20100130
Serangan asma musnah kehidupan pesara tentera
SENAWANG – Tidak pernah terduga Mohd Nordin Mohd Zin, 58, yang sasa dan aktif ketika berkhidmat sebagai anggota tentera kini menghabiskan masa tuanya dengan terlantar tanpa mampu bergerak seperti insan lain.
Segala-galanya bermula enam bulan lalu apabila dia diserang asma secara tiba-tiba menyebabkan seluruh anggota badannya lenguh dan sukar untuk digerakkan.
“Menurut doktor, saya lumpuh sedangkan ketika itu fizikal saya mampu bergerak cuma terlalu lemah. Sudah banyak hospital yang saya pergi, tapi semuanya tidak dapat mengesahkan penyakit yang saya alami.
“Sejak itulah saya hanya terlantar sahaja di rumah dan untuk menguruskan diri saya memerlukan bantuan anak-anak kerana se-luruh anggota badan tidak kuat lagi,” katanya.
Menurut Nordin, dia mudah rebah biarpun duduk tidak sampai 15 minit menyebabkan dia hanya mampu baring di rumah.
"Mujurlah anak yang tinggal di kawasan berhampiran sanggup berpindah ke sini bagi membantu menguruskan saya manakala isteri pula mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga mencari pendapatan dengan bekerja menjual kuih.
“Saya memang tidak boleh buat apa-apa, mahu ke mana-mana pun perlu dipapah," katanya kepada Sinar Harian ketika menerima bantuan kerusi roda, barangan dapur dan wang tunai yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Muhamad Taufek Abd Ghani di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, 1/2.
Dalam pada itu, Taufek mengharapkan Persatuan Bekas Tentera aktif turun padang membantu mana-mana anggota tentera yang kurang bernasib baik.
“Saya difahamkan, dia tidak berdaftar sebagai ahli persatuan, mungkin maklumat itu tidak sampai kepadanya. Jadi, saya mengharapkan persatuan dapat juga membantunya.
“Malah, kerajaan Negeri juga sepatutnya memperkasa persatuan ini dengan memberi lebih perhatian kepada mereka berikutan jasa dan sumbangan mereka sebagai anggota pasukan penyelamat negara,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6514570.asp
Satu Lagi Mangsa Pembangunan
Hutan Miku Diceroboh??
20100129
Pernah anda bersyukur dengan kesihatan kurniaan Allah?
Kolam Ikan Rakyat
20100128
Medan Selera Taman Tuanku Jaafar...Mohon Tindakan Segera
Sejarah Baru Politik Negeri Sembilan
20100126
PAS diterima semua pihak
20100124
Makan Malam Amal DUN Paroi 18 Jan 2010
Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang
Kupon RM 30 seorang
Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328
20100120
Majlis Jamuan Teh PAS N.Sembilan 7 Feb 2010
Tarikh : 7 Februari 2010 , Ahad
Masa : 5 ptg – 7 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Kupon : RM 10/org
Kupon boleh didapatai dari wakil kawasan atau dewan mulai 24 Januari 2010
Untuk maklumat lanjut, tempahan kupon serta sumbangan sila hubungi :
Tn Hj Ir Md Noh 019-2556206 , Bendahari PAS N.Sembilan
Suhari Sulaiman 019-2998345 , SUK PAS N.Sembilan
Iklan Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM (Lelaki & Wanita)

Salam..
Anak muda mudi lepasan SPM Dun Paroi yang berkelayakan jgn lepaskan peluang utk mengisi kekosongan jawatan berikut >>
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Perajurit Muda TUDM:
KELAYAKAN AKADEMIK:
- Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:
* Tred Juruteknik, Sistem Udara dan Sistem Darat
- Kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/ SPMV
* Lain-lain Tred
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/SPMV
LAIN-LAIN KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia
- Berumur di antara 18 - 23 tahun pada tarikh 30 Jun 2010.
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
- Penglihatan hendaklah terang.
- Berat badan minima 47.5 kg bagi lelaki dan 40.5 kg bagi wanita dengan ketinggian 1.57 meter (lelaki) dan 1.47 meter (wanita). Body Mass Index (BMI) antara 18 - 25 (lelaki) dan 18 - 25 (wanita).
- Ukuran dada biasa 76 sm (lelaki sahaja)
GAJI DAN ELAUN:
Perajurit Muda
Gaji (RM/sebulan) : RM821.98
Elaun Khidmat : RM65.00
Imbuhan Tetap Perumahan : 230.00
KEISTIMEWAAN:
- Pakaian seragam percuma
- Makan dan tempat tinggal
- Rawatan perubatan dan pergigian percuma
- Waren perjalanan tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga
- Elaun Malaysia Timur (Sabah/ Sarawak)
- Kemudahan Pinjaman Kerajaan
JADUAL & PUSAT PEMILIHAN SELURUH MALAYSIA
Pusat Pemilihan Zon Selatan
Pada 4 MAC 2010 (Khamis) di Sek. Men. Keb. Tuanku Muhamad Kuala Pilah (Lelaki)
6 MAC 2010 (Sabtu) di Sek. Men Keb Dato' Hj Redza Seremban (Lelaki)
utk wanita shj 03 FEB. 2010 di Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara Kuala Lumpur
http://www.ziddu. com/download/ 8224776/Perajuri tMudaTenteraUdar aDirajaMalaysiaT UDMJan2010. pdf.html
atau
http://www.scribd. com/doc/25404019 /iklan-jawatan- perajurit- muda-tentera- udara-diraja- malaysia- tudm-jan- 2010
Pro-Mahasiswa cipta rekod kuasai MPP UMT
Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.
Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.
Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.
MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.
MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.
Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.
Jurucakap Kumpulan Pro-Mahasiswa yang dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan ini kali pertama pihaknya berjaya “memecahakan tradisi kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi.”
“Kejayaan ini menunjukkan pelajar di universiti ini juga mahukan perubahan dalam kepimpinan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar... mereka kelihatan kecewa dengan kepimpinan MPP sebelum ini,” katanya.
UMT merupakan antara IPTA yang sedang mengendalikan pilihan raya kampus.
Pengundian universiti itu dijalankan menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi), yang dipertikaikan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.
Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.

Sebahagian besar universiti awam tempatan akan mengadakan pemilihan MPP secara berperingkat mulai bulan ini bagi semester pengajian 2009/2010 — pendekatan yang digunakan sejak sesi pengajian lalu.
Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.
Bagaimanapun pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia sudah pun berlangsung semester lalu dan dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa.
Pada sesi pengajian lalu kumpulan Pro-Mahasiswa hanya menguasai dua universiti, bakinya oleh Pro-Aspirasi.
MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).
Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.
Jumaat lalu, Misi-10 juga mengemukakan empat tuntutan iaitu menyediakan ruang demokrasi yang bebas dan adil di semua kampus, mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa berhimpun, bersuara dan berpersatuan dan kebebasan akademik, pelaksanaan sistem e-undi dimansuhkan serta menjaga keselamatan calon dan mahasiswa dalam proses pilihan raya.
Sumber, TheMalaysianInsider
20100119
Pelancaran Majlis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

Bersama :
YB Azmin Ali (Naib Presiden PKR)
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR N.Sembilan)
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan)
YB Loke Siew Fook (Pengerusi DAP N.Sembilan)
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Tarikh : 28 Januari 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Maklumat lanjut hubungi :
Telefon: 06-767 7278/79 Faks: 06-767 7780
Ceramah Umum Pakatan Rakyat
20100118
Pasar Malam
Tutup operasi perniagaan 15 minit hormati Maghrib
TAHNIAH! MDB Baling, sebelum tu MPKB dulu melaksanakan arahan tersebut, seharusnya PBT di N.Sembilan mencontohi nya..
Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut.
Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.
Menurutnya, pemantauan akan dilakukan supaya tiada peniaga yang berniaga pada waktu tersebut dan selepas 15minit kemudian, peniaga boleh meneruskan perniagaan seperi sedia kala.
“Pihak MDB akan mengedarkan borang notis kepada semua peniaga pasar malam mulai esok (3 Oktober) supaya peniaga dapat bekerjasama untuk tidak berniaga pada waktu tersebut.
“Seminggu selepas notis diberikan, ia akan terus dikuatkuasakan dan segala pemantauan akan dilakukan bagi memastikan semua peniaga dapat menutup perniagaan seketika pada waktu maghrib,” katanya kepada Sinar Harian di Majlis Rumah Terbuka di perkarangan pejabat daerah Baling.
Beliau berharap semua peniaga dapat memberikan kerjasama supaya arahan yang dilakukan ini bukan untuk merugikan tetapi untuk memudahkan peniaga dan juga pembeli untuk menunaikan solat.
Antara lokasi pasar malam yang terlibat iaitu Pekan Baru Baling, Pekan Baru Kuala Ketil, Pekan Parit Panjang, Pekan Kuala Pegang, Kampung Jerai, Pekan Tawar, Kampung Bandar, Pekan Baru Kupang dan Pekan Baru Kampung Lalang.
Gambar Peninggalan Kaum Tsamud: Madain Salleh
Inilah sebahagian tapak-tapak binaan (132 chambers & tombs) tinggalan kaum Tsamud di Madain Salleh (lebih kurang 400km utara Madinah, Arab Saudi). Pada zaman itu, Allah swt utuskan Nabi Salleh a.s untuk dakwah kaum Tsamud kepada Tauhid tetapi mereka engkar dan mendapat balasan seksa (bala) dari Allah swt. (Era 200 BC – AD 200)
73. Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah ating bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih.”74. Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.
75. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: "Tahukah kamu bahwa Saleh di utus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya".
76. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu".
77. Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: "Hai Saleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus (Allah)".
78. Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayit-mayit yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka.
79. Maka Saleh meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat".
Bak kata alim ulama dulu, Rasulullah SAW bersama para sahabat R.A pernah melalui kawasan ini sewaktu menuju ke peperangan Tabuk. Baginda saw arahkan para sahabat (RA) agar segera bergerak meninggalkan Madain Salleh serta beristigfar. Itu a cerita zaman nabi di mana Nabi suruh para sahabat beredar dari tempat itu. Tapi zaman sekarang ni pula, terbalik la pulak. Semenjak Madain Salleh diiktiraf oleh UNESCO pada Julai 2008, ada pakej Umrah & Haji menawarkan lawatan ke sini tanpa menghiraukan larangan Nabi saw. Ish2..

Gunung-gunung batu tersebut dibentuk kaum Tsamud menjadi istana, rumah, dan kuburan para petinggi kaum. Pahatan ukiran dan ornamennya sangat halus dan indah, menakjubkan. Wilayah kekuasaan kaum Tsamud membentang hingga ke wilayah Petra (Yordania). Bedanya, Petra sudah dijadikan komoditi parawisata inti Yordania selain Laut Mati. Sedangkan Mada’en Shaleh masih menjadi perdebatan antara kepentingan dinas pariwisata Saudi yang mulai mengangkat Mada’en Shaleh sebagai komoditi pariwisata, dengan para ulama yang berpendapat bahwa tempat tersebut adalah situs peninggalan “kaum terlaknat,” sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.
Dikisahkan dalam Al-Qur’an, pada zamannya, kaum Tsamud memiliki keahlian arsitektur luar biasa. Nabi Shaleh, nabi kelima dari 25 nabi dan rasul yang tertulis, diutus Allah SWT, mengajak mereka untuk bertauhid. Namun, kaum Tsamud tidak menerima Nabi Shaleh begitu saja. Mereka minta ditunjukkan satu mukjizat sebagai bukti bahwa Shaleh adalah utusan Allah. Tak Cuma itu. Di luar batas kewajaran manusia, mereka minta seekor unta betina keluar dari celah bebatuan. Nabi Shaleh pun berdoa meminta kepada Yang Maha Kuasa. Doanya dikabulkan, dan keluarlah seekor unta betina dari celah bebatuan. Ia lalu berpesan kepada umatnya, jangan sampai menyakiti unta tersebut, apalagi membunuhnya. Azab Allah akan menyapu bersih, kalau sampai unta tersebut dibunuh. Kaum Tsamud akhirnya sepakat menjadi umat Nabi Shaleh.
Seiring perjalanan waktu, salah seorang umatnya kemudian mengingkari dan nekad membunuh unta tersebut. Menurut riwayat, konon sang pembunuh adalah utusan bersama para petinggi kaum yang diiming-imingi hadiah seorang wanita cantik. Nabi Shaleh marah luar biasa. Ia tahu, azab Allah tidak lama lagi akan datang dan membumi hanguskan kaumnya. Karena, “mukjizat unta” hanyalah simbol kepatuhan kaum Tsamud kepada Allah.
Setelah kejadian tersebut, kaum Tsamud masih menantang Nabi Shaleh, karena ternyata azab tidak kunjung datang melanda mereka. Maka, tidak lama berselang, murka Allah pun datang. Angin puting beliung dengan suhu udara yang sangat dingin menyelimuti hari-hari kaum Tsamud, diiringi gempa dahsyat. Akhirnya, kaum Tsamud tenggelam ditelan bumi. Yang tertinggal hanya beberapa rumah dan istana gunung batu sebagai hasil karya besar mereka.
Berjalan 2 km ke arah timur, terdapat peninggalan stasiun kereta api kuno tatkala kawasan Arab Hijaz berada di bawah kekuasaan Dinasti Ustmaniah Ottoman). Bangunanannya nampak masih terawat apik dan megah. Lokomotif tanpa mesin dan dua buah rangka gerbong, teronggok rapi di jalur rel dalam stasiun. Tidak salah pemerintahan Ustmaniah membangun stasiun di lokasi tersebut. Selain sebagai tempat transit, penumpang kereta dimanjakan dengan pemandangan hamparan Mada’en Shaleh yang terlihat jelas dari stasiun.
Kini, situs ribuan tahun itu masih bisa dinikmati peziarah yang datang untuk sekadar berwisata atau para arkeolog dengan tujuan penelitian. Departemen Pariwisata Saudi gencar memromosikan Mada’en Shaleh sebagai objek wisata sejarah selain Dir’iyah, situs kota tua Raja Abdul Aziz, pendiri kerajaan Saudi Arabia.
Sumber Rujukan
20100115
Susahnya nak bersekolah
Macam mana ni ? Yuran makan RM834.00, PIBG RM40, Ibdadi RM277, Koperasi RM135.50! Jumlah hampir Rm1300.00! Mana nak cari ni ? Ayah nak bayar duit adik-adik lagi, PASTI RM400.00 untuk 2 orang! Sekolah Rendah sekurang-kurangnya RM200 seorang !
Akak di UiTM baru telefon semalam. Ayah, kak long kena beli peralatan bengkel, RM400. Itu baru semester 1. Dah tu PTPTN lambat lagi. Dapat separuh je pulak tu! Kenapalah mak dan abah ramai sangat anak-anak ?
Abang kat SBP kena bayar at least RM1500 ! Maklumlah tahun ini dia ambik SPM ! Apasal Bonus ayah tak dapat RM5000.00 Settle everything ! Tapi ayah dapat RM500 sahaja. Gaji ayah tinggal RM850 saja ! Emak tolong dengan menjual kuih ! Dapatlah RM20 sehari. Ayah pergi kerja naik motor buruk Honda tu dah hampir 5 tahun! Masih tidak mampu tukar dengan yang baru. Kesian ayah. Tak tahulah macam mana nak menghadapi semua ini!
Nak kata negara ni miskin macam kat Afrika tu, IMPOSSIBLE ! Kereta mewah, rumah banglow, bangunan pencakar langit, Prada, Lois Vutton, Starbuck…. semuanya melambangkan kemewahan ! Macam mana nak mula sekolah je…. ayah dan mak mula bersedih.
Bukankah negara ini KAYA ? Kenapa kena bayar banyak-banyak lagi ?
Mana pergi duit negara ini ?
Perlukah bangunan pencakar langit ?
Perlukah F1 Circuit ?
Perlukah Monsoon Cup ?
Perlukah ………..
Dari: Ude Kenang
Sesiapa ingin memberi sumbangan
Sila hubungi Pusat Khidmat DUN Paroi 06-6794609
Projek PAROI CARE (CAkna Rakyat Elok) bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung kerja kebajikan dan perkhidmatan kepada rakyat di DUN Paroi yang memerlukan antaranya golongan miskin , ibu tunggal , anak yatim dan mereka yang menagih simpati.
Untuk maklumat lanjut hubungi 012-2267406
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank 155126964113
20100114
Ceramah Salahudin Ayub Chegubard 19 Jan Seremban
Bersama :
YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
YB Amiruddin Shari , ADUN Batu Caves
YB Taufek , ADUN Paroi, AJK PAS Pusat
che'GuBard
Tarikh : 19 Jan 2010 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Tok Dagang, Paroi, Seremban
Semua Dijemput Hadir
Maklumat lanjut hubungi Hassan 019-2171942
Usrah Umum 17 Jan 2010 Senawang
Ahad 17 Jan 2010
Jam 7:15 mlm
Di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Maklumat lanjut hubungi Hj Fisol 019-3440826
20100113
Kuliah Ustaz Rosli Jabar 16 Jan 2010 Seremban
Oleh : Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Ma'had Tahfiz Darul Fikri, Kuantan
Tarikh : 16 Jan 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An-Najah, Flat Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
20100111
Harapan Seorang Ayah...
Hj Mat Som...Aktivis PAS yang istimewa
Ceramah Pakatan Rakyat
20100109
HARI PERTAMA PASTI AL-FADHIL, BANDAR SENAWANG

HARI PERTAMA PASTI AL-FADHIL, BANDAR SENAWANG
FAIZ ABDULLAH
SENAWANG - PASTI kawasan Rembau telah membuka dua lagi PASTI baru dan salah satunya dibuka di Taman Bandar Senawang.Sempena pembukaan hari pertama persekolahan, Yang Dipertua PAS Rembau, Mohd Taufek Abdul Ghani telah meluangkan masa untuk meninjau dan melawat situasi di PASTI AL-FADHIL, Taman Bandar Senawang.
PASTI ini diberi nama AL-FADHIL sempena nama Almarhum Bekas Presiden PAS Dato'Fadhil Noor dan juga sebagai penghormatan kepada Almarhum dalam perjuangan beliau untuk PAS.Malah turut disokong oleh anakanda beliau iaitu Faiz Fadhil Noor yang juga merupakan penduduk Bandar Senawang.
Mohd Taufek yang melawat PASTI ini sejak awal pagi, memberi maklum balas yang positif apabila bilangan pelajar yang didaftarkan pada hari pertama persekolahan amat memberangsangkan.
" Alhamdullillah, sambutan amat baik dan bilangan pelajar yang mendaftar pada hari ini agak ramai.
" Ini membuktikan bahawa sistem dan modul pengajaran PASTI menarik minat ibubapa untuk menghantar anak mereka untuk belajar di sini", ujar Mohd Taufek.
Mohd Taufek berharap PASTI menjadi pilihan alternatif kepada ibubapa yang ingin menghantar anak ke peringkat pra-persekolahan kerana kelebihan di PASTI adalah sistem pengajaran di sini lebih sistematik, buku teks yang disusun oleh panel penyusun yang pakar dalam bidang masing-masing.
Menurut Mohd Taufek, guru-guru PASTI juga dilatih dan menerima latihan yang secukupnya.Manakala antara kelebihan PASTI adalah ia menekankan sisten teori dan praktikal yang seimbang, mengajar cara sembahyang dan doa, mengaji ayat-ayat Al-Quran, Surah lazim dan hadis terpilih, latihan fizikal dan jasmani, aktiviti nasyid, sajak dan pidato.
" Justeru itu saya menyeru pada masa akan datang dan tahun hadapan lebih ramai ibubapa akan memilih PASTI sebagai pilihan untuk pra-persekolahan anak mereka.
" Kerana kita menerapkan pengajaran yang seimbang antara akademik, pemahaman Islam, pendidikan jasmani dan pelbagai kemahiran yang relevan", kata Mohd Taufek lagi.
Sebuah lagi PASTI baru yang dibuka adalah PASTI KHADIJAH di pekan Rembau.
SAMBUTAN TAHUN BARU ANJURAN PUSAT KHIDMAT DUN PAROI


SAMBUTAN TAHUN BARU ANJURAN PUSAT KHIDMAT DUN PAROI
FAIZ ABDULLAH
SENAWANG - Sebuah sambutan Tahun Baru gabungan tahun hijrah dan masihi telah dianjurkan Pusat Khidmat Dun Paroi di Dataran Senawang.
Majlis telah dimulakan dengan ceramah agama sempena sambutan Maal Hijrah 1431 dan Tahun Baru 2010.Panel penceramah ialah Lim Joo Soon dari Malaysian Chinese Muslim Association dan Razali Mohamad, bekas Qari Terengganu.Sementara majlis pula dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani.
Turut diadakan jualan amal seperti bahan bacaan,cenderamata buku agama, pakaian muslimah, pameran dan kuiz remaja.
Mohd Taufek dalam ucapannya berkata pihaknya mengadakan sambutan tahun baru dalam bentuk pengisian ilmu yang positif dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan budaya cintakan ilmu.
" Hanya dengan ilmu sahajalah kita dapat mencapai dan cita-cita harapan baru.
" Adalah lebih berfaedah menyambut sambutan tahun baru dengan pengisian ilmu daripada menyambut dengan acara hiburan yang melalaikan", kata Mohd Taufek.
Menurut Mohd Taufek, lokasi Dataran Senawang dipilih sebagai medan sambutan tahun baru kerana lokasinya berhampiran dengan berlangsungnya Taman Ria.
" Dikala ramai yang mengunjung Taman Ria tersebut, kami menawarkan sambutan tahun baru dengan pengisian ilmu dan dengan pembesar suara kami, mereka yang mengunjung ke Taman Ria, jelas dapat mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh ahli panel.
" Ini satu pendekatan kami yang halus dalam menyampaikan dakwah Islam dan ceramah agama yang positif kepada golongan sasaran seperti muda mudi yang berkunjung ke Taman Ria tersebut" ujar Mohd Taufek.
Terlebih dahulu Joo Soon dan Razali masing-masing menyampai ceramah agama dan penghayatan agama islam kepada hampir 300 ratus pengunjung pada malam sambutan tahun baru.
Selepas selesai program ceramah agama, Mohd Taufek selaku Yang Dipertua PAS Rembau menyertai Ketua KeADILan Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam majlis pelepasan Konvoi Anak Muda dari Senawang ke Cameron Highland.
Konvoi ini dianjurkan bersama oleh KeADILan Rembau dan PAS Rembau.Konvoi yang disertai oleh 200 buah motosikal ini bertujuan mengumpulkan anak muda dan mengalakkan mereka menyambut tahun baru dalam aktiviti berfaedah. Konvoi ini juga mendidik 'pemboncengan berhemah' kepada peserta.
Ketika ditemui, Mohd Taufek berkata program ini adalah bertujuan untuk mendidik anak muda agar tidak terbabit dalam aktiviti tidak sihat dan merbahaya seperti merempit dan lumba haram.
" Aktiviti konvoi ini salah satu alternatif untuk mereka beriadah dengan sihat tanpa terbabit dengan gejala sosial seperti lumba haram dan merempit.
" Diharap dalam program ini mereka dapat belajar menunggang motosikal dengan berhemah dan selamat", ulas Mohd Taufek.
HUKUMAN SEBAT UNTUK MENTERI BESAR NS
HUKUMAN SEBAT UNTUK MENTERI BESAR NS
FAIZ ABDULLAH
Seremban - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin telah 'menyebat' patung Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohd Hasan; di khalayak ramai di hadapan ibu pejabat KeADILan Negeri Sembilan.
Turut hadir di dalam upacara 'menyebat' patung Mohd Hasan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pemuda KeADILan Negeri Sembilan, Norazizi Abdul Aziz; Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Bahagian Seremban, S.Sivamani dan Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, Cabang Rembau, Sani Mohd Shah.
Sebelum upacara 'sebatan' dimulakan, Badrul Hisham mengecam pihak polis diatas kegagalan mereka untuk bertindak dalam tuduhan Mohd Hasan membawa keluar wang sejumlah RM10 juta ke London pada tahun 2008.
Menurut Badrul Hisham didapati maklumat yang menunjukkan Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) dalam mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.
" Pada 3hb Disember 2008, saya membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah, Bukit Aman.Selepas itu saya telah menghubungi pihak polis sebanyak tiga kali berhubung perkembagan siasatan laporan saya tesebut.
" Namun sehingga ke hari ini pihak polis gagal gagal memberi maklum balas atau mengambil sebarang tindakan berhubung siasatan keatas tuduhan memindahkan wang sejumlah RM10 juta ke London oleh Mohd Hasan", kata Badrul Hisham.
Badrul Hisham, yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN berkata bahawa upacara sebatan ini adalah sebagai penghantar mesej kepada pihak berkuasa agar segera berubah dalam cara mengendalikan sebarang kes atau isu besar yang membabitkan kepentingan rakyat.Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah.
" Saya mewakili aspirasi anak muda Malaysia amat kesal dengan sikap lepas tangan pihak berkuasa dan diatas nama 'mahkamah rakyat' kami pengistiharkan Mohd Hasan sebagai pengkhianat negara dan seterusnya menjatuhkan hukuman sebatan di khalayak ramai.
" Sebatan ini adalah simbolik sebagai hukuman kepada Mohd Hasan atas tuduhan mengkhianati ekonomi negara dengan memindahkan wang sejumlah RM10 juta ke London pada 2008", tegas Badrul Hisham.
Terlebih dahulu Mohd Taufek yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan bahawa beliau bersama-sama dengan delegasi PAS Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pesuruhjayanya Zulkefly Mohamad Omar telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), cawangan Negeri Sembilan pada 7hb Disember 2008 berhubung tuduhan Mohd Hasan memindahkan wang RM10 juta ke London.
" Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini SPRM masih tidak mengambil sebarang tindakan berhubung laporan tuduhan tersebut.
" Kami Adun Pakatan Rakyat juga telah membangkitkan persoalan tuduhan ini di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.Walaubagaimanapun Mohd Hasan enggan menjawab persoalan tersebut.Sebaliknya memberitahu kami, beliau hanya akan menjawab kepada pihak berkuasa", kata Mohd Taufek.
Mohd Taufek berkata trend memindahkan wang ke luar negara dengan jumlah nilai yang besar atau berjuta-juta ini amat membimbangkan.Jika situasi ini tidak dikawal, adalah dibimbangi keutuhan sistem kewangan dan ekonomi negara akan terancam akibat pengaliran keluar mata wang ke negara asing dalam nilai yang amat besar.
20100107
GAZA, Demo bantah Mesir di KL 8 Jan 2010
Demo Bantah tindakan Mesir halang bantuan ke
JUMAAT 8 Januari 2010
Selepas Solat Jumaat
Di Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur (berkumpul di Bangunan Tabung Haji)
Semua dijemput hadir tanpa mengira kaum, agama, warganegara dan fahaman politik.
Tolong sebarkan.
VIVA
VIVA
VIVA
************************
PAS seru ahli sertai bantah Mesir esok
PAS mengesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan.
PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.
Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.
20100106
JUS Kurma & Kismis....SAFINA
20100105
FORUM PERDANA "Hijrah Kearah Kemenangan"
'Sebat' + Mlm Tahun Baru

A group of discontented youngsters calling themselves Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), 'whipped' Negeri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan in public in Seremban yesterday.
Led by its coordinator Badrul Hisham Shaharin, they carried out the deed in front of the PKR state headquarters.
lebih lanjut >>
http://chegubard.blogspot.com/2010/01/gambar-sebat-dan-malam-tahun-baru.html
PIDATO PERDANA

Bersama :
Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz
YB Hj Taufek , ADUN Paroi , AJK PAS Pusat
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Tarikh : 9 Jan 2010 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : Pejabat PAS Taman Tuanku Jaafar , Sg Gadut, Senawang
Semua Dijemput Hadir
KULIAH MAGHRIB
Bersama Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz
Sabtu 9 Jan 2010
Jam 7:30 mlm
Di Surau Taman Pinggiran Senawang , Sg Gadut, Seremban
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
20100103
Ulama' Hadramaut ke Baitul Qurro' ,Sg Udang, Melaka
Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafiz Al-Hadrami akan berkunjung ke Baitul Qurro' , Melaka..demikian kata mudirnya , Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail. Anta semua dijemput ke sana pada 12hb Jan 2010 (Selasa) , bermula jam 6:30 petang hingga jam 10 malam. Mengikut Ustaz Zulkifli, Al-Habib Umar adalah merupakan keturunan RasuluLlah SAW. Semoga kehadiran anda semua akan memeriahkan majlis tersebut.Pelancaran Pengkhianat Melayu 14 Jan 2010 di Rembau
Tarikh : 14 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Rembau (PASTI Al Amin) , Kg Pulau Bukit, Chengkau
Bersama :
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Mohamad Taufek - ADUN Paroi , Yang Dipertua PAS Rembau
Chegubard – Ketua PKR Rembau
Azhar Ibrahim – Bekas calon PAS DUN Kota
Semua Dijemput Hadir
Peta ke Markas PAS Rembau di pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/01/ceramah-yb-taufek-chegubard-10-jan.html
(Nota : Ceramah Ustaz Idris Ahmad pada 10 Jan di tempat sama telah ditunda pada 14 Jan)
Kisah Nasib orang Melayu di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html
Nasib Masjid di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html
Nasib Guru Agama KAFA di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2009/10/siapa-betul-mb-nsembilan-atau-jabatan.html
20100101
Kuliah Maghrib bersama Ulama'
Tarikh : 03 Jan 2010 (Ahad) /17 Muharram 1431H
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Amin, Taman Cempaka Fasa 2, Senawang
Koleksi Video Kuliah Tuan Syeikh
Dengarlah sepuas-puasnya dihttp://www.youtube.com/watch?v=GnsWRJI8eM4&feature=related
Keistimewaan Syeikh Nuruddin
Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :
Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).
Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.
Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.
Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).
KITAB-KITAB KARANGAN AL-FADHIL SYEIKH NURUDDIN YANG AKAN DIDISKUSIKAN :
1. 40 Mutiara Hadis Dari 40 Buah Kitab - Terjemahan
2. Al-Ihatah ? Menyingkap Persoalan Haid Nifas dan Istihadah - Bahasa Arab
3. At-Tamassuk Bil Kitab Was-Sunnah - Terjemahan
4. Man Huwa Al-Mahdi Al-Muntazar ? - Bahasa Arab
5. Ifadah Ikhwan- Dalil-dalil Haram Rokok - Bahasa Arab
6. Mereka Yang Berada Di Jalan Allah - Terjemahan
7. Tiga Hizib Wali Qutub - Hizib,terjemahan dan sanad
maklumat lanjut hubungi 019-2121703 @ 019-6788491




