BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20090831

Banjir di Petaling, Jelebu...Sudah Dijangkakan





Pembinaan Empangan Triang adalah satu projek pembangunan untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di N.Sembilan. Projek yang dijangka melibatkan kawasan 3000 hektar? tanah dan berada berhampiran dengan kawasan penduduk di Petaling, Jelebu dalam DUN Chennah. Sehari sebelum Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52, penduduk 3 buah kampong yang terbabit dengan banjir kilat pada 27hb Ogos yang lalu telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS N.Sembilan yang diketuai oleh PJ PAS N.Sembilan , Sdra Zulkeply Mohamad Hj Omar. Mereka ingin meminta bantuan PAS bagi membantu mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Banjir setinggi hampir 3 kaki yang mana air naik dalam masa yang sangat singkat telah menyebabkan kerugian yang besar. Mereka bersyukur kerana banjir seumpama "tsunami kecil" itu berlaku pada waktu menjelang waktu berbuka puasa dan ini telah menyelamatkan dari berlakunya kehilangan nyawa manusia. Walau bagaimanapun, kerugian yang mereka alami tetap besar dan pampasan yang dijanjikan hanya sekadar RM300 sedangkan kerugian mereka mencecah puluhan ribuan RM. Mereka turut bimbang banjir ini akan berulang semula dan mengakibatkan kerugian lagi. Menurut seorang warga emas yang telah berusia hampir 70 tahun, banjir seumpama itu tidak berlaku dalam tempoh 30 tahun. Ia nyata berbeza dengan kenyataan pemimpin kerajaan NS yang menyatakan kawasan ini merupakan kawasan yang kerap berlaku banjir. Wa Allahu'alam , siapa yang benar, akan kami siasat nanti , Insya Allah. Gambar-gambar yang dilampirkan suasana pertemuan yang melibatkan hampir 50 orang penduduk dan diakhiri dengan doa oleh bekas TPJ NS , Ustaz Jaaman Abu (sedang menuntut ilmu agama di pondok di Kelantan). Gambar kesan banjir dan juga kesan pembinaan paip besar untuk menyalurkan air dari empangan yang sedang dibina.

Ramadhan....Bulan Beramal




Keadaan ekonomi yang tidak baik dan ditambah dengan berita kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen dan RON95 sebanyak 5 sen menyebabkan semakin ramai rakyat yang terhimpit kehidupan mereka. Semalam 30 Ogos 2009, Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Puan Norwani telah memulakan usaha menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun DUN Paroi, dipenuhi banyak kawasan taman perumahan , namun masih ramai rakyat khususnya ibu tunggal dan mereka yang kehilangan sumber pendapatan mengharapkan bantuan dari kita semua. Tambahan lagi , dalam bulan Ramadhan dan menjelang Aidilfitri , ramai keluarga yang berharap ada mereka yang sudi untuk membantu bagi menceriakan Aidilfitri mereka kali ini. Kesempatan kali ini, saya bersama isteri dan Dewan Muslimat Rembau telah dapat turun dan menghulurkan bantuan kepada hampir 20 buah keluarga di sekitar taman-taman perumahan di Paroi. Semoga ahli-ahli Dewan Muslimat terus diberkati Allah SWT dan semoga bantuan ini dapat meringankan teman-teman kita yang memerlukan.

20090830

Merdekakan Negara Dari Rasuah

Hari ini saya ingin mengupas sedikit isu yang lain sedikit daripada apa yang saya biasa laporkan disini.

Sedia maklum blog saya lebih banyak berkisar kepada aktiviti-aktiviti saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Program PAS Rembau dan Paroi.

Atas permintaan ramai sahabat dan penyokong Pakatan Rakyat, saya akan cuba membuat posting yang berkaitan dengan isu semasa termasuk isu-isu politik peringkat negeri dan pusat.

Ada juga permintaan daripada beberapa rakan agar saya mendedahkan skandal, penyelewengan dan salah guna kuasa.Walaubagaimanapun untuk posting sedemikian saya memerlukan kerjasama dari pihak yang mempunyai maklumat sedemikian menyalurkan maklumat tersebut kepada saya.

Justeru isu dalam usaha mempelbagaikan konteks isi kandungan blog ini, maka sempena dengan sambutan kemerdekaan, saya ingin mengajak para pengunjung blog ini agar sama-sama menilai prestasi negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International, Chapter Malaysia.

Indeks ini adalah untuk tahun 2008.

Saya memilih isu rasuah sempena sambutan merdeka ini adalah kerana untuk sama-sama mengajak rakyat Malaysia berfikir apakah kita benar-benar merdeka dari kerajaan Umno-BN?

Kita sering digula-gulakan dengan sentimen kemerdekaan dengan membawa nostalgia 1957.Tahun kita mendapat merdeka.

Tetapi apakah erti kemerdekaan hanya berkisar pada isu penjajahan sahaja?

Saya merasakan kita belum merdeka sebenar-benarnya.Apakah erti kemerdekaan jika negara kita masih dibelenggu dengan pelbagai isu kronik.

Kemiskinan, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

Hak asasi manusia.Hak Bersuara dan berkumpul rakyat.Undang-Undang zalim ISA.Kebebasan Media.Kebebasan suara penuntut Universiti.Kadar Jenayah semakin tinggi. Kesan alam sekitar yang semakin hari semkin teruk.Penindasan terhadap Orang Asli, contohnya isu rogol anak gadis kaum Penan di Sarawak.Sistem pendidikan yang semakin merosot dan banyak lagi.

Tetapi isu yang saya pilih untuk kita fokus pada hari ini adalah isu rasuah.Satu barah yang tiada kesudahannya.

Bagi saya rasuah merupakan ibu kepada segala masalah di negara ini.Kerajaan Umno-BN boleh berbangga dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) yang dulu di kenali sebagai Badan Pencegah Rasuah(BPR).

Bagi saya ianya tidak lain tidak bukan, hanya sekadar penukaran kosmetik sahaja.Hanta glamour pada namanya sahaja.Apatah lagi pegawai tertinggi SPRM dan pemimpin Umno mencanang-canangkan bahawa SPRM jauh lebih bagus daripada Badan Pencegah Rasuah di Hong Kong.(Badan Pencegah Rasuah di Hong Kong merupakan kedua terbaik di Asia selepas Singapura).

Prestasi SPRM yang terkini, tidak perlu saya ulas panjang.Anda sendiri boleh membuat tafsiran yang anda rasakan sesuai.Sekadar menambah info.SPRM begitu laju dengan siasatan terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat walaupun tuduhan itu agar samar-samar dan nilai tuduhan jauh kecil.Contohnya RM2,400.00 membabitkan Exco Kerajaan Selangor baru-baru ini.

Tetapi segala aduan rasuah yang berkotak-kotak yang pernah dilaporkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ni, sehingga kini masih tidur di SPRM.

Rumah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Khir Toyo yang ADUN Sekinchan mendakwa puluhan juta cuma dipandang sepi oleh SPRM.Satu tindakan "obvious" atau jelas yang memberikan satu fakta bahawa SPRM memang menutup mata.

Skandal PKFZ bernilai lebih 12 Billion, yang sehingga hari ni didedahkan dengan pelbagai tuduhan dan salah guna kuasa dan wang termasuk laporan dari Jawatankuasa PAAC/Parlimen, membuktikan terang lagi bersuluh bahawa memang terdapat unsur rasuah.

Mengapa saya kata rasuah adalah ibu segala masalah? Kerana sebab rasuah inilah keadaan pengurusan negara tidak teratur.Undang-undang terpilih.Jika pemimpin Umno-BN lain undang-undang tidak diguna pakai.Jika pemimpin Pakatan Rakyat, tidak perlu saya sebut disini, SPRM akan menjalankan siasatan dari petang hingga ke awal pagi, sampailah ada orang yang disiasat itu tak balik-balik ke rumah keluarga.

Kerana rasuahlah berlaku ketirisan dalam negara.Mereka yang seharusnya mengecapi kekayaan negara ditindas.Sebaliknya kroni-kroni dan mereka yang sudah pun kaya raya terus menikmati khazanah milik negara.

Apabila isu sedemikian dibangkitkan, maka dengan lajulah pihak Umno akan "spin" isu dan alih isu lain seperti isu perpaduan dan sebagainya.

Ini merupakan satu taktik untuk mengalih dari isu sebenar yang lebih kritikal.Maka untuk berminggu-minggu dan sebulan dua rakyat akan digula-gulakan dengan isu perpaduan bangsa yang semestinya akan menjadi isu paling top dan diminati rakyat.

Maka isu yang baru hendak dibangkitkan seperti isu rasuah akan beransur-ansur malap dari ingatan rakyat.

Isu terbaru iaitu isu tapak Kuil Hindu di seksyen 23 dan kepala lembu merupakan bagaimana Umno dapat mengalihkan tekanan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung skandal PKFZ dan isu kematian mendiang Teoh Beng Hock kepada satu isu yang baru.


Kita harus malu kepada negara jiran Singapura.Dulu kita dan mereka adalah setaraf dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi dan penukaran nilai mata wang.Kini mereka telah jauh meninggalkan kita.

Saya sengaja "highlight" kedudukan Singapura dan Hong Kong agar kita sama-sama membuat perbandingan dengan negara yang sosio ekonomi adalah lebih kurang sama.Malah dalam beberapa sudut kita sepatutnya jauh lebih baik teruatama dari sektor kekayaan negara.

Kerana negara kita kaya dengan 1001 sumber asli berbanding Singapura dan Hong Kong yang hanya bergantung kepada pelabuhan, perdagangan bebas dan industri.

Sementara itu, sejahat-jahat Israel/Yahudi, kedudukan tahap rasuah mereka jauh lebih baik dari Malaysia.Sedangkan negara kita ditadbir oelh pemimpin Umno yang beragama Islam.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama menentang kezaliman dan penyalahguna kuasa kerajaan Umno-BN yang diselaputi dengan unsur rasuah yang amat kronik.

Marilah kita sama-sama memerdekakankan negara dan rakyat daripada rasuah.

Nota: Kedudukan No.1 atau teratas memberikan indikasi bahawa ianya negara paling bersih dalam gejala rasuah.Lagi corot kedudukan sesebuah negara, bermakna lagi teruk tahap rasuah di negara tersebut.


2008 CORRUPTION PERCEPTIONS INDEX

country
rank

country

2008 CPI
score

surveys
used

confidence range

(Tahap Keyakinan)

1

Denmark

9,3

6

9.1 - 9.4

1

New Zealand

9,3

6

9.2 - 9.5

1

Sweden

9,3

6

9.2 - 9.4

4

Singapore

9,2

9

9.0 - 9.3

5

Finland

9,0

6

8.4 - 9.4

5

Switzerland

9,0

6

8.7 - 9.2

7

Iceland

8,9

5

8.1 - 9.4

7

Netherlands

8,9

6

8.5 - 9.1

9

Australia

8,7

8

8.2 - 9.1

9

Canada

8,7

6

8.4 - 9.1

11

Luxembourg

8,3

6

7.8 - 8.8

12

Austria

8,1

6

7.6 - 8.6

12

Hong Kong

8,1

8

7.5 - 8.6

14

Germany

7,9

6

7.5 - 8.2

14

Norway

7,9

6

7.5 - 8.3

16

Ireland

7,7

6

7.5 - 7.9

16

United Kingdom

7,7

6

7.2 - 8.1

18

Belgium

7,3

6

7.2 - 7.4

18

Japan

7,3

8

7.0 - 7.6

18

USA

7,3

8

6.7 - 7.7

21

Saint Lucia

7,1

3

6.6 - 7.3

22

Barbados

7,0

4

6.5 - 7.3

23

Chile

6,9

7

6.5 - 7.2

23

France

6,9

6

6.5 - 7.3

23

Uruguay

6,9

5

6.5 - 7.2

26

Slovenia

6,7

8

6.5 - 7.0

27

Estonia

6,6

8

6.2 - 6.9

28

Qatar

6,5

4

5.6 - 7.0

28

Saint Vincent and the
Grenadines

6,5

3

4.7 - 7.3

28

Spain

6,5

6

5.7 - 6.9

31

Cyprus

6,4

3

5.9 - 6.8

32

Portugal

6,1

6

5.6 - 6.7

33

Dominica

6,0

3

4.7 - 6.8

33

Israel

6,0

6

5.6 - 6.3

35

United Arab Emirates

5,9

5

4.8 - 6.8

36

Botswana

5,8

6

5.2 - 6.4

36

Malta

5,8

4

5.3 - 6.3

36

Puerto Rico

5,8

4

5.0 - 6.6

39

Taiwan

5,7

9

5.4 - 6.0

40

South Korea

5,6

9

5.1 - 6.3

41

Mauritius

5,5

5

4.9 - 6.4

41

Oman

5,5

5

4.5 - 6.4

43

Bahrain

5,4

5

4.3 - 5.9

43

Macau

5,4

4

3.9 - 6.2

45

Bhutan

5,2

5

4.5 - 5.9

45

Czech Republic

5,2

8

4.8 - 5.9

47

Cape Verde

5,1

3

3.4 - 5.6

47

Costa Rica

5,1

5

4.8 - 5.3

47

Hungary

5,1

8

4.8 - 5.4

47

Jordan

5,1

7

4.0 - 6.2

47

Malaysia

5,1

9

4.5 - 5.7

52

Latvia

5,0

6

4.8 - 5.2

52

Slovakia

5,0

8

4.5 - 5.3

54

South Africa

4,9

8

4.5 - 5.1

55

Italy

4,8

6

4.0 - 5.5

55

Seychelles

4,8

4

3.7 - 5.9

57

Greece

4,7

6

4.2 - 5.0

58

Lithuania

4,6

8

4.1 - 5.2

58

Poland

4,6

8

4.0 - 5.2

58

Turkey

4,6

7

4.1 - 5.1

61

Namibia

4,5

6

3.8 - 5.1

62

Croatia

4,4

8

4.0 - 4.8

62

Samoa

4,4

3

3.4 - 4.8

62

Tunisia

4,4

6

3.5 - 5.5

65

Cuba

4,3

4

3.6 - 4.8

65

Kuwait

4,3

5

3.3 - 5.2

67

El Salvador

3,9

5

3.2 - 4.5

67

Georgia

3,9

7

3.2 - 4.6

67

Ghana

3,9

6

3.4 - 4.5

70

Colombia

3,8

7

3.3 - 4.5

70

Romania

3,8

8

3.4 - 4.2

72

Bulgaria

3,6

8

3.0 - 4.3

72

China

3,6

9

3.1 - 4.3

72

Macedonia (Former Yugoslav Republic of)

3,6

6

2.9 - 4.3

72

Mexico

3,6

7

3.4 - 3.9

72

Peru

3,6

6

3.4 - 4.1

72

Suriname

3,6

4

3.3 - 4.0

72

Swaziland

3,6

4

2.9 - 4.3

72

Trinidad and Tobago

3,6

4

3.1 - 4.0

80

Brazil

3,5

7

3.2 - 4.0

80

Burkina Faso

3,5

7

2.9 - 4.2

80

Morocco

3,5

6

3.0 - 4.0

80

Saudi Arabia

3,5

5

3.0 - 3.9

80

Thailand

3,5

9

3.0 - 3.9

85

Albania

3,4

5

3.3 - 3.4

85

India

3,4

10

3.2 - 3.6

85

Madagascar

3,4

7

2.8 - 4.0

85

Montenegro

3,4

5

2-5 - 4.0

85

Panama

3,4

5

2.8 - 3.7

85

Senegal

3,4

7

2.9 - 4.0

85

Serbia

3,4

6

3.0 - 4.0

92

Algeria

3,2

6

2.9 - 3.4

92

Bosnia and Herzegovina

3,2

7

2.9 - 3.5

92

Lesotho

3,2

5

2.3 - 3.8

92

Sri Lanka

3,2

7

2.9 - 3.5

96

Benin

3,1

6

2.8 - 3.4

96

Gabon

3,1

4

2.8 - 3.3

96

Guatemala

3,1

5

2.3 - 4.0

96

Jamaica

3,1

5

2.8 - 3.3

96

Kiribati

3,1

3

2.5 - 3.4

96

Mali

3,1

6

2.8 - 3.3

102

Bolivia

3.0

6

2.8 - 3.2

102

Djibouti

3,0

4

2.2 - 3.3

102

Dominican Republic

3,0

5

2.7 - 3.2

102

Lebanon

3,0

4

2.2 - 3.6

102

Mongolia

3,0

7

2.6 - 3.3

102

Rwanda

3,0

5

2.7 - 3.2

102

Tanzania

3,0

7

2.5 - 3.3

109

Argentina

2,9

7

2.5 - 3.3

109

Armenia

2,9

7

2.6 - 3.1

109

Belize

2,9

3

1.8 - 3.7

109

Moldova

2,9

7

2.4 - 3.7

109

Solomon Islands

2,9

3

2.5 - 3.2

109

Vanuatu

2,9

3

2.5 - 3.2

115

Egypt

2,8

6

2.4 - 3.2

115

Malawi

2,8

6

2.4 - 3.1

115

Maldives

2,8

4

1.7 - 4.3

115

Mauritania

2,8

7

2.2 - 3.7

115

Niger

2,8

6

2.4 - 3.0

115

Zambia

2,8

7

2.5 - 3.0

121

Nepal

2,7

6

2.4 - 3.0

121

Nigeria

2,7

7

2.3 - 3.0

121

Sao Tome and Principe

2,7

3

2.1 - 3.1

121

Togo

2,7

6

1.9 - 3.7

121

Viet Nam

2,7

9

2.4 - 3.1

126

Eritrea

2,6

5

1.7 - 3.6

126

Ethiopia

2,6

7

2.2 - 2.9

126

Guyana

2,6

4

2.4 - 2.7

126

Honduras

2,6

6

2.3 - 2.9

126

Indonesia

2,6

10

2.3 - 2.9

126

Libya

2,6

5

2.2 - 3.0

126

Mozambique

2,6

7

2.4 - 2.9

126

Uganda

2,6

7

2.2 - 3.0

134

Comoros

2,5

3

1.9 - 3.0

134

Nicaragua

2,5

6

2.2 - 2.7

134

Pakistan

2,5

7

2.0 - 2.8

134

Ukraine

2,5

8

2.2 - 2.8

138

Liberia

2,4

4

1.8 - 2.8

138

Paraguay

2,4

5

2.0 - 2.7

138

Tonga

2,4

3

1.9 - 2.6

141

Cameroon

2,3

7

2.0 - 2.7

141

Iran

2,3

4

1.9 - 2.5

141

Philippines

2,3

9

2.1 - 2.5

141

Yemen

2,3

5

1.9 - 2.8

145

Kazakhstan

2,2

6

1.8 - 2.7

145

Timor-Leste

2,2

4

1.8 - 2.5

147

Bangladesh

2,1

7

1.7 - 2.4

147

Kenya

2,1

7

1.9 - 2.4

147

Russia

2,1

8

1.9 - 2.5

147

Syria

2,1

5

1.6 - 2.4

151

Belarus

2,0

5

1.6 - 2.5

151

Central African Republic

2,0

5

1.9 - 2.2

151

Côte d´Ivoire

2,0

6

1.7 - 2.5

151

Ecuador

2,0

5

1.8 - 2.2

151

Laos

2,0

6

1.6 - 2.3

151

Papua New Guinea

2,0

6

1.6 - 2.3

151

Taijikistan

2,0

8

1.7 - 2.3

158

Angola

1,9

6

1.5 - 2.2

158

Azerbaijan

1,9

8

1.7 - 2.1

158

Burundi

1,9

6

1.5 - 2.3

158

Congo, Republic

1,9

6

1.8 - 2.0

158

Gambia

1,9

5

1.5 - 2.4

158

Guinea-Bissau

1,9

3

1.8 - 2.0

158

Sierra Leone

1,9

5

1.8 - 2.0

158

Venezuela

1,9

7

1.8 - 2.0

166

Cambodia

1,8

7

1.7 - 1.9

166

Kyrgyzstan

1,8

7

1.7 - 1.9

166

Turkmenistan

1,8

5

1.5 - 2.2

166

Uzbekistan

1,8

8

1.5 - 2.2

166

Zimbabwe

1,8

7

1.5 - 2.1

171

Congo, Democratic Republic

1,7

6

1.6 - 1.9

171

Equatorial Guinea

1,7

4

1.5 - 1.8

173

Chad

1,6

6

1.5 - 1.7

173

Guinea

1,6

6

1.3 - 1.9

173

Sudan

1,6

6

1.5 - 1.7

176

Afghanistan

1,5

4

1.1 - 1.6

177

Haiti

1,4

4

1.1 - 1.7

178

Iraq

1,3

4

1.1 - 1.6

178

Myanmar

1,3

4

1.0 - 1.5

180

Somalia

1,0

4

0.5 - 1.

20090829

Corat-coret Sepanjang PRK Permatang Pasir






Banyak perkara menarik sepanjang PRK Permatang Pasir yang mana sebahagian dari tempoh berkempennya berlaku dalam bulan puasa. Beruntunglah petugas-petugas yang diizinkan oleh Allah untuk bertugas di Permatang Pasir. Pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi orang yang berjuang di jalan menegakkan agama Allah sangat besar apatah lagi ianya berlaku dalam bulan Ramadhan. Ketua Pemuda PAS , Ybhg Ust Khairil Anuar Wafa dan pasukan Pemuda PAS N.Sembilan sempat bertugas menyemak maklumat pengundi semasa bertugas di Permatang Pasir. Begitulah hebatnya pemuda PAS , boleh menyampaikan kuliah di masjid dan boleh juga menggunakan perisian komputer bagi membantu gerakerja Pilihanraya. Mudah-mudahan pengalaman ini akan dapat dijadikan bekalan dalam menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti. Masyarakat Cina di Permatang Pasir pun sudah mesra dengan PAS dan ramai yang memakai lambang bulan tanpa rasa malu dan rasa takut. Malu rasanya jika ada orang Melayu Islam yang tak mahu bersama perjuangan Islam yang dipimpin PAS ini. Allah boleh ganti dengan manusia lain jika orang Melayu tak mahu bersama.

UMNO tetap menggunakan pendekatan kempen Pembangunan kepada rakyat Permatang Pasir. Kononnya BN sahaja yang mampu bawa kemajuan kepada rakyat Malaysia. Ternyata kempen seumpama ini telah ditolak oleh rakyat Malaysia khususnya pengundi Permatang Pasir. Antara pendekatan kempen yang menarik adalah bagaimana ada sebuah kereta petugas PAS yang dihias dengan gambar YAB Dato' Mursyidul Am PAS di bahagian bonetnya. Terima kasih kepada pengundi Permatang Pasir yang tetap bersama PAS , ternyata anda telah menjaringkan gol yang ke 7 buat Pakatan Rakyat. Satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat, PR 7 - BN 0 .

20090828

Banner Pakatan Rakyat REMBAU Digantung di Permatang Pasir


Pakatan Rakyat Rembau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk Pilihanraya kecil di Permatang Pasir. PKR Cabang Rembau dan PAS Kawasan Rembau telah menggantung beberapa helai banner di sekitar DUN Permatang Pasir baru-baru ini. Kerjasama yang erat ini melambangkan persiapan yang kukuh parlimen Rembau dalam menghadapi pilihanraya kecil yang akan datang.

Rahsia Kemenangan UPU Cross Street ....Permatang Pasir





Ada hikmahnya ...pilihanraya kecil Permatang Pasir berlaku dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ditambah dengan larangan SPR supaya jangan berkempen semasa hari pengundian. Pasukan petugas PAS N.Sembilan telah diamanahkan bertugas di Kg Cross Street 2 , kawasan majoriti 80% pengundi Cina. Semasa hari pengundian , biasanya di pilihanraya kecil yang berlaku sebelum ini , akan berlaku sorak-menyorak antara satu sama lain. Kadang-kadang ucapan atau slogan yang bersemangat diselang-seli dengan selawat Nabi. Tapi lain di Permatang Pasir, pasukan petugas Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS N.Sembilan mengambil kesempatan membaca surah Yasin dan Al-Mathurat di kiri-kanan jalan menuju ke pusat pengundian di Sek Men Agama Al-Masriyah. Berbanding petugas-petugas UMNO yang hanya duduk "melangok" (kata orang N.Sembilan) seolah-olah hanya menunggu masa tamat jam 5 petang sebelum dapat apa yang dijanjikan.

20090826

EXCO KESIHATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN FAKTA MEMALUKAN DI SIDANG DUN

EXCO KESIHATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MEMBERIKAN FAKTA MEMALUKAN DI SIDANG DUN

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Dato' Ismail Taib (BN-LINGGI) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan statistik yang bukan terkini ketika berlangsungnya Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-12 disini.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani memberikan ucapan penangguhan Persidangan DUN.Beliau telah menyentuh beberapa isu termasuk isu wabak H1N1 yang semakin menular di Negeri Sembilan.

Mohd Taufek memdedahkan bagaimana tahap keselamatan dan kuarantin di sebuah Pusat Kesihatan Kecil di negeri ini amat longgar, di mana pesakit disyaki H1N1 dan ibu bersama bayinya berada di tempat yang sama ketika proses menunggu rawatan.

Maka Ismail ketika memberi maklum balas kepada isu yang diutarakan oleh Mohd Taufek, memberikan sebuah statistik yang bukan terkini.

" Ismail memaklumkan jumlah kematian akibat H1N1 adalah seramai 38 orang di seluruh negara.Hakikatnya ketika Persidangan ini berlangsung telah dicatatkan sebanyak 63 kematian oleh Kementerian Kesihatan.

" Ini satu fakta yang amat memalukan dan apakah wakil rakyat BN ini tidak membelek akhbar arus perdana untuk mengetahui statistik semasa dan terkini"?, kesal Mohd Taufek.

Mohd Taufek turut berkata " Statistik ini bukan diberi rakyat biasa tetapi salah seorang yang memegang jawatan yang amat penting di dalam kerajaan Negeri Sembilan.

" Jika seorang EXCO Negeri yang menjaga isu kesihatan Negeri Sembilan boleh meberikan fakta lapuk seperti ini, apakah keyakinan rakyat bahawa kerajaan Negeri Sembilan mampu menangani masalah ini dengan berkesan?, tegas Mohd Taufek lagi.

Mohd Taufek berkata ini merupakan salah satu contoh besar bagaimana wakil rakyat BN tidak kompeten dan efisyen dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.

DUA USUL TERGEMPAR PAKATAN RAKYAT DI SIDANG DUN NEGERI SEMBILAN DITOLAK

DUA USUL TERGEMPAR PAKATAN RAKYAT DI SIDANG DUN NEGERI SEMBILAN DITOLAK

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani menyatakan kekesalannya apabila dua usul tergempar yang dibawa oleh ADUN Pakatan Rakyat telah ditolak oleh Yang Dipertua DUN, Dato' Razak Mansor ketika Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Yang Ke-12 disini.

" Adalah amat mengecewakan apabila usul yang amat penting ini ditolak tanpa dibaca dan dinyatakan.

" Maka ini jelas tidak bertepatan dengan Peraturan dan Perintah Tetap DUN Negeri Sembilan, Perkara 16.1", kata Mohd Taufek.

Dua usul tergempar yang dibawa oleh Adun Pakatan Rakyat adalah wabak H1NI dan isu kenaikan caj minimum tarif air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Negeri Sembilan.

Mohd Taufek juga menegaskan bahawa kedua-dua isu itu merupakan isu yang perlu disegerakan dan melibatkan kepentingan rakyat.Maka tidak ada sebab munasabah isu ini ditolak bulat-bulat tanpa dibacakan di Persidangan DUN.

Mohd Taufek juga turut mendedahkan bahawa Persidangan DUN yang sepatutnya dijalankan selama dua hari hanya dijalankan selama sehari.

" Memendekkan tempoh Persidangan DUN tanpa alasan adalah amat dikesali dan ini menafikan peluang masalah rakyat dibawa kepada kerajaan secara rasmi.

" Kita banyak merima rungutan dan aduan berhubung pelbagai isu rakyat, tetapi dengan memendekkan tempoh persidangan dan menolak usul yang amat kritikal ketika ini, ianya satu sikap yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan Negeri Sembilan", bidas Mohd Taufek lagi.

Mohd taufek menjelaskan bagaimana aduan banyak diterima dari rakyat berhubung kadar caj minima untuk bekalan air yang dahulunya RM5 menjadi RM10 sejak akhir-akhir ini ketika bil air dikeluarkan oleh SAINS.

Begitu juga dengan wabak H1N1, kita ingin tahu apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan berhubung wabak pendemik ini yang mengikut statistik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Dato' Ismail Taib (BN-LINGGI) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi, bahawa wabak H1NI telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa di Negeri Sembilan.

Tetapi usul ini ditolak seolah-olah isu ini seperti isu remeh.Ketika Persidangan ini berlangsung, semua ADUN Pakatan Rakyat memakai topeng perlindungan hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan juga sebagai mesej kepada ADUN BN agar masalah ini diberi perhatian serius.

PERSIDANGAN DUN NEGERI SEMBILAN GAMAT GARA-GARA ISU KONDOM DI DATARAN SEREMBAN

PERSIDANGAN DUN NEGERI SEMBILAN GAMAT GARA-GARA ISU KONDOM DI DATARAN SEREMBAN

FAIZ ABDULLAH

SEREMBAN - Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-12 disini gamat seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani memdedahkan bagaimana teruk tahap masalah gejala sosial di Negeri Sembilan terutama di sekitar Seremban dan Senawang.

Mohd Taufek Abdul Ghani ketika memberikan ucapan penangguhan Persidangan DUN mendedahkan bagaimana teruknya pergaulan bebas remaja laki dan perempuan di Dataran Seremban pada waktu malam.

" Walaupun mereka lengkap berpakaian tetapi kita boleh lihat bagaimana remaja laki dan perempuan tidur secara berkumpulan dan bebas di Dataran Seremban.

" Malah saya mendapat aduan bahawa terjumpa beberapa kondom di bawah pokok di sekitar Dataran Seremban.Ini adalah satu fenomena yang amat membimbangkan kita", ujar Mohd Taufek.

Ketika ini Persidangan DUN amat gamat dan ADUN Seri Menanti, Abdul Samad Ibrahim bangun dan menafikan kenyataan Mohd Taufek.
Abdul Samad bertanya pada Mohd Taufek apakah ADUN Paroi tersebut pernah melihat kondom di Dataran Seremban.

Maka Mohd Taufek dengan bingkas bangun dan mengajak Abdul Samad untuk sama-sama meninjau persekitaran di Dataran Seremban pada waktu malam.Lantas sekali lagi suasana di Persidangan DUN gamat apabila semua ADUN Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan kepada cabaran Mohd Taufek terhadap Abdul Samad.

Seterusnya Abdul Samad meneruskan hujahnya dalam usaha menjawab hujah Mohd Taufek terlebih dahulu.

Ketika ini suasana menjadi tegang apabila ADUN Port Dickson, M.Ravi dalam usaha mempertahankan Mohd Taufek, bangun dan membidas Abdul Samad yang bukan menjawab isu yang dibawa oleh Mohd Taufek sebaliknya seolah-olah cuba mengecam Mohd Taufek.

" Saudara saya Paroi membawa isu dan bertanya soalan tetapi Seri Menanti bukan menjawab soalan, sebaliknya 'menghentam' Paroi" bidas Ravi.

Seterusnya Ravi terus mengasak Abdul Samad," Sepatutnya di dalam Persidangan DUN, anda (Seri Menanti) seharusnya menjawab soalan Paroi tadi, tetapi anda 'menghentam' dia.Ini bukan jawapan tetapi anda memberi kecaman pada Paroi".

20090818

Teater Dari Hadis Nabi



Buat pertama kali, teater dari Hadis Nabi yang dilakonkan oleh Sdra Sabri Yunus dan Sani Sudin dipentaskan di Negeri Sembilan. Teater Hadis Nabi ini benar-benar menyentuh perasaan penonton kerana ramai yang dilihat menitiskan air mata di akhir pementasan teater tersebut. Ramai penonton yang hadir berpuas hati dengan persembahan teater tersebut dan mengucapkan tahniah kepada penganjur yang telah berjaya menjayakan teater tersebut. Semoga pementasan teater ini dapat memberi manafaat dan kebaikan kepada semua pihak.

Popularkan "Street Soccer"


Taman-taman perumahan merupakan kawasan di mana ramai anak-anak muda khususnya pelajar-pelajar berkumpul. Kadang-kadang mereka tidak padang untuk bermain khususnya untuk main bolasepak. "Street soccer" merupakan permainan bolasepak yang boleh dimainkan di atas jalanraya dan dengan pemain seramai 3 orang sahaja. Gol pula adalah jauh lebih kecil berbanding dengan gol futsal. Maka , dalam street soccer , tak perlu sepak dengan kuat dan lebih menggunakan kebolehan kemahiran individu. Anak-anak muda dicadangkan menggunakan jalanraya yang sesuai diantara jalanraya yang ada di dalam taman. Pastikan jalan tersebut tidak digunakan oleh kenderaan lain dan jauh dari rumah-rumah bagi mengelakkan tingkap pecah. Mungkin ini cara yang sesuai untuk menghidupkan aktiviti anak-anak muda.

20090810

Wabak HINI semakin serius!! Berdoalah


Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Ada maklumat yang ingin dikongsi bersama dengan saudara/i sekalian. Maaf maklumat ini ditulis dalam "bahasa rojak" tapi maklumat sangat berguna untuk dikongsi bersama. Mungkin penulisnya seorang doktor yang telah terbiasa dengan penggunaan ayat seperti dibawah tetapi ianya sangat bermaklumat untuk kita semua.

Diperolehi dari jasa-my@yahoogroups.com :-

Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG... Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER... NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.
Second Stage
Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage
Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.
Very H1N1 ni genius virus.. Can HIDE in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus.... woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.


[Note : Kepada para Bloggers friends, forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA].

Dan ini maklumat dari ibnuyaacob.com , untuk baca sepenuhnya sila rujuk ibnuyaacob.com.

Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.
Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.

Jadilah insan yang bermaklumat sebelum anda membuat apa-apa keputusan.

20090804

Rakyat di DUN Paroi utamakan Perpaduan




DUN Paroi mempunyai hampir 30% masyarakat bukan Melayu. Sudah pasti agenda Perpaduan untuk semua rakyat menjadi fokus saya.AlhamduliLlah, berkat kerjasama semua pihak , perpaduan bagi seluruh rakyat dalam DUN Paroi semakin terserlah dan bakal menjadi kenyataan. Baru-baru ini bertempat di salah sebuah taman dalam DUN Paroi, diadakan acara Sukaneka dan pelbagai gerai pameran dan jualan. Kehadiran penduduk berbilang bangsa dan dari pelbagai latarbelakang menyakinkan saya bahawa rakyat hari ini telah faham dan sedar akan kepentingan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan kita. Tahniah JK Pelaksana yang telah menjayakan program tersebut. Semoga ianya kekal menjadi amal kebajikan, insya'Allah.

PASTI Rasah Mengorak Langkah



AlhamduliLlah, berkat usaha dan kegigihan Dewan Pemuda PAS Rasah dengan kerjasama PASTI Kawasan Rasah dan Negeri Sembilan, sebanyak 3 buah PASTI di sekitar Rasah telah menganjurkan Pesta Sukan PASTI Kawasan. Majlis dilangsungkan dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Kehadiran ibubapa dan pelajar-pelajar seramai hampir 200 orang amat membanggakan kami dan hilanglah rasanya penat-lelah kami. Pasukan Futsal Remaja PASTI juga dilancarkan petang itu dengan menghadiahkan mereka baju jersi bola berwarna hijau. Saya yakin dengan usaha gigih ini, rakyat akan mula sedar kebaikan yang ingin PAS kemukakan. Main bola main juga...akhirat jangan lupa...aurat mesti dijaga...baru hidup mulia.

Penyanyi Rock Tersohor Juga Bersama Dalam Perjuangan Islam



Saudara Suhaimi Abd Rahman ...mungkin tak ramai yang kenal..tapi bila disebut AMY SEARCH tentu ramai yang mengagumi kehebatan suara dan auranya sebagai penyanyi rock. Jika manusia bersedia membuka hatinya untuk kebenaran , maka Allah akan tumpahkan hidayah dan petunjuknya kepada manusia. Saya kagum dengan kesungguhan Amy untuk menghayati Islam apabila beliau hadir dalam Jamuan Makan Malam anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di Shah Alam, siap dengan berjubah dan memakai serban dengan gaya terbaru (mungkin akan jadi ikutan ramai). Semoga kebersamaan beliau dengan perjuangan Islam yang dipimpin oleh Dato' Tuan Guru Nik Aziz akan membuka hati golongan anak muda untuk bersama PAS dan perjuangan Islam. Jika ada manusia yang Allah kurniakan sedikit kebijaksanaan tetapi tidak mahu bersama dengan perjuangan Islam yang dipimpin PAS ini , Allah boleh membuka pintu hati sesiapa sahaja termasuk hati manusia yang pernah menjadi penyanyi rock tersohor untuk bersama perjuangan ini. Semoga Allah memberikan kebahagiaan kepada Amy sekeluarga dan orang-orang yang beriman yang lain.

Siapa kata Orang Bukan Melayu Tak Ramai Sokong?


Isu ISA bukan isu perkauman. Ianya isu keadilan untuk semua. ISA adalah undang-undang untuk memenjarakan manusia tanpa bicara. Manusia tersebut dinafikan hak untuk dibicarakan dan diadili di mahkamah. Adalah zalim manusia yang menyokong dan bersetuju dengan ISA. Diam tanpa berbuat apa-apa juga adalah bukti anda setuju dengan kedurjanaan ISA. Sedangkan Allah Yang Maha Kuasa bila nak hukum manusia yang buat dosa dan salah waktu hidup atas muka bumi pun, akan bicarakan manusia di padang Masyhar kelak. Saksi-saksi yang dipanggil adalah tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh manusia itu sendiri , yang tidak sesekali akan berbohong di hadapan Allah atas apa yang dilakukan oleh tuan punya anggota tersebut. Walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan tetap ianya dibicarakan oleh Allah secara adil dan saksama. Tetapi undang-undang ISA ciptaan UMNO dan Barisan Nasional lebih berkuasa dan lebih hebat dari hukum Allah SWT, semoga Allah memberi pengajaran kepada golongan yang berlaku sombong dengan Allah SWT dan juga kepada penyokong-penyokongnya. Pihak GMI telah melakukan apa sahaja sejak dulu lagi untuk meghapuskan ISA , berbincang , berdailog , menghantar memorandum pada PM , menganjurkan teater , ceramah , edar risalah , hantar poskad , kumpul tandatangan dan pelbagai usaha namun pihak kerajaan BN tetap sombong dan angkuh. Di atas adalah salah satu gambar yang membuktikan masyarakat bukan Melayu juga membantah ISA malah mereka siap menempah banner untuk meluahkan perasaan mereka.

20090801

Sekitar Demonstrasi Hapuskan ISA






Penyokong PR Kuala Pilah telah sampai di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi. Setelah makan tengahari, berangkat ke Sogo dengan menaiki bas.Sampai di Sogo seawal pukul 11.00pagi. Keadaan masih terkawal. Tidak ramai pejuang demokrasi kelihatan ketika itu. Mungkin ada yang dalam perjalanan dan ada juga yang mungkin menikmati makan tengahari.Pukul 1.00 tengahari keadaan semakin tegang.Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan NGO juga semakin ramai.
Beberapa tangkapan telah dibuat dalam tempoh tersebut dihadapan pusat membeli belah Sogo.
Ramai yang telah ditangkap dan telah dibawa ke Balai Polis menggunakan kenderaan polis. Ramai yang berada disitu dan mencari tempat untuk berehat sebelum mendapat sebarang arahan dari pucuk pimpinan. Selepas jam pukul 2.00 petang, penyokong Anti ISA semakin ramai. Turut kelihatan begitu ramai anak-anak muda termasuk anak muda dari kaum hawa.
Belum pernah dilihat sebegitu ramai penyertaan golongan muda terutama perempuan atau Nisa menyertai demonstrasi seperti ini.Ini merupakan satu petanda yang baik di mana tahap kesedaran dikalangan anak muda tentang kebebasan berdemokrasi semakin terserlah. Agak terkejut apabila secara tiba-tiba golongan muda ini terus melangkah ke depan walaupun dihadapan mereka pihak polis telah membina benteng anggota polis.
Sekali lagi , agak terkejut apabila golongan Nisa ini pula menjadi "Frontline" untuk berdepan dengan pihak polis.Langkah laju mereka diiringi dengan laungan "Laailah ha illAllah" . Walaubagaimanapun, kemaraan ke laluan Masjid Jamek dihalang oleh anggota FRU, terpaksa berpatah balik ke sebelah lorong yang memisahkan Sogo. Mereka cuba menggunakan lorong belakang untuk memintas jalan utama dan masuk semula ke laluan ke Masjid Jamek. Ketika itulah , bertemu dengan beberapa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari Selangor dan N.Sembilan.
Walaubagaimanapun semakin ramai penyokong yang bersama dan ianya semakin besar. Maka keputusan diambil untuk berpatah balik dan bertembung dengan polis untuk terus mara. Semangat semakin membara, apabila satu lagi kumpulan penyokong Mansuh ISA yang berkumpul di Masjid Jamek telah mara dan telah sampai pula di hujung Jalan Masjid India. Maka pihak Polis berada di tengah-tengah berdekatan dengan kedai kain Nagoya. Seterusnya mereka terus mara kehadapan walaupun mendapat halangan dari polis. Sementara itu kumpulan penyokong yang datang dari Masjid Jamek tidak mampu merapati ke Sogo kerana dihalang oleh polis.
Sejurus , tembok polis dipecahkan dan mereka menuruni jalan tersebut, maka kumpulan dari Masjid Jamek bersorak gembira.Maka kumpulan Sogo dan kumpulan Masjid Jamek telah bergabung. Seterusnya mereka terus mara ke bangunan Sogo tetapi untuk merapati satu lagi kumpulan Sogo yang berada di hadapan Pertama Complex. Sampai disana, jumlah penyokong menjadi ribuan. Dianggarkan seramai 30 ribu penyokong yang berada di sekitar Sogo dan Pertama Complex. Nampak satu lagi kumpulan cuba menghampiri Pertama Complex, tetapi dihalang oleh polis di simpang empat berdekatan bangunan Great Eastern.
Ketika itu, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah sampai seperti DSAI, Sallehuddin Ayub dan Lim Kit Siang. Selepas ucapan ringkas, cuba berarak ke laluan ke Istana Negara.Tetapi tanpa sebarang amaran, tiba-tiba polis melepaskan cecair kimia dan Gas Pemedih Mata. Dengan jumlah penyokong yang padat,keadaan menjadi kelam-kabut .Ada kaum muslimat yang terjatuh. Paling dikesali ialah pihak polis menembak cecair kimia ini kepada orang ramai yang berada di jejantas yang menghubungkan stesyen LRT. Kenapa mereka juga disasarkan?
Seterusnya, mereka berarak ke bangunan ibu pejabat PAS pusat.Ketika semua bergerak, sekali lagi polis melepaskan gas pemedih mata. Ini membuatkan ramai yang bertempiaran lari.Kami telah mengambil keputusan tidak pergi ke Istana Negara.Kenapa pula gas pemedih mata masih hendak dilepaskan?
Sedihnya, melihat bagaimana orang ramai yang tidak tahu apa yang berlaku berlari dengan anak-anak mereka. Sayunya, melihat begitu ramai anak-anak kecil yang menangis kerana tidak tahan dengan mata yang pedih.Begitu juga golongan muslimat.Mereka ini yang datang untuk membeli belah turut menjadi mangsa gas pemedih mata.
Selepas hampir dua jam bermain "kucing dan tikus" dengan pihak polis, akhirnya perarakan sampai ke bangunan ibu pejabat PAS. Di sana puluhan ribu penyokong telah berkumpul. Ucapan oleh ramai pemimpin pakatan rakyat. Ketika perhimpunan ini telah surai, tiba-tiba datang pula kereta FRU dengan memancut air kimia.Sekali lagi orang ramai bertempiaran lari. Tidak faham apa yang mereka tidak puas hati. Kan penyokong semua beransur edar, kenapa harus melakukan tindakan sedemikian. Ramai yang nak pulang ke rumah , sekali lagi berlari dan memasuki lorong dan seterusnya pergi LRT PWTC untuk pulang. Diberitahu oleh petugas dikaunter, LRT tidak akan berhenti di Pasar Seni, Masjid Jamek dan KL Sentral kerana ditutup.
Perhimpunan telah berakhir, orang ramai cuma ingin pulang, apakah logiknya mereka menutup laluan LRT ini? Apakah sengaja "mengajar" mereka yang mendukung tindakan refomasi pada hari ini?
Yang pasti perhimpunan pada hari ini satu kejayaan bagi Pakatan Rakyat.