BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20090930

Biodata calon PAS N.31 Bagan Pinang.





NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14 MEI 1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

-PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
-TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
-SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
-EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
-PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
-TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
-KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
-BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

-PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
-TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

-PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
-PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
-PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
-EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
-PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
-PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

[calon+bpinang.jpg]

(Gambar:Zulkefly (tengah) dijulang oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat dalam majlis pengumuman calon di Pejabat Induk DAP, Batu 9, Telok Kemang malam tadi)

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.


Pimpinan mula berkampung di N9

Tn. Guru Presiden bersama Ketua Pemuda PAS Pusat di Pejabat BPPNS


Dato' Haji Abdul Halim Abd Rahman (ahli parlimen Pengkalan Chepa)




Yb Dato' Mahfuz, Yb Dr Dzulkefli Ahmad, Yb Takiyuddin






Ceramah Umum N.31 Bagan Pinang


Pada 1 Oktober 2009 dua ceramah serentak akan di adakan;

1.Perkarangan rumah Tn. Saidon Yacob di jalan Khalid, Kg Baru Sirusa.
2. Perkarangan rumah Pak Din, Bt. 3 Jalan Pantai, Bagan Pinang.

Pegundi-pegundi dan penduduk setempat dijemput hadir beramai-ramai..

20090929

Sudah ada calon, PR belum sedia dedah nama

Sinar Harian 28 Sep 09

SEREMBAN – Walaupun pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah membuat keputusan dan akan mengisytiharkan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Port Dickson dalam tempoh dua hari lagi, Ahli Jawatankuasa Pas, Mohd Taufek Abdul Ghani enggan mendedahkan nama calon yang akan bertanding sebelum tiba masanya.

Bagaimanapun menurut Mohd Taufek, persiapan PR berjalan seperti biasa dan ia sudah dilaksanakan sebelum umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri lagi.

“PR tidak ada masalah sepanjang perlaksanaan gerakan kerja itu kerana sudah 30 peratus gerak kerja sudah bermula malah kami telah pun mengatur strategi dalam usaha mendekati pengundi di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Rembau berkata, dalam mendekati pengundi, PR turut menekankan persiapan jentera dalaman PR.

“Persiapan jentera dalaman parti juga turut ditumpukan supaya dapat memantapkan lagi jentera PR bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, PR juga menumpukan kepada susun kerja jentera setiap negeri yang akan turun menggalas tanggungjawab dalam pilihan raya kecil itu.

“Beberapa fasa pasukan gerak kerja turut akan diwujudkan di mana dianggarkan 2,000 ahli PR akan terlibat di sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5157926.asp

Blog Live dari Bagan Pinang

Berita terkini dari Bagan Pinang di http://baganutama.blogspot.com

20090918

Jalan berlubang undang bahaya

Sinar Harian 18 Sep 2009

SENAWANG – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa segera membaiki jalan berlubang berhampiran Taman Kemuning dan Taman Senawang Jaya dekat sini yang dikhuatiri mengundang risiko kemalangan jalan raya di kawasan terbabit.


Jalan berlubang dipercayai disebabkan kerja mengorek longkang itu tidak ubah seperti perangkap maut yang boleh mengakibatkan kemalangan serius terutamanya kepada penunggang motosikal.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, sememangnya terdapat penghalang jalan diletakkan, namun ia merbahaya dan mengganggu lalu lintas terutama ketika waktu puncak memandangkan sebahagian jalan terpaksa ditutup disebabkan masalah berkenaan.

Seorang penduduk Taman Senawang Jaya, Hamzah Abu Samah, 64, berkata, keadaan itu sudah masuk tiga minggu, namun masih belum kelihatan sebarang kerja penyelenggaraan dilakukan untuk membe-tulkannya.

“Sebelum ini pun sudah ada kenderaan yang melanggar penghalang jalan ini menyebabkannya bersepah dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Mujurlah setakat ini tidak ada sebarang kemalangan berlaku, namun kita bimbang sekiranya tidak diselesaikan segara akan mengundang masalah lebih buruk,” katanya.

Hamzah yang menetap di kawasan berkenaan sejak 1982 berkata, sememangnya dari dulu lagi struktur jalan berkenaan selalu runtuh biarpun pernah dibaik pulih.

Sementara itu, Penghulu Senawang, Md Zain Majid, 37, berkata, pihak berkenaan perlu mengambil tinda-kan segera sebelum kerosakan itu semakin buruk hingga memerlukan kos yang lebih besar untuk membaikinya.

“Lagipun, jalan ini agak sibuk dengan lori yang lalu lalang memandangkan ia berhampiran dengan kawasan industri.

“Bukannya ingin mem-perbesarkan isu, namun ia adalah berkaitan masalah rakyat yang sepatutnya diambil tindakan segera,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Muhamad Taufek Abd Ghani ketika ditemui melawat kawasan berkata, pihaknya sudah dimaklumkan hal itu dan berharap ia dapat diselesaikan sebelum umat Islam menyambut Syawal.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dalam kemeria-han umat Islam menyambut Syawal ada tragedi yang berlaku kerana masalah kecil yang tidak diselesaikan secepat mungkin.

“Lagipun, lubang ini betul-betul dibahu jalan dan amat merbahaya kepada semua pengguna kenderaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Turut difahamkan, perkara yang sama berlaku di bahu jalan berhadapan dengan Kampung Seri Bahagia, Taman Tuanku Jaafar dekat sini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4977224.asp

20090912

Muslimat PAS Rembau Turun Padang





Dalam suasana bulan Ramadhan, pihak muslimat PAS Kawasan Rembau telah mengerakkan usaha untuk membantu golongan yang memerlukan di DUN Chembong dan DUN Kota. Kali ini, Muslimat PAS Kawasan disertai bersama Muslimat Negeri dan Muslimat Pusat telah turun padang untuk menyampaikan sendiri barangan keperluan dapor dan juga duit tunai bagi meringankan bebanan mereka. Hasil dari sumbangan teman-teman dan orangramai, kami sampaikan kepada mereka yang susah dan memerlukan. Mudah-mudahan , segala sumbangan akan diganjari oleh Allah SWT.