini atas tanah milik Tabung Haji iaitu di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan.

Ulasan isu kilang Coca Cola atas tanah Tabung Haji di http://amkns.blogspot.com/2010/04/coca-cola-palestin-israel-malaysia.html

20100408

Sarapan pagi bersama MB

From: Wan Rusma Deris

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan..

Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..


Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.Mana nak cari MB macam ni?




sumber alhusseyn51.blogspot.com



lagi cerita mengenai beliau http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/04/sehari-dalam-hidupnya.html

Ceramah Ir Nizar 15 April 2010 N.Sembilan


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Markas MTD Lenggeng, Ulu Beranang, N.Sembilan http://mtdlenggeng.blogspot.com/

Bersama :
YB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin http://kamparinn.blogspot.com/
Zulkefly Mohamad bin Haji Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com/
YB Cha Kee Chin http://dapcha.blogspot.com/
Shamsul Iskandar Mohd Akin http://shamsuliskandar.wordpress.com/

- Semua Dijemput Hadir -

20100407

Membina Kekuatan Diri.....UMRAH TARBAWI DUN PAROI








Dengan keizinan Allah SWT, program Umrah Tarbawi DUN Paroi telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan AlhamduliLlah , semua 47 orang peserta program tersebut telah selamat kembali ke tanahair. Beribadah di hadapan Kaabah, mengunjungi Makam RasuluLlah, menjejaki kesan-kesan perjuangan RasuluLlah dan menghayati ibadah Umrah , sesungguhnya memberi kesan yang amat berbeza bagi kami. Mudah-mudahan perjalanan kali ini bukannya yang terakhir buat kami semua. ALLAHU AKBAR!!!