20090225
Taman Satria Dilanda Ribut
PROGRAM JUALAN AMAL DAN JUMBLE SALE
8 Mac 2009 – Ahad
9 pagi – 1 tgh
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang
Maklumat lanjut di SINI
9 pagi – 1 tgh
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang
Maklumat lanjut di SINI
20090216
YB Salahudin.....Tokoh Pemimpin Pemuda yang bermula dari bawah
Baru-baru ini dalam sidang akhbar Pemuda PAS Pusat di Alor Setar , YB Ketua Pemuda PAS Pusat telah mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan KP dan penggal ini merupakan penggal terakhir beliau. Sepanjang berada di bawah kepimpinan beliau , DPP telah dikenali sebagai badan yang berjaya memainkan peranannya di dalam parti mahupun peranannya dalam percaturan politik tanahair. Imej Unit Amal yang merupakan badan di bawah Dewan Pemuda cukup terserlah berwibawa. Imej Unit Amal dulu sekadar anggota petugas semasa program ceramah telah diangkat sebagai anggota petugas dan sukarelawan dalam kebanyakan program kebajikan dan kejadian-kejadian bencana yang berlaku dalam tanahair kita dan juga peringkat antarabangsa. PASTI terus mengorak langkah dengan memiliki bangunan sendiri yang bernilai jutaan ringgit. Dalam waktu terdekat ini, DPP juga akan memiliki bangunan Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) yang berperanan untuk melatih kepimpinan pelapis. Itulah YB Salahudin di mata kami....pemimpin pemuda yang berada dalam kelas yang tersendiri. Imej beliau sebagai ahli Parlimen juga cukup terserlah...buktinya hari ini sewaktu siaran langsung Perasmian Penggal ke 2 Parlimen Malaysia, beliau bersama YB Ahli Parlimen Muar telah dijemput sebagai panelis dalam slot Bersama Ahli Parlimen oleh RTM. Tahniah YB Salahudin..anda antara idola Pemuda PAS.
RADIX Fried Chicken (Rfc)...Alternatif Terbaik Buat Rakyat Malaysia
Pertamanya, tahniah kepada HPA Industries kerana berjaya menerokai satu lagi industri iaitu perniagaan makanan segera iaitu Rfc , Ayam Goreng Radix. Ianya menjadi alternatif kepada umat Islam di Malaysia dan dengan ini membantu kita supaya dapat memboikot barangan Amerika Syarikat dan Israel. Alasan mengatakan bahawa jika kita teruskan boikot akan turut menjejaskan peluang pekerjaan dan ekonomi negara, tidak lagi relevan. Dengan sokongan umat Islam seluruh Malaysia Rfc akan berjaya mengambilalih semua rangkaian makanan segera di Malaysia. Saya dan teman-teman berkesempatan berkunjung ke cawangan terbaru Rfc di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Menakjubkan bila lihat terlalu ramai pengunjung yang hadir dan mereka sanggup mengambil masa untuk beratur panjang bagi mendapatkan hidangan hebat Rfc. Dalam hati berdetik apa dia kelebihan Rfc? Rfc menggunakan sepenuhnya keluaran bumiputera dalam hidangan mereka....ayam organik(tiada bahan kimia) , sos keluaran HPA, Radix Cola (ganti kepada Pepsi & Coca Cola), persekitaran restoran yang menarik dan pakaian pekerja juga turut sopan dengan pakaian yang longgar dan labuh. Tahniah HPA...tunggu pelancaran rasmi cawangan Rfc di Senawang dan Seremban.
Tahniah atas Kegigihan Anak Muda Rembau...AMR
Terlebih dahulu maaf atas kelewatan untuk mengemaskini blog saya ini. Kesibukan dan kehilangan kamera digital milik pejabat menyukarkan saya untuk kemaskinikan blog ini. Tetapi AlhamduliLlah, hari ini kembali bertugas dengan semangat baru dan berita kali ini mengenai kegigihan seorang anak muda dan kenalan lama saya semasa berkerja di sebuah kilang di Senawang dulu. Walaupun tanpa bantuan mana-mana pihak, Izan tetap gigih mengusahakan projek ternakan ikan keli di dalam kolam kanvas. Semoga usaha gigih anak muda ini akan dicontohi anak-anak muda yang lain. Saya doakan semoga Allah memberkati usaha beliau dan projek ini akan berjaya. Sesiapa yang berminat untuk belajar dan mencontohi anak muda ini bolehlah berhubung dengan pihak DUN Paroi.
20090214
Program Khidmat Kesihatan DUN Paroi



Pada 14 Februari 2009 telah diadakan Program Khidmat Kesihatan di perkarangan salah sebuah surau di Senawang anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama AJK Surau dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan.
Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam program tersebut kerana ada urusan penting di luar Negeri Sembilan pada saat akhir.
Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua mereka yang terlibat menjayakan program khidmat masyarakat ini. Semoga ianya memberi manafaat kepada masyarakat sekitar. Saya juga mengharapkan agar lebih ramai rakyat Malaysia tampil ke hadapan melakukan kerja-kerja sukarela lebih-lebih lagi pada saat kegawatan ekonomi pada ketika ini.
Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam program tersebut kerana ada urusan penting di luar Negeri Sembilan pada saat akhir.
Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua mereka yang terlibat menjayakan program khidmat masyarakat ini. Semoga ianya memberi manafaat kepada masyarakat sekitar. Saya juga mengharapkan agar lebih ramai rakyat Malaysia tampil ke hadapan melakukan kerja-kerja sukarela lebih-lebih lagi pada saat kegawatan ekonomi pada ketika ini.
20090206
Jangan Derhaka kepada Raja Segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang tak tutup aurat dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang tak sembahyang dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang berjudi, minum arak dan berzina derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang rasuah, salah guna kuasa dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Raja kepada segala Raja, segala Sultan adalah ALLAH yang MAHA AGUNG
Derhaka kepada ALLAH , hukumnya kufur kepada perintah ALLAH.
Tetapi Raja kepada segala Raja adalah Maha Adil , Maha Pengasih, Maha Penyayang,
Orang yang derhaka kepada ALLAH masih dibenarkan hidup mencari rezeki di muka bumi kepunyaan Raja segala Raja.
Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah, itu sahajalah satu-satunya jalan penyelesaian untuk umat Islam atas segala kemelut di muka bumi ini.
**************************
Utusan Malaysia 6 Feb 2009
Ulama sepakat wajib tutup aurat - Mohd. Farid Ravi Abdullah Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Kewajipan seorang muslim menutup aurat bukan perkara (khilaf) yang diperselisihkan oleh ulama. Bahkan menutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan. Golongan yang mengingkari kewajipan menutup aurat dihukum kufur kepada perintah Allah SWT yang qatie (secara pasti dan muktamad).
20090204
Allah Bersama Pihak Yang Benar....Insya'Allah
IPOH, 4 Feb :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikian kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi semasa ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak di sini.
Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini. "Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam.
Langgan:
Catatan (Atom)




