BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

20090731

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Dr Rosly



Ianya sama sahaja seperti majlis perkahwinan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Kuala Lumpur. Walaupun ianya diserikan dengan suasana Islamik dengan bacaan Al-Quran memulakan majlis, persembahan nasyid oleh penyanyi nasyid kontemporari iaitu Sdra Muadz Dr Zulkepli dan busana pengantin yang menutup aurat. Bagi saya , yang paling menarik adalah latarbelakang pendidikan pengantin khususnya pengantin perempuan. Alangkah beruntungnya Dr Rosly kerana berjaya mendidik anaknya menjadi seorang doktor perubatan dan juga memiliki sijil tahfiz 30 juzuk Al-Quran dari Mesir. Dr Fatima Zahra binti Dr Rosly Al-Hafizah telah menamatkan pengajian doktor perubatan di salah sebuah universiti di Mesir dan dalam masa yang sama membuat pengajian tambahan dalam bidang Tahfiz Al-Quran di Mesir juga. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Mesir juga bagi memperolehi ijazah kepakaran dalam bidang perubatan. Ramai tetamu yang hadir antaranya adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor iaitu YB Dr Hjh Halimah Ali. Didoakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Beruntung Dr Rosly , mantan PJ PAS N.Sembilan kerana menantunya juga seorang Hafiz Al-Quran. Bersama kita mencontohinya...

20090729

Malulah Pada Orang Cina Non-Muslim


Minggu lepas, atas usaha Kelab Penyokong PAS N.Sembilan ,bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandar Seremban, satu pertemuan antara Dewan Perhimpunan Cina N.Sembilan dan pimpinan PAS N.Sembilan yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, Ybhg Sdra Zulkepli Mohamad Hj Omar. Pertemuan yang dihadiri hampir kesemua pimpinan Dewan Perhimpunan Cina N.Sembilan telah merungkai banyak persoalan berkaitan dengan Islam. Saya yakin banyak perkara bermanafaat yang diperolehi hasil dari pertemuan tersebut. Sesuatu yang amat menarik dalam pertemuan tersebut adalah keyakinan pimpinan masyarakat Cina itu kepada PAS dan Pakatan Rakyat bahawa di sana ada masa depan yang cerah untuk PAS dan PR di masa depan khususnya menjelang PRU ke 13.

20090724

Ceramah Mansuh ISA 26 Jul 09 Seremban

CERAMAH MANSUH ISA PERINGKAT N.SEMBILAN
Ahad 26 Julai 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :
Syed Ibrahim Syed Noh , Pengerusi Gerakan Mansuh ISA
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N.Sembilan
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

SEMUA DIJEMPUT HADIR

20090714

Perkembangan Terkini PRK Manik Urai











> 09.07 malam - KEPUTUSAN RASMI - PAS MENANG DENGAN MAJORITI 65 UNDI.PAS: 5,348 UNDI.BN 5,283 UNDI.MARGIN: 0.61%
> 08.35 malam - Keputusan Tidak Rasmi - PAS menang dengan majoriti undi.PAS: 5,363 undi, BN 5,293 undi.Undi Rosak 90.Peratus keluar mengundi 87.42%
> 8.19 malam - Keputusan Tidak Rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.
> 08.09 malam - Keputusan Tidak Rasmi - PAS menang dengan majoriti 65 undi.Walaubagaimanapun Umno meminta pengiraan semula undi dijalankan.

>7.50 malam - Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.
> 7.40 malam - PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi. PAS mendapat kelebihan 70 undi.
> 7.24 malam - BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh
> 05.25 petang - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Muhiddin Yassin telah balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang.Ini mungkin petanda bahawa PAS akan menemui kejayaan malam ini.

> 04.45 petang - Hampir 85% telah keluar mengundi.Penyokong dan jentera BN sudah tidak kelihatan sejak pukul 3.00 petang.Bilik Gerakan PAS menjangka, calon PAS akan menang majoriti 1700 undi.

IBRAHIM ALI YANG TAK KENANG BUDI


Hari ini saya ingin menyentuh sebuah isu yang saya tak pernah sentuh sebelum ini.

Sebelum ini saya tidak mengulas isu ini dalam blog kerana saya mengambil pendekatan bersabar.

Walaubagaimanapun ada had kesabarannya.Isu yang saya ingin sentuh di sini ialah sikap tidak kenang budi Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali.

Inilah manusia yang mengaku Islam tetapi tidak kenang budi pada jasa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat khasnya dan juga kepada PAS umumnya.

Apakah istilah yang harus diberi pada manusia bernama Ibrahim Ali ini? Kacang lupakan kulit? Saya rasa beliau layak di beri istilah yang lebih teruk dari itu.Saya serahkan kepada pembaca blog ini untuk mentafsir sendiri apakah istilah yang paling sesuai untuk beliau.

Di kala beliau tidak mendapat tempat di dalam Umno ketika itu, menjadikan pentas ceramah PAS sebagai medan mengangkat semula populariti beliau yang ketika itu merudum.Berjumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dato' Husam Musa berulang kali untuk menyatakan hasrat bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS.


Akhirnya Tok Guru Nik Aziz dan PAS Kelantan merestui permintaan Ibrahim Ali.Malah PAS Kelantan khususnya jentera pilihanraya PAS Pasir Mas membantu beliau siang dan malam untuk memenangkannya.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, tindakan Ibrahim Ali tidak ubah seperti mengigit tangan yang pernah menyuap nasi untuknya.

Lebih biadap lagi, ketika kempen Pilihanraya Kecil Manik Urai, beliau bertindak biadap apabila mengeluarkan kenyataan yang saya rasa sudah cukup membuatkan pemimpin dan penyokong PAS marah.

Berikut saya lampirkan kenyataan Ibrahim Ali yang saya petik dari http://johornews.blogspot.com/

Saya meminta pembaca sendiri menilai kenyataan Ibrahim Ali yang jelas menghina Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Penyokong PAS.

Ibrahim Ali Cemuh Nik Abdul Aziz Dan Semua Ali PAS

KUALA KRAI - Datuk Ibrahim Ali berkata, "Nik Abdul Aziz elak dari menyambut cabaran Timbalan Perdana Menteri sebab pada saya tidak ada asas untuk menidakkan kegagalan beliau untuk memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

"Sepatutnya Pas dan kerajaan negeri membentangkan prestasi pemerintahan mereka selama 20 tahun di Kelantan berasaskan fakta dan apa yang dilakukan untuk syiar Islam, ekonomi dan prasarana tetapi Pas takut mereka dipersoalkan rakyat.

"Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas hanya bermain dengan slogan Islam untuk mengalihkan pandangan pengundi daripada isu-isu asas bagi menutup kelemahan mereka.

"Tetapi saya lihat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ini tidak ada slogan 'Membangun Bersama Islam' sebab mereka sudah jadi kuda tunggang DAP yang menolak slogan yang ada kaitan dengan Islam.

"Strategi Pas kali ini adalah mengalihkan pandangan pengundi dengan membangkitkan isu tuntutan royalti minyak dan mendakwa mereka tidak mampu membangunkan negeri disebabkan tidak mendapat royalti minyak," katanya.

"Mereka mengambil kesempatan ini dengan menaikkan dan menampal poster Nik Abdul Aziz sedang berdoa untuk meraih simpati para pengundi."Tetapi kita harus ingat selama 20 tahun beliau berdoa majoriti penduduk di Manek Urai masih minum 'air tandak' , soalnya sampai bila rakyat di sini akan minum air tandak," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, BN berpeluang mencapai kemenangan pada pilihan raya kali ini berdasarkan kesedaran rakyat selepas 20 tahun diabaikan."Pas walaupun tidak menunaikan tanggungjawab mereka dapat mengeskploitasikan isu untuk menyentuh jiwa rakyat," katanya dengan tegas.

Posted by JOHOR DAILY

20090713

NCD82.....Kereta V6 Proton Perdana di Manek Urai, milik siapa?




NCD82...kelihatan di DUN Manek Urai, mungkinkah exco N.Sembilan berkempen di Manek Urai? Tiada masalah untuk berkempen membantu jentera BN di DUN Manek Urai. Persoalannya adakah kereta rasmi kerajaan NS digunakan hingga sampai ke Pilihanraya Kecil Manek Urai?? Harap-harap jangan ada pulak tuntutan elaun perjalanan ke Manek Urai atau apa-apa tuntutan elaun yang lain. Sebagaimana kami terpaksa guna duit poket sendiri untuk bantu kempen di MU, begitulah jualah harapan kami yang berlaku di kem sebelah sana. Barulah ada keberkatannya, Insya' Allah. Hari ini adalah hari terakhir berkempen di MU, kalah-menang kami serah pada Allah SWT, kami telah usahakan yang terbaik. Yang penting dan yang kami yakini adalah ganjaran dari ALLAH SWT, Allah tak tanya menang atau kalah tapi yang ditanya setakat mana kesungguhan dan keikhlasan kita. Semoga Abe Uji Berjaya di Manek Urai

20090711

Aktiviti Pasukan PAS N.Sembilan di Manek Urai



Selaku pasukan pembantu, petugas-petugas PAS N.Sembilan siap sedia memberi khidmat kepada team UPU Sg Sok dan PAS Kubang Kerian dengan khidmat yang terbaik. Ziarah rumah ke rumah untuk pengundi terpilih , membantu program UPU , membantu team keselamatan UPU di pos-pos tertentu, membantu program Ceramah Kelompok & Perdana setiap malam dan pelbagai pengalaman berharga yang kami kutip sepanjang di Manek Urai akan dijadikan bekalan untuk menghadapi PRU ke 13 nanti dan kemungkinan PRK di N.Sembilan. Pasukan N.Sembilan sentiasa bersemangat untuk berusaha bagi memastikan kemenangan PAS di MU. UMNO N.Sembilan nampaknya turut "mengekori" ke mana pasukan PAS N.Sembilan bertugas. Kali ini di Kelantan, UMNO N.Sembilan turut bertugas di UPU Sg Sok. Kelibat KJ , Menteri Kerjaraya dan MB N.Sembilan turut kelihatan di Sg Sok. Sama-sama kita berkempen secara baik dan matang , jangan guna politik wang kerana pengundi Kelantan sangat bijak berkat didikan TGNA. Doakan kejayaan Islam di MU. Esok , Ahad 12hb Julai adalah hari untuk berpuasa sunat dalam bulan Rejab , saranan TGNA dan JK Induk PRK Manek Urai.

Team Bekam HPA Pemuda PAS N.Sembilan Popular di MU




Ternyata team bekam yang didatangkan khas oleh JPN N.Sembilan berjaya menjadi daya tarikan pengundi-pengundi dalam UPU Sg Sok di DUN Manek Urai baru-baru ini. Dalam kebanyakan program UPU Sg Sok yang mana pasukan PAS N.Sembilan menjadi pasukan petugas Pilihanraya pembantu , team Bekam ini telah membuka kaunter Khidmat Bekam Percuma. Antara program yang dianjurkan adalah Program Wanita , Program COMEL , Hari Terbuka PASTI , Program Cakna Keluarga dan Sukaneka. AlhamduliLlah, kaunter Bekam Percuma sentiasa menjadi tumpuan pengundi-pengundi yang menghadiri program-program tersebut. Tahniah pada semua petugas-petugas yang terdiri dari kepimpinan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri antaranya Ust Hadi , Ust Fairus , Sdra Yazri , Sdra Sahrizal , Hj Mat Som , Sdra Husaini dan ramai lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Inilah sumbangan kami semua untuk kejayaan PAS di PRK Manek Urai. Kepada yang berminat untuk belajar Perubatan dan rawatan Alternatif ini yang dipelopori HPA seperti Bekam , Refleksologi , Akupuncture dan macam-macam lagi boleh berhubung dengan pejabat DUN Paroi 06-6794609.

20090704

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian


JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR - Permatang Pauh)
YB Mohamed Azmin Ali (PKR - Gombak)
YB Sivarasa Rasiah (PKR - Subang)
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim (PKR - Bandar Tun Razak)
YB William Leong (PKR - Selayang)
YB Ahmad Kasim (PKR - Kuala Kedah)
YB Fuziah Salleh (PKR - Kuantan)

YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang (PAS - Marang)
YB Ust Nasharudin Mat Isa (PAS - Bachok)
YB Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian)
YB Dr Hatta Ramli (PAS - Kuala Krai)
YB Dr Dzulkifli Ahmad (PAS - Kuala Selangor)
YB Taib Azamuddin (PAS - Baling)
YB Khalid Samad (PAS - Shah Alam)

YB Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timor)
YB Ngeh Koo Ham (DAP - Beruas)
YB Hiew King Chiew (DAP - Kota Kinabalu)
YB John Fernandez (DAP - Seremban)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul (PKR - Sungai Petani)
YB Salahuddin Haji Ayub (PAS - Kubang Kerian)
YB Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor)

KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali (PKR - Gombak)
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS - Kuala Selangor)
YAB Lim Guan Eng (DAP - Bagan)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim (PKR - Bayan Baru)
YB Khalid Samad (PAS - Shah Alam)
YB Tan Kok Wai (DAP - Cheras)

KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas (PKR - Telok Kemang)
YB Dato’ Mahfuz Omar (PAS - Pokok Sena)
YB Gobind Singh Deo (DAP - Puchong)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din (PKR - Merbok)
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS - Kota Bahru)
YB Er Teck Hwa (DAP - Bakri)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang (PKR - Batu)
YB Nasir bin Zakaria (PAS - Padang Terap)
YB Charles Anthony Santiago (DAP - Klang)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong (PKR - Selayang)
YB Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - Kuala Krai)
YB Teresa Kok (DAP - Seputeh)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim (PKR - Kuala Kedah)
YB Taib Azamuddin Md Taib (PAS - Baling)
YB Sim Tong Him (DAP - Kota Melaka)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail (PKR - Indera Mahkota)
YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut (PAS - Kuala Terengganu)
YB Jeff Ooi (DAP - Jelutong)

KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff (PKR - Balik Pulau)
YB Che Uda Che Nik (PAS - Sik)
YB Chong Eng (DAP - Bukit Mertajam)

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani (PKR - Tanah Merah)
YB Dato’ Mahfuz Haji Omar (PAS - Pokok Sena)
YB Teo Nie Ching (DAP - Serdang)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR - Kuala Langat)
YB Muhammad bin Husin (PAS - Pasir Puteh)
YB M.Kulasegaran (DAP - Ipoh Barat)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar (PKR - Lembah Pantai)
YB Dr Che Rosli Che Mat (PAS - Hulu Langat)
YB Chow Kon Yeow (DAP - Tanjong)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian (PKR - Petaling Jaya Selatan)
YB Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - Kota Raja)
YB Nga Kor Ming (DAP - Taiping)

KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail (PKR - Machang)
YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS - Bukit Gantang)
YB Liew Chin Tong (DAP - Bukit Bendera)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir (PKR - Ketereh)
YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman (PAS - Pengkalan Chepa)
YB M.Manogaran (DAP - Teluk Intan)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah (PKR - Subang)
YB Dato’ Kamarudin Jaffar (PAS - Tumpat)
YB P.Ramasamy (DAP - Batu Kawan)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng (PKR - Nibong Tebal)
YB Mohd Firdaus bin Jaafar (PAS - Jerai)
YB Anthony Loke Siew Fook (DAP - Rasah)

KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye (PKR - Gopeng)
YB Dr Mohd Hayati Othman (PAS - Pendang)
YB Dr Tan Seng Giaw (DAP - Kepong)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin (PKR - Ampang)
YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf (PAS - Rantau Panjang)
YB Fong Po Kuan (DAP - Batu Gajah)

KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram (PKR - Kapar)
YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS - Kota Bahru)
YB Fong Kui Lun (DAP - Bukit Bintang)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong (PKR - Wangsamaju)
YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali (PAS - Titiwangsa)
YB Lim Lip Eng (DAP - Segambut)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin (PKR - Kulim-Bandar Baru)
YB Salahuddin Haji Ayub (PAS - Kubang Kerian)
YB Tony Pua (DAP - Petaling Jaya Utara)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan (PKR - Padang Serai)
YB Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - Parit Buntar)
YB Chong Chien Jen (DAP - Bandar Kuching)

KHAIRY PENING DAN CAKAP MERAPU




Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, dalam sidang media yang disiarkan oleh Astro Awani hari ini, saya ingin membidas kenyataan beliau seolah-olah Pakatan Rakyat celaru dalam melantik tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebagai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memantau setiap kementerian.

Khairy memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat tidak pandai menguruskan setiap kementerian sehingga melantik tiga menteri bayangan untuk setiap kementerian.

Inilah akibatnya jika ulasan dan kritikan diberi tanpa mengkaji dan tidak tahu apa yang dia sendiri perkatakan.

Kalau tidak faham konsepnya jangan banyak cakap.Tindakan Khairy ini saya anggap sebagai seorang yang pening dan cakap merapu.

Pengumuman Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut setiap kementerian.Bukannya 'Kabinet Bayangan' seperti yang didakwa oleh Khairy.

Kalau beginilah mentaliti dan tahap pemikiran seorang ahli parlimen, maka ini mencerminkan betapa rendahnya mutu Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional.
Perlantikan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Ahli Parlimen bagi setiap kementerian adalah untuk memantau setiap kementerian dengan lebih berkesan.

Perlantikan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi setiap kementerian adalah satu langkah yang wajar memandangkan skop dalam sesuatu kementerian amat luas dan pelbagai.

Sebgai contohnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Kementerian ini bukan sahaja bertanggungjawab dalam isu perumahan dan kerajaan tempatan seperti majlis perbandaran dan majlis daerah tetapi Jabatan Bomba juga terletak di dalam bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Maka memang wajar dan berkesan dengan melantik tiga Ahli Parlimen PR untuk memantau setiap Kementerian.
Nota: Akan menyusul Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian.

20090703

PELANCARAN KELAB PENYOKONG PAS (KAUM INDIA) DUN PAROI




Pada 29 Jun 2009, Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi telah melancarkan Kelab Penyokong PAS DUN Paroi untuk kaum India.

Majlis ini telah berlangsung di PASTI AL-HASSANAH, Bandar Seremban Selatan dan dihadiri hampir 500 orang.

Turut hadir dan memeriahkan majlis pelancaran ini ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia (Kaum India), N.Balasubramaniam dan Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Khairil Anuar Wafa.

Kesemua tetamu kehormat dalam majlis ini telah disambut dan diiringi dengan pukulan gendang tradisional India "Urumi Melam' oleh Ahli Kelab Penyokong PAS Cawangan Taman Permata.
Pelancaran Kelab Penyokong PAS (Kaum India) untuk DUN Paroi ini adalah satu lagi langkah positif dalam memperkasakan lagi gerak kerja dan peranan PAS di DUN Paroi khususnya.

Penubuhan Kelab Penyokong PAS (Kaum India) di DUN Paroi ini telah membuktikan bahawa Kaum India bersedia menerima PAS sebagai peneraju politik negara.Dengan Kelab Penyokong, usaha untuk mendekati Kaum India akan bertambah mudah dan efektif.

Perubahan positif yang ketara di kalangan kaum bukan Melayu terhadap PAS inilah yang membuatkan Umno tidak senang duduk dan sentiasa mencari helah untuk melagakan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutama dalam isu-isu sentimen bangsa dan agama.

Saya berharap lebih banyak lagi Kelab Penyokong PAS diwujudkan di setiap DUN di dalam Negeri Sembilan dalam usaha kita memantapkan kekuatan parti dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang ke-13 nanti.

Majlis Makan Malam MTD Lenggeng







MAJLIS MAKAN MALAM MTD LENGGENG

Baru-baru ini saya telah hadir ke majlis makan malam anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Lenggeng.Majlis Makan Malam ini dianjurkan untuk mengutip dana untuk membeli bangunan Markas PAS Lenggeng.

Hadir dalam majlis ini ialah Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Speaker Negeri Perak, V.Sivakumar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar, Yang Dipertua PAS Kawasan Tampin, Zakaria Khalim dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jempol, Abdul Rahman Ramli.
Saya berasa amat gembira dengan usaha MTD Lenggeng yang berusaha untuk memiliki bangunan sendiri.Dengan sumber kewangan yang terhad, kejayaan memiliki bangunan sendiri merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar diatas kejayaannya menganjurkan majlis makan malam ini apabila lebih dari seribu orang menghadiri majlis makan malam ini termasuk kaum Cina dan India.

Dalam situasi ekonomi yang lembap dan pendapatan rakyat terjejas, kejayaan dapat menjual lebih seribu tiket majlis makan malam, merupakan satu kejaayaan yang besar buat PJ PAS NS dan MTD Lenggeng.

Saya berharap lebih banyak lagi MTD akan berusaha menganjurkan aktiviti-aktiviti sedemikian dalam usaha mencari dana untuk parti.Bukan untuk tujuan memiliki bangunan sendiri sahaja, malah ianya juga untuk menjayakan pelbagai aktiviti lain dan juga untuk digunakan ketika gerak kerja parti dilakukan di setiap kawasan.

20090702

Petugas PAS N.Sembilan mula berkampung di MU



Manek Urai satu kawasan perkampungan yang terletak di pinggir pekan Kuala Krai. Perjalanan dengan keretapi memakan masa hampir 12 jam tapi kalau dengan kereta , hanya sekadar 6-7 jam sahaja. Tetapi bagi mereka yang tak pernah naik keretapi, sudah pasti pengalaman naik keretapi amat menyeronokkan apatah lagi apabila melalui Gua Musang dimana di kiri-kanan perjalanan penuh dengan pokok-pokok durian yang lebat berbuah dan menunggu masa untuk gugur. Jadi ayuh, kita ramai-ramai ke Manek Urai (MU) kerana kalau di Bukit Gantang dulu kita dijamu dengan Mee Udang kali ini di MU , kita bakal disajikan dengan durian Kelantan yang kuning dan manis.

Kontigen N.Sembilan telah berkampung di salah satu UPU dalam DUN Manek Urai sejak 17hb Jun yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bersama petugas-petugas tempatan yang ramai di sana. Suasana di sana sangat menyakinkan bahawa insya'Allah, PAS akan mencatat kemenangan dan mohon pada Allah mudah-mudahan dengan majoriti yang lebih besar lagi.

20090701

MPS GHAIRAH DENGAN SAMAN KOMPAUN

Sejak saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, acap kali saya menerima aduan secara lisan dari orang ramai dan teman-teman yang sering dikenakan saman oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) atas kesalahan berkaitan dengan tempat letak kereta.

Baru-baru ini pejabat saya dikunjungi oleh seorang sahabat dan beliau mengadu kepada saya di mana beliau telah di kompaun berdekatan dengan Pasar Besar Seremban baru-baru ini. Beliau dikenakan kompaun kerana meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang letak kenderaan.

Kita akui bahawa pihak Penguatkuasa hanya menjalankan tanggungjawab mereka bagi memastikan semua pengguna kenderaan di bandar Seremban mematuhi peraturan meletak kenderaan. Walaubagaimanapun, masalah pokok disini ialah krisis tiada tempat letak kereta yang mencukupi di sekitar bandar Seremban. Ataupun saya suka mencadangkan supaya tempat-tempat tumpuan ramai terutama pada waktu pagi seperti Pasar Besar Seremban diberi keistimewaan dan pertimbangan sewajarnya sebagai contoh antara jam 8 pagi hingga 10 pagi, pengguna boleh meletak kenderaan secara bebas tanpa mengganggu kenderaan lain dan setiap kenderaan hanya dibenarkan meletak kenderaan hanya dalam tempoh yang singkat. Sekadar cadangan yang belum diperhalusi lagi.

Memang dari segi undang-undang pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan tersebut adalah salah, tetapi apakah jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang? Apakah dengan tindakan rajin menghukum pemilik kenderaan, masalah tempat letak kereta yang terhad ini selesai?
Saya sendiri pernah menjadi mangsa penguatkuasa dalam situasi saya tidak menjumpai tempat letak kereta yang kosong tetapi pada masa yang sama perlu menyelesaikan urusan kerja peribadi yang mustahak.Adalah tidak logik pengguna kenderaan sengaja mencari pasal agar dikenakan kompaun.Di Kuala Lumpur, walaupun keadaannya lebih sesak dengan kenderaan, tetapi sekurang-kurangnya terdapat banyak tapak meletak kereta yang dikendalikan oleh syarikat swasta.

Alasan penguatkuasa MPS bahawa pengguna kenderaan malas letak kenderaan di lokasi yang jauh adalah alasan yang tidak munasabah dan tidak konkrit. Apakah MPS mengharap orang ramai termasuk golongan berumur meletakkan kenderaan sejauh satu kilometer dari lokasi urusan kita? Apakah pula jaminan MPS dari segi keselamatan diri sendiri dan kereta itu sendiri jika meletak kenderaan di kawasan sunyi dan lorong-lorong?
Justeru itu saya mengajak Yang Di Pertua MPS untuk sama-sama memandu dan mencari tempat letak kereta di sekitar Pasar Besar Seremban pada waktu pagi untuk sama-sama melihat dan merasai masalah tersebut. Dalam keadaan ekonomi meleset, dengan kadar pengangguran yang tinggi malah ramai yang kehilangan kerja akibat syarikat dan kilang ditutup, janganlah pula bebankan rakyat dengan menunjukkan sikap rakus mengkompaun pengguna kenderaan.

Kadar 80% Projek Kerajaan Lewat Adalah Kadar Memalukan


Merujuk kepada kenyataan akhbar The Sun bertarikh 2 Jun, Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata sebanyak 80% peratus projek kerajaan telah diberikan status tempoh projek dilanjutkan dan ini akan menafikan rakyat daripada menikmati kemudahan tersebut dalam tempoh yang sepatutnya yang telah ditetapkan.

Kenyataan Shaziman ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak memenuhi aspirasi 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Statistik 80% projek kerajaan mengalami kelewatan dalam menyiapkan adalah satu kadar yang amat memalukan.

Ini jelas mengambarkan pengurusan Kementerian Kerja Raya tidak efisyen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.Kadar kelewatan 80% adalah satu KPI yang gagal, maka dalam berlaku adil saya mencadangkan agar Shaziman diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk prestasinya dinilai.

Walaubagaimanapun jika kadar kelewatan ini tidak menurun dengan drastik, maka Shaziman harus meletak jawatan sebagai Menteri Kerja Raya kerana kegagalannya menangani isu ini dengan berkesan.

Sebagai wakil rakyat yang se negeri dengan Shaziman, saya terpanggil untuk bertegas dalam isu ini.

Saya juga berharap Shaziman akan memberikan perhatian yang khusus dalam memajukan Negeri Sembilan yang jauh ketinggalan dalam pembangunan.

Saya berharap agar Lebuhraya Seremban - Kuala Pilah - Jempol- Gemas akan menjadi realiti ketika Shaziman memegang jawatan menteri Kerjaya Raya ini. Apatah lagi Negeri Sembilan Timur jauh ketinggalan dari aspek pembangun.

Adalah juga diharap sebagai menteri yang berasal dari Negeri Sembilan, beliau menggunakan kelebihan ini dalam memajukan Negeri Sembilan yang jauh ketinggalan berbanding negeri jiran seperti Selangor, Melaka dan Johor dan juga memikirkan bagaimana N.Sembilan boleh mendapatkan peruntukan yang besar dari Pakej Rangsangan Ekonomi RM14 billion.