20100330

Islam didahulukan,Taqwa diutamakan

oleh: Laman Seri

Akibat cinta bersandarkan nafsu


Assalamualaikum warahmatullah,

Baru-baru ini, saya membaca berita yang amat menyedihkan, statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa Melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009, iaitu seramai 17,303 orang, di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna, ± 47 bayi berketurunan Melayu dilahirkan setiap hari sepanjang tahun 2009!

Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya (dibuang dan tidak dijumpai). Jika disebut Melayu, kebiasaannya beragama Islamlah. Amat menyedihkan kerana saban tahun kita disogokkan dengan berita yang menyedihkan ini, namun MALANGNYA, statistik ini terus meningkat.




Saya percaya, kelahiran bayi-bayi tidak sah taraf ini akibat kurangnya perisian agama di kalangan kaum Melayu yang beragama Islam dan terlalu mudah percaya dan TERPEDAYA dengan pujuk-rayu lelaki yang suka MEMPERDAYA bertunjangkan nafsu.

Bercakap tentang terpedaya dan memperdaya, mari kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh LPPKN. Menurut laporan LPPKN yang disiarkan di HMetro 19/03/2010 yang saya baca, matlamat cinta remaja lelaki tidak sama dengan remaja perempuan kerana ia bersandar keinginan seksual dan mahu menyahut cabaran rakan sebaya tetapi tidak sanggup bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Antara maklum balas yang diberikan remaja lelaki dalam kajian dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima sekolah menengah di negara ini, sekiranya teman wanita hamil, mereka akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.

Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki akan menjadi suami dan ini menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki.

Akibat kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam perhubungan antara wanita dan lelaki menyebabkan kes kehamilan turut membabitkan remaja perempuan yang mempunyai tahap akademik yang baik. Kes kehamilan di kalangan remaja turut membabitkan mereka yang mempunyai kelayakan akademik tinggi kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam soal berkenaan menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan tekanan terhadap perasaan dan akhirnya terperangkap.

Oleh itu, adalah tanggungjawab ibu bapa menerangkan dan memantau kegiatan anak-anak remaja tanpa memberi kelonggaran kepada anak lelaki mahupun perempuan.

[NB : Wahai perempuan, janganlah terlalu mudah terpedaya dengan janji palsu... Wahai lelaki, usahlah memperdaya dan pandai merayu jika hanya kerana setitis madu..]

Izinkan saya titipkan hadis berkaitan yang dikirimkan oleh saudara Hizamri, seorang sahabat al-Falaah egrup. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Dalam hadis lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak.”

Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah.” (Hadis riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi.” (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih)

Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan)

Statitstik terus meningkat dari tahun ke tahun


Mari kita lihat statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 pula. Menurut laporan PDRM, sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoriti 92% (532 kes) adalah bayi baru lahir, sementara 8% (48) adalah janin. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti jadual di bawah :




Perlu diingatkan, statistik yang dikumpulkan di atas bukanlah bertujuan untuk 'berbangga' dengan pencapaian anak-anak Melayu, sebaliknya untuk kita sama-sama selami, apakah peranan kita dalam mengurangkan statistik sedia ada. Saya mencadangkan, jika kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa sumbangan, elok juga risalah ini disebarkan kepada setiap kenalan kita, mudah-mudahan ada yang mengambil perhatian dan berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai peradaban manusia dan bertentangan pula dengan hukum syarak.

Isu buang bayi perlu pendekatan holistik


Secara umumnya, masyarakat Malaysia seolah-olah hanya mampu menyatakan rasa kesal, mengecam tindakan zalim berkenaan yang dikatakan tidak bertanggungjawab, menuding jari menyalahkan remaja yang dikatakan semakin sumbang perlakuan mereka. Adakah kerana bayi malang itu dianggap hasil perzinaan, dikandung tanpa dirancang dan tidak dikehendaki oleh ibu mereka, tanpa bapa yang sanggup melindungi lalu kemudian dibiarkan atau dibuang untuk menutup aib dan malu, maka kematian mereka tidak harus dibela?

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, mengutuk keras perbuatan berkenaan, menegaskan bahawa setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan.

Setiap bayi berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan. Setiap ibu yang hamil, berhak mendapatkan jagaan kehamilan yang sempurna untuk mempastikan kesihatan ibu dan anak terjaga sepanjang kehamilan. Setiap bayi yang baru lahir yang ditemui mati terdampar, dikira satu kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu).

Awal Julai 2009, dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita muda di bilik asrama salah sebuah IPT di selatan tanahair, bersama bayi yang dilahirkannya sendirian. Kematian ibu muda yang melahirkan bayi tanpa bantuan perubatan ini perlu dilihat sebagai satu kematian ibu (maternal mortality) yang sepatutnya boleh dielakkan (avoidable) sekiranya jagaan kesihatan dan perubatan dapat diberikan sebagaimana lazimnya. Kejadian begini sangat memilukan dan sepatutnya dijadikan teladan kepada kita semua.

Katanya, sama ada suka atau tidak, mahu atau sebaliknya ibu dan bayi perlu diberikan perhatian tanpa mengambil kira bayi itu dihasilkan menerusi cara halal atau haram.

Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj berpandangan, pendekatan yang lebih pragmatik dan SERIUS perlu segera diambil dalam menangani isu pembuangan bayi. Ia tidak boleh dilihat dari sudut pandangan gejala sosial dan seksual semata-mata, sebaliknya pendekatan tersebut mestilah holistik dan menjurus kepada penyelesaian akar umbi masalah, dengan menekan kedua-dua aspek pencegahan (preventive) dan rawatan (prescriptive) secara serentak.

Beliau yang mewakili JIM menuntut semua pihak memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam usaha mencegah gejala sosial ini.
  1. Ia mesti bermula pada tahap individu yang harus diperkayakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan yang bijak, bertanggungjawab berkaitan aspek seksualitinya. Setiap individu MESTI mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti yang tinggi dalam mengendalikan emosi dan keinginan nafsu syahwatnya.

  2. Usaha mesti dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkah-laku ahli-ahlinya.

  3. Pihak berwajib MESTI mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan yang membuka peluang luas yang membawa kepada berlakunya perzinaan seperti pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang menggalakkan penagihan dadah, alkohol dan seks.

  4. Strategi mendidik dan menyeru masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup yang murni mesti dilipatgandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat, dari yang paling atas iaitu pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata.
Mekanisme pastikan 'bapa' bertanggungjawab

Sekalipun langkah pencegahan dijalankan, akan tetap ada ahli masyarakat yang akan terjerumus mengamalkan gaya hidup seksual berisiko tinggi. Pergaulan bebas yang berakhir dengan perzinaan sering kali mengakibatkan kehamilan yang tidak dikehendaki, di samping komplikasi lain seperti pembuangan dan pembunuhan bayi, pengguguran janin, penyakit jangkitan kelamin, HIV/Aids dan keganasan seksual.

Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat, hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Namun apakah kita mahu melihat lebih ramai bayi dibuang di dalam longkang, pagar masjid atau di hadapan rumah kita?

Dalam konteks ini, JIM mencadangkan pendekatan rawatan (prescriptive) mestilah diambil bagi menangani isu di atas :

1. Setiap janin dan bayi, sekalipun yang terhasil dari perzinaan mesti diberi peluang dan hak untuk hidup. ini berpandukan kepada sirah Rasulullah SAW di mana seorang wanita al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Namun Rasulullah SAW menangguhkan hukuman tersebut untuk memberi peluang bayi itu dilahirkan dengan selamat dan selesai tempoh penyusuannya.

Jelas betapa Islam mengambil pendekatan melindungi dan membela bayi yang tidak berdosa, selari dengan intipati ajarannya sebagai 'rahmatalil 'alamin' (rahmat untuk sekalian alam). Langkah praktikal mesti segera diambil untuk mengelakkan ibu yang hamil akibat perzinaan dalam masyarakat hari ini tidak berfikiran panjang lalu mengambil keputusan melulu membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan.

2. Setiap wanita yang hamil, sama ada yang sudah sah berkahwin ataupun belum, MESTI mendapatkan jagaan antenatal di pusat kesihatan berhampiran secara berkala untuk memastikan kesejahteraannya dan janin dalam kandungan terpelihara. Wanita yang menyembunyikan kehamilannya (concealed pregnancy ) sering kali berhadapan dengan risiko komplikasi seperti cubaan menggugurkan kehamilan, kepucatan, pre-eklampsia, kelahiran pramatang atau kematian ketika melahirkan. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri dan tidak seharusnya mempertaruhkan nyawa mereka melalui kehamilan dan kelahiran sendirian.

Sementara itu, meletakkan kesalahan pada bahu wanita semata-mata tidak seharusnya berlaku kerana mungkin dalam keadaan tertentu wanita berkenaan menjadi mangsa. Pasangan lelaki yang terbabit dalam perzinaan sehingga menyebabkan kehamilan MESTI dipertanggungjawabk an. Perkembangan kajian saintifik yang membabitkan DNA dan genetik hari ini membolehkan pembuktian terhadap asal-usul keturunan manusia dibuat. Satu mekanisme perundangan perlu diusahakan agar pasangan lelaki yang terlibat dalam perzinaan TIDAK boleh SEWENANG-WENANGNYA lepas tangan dari memikul tanggungjawab yang sepatutnya.

Melihat kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat kita, lelaki tersebut dibiarkan bebas dan nescaya, dia boleh mengulangi perbuatan zina dengan teman wanita yang baru pula. [NB : Mentang-mentanglah bukan perut dia yang buncit!] Melihat senario hari ini, sudah tiba masanya agar tindakan keras di bawah undang-undang sivil dikenakan ke atas lelaki terbabit. Adalah tidak adil jika hanya pihak perempuan sahaja yang menanggung sengsara. Tanpa benih daripada lelaki, maka anak tidak sah itu tidak akan lahir. Jadi, kedua-dua pihak perlu dikenakan tindakan. Ibu bapa kepada remaja lelaki dan perempuan terbabit juga wajar dikenakan tindakan. Setidak-tidaknya, kaunseling diberi kepada mereka agar mereka turut berasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas anak masing-masing.

3. Pimpinan negara dan agensi kerajaan yang berkenaan MESTI mengambil langkah menyediakan tempat perlindungan yang mampu membimbing wanita yang hamil di luar nikah menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Jagaan antenatal boleh dijalankan dengan baik, kelahiran bayi dikendalikan oleh mereka yang terlatih dan proses pengangkatan bayi melalui saluran yang formal dapat dibuat sekiranya si ibu mahu menyerahkan bayinya kepada orang lain.

Bagaimanapun, pusat perlindungan ini tidak boleh berfungsi sebagai pusat transit atau ‘one-stop centre’ yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi wanita yang hamil di luar nikah semata-mata untuk melahirkan bayi saja. Cadangan pendekatan rawatan diharap dapat memberi ruang dan peluang kedua kepada mereka yang terlanjur untuk bertaubat, tidak mengulangi perbuatan sama dan kembali ke pangkal jalan menjalani kehidupan menurut kehendak syariah dengan kerahmatan Islam.

INFO: Lokasi buang bayi

• Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.

• Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman, bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut, diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh.

• Pelaku membuang bayinya di tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran, malah lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran berkenaan.

• Dalam kes pembuangan bayi, negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seksual di sekolah. Jerman antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. Selain pendidikan seks, Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran utama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di Baby’s Craddle akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.

• Di Amerika Syarikat, kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat terpilih seperti hospital, balai bomba, agensi kebajikan swasta atau agensi anak angkat. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi berkenaan tidak perlu memberi butir terperinci. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan, hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak berkenaan boleh diberi kepada keluarga angkat.

• Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai. Dalam kebanyakan kes, mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan. Melalui undang-undang Safe Haven yang diperkenalkan, ibu muda dibenarkan untuk meninggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana. Kesedaran masyarakat terhadap undang-undang Safe Haven ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja terbabit.

Apa perlu dilakukan jika pelajar dikesan hamil?

CIKGU Jasmin (bukan nama sebenar) terpanggil menceritakan pengalaman pelajar sekolah menengah tempatnya mengajar melahirkan anak di rumah tanpa pengetahuan ibu bapa membuktikan mana-mana remaja yang terdesak tidak tahu ke mana arah dan tuju mendapat bantuan. Takut, bimbang, malu bercampur baur menjadikan tindakan diambil selalunya tidak terjangkau oleh fikiran waras.

Kisah berlaku di sebuah sekolah di luar bandar. Menceritakan kepada penulis, katanya, pelajar berkenaan dikenali sebagai Z, tidak nampak tanda-tanda pelajar nakal. Pelajar berkenaan bersekolah di sekolah menengah A sejak tingkatan 1. Keputusan PMR tidak begitu membanggakan, tetapi tetap meneruskan persekolahan ke tingkatan empat sekolah sama. Bagaimanapun ketika awal tingkatan 4 beliau memohon mengikuti pelajaran ke sekolah swasta di sebelah Pantai Timur dengan alasan lebih privasi, atas sokongan keluarga. Di situlah beliau mengandung.

“Tidak lama di situ beliau berhenti, mungkin kerana sudah mengetahui dirinya hamil. Z menyambung pengajian di sekolah menengah A semula. Memang pelajar ini bertubuh besar. Bukan saja pihak sekolah tidak tahu beliau hamil, sebaliknya ibunya yang juga berkhidmat di sebuah hospital, langsung tidak mengetahui dia hamil,” katanya. Dalam temuramah dengan ibu pelajar berkenaan, Cikgu Jasmin berkata, ibu Z tidak tahupun anaknya melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik di rumahnya.

“Z melahirkan anak berkenaan dalam bilik. Ketika melahirkan anak berkenaan A hanya memutuskan tali pusat bayi itu dengan hanya memutuskannya merentap menggunakan tangannya, hinggakan bayi berkenaan mengalami masalah di bahagian tali pusat. Ketika bayi menangis A akan memberikan susu formula orang dewasa kerana tidak tahu menguruskannya. A juga mempunyai tabiat memasang radio kuat hingga ‘kegiatannya’ sukar dikesan ibu sendiri yang bekerja sebagai jururawat desa. Bagaimanapun cerita itu akhirnya terbongkar apabila A didapati semakin lemah dan ibunya membawanya ke hospital. Di hospital semua perlakuannya itu terbongkar,” katanya ringkas.

Pendedahan Cikgu Jasmin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, seperti bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa menangani isu sebegini. Adakah pelajar dibenarkan bersekolah walaupun hamil, dan bagaimana pula cuti bersalin? Beliau berharap pihak berkaitan boleh bersama-sama memikirkan isu ini dan mencari jalan terbaik menanganinya.

Mungkin agak sukar untuk kita mengaplikasikan ke semua cadangan JIM di atas, tetapi kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak remaja tidak kira lelaki dan perempuan patut memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang perbezaan lelaki dan perempuan dalam pertanggungjawapan mereka dalam perhubungan intim tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Saya yakin, jika setiap ibu bapa 'membersihkan isi rumah dan halaman masing-masing', tentu seluruh negara akan bersih, insya Allah!

Renung-renungkan!

NB : Sekiranya anda ingin menyumbang kepada usaha Wanita JIM, hubungi Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah di Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Boleh juga hubungi talian 03-41073379 atau kunjungi laman web www.raudhatussakina hpusat.blogspot. com dan www.jim.org. my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : HMetro 19/03/2010 dan BHarian 09/03/2010

Capaian entry berkaitan :
  1. 17,303 anak luar nikah MELAYU didaftar 2009
  2. Bahana nafsu
  3. Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah
  4. Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut sosial
  5. Kaedah umum didik anak - lelaki & perempuan
  6. Kain Putih Apa Coraknya?
  7. Bayi dibuang diselamatkan
  8. Jenayah buang bayi salah siapa?
  9. Benih cinta yang tidak dihargai
  10. Kaunseling remaja hamil
  11. Lelaki pencetus zina perlu menerima hukuman sewajarnya
  12. Hukuman mesti lebih berat
  13. Apa dosa bayi perempuan ini?
  14. Rendam bayi: Teman lelaki wanita akan diburu
  15. Misteri lubang tandas tersumbat terjawab
  16. Anak luar nikah meningkat

http://laman- seri.blogspot. com


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
http://laman- seri.blogspot. com


Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah:-

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibu bapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undang-Nya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100% pendengar mahukan undang-undang Islam ditegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini. Ada juga pendengar yang secara tegas menyatakan supaya ditukar kerajaan.

Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.

1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR, insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; program amar makruf dan nahi mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA, SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH. DARI ITU, RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25618:sofi-wahab-tukar-kerajaan-cegah-anak-luar-nikah&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

20100329

Kuliah Pengajian Islam 4 Apr Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM
Tarikh : 4 April 2010 / Ahad
Masa : Selepas solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Mohamad Mohsein
Tajuk : Hadis Imam Nawawi
Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
atau di http://madrasahselemak.blogspot.com

HIDUP DI DUNIA HANYA SEKELIP MATA
HIDUP DI AKHIRAT KEKAL SAMPAI BILA-BILA

Air mata Melayu di Johor Darul UMNO



cerita berikut disisni >> http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/03/air-mata-melayu-di-johor-darul-umno.html

dan disini http://minda-kembara.com/v2008/?p=2439

En Sulaiman & bersama isteri yang sarat mengandung 8 bulan juga terpaksa pindah. ke mana mereka hendak pergi...

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/03/media-umno-1-malaysia-1-srael.html







20100326

Al-Fatihah





Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam tadi, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut

peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.


sumber malaysiakini

Khalid Samad, cheGuBard 31 Mac Rembau

CERAMAH UMUM
Tarikh : 31 Mac 2010 / Rabu
Masa : 9 malam
Tempat : Simpang Tiga, Kg Batu, Rembau

Penceramah :
YB Ir Khalid Samad
cheGuBard
Zakaria Khalim , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Pertanyaan 0123696474

20100325

Ceramah Non Muslim 26 Mac Seremban

CERAMAH UMUM 1MALAYSIA
Tajuk : "Kewajiban Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk"
Oleh : Sdr Shah Kirit Kakulal Govindji

Tempat : Masjid Negeri , Seremban
Hari : Jumaat, 26 Mac 2010
Masa : Selepas Maghrib

Semua Dijemput Hadir

Pengenalan penceramah:
Sdr Shah Kirit memeluk Islam pada 1996, selepas itu memecut laju , berdakwah dan memberi faham utk muslim supaya berdakwah. Pernah mendapat latihan di Nigeria dan India di bawah pendakwah tersohor Dr Zakir Naik. Sekarang bergiat melatih pendakwah-pendakwah dalam program Friendly Comparative Religion melalui Islamic Information Services, KL. dan Interfaith dialogues.

Maklumat lanjut hubungi Wahiduddin 0123725283

20100324

Brunei lebih takut laknat Allah


YB Menteri

Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin


BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BruneilebihtakutlaknatAllah/Article

ADA MENTERI KITA BERANI MACAM NI!!!

Rumah Chegubard dibaling bom di Seremban

Rumah Chegubard di Seremban telah di baling bom molotov cocktail pada 24 Mac 2010. Cerita sepenuhnya di http://chegubard.blogspot.com/2010/03/rumah-chegubard-dibaling-bom-minyak.html

20100320

What good is GST with a spendthrift govt?

What good is GST with a spendthrift govt?

E-mail Print

DAP's Klang MP Charles Santiago

By Marc Jitab

KUALA LUMPUR: “Sell 10,000 APs and raise RM2.4 billion next year. So you've got more than what you're proposing,” said DAP's Klang MP Charles Santiago as a challenge to the government's plan to introduce the Goods and Services Tax (GST) next year.

According to Santiago, the government has the resources available such as the AP system to better the RM1 billion expected to be raised through GST. As such, there is really no need to implement the GST for that purpose.

The GST implementation was mooted by the International Monetary Fund as a means to counter the rising budget deficits. The odd thing is that the government severely criticised IMF intervention during the 1998 financial crisis, but chose to go along with their suggestion to implement the GST.

“In the last 12 years, the government has been spending like there's no tomorrow. We have been spending more than we are earning.

“The deficit is getting bigger, but our oil reserves are depleting. The IMF has been telling the Malaysian government, 'Hey, you're spending more than you are earning, stop it',” said Santiago.

Not in the interest of the public

The government's charge that prices will drop because of lowered taxes does not resonate with the opposition MP, who said that prices in the country are not controlled by supply and demand (market forces) but concessionaires who exercise pricing strategies knowing that they have exclusitivity over certain commodities.

“A lot of the prices are controlled by concessional markets. It's very clear that having concessionaires will drive up the price of goods and services (even after the GST is implemented),” he added.

And what of the government's role in recent times?

The Klang MP argued that the government's role “was no longer as a provider but an arbitrator, a middleman” which gave out regulatory powers to bodies that did not serve the interest of the public.

Because regulatory powers moved further away from the government, commerical or private parties with strong interests in a certain regulatory provision could lobby the said body to change the rules to their benefit.This is known as regulatory capture, and the public loses out because its interests are not taken care of.

Macro matters

“We really need to go back and look at implementing a Keynesian state,” said Santiago.

The MP reiterated the need for a tax mechanism where vulnerable communities will be protected, more so in Malaysia where the disparity between rich and poor is widening.

As Malaysia's 'Gini' index moves towards 1 (increasing inequality of wealth distribution), Santiago said that there is a need for a tax system that is not punitive but enabling.

He said that the implementation of the GST may bring about lower tax rates, but because more things will be taxed, the burden on lower-income families will be greater.

Families will have to work harder and for longer hours to meet the higher costs, therefore undermining the integrity of the family structure, which has ramifications for Malaysian society as a whole.

The GST in itself is neither good nor bad, but implementing the GST needs to be done to rectify or better the current situation.

“This whole GST thing raises a variety of questions. For one it's just not about a crisis of public finances but also about the way we manage public finances.

“If you raise RM1 billion but these issues are not taken care of, the RM1 billion will disappear too,” said Santiago.

Seeking more feedback


The GST was first mooted in 2006 and was expected to be implemented the following year. However, the government deferred the date saying that public feedback suggested it needed more time to refine the proposed model.

Last December, the Bill was once again tabled for first reading in the Dewan Rakyat.

The second tabling was scheduled for this month, but was postponed at the las minute for similar reasons.

The government insisted, however, that this is not a policy cancellation and that the GST will be implemented in the near future.

The GST is a multi-stage consumption tax that is imposed on the sale of goods and services. It's not a new tax but a tax reform that will replace the current services and sales tax (SST), as well as the earnings-based tax.

Implementation of the GST will begin with a rate of 4 percent which is among the lowest in the world. This rate is expected to yield the government RM1 billion in revenue annually after the first year.

20100318

PACE DUKACITA COCA COLA LABUR MALAYSIA


PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia.

Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (TABUNG HAJI) Properties di Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid.

Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

*****************************************
Wednesday, March 17, 2010
SIARAN AKHBAR PACE: PELABURAN SYARIKAT COCA-COLA DI MALAYSIA

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
http://lambaian-islah.blogspot.com/2010/03/siaran-akhbar-pace-pelaburan-syarikat.html

20100317

Jubli Perak PAS Jempol 26 ke 28 Mac 2010


SAMBUTAN JUBLI PERAK
25 TAHUN PAS KAWASAN JEMPOL

Tarikh : 26 ke 28 Mac 2010 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi 013-3395538

EXPO PERDAGANGAN ISLAM
Dari siang hingga ke malam 26 ke 28 Mac 2010

CERAMAH UMUM & PERASMIAN
Jumaat 26 Mac 2010
9 malam
Penceramah :
YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
YB Dr Mariah Mahmud , MP Kota Raja
YB Teo Kok Seong , ADUN Bahau
Y Bhg Abd Rahman Ramli , YDP PAS Jempol

PIDATO PERDANA
Sabtu 27 Mac 2010
9 malam
Pemidato :
Ust Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Chegubard , AMT PKR
Ust Hasan Alian , Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan
Ust Khairil Anwar Md Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

MAKAN MALAM PERDANA
Bersama Tuan Guru Presiden PAS
Ahad 28Mac 2010
8 malam
Sumbangan RM 10 sahaja
Juga Persembahan istimewa Radzi Melissa

CERAMAH PERDANA
Ahad 28Mac 2010
9 malam
YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang , Presiden PAS
YB Dr Hatta Ramli , MP Kuala Krai
YB Anthony Loke , Ketua Pemuda DAP
YB M Ravi , ADUN Telok Kemang
Y Bhg Zulkefly Mohd Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

20100315

Sumbangan Tabung PAS Kawasan Rembau

Assalamulaikum ,

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung PAS Kawasan Rembau boleh disalurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau hubungi Bendahari PAS Kawasan Rembau 012-2832458

20100313

Forum GST...Rakyat Mesti Tahu



Apakah GST? Saya yakin ramai di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah tidak akan dapat memberi jawapan yang tepat bahkan ramai yang tidak tahu apakah makna GST itu? GST adalah satu cukai baru yang di kenakan oleh kerajaan bagi menggantikan sistem cukai sedia ada. Dalam perkataan yang lain, takrifan yang lebih mudah untuk memahami GST adalah dulu masa SST (cukai lama), ia bermaksud SEMUA barang dan perkhidmatan TIDAK dikenakan CUKAI melainkan senarai yang akan diisytiharkan kerajaan akan dikenakan cukai manakala GST bermaksud SEMUA barang dan perkhidmatan dikenakan CUKAI melainkan barangan yang disenaraikan kerajaan untuk dikecualikan cukai. Baru-baru ini saya berkesempatan menjadi panel dalam satu Forum GST yang dianjurkan PSM Cawangan Seremban. Antara ahli panel yang lain adalah YB Loke , Chegu Bard dan Sdra Aru, SU Agong PSM. Walaupun kehadiran agak biasa sahaja tapi ianya satu permulaan yang baik bagi menerangkan kepada rakyat bawahan tentang keburukan GST.

20100311

MAZLAN ALIMAN...ditahan lokap 2 hari kerana perjuangkan HAK PENEROKA FELDA



FELDA Lembah Klau di Raub, Pahang menjadi saksi perjuangan seorang anak muda 40an , Sdra Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat. Beliau telah menubuhkan sebuah NGO , Persatuan Generasi Kedua Peneroka FELDA (ANAK) . ANAK telah berusaha turun ke hampir seluruh kawasan FELDA di seluruh negara untuk menerangkan kepada peneroka tentang hak mereka dan penyelewengan yang berlaku. Antara kejayaan ANAK adalah bersama dengan peneroka FELDA Kemahang Kelantan dan berjaya dalam tuntutan RM11 juta mereka dalam Mahkamah terhadap penyelewengan nilai perahan Kelapa Sawit yang dilakukan oleh pengurusan FELDA Kemahang. Tahniah ANAK. Hari ini , Khamis rombongan Pakatan Rakyat NS diketuai Pesuruhjaya PAS N.Sembilan , Ybhg Sdra Zulkeply Mohamad Hj Omar yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Peneroka dan Tanah PAS Pusat. Turut hadir adalah ADUN Port Dickson YB Ravi , saya sendiri, ayahanda Hj Kateran , TPJ NS , Sdra Rahman , YDP Jempol dan pimpinan PAS Jempol. Saya terharu mendengar kata-kata Sdra Mazlan bila ditanya selepas ini tak berehat dulu ke , jawab Mazlan "Jadual kerja yang padat telah menunggu saya..biarlah 2 hari ditahan dalam lokap menjadi waktu rehat saya" . Saya rasa pernah membaca ucapan seperti ini oleh tokoh-tokoh gerakan Islam yang pernah dipenjara kerana perjuangan ISLAM. Mabrur...

Ustaz Abdul Ghani 14 Mac 2010 di Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM

Tarikh : 14 Mac 2010 / Ahad

Masa : Selepas solat Maghrib

Penceramah : Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaigu

Tajuk : Aqidah Islamiah (Dr Mustafa Said Al Khin & Sheikh Muhyiddin Dib Misto)

Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau


Semua dijemput hadir


Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

atau di http://madrasahselemak.blogspot.com

20100310

Semboyan Halilintar-10 Ribu Penyokong PR Harungi Hujan Lebat


Ribuan penyokong PR sebelum hujan lebat


Penyokong PR tidak berganjak walaupun mengharungi hujan lebat




Selepas Hujan Lebat - ribuan penyokong masih mendengar ceramah DSAI




Semalam 9 Mac, 2010; genap dua tahun Pakatan Rakyat (PR) mencipta Tsunami politik dalam sejarah politik tanahair.Kejayaan yang paling manis dan paling besar dalam sejarah politik Malaysia.

Sebagai meraikan kejayaan tersebut khususnya kejayaan PR Negeri Sembilan yang juga mencipta kejutan paling besar dalam sejarah politik NS apabila memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dan juga memenangi 3 kerusi parlimen.

Sebagai mencipta sebuah fenomena untuk mengembalikan mood dan keyakinan rakyat pada perjuangan PR, hasil usaha PR NS, Semboyan Halilintar ke Putrajaya dilancarkan oleh kepimpinan PR di Oakland Commercial Centre, Seremban 2, malam tadi.

Seawal jam 8.00 malam, seramai 5 ribu orang telah mula membanjiri dataran - lokasi ceramah.Pada pukul 9.00 malam, pengumuman rasmi dibuat bahawa jumlah kehadiran penyokong/penonton telah mencecah 8 ribu orang.

Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di lokasi tepat jam 9.30 malam, lebih 10 ribu penyokong setia PR telah berasak-asak membanjiri tapak lokasi ceramah.

Turut hadir dalam program ini ialah Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustafa Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Ketua Penerangan PKR, Lateefah Koya; Pesuruhjaya PAS NS, Zulkefli Mohamad Omar, Pengerusi PKR NS, Dato' Kamarul Bahrin Abbas; Pengerusi DAP NS, Loke Siew Fook; Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS NS, Zakaria Khalim; Timb Pesuruhjaya 2 PAS NS, Kateran Marman dan pemimpin2 PR NS pelbagai peringkat termasuk kesemua ADUN PR NS dan Ahli Parlimen NS.

Walaubagaimanapun debaran kami sebagai tuan rumah mula terasa apabila hujan gerimis mula turun.Kerisauan kami akhirnya menjelma, apabila lebih kurang pukul 10.00 malam, hujan turun begitu lebat sekali.Di tambah pula dengan angin yang kencang.

Tetapi saya dan rakan-rakan saya di dalam PR amat kagum apabila penyokong/penonton tidak berganjak dari tapak lokasi ceramah.Kalau ada yang lari berteduh di deretan kedai pun, mereka adalah golongan warga emas.Selebihnya ribuan penyokong terdiri daripada Melayu, Cina, India, Punjabi, Lelaki, Wanita, Anak muda lelaki, Anak dara - semuanya begitu cekal dan bersemangat mengharungi hujan lebat untuk mendengar amanat daripada pucuk pimpinan parti.

Berpuluh ceramah yang pernah saya sertai sebagai penceramah mahupun sebagai tetamu.Tetapi inilah kali pertama saya melihat begitu ramai anak bujang (laki) & anak dara (perempuan) begitu ramai turut berada dalam ceramah ini.Lazimnya golongan remaja adalah mereka yang amat sukar untuk kita melihat kehadiran mereka.Politik bagi mereka sesuatu yang agak jauh dan tidak menarik hati mereka.

Tetapi apabila melihat kehadiran mereka yang luar biasa berbanding program2 ceramah sebelum ini, ini meyakinkan saya bahawa kalau kita terus menggerakkan gerak kerja dan mempromosi perjuangan kita, tidak mustahil kita mampu menarik sokongan golongan remaja dengan lebih berkesan.Sememang-memangnya mereka inilah bakal pengundi yang akan menggantikan pengundi warga emas sedia ada terutama di saluran 1 dan 2.

Sepanjang pengalaman saya sebagai Ahli Politik mahupun sebagai penyokong ketika zaman bujang dulu, inilah kali pertama saya melihat suasana sedemikian.Begitu semangat sekali para penyokong tanpa menghiraukan dugaan hujan lebat.

Saya mendoakan hujan lebat semalam adalah hujan rahmat diatas perjuangan PR dalam membebaskan rakyat Malaysia daripada pemerintahan kuku besi kerajaan Umno-Barisan Nasional yang tidak habis-habis menyusah dan membebankan rakyat Malaysia dengan pelbagai cukai, kenaikan harga barang dan pelbagai kenaikan lagi.

Suasana malam tadi dan kehadiran lebih 10 ribu penyokong PR dan ditambah pula dengan keadaan hujan lebat yang gagal menyuraikan orang ramai merupakan satu tamparan hebat kepada Umno-BN.

Sejak 3 Ahli Parlimen dan dua lagi pemimpin PKR keluar daripada PKR dan selepas pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin; propaganda media Umno-BN melancarkan serangan kononnya PR sudah lemah khususnya PKR.

Tetapi suasana malam tadi telah menutup segala kritikan sumbang sebelum ini seolah-olah PR diambang perpecahan dan kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PKR telah kehilangan sokongan rakyat.

Saya percaya ketika hujan lebat mula turun pada pukul 10.oo malam, sudah pasti pemimpin Umno NS begitu gembira kerana hujan lebat ibarat mengagalkan pelancaran "Semboyan Halilintar ke Putrajaya" malam tadi.Sudah tentu media yang telah dijinakkan oleh pemimpin Umno pusat akan menyiarkan berita kononnya ceramah ini tidak mendapat sambutan orang ramai.

Alhamdullillah, walaupun hujan begitu lebat, PR NS berjaya menghimpunkan lebih 10 ribu penyokong.

Saya tidak sabar untuk melihat akhbar/media arus perdana esok (Khamis-11 Mac).Bukan apa, nak tahu berapakah angka penyokong yang hadir pada ceramah malam tadi yang akan dilaporkan oleh mereka.

Kepada mereka yang hadir malam tadi, anada sendiri jadi hakim.Apakah media arus perdana ini telus atau memutar belit fakta.Nantikan penghakiman anda sendiri pada hari esok.

20100309

Komen Pembaca Malaysiakini (Sekadar Renungan)



Gambar VK Lingam, Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim) dan Vincent Tan, dipercayai pada satu percutian pada 1994 di luar negara yang dikhuatiri mempunayai elemen rasuah



Berikut komen daripada pembaca Malaysiakini berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sah.

Pembaca2 ini memberi maklum balas dari sudut perspektif yang berlainan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita.Kesimpulan dari komen2 berikut, kuasa Sultan negeri2 lebih berkuasa daripada Yang Dipertuan Agong.Itulah gambaran yang diberikan oleh mahkamah apabila membuat keputusan terhadap Dato' Seri Anwar dan apabila keputusan mahkamah memberikan sebuah keputusan yang kontra dalam kes 'Siapakah Menteri Besar Perak yang sah'.

'So the Yang Di Pertuan Agong does not have the power to consent to or reject the dismissal of Anwar Ibrahim, but the Sultan of Perak has the unilateral power to dismiss a menteri besar.'

Apex court: Anwar's sacking lawful

Malaysian Overseas: 'Senior federal counsel Kamaluddin Md Said, in defending the government's stand, had said the Parliament Hansard shows that Mahathir had informed Parliament that the Agong had not objected to the dismissal.' But what about if Mahathir did not tell the truth about informing Agong of the dismissal? Can we simply take his words, even though they were uttered in Parliament?

Ng Kim Eng: The irony of this court verdict is that the Yang Di Pertuan Agong does not have the power to the consent or reject the dismissal of Anwar Ibrahim, but the Sultan of Perak has the unilateral power to dismiss a menteri besar (Mohd Nizar Jamaluddin) without referring to the executive and legislature body of the Perak state government.

Black Mamba: Am I missing something here? The MB was sacked by the Sultan. Now it says the Agong can't meddle in the sacking of the DPM? What kind of law are we creating in Malaysia?

Arbeena: The then-Agong Tuanku Jaafar was informed. That's already enough according to ex-premier Dr Mahathir Mohamad to sack his deputy Anwar Ibrahim. He was given the power to appoint and sack his ministers. Unless that power is removed, there is no point for anyone to challenge Mahathir.

Md Imraz Muhd Ikhbal: The Kuala Lumpur High Court was correct all along in dismissing Anwar's suit. They even saved public funds by denying a full trial. The Appeal's Court did the right thing in dismissing Anwar's appeal. And now, The Federal Court has confirmed that our courts are not only very fair but ever so consistent. Very, very fair, that is, in serving the political agenda of their political masters, and ever so consistent in delivering perverted judicial rulings that defy every sense of logic and rule of law every time it comes to the opposition or other force of dissent that threatens the continued rule of BN. So whoever said that our judges are devoid of integrity and competence had better retract their nonsensical assertions immediately, lest they too will be "consistently" prosecuted and "fairly" judged by our esteemed courts.

Akmal Ariffin: Don't the judges or the police realise that the possibility of Pakatan ruling the country is always there? If Pakatan wins, imagine the overhaul that we will be going through. Maybe it is going be like purges after purges. Judges who are conscious of their evil ways are worse than the criminals they send to jail. Maybe they don't read Malaysiakini.

Gem: Sacking somebody is one thing. Whether there is proper and fair reason in the sacking is another.

20100308

Promosi Upah Umrah DUN Paroi, N.Sembilan

Perkhidmatan Upah Umrah sambil beramal dengan sumbangan RM 250

Maklumat lanjut hubungi En Hassan 019-2171942 (Pembantu Khas ADUN Paroi)

20100305

Ceramah DSAI, Mustafa Ali 9 Mac 2010 Seremban

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 9 Mac 2010/Selasa
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Oakland Commerce Square, Seremban 2 (belakang Hospital Columbia)

Penceramah utama:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
Y Bhg. Datuk Mustafa Ali

Hotline:
019-261 2519 (Sabaruddin Mohd Yassim)
012-666 4557 (YB Cha)
http://pkrn9.blogspot.com

Kompleks PAS Kedah...Lambang Perjuangan Pejuang PAS Kedah


Walaupun rata-rata penyokong PAS Kedah adalah petani bendang padi. Tapi mereka berbangga dengan Kompleks PAS Kedah yang berharga hampir RM1.5 juta. Kini mereka adalah kerajaan Negeri Kedah tapi kompleks PAS Kedah tetap sama seperti sebelum mereka jadi kerajaan. Jelas mereka ikhlas dan tidak mengambil kesempatan ketika memerintah. Tahniah rakyat Kedah.

Kota Seputeh....SPR Komponen Terbaru BN


Kota Seputeh...DUN tanpa wakil rakyat. Kami berkesempatan singgah di DUN Kota Seputeh untuk melihat gerakerja Pilihanraya di sana dan meninjau kawasan di mana PAS N.Sembilan akan bertugas semasa PRK yang dijangkakan akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kesungguhan dan komitment pimpinan tempatan sebagai petanda bahawa PAS , insya Allah akan merampas DUN Seputeh dari tangan mereka yang khianat kepada rakyat. Kami pun rasa tersimbah dengan semangat kuat mereka dan akan balik ke NS untuk bekerja kuat demi kemenangan PAS di Negeri Sembilan. Semoga kami akan dibantu oleh ALLAH SWT.

20100303

Forum Baik Buruk GST 11 Mac 2010 Seremban

FORUM ISU GST
Tarikh : 11 Mac 2010 / Khamis
Masa : 8 malam
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat PSM, 1273, Jalan Rasah, Seremban

Ahli Panel :
YB Mohamad Taufek Abdul Ghani
YB Loke Siew Fook
CheguBard
Sdr. Arulchelvan

Maklumat lanjut hubungi 012-2702624

SEMUA DIJEMPUT HADIR

**************
APA ITU GST?
GST ialah singkatan bagi Goods & Service Tax atau Cukai Barangan & Perkhidmatan.

PERSOALAN
Bagaimanakah dengan harga barangan dan perkhidmatan nanti selepas GST ?
Adakah harganya akan meningkat naik ?
Siapa yang akan untung selepas GST ?
Siapa yang akan rugi selepas GST ?
Adakah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST ?
Adakah cukai pendapatan, cukai tanah, cukai pintu dan lain-lain cukai akan naik atau turun selepas GST ?

***************
MAKLUMAT AHLI PANEL

YB Mohamad Taufek Abdul Ghani
AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pusat, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Yang Dipertua PAS Rembau
http://mohdtaufek.blogspot.com

YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah, ADUN Lobak, Pengerusi DAP N.Sembilan, Pengerusi Pemuda DAP Socialist Youth (DAPSY)
http://lokesiewfook.blogspot.com

CheguBard
Ahli Majlis Tertinggi PKR , Ketua PKR Rembau
http://chegubard.blogspot.com

Sdr. Arulchelvan
Setiausaha Agung PSM (Parti Sosialis Malaysia)
http://psmsemenyih.blogspot.com

20100301

CERAMAH PERDANA

Tarikh : 10 Mac 2010 - RABU
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Selemak , Rembau (tepi jalan utama Kg Batu – Inas)

Penceramah :
Us Nasrudin Hassan Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek , ADUN Paroi / YDP PAS Rembau
Us Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Anjuran PAS Kawasan Rembau
Maklumat lanjut hubungi Tuan Hj Shukri 019-6210677

Majlis Minum Petang 10 Mac 2010 Rembau

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 10 Mac 2010 - RABU
Masa : 5 PETANG
Tempat : Markas PAS Tg Sena , Rembau ( rumah Hj Idris , tepi jalan utama Seremban – Rembau )

Tetamu :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi / YDP PAS Rembau
Us Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Anjuran PAS DUN Chembong
Untuk maklumat lanjut dan sumbangan hubungi Tuan Syed Johari 019-2628051