20090331
Sejarah Tercipta di Bukit Gantang
Lumrah pemimpin UMNO keluar masuk parti: Pas
SEREMBAN – Kemasukan semula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam UMNO tidak akan mendatangkan kesan kepada corak kepimpinan UMNO yang dilihat semakin terdesak memenangi hati rakyat dan bukannya satu ancaman kepada Pakatan Rakyat (PR).
Amalan keluar masuk parti sememangnya sebati di kalangan pemimpin UMNO apabila sesuatu dasar dan pandangan tidak dipersetujui.
Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, Pas tindak gentar dengan penyertaan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO dan menganggap pemimpin berkenaan tidak mempunyai pendirian tetap.
“Penyertaan semula Tun Mahathir dalam UMNO bukan ancaman kepada PR khususnya Pas memandangkan ketika beliau meninggalkan UMNO dahulu, tiada pihak yang memintanya menarik balik hasrat berkenaan malah turut mengutuknya.
“Sekejap keluar dan kemudian masuk parti adalah lumrah bagi pemimpin UMNO kerana tidak mempunyai pendirian tetap dan jati diri telus dalam perjuangan membela hak rakyat.
“Inikah pemimpin yang perlu digeruni PR dan Pas. Seorang pemimpin UMNO yang berpengalaman luas mentadbir negara dan lantang mengutuk UMNO, tetapi berhasrat menyertai UMNO semula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Aziz yang menyifatkan penyertaan Tun Mahathir Mohamad ke dalam UMNO merupakan satu ancaman kepada PR.
Mohd Taufek berkata, Pas negeri tidak pernah gentar dan menganggap Tun Mahathir bukan satu ancaman kepada perjuangan parti, tetapi kemasukan Tun Mahathir menjadi satu dorongan kepada Pas untuk terus bekerja demi parti.
“Tun Mahathir sememangnya seorang yang mempunyai pengaruh kuat dalam politik dan kita yakin kemasukannya ke dalam UMNO akan mendorong ahli Pas untuk bekerja kuat.
“Pas ditubuhkan bukan untuk kepentingan individu, tetapi lebih kepada kepentingan parti dan akan terus mendapat tempat di kalangan rakyat.
Selaku generasi muda, kita yakin parti akan bekerja kuat memastikan Pas menjadi parti untuk semua rakyat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2606502.asp
20090326
Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia
20090323
Angin "Puting Beliung" melanda Taman Anggerik
Kesihatan Tetap Dijaga Walaupun Gawat
20090321
Episod 2 : Arwah Ustaz KA....Contoh Pemimpin Komited
20090320
Episod 1 : Allahyarham Ustaz Khairul Azhar...Permata Pemuda Yang Hilang
20090319
Program Khidmat Kesihatan Percuma 22 Mac Paroi
Tarikh : 22 Mac 2009 ( Ahad )
Masa : 9 pg – 1 tgh
Tempat : Kg. Baru Paroi , Seremban
Anjuran :
Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Mereka yang ingin menjadi petugas sukarelawan atau menghulurkan sumbangan untuk program ini adalah amat dialukan. Sila hubungi Sdr Hakki 012-3660646 atau Sdr Rozmal 012-2267406
20090309
Program Derma Darah dan Kempen Bahaya Nyamuk Aedes
Rasmi Ulangtahun Rumah Orangtua Port Dickson
20090304
Program Motivasi Keluarga Bahagia Dapat Sambutan
Taman Seri Pagi...Pun Tak Terlepas dari Banjir
Banjir...Malam Kejadian di Kg Paroi
20090303
Lagi Kes Pekerja Dibuang Kerja Secara Zalim
20090302
Keadaan Kg Paroi Selepas Banjir
a) Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin
Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua mangsa banjir dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Panduan Menjayakan Himpunan 100000 7 Mac 2009
Bersama Menjayakan Perhimpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Perhimpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7 Mac 2009 jam 2.00 petang.
GMP menetapkan tiga tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti yang berikut:
(a) Pusat Perniagaan SOGO
(b) Centrel Market
(c) Masjid Negara
Bagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini, semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dilakukan oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara.
Permit perhimpunan sudah dipohon kepada Y. Bhg. Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.
Peserta dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang symbol parti juga tidak dibenarkan.
Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Dato' A. Samad Said, Dato' Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Warna tema GMP adalah putih. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.
GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat
Hasni Abas
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)




