20090430
Doa Keselamatan Daripada Wabak Selsema Babi
Pautan berikut mengandungi Doa Untuk Keselamatan Dan Kesentosaan Daripada Segala Penyakit yang dipanjangkan oleh Dato Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad semasa beliau menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html
20090421
Kediaman Rasmi MB Kelantan sejak 20 tahun yang lalu
Bersama Membantu Rumah Anak-anak Yatim
Majlis Minum Petang PERAWAN
PERAWAN ....Persatuan Anak-anak Melaka di Perantauan telah menganjurkan majlis minum petang di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kehadiran amat luar biasa apabila 500 tempat duduk yang menjadi sasaran penganjur terpaksa ditambah apabila kehadiran tetamu melebihi sasaran. Antara daya tarikan sudah pasti adalah kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Dato' Husam Musa dan YB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin. Tahniah kepada PAS Melaka atas kejayaan ini dan bila pula PEMANIS....Persatuan Anak-anak N.Sembilan akan ditubuhkan pula..cabaran kepada kita semua.
YB Dato' Husam akan lancarkan Buku Gaharu
Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia masih pada tahap yang rendah. Tak ramai di kalangan kita yang dapat menghabiskan pembacaan sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan. Sekarang Pesta Buku sedang berlangsung di PWTC. Pada 24hb April ini, YB Dato' Husam akan melancarkan sebuah buku bertajuk "Gaharu : Wang Tumbuh di atas Pokok" yang ditulis oleh Ybhg Dr Rosly Yaakop. Majlis pelancaran akan berlangsung di Pesta Buku , PWTC. Siapa yang tak berkesempatan ke PWTC, boleh dapatkan naskah anda di Pusat Khidmat DUN Paroi. Selamat Membaca.
20090414
Kejohanan Futsal DUN Paroi 9 Mei 09
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
TARIKH : 9hb MEI 2009 (SABTU)
MASA : 8 pagi - 5 ptg
TEMPAT : Gelanggang Futsal, Seremban
JOHAN : RM 800.00 + Medal + Piala Pusingan
NAIB JOHAN : RM 500.00 + Medal
KETIGA : RM 300.00 + Medal
KEEMPAT : RM 200.00
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUSETIA KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
Sdr Rozmal - 012 2267406
Sdr Hakki - 013 3840022
Sdr Azizul - 012 9740363
Maklumat lanjut pada pautan berikut :
TARIKH : 9hb MEI 2009 (SABTU)
MASA : 8 pagi - 5 ptg
TEMPAT : Gelanggang Futsal, Seremban
JOHAN : RM 800.00 + Medal + Piala Pusingan
NAIB JOHAN : RM 500.00 + Medal
KETIGA : RM 300.00 + Medal
KEEMPAT : RM 200.00
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUSETIA KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
Sdr Rozmal - 012 2267406
Sdr Hakki - 013 3840022
Sdr Azizul - 012 9740363
Maklumat lanjut pada pautan berikut :
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/04/kejohanan-futsal-dun-paroi-2009.html
20090409
Wang Tumbuh Di Atas Pokok
Itulah tajuk buku terbaru dari Dr Rosly Yaakop yang menceritakan secara lengkap tentang pokok gaharu, jenis-jenisnya dan peluang perniagaan berkaitan dengan pokok gaharu ini. Dilengkapi dengan gambar-gambar warna-warni sepenuhnya dan menggunakan kertas licin yang berkualiti. Penulis juga telah terlibat secara langsung dengan perniagaan ini dan telah mendirikan sebuah kilang pengeluaran minyak gaharu. Turut bersedia untuk membeli pokok-pokok gaharu yang tumbuh secara liar dari anda semua. Yang berminat untuk membeli buku yang menarik ini ,ingin menjual pokok gaharu yang anda miliki atau berminat mendapatkan anak benih gaharu , sila hubungi pejabat DUN Paroi.
Suasana Pilihanraya Kecil Bukit Gantang
Pilihanraya kecil di Bukit Gantang baru-baru ini meninggalkan kenangan kepada kami semua khususnya petugas-petugas kontinjen PAS N.Sembilan. Tahniah kepada Pesuruhjaya, Ybhg Sdra Zulkeply Mohamad Hj Omar, Ketua Kontinjen Ybhg Ust Zakaria Khalim dan SU Kontinjen , Sdra Hasan Tamby serta semua petugas yang telah berkampung di Kuala Sepetang. Pengalaman di sana sungguh bermakna kepada kami apatah lagi dikurniakan kemenangan oleh Allah SWT. Bermula dengan kehadiran luarbiasa semasa penamaan calon , disambut dengan "keras" oleh penduduk ketika berkempen di kampung-kampung tradisional , berkempen pada ibubapa yang menunggu anak-anak pulang dari sekolah dan kejayaan menubuhkan cawangan penaja PAS di kubu kuat UMNO merupakan asam-garam sepanjang kami di Bukit Gantang. Bagi kami, semua dilakukan untuk menyedarkan rakyat tentang kuasa yang ada pada mereka dalam menentukan hala-tuju politik negara kita. Walaupun , dikhabarkan pengundi-pengundi telah diberikan dengan pelbagai "hadiah pilihanraya" termasuk basikal baru , beras dan wang tunai tetapi mereka telah menjadi pengundi bijak yang tidak boleh dipengaruhi dengan politik wang. Tahniah!! Pengundi-pengundi Bukit Gantang dari kami , penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Paroi, Negeri Sembilan.
20090407
Kemenangan Pakatan Rakyat
Alhamdulillah , kemenangan Pakatan Rakyat di 2 Bukit. Bukit Gantang majoriti 3200 undi, Bukit Selambau majoriti 1300 undi.
Tahniah kepada calon , semua petugas dan penyokong serta pengundi.
Tahniah kepada calon , semua petugas dan penyokong serta pengundi.
Perkembangan terkini Bukit Gantang
PAS 14720 undi , BN 12143 undi. Baru 48.75% undi dikira. MAFREL ramal PAS akan menang dengan majoriti 5000 dan PKR majoriti 500 di Bukit Selambau
Keputusan terkini Bukit Gantang
Keputusan terkini dari Bukit Gantang bersama kontinjen PAS N.Sembilan
UPU Jaha - BN 152 , PAS 98 , Undi rosak 2. Undi PAS naik 20 undi, kubu UMNO paling kuat di Bukit Gantang. Petanda baik.
UPU Menggala - PAS 161 , BN 77
UPU SRJKC Kuala Sepetang PAS menang dengan majoriti 1942 undi.
Keseluruhan PAS sedang mendahului 2500 undi.
UPU Jaha - BN 152 , PAS 98 , Undi rosak 2. Undi PAS naik 20 undi, kubu UMNO paling kuat di Bukit Gantang. Petanda baik.
UPU Menggala - PAS 161 , BN 77
UPU SRJKC Kuala Sepetang PAS menang dengan majoriti 1942 undi.
Keseluruhan PAS sedang mendahului 2500 undi.
20090401
Bantuan baik pulih rumah warga India di Senawang
Adalah dimaklumkan Unit Amal Paroi akan membantu membaik pulih rumah satu keluarga Hindu di Senawang yang rosak teruk akibat tanah mendap. Anggaran perbelanjaan untuk kerja-kerja membaik pulih tersebut adalah seperti berikut :
1. Pasir Kasar 2 lori
2. Simen 7 beg
3. Jaring VRC 2 keping
4. Batu Kasar 2 lori
Anggaran Perbelanjaan adalah RM700
Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan tersebut bolehlah menghubungi Ahli Unit Amal Paroi iaitu Sdr Nazri Esa 012-6775537 atau Sdr Rozmal Malakan 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com
Kerja-kerja membaik pulih dijangka akan dimulakan pada minggu kedua bulan April 2009.
1. Pasir Kasar 2 lori
2. Simen 7 beg
3. Jaring VRC 2 keping
4. Batu Kasar 2 lori
Anggaran Perbelanjaan adalah RM700
Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan tersebut bolehlah menghubungi Ahli Unit Amal Paroi iaitu Sdr Nazri Esa 012-6775537 atau Sdr Rozmal Malakan 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com
Kerja-kerja membaik pulih dijangka akan dimulakan pada minggu kedua bulan April 2009.
Langgan:
Catatan (Atom)