BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20091024

Banjir Lagi di Kg Baru Paroi



Sejak projek Lebuhraya Kajang - Seremban memulakan pembinaannya, pelbagai cerita duka mula kedengaran. Antara yang yang paling menyedihkan adalah berlakunya banjir kilat di beberapa tempat antaranya di Taman Margosa dan di Kg Baru Paroi. Kedua-dua tempat terlibat secara langsung dengan pembinaan Lebuhraya Kajang - Seremban dan mereka menjadi mangsa kepada pembangunan yang tidak dirancang dengan baik. Lihat gambar yang disisipkan dan sudah pasti anda dapat merasakan kepayahan dan kesusahan yang mereka alami. Isu ini telah acapkali saya bangkitkan dalam sidang DUN N.Sembilan dan pertemuan dengan pihak pemaju iaitu IJM juga telah saya lakukan kira-kira 2 bulan yang lalu. Pihak pemaju juga telah mengambil tindakan yang perlu tetapi kemungkinan longkang yang dibina tidak cukup dalam. Insya Allah , saya akan kemukakan masalah ini dalam sidang DUN pada bulan November dan pihak pemaju juga telah berjanji untuk mengambil langkah-langkah segera bagi mengatasi masalah ini.

20091019

PERASMIAN AKADEMI PIDATO NUSANTARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Menandatangani plag perasmian
Sempurna sudah perasmian...
Persembahan pidato
Suasana di bangunan Akademi Pidato
Para tetamu yang hadir
Gimik pelancaran
Tersergam indah... bangunan Akademi Pidato NS

Pada 17 Oktober yang lalu saya telah di jemput untuk menghadiri dan merasmikan Pasantren Akademi Pidato Nusantara Cawangan Negeri Sembilan di Oakland 2, Seremban. Jemputan oleh guru pidato saya Dato’ Dr Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Sagoff sudah pasti tidak akan dilepaskan.

Saya dan beberapa sahabat yang lain telah berkesempatan berguru dengan Dato’ Syed kira-kira 2 tahun yang lalu di bawah anjuran Pusat Latihan Pidato Profesional Negeri Sembilan (PULAPI PRO) . Beliau merupakan seorang guru pidato dan pengucapan awam yang hebat. Teknik pidato dan pengucapan awam yang di ajar sangat bersistematik dan berkesan. Beliau belajar ilmu Pidato di Sekolah Pidato Agong Dharmawijaya Sunan Kalijaga di Padang Panjang, Sumatera Barat , Indonesia. Di situ beliau mempelajari ilmu pidato peringkat tertinggi dengan Profesor Drs H.S Sonarjo. Tokoh terkenal yang pernah menuntut ilmu di sana ialah Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Dengan tertubuhnya Akademik Pidato Nusantara ini, 13 Pasantren atau kelas akan diwujudkan di seluruh Malaysia. Sehingga kini ianya telah di buka di Shah Alam, Kuala Lumpur, Melaka, Putrajaya, Seremban dan Ipoh . Akademi Pidato Nusantara ini diwujudkan dengan matlamat supaya semua golongan masyarakat tidak kira dimana , bandar atau kampung boleh mempelajari ilmu pidato dan pengucapan awam . Ilmu pidato ini sudah wujud sejak zaman nabi sehingga ke zaman peradaban moden pada hari ini.

Di Akademik Nusantara ini peserta akan di dedahkan ilmu pidato dan pengucapan awam bermula dengan peringkat basic, intermediate, advance, higher advance dan expert.

Penubuhan cawangan Akademi Pidato Nusantara di Seremban adalah satu peluang bagi rakyat di Negeri Sembilan untuk mempelajari ilmu pidato dan pengucapan awan dengan teknik dan pendekatan yang sangat berkesan. Ilmu pidato bukan sahaja berguna dalam bidang politik tetapi ianya berguna untuk kita menyampaikan sesuatu mesej dan ilmu kepada orang lain secara berkesan dan menarik.

Saya yakin penubuhan Pasentren Akademi Pidato Nusantara Seremban akan memberi ruang dan peluang kepada semua masyarakat mempelajarinya dengan bahasa yang baik dan indah untuk menyerlahkan keintelektualan. Seperti kata falsafah, orang yang bijak bercakap kerana ada sesuatu yang ingin di sampaikan sedangkan orang yang kurang bijak bercakap hanya semata-mata ingin bercakap. Keindahan menggunakan kata-kata juga terungkap dalam sebuah pantun Melayu lama – “ Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa… “

Kepada rakan-rakan semua yang ingin mengikuti kelas pengajian di Akademi Pidato Nusantara cawangan Negeri Sembilan bolehlah menghubungi Ibupejabat Akademi Nusantara di talian 03-55126466 atau melayari http://www.akademinusantara.org/ . Terdapat pakej individu dan korporat disediakan. Ianya terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan berumur 7 tahun keatas. Pasantren Akademi Pidato Nusantara mengalu-alukan semua golongan masyarakat memulakan langkah pertama mempelajari ilmu pidato dan pengucapan awam ini. Seperti kata guru saya “ langkah pertama itu adalah harapan, sedangkan tidak melangkah langsung tiada harapan” .

20091016

Majlis Meraikan Petugas Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang

Majlis Meraikan Petugas Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang

JUMAAT 16 Oktober 2009
JAM 8 malam
Di Markas Induk PRKN31, Kg Bagan Pinang, Bt 3, Jalan Pantai, PD

Semua petugas Pakatan Rakyat dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973

20091009

Program Munajat Perdana bersama Tuan Guru Mursyidul Am PAS awal pg esok!


SEMUA DIJEMPUT HADIR !!

(*) Mohon kepada semua pejuang dapat hadir beramai2...Majlis Munajat Perdana akan diadakan pada awlpagi esok jam 3.45 am. TAKBIR !

UMNO, BUKAN SEKADAR LAWAN ISLAM..

oleh al-bakistani

Sudah dijangka, tindakan Abdul Azeez, Putera UMNO yang mendakwa dirinya dipukul merupakan satu provokasi bagi menimbulkan kemarahan pemuda-pemuda UMNO terhadap PAS. Waimma tiada bukti, malah dipenuhi dengan seribu satu keraguan disebalik dakwaan tersebut, ternyata provokasi bodoh itu termakan oleh pemuda-pemuda UMNO.

Keadaan ini, menyebabkan lahir kemarahan dari kalangan pemuda UMNO, seterusnya mereka bangkit melakukan tindakan bodoh, dengan membelasah sehingga sanggup menetak pemuda PAS pada awal pagi tadi.

Tindakan tersebut menggambarkan betapa UMNO adalah sebuah parti, bukan sekadar melawan Islam, bahkan bertindak sepertimana musuh-musuh islam melawan umat Islam di awal dakwah nabi SAW terdahulu.

Jika di zaman Nabi, kita dapati ada tokoh-tokoh jahat bernama Uqbah bin Abi Mu’it, Umayyah bin Khalaf, Abu Jahal dan sebagainya; yang bertindak menyeksa para sahabat yang beriman dengan Allah, seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin yasir, Sumayyah binti Al-Khayyat dan seterusnya. Makanya, di zaman kini – terutama di Malaysia – terdapat pemuda-pemuda yang tidak mempunyai akal fikiran yang waras dalam bertindak untuk melawan PAS dalam pilihanraya.

Dalam pilihanraya, kaedah berkempen dengan segala kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing dalam mengemukakan hujjah perlu diguna pakai, tetapi UMNO yang tidak mempunyai akal fikiran; mereka tidak mampu mengemukakan hujjah, malahan kebijaksanaan mereka sudah hilang, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kekerasan dalam melawan PAS dalam sesuatu pilihanraya.

Ini diumpamakan seperti kita melihat perdebatan antara dua pihak; satu pihak mengemukakan hujjah-hujjah yang mantap, sedangkan satu pihak lagi tidak mempunyai hujjah, malahan segala hujjah-hujjah yang dikemukakan berjaya dimatikan dengan jayanya. Ekoran tidak berjaya menjawab dan membalas hujjah, maka kedengaran pula ayat-ayat yang tidak bertamadun terpancul dari mulut mereka, seperti dia berkata, ”Jom kita lawan kan luar” dan sebagainya.

Mungkin kita masih tidak lupa keadaan yang berlaku dalam Sidang DUN di terengganu dalam tahun-tahun yang lepas; iaitu Ahmad Said yang ketika itu belum lagi menjadi Menteri Besar pernah menyumpah seranah kepada YB Wahid Endut ketika berbahas tentang isu runtuhan masjid di Kampung Kijal. Bukan sekadar sumpah seranah, malah terpancul ucapan ajak ’bergocoh’ diluar dewan, lantaran kebodohan tidak dapat menjawab hujjah-hujjah bernas yang dikemukakan oleh YB Wahid Endut ketika itu.

Sudah menjadi lumrah bagi manusia yang tidak mempunyai hujjah, apabila mereka tidak dapat mengemukakan hujjah, tindakan ajak bergaduh, maki hamun menjadi mainan mulutnya. Walhal, Islam mengajar konsep berhujjah dalam menyatakan sesuatu pendapat dan pendirian.

Justeru, dengan tindakan ganas yang dilakukan oleh UMNO terhadap pemuda PAS pada pagi ini, menggambarkan parti tersebut, bukan sekadar parti yang melawan islam, malah parti tersebut ternyata adalah sebuah parti samseng, yang sama sekali tidak mempunyai tamadun dalam bertindak.

20091002

Program Terkini

Majlis Solat Hajat dan Tazkirah

Jumaat 2 Okt 2009 (Selepas Maghrib)
Di Markas Ulamak, Bt 3, Jalan Pantai ( rumah belakang Masjid Kg Bagan Pinang)
Anjuran : Dewan Ulamak PAS N.Sembilan



Hari Penamaan Calon (3 Oktober 2009 - Sabtu)

Penyokong Pakatan Rakyat diminta berkumpul pada hari Sabtu 3 Oktober 2009 sebelum jam 8 pagi berhampiran stesen minyak BP di KM 1.5 Jalan Pantai (sebelum Dewan Majlis Perbandaran PD jika dari Telok Kemang) menuju ke kawasan penapisan (refinery) Esso.

Solat hajat akan diadakan pada jam 8 pagi Sabtu 3 Oktober 2009 berhampiran Sekolah Dato Abdul Samad berhampiran stesen minyak BP yang akan dipimpin oleh Presiden PAS, Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang