20090421

Bersama Membantu Rumah Anak-anak Yatim


Baru-baru ini berkesempatan bersama sekumpulan dari pekerja-pekerja kilang mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di sebuah rumah anak yatim di Seremban. Amat bertuah dapat bersama mereka kerana Nabi SAW juga mengajar kita supaya menyantuni anak-anak yatim. Tahniah kepada anak-anak muda dan syarikat tempat kerja mereka yang amat prihatin dengan masalah setempat. Hari ini menjadi trend orang-orang yang berduit , mengerjakan umrah dan haji lebih dari sekali padahal dalam masa yang sama , umat Islam memerlukan bantuan kewangan untuk membantu anak yatim dan orang miskin, mendirikan sistem pendidikan Islam dan pelbagai lagi keperluan yang amat mendesak. Sebab itulah, sangat penting kita semua mempelajari satu ilmu fiqh yang penting iaitu Fiqhul Aulawiyyat (Fiqh of Priority). Semoga kita menjadi umat yang berilmu.

Tiada ulasan: